The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ashirahazwa2002, 2021-06-09 20:38:17

OLA BOLA

OLA BOLA

AZZALIZAH BINTI WAN AZRA BINTI NABIHAH NUR ASHIRAH AZWA
ABBAS MEOR AZAHAR QURRATUAINI BINTI AZIZ
(03DPW20F2013)
(03DPW20F2015) ZAINOL (03DPW20F2006)
(03DPW20F2004)

ᴥ SINOPSIS
ᴥ UNSUR PATRIOTISME
ᴥ UNSUR PERPADUAN
ᴥ PENGAJARAN
ᴥ UNSUR NEGATIF
ᴥ KESIMPULAN

Kisah Ola Bola bermula Ketika seorang wartawan Bernama Marianne yang ditugaskan untuk

membuat kajian tentang pasukan bola speak negara yang telah mencipta nama pada era 80-
an dahulu yang mana Ketika itu nama Malaysia dalam pasukan lawan khasnya di rantau Asia

ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah

ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan
tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah
hidupnya.

Mengimbau Kembali Ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara Ketika itu berdepan
dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak
sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin
rumit isu dam masalah masing-masing. Walaupun bagaimanapun, mereka hanya mempunyai
satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan
hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat Kembali menyemarak dalam
diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang memtahkan semangat
mereka dan harapan negara.

Ola Bola diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton
dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat Bersatu hati
dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton
melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam
kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Begitu meninggalkan kesan pada hati penonton, Chiu telah memberi
sentuhan ajaib pada setiap watak terutamanya watak utama, Tauke yang
digambarkan dalam OLA BOLA, yang mana dia terpaksa meninggalkan
pasukannya disebabkan masalah kewangan.

Begitu juga dengan watak Rahman, seorang pengulas sukan yang begitu
bersemangat Ketika membuat liputan. Kehilangan tunggak utama
membuatkan pasukan kebangsaan berdepan dengan pelbagai masalah di
perlawanan kejohanan pertamanya. Namun, pasukannya bangkit dengan
bersatu padu untuk mencapai kemenangan.

1. SEMANGAT PERPADUAN :

Berdasarkan filem OLA BOLA ini terdapat semangat perpaduan yang
ditunjukkan dimana 3 kaum bersatu iaitu kaum melayu,cina dan juga
india bersama-sama menyokong pasukan bola sepak Malaysia dalam
setiap perlawanan persahabatan di Stadium Merdeka tidak mengira
waktu siang ataupun malam, mereka tetap menyokong dengan penuh
bersemangat walaupun pasukan bola sepak Malaysia hentam teruk
dibelasah oleh pasukan lawan. Contohnya perlawanan antara pasukan
Malaysia dengan pasukan The Blue Prince dengan jaringan 0-9.
Walaupun pasukan ini telah banyak kali kalah dalam setiap perlawanan
tetapi penyokong-penyokong pelbagai kaum ini tetap bersemangat
menyokong hingga ke akhir perlawanan dan mereka percaya bahawa
pasukan bola sepak Malaysia ini akan berjaya suatu hari dan
mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

2. PERASAAN :

Dalam filem ini telah menunjukkan disebabkan oleh seorang yang
menimbulkan masalah, akibatnya satu pasukan yang akan terima. Setiap
pemain memainkan peranan yang penting tidak kiralah sama ada pemain
utama mahupun pemain simpanan. Contohnya dalam filem ni dimana
Chow Kwok Keong atau lebih dikenali sebagai Tauke. Tauke telah
menghadapi tekanan dimana dia sangat terdesak untuk membawa
pasukan bola sepak Malaysia untuk mara ke Sukan Olimpik. Dia ingin
menebus kesilapan yang pernah dilakukan Ketika pasukan Malaysia
menentang Pasukan Korea Selatan padan tahun 1976 dengan jaringan 1
berbalas 2. Apabila ketua jurulatih baharu tiba dari luar negara dan
memperkenalkan startegi permainan yang baru. Tauke tidak dapat
menerima kerana bagi nya startegi begitu tidak akan membawa mereka
kemenangan dan akhirnya Tauke membuat keputusan untuk menarik diri
dari pasukan bola sepak tersebut. Kesemua pemain telah merasa
kekurangan kerana sebelum ini Tauke yang telah mengetuai mereka.

3. PENGORBANAN:

Menjadi seorang atlit sudah semestinya banyak pengorbanan yang akan
dihadapi. Pengorbanan itu sebenarnya tunggak untuk kita berjaya dalam
kehidupan. Contoh dalam filem ini Muthu merupakan anak sulung dalam
ahli keluarganya. Keluarganya telah menghadapi masalah kekangan
kewangan untuk menampung lagi 3 orang adik beradiknya yang masih
kecil. Bapanya hanya bekerja mengutip buah kelapa dan hasil daripada
menjual kelapa itu sahaja pendapatan yang diraih setiap hari.

Seterusnya contoh pengorbanan ialah watak Ali. Ali sanggup
sembunyikan yang kakinya telah tercedera daripada semua ahli pasukan
keranan dia takut tidak dapat bermain sekiranya jurulatih dapat
mengetahui perkara itu. Bagi Ali setiap satu perlawanan itu penting dan
semangat sepasukan itu penting.



1. Penyampai secara lansung dalam acara sukan sudah semestinya memainkan peranan
yang penting kerana mereka merupakan tunggak semangat menyampaikan setiap
maklumat terperinci perlawanan. Contohnya Rahman merupakan penyampai acara sukan
untuk bola sepak bersama-sama dengan 2 orang rakan sekerjanya yang merupakan kaum
cina dan kaum india (nama tidak dinyatakan dalam filem). Mereka bertiga meyampaikan
mengikut kaum mereka iaitu Rahman bertutur dalam Bahasa melayu manakala 2 orang lagi
rakan sekerjanya menyampaikan dalam Bahasa mandarin dan juga Bahasa tamil.

2. Malaysia merupakan sebuah negara yang menarik kerana Malaysia merupakan satu-satu
nya negara yang mempunyai pelbagai kaum iaitu kaum melayu,india dan cina. Acara
sukan salah satu cara untuk merapatkan perpaduan antara 3 kaum. Contohnya dalam
filem OLA BOLA ini sukan bola sepak merupakan sukan pertama yang diperkenalkan di
Malaysia, seperti dalam cerita ini 3 kaum ini memberikan sokongan yang padu Bersama-
sama menyokong pasukan bola speak Malaysia dalam setiap perlawanan dan mereka
tidak mengamalkan sikap perkauman sesame sendiri.

qPengajaran yang terdapat dapat filem OLA BOLA, dimana sebagai
pemain dalam satu pasukan, satu nama, satu negara yang sama tidak
sepatutnya mudah berputus asa dalam mencapai impian. Impian boleh

dicapai dengan melakukan banyak kali Latihan kerana practice make
perfect. Selain itu, pengajaran yang saya dapati ialah semangat

perpaduan 3 kaum iaitu melayu india cina besama-sama menyokong
pasukan bola sepak Malaysia dengan penuh semangat. Semangat
sebegini seharusnya dikekalkan sehingga ke generasi masa kini,
terutama kepada anak-anak yang bakal menjadi pemimpin pada masa
hadapan.

Ø Unsur negatif yang dapat dilihat dalam filem ola bola ini dimana sekumpulan jiran
tetangga ini menghina atau menggunakan Bahasa kurang sopan kepada Mei Ling
iaitu adik kepada watak utama Tauke, kerana Tauke merupakan pemain lama
dalam pasukan bola speak tersebut. Oleh itu apabila pasukan bola speak Malaysia
kalah dalam setiap perlawanan, mereka menyalahkan abang Mei Ling kerana tidak
mengetuai pasukan bola sepak itu dengan baik jadi mereka menyalahkan atau
buruk sangka terhadap Mei ling sehingga menyebabkan Mei Ling merasa sedih
dan perasaan benci timbul dalam dirinya.

Ø Ali telah menuduh Eric bahawa dia yang memberitahu jurulatih mengenai kakinya
yang cedera tanpa soal periksa terlebih dahulu. Di sebabkan tuduhan itu mereka
berdua telah bergaduh sehingga menyebabkan hubungan antara satu pasukan
mula menjadi renggang.

q Secara ringkas, filem olabola bukan sahaja membawa mesej yang positif kepada masyarakat
Malaysia tetapi juga membolehkan masyarakat mengetahui tentang sejarah pasukan bola sepak
Malaysia yang layak memasuki Olimpik pada tahun 1980. Oleh itu, pada pendapat saya filem
sebegini harus diperbanyakkan di Malaysia bagi mengeratkan hubungan pelbagai kaum dan
mengukuhkan perpaduan kaum serta Kerjasama antara satu sama lain.

q Filem ini bukan sahaja mengajar kita berusaha dan bekerjasama bagi mencapai cita-cita, malahan
Bersatu padu antara kaum tanpa mengira warna kulit, bahasa, budaya dan agama. Filem ini juga
membawa mesej, kemana lagi tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Bermakna kemana lagi usaha
kita diletakkan jika tidak di negara sendiri. Walaupun ramai beranggapan hidup di negara lain lebih
baik dari di Malaysia, berjuang untuk negara sendiri lebih bermakna. “ Melalui hasil kajian saya,
saya memahami tentang kepentingan kekuatan jati diri terhadap seseorang individu kerana ia
dapat melambangkan identity sesebuah masyarakat ataupun negara.

q Akhir sekali, semangat patriotism adalah elemen yang penting terhadap sesebuah masyarakat
serta negara. Semangat patriotism membolehkan semua rakyat Bersatu padu apabila menghadapi
kesukaran ataupun kejayaan. Selain itu, Kerjasama dalam kalangan seluruh rakyat dapat
menyelesaikan masalah yang sukar seperti yang kita dapat dalam filem tersebut. Semangat
Kerjasama antara pelbagai kaum dapat membina sebuah negara yang mau dan aman.


Click to View FlipBook Version