PENULISAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
1 1.0PENGENALAN Bagi menjamin kualiti pendidikan bermakna yang mendorong kepada pembangunan modal insan berminda kelas pertama, sistem peperiksaan di Malaysia telah diperkukuh dengan mewujudkan pentaksiran secara holistik (Fakhri & Mohd Isha, 2016). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah kaedah pentaksiran yang telah diperkenalkan pada hujung tahun 2016 yang sebelumnya dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Namun, setelah sistem penilaian berasaskan peperiksaan telah dimansuhkan pada Oktober 2018, PBD telah diperkenalkan secara menyeluruh untuk guru menilai pembelajaran murid berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan. Ia dijalankan secara berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid secara menyeluruh (Arumugham, 2020). Dalam PBD, murid ditaksir menggunakan pentaksiran formatif menilai penguasaan dan kemajuan murid. Pentaksiran ini dikenali sebagai pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran. Manakala pentaksiran sumatif yang dikategorikan sebagai pentaksiran tentang pembelajaran pula bertujuan untuk mengesan pencapaian dan perkembangan pembelajaran pada akhir sesuatu tajuk atau tempoh pembelajaran. Antara kaedah pentaksiran yang dijalankan adalah seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Maka, instrumen pentaksiran yang diguna guru mestilah berupaya dalam mentaksir pencapaian dan kebolehan murid serta dapat membekalkan maklumat tentang kualiti pembelajaran secara keseluruhannya. 2.0 KAEDAH PENTAKSIRAN DAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN Bagi mentaksir murid dalam bilik darjah, terdapat tiga kaedah pentaksiran yang boleh digunakan iaitu pemerhatian, lisan dan bertulis. Selain itu, guru didedahkan dengan pelbagai instrumen untuk mentaksir murid bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai. Bagi kaedah pentaksiran secara pemerhatian, ia sesuai digunakan untuk mentaksir proses dan hasil kerja murid. Caranya, guru boleh menilai sikap dan penguasaan kemahiran murid menggunakan instrument seperti senarai semak dan rubrik, rekod anekdot, atau gambar aktiviti. Manakala kaedah secara lisan pula boleh berlaku
2 secara spontan dalam sesi PdP. Contohnya, guru menggunakan instrumen catatan dalam aktiviti seperti soal jawab, bercerita dan memberi komen. Pentaksiran secara lisan juga boleh berlaku antara murid dengan guru, murid dengan murid atau murid dengan bahan pembelajaran. Kaedah ini adalah mudah dan cepat bagi mengesan perkembangan dan penguasaan murid (Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Bagi kaedah pentaksiran secara bertulis, guru boleh menggunakan instrumen seperti lembaran kerja, folio dan karangan untuk mengesan perkembangan intelek dan kemahiran murid. Semasa menilai, guru perlulah membuat pertimbangan profesional secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan standard prestasi yang terdapat dalam DSKP. Pertimbangan guru adalah penting untuk merealisasikan matlamat Pendidikan (Biesta, 2015, Sharifah Siti Hauzimah Wan Omar, 2019). Oleh itu, perancangan guru dalam memilih kaedah dan instrumen yang tepat amat penting bagi memastikan keputusan pentaksiran mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan serta bermakna bagi guru dan murid. 3.0 PBS DAN TUGASAN Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Tasek Apong. Semasa menjalani PBS, saya dikehendaki mengumpul instrumen-instrumen yang diguna guru untuk mentaksir murid berdasarkan kaedah pentaksiran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam sesi PdP. Saya telah merujuk Puan Hamidah iaitu guru panitia Sains bagi mendapatkan instrumen yang diguna beliau. Apabila saya menerangkan tentang tugasan yang perlu saya lakukan, beliau menyatakan bahawa beliau hanya menggunakan beberapa instrument sahaja untuk mentaksir murid dalam aktiviti tertentu. Hal ini menjadi agak sukar kepada saya kerana saya tidak dapat mengumpul pelbagai jenis instrumen lain yang boleh diguna untuk mentaksir murid dalam pelbagai kaedah dan aktiviti PdP. Hasilnya, saya telah memperoleh instrumen senarai semak, lembaran kerja dan penulisan refleksi bagi murid Tahun 4 berkaitan dengan tajuk Pernafasan Manusia.
3 4.0 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN-INSTRUMEN Semasa memulakan proses menilai instrumen, saya menghadapi beberapa masalah dengan keyakinan diri untuk menilai instrumen yang diperoleh. Antaranya, saya berasa agak ragu dengan kebolehan saya untuk melakukan penilaian kerana saya berpendapat bahawa guru sekolah adalah orang yang mahir dan lebih berpengalaman dalam bidang ini. Justeru, saya berasa tidak berhak untuk memberi pendapat terhadap hasil usaha guru yang lebih pakar. Pada masa yang sama, saya juga tidak menggunakan pertimbangan profesional semasa menilai instrumeninstrumen tersebut kerana kurangnya pengetahuan dan pengalaman. Namun selepas membaca buku Panduan PBD Edisi ke-2 di muka surat 37 hingga 39 saya berasa yakin untuk melakukan penilaian setelah memahami mengenai pertimbangan profesional dan berjaya menggunakannya untuk menilai instrumen. Berdasarkan buku panduan tersebut, setiap instrumen yang dibina dan digunakan guru mestilah memenuhi standard pembelajaran dan standard prestasi yang telah dinyatakan dalam DSKP. Tambahan lagi, instrumen yang dibina mestilah berupaya untuk menilai kaedah pentaksiran yang diguna guru berdasarkan aktiviti yang dilakukan. Hal ini supaya guru dapat menilai kebolehan dan keupayaan murid dari pelbagai aspek. Contohnya, bagi kaedah pentaksiran melalui pemerhatian dalam aktiviti eksperimen, guru boleh menggunakan instrumen senarai semak untuk menilai keupayaan murid. Akan tetapi, semasa saya membuat penilaian terhadap instrumen yang digunakan oleh guru, kebanyakannya elemen dalam instrumen pentaksiran tersebut hanya berkait dengan tajuk pembelajaran. Bukan itu sahaja, instrumen yang diguna guru untuk menilai kaedah pentaksirannya juga adalah kurang sesuai. Contohnya, guru menggunakan instrumen senarai semak untuk menilai aktiviti lembaran kerja bagi kaedah pentaksiran bertulis. Walhal, instrumen senarai semak sepatutnya digunakan untuk menilai aktiviti yang melibatkan perbuatan atau hasil produk melalui pemerhatian.
4 4.1 INSTRUMEN SENARAI SEMAK Dalam instrumen senarai semak yang saya peroleh, saya mendapati guru ini telah mentaksir murid menggunakan kaedah pemerhatian dalam aktiviti membina model berkenaan standard kandungan 2.1 iaitu Pernafasan Manusia bagi tajuk Manusia dalam subjek Sains tahun 4. Beliau telah menggunakan instrumen senarai semak dalam aktiviti membina model untuk menilai murid. (Rujuk Instrumen 4.1a) Dalam melaksanakan aktiviti tersebut, murid dikehendaki membina model sistem pernafasan menggunakan bahan yang disediakan. Murid juga perlu menyatakan organ-organ terlibat semasa mereka membina model tersebut. Setelah model siap dibina, murid perlu menentukan laluan udara serta melakar kandungan gas yang terlibat semasa proses pernafasan berlaku. Semasa aktiviti dijalankan, guru menggunakan kaedah pemerhatian dan instrumen senarai semak untuk menilai kebolehan murid melakukan aktiviti yang ditugaskan. Namun begitu, selepas saya menilai instrumen senarai semak tersebut, saya mendapati bahawa terdapat beberapa kekurangan pada elemen senarai semak tersebut. Antaranya, instrumen tersebut tidak dapat memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam standard pembelajaran. Contohnya, bagi mencapai standard pembelajaran 2.1.1, murid perlu memerihalkan proses pernafasan dari aspek laluan udara dan pertukaran gas yang berlaku di peparu melalui pemerhatian menerusi pelbagai media. Namun, guru hanya melakukan aktiviti membina model tanpa melibatkan sebarang media untuk murid memerhati proses pernafasan berlaku serta tidak melibatkan sebarang aktiviti pembentangan. Selain itu, guru juga tidak menyatakan standard prestasi yang dicapai oleh murid setelah melakukan aktiviti. Hal ini boleh membuatkan guru cenderung untuk tidak menggunakan pertimbangan profesional semasa menilai murid. Tambahan lagi, senarai semak tersebut jugak tidak mempunyai elemen kuantitatif untuk mengukur sejauh mana tahap pengetahuan murid. Contohnya, dalam elemen A2, jika murid hanya dapat melabel satu organ yang terlibat dalam proses pernafasan dengan betul, murid tersebut dianggap sudah mencapai TP1 iaitu melabel organ yang terlibat semasa proses pernafasan.
5 Sebagai cadangan penambahbaikan terhadap instrumen tersebut, saya telah menghasilkan instrumen senarai semak baharu yang lengkap dan menepati standard pembelajaran dan standard prestasi yang perlu dicapai oleh murid. (Rujuk Instrumen 4.1b) Instrumen baharu tersebut juga dilengkapi dengan elemen kuantitatif yang perlu dicapai oleh murid untuk menilai sejauh mana pengetahuan yang diketahuinya selepas melakukan aktiviti tersebut. Contohnya, bagi mencapai TP1, murid perlu memenuhi kriteria dalam elemen A2 iaitu murid-murid dapat melabel ketiga-tiga organ yang terlibat dengan proses pernafasan dengan betul. Dengan menggunakan instrumen yang lengkap, guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid dalam pembelajaran dengan lebih jelas (KPM, 2016). 4.2 INSTRUMEN LEMBARAN KERJA BERKUMPULAN Bagi instrumen lembaran kerja berkumpulan yang saya peroleh, saya mendapati guru ini telah menggunakan kaedah pentaksiran secara bertulis dalam aktiviti membina dan melakar model bagi tajuk Pernafasan Manusia. Beliau telah menggunakan instrumen lembaran kerja dalam aktiviti yang dijalankan. (Rujuk Instrumen 4.2a) Sebelum murid membina model, mereka dikehendaki melakar dahulu organ utama yang terlibat dalam sistem pernafasan. Setelah model siap dibina, mereka perlu melabelkan anggota-anggota badan yang terlibat dengan betul. Seterusnya, murid perlu mencatat ciri-ciri berkaitan dengan organ yang dinyatakan pada ruang yang disediakan. Setelah selesai, murid akan menghantar lembaran tersebut kepada guru untuk disemak. Akan tetapi, instrumen lembaran kerja tersebut tidak memenuhi kesemua standard pembelajaran yang ingin dicapai. Contohnya, tiada aktiviti yang melibatkan murid membuat perbezaan kandungan gas seperti yang dinyatakan dalam standard pembelajaran 2.1.3. Kesannya, objektif pembelajaran tidak dicapai sepenuhnya. Selain itu, guru juga tidak menyatakan arahan soalan secara jelas dalam lembaran tersebut. Hal ini mendorong kekeliruan kepada murid untuk melakukan tugasan. Justeru itu, saya telah menghasilkan instrumen lembaran kerja baharu yang mana setiap tugasannya menepati kehendak standard pembelajaran bagi mencapai objektif pembelajaran dalam sesi PdP tersebut (Rujuk Instrumen 4.2b) Instrumen tersebut
6 juga dilengkapi dengan arahan yang jelas dan mudah difahami. Kesannya, guru dapat menilai tahap pemahaman murid tentang pembelajaran berdasarkan maklumat yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan pada lembaran kerja. 4.3 INSTRUMEN REFLEKSI HASIL PEMBELAJARAN Instrumen terakhir yang saya peroleh adalah instrumen refleksi hasil pembelajaran. Dalam instrumen ini, saya mendapati beliau telah menggunakan kaedah pentaksiran secara bertulis dalam aktiviti membuat refleksi kendiri selepas sesi pembelajaran bagi tajuk Pernafasan Manusia. Beliau juga telah menggunakan instrumen refleksi untuk mendapatkan respon murid tentang hasil pembelajaran yang diperolehi berdasarkan aktiviti yang dilakukan (Rujuk Instrumen 4.3a) Bagi kaedah ini, guru telah mengedarkan instrumen refleksi untuk dilengkapkan oleh murid. Berdasarkan instrumen tersebut, murid bebas menulis apa sahaja yang mereka suka atau tidak suka dan apa yang mereka peroleh daripada aktiviti yang dilakukan. Sebelum berakhirnya sesi PdP bagi subjek tersebut, murid dikehendaki untuk menghantar refleksi mereka untuk dinilai oleh guru. Namun, selepas saya menilai instrumen tersebut, saya mendapati bahawa instrumen tersebut kurang jelas arahannya dan tidak menarik untuk dilengkapkan oleh murid. Hal ini membuatkan murid tidak tahu untuk menulis apa yang dikehendaki guru dan mendorong mereka untuk memberi refleksi yang tidak relevan untuk dinilai guru. Jadi, saya telah menghasilkan instrumen refleksi yang lebih terperinci untuk memandu murid menulis berdasarkan kehendak elemen yang dinyatakan. (Rujuk Instrumen 4.2b) Dengan instrumen tersebut, guru dapat mengetahui tahap kekuatan dan kelemahan mereka dalam menguasai pembelajaran yang diajarkan, seterusnya berusaha untuk merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran serta mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid yang dikesan (KPM, 2016).
7 5.0 PENUTUP Kesimpulannya, setelah melakukan penilaian terhadap ketiga-tiga instrumen yang diperoleh, saya dapat merumuskan bahawa instrumen yang dibina guru mestilah mampu menilai kebolehan, keupayaan dan pengetahuan murid. Dengan adanya instrumen yang lengkap untuk mentaksir murid dalam aktiviti yang mereka lakukan bagi tajuk berkaitan, secara tidak langsungnya, guru dapat menilai dengan jelas dan guru juga berupaya untuk berkembang secara produktif dalam menambah baik sesi PdP. PBD juga bertujuan memastikan guru memberi tumpuan semasa mengajar serta mengelakkan murid menghadapi tekanan pada peringkat rendah (Maszlee Malik, 2019). Oleh itu, adalah penting bagi para guru untuk menyediakan diri dengan ilmu tentang pembinaan instrumen dan kaedah pentaksiran yang pelbagai dalam melaksanakan PBD agar murid-murid dapat ditaksir dengan baik sekali gus meningkatkan lagi pencapaian yang menyeluruh untuk setiap murid di dalam bilik darjah (Black & William, 2018).
RUJUKAN Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152 -161. Biesta, G. (2015). What is education for? On Good education, teacher judgement, and educational professionalism. European Journal of Education. https://doi.org/10.1111/ejed.12109 Black, P., & Wiliam, D. (2018). Inside the black box: Raising standards through classroom assessment. Phi Delta Kappan. https://doi.org/10.1177/003172171009200119 Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Malaysia. Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (2020). Measurement and assessment in teaching. (8th ed.). New Jersey: Prentice-Hall Inc. Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussien & Zakirah Abdullah. (2024). Pentaksiran dalam pendidikan. Local Publication (M). Sdn Bhd. Maszlee, M. (2019). 10 Sebab Peperiksaan Tahap Satu Dimansuhkan – Maszlee Malik. Retrieved from: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/ 01/516704/10-sebab-peperiksaan-tahap-satu-dimansuhkan-maszlee. Popham, J. W. (2020). Classroom assessment. What teacher need to know (8th ed.). Pearson. Tierney, R.D. (2016). Fairness in educational assessment. In M.A. Peters (Ed.), Encyclopedia of Educational Philosophy and Theory. Singapore: Springer Science+Business media. https://doi10.1007/978-981-287-532-7_400-1
LAMPIRAN MATA PELAJARAN Sains TAHUN 4 STANDARD KANDUNGAN 2.1 Pernafasan Manusia STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 – Mengenal pasti organ yang terlibat dalam proses pernafasan 2.1.2 – Memerihalkan proses pernafasan dari aspek laluan udara dan pertukaran gas yang berlaku di peparu melalui pemerhatian menerusi pelbagai media 2.1.3 – Membezakan kandungan oksigen dan karbon dioksida semasa menarik dan menghembus nafas STANDARD PRESTASI TP1 – melabel organ yang terlibat semasa proses pernafasan TP2 – menerangkan proses pernafasan dari aspek laluan udara TP4 – membezakan kandungan oksigen dan karbon dioksida semasa proses pernafasan OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid-murid dapat: 1. membina 1 model pernafasan yang lengkap menggunakan bahan-bahan yang diberikan secara berkumpulan. 2. menceritakan sekurang-kurangnya 1 proses pernafasan dari aspek laluan udara dan pertukaran gas. 3. melakar sekurang-kurangnya 1 perbezaan kandungan gas oksigen dan karbon dioksida semasa proses pernafasan berlaku. KRITERIA PEMBELAJARAN Saya dapat: 1. menyatakan 3 organ utama yang terlibat dalam pernafasan. 2. membina 1 model pernafasan yang lengkap bersama rakan. 3. melabel organ-organ pernafasan pada lukisan yang dilakar. 4. menyusun laluan udara semasa menarik dan menghembus nafas dalam urutan yang betul. 5. menceritakan proses pernafasan berlaku dari aspek laluan udara dan pertukaran gas di hadapan kelas. 6. melakar perbezaan kandungan gas yang terlibat semasa proses pernafasan berlaku.
INSTRUMEN 4.1a PENTAKSIRAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMERHATIAN SENARAI SEMAK KENDALIAN GURU BAGI MATA PELAJARAN SAINS NAMA AHLI KUMPULAN AKTIVITI A AKTIVITI B AKTIVITI C CATATAN A1 A2 B1 B2 C1 KUMPULAN 1: AMIRA AMINA AMILA AMIZA KUMPULAN 2: IZZUL AIZUL AZIZUL HAIZUL KUMPULAN 3: SYAMILA SYAMINA SYAMIRA SYAMIMA KUMPULAN 4: KAMIL JAMIL ZAMIL SYAMIL KUMPULAN 5: MARISSA MARIA MARINA MARZAH KUMPULAN 6: ZULAIKHA ZURIANA ZUBAIDAH ZURINA A1- Murid-murid dapat menyebut organ-organ yang terlibat dalam proses pernafasan. A2- Murid-murid dapat melabel organ-organ pernafasan. B1- Murid-murid dapat mencipta model pernafasan dengan baik. B2- Murid-murid dapat menyusun laluan udara semasa menarik dan menghembus nafas dengan turutan yang betul. C1- Murid-murid dapat melakar kandungan oksigen dan karbon dioksida semasa proses pernafasan.
INSTRUMEN 4.1b PENTAKSIRAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMERHATIAN SENARAI SEMAK LENGKAP BAGI KENDALIAN GURU BAGI MATA PELAJARAN SAINS NAMA AHLI KUMPULAN AKTIVITI A AKTIVITI B AKTIVITI C CATATAN/ INTERVENSI TAHAP PENGUASAAN A1 A2 B1 B2 B3 B4 C1 C2 KUMPULAN 1: AMIRA AMINA AMILA AMIZA KUMPULAN 2: IZZUL AIZUL AZIZUL HAIZUL KUMPULAN 3: SYAMILA SYAMINA SYAMIRA SYAMIMA KUMPULAN 4: KAMIL JAMIL ZAMIL SYAMIL KUMPULAN 5: MARISSA MARIA MARINA MARZAH KUMPULAN 6: ZULAIKHA ZURIANA ZUBAIDAH ZURINA A1- Murid-murid dapat menyebut sekurang-kurangnya 2 organ yang terlibat dalam proses pernafasan. A2- Murid-murid dapat melabel ketiga-tiga organ yang terlibat dengan proses pernafasan dengan betul.
B1- Murid-murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 1 pertukaran gas yang berlaku semasa proses pernafasan berlaku berdasarkan video yang ditayangkan oleh guru. B2- Murid-murid dapat mencipta 1 model pernafasan yang lengkap menggunakan bahan yang telah disediakan dalam kumpulan masing-masing. B3- Murid-murid dapat menyusun sekurang-kurangnya 1 laluan udara sama ada penghembusan nafas atau penarikan nafas dalam carta alir mengikut turutan yang betul. B4- Murid-murid dapat mempersembahkan 1 model pernafasan yang dihasilkan di hadapan kelas dengan memberi penerangan tentang organ, laluan udara dan pertukaran gas yang berlaku. C1- Murid-murid dapat menyatakan 1 perbezaan kandungan oksigen dan karbon dioksida semasa menghembus atau menarik nafas. C2- Murid-murid dapat melakar 2 perbezaan kandungan oksigen dan karbon dioksida semasa mengehembus dan menarik nafas dalam lakaran projek bermaklumat yang diberikan.
INSTRUMEN 4.2a INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI TUGASAN PROJEK BERKUMPULAN TUGASAN PROJEK BERKUMPULAN NAMA PROJEK: NAMA KUMPULAN: NAMA AHLI KUMPULAN: Organ 1 Organ 2 Organ 3 JUSTIFIKASI Ciri-ciri organ 1: Ciri-ciri organ 2: Ciri-ciri organ 3:
INSTRUMEN 4.2b INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI TUGASAN PROJEK BERKUMPULAN TUGASAN PROJEK BERKUMPULAN NAMA KUMPULAN: NAMA AHLI KUMPULAN: A. Lakar dan labelkan 3 organ pernafasan yang utama. B. Tuliskan organ-organ pernafasan yang terlibat semasa proses pernafasan mengikut turutan proses yang betul. Menarik nafas: Menghembus nafas: INSTRUMEN 4.3a Kandungan gas semasa menarik nafas: Oksigen Karbon dioksida Kandungan gas semasa menghembus nafas: Oksigen Karbon dioksida C. Lukiskan kandungan gas yang terlibat semasa proses pernafasan
INSTRUMEN 4.3a INSTRUMEN PENTAKSIRAN REFLEKSI REFLEKSI Tuliskan refleksi berdasarkan apa yang anda telah pelajari pada hari ini.
INSTRUMEN 4.3b INSTRUMEN PENTAKSIRAN REFLEKSI Lengkapkan jadual berikut berdasarkan aktiviti-aktivti yang telah anda lakukan pada hari ini. Ceritakan secara terperinci apa yang telah berlaku semasa anda melaksanakan aktiviti ---- Kelebihan melakukan aktiviti ---- Ceritakan bila anda akan amalkan semula kelebihan tersebut Kekurangan yang anda dapati semasa lakukan aktviti ------ Bagaimana mengatasi kekurangan yang anda dapati semasa melakukan aktiviti ------