BSMMDISEDIAKAN OLEH: QURRATU ULFAH DINA BINTI ABDULLAH BAHASA MELAYU 3 (22/27) BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA I
BIODATA PELAJAR TUGASAN: NAMA: QURRATU ULFAH DINA BINTI ABDULLAH OPSYEN: BAHASA MELAYU 3 22/27 ANGKA GILIRAN: 2022052440061 NAMA KURSUS: KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1 PENULISAN E-ESEI NAMA PENSYARAH: DR NORJANAH BINTI AMBO TARIKH HANTAR: 21 FEBRUARI 2025
LAGU BSMM
IKRAR BSMM
ISI KANDUNGAN: PENGENALAN PROGRAM BSMM DI SEKOLAH RENDAH TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI 1 3 2 SKIM LATIHAN TERKINI BSMM SEKOLAH RENDAH LAPORAN AKTIVITI BSMM 4 5 6 KESIMPULAN 7 RUJUKAN MUKA SURAT 1-3 MUKA SURAT 4-10 MUKA SURAT 11-12 MUKA SURAT 18-22 MUKA SURAT 13-17 MUKA SURAT 23 MUKA SURAT 24
Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan salah satu unit beruniform utama yang terdapat di sekolah rendah dan memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk sahsiah serta keperibadian murid melalui pelbagai aktiviti yang berasaskan nilai-nilai kemanusiaan dan kesihatan. BSMM bukan sahaja berfungsi sebagai satu platform untuk memupuk nilai murni dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan murid, malah turut membantu mereka menguasai kemahiran asas pertolongan cemas, keselamatan, serta penjagaan kesihatan diri dan masyarakat sekeliling. Selain itu, BSMM juga menjadi medium bagi murid untuk mengembangkan daya kepimpinan serta membentuk sifat tanggungjawab terhadap masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerja amal dan bantuan kemanusiaan. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan sebuah pertubuhan kemanusiaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dikenali di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Sebagai sebuah gerakan kemanusiaan yang berorientasikan usaha menyelamatkan nyawa dan meningkatkan tahap kesihatan mangsa dalam pelbagai situasi kecemasan dan bencana, BSMM turut berperanan aktif dalam menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan kemanusiaan, termasuk bantuan kecemasan, pendidikan kesihatan awam, serta pengurusan bencana di peringkat komuniti di seluruh Malaysia. Selain itu, organisasi ini turut menjalankan pelbagai program latihan dan kursus yang bertujuan untuk mendidik masyarakat mengenai aspek keselamatan, pertolongan cemas, dan penjagaan kesihatan yang sistematik dan berkesan.. PENGENALAN 1
Dari sudut sejarah penubuhannya di Malaysia, melalui Akta Parlimen No. 47/1965, Persatuan Palang Merah Malaysia (PBSMM) telah diperbadankan oleh Kerajaan Malaysia sebagai satu organisasi kemanusiaan yang sah dan diiktiraf secara rasmi di negara ini. Walau bagaimanapun, bagi menyesuaikan nama organisasi ini dengan identiti kebangsaan serta mengambil kira sensitiviti budaya dalam masyarakat Malaysia, PBSMM telah secara rasminya menukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada 21 Ogos 1975 melalui Akta 162. Sehubungan dengan itu, simbol palang merah yang digunakan sebelum ini turut digantikan dengan simbol bulan sabit merah, yang melambangkan keprihatinan serta komitmen organisasi ini dalam memperjuangkan misi kemanusiaan yang lebih inklusif dan sejajar dengan nilai masyarakat di Malaysia (Fadillah et al., 2021). Di peringkat sekolah rendah, BSMM mula diperkenalkan kepada murid-murid tahap dua, iaitu murid-murid yang berada dalam Tahun 4 hingga Tahun 6, apabila mereka diwajibkan untuk memilih sekurang-kurangnya satu badan beruniform sebagai sebahagian daripada keperluan kokurikulum yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Ketetapan ini selari dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menekankan kepentingan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum sebagai satu medium yang dapat mengembangkan pelbagai aspek perkembangan diri mereka, termasuk kemahiran insaniah, daya kepimpinan, serta kebolehan untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Aktiviti kokurikulum yang dianjurkan bukan sekadar berfungsi sebagai pelengkap kepada kurikulum akademik, tetapi turut menjadi satu platform yang memberi pendedahan kepada murid mengenai kemahiran praktikal dan pengalaman dunia sebenar yang amat berguna dalam kehidupan mereka kelak. Aktiviti kokurikulum boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang dirancang secara sistematik dan dijalankan selepas waktu pelajaran formal di dalam serta di luar bilik darjah, di mana murid bukan sahaja diberikan pendedahan terhadap aspek pembelajaran akademik melalui kurikulum yang diajar di dalam kelas, tetapi turut diwajibkan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan di peringkat sekolah. Hal ini bertujuan untuk memastikan perkembangan holistik murid dapat dicapai dengan seimbang, merangkumi aspek intelektual, emosi, sosial, dan fizikal mereka. Dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang berstruktur, murid dapat membentuk disiplin diri, meningkatkan daya kerjasama dalam pasukan, serta membina keyakinan diri dalam berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penyertaan dalam unit beruniform seperti BSMM bukan sahaja memberikan manfaat dalam aspek kesihatan dan pertolongan cemas tetapi juga membantu melahirkan generasi muda yang berwawasan, prihatin, dan bersedia untuk berbakti kepada masyarakat (Mok Soon Sang, 2011). 2
1948 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang Merah British. 1950-1952 Ditubuhkan di Pulau Pinang (1950), Perak, Terengganu dan Selangor (1951), Melaka, Johor dan Pahang (1952) 1961 1 Mei 1961, Rang Undang-Undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibacakan di Parlimen. 1962 16 April 1962, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) Akta 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa. 1963 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah. 1965 Selaras dengan penubuhan Malaysia, parlimen telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah (Akta No. 47 tahun 1965) 1975 21 Ogos, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975. RINGKASAN PENUBUHAN BSMMDIMALAYSIA 2007 25 Mac 2007, Mesyuarat Majlis PBSM kali ke-16 telah memutuskan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 3
TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI Takwim dan perancangan aktiviti BSMM disusun bagi memastikan aktiviti dijalankan secara sistematik dan teratur. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran pertolongan cemas, memupuk kesedaran kesihatan, serta menggalakkan semangat kesukarelawanan dan kepimpinan. Selain itu, ahli BSMM dilatih untuk bersedia menghadapi situasi kecemasan dan bencana. Program ini juga membantu memperkukuh hubungan antara ahli dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan. 4 TUJUAN:
BSMM merupakan salah satu unit persatuan yang utama di Malaysia. Oleh itu, guru penasihat kelab beruniform ini perlulah merancang takwim dan juga aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan kepada murid sekolah rendah. Perancangan tersebut mestilah dirangka dengan mengambil kira aspek takwim, rancangan aktiviti, program-program dan skim latihan terkini (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Berikut adalah cadangan aktiviti yang boleh dilakukan semasa perjumpaan kelab BSMM: Minggu 1 (29/01/2025) Minggu ini digunakan untuk melantik ahli jawatankuasa BSMM yang baharu selepas pembukaan sekolah. Guru berbincang dengan murid-murid tentang aktiviti yang mereka mahu lakukan sepanjang tahun dan mengutip yuran untuk digunakan apabila aktiviti dilaksanakan. Selain itu, guru juga menerangkan tentang latar belakang BSMM kepada murid. Minggu 2 (19/02/2025) Seterusnya, ahli BSMM diperkenalkan dengan lagu dan ikrar BSMM. Mereka diminta untuk sama-sama menyanyikan lagu dan membaca ikrar supaya sifat cinta terhadap unit BSMM dapat ditanam dalam diri mereka. Minggu 3 (26/03/2025) Guru penasihat akan menerangkan sejarah dan prinsip-prinsip yang ada dalam BSMM kepada ahli baru dengan menggunakan slaid yang berkenaan. Guru juga boleh mengadakan kuiz mudah berkaitan dengan bendera BSMM, logo BSMM dan pakaian rasmi BSMM kepada ahli supaya mereka lebih mudah mengingati. 5
Minggu 5 (07/05/2025) Seterusnya, ahli BSMM akan diajar tentang Kebersihan Diri dan melakukan amali seperti mencuci tangan dan membersihkan diri dengan betul. Bukan itu sahaja, aktiviti penyediaan makanan seperti sandwich turut akan dijalankan supaya dapat mendedahkan kepada muridmurid tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan. Minggu 6 (11/06/2025) Amali kawad kaki juga penting untuk diajar kepada ahli BSMM kerana kawad kaki adalah satu perkara yang dituntut dalam setiap unit beruniform. Guru penasihat mengajar teknik kawad statik dan ahli BSMM akan menjalani latihan kawad kaki dibawah bimbingan guru penasihat. Minggu 7 (02/07/2025) Seterusnya, latihan kawad kaki diteruskan lagi supaya dapat mengukuhkan kemahiran mereka dalam menguasai teknik-teknik kawad kaki yang betul. Latihan diawasi oleh guru penasihat BSMM. Minggu 4 (23/04/2025) Pada minggu ini, murid diperkenalkan dengan alat kecemasan yang berada dalam peti pertolongan cemas beserta fungsinya. Guru penasihat akan mengajar kemahiran asas pertolongan cemas supaya murid bersedia apabila menghadapi situasi cemas. Antara pertolongan cemas yang boleh diajar adalah seperti Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). 6
Minggu 9 (10/09/2025) Amali balutan kain anduh diteruskan lagi tapi kali ini murid mempraktikan cara membalut kain anduh dalam kumpulan supaya mereka bersama-sama menguasai kemahiran ini. Penilaian secara individu juga dilakukan oleh guru penasihat untuk mengesan murid yang masih belum menguasai kemahiran ini. Minggu 10 (01/10/2025) Oleh kerana, aktiviti perkhemahan akan diadakan nanti, maka murid akan diajar cara pemasangan khemah dengan betul oleh guru. Murid akan mendirikan khemah bersama-sama tunjuk ajar dari guru supaya nanti semasa perkhemahan mereka tidak kekok. Minggu 11 (05/11/2025) Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti menyelamat dan kemanusiaan. Oleh kerana, murid belum berkelayakan untuk menyelamat maka guru boleh memberi pendedahan awal kepada mereka dengan cara menayangkan video aktivti menyelamat. Perkara ini adalah untuk memberi gambaran awal kepada mereka tentang cara menyelamat. Minggu 8 (27/08/2025) Selepas murid menguasai kemahiran kawad kaki, kemahiran balutan kain anduh pula diperkenalkan kepada murid-murid. Guru penasihat akan mendemonstrasi anduh kepada murid-murid dan mereka perlu mempraktikan cara balutan semasa aktiviti itu dilakukan. Tayangan slaid berkaitan dengan jenis-jenis penyakit dan ubat-ubatan juga ditayangkan agar dapat memantapkan lagi pengetahuan murid. 7
Minggu 12 (17/12/2025) Aktiviti kemuncak unit beruniform adalah setiap ahli wajib menyertai aktiviti perkhemahan selama 3 hari 2 malam di sekolah dan masih di bawah bimbingan guru penasihat. Selepas berakhirnya aktiviti perkhemahan, penyampaian hadiah kepada ajk dan ahli aktif akan diadakan semasa majlis penutup. 8
BULAN AKTIVITI HURAIAN AKTIVITI CATATAN JANUA RI Mesyuarat Agung Pelantikan AJK Melantik ahli-ahli jawatankuasa Perbincangan aktiviti tahunan Kutipan yuran Sedikit penerangan guru tentang latar belakang BSMM FEBRU ARI Lagu dan Ikrar BSMM Murid mendengar lagu BSMM dan menyalin lirik dalam buku masing-masing Murid menyanyi bersama-sama MAC Sejarah dan prinsip BSMM Bendera, Logo dan Pakaian Rasmi Penerangan guru tentang sejarah dan prinsip BSMM Tayangan slaid pengajaran berkenaan Kuiz mudah APRIL Peti Pertolongan Cemas Asas Pertolongan Cemas Panduan Rawatan Kecemasan Murid diperkenalkan dengan alatan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas dan fungsinya Murid didedahkan dengan kemahiran-kemahiran membantu ketika berlakunya kecemasan seperti Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) MEI AMALI: Mencuci tangan dan membersihkan diri dengan betul AMALI: Penyediaan makanan (membuat sandwich dengan cara yang betul) Penyediaan makanan seimbang berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Guru menekankan kepentingan aspek kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan dengan cara yang betul JUN AMALI: Asas Kawad Kaki Guru mengajar teknik berkawad statik Murid menjalankan latihan kawad kaki dengan bimbingan guru 9
BULAN AKTIVITI HURAIAN AKTIVITI CATATAN JULAI AMALI: Asas Kawad Kaki Murid menjalankan latihan kawad kaki di bawah pengawasan guru OGOS Ikatan Anduh dan Balutan Jenis-Jenis Penyakit Ubat-Ubatan Guru menunjukkan demonstrasi anduh kepada murid-murid Murid melakukan aktiviti balutan anduh dalam kumpulan Tayangan slaid berkaitan jenis penyakit dan ubat-ubatan berkenaan. SEPTE MBER AMALI: Anduh Murid mempraktikkan cara balutan anduh dalam kumpulan Penilaian individu akan dilakukan OKTOB ER AMALI: Cara pemasangan khemah dengan betul Murid-murid mendirikan khemah dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru NOVE MBER Tayangan Video Murid menonton tayangan video aktiviti menyelamat dan kemanusiaan DISEM BER Perkhemahan Unit Perkhemahan unit BSMM peringkat sekolah 3 hari 2 malam di kawasan sekolah. Majlis penutup dengan penyampaian hadiah kepada setiap ajk dan ahli aktif 10
PROGRAM BSMM DI SEKOLAH RENDAH Program BSMM di sekolah rendah bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid mengenai pertolongan cemas, kesedaran kesihatan, dan kepentingan kesukarelawanan. Selain itu, ia melatih murid dalam kemahiran asas keselamatan serta memupuk sikap tolong-menolong dan kepimpinan sejak kecil (Musifar et al., 2014). Terdapat pelbagai program yang boleh dilaksanakan oleh guru penasihat, antaranya adalah yang seperti berikut: PENDAFTARAN AHLI-AHLI BARU Pertama sekali, guru penasihat memperkenalkan diri mereka kepada murid atau ahli BSMM yang baru supaya mereka lebih mengenali siapa guru yang terlibat dalam unit beruniform ini. Seterusnya, sesi pemilihan ahli jawatankuasa yang baru mesti dijalankan supaya perancangan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, ahli-ahli yang baharu mestilah tahu peraturan-peraturan yang terdapat dalam unit ini sambil guru penasihat mendedahkan sejarah BSMM kepada mereka. PENGGUNAAN KAIN ANDUH Seterusnya, ahli-ahli BSSM akan diberi tunjuk ajar tentang teori praktikal cara penggunaan kain anduh. Cara balutan setiap kecederaan mestilah diajar oleh guru penasihat supaya tidak berlaku kesilapan. Setiap ahli wajib membuat praktikal semasa menggunakan kain anduh di hadapan guru penasihat supaya jika ada kesalahan dapat ditegur serta merta. 11
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM Selain itu, ahli-ahli BSMM wajib menghadiri perkhemahan unit beruniform yang diadakan supaya ahli dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka belajar di dalam unit BSMM. Bukan itu sahaja, melalui perkhemahan, mereka dapat membentuk jati diri dan semangat sepasukan dalam kalangan ahli-ahli BSMM. PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas penting untuk ahliahli BSMM mahir kerana itulah tujuan utama BSMM ditubuhkan iaitu supaya dapat membantu orang lain. Oleh itu, guru penasihat mestilah mendedahkan cara pertolongan cemas kepada ahli. Guru penasihat menunjukkan cara yang betul untuk merawat situasi kecederaan dan seterusnya dipraktikkan oleh ahli. KAWAD KAKI Setiap unit beruniform wajib mengajar ahlinya untuk berkawad kaki dan tidak terkecuali unit BSMM. Ahli mestilah mempelajari tentang teori dan praktikal kawad kaki dengan betul. Guru penasihat haruslah mengajar dan memantau semasa amali kawad kaki dilaksanakan supaya tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh ahli. 12
Skim Lencana Kecekapan Unit Kanak-Kanak; Ahli kanak-kanak di sekolah rendah, BSMM akan diperkenalkan dengan skim lencana kecekapan yang merangkumi lima bidang yang utama seperti: 1.Pertolongan Cemas 2.Pendidikan Kesihatan 3.Persahabatan Antarabangsa 4.Pendidikan Palang Merah 5.Kem Kraf | Page 22 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah menawarkan pelbagai skim latihan terkini yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ahli-ahlinya. Programprogram ini direka khusus untuk memenuhi keperluan ahli belia, guru pemimpin, dan ahli kanak-kanak. Menurut buku panduan no. 7 Bulan Sabit Merah Malaysia (2009), skim latihan yang ditawarkan bagi ahli BSMM peringkat sekolah rendah pada seksyen 4: Lencena Kecekapan Ahli Muda (Junior). SKIM LATIHAN TERKINI BSMM SEKOLAH RENDAH 13
Ahli BSMM yang berumur 11 tahun (Tahun 5) boleh menduduki ujian ini dan perlu lulus ujian lisan dan amali mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan kerjasama guru penasihat BSMM. Semua perkara akan diajar di dalam ceramah yang berlangsung selama 12 jam. Antara sukatan pelajaran adalah: SESI 1: PERTOLONGAN CEMAS DI RUMAH SESI 2: BANTU MULA ASAS P. CEMAS SESI 3: LUKA DAN PENDARAHAN SESI 4: PATAH TULANG SESI 5: KERACUNAN SESI 6: TERBAKAR/MELECUR SESI 7: PERNAFASAN SESI 8 GIGITAN SERANGGA Tujuan ujian ini dilaksanakan supaya dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk memahami asas pertolongan cemas, melatih kecekapan dan tanggungjawab dalam situasi kecemasan dan memupuk sikap prihatin dan budaya keselamatan dalam ahli kanak-kanak BSMM. 01 PERTOLONGAN CEMAS 02 PENDIDIKAN KESIHATAN Seterusnya, ceramah yang akan berlangsung selama 6 jam akan dihadiri oleh ahli BSMM yang berumur 10 tahun (Tahun 4) di sekolah dengan pemerhatian guru penasihat berpandukan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan seperti yang berikut: SESI 1: MENJAGA KESIHATAN DIRI SESI 2: MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN RUMAH SESI 3: MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN BILIK DARJAH DAN SEKOLAH SESI 4: MENJAGA KEBERSIHAN PELUPUSAN SAMPAH SARAP SESI 5: MENJAGA KESELAMATAN Tujuan ujian ini dilaksanakan untuk mendidik kepentingan kebersihan diri dan persekitaran, memupuk amalan pemakanan sihat dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit dan pencegahannya. Lencana kecekapan kanak-kanak akan diperoleh setelah melalui ujian yang telah ditetapkan di bawah: 14
Selain itu, ahli BSMM yang berumur 11 tahun (Tahun 5) juga boleh menduduki ujian lisan dan amali mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dan perlu lulus jika ingin mendapatkan lencana ini. Ahli BSMM akan didedahkan kepada ilmu-ilmu persabahan antarabangsa dalam ceramah selama 6 jam yang membincangkan perkara berikut: SESI 1: PERPADUAN DAN KEAMANAN DUNIA SESI 2: HIDUP BERMASYARAKAT SESI 3: KAEDAH-KAEDAH DAN CARA-CARA BERHUBUNG DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT, NEGERI, ANTARABANGSA DAN DUNIA. 03 PERSAHABATAN ANTARABANGSA 04 PENDIDIKAN PALANG MERAH Ahli BSMM yang berumur 10 tahun (Tahun 4) perlu menghadiri ceramah selama 10 jam untuk lulus ujian lisan bagi mendapatkan lencana ini. Ujian ini dilakukan oleh guru penasihat BSMM di sekolah berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Antara mata pelajaran yang perlu lulus adalah: SESI 1: PENGENALAN RINGKAS PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH SESI 2: SEJARAH RINGKAS ASAL USUL PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH SESI 3: MENGHAYATI 7 PRINSIP PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH SESI 4: AKTIVITI-AKTIVITI KEGEMARAN, PERHUBUNGAN PERADUAN DAN NILAI-NILAI MURNI KEMANUSIAAN UNTUK KEAMANAN SEDUNIA Lencana kem kraf boleh diperolehi oleh ahli yang berumur 12 tahun (Tahun 6) dengan menyediakan satu projek kraf tangan dengan bimbingan dan nasihat guru penasihat BSMM seperti yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Bukan itu sahaja, ahli yang menduduki penilaian ini juga didedahkan dengan aktiviti luar seperti berkhemah dan berkawad. Mereka mestilah menguasai 11 hukuman kawad dari 19 bahasa kawad yang ditetapkan. Ujian dan amali ini akan dilakukan sendiri oleh guru pemimpin BSMM. 05 KEM KRAF 15
CONTOH PEMAKAIAN LENCANA KECEKAPAN AHLI KANAK-KANAK: Ahli yang berjaya lulus menduduki ujian dan amali skim latihan akan mendapat lencana kecekapan. Pemakaian lencena adalah di sebelah lengan kiri lengan baju pakaian seragam seperti di rajah berikut: Buku Panduan No. 7, 2009. 16
CONTOH SIJIL AKUAN: Ahli yang berjaya lulus menduduki ujian dan amali skim latihan akan mendapat SIJIL AKUAN: 17 Buku Panduan No. 7, 2009.
LAPORAN AKTIVITI BSMM: Pada 12 Februari 2025, ahli BSMM di IPGM Kampus Tawau telah melaksanakan satu program Webinar Perkongsian Orientasi Kokurikulum Unit Beruniform SekolahRendah secara atas talian. 18
Sebelum webinar dijalankan, ahli bsmm membuat persiapan di bilik pratonton supaya program dapat berjalan dengan lancar. SEBELUM WEBINAR: 19
Semasa webinar sedang berlangsung, ahli-ahli BSMM menumpukan perhatian dan mencatat maklumat yang penting untuk memenuhi arahan tugasan. SEMASA WEBINAR: 20
Selepas webinar, ahli-ahli BSMM merakam momen bersama sebagai kenangan dan tanda terima kasih kepada pensyarah yang turut membantu menjayakan webinar ini. SELEPAS WEBINAR: 21
SIJIL PENYERTAAN WEBINAR: 22
Kesimpulannya, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) memainkan peranan penting dalam melahirkan individu yang berdisiplin, berkemahiran, dan berjiwa kemanusiaan. Melalui pelbagai aktiviti dan program yang tersusun dalam takwimnya, BSMM bukan sahaja memberi pendedahan kepada ahli mengenai pertolongan cemas, tetapi juga memperkukuh semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, skim latihan yang ditawarkan membantu ahli memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang relevan dalam bidang perkhidmatan kemanusiaan. Dengan pelaksanaan program yang berterusan, BSMM terus menjadi sebuah organisasi yang berdaya maju dalam melaksanakan misi kemanusiaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. KESIMPULAN 23
RUJUKAN Fadillah Ismail, Ahmad Aidil Nasir, Roziana Haron & Nur Azila Kelewon. (2021). Mendominasi Kemahiran Penyelesaian Masalah Secara Kritis Melalui Penglibatan Kokurikulum Badan Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Research in Management of Technology and Business 2(1), 446-445. Haris Ibrahim. (2009). Buku Panduan No. 7 (Peraturan Kursus, Peperiksaan dan Persijilan). Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Garis Panduan Kokurikulum Sekolah. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM. Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Musitar, F. N., Dan Zainal, A. H. M. H., & Zainuddin, A. (2014). Penilaian Kendiri Pelajar Terhadap Kemahiran Generik Melalui Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Badan Beruniform. Universiti Teknologi Malaysia. 24