ISI KANDUNGAN
APAKAH ITU AR-RAHNU ..................................................................................................... 4
HUKUM AR-RAHNU DAN GADAIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM......................... 5
ISU DAN PENYELESAIAN MASALAH SEMASA AR-RAHNU ............................................ 6
ISTILAH DALAM AR-RAHNU(GADAIAN) ............................................................................. 7
RUKUN DAN SYARAT GADAIAN ....................................................................................... 8
FUNGSI AR-RAHNU .......................................................................................................... 9
KESAN AR-RAHNU................................................................................................................ 9
KESIMPULAN...................................................................................................................... 10
RUJUKAN............................................................................................................................ 11
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
TAJUK : 7. AR-RAHNU MERUPAKAN SATU
CABANG EKONOMI ISLAM.
BINCANGKAN KESAN DAN PERANAN AR-
RAHNU DALAM MENINGKATKAN
EKONOMI UMAT ISLAM
AHLI KUMPULAN
NUR AINA SOLHA BINTI ABDUL RASHID
03DDT21F2997
NUR SYAHIRAH NAZLAH BINTI OTHMAN
03DDT21F2999
NURHANIS SYAFIQAH BINTI NORDIN
03DDT21F1069
NUR DANIA SYAZWIN BINTI MUHAMAD HAPIZAL
03DDT21F1080
ANIS AQILAH BINTI ABU SAIRI
03DDT21F1048
Apakah Itu
Ar-Rahnu?
Ar-Rahnu adalah satu Skin Pajak Gadai Islam yang
berlandaskan shariah. Perkataan Ar-Rahnu berasal daripada
bahasa Arab (Rahn) yang membawa maksud Gadai.
Objektif Ar-Rahnu Ar-Rahnu Semakin Meluas
Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan Pada masa sekarang ini,
pembiayaan peribadi iaitu untuk kebanyakan bank dan koperasi di
mendapatkan wang tunai dengan cara Malaysia ada menawarkan Skim
mencagarkan emas. Jika peminjam Ar-Rahnu. Apa yang untungnya,
tidak dapat membayar cagaran itu, dia peminjam tidak dikenakan kadar
tidak akan merasa terlalu terbeban keuntungan sebaliknya hanya
kerana telah dicagarkan emas sebagai dikenakan upah simpan yang
ganti kepada wang yang dipinjam. dikenakan pada caj yang minima
sahaja. Surah al-Baqarah ayat 283
Hukum Gadaian ada menerangkan perihal gadaian
ketika berhutang.
Berdasarkan dalil dan petikan hadis
di atas, hukum bergadai adalah
Harus iaitu harus bergadai dengan
sesuatu atau apa-apa barang yang
sah diperjualbelikan. Dalam bahasa
mudah, apa-apa barang atau sesuatu
yang sah dijual, maka ia sah digadai.
HUKUM AR-RAHNU DAN GADAIAN MENURUT
PANDANGAN ISLAM
Surah Al Baqarah ayat 283 ada menceritakan mengenai Ar-Rahnu
1. Al-Quran
- Maksudnya: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan
kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungjawab yang
boleh dipegang
2. As-Sunnah
- Maksudnya: Daripada Aisyah r.a “Rasulullah pernah membeli makanan daripada orang
yahudi dan beliau menggadaikan kepadanya baju besi baginda.
ISU DAN PENYELESAIAN MASALAH SEMASA
AR-RAHNU
CAJ TAKAFUL YANG TINGGI Hal ini kerana ketidakstabilan harga emas di pasaran
menyumbang kepada faktor kemungkiran penebusan
Perlindungan insurans takaful merupakan elemen dan kesukaran dalam pelelongan khasnya ketika harga
penting yang perlu disediakan oleh PP bagi emas naik. Ini akan memberi risiko bertambahnya
menampung risiko kehilangan atau kemusnahan jumlah pinjaman tidak berbayar atau Non-Performing
marhun yang disimpan berdasarkan konsep yad Loan. Ini menyukarkan lagi industri Ar-Rahnu untuk
diamanah. Walau bagaimanapun, caj insurans yang memastikan kelancaran operasi untukgg mengawal
tinggi memungkinkan industri kecil dan sederhana jumlah kecairan modal pada tahap yang memuaskan di
menghadapi kesukaran untuk menampung jumlah samping dapat memberikan perkhidmatan terbaik
insurans bagi semua marhun yang ada. kepada pelanggannya.
Isu takaful juga merupakan salah satu isu utama yang Sebagai rumusan, kajian mendapati terdapat dua
perlu ditangani. Ini menyebabkan kebanyakan rumusan utama yang boleh didapati daripada data yang
penyedia perkhidmatan khasnya yang bersaiz kecil diperoleh. Pertama, sebanyak empat bentuk cabaran
sukar untuk mendapatkan insurans takaful. Ini kerana utama yang dikenal pasti mencatatkan kekerapan yang
agen takaful mengenakan kadar premium yang tinggi tinggi oleh kebanyakan PP Ar-Rahnu iaitu persaingan,
ke atas marhun memandangkan barangan kemas modal, pemalsuan emas dan teknologi serta pekerja
merupakan risiko yang tinggi. Walau bagaimanapun, berkemahiran. Kedua, kajian juga mendapati
kajian tidak mendapati mana-mana penyedia kebanyakan cabaran seperti aspek modal, pemalsuan
perkhidmatan dalam kajian ini menyediakan alternatif emas dan teknologi serta kekurangan tenaga kerja
bagi mengatasi perkara tersebut. berkemahiran dan berintegriti disuarakan oleh industri
bersaiz kecil dan sederhana seperti koperasi dan
Oleh yang demikian, kajian mencadangkan agar pihak syarikat di bawah rangkaian negeri berbanding industri
industri memilih caj takaful ke atas marhun secara besar seperti institusi kewangan dan syarikat. Hal ini
kelompok. Ini adalah penting bagi memastikan semua membuktikan saiz sesebuah PP, tadbir urus dan faktor
barang cagaran diberikan perlindungan sepenuhnya. kewangan menyumbang kepada kekangan dan cabaran
bagi sesebuah PP Ar-Rahnu.
Melalui kaedah ini kos takaful yang tinggi dapat
dikurangkan. Manakala di peringkat kerajaan, Justeru, perhatian yang lebih perlu diberikan kepada PP
kekangan ini boleh dibantu dengan mewujudkan Ar-Rahnu yang bersaiz kecil dan sederhana.Dalam
program takaful mampu milik khusus bagi industri Ar- konteks menangani cabaran ini, kajian mengakui
Rahnu. bahawa ketidakstabilan harga emas tidak berada dalam
bidang kuasa industri mahupun pihak kerajaan
KETIDAKSTABILAN HARGA EMAS DI sebaliknya harga semasanya ditentukan oleh pasaran
PASARAN emas dunia. Namun, antara perkara yang boleh diambil
oleh industri adalah menghadapi cabaran fluktuasi
Faktor ketidakstabilan harga emas atau fluktuasi dengan strategi pemasaran dan pelelongan yang baik.
dinyatakan oleh PP3 dan PP6 sebagai cabaran. Dapatan
menunjukkan ketidakstabilan harga emas di pasaran Justeru, kajian mencadangkan dua perkara kepada
akan memberi implikasi kepada aktiviti gadaian dan industri iaitu; Pertama, meningkatkan strategi
pelelongan pemasaran secara efisien. Kedua, mengendalikan
pelelongan emas secara eksklusif dengan pemborong
emas yang kukuh sebagaimana yang diamalkan oleh
PP2. Ini dapat mengelakkan berlaku kerugian dalam
kalangan PP.
ISTILAH DALAM AR-RAHNU(GADAIAN)
Ar-rahnu merupakan satu sistem pajak gadai dalam islam yang
menggabungkan beberapa konsep-konsep syariah, antaranya Ar-rahnu
dan Al-Wadi’ah, Al-Wadi’ah Yad Dhamanah dan Al-Qard.
1. Ar-Rahnu dan Al-Wadi’ah
Di Dalam konsep ini Ar-rahnu merupakan satu mekanisme dimana satu barang yang
berharga yang mempunyai nilai di sisi syarak dijadikan cagaran atau sandaran yang terikat
dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya dengan cara menjual atau
melelong barang tersebut bagi mendapatkan kembali hutang yang diberikan, ini terjadi
sekiranya pihak yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya itu pada masa yang
dijanjikan.
2. Al-Wadi’ah Yad Dhamanah
Al-Wadi’ah Yad Dhamanah bermaksud simpanan barang yang berharga dengan jaminan,
di mana setiap barang yang disimpan dikenakan upah simpanan bagi menjaga barang
tersebut. Dalam gadaian orang yang ingin mendapatkan pinjaman akan memberikan
barang yang berharga seperti barang kemas, tanah, kereta ataupun lain-lain barang yang
mempunyai nilai di sisi syarak kepada orang yang akan memberikan pinjaman untuk
disimpan sebagai cagaran terhadap pinjaman yang diberikan. Dalam keadaan ini pemberi
hutang tersebut menjadi orang yang menjaga amanah dan ia sama sekali tidak mempunyai
hak terhadap barang dalam simpanannya kerana ia diberikan upah untuk menjaga barang
tersebut. Jika barang tersebut rosak ketika berada dalam simpanannya maka wajib
keatasnya untuk membayar ganti rugi akibat dari kerosakan yang terjadi ke atas barang
tersebut. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu
supaya menunaikan amanah kepada ahlinya”. (Surah An-Nisa’ 4:58).
3. Al-Qard
Manakala Al-Qard pula merupakan pinjaman tanpa faedah atau pinjaman kebajikan yang
diberikan untuk tujuan pertolongan. Ia merupakan satu pemberian hutang oleh satu pihak
kepada pihak yang lain tanpa adanya sebarang keuntungan atau bayaran lebih semasa
bayaran balik dilakukan. Dalam Ar-Rahnu ia merujuk kepada pinjaman yang diberikan
kepada peminjam berdasarkan peratusan tertentu daripada nilai marhun (barang gadaian),
dan upah simpanan dikenakan untuk menyimpan barang gadaian mengikut kadar yang
dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak bukannya berasaskan kepada jumlah
pinjaman yang diberikan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang berbuat
baik kepada kamu maka hendaklah kamu memberikan balasan yang baik”. (Riwayat
Ahmad).
RUKUN DAN SYARAT GADAIAN
1. Berakal 7. Hutang (Marhun bih)
Penggadai dan penerima gadaian Bayaran atau barang yang diberi kepada
mestilah waras. Bapa atau penjaga penggadai mestilah hutang yang
tidak boleh menggadai harta orang gila dibincangkan sebelumnya
kecuali terpaksa atau ada keuntungan. Tidak sah jika bukan barang yang dihutang
seperti barang rampasan dan pinjaman
2. Baligh
8. Sighah (Lafaz)
Tidak sah bagi kanak-kanak dan orang
gila Tidak sah gadaian tanpa ijab dan kabul
Syarat-syaratnya sama dengan urusan jual
3. Cerdik beli
Tidak sah jika diselangi oleh perkataan lain
Penggadai mestilah ber-keahlian dalam dan jika bertaklik atau meletakkan jangka
menguruskan hartanya (ahliyatul waktu
tabaru’)
Perkara yang membatalkan gadaian
4. Tidak dipaksa
Gadaian akan dikira terbatal dan tamat jika:
Penggadai dan penerima gadaian
melakukan gadaian Penggadai telah membayar keseluruhan
hutangnya kepada pemegang gadaian itu
5. Berkuasa Penuh terhadap diri dan Barang yang digadaikan itu diserahkan
hartanya semula kepada penggadai
Barang gadaian rosak
Harta atau barang gadaian penggadai Orang memegang gadaian meninggal dunia
mestilah hak miliknya secara mutlak Seseorang itu tidak dapat menjelaskan
hutangnya pada masa yang ditetapkan dan
6. Barang gadaian (Marhun) menyebabkan barang gadaiannya dijual
Barang gadaian telah disewa atau
Suci dari segi syarak disedekahkan kepada orang lain
Barang yang hendak digadaikan Orang yang memegang gadaian itu
perlulah barang yang memberi faedah membatalkan gadaian walaupun tanpa
Barang mestilah hak milik penggadai pengetahuan penggadai
dan mestilah boleh diserahkan ketika
berlakunya akad atau sighah
Harga mestilah ditentukan
Berlaku penyerahan dan penerimaan
barang
Sah untuk digadai dan bukan harta
wakaf
FUNGSI AR-RAHNU Kesan Ar-Rahnu
1. Proses yang mudah dan cepat Memudahkan peniaga muslim
Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji mendapat hutang modal bagi
diperlukan. Wang tunai boleh diberikan segera dan memulakan perniagaan.
amat sesuai jika berlakunya kecemasan.
Memberi peluang kepada perniaga
2. Kurang risiko ‘Non-Performing Loan’ muslim memajukan dan
Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk megembangkan ekonomi Negara.
menebus kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak
mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi Peniaga muslim diberi kemudahan
tempoh lagi 3 ke 6 bulan. bagi yang memerlukan.
Jika masih tidak mampu, pembiaya akan melelong Memberi jaminan kepada orang yang
emas tersebut. Itupun setelah diberikan tiga kali memberi hutang.
notis. Pembiaya akan mengambil jumlah pinjaman
+ upah simpan daripada hasil lelongan tersebut. Peniaga muslim dapat menghindari
Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada riba.
peminjam. Ini mengurangkan risiko kepada
pembiaya dan peminjam pula tiada risiko berdepan Mengelak daripada terjebak mengikuti
tindakan saman atau bankrup jika tiada skim penipuan.
kemampuan membayar.
3. Pembayaran yang fleksibel
Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah
pinjaman boleh dibayar secara ansuran sama ada
mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran
dilunaskan sehingga tempoh penebusan. Ini
memberikan kelebihan terutamanya kepada
peniaga kecil yang memperolehi keuntungan
secara harian.
4. Kadar upah simpan yang sangat minimum
Jika anda masih ragu-ragu, boleh buat
perbandingan dengan pajak gadai konvensional.
Sebagai contoh, Ar-Rahnu Bank Rakyat
menawarkan RM0.65 bagi setiap RM 100 nilai
marhun (emas) sebulan.
KESIMPULAN
Sistem Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di Malaysia lebih bersifat adil
berbanding konvensional. Oleh itu, kami menyarankan konsep Ar-Rahnu
dalam Islam diperluaskan kerana konsep Ar-rahnu menggalakkan
pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan.
Konsep ini dapat membantu meringankan beban seseorang yang dalam
kesusahan mahupun dalam keadaan terdesak. Ia juga untuk mengelakkan
berlakunya keruntuhan sosial dalam institusi masyarakat seperti meminjam
daripada along dan lintah darat. Ini adalah sistem yang menjamin tidak
akan berlaku sebarang penipuan.
Hal ini kerana sebelum seseorang itu menjalankan urusan, dia akan
diberikan penerangan yang lengkap untuk mengelakkan sebarang
penipuan Tidak dinafikan juga, apabila masih ada skim Ar-Rahnu yang
mengandungi unsur-unsur riba dalam transaksinya. Tetapi, skim ar-rahnu
juga terdapat banyak manfaat jika dibandingkan dengan transaksi
konvensional. Oleh itu, usaha ke arah menghilangkan riba perlu dilakukan
di tahap akar umbi .Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat
islam yang layak dan mampu untuk mengubah situasi ini agar ekonomi kita
dapat berkembang ke tahap yang lebih lagi.
Akhir kata, marilah kita memanfaatkan kelebihan ar-Rahnu ini jika
kesempitan wang atau memerlukan tunai dengan kadar segera.
RUJUKAN
1. http://izwandyasri.blogspot.com/2014/11/1.html
2. https://www.flipsnack.com/shikinmagazine/e-majalah-ar-rahnu.html
3. https://anyflip.com/hpccz/kfjx/basic
4. https://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-
ilmiah/arrahnu_brakyat._melayu.pdf
5. https://anyflip.com/prsng/gzyo/basic