The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tsseran Tamelselvam, 2023-10-02 07:56:07

Assignment1_MPU3183.pdf

Assignment1_MPU3183.pdf

permata yang tak ternilai dalam khazanah bangsa Warisan Budaya Malaysia MPU 3183 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


DIVYAA A/P M. THANABALAN (MC230923865) KARTINI BINTI ABDULLAH (MC230923860) TSSERAN A/L TAMELSELVAM (MC230923183) SIDDARTHAN A/L RAJADERAN (MC230923852) LOGHA NAAT NANDY A/L RABINDRANAH NANDY (MC230924218) TRISHALLA A/P V.KRISHNA KUMAR (MC220517438)


19 20 03 04 05 6. Rujukan 5. Kesimpulan 1. Pengenalan 2. Objektif Tugasan 3. Apakah itu warisan budaya Malaysia ? 4. Elemen-elemen warisan budaya Malaysia dan 06 bagaimana mencerminkan etika dan peradaban Isi Kandungan


Kelestarian etika dan peradaban ialah usaha untuk mengekalkan dan menyebarkan nilai, kebiasaan, etika, dan peradaban yang telah membentuk budaya, masyarakat, dan sejarah sesuatu wilayah atau negara. Nilai-nilai positif dan prinsip moral yang telah membentuk masyarakat dikekalkan untuk mengekalkan identiti budaya dan sosial yang tersendiri, yang menjadikannya penting. Warisan budaya seperti seni, kesenian, tradisi, dan bahasa boleh dipelihara melalui pemeliharaan nilai dan etikanya. Ini memerlukan usaha untuk memastikan bahagian penting budaya tidak hilang. PENGENALAN 3


OBJEKTIF TUGASAN Mengenalpasti bagaimana elemen-elemen ini mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia. Mengenalpasti pelbagai warisan budaya Malaysia seperti seni, muzik, pakaian tradisional, makanan dan tarian. Membina suatu e-folio yang menarik dan informatif yang mengandungi maklumat tentang warisan budaya Malaysia. Meningkatkan kesedaran terhadap budaya tempatan berbanding budaya barat di Malaysia 4


Warisan budaya Malaysia mengandungi satu dasar yang kaya dengan tradisi, nilai, seni, dan warisan yang membentuk budaya negara ini. Perpaduan unik dicerminkan oleh pelbagai etnik di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan etnik lain-lain. Warisan budaya Malaysia menunjukkan perkara-perkara unik yang terdapat di negara Malaysia. Ia termasuk Sejarah, etnik dan lain-lain. Elemen-elemen yang terdapat dalam warisan budaya Malaysia adalah Seni, Muzik, Tarian, Pakaian dan Makanan Tradisional. Ini adalah satu perkara yang penting dan ianya mewakili sebahagian daripada identiti negara kita. Apakah itu warisan budaya malaysia? 5


Elemen muzik dalam masyarakat Malaysia memainkan peranan penting dalam mencerminkan etika dan peradaban tempatan. Ini disebabkan oleh kepelbagaian budaya, etnik, dan agama di Malaysia yang telah memberikan sumbangan yang unik kepada perkembangan muzik tempatan. Berikut adalah beberapa cara elemen muzik mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia: Malaysia adalah rumah yang pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, dan banyak lagi. Setiap kaum ini mempunyai tradisi muzik individual yang mencerminkan identiti dan etika mereka. Sebagai contoh, muzik tradisional Melayu seperti gamelan dan kompang. Muzik tradisional Cina seperti guzheng, pipa dan erhu. Muzik traisional india seperti Muzik Karnatik, Muzik Klasik Hindustani dan Bhajan dan Kirtan.


Muzik juga mencerminkan perubahan sosial dan peradaban dalam masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, perkembangan muzik pop Malaysia sering mencerminkan isu-isu sosial, politik, dan budaya dalam masyarakat. Lirik-lirik lagu dan gaya muzik boleh merakamkan aspirasi dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia moden. Dalam masyarakat ini mencerminkan etika dan nilai-nilai agama dalam masyarakat Malaysia. Muzik ini juga menjadi medium untuk menyampaikan pesanan moral dan etika kepada peminat-peminatnya.


Kita perlu juga untuk mendidik generasi muda kita tentang kepentingan menghormati dan memahami muzik kaum lain. Sekolah-sekolah boleh memasukkan pendidikan muzik pelbagai budaya dalam kurikulum untuk memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap warisan muzik Malaysia yang kaya. Saling menghormati muzik kaum lain adalah cerminan dari etika dan peradaban yang tinggi dalam masyarakat kita. Dalam kepelbagaian budaya dan etnik Malaysia, kita dapat menemui keindahan dalam setiap jenis muzik. Ini bukan hanya tentang menghormati muzik, tetapi juga tentang menghormati warisan, nilai-nilai, dan kepercayaan yang membentuk identiti muzik setiap kaum. Dengan cara ini, kita boleh membina sebuah masyarakat yang berbudaya dan bijak yang menghormati dan memahami kepelbagaian budaya yang menjadi kekayaan kita Bersama. Dalam kesimpulannya, elemen muzik dalam masyarakat Malaysia memainkan peranan penting dalam mencerminkan etika dan peradaban tempatan. Ia mencerminkan kepelbagaian budaya, etnik, dan agama dalam negara ini serta menunjukkan semangat perpaduan dan pemeliharaan warisan budaya. Muzik adalah satu lagi cara di mana masyarakat Malaysia memahami dan meneruskan nilai-nilai etika dan peradaban mereka.


SENI HALUS Ukiran di rumah dan tempat adat istiadat adalah antara seni yang sangat berkaitan dengan masyarakat pelbagai kaum ini. Proses membuat atau menghasilkan sesuatu dengan menggunakan keterampilan kreatif yang dibuat dengan tangan Seni halus juga diwariskan melalui pembelajaran turun temurun dari generasi ke generasi Pakaian, tekstil dan seni hias. Anyaman, ukiran, motif, sulaman, tekat, tenunan, seramik, membuat manik, membuat perhiasan diri, Pembuatan batik, membuat tembikar dan seni lukis


Salah satu bentuk seni lukis pada kain yang sudah ada sejak lama di Malaysia. Batik berasal dari bahasa Indonesia, dan bermaksud "pakaian dengan titik-titik kecil." "Tik" berasal daripada perkataan "detik" atau "tik-tik." Sesetengah orang berpendapat bahawa perkataan "batik" berasal dari perkataan Jawa "tritik, " yang bermaksud proses membuat batik Batik boleh dihasilkan melalui beberapa jenis iaitu batik tulis atau lukis melalui hasil kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin menggunakan canting dan warnakan (sumber: theadairgroup.com) Seni ini mencerminkan keindahan dan simbolisme yang terkait dengan budaya dan nilai-nilai tradisional masyarakat Malaysia. Pada setiap motifnya sering menggambarkan kehidupan masyarakat yang berkaitan dengan alam dan mitos lokal Batik Pelangi, batik ini dibuat dengan cara ikat dan celup kain pada warna sumber: desaalambatik.blogspot.com


satu bentuk seni yang bisa mencerminkan etika dan peradaban. Lukisan juga merupakan salah satu cara untuk mengekspresikan nilai nilai budaya. Lukisan ialah teknik menggambar atau hasil seni yang menyampaikan perasaan dalam bentuk imej dengan menggunakan media kering atau warna yang sedikit Motif Budaya dan Simbol Tradisional, banyak Pelukis akan menggunakan elemen seperti fauna dan fauna di dalam lukisan. Ia mencerminkan warisan budaya dan estetika yang kaya Lukisan Sejarah. Beberapa pelukis mencipta lukisan yang menggambarkan sejarah seperti lukisan Hari Kemerdekaan pada tahun 1957. Seni lukis biasanya menunjukan pesan atau ide yang melibatkan aspek kehidupan orangorang di Malaysia seperti keseharian, nilainilai keagamaan dan sebagainya. Dari contoh-contoh seni tersebut, dapat dilihat bagaimana seni mampu mencerminkan nilai-nilai etika dan peradaban yang terkandung di dalam masyarakat Malaysia. Seni dapat menjadi media untuk mengekspresikan identitas serta keberagaman budaya di Malaysia yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan menarik. (sumber: citizens journal) (sumber: Berita Harian)


MAKANAN MALAYSIA MMAAKKAANNAANN TTRRAADDIISSIIOONNAALL MM EE LL AA YY UU Makanan tradisional Cina Makanan tradisional Indian


KELESTAR AI N ETIKA DAN BERADABAN MELALUI MAKANAN Mengenali dengan lebih mandalam makanan tradisi pelbagai kaum Mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia Mengelakkan ketidakfahaman antara kaum seperti tragedi 13 Mei 1969 Ciptaan tradisi atau teknik masakan yang berbeza menjadi satu hidangan


Pakaian Tradisional 2 3 Pentingnya Warisan Keterampilan dan Kerjasama Kepelbagaian Budaya Cerita dan Nilai - Nilai 4 5 1 Bagaimana elemen tarian mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia?


Keterampilan dan Kerjasama Tarian tradisional Malaysia melibatkan gerakan terkoordinasi dan keterampilan tangan yang tinggi. Nilai-nilai seperti kerjasama dan keterampilan diturunkan dari generasi ke generasi. Para penari bekerja sama secara sempurna untuk menampilkan tarian dengan baik. Ini mencerminkan semangat gotong royong dalam masyarakat Malaysia. Pakaian Tradisional Pakaian tradisional yang kaya akan warna dan hiasan mencerminkan keindahan dalam peradaban Malaysia dan juga menunjukkan penghargaan terhadap tradisi dan budaya yang kaya. Pentingnya Warisan Menjaga tarian tradisional adalah bentuk penghormatan dan pemeliharaan warisan budaya Malaysia. Ini mencerminkan nilai-nilai menghargai akar budaya dan sejarah yang merupakan bagian penting dari identitas nasional.


Cerita dan Nilai - Nilai Banyak tarian tradisional Malaysia memiliki cerita atau narasi yang terkait. Narasi ini sering mengandung pesan moral dan nilai-nilai yang penting dalam masyarakat. Contohnya, Mak Yong dan tarian lainnya mungkin menyampaikan pesan tentang persahabatan, kejujuran, dan nilai-nilai penting lainnya. Kepelbagaian Budaya Banyak tarian tradisional Malaysia memiliki cerita atau narasi yang terkait. Narasi ini sering mengandung pesan moral dan nilai-nilai yang penting dalam masyarakat. Contohnya, Mak Yong dan tarian lainnya mungkin menyampaikan pesan tentang persahabatan, kejujuran, dan nilai-nilai penting lainnya. Kepelbagaian Budaya Elemen-elemen warisan budaya Malaysia, seperti tarian, mencerminkan etika dan peradaban dengan nilai-nilai seperti kerjasama, keterampilan, keindahan, moral, kepelbagaian budaya, dan penghargaan terhadap warisan budaya mereka. Ini penting dalam merayakan kayaan budaya Malaysia.


Warisan budaya Malaysia adalah harta kekayaan yang tidak ternilai. Ia bukan sahaja mencerminkan identiti unik negara ini tetapi juga mengajarkan nilai-nilai toleransi, kreativiti, dan penghargaan terhadap warisan nenek moyang. Melalui seni, muzik, tarian, pakaian, dan makanan tradisional, Malaysia mempertahankan keunikan budaya yang memperkaya peradaban masyarakatnya. Dengan merayakan warisan budaya ini, Malaysia terus memperkukuhkan ikatan sosial dan kebangsaan dalam kepelbagaian. Kesimpulan


RUJUKAN 1. User, S. (n.d.). Pengenalan. JWN 2020. https://www.heritage.gov.my/seni-haluspengenalan.html 2. N. (n.d.). Kraf Tangan Malaysia. http://souvenirmalaysia.blogspot.com/2018/07/kraftangan-malaysia.html 3. M. (2022, December 24). Inilah warisan kita! Ketahui 5 kraftangan kebanggaan Malaysia, Salt Bae pun pernah pakai. mStar. https://www.mstar.com.my/xpose/mode/2022/12/24/tak-lapuk-dek-hujan-tak-lekangdek-panas-ini-dia-5-kraftangan-kebanggaan-malaysia-salt-bae-pun-pernah-pakai 4. S, C. M. H. (n.d.). KRAF - Seni Batik. http://cikguhafizsenivisual.blogspot.com/2012/05/kraf-seni-batik.html 5. Yuda, A. (2021, July 15). Pengertian Seni Lukis, Jenis, Teknik, dan Tujuannya yang Perlu Dipahami. bola.com. https://www.bola.com/ragam/read/4607477/pengertian-seni-lukisjenis-teknik-dan-tujuannya-yang-perlu-dipahami 6. Smp, A. (2023, January 17). Beberapa Aliran dalam Seni Lukis - Direktorat SMP. Direktorat SMP. https://ditsmp.kemdikbud.go.id/beberapa-aliran-dalam-seni-lukis/ 7. Laily, I. N. (2022, February 8). Seni Lukis: Pengertian Menurut Para Ahli, Aliran, Unsur, dan Teknik. Katadata. https://katadata.co.id/intan/berita/6201e12663d18/seni-lukispengertian-menurut-para-ahli-aliran-unsur-dan-teknik 8. User, S. (n.d.). Adat & budaya. JWN 2020. https://www.heritage.gov.my/adatbudaya.html 9. EFOLIO - | Membalik PDF Dalam talian | AnyFlip. (2021, December 2). https://anyflip.com/npkmd/wdlm 10. E - MAJALAH ETIKA DAN PERADABAN DTP2B - Membalik Buku Halaman 1-31 | AnyFlip. (2021, June 22). https://anyflip.com/obtwm/rejb/basic 11. P. (2023, October 1). Alat Muzik dan Tarian Tradisional dalam Masyarakat Malaysia. Pandai. https://app.pandai.org/note/read/kssr-sj-06-04-03/kssr-y6-sj-04/alat-muzik-dantarian-tradisional-dalam-masyarakat-malaysia 12. Umum, P. (2022, January 11). Pemupukan perpaduan keluarga Malaysia melalui kepelbagaian makanan tradisional. SOLIDARITAS. https://solidaritas.my/pemupukanperpaduan-keluarga-malaysia-melalui-kepelbagaian-makanan-tradisional/


Click to View FlipBook Version