The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penghayatan Etika dan Peradaban (E-Folio)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Fadillah, 2023-04-07 10:28:21

Penghayatan Etika dan Peradaban (E-Folio)

Penghayatan Etika dan Peradaban (E-Folio)

Tahap Kesepaduan Yang Dicapai Melalui Kesepaduan Nasional Mohd Fadillah Bin Paryadi 22DKA22F2015 Mohd Faris Asyraf 20DKA22F2005 Tang Ing Chang 20DKA22F2011 Pensyarah: Puan Lezawati Binti Seron DKA1B MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban


isi kandungan 01 02 03 04 05 06 07 08 PRAKATA OBJEKTIF PEMBELAJARAN PEMBAHAGIAN TUGASAN PENGENALAN TAHAP KESAPADUAN YANG DICAPAI MELALUI KESEPADUAN NASIONAL KESIMPULAN AKTIVITI PENHUKUHAN RUJUKAN


Prakata Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah iaitu Puan Lezawati. Ahli kumpulan kami iaitu Mohd Fadillah Bin Paryadi, Mohamad Faris Asyraf dan Tang Ing Chang yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan pembuatan e-book ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga yang telah membantu memberi informasi secara langsung dan tidak lansung kepada kumpulan kami.


objektifpembelajaran Menerangkan maksud Kesepaduan Nasional Menjelaskan desifit sosial yang tengah dihadapi ketika ini Menerangakan Etos Nasional dengan lebih mendalam Menjelaskan kesepaduan sosial PADA AKHIR ISU INI KAMI DAPAT :


pembahagian tugas MOHD FADILLAH BIN PARYADI Membuat E-book Menghuraikan isi dan penutup Menulis penghargaan dan soalan TANG ING CHANG Membuat E-book Menghuraikan isi dan penutup Menulis penghargaan dan soalan MUHD FARIS ASYRAF Membuat E-book Menghuraikan isi dan penutup Menulis penghargaan dan soalan


pengenalan Biarpun Malaysia masih belum mencapai perpaduan yang diimpikan, namun anggota masyarakatnya yang bersifat rencam sebenarnya sudah pun menjalinkan hubungan kerjasama antara etnik dengan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan saling meminjam unsur budaya masing-masing lebih daripada 40 tahun, menikmati pembangunan ekonomi dan kualiti hidup dari tahap sederhana hingga tahap tinggi.


maksud kesepaduan nasional Kesepaduan Nasional merupakan penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial yang berbeza seperti berlainan kaum dan agama. Ia juga merupakan teras kekuatan dan keselamatan negara. Tujuan utamanya ialah untuk mewujudkan masyarakat majmuk iaitu rakyat pelbagai kaum untuk hidup saling memahami, bertoleransi dan menerima kepelbagaian antara satu sama lain. Penyatuan ini juga mewujudkan pelbagai etnik dan budaya modeniti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan. Alat utama yang digunakan untuk mencapai kesepaduan nasional ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kedua-dua alat ini merupakan undang-undang negara. Dengan adanya undangundang negara, rakyat berbilang kaum akan lebih bersatu padu dan tidak menimbulkan sebarang isu dalam kehidupan masyarakat yang berlainan etnik. Kesannya, ikatan perpaduan di kalangan rakyat akan terhasil dan sekali gus menjadikan negara lebih aman, stabil, makmur dan sejahtera.


maksud defisitsosial Defisit sosial bermakna kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan. Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan persepsi dan pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan masyarakat. Terdapat beberapa perkara yang menjadi topik kepada isu ini. Perkara tersebut ialah etnisiti, agama, kelas sosial dan banyak lagi. Hal ini boleh menjadi punca kepada runtuhnya kesepaduan sosial yang ingin dibangunkan.


Kelas Sosial Setiap sistem sosial masyarakat mempunyai heirarki kelas sosial yang berbeza disebabkan struktur etnik, keturunan, pekerjaan, jawatan. Perkara ini tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada perpaduan masyarakat kerana setiap kelas sosial masyarakat saling melengkapi dari segi peranan dan tanggungjawab. Akan tetapi, kelas sosial ini telah menjadi punca berlakunya stratfikasi sosial di mana sesetengah masyarakat hidup mengikut kelas sosial dan tidak bercampur dengan kelas sosial yang lain. Etnisiti Satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti agama, ras mahupun asal usulnya. Kumpulan ini juga berkongsi adat, bahasa, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. PUNCA BERLAKUNYA DEFISIT SOSIAL Agama Pihak yang menyebarkan kandungan sensitif 3R iaitu perkauman (race), agama (religion), dan institusi diraja (royalty) yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum dan agama.


etos nasional Menurut kamus dewan etos bermaksud sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lain-lain. Ia berasal dari perkataan Greek yang membawa makna Perwatakan atau Karakter. Etos juga berasal daripada perkataan etika, sikap, keperibadian, watak serta keyakinan atas sesuatu perkara. Menurut pendapat Perdana Menteri Yang Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad (1992) menyatakan: “Building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic, linguistic, religious and geographical backgrounds is something more than just fostering consensus on the basic character of a state or nation. It involves share values, loyalty, commitment and emotional attachment to the nation”.


Malaysia menurut pendapat Tun Mahathir ialah: 1. Perkongsian sejarah 2. Perkongsian nilai 3. Perasaan kekitaan bersama 4. Perkongsian masa depan Etos bangsa terbina apabila masyarakat berkongsi nilai yang sama. Nilai masyarakat yang dikongsi bersama merangkumi elemen kerjasama, menghormati setiap individu, toleransi, disiplin diri dan demokrasi


kesepaduan sosial Kesepaduan sosial ini bermaksud suatu keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik, kerana wujudnya kesepakatan sosial (social bonding) yang kuat terbina untuk sekian lamanya. Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam antara budaya masing-masing. Kesannya, kesepaduan sosial ini mendorong masyarakat untuk mencapai perpaduan.


prosespenyatupaduan Reda meredai di antara dua pihak. Pembeli tidak boleh memaksa penjual uuntuk menjual pada harga yang merugikannya. Penjual tidak boleh menganiaya pembeli dengan harga yang menzalimi pembeli. Aspek Penting Dalam Tawar Menawar Tawar Menawar Maksud: saling meminta pengurangan harga (tuntutan dan sebagainya) Contoh: harga kopi itu belum putus, kami sedang tawarmenawar dengan si penjual Maksud perundingan dari Kamus Pelajar Edisi Kedua : perbuatan atau hal berunding, perbicaraan. Perundingan melibatkan proses dialog antara dua atau lebih orang atau pihak di mana konflik telah timbul. Kesimpulannya : Perundingan merupakan salah satu alat penyatupaduan yang boleh membawa keharmonian dalam negara. Perundingan


Kata dasar : antara Proses , cara , perbuatan menghubungkan (orang , negara dan sebagainya) yang satu dengan yang lain . Contoh ; Mesir menerima perantaraan Amerika Serikat dalam perundingan dengan israel . Bahasa- bahasa dari masyarakat yang lebih berkuasa selama berabad-abad lamanya telah berperanan sebagai bahasa perantaraan , Bahasa Perancis & Inggeris dijadikan bahasa perantaraan di merata dunia pada masa kini. Namun sedemikian, disebabkan hubungan kait dengan dominasi kebudayaan , politik dan ekonomi yang menjulang martabatnya, maka bahasa tersebut turut menghadapi tentangan hebat dari masyarakat bukan penutur bahasa tersebut. Oleh yang demikian, masyarakat mencadangkan rekaan bahasa buatan sebagai penyelesaian. PERANTARAAN


isuterkiniyang berlaku di malaysia HENTIKAN BUDAYA PERSENDA AGAMA DI SEKOLAH Hal agama tidak boleh dijadikan persendaan kerana ia boleh menggugat keharmonian negara. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi terhadap perkara yang boleh menggugat kaum dan agama.


KESEPADUAN SOSIAL, INTERGRASI NASIONAL DAN PERDADUAN KAUM, KUNCI KEMAKMURAN NEGARA Tiga perkara ini merupakan kunci utama kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang Yang di-Pertuan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah mengingatkan rakyat untuk sentiasa berwaspada terhadap musuh dalam selimut yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat dan menggugat kestabilan negara.


MEMBERI NAFAS BAHARU KEPADA PERPADUAN Kesejahteraan dan kemakmuran negara berlandaskan rakyat yang bersatu padu menangani segala cabaran yang akan memanfaatkan pembangunan. Untuk menghalusi kesefahaman antara kaum yang menyatupadukan rakyat pada tahap yang lebih kekal, yang harus dipergiatkan lagi ialah usaha membina serta membangunkan sistem nilai sejagat yang dikongsi oleh semua rakyat berbilang etnik dan sosiobudaya.


HENTIKAN ISU KAUM, PELIHARAAN PERPADUAN Ketika pilihan raya yang lepas, timbulnya isu di antara parti-parti yang bertanding. Ini disebabkan ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan mengunakan kepentingan kaum untuk meraih undi. Isu ini menimbulkan sifat perkauman antara kaum di Malaysia dan pertelagahan antara parti-parti yang bertanding.


PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA: KEPELBAGAIAN ITU KEKUATAN Kerajaan sebelum ini telah melancar inisiatif iaitu "Keluarga Malaysia". Inisiatif ini telah membantu banyak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa. Program ini telah membuka mata banyak pihak bahawa semua rakyat Malaysia merupakan keluarga yang perlu hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.


kesimpulan Sesungguhnya, dalam usaha kita untuk menjadi sesebuah negara bangsa, pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai negara impian tersebut. Negara impian dan idaman kita bukan sahaja perlu makmur dan maju dalam semua bidang, tetapi juga perlu mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan.


aktivitipengukuhan Soalan 1 Apakah antara aspek yang dititikberatkan dalam kesepaduan sosial? (a) Politik, bahasa, etnisiti, agama (b) Bahasa, bangsa, agama, pangkat (c) Agama, tempat, ideologi, politik Soalan 2 Apakah yang dimaksudkan dengan defisit sosial? (a) Isu dan hal yang belum selesai (b) Isu terkini yang berlaku (c) Isu yang telah diselesaikan Soalan 3 Ungkapkan alat penyatupaduan. (a) Kempen (b) Satu formula dan usaha berterusan (c) Usaha gigih Soalan 4 Apakah langkah usaha yang diambil oleh masyarakat dalam penyatupaduan? (a) Menganjurkan rumah terbuka dan program kenegaraan (b) Menganjurkan pesta memancing (c) War- war topik isu hangat semasa Soalan 5 Apakah kepentingan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat? (a) Supaya mampu mendorong anak-anak muda dalam bidang e-sport (b) Supaya masyarakat mudah ziarah-menziarahi (c) Mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada terhadap ‘musuh dalam selimut’


Rujukan Zaleha Embong, Nur Azuki Yusuff. 2021. Penghayatan Etika dan Peradaban. Universiti Malaysia Kelantan. myscholar.umk.edu.my Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Azri Ibrahim, et al. “Elemen Kepimpinan Dalam Kursus Teras Universiti: Kajian Kes Dalam Kalangan Pelajar Universiti.” Malaysia Sabah Journal of Islamic, Social, Economics and Development, vol. 6, no. 38, 2021, pp. 18–29, www.jised.com/PDF/JISED-2021-38-06-03.pdf SUMBER DARI INTERNET: SUMBER DARI BUKU: Khalid, Ahmad Zamil Abdullah. Penghayatan Etika Dan Peradaban (UUM Press). Google Books, UUM Press, 17 Oct. 2021, Siti Zaharah, Hasnah Hussin, Nur Afifah Saharudin. Pehayatan Etika dan Peradaban. 2022. Subang Jaya 47500 Selangor, Malaysia. Ehsan(M) Shd. Bhd. Nazaruddin Hj. Mohd Jali. Pengajian Malaysia: kenegaraan dan kewarganegaraan. Petaling Jaya 46050 Selangor, Malaysia. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version