The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD IRFAN BIN ROZALI 33DCE19F1022
AIMAN FITRI BIN ROSLEY 33DCE19F1010
SHESHUTARAN A/L MOHANASUNDARAM 33DCE19F1027
AIMAN ASHRAF BIN MOHD ARIFFIN 33DCE19F1007
MUHAMMAD SHAHRIL AZIM BIN TAJUDIN 33DCE19F1012

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimanfitri0937, 2021-12-13 03:21:28

LAPORAN PROJEK ETIKAN DAN PERADABAN MPU21032 LEFTENAN ADNAN

MUHAMMAD IRFAN BIN ROZALI 33DCE19F1022
AIMAN FITRI BIN ROSLEY 33DCE19F1010
SHESHUTARAN A/L MOHANASUNDARAM 33DCE19F1027
AIMAN ASHRAF BIN MOHD ARIFFIN 33DCE19F1007
MUHAMMAD SHAHRIL AZIM BIN TAJUDIN 33DCE19F1012

Keywords: LEFTENAN ADNAN

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
JABATAN KEJURUTERAAN PETROKIMIA

LAPORAN PROJEK
LEFTENAN ADNAN

PENSYARAH: PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD

NO. NAME REGISTRATION NO.
1 MUHAMMAD IRFAN BIN ROZALI 33DCE19F1022
2 AIMAN FITRI BIN ROSLEY 33DCE19F1010
3 SHESHUTARAN A/L MOHANASUNDARAM 33DCE19F1027
4 AIMAN ASHRAF BIN MOHD ARIFFIN 33DCE19F1007
5 MUHAMMAD SHAHRIL AZIM BIN TAJUDIN 33DCE19F1012

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN...........................................3
2.0 OBJEKTIF ..................................................4
3.0 HURAIAN ISI..............................................5

3.1 TEMA ................................................................ 5
3.2 NILAI DAN PENGAJARAN.................................. 5
I) NILAI ................................................................. 5
I) PENGAJARAN ................................................... 6
3.4 ULASAN DAN CADANGAN ................................ 8
4.0 PENUTUP.................................................10

1.0 PENGENALAN

Tanggal 14 Febuari adalah satu tarikh keramat pada negara kita dan
yang pastinya ramai anak muda pada masa kini tidak tahu pada tarikh
tersebut tersimpan kemas sejarah yang tersendiri. Namun ramai anak muda
masa kini mengabaikan dan tidak mempunyai sifat ingin tahu tentang pewira
negara yang sanggup berkorban demi kemakmuran dan mempertahankan
tanah air. Tidak semua mengetahui pada tarikh tersebut, seorang perwira
negara kita telah gugur.

Oleh yang demikian, filem melayu “LEFTENAN ADNAN” dipilih oleh
kami untuk mengenang jasa dan memupuk generasi muda supaya
mengambil tahu jasa pengorbanan seorang wira negara kita ketika perang
dunia kedua pada tahun 1942. Namun yang pastinya tarikh tersebut
meninggalkan kesan yang mendalam pada sejarah negara kerana 14 Feb
1942 dimana telah meragut beribu nyawa termasuk seorang pejuang
negara, Leftenan Adnan Saidi dan rejimennya yang berperang bermati-
matian mempertahankan tanah air pada ketika itu. Walaupun telah 87 tahun
peristiwa Bukit Candu berlalu namun ia masih dikenang dalam ingatan
sejarah negara.

Filem ini juga dipilih kerana terdapat banyak ikhtibar dan pengajaran
yang dapat diadaptasikan oleh generasi muda untuk memperkukuhkan dan
menanam sifat jati diri untuk mempertahankan kemakmuran dan keamanan
negara.

2.0 OBJEKTIF

• Filem ini membawa suatu mesej dan memberi kesedaran kepada
masyarakat mengenai erti sebenar nilai kemerdekaan dan cara
menghayatinya.

• Filem ini dapat memupuk semangat cintakan negara dan dapat
memahami sejarah.

• Filem ini telah mencapai tujuan dalam membentuk peradaban anak
watan pelbagai etnik dan kaum, budaya dan agama, supaya dapat
membina kesedaran, keinsafan dan perpaduan rakyat demi
kesejahteraan ibu pertiwi.

• Paparan filem menunjukkan perjuangan askar- askar melayu
menentang penjajah dan dapat menambahkan lagi semangat
patriotisme.

• Paparan cerita banyak mengetengahkan moral dan nilai yang dapat
dicontohi oleh para penonton.

• Filem ini telah mencipta fenomena dan menjadi karya agung yang
diulang-ulang dalam usaha membina jiwa bangsa dan semangat jiwa
merdeka dalam diri setiap penonton.

3.0 HURAIAN ISI

3.1 TEMA
Tema filem ini adalah keberanian dan keperwiraan seorang anggota

tentera dalam mempertahankan tanah air dijajah oleh kuasa asing.

Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan
sejak kecil serta mendapat dorongan daripada bapanya untuk menjadi
askar. Keperwiraan beliau telah terbukti apabila beliau berjuang menentang
musuh hingga penghujung nyawa diakhir filem.

3.2 NILAI DAN PENGAJARAN

I) NILAI

Terdapat banyak nilai yang terkandung dalam filem tersebut. Antara
nilai-nilai murni ialah:

NILAI HURAIAN
Kasih sayang Leftenan Adnan merupakan seorang suami
dan ayah kepada tiga orang anaknya. Beliau
Keberanian sangat menyayangi keluarganya dan meminta
isteri, Safi untuk membawa anak-anaknya
Ketaatan dan keluar daripada kampung setelah mengetahui
rasional kedatangan askar Jepun yang akan datang
untuk menyerang.
Ketika berlakunya peperangan, Leftenan
Adnan dan anggotanya sangat berani
menentang askar Jepun yang datang
menyerang di Candu, walaupun dengan
bilangan anggota yang sedikit dan peralatan
perang yang kurang canggih berbanding askar
Jepun.
Setiap anggota askar Melayu sangat akur dan
taat kepada pihak atasan yang mengarahkan
mereka untuk tampil ke medan perang demi
mempertahankan keamanan tanah melayu.

Tanggungjawab Leftenan Adnan sangat bertanggungjawab
Pengorbanan dalam menjalankan tugas ketika beliau setelah
dinaikkan pangkat sebagai Leftenan.
Setelah Malek terkena tembakan dan cedera
parah, beliau sanggup meminta untuk dirinya
ditinggalkan dan mencampak sebiji bom untuk
meletupkan jambatan agar dapat memberikan
masa kepada rakannya untuk berundur.

I) PENGAJARAN

NO. PENGAJARAN HURAIAN

1 Kita wajarlah bekerjasama Askar-askar melayu bekerjasama dan

antara satu sama lain sanggup berkorban untuk menentang

dalam menjaga kedatangan askar Jepun yang datang

kemakmuran di tanah air menjajah di bukit Candu.

kita agar dapat hidup

dengan aman dan damai

2 Setiap masalah haruslah Leftenan Adnan berbincang dengan

ditangani secara isiterinya Sophia supaya berpindah ke

berhemah, rasional dan tempat yang lebih selamat kerana akan

secara rundingan agar berlakunya peperangan yang

dapat mengelakkan besar.Walaupun isterinya Sophia

peperangan berlaku. enggan untuk berpindah tetapi dia

menyerah kalah dan mendengar kata

suaminya,Leftenan Adnan.

3 Masyarakat perlulah Ayob meninggalkan kubu dan datang

mempunyai kegigihan dan memberitahu Leftenan Adnan bahawa

kesungguhan ketika musuh terlalu ramai. Namun begitu,

menentang penjajah Leftenan Adnan memberitahu Ayob
asing. bahawa ‘Mungkin mereka akan

menang. Tapi bukan kerana kita tak
lawan’.

4 Masyarakat perlulah Leftenan Adnan mengingatkan kepada

menanamkan jati diri dan anggota-anggotanya bahawa sejarah

semangat cintakan melayu membuktikan yang bangsa

Negara. melayu pernah menawan nusantara,

mereka mampu membina kapal besar

sebelum tanah melayu dijajah.

5 Kita mestilah tidak mudah Seorang warga tua mempercayai anasir

percaya akan anasir- jahat daripada seorang penduduk

anasir luar supaya tidak ataupun pengintip daripada Jepun. Ia

dijajah. mempercayai bahawa Jepun akan

memberikan kemerdekaan kepada

orang Melayu.

6 Kita haruslah mempunyai Setelah Malek terkena tembakan dan

semangat pengorbanan cedera parah, beliau sanggup meminta

yang tinggi seperti askar- untuk dirinya ditinggalkan dan

askar melayu yang tidak mencampak sebiji bom untuk

mudah berputus asa dan meletupkan jambatan agar dapat

berjuang berhabis- memberikan masa kepada rakannya

habisan untuk menentang untuk berundur.

penjajah.

7 Kita perlulah bersikap Leftenan Adnan berjuang berhabis-

berani dalam menghadapi habisan seorang diri pada saat-saat

apa jua keadaan. akhir apabila ramai anggota-anggota

lainnya cedera dan meninggal dunia.

8 Kita mestilah mencontohi Leftenan Adnan bijak mengatur strategi

nilai kebijasanaan dan dalam peperangan bagi menyukarkan

kepintaran supaya dapat pihak Jepun untuk menyerang askar-

mengatur strategi dengan askar Melayu.Leftenan Adnan

baik ketika menentang mengubah arah serangan bagi

penjajah. menyukarkan askar Jepun untuk

menyerang.

3.4 ULASAN DAN CADANGAN

“Leftenan Adnan” merupakan sebuah filem yang mengisahkan
tentang seorang pegawai dari Rejimen Askar Melayu ketika Perang Dunia
kedua berlaku. Sebagai pegawai-pegawai yang terawal dilantik, mereka
telah menjalankan tugas mereka dengan sangat baik dan mempunyai
semangat patriotisme yang tinggi. Berdasarkan filem tersebut, terdapat
banyak pengajaran dan tauladan dari watak seorang Leftenan Adnan yang
dilakonkan oleh Hairie Othman. Antaranya, beliau memberikan ucapan
tentang kepentingan orang melayu yang bercita-cita untuk menjaga dan
memajukan negaranya sendiri. Beliau, menggunakan dialog yang takjub dan
bombastik:

“Sejarah Melayu membuktikan,

kita pernah menakluk Nusantara,

kita mampu membina empayar besar,

mampu membuat kapal-kapal besar,

lebih besar daripada ‘Flor de la Mar’ milik
Portugis”

Kekuatan watak Leftenan Adnan yang boleh kita simpulkan, beliau bukan
sahaja seorang pejuang yang gagah berani tetapi juga seorang budiman
yang berilmu. Setelah menonton filem “Leftenan Adnan” yang diarahkan
oleh Aziz M.Osman apa yang kita dapat perolehi dari menonton filem ini ialah
beliau telah menggunakan pelakon yang sesuai dengan watak didalam filem
ini, namun terdapat sedikit kekurangan dalam penghasilan filem ini iaitu
bahagian kualiti video dan animasi yang kurang memuaskan untuk generasi
masa kini.

Filem ini sarat dengan nilai-nilai positif dan mengambil latar masakan
1930 an ke 1940 an mengambarkan gaya hidup masyarakat tanah melayu
dengan tepat ketika masa itu, filem ini juga berjaya menyampaikan mesej
kepada hati penonton dan meninggalkan kesan yang mendalam tentang
pengorbanan yang dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu demi
meningkatkan keamanan tanah melayu.

Antara cadangan yang dapat kami berikan ialah pengarah boleh
menghasilkan filem yang berunsurkan patriotism dan bedasarkan tokoh-
tokoh pejuang tanah melayu untuk menjadi iktibar bagi generasi masa kini
dan masa depan. Seterusnya kami bercadang pihak sekolah boleh
menyambut hari kemerdekaan dengan menayangkan filem berunsur
patriotik dan nasionalisme untuk memupuk semangat cinta akan negara dan
membina jati diri dikalangan pelajar.

Akhir sekali kami bercadang agar kerajaan meyalurkan dana kepada
institut pengajian agar pihak mereka boleh menganjurkan pertandingan filem
pendek untuk menyambut hari kemerdekaan. Selain itu, pihak kerajaan juga
boleh membantu dari segi dana kepada pengarah-pengarah muda untuk
menghasilkan filem yang mengisahkan tentang sejarah melayu yang
mempunyai nilai murni dan pengajaran terutamanya nilai semangat cinta
akan negara yang dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada
penonton.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, filem Leftenan Adnan merupakan sebuah filem
patriotik Malaysia pada tahun 2000 yang diarahkan oleh Aziz M.Osman dan
dibintangi oleh Hairie Othman, Umie Aida, Faida Hussien Rusdi Ramli,
Shahruddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario. Filem ini
mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun
semasa perang Dunia kedua. Filem berunsurkan nilai patriotik dan
nasionalisma sebegini seharusnya diperbanyakan lagi untuk ditonton
kepada masyarakat terutamanya pada generasi muda. Generasi muda
masa kini hendaklah dipupuk semangat cinta akan negara dan membina jati
diri dari awal agar menjadi insan yang berguna dan bukan pula menjadi
pengkhianat negara seperti watak yang terdapat dalam filem tersebut. Filem
ini memberi kita pengajaran bahawa bahaya pengkhianat yang menjadi duri
dalam daging kepada negara kita.

Akhir sekali, file mini mengajar kita tentang semangat cinta akan
negara, keihklasan dalam perjuangan Leftenan Adnan dan mereka yang
terlibat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat sesuai dengan
peribahasa “Gajah mati meninggalkan tulan, harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama”.


Click to View FlipBook Version