The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hadifaris07, 2021-08-31 08:10:16

Pelabuhan Batu Sawar: Kesultanan Johor Riau

Kajian kes sejarah tingkatan 2

Keywords: Pelabuhan Batu Sawar

Pelabuhan Batu Sawar: Kesultanan Johor Riau

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HADI FARIS BIN

MOHD HAFEEZ

TINGKATAN: 2 EDINBURGH

NO MATRIK: CP201140

1

1.1 JADUAL KERJA/ SENARAI SEMAK:

BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1 23 JULAI 2021
Menerima taklimat daripada guru /
2 25 JULAI 2021
3 30 JULAI 2021 subjek Sejarah berkaitan penulisan
4 1 OGOS 2021
5 2 OGOS 2021 tugasan.

6 10 OGOS 2021 Membuat rujukan awal ke laman web /
7 12 OGOS 2021
8 26 OGOS 2021 yang berkaitan dengan tajuk tugasan.
9 28 OGOS 2021
10 31 OGOS 2021 Mengenalpasti cara penulisan tugasan. /

Menentukan tajuk penulisan. /

Membuat rujukan lanjut berkaitan /

dengan tajuk tugasan menerusi

internet,majalah,akhbar, buku.

Menulis draf awal tugasan dengan /

bimbingan guru.

Menulis pengenalan dan pelaporan /

penuh tugasan.

Rumusan pengetahuan, nilai murni dan /

harapan.

Mengemaskini tugasan. /

Menyemak dan menghantar tugasan. /

1.2 OBJEKTIF KAJIAN:

Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji tentang
Pelabuhan Batu Sawar di zaman kegemilangan Kesultanan Johor Riau. Melalui kajian
ini saya dapat memenuhi objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah
dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

2

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang sejarah awal perdagangan
di Tanah Melayu. Dengan mengkaji dan memahami sejarah tanah air, ia dapat
memupuk perasaan bangga dan cinta saya terhadap tanah air kita. Kajian ini juga
dapat memupuk semangat patriotik dan bangga terhadap tanah air kita.

c) Selain daripada itu, dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil pengajaran
daripada peristiwa yang berlaku di sebalik zaman kegemilangan Pelabuhan Batu
Sawar. Misalnya seperti faktor-faktor kegemilangan, sistem pengurusan dan
pentadbirannya, serta mengambil iktibar supaya tidak mengulangi kesilapan yang
dilakukan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang.
itu.

1.3 KAEDAH KAJIAN:

3 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan
bersistematik.

Kaedah analisis
Saya merujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan Dua, terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian
saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang terdapat dalam
negara kita dengan melayari laman sesawang pelbagai sumber bahan bacaan dan
kajian untuk dijadikan bahan rujukan.
Bimbingan Guru Subjek Sejarah Tingkatan 2
Saya telah mendapat bimbingan guru, iaitu Encik Zulkifli Yasuk.

3

2.0 KERANGKA PENULISAN

BIL TOPIK BUTIRAN
1. Pengenalan ▪ Latar belakang pengasasan

Kesultanan Johor Riau

2. Faktor kegemilangan ▪ Pusat perdagangan yang unggul
▪ Pengurusan Pelabuhan
3. Cadangan Langkah- ▪ Pusat persuratan
langkah memartabatkan ▪ Peranan kerajaan
karya-karya persuratan ▪ Peranan rakyat
▪ Agensi-agensi kerajaan

Melayu ke peringkat

antarabangsa

4. Memelihara kedaulatan ▪ Peranan rakyat

negara agar kemakmuran

dan kemajuan negara terus

terjamin ▪ Memberi pengetahuan
5. Rumusan ▪ Memupuk semangat patriotism

6. Sumber rujukan ▪ Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
▪ Buku Rujukan Sejarah PT3
▪ Internet
▪ Bantuan guru subjek

4

2.1 PENGENALAN

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu
Melaka: Raja Ali, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah
yang menggunakan gelaran Sultan Alaudin Riayat Shah 1. Baginda membuka
negeri jajahannya di pesisir Sungai Johor yang berpusat di Kota Kara, Pekan
Tua pada tahun 1528. Kedudukan Kota Kara yang sangat strategik iaitu terletak
berhampiran sungai yang lebar dan dalam yang memudahkan aliran keliar
masuk kapal. Selain daripada itu, kawasan berbukit di sekitarnya dijadikan
benteng pertahanan dari ancaman luar.

Namun ianya musnah apabila Kota Kara diserang oleh Portugis pada
tahun 1535. Sultan Alaudin Riayat Shah 1 membuka pula Kota Sayong, Sayong
Pinang dan seterusnya Kota Batu, Johor Lama. Kota Batu juga dikenali sebagai
Pekan Batu yang dibuka pada 1540. Ianya dianggap strategik kerana terletak
di Sungai Johor yang lebar dan dalam.

2.2 FAKTOR KEGEMILANGAN

Kesultanan Johor Riau, terutama Pelabuhan Batu Sawar, sangat
terkenal dengan kegemilangannya ketika itu. Terdapat tiga faktor yang menyumbang
kepada kegemilangannya:

i) Pusat Perdagangan Unggul
Kedudukannya yang strategik kerana Sungai Johor di situ adalah lebar
dan dalam. Ianya juga berada di Selat Melaka, laluan perdagangan yang
sibuk ketika itu. Oleh kerana kedudukannya yang strategik, iaitu
persimpangan lalu lintas maritim ia menjadi tumpuan pedagang luar
berurus niaga.

Pelabuhan Batu Sawar menjadi tumpuan para pedagang dari China,
Gujerat, Belanda dan Inggeris. Selain daripada itu juga, Pelabuhan Batu
Sawar menjadi pusat pertukaran barangan dari Alam Melayu, China,
India dan Arab. Tanah jajahan dan naungan Johor Ketika itu
membekalkan lada hitam, bijih timah dan emas. Manakala, pedagang
dari China membekalkan barangan seperti benang emas, kain sutera

5

putih, barang tembikar, seramik, kuali besi, teh dan tembaga. Barangan
seperti beras dibekalkan dari pedagang Siam dan Jawa. Pedagang dari
Gujerat membekalkan kain dan wanigan. Pada zaman Ketika itu,
mereka melakukan aktiviti perdagangan secara pertukaran barter dan
juga melibatkan matawang emas, perak dan timah.

ii) Pengurusan Pelabuhan yang cekap
Pelabuhan Batu Sawar telah dikendalikan dengan cekap dan baik
dibawah pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah 1. Terdapat
beberapa kemudahan Pelabuhan Batu Sawar yang diadakan, antaranya
ialah gudang bawah tanah bagi tujuan penyimpanan barangan untuk
mengelakkan kebakaran, melantik pegawai terlatih untuk
mengendalikan urusan perdagangan dan membekalkan barang
keperluan pedagang contohnya lada hitam dan rempah ratus.

Manakala bagi urusan jual beli, ianya dijalankan secara tukar barang
dan menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah 1 telah
memperkenalkan sistem wang emas (mas), wang perak (kepang) dan
wang timah (katun). Pada akhir abad ke-18, Dolar Sepanyol, Dolar
Mexico, Duit Belanda telah diperkenalkan dan digunakan secara
meluas. Sehubungan dengan itu, seorang Syahbandar dilantik bagi
menguruskan sistem jual beli dan kutipan cukai perdagangan
berdasarkan sistem naungan. Syahbandar juga berperanan
menetapkan ukuran dan berat timbangan barang dagangan.

Orang Laut berperanan sebagai pegawai pelabuhan, penunda kapal
dagang, penunjuk arah kepada pedagang dan pengawal di perairan
Johor dan Selat Melaka. Selain itu, Orang Laut juga bertanggungjawab
mengawal keselamatan kerajaan sebagai tentera angkatan laut.

Orang Laut juga berkebolehan dalam membaiki dan membina kapal
seperti kapal pesisir pantai: kolek, banteng, penjajap, balok dan
pencalang.

6

iii) Pusat Persuratan
Karya Agung bermakusd karya yang tertulis dalam Bahasa Melayu yang
mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan,
falsafah atau pandangan hidup Bahasa Melayu. Karya Agung juga
melambangkan pencapaian unggul dalam tamadun Melayu yang
mencerminkan pemikiran dan pandangan hidup bangsa Melayu.
Kesultanan Johor Riau di Pelabuhan Batu Sawar banyak menghasilkan
karya persuratan.

Antara karya Agung yang terkenal adalah Sulalatus Sulatin dan Hikayat
Hang Tuah. Sulalatus Sulatin bermaksud Salasilah Raja-Raja atau
Peraturan Segala Raja-Raja. Ianya berasal daripada Hikayat Melayu
yang telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada 1612.
Ia menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat
kerajaan, dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Hikayat Hang Tuah
pula ditulis oleh seorang pengarang dari Johor pada tahun 1641,
selepas kekalahan Portugis di Melaka. Kary aini menceritakan tentang
sejarah kepahlawanan dan kesetiaan seorang bernama Hang Tuah
terhadap raja dan Kesultanan Melayu Melaka.

Tokoh terkenal, Tun Sri Lanang atau nama sebenar Tun Muhammad bin
Tun Ahmad Paduka Raja, lahir pada tahun 1565 di Kota Tinggi, Johor.
Beliau menjadi Bendahara Johor semasa zaman pemerintahan. Beliau
juga bertanggungjawab menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja
Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah II. Selain daripada itu,
beliau juga pernah menjadi penasihat kepada Sultan Iskandar Muda dari
Acheh dan menjadi Raja Uleebalang di Samarlanga.

Terdapat lagi beberapa karya agung yang lain seperti: Tajul Salatin atau
Mahkota Raja-Raja (ditulis oleh Bukhari al-Jauhari), Tuhfat al-Nafis,
Salasilah Melayu dan Bugis serta Gurindam Dua Belas (masing-masing
ditulis oleh Raja Ali Haji).

7

2.3 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMARTABATKAN
KARYA-KARYA PERSURATAN MELAYU

Terdapat beberapa langkah-langkah untuk memartabatkan karya-karya
persuratan Melayu. Langkah-langkah ini perlu diambil tahu oleh semua bangsa
Melayu, khususnya agar dapat mendidik anak-anak generasi moden.

Pertamanya, memastikan setiap urusan rasmi di negara kita ini
menggunakan Bahasa Malaysia. Ini dapat menilai kefasihan dan kefahaman Bahasa
Malaysia dikalangan rakyat. Tambahan lagi, setiap pengiklanan dan hebahan
penyiaran wajib menggunakan Bahasa Malaysia yang betul.

Seterusnya, menghapuskan aliran Pendidikan Sekolah Vernakular.
Hanya mempunyai satu aliran kebangsaan. Ini dapat menyelaraskan dan
menyeragamkan penggunaan Bahasa Malaysia di setiap peringkat pendidikan.

Memperbanyakkan lagi buku-buku, majalah dan bahan cetakan lain di
dalam Bahasa Malaysia. Dengan ini, rakyat dapat mempertingkatkan lagi nahu
bahasa dan tatabahasa yang betul. Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan penting
dalam memastikan penggunaan Bahasa Malaysia yang betul dan tepat di dalam
semua medan hebahan, bacaan mahupun pengiklanan. Oleh itu, seharusnya Dewan
Bahasa dan Pustaka ini dimartabatkan peranannya.

Memupuk kesedaran tentang kepentingan Bahasa Malaysia sejak
peringkat awal kanak-kanak. Kesedaran tersebut perlulah dimainkan peranan oleh ibu
bapa dan guru. Contohnya ,ibu bapa mestilah menggunakan bahasa yang betul
apabila bertutur dengan anak-anak. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak dari
awal, bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sudah pasti hasilnya
akan berkekalan hingga dewasa.

8

2.4 HURAIAN MENGAPA PERLU MEMELIHARA KEDAULATAN
NEGARA

Mengapa perlu memelihara kedaulatan negara?

Kedaulatan negara amat penting kerana ia dianggap satu aset
bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah
atau di‘jajah’. Kita perlu faham bahawa kedulatan ialah kekuasaan mutlak atau
kekuasaaan tertinggi rakyat dan wilayah bumi berserta isinya yang dipunyai suatu
sistem negara nasional yang berdaulat untuk mengatur seluruh wilayahnya tanpa
campur tangan daripada pemerintah negara lain.

Setiap negara punya kedaulatan yang berbeza, tetapi hakikatnya, ia tidak akan
pernah boleh diatur oleh negara lain. Sifat kedaulatan negara yang tidak mungkin
dipengaruhi kekuasaan apa-apa pun yang lebih tinggi, bersifat tetap, dan tidak boleh
dirubah. Kedaulatan tersebut juga tidak boleh diatur dan dibatasi negara lain, dan tidak
akan pernah dapat dihilangkan.

Kedulatan negara penting bagi menjalankan pemerintahan, serta membatasi
dan mengekang ancaman negara luar. Sekali kita merdeka, harus terus merdeka dan
rakyat perlu sama-sama bersatu hati mempertahankan kemerdekaan. Keselamatan
dan kedaulatan negara bukan sahaja tanggungjawab polis dan tentera, tetapi seluruh
rakyat negara ini. Kita tidak boleh biarkan walau seinci pun negara ini daripada
diceroboh dan ditakluki pihak luar.

Semangat nasionalisme dan patriotisme yang mendalam amat penting. Rakyat
dituntut agar menjadi mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi di kawasan
masing-masing. Setiap pemimpin yang dipilih rakyat, haruslah mencerminkan tindak
tanduk yang berwibawa, dihormati dan amanah.

Sikap rakyat menjadi tontonan di mata dunia. Mereka sentiasa mencari peluang
dan ruang untuk menakluki negara kita, baik dari segi mental dan fizikal. Kedaulatan
negara, tatasusila dan keluhuran perlembagaan harus dipegang kuat dan
dipertahankan.

9

2.5 RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah
ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini,
banyak pengetahuan dan nilai yang telah saya pelajari.

Pembelajaran tentang sesuatu sejarah atau peristiwa sejarah dapat
meningkatkan semangat patriotik saya. Tambahan lagi, sejarah dapat memberi
pengetahuan kepada generasi muda dalam peristiwa gelap dan corak mencapai
kejayaan-kejayaan yang dilakukan oleh individu-individu ataupun kelompok individu
pada zaman dulu. Hal ini adalah untuk menjadi rujukan kepada generasi kini dalam
membuat keputusan-keputusan untuk mengelakkan kepentingan negara kita sekali
lagi diceroboh, tetapi sebaliknya memastikan kejayaan negara terus dicapai. Di
sebalik peristiwa bersejarah itu sendiri tersimpan seribu sejarah dan cerita yang unik
dan tersendiri. Ini sekaligus akan mengingatkan kita untuk mengimbau kembali
nostalgia dan sejarah pada suatu masa dahulu yang boleh diambil pengajaran dan
ikhtibar bersama untuk generasi sekarang dan generasi yang akan datang.

Sejarah membawa kita mengenali jati diri atau asal usul bangsa kita serta boleh
menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara. Keperitan, kejerihan,
dan semangat jati diri penduduk zaman dahulu wajar dikenang dan diikuti. Jika tidak
kerana semangat juang mereka, tiadalah merdekanya kita pada hari ini.

Maka dengan ini, sememangnya kita wajib bersatu dalam mempertahankan
negara kita.

10

SUMBER RUJUKAN

a) BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN DUA
• Nama penulis:
Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul,
dan Ishak bin Saidoo.
• Tahun terbit: 2017
• Tajuk buku: Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Sejarah Tingkatan 2.
• Tempat terbit: Kuala Lumpur.
• Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka.

b) BUKU RUJUKAN SEJARAH KSSM PT3
• Nama penulis: Sulaiman Md. Kasim, Mazlee Mohd Amin, Md. Razali
• Tahun terbit: 2019
• Tajuk buku: Whizz Thru Sejarah, Nota Ekspress KSSM PT3
• Tempat terbit: Selangor Darul Ehsan
• Penerbit: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

c) INTERNET
• Kesultanan Johor Riau
https://question.pandai.org/note/read/kssm-sj-f2-06/kssm-f2-sj-02/bab-6-
kesultanan-johor-riau
• Kegemilangan Kesultanan Johor-Riau
https://syajarahdunya.blogspot.com/2020/07/62-kegemilangan-kesultanan-
johor-riau.html
• Kesultanan Johor Riau
https://www.coursehero.com/file/56215103/385996555-Bab-6-Kesultanan-
Johor-Riaupdf/
• Kegemilangn Kesultanan Johor Riau

11

KEGEMILANGAN.docx - Kegemilangan Kesultanan Johor Riau Pusat Perdagangan yang Unggul
1 Kedudukan Strategik Pelabuhan Johor Lama Batu Sawar dan | Course Hero
• Sejarah Tingkatan 2: Bab 6-Kesultanan Johor Riau
Sejarah Tingkatan 2: Bab 6 - Kesultanan Johor Riau Flashcards | Quizlet

12


Click to View FlipBook Version