The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilahsairi0310, 2022-05-23 00:37:20

AR-RAHNU

AR-RAHNU

[AR-RAHNU]

[Document subtitle]

MAY 23, 2022

GROUP 4
PENGAJIAN ISLAM

Apakah Itu Ar-Rahnu
Ar-Rahnu adalah satu Skin Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah. Perkataan
Ar-Rahnu berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa maksud Gadai.

Objektif Ar-Rahnu
Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi iaitu untuk mendapatkan
wang tunai dengan cara mencagarkan emas. Jika peminjam tidak dapat membayar
cagaran itu, dia tidak akan merasa terlalu terbeban kerana telah dicagarkan emas
sebagai ganti kepada wang yang dipinjam.

Ar-Rahnu Semakin Meluas
Pada masa sekarang ini, kebanyakan bank dan koperasi di Malaysia ada menawarkan
Skim Ar-Rahnu. Apa yang untungnya, peminjam tidak dikenakan kadar keuntungan
sebaliknya hanya dikenakan upah simpan yang dikenakan pada caj yang minima
sahaja. Surah al-Baqarah ayat 283 ada menerangkan perihal gadaian ketika berhutang.

Hukum Ar-Rahnu dan gadaian menurut pandangan islam
Surah Al Baqarah ayat 283 ada menceritakan mengenai Ar-Rahnu

1. Al-Quran

- Maksudnya: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai)
sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada
barang tanggungjawab yang boleh dipegang
2. As-Sunnah

- Maksudnya: Daripada Aisyah r.a “Rasulullah pernah membeli makanan
daripada orang yahudi dan beliau menggadaikan kepadanya baju besi baginda.

Hukum Gadaian
Berdasarkan dalil dan petikan hadis di atas, hukum bergadai adalah Harus iaitu harus
bergadai dengan sesuatu atau apa-apa barang yang sah diperjualbelikan. Dalam
bahasa mudah, apa-apa barang atau sesuatu yang sah dijual, maka ia sah digadai.

Rukun dan syarat gadaian
1. Berakal
- Penggadai dan penerima gadaian mestilah waras. Bapa atau penjaga tidak boleh
menggadai harta orang gila kecuali terpaksa atau ada keuntungan.
2. Baligh
- Tidak sah bagi kanak-kanak dan orang gila
3. Cerdik
- Penggadai mestilah ber-keahlian dalam menguruskan hartanya (ahliyatul tabaru’)
4. Tidak dipaksa
- Penggadai dan penerima gadaian melakukan gadaian
5. Berkuasa Penuh terhadap diri dan hartanya
- Harta atau barang gadaian penggadai mestilah hak miliknya secara mutlak
6. Barang gadaian (Marhun)
- Suci dari segi syarak
- Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang memberi faedah
- Barang mestilah hak milik penggadai dan mestilah boleh diserahkan ketika berlakunya
akad atau sighah
- Harga mestilah ditentukan
- Berlaku penyerahan dan penerimaan barang
- Sah untuk digadai dan bukan harta wakaf
7. Hutang (Marhun bih)
- Bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai mestilah hutang yang
dibincangkan sebelumnya
- Tidak sah jika bukan barang yang dihutang seperti barang rampasan dan pinjaman
8. Sighah (Lafaz)
- Tidak sah gadaian tanpa ijab dan kabul
- Syarat-syaratnya sama dengan urusan jual beli
- Tidak sah jika diselangi oleh perkataan lain dan jika bertaklik atau meletakkan jangka
waktu

Perkara yang membatalkan gadaian
Gadaian akan dikira terbatal dan tamat jika:
- Penggadai telah membayar keseluruhan hutangnya kepada pemegang gadaian itu
- Barang yang digadaikan itu diserahkan semula kepada penggadai
- Barang gadaian rosak
- Orang memegang gadaian meninggal dunia
- Seseorang itu tidak dapat menjelaskan hutangnya pada masa yang ditetapkan dan
menyebabkan barang gadaiannya dijual
- Barang gadaian telah disewa atau disedekahkan kepada orang lain
- Orang yang memegang gadaian itu membatalkan gadaian walaupun tanpa
pengetahuan penggadai

Istilah dalam Ar-Rahnu(Gadaian)

Ar-rahnu merupakan satu sistem pajak gadai dalam islam yang menggabungkan
beberapa konsep-konsep syariah, antaranya Ar-rahnu dan Al-Wadi’ah, Al-Wadi’ah Yad
Dhamanah dan Al-Qard.

1. Ar-Rahnu dan Al-Wadi’ah
Di Dalam konsep ini Ar-rahnu merupakan satu mekanisme dimana satu barang
yang berharga yang mempunyai nilai di sisi syarak dijadikan cagaran atau
sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar
dengannya dengan cara menjual atau melelong barang tersebut bagi
mendapatkan kembali hutang yang diberikan, ini terjadi sekiranya pihak yang
berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya itu pada masa yang dijanjikan.

2. Al-Wadi’ah Yad Dhamanah
Al-Wadi’ah Yad Dhamanah bermaksud simpanan barang yang berharga dengan
jaminan, di mana setiap barang yang disimpan dikenakan upah simpanan bagi
menjaga barang tersebut. Dalam gadaian orang yang ingin mendapatkan
pinjaman akan memberikan barang yang berharga seperti barang kemas, tanah,
kereta ataupun lain-lain barang yang mempunyai nilai di sisi syarak kepada
orang yang akan memberikan pinjaman untuk disimpan sebagai cagaran
terhadap pinjaman yang diberikan. Dalam keadaan ini pemberi hutang tersebut
menjadi orang yang menjaga amanah dan ia sama sekali tidak mempunyai hak
terhadap barang dalam simpanannya kerana ia diberikan upah untuk menjaga
barang tersebut. Jika barang tersebut rosak ketika berada dalam simpanannya
maka wajib keatasnya untuk membayar ganti rugi akibat dari kerosakan yang
terjadi ke atas barang tersebut. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah SWT menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya”.
(Surah An-Nisa’ 4:58).

3. Al-Qard
Manakala Al-Qard pula merupakan pinjaman tanpa faedah atau pinjaman
kebajikan yang diberikan untuk tujuan pertolongan. Ia merupakan satu
pemberian hutang oleh satu pihak kepada pihak yang lain tanpa adanya
sebarang keuntungan atau bayaran lebih semasa bayaran balik dilakukan.
Dalam Ar-Rahnu ia merujuk kepada pinjaman yang diberikan kepada peminjam
berdasarkan peratusan tertentu daripada nilai marhun (barang gadaian), dan
upah simpanan dikenakan untuk menyimpan barang gadaian mengikut kadar
yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak bukannya berasaskan
kepada jumlah pinjaman yang diberikan. Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: “Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu
memberikan balasan yang baik”. (Riwayat Ahmad).

Fungsi Ar-Rahnu:

1. Proses yang mudah dan cepat
- Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan. Wang tunai
boleh diberikan segera dan amat sesuai jika berlakunya kecemasan.

2. Kurang risiko ‘Non-Performing Loan’
- Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus kembali emas
yang dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi
tempoh lagi 3 ke 6 bulan.
- Jika masih tidak mampu, pembiaya akan melelong emas tersebut. Itupun
setelah diberikan tiga kali notis. Pembiaya akan mengambil jumlah
pinjaman + upah simpan daripada hasil lelongan tersebut. Sebarang
lebihan, akan dikembalikan kepada peminjam. Ini mengurangkan risiko
kepada pembiaya dan peminjam pula tiada risiko berdepan tindakan
saman atau bankrup jika tiada kemampuan membayar.

3. Pembayaran yang fleksibel
- Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah pinjaman boleh dibayar
secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran
dilunaskan sehingga tempoh penebusan. Ini memberikan kelebihan
terutamanya kepada peniaga kecil yang memperolehi keuntungan secara
harian.

4. Kadar upah simpan yang sangat minimum
- Jika anda masih ragu-ragu, boleh buat perbandingan dengan pajak gadai
konvensional. Sebagai contoh, Ar-Rahnu Bank Rakyat menawarkan
RM0.65 bagi setiap RM 100 nilai marhun (emas) sebulan.

Kesan Ar-Rahnu

• Memudahkan peniaga muslim mendapat hutang modal bagi memulakan
perniagaan.

• Memberi peluang kepada perniaga muslim memajukan dan
megembangkan ekonomi Negara.

• Peniaga muslim diberi kemudahan bagi yang memerlukan.
• Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang.
• Peniaga muslim dapat menghindari riba.
• Mengelak daripada terjebak mengikuti skim penipuan.

Kesimpulan

Sistem Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di Malaysia lebih bersifat adil berbanding
konvensional. Oleh itu, kami menyarankan konsep Ar-Rahnu dalam Islam diperluaskan
kerana konsep Ar-rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang
memerlukan.

Konsep ini dapat membantu meringankan beban seseorang yang dalam kesusahan
mahupun dalam keadaan terdesak. Ia juga untuk mengelakkan berlakunya keruntuhan
sosial dalam institusi masyarakat seperti meminjam daripada along dan lintah darat. Ini
adalah sistem yang menjamin tidak akan berlaku sebarang penipuan.

Hal ini kerana sebelum seseorang itu menjalankan urusan, dia akan diberikan
penerangan yang lengkap untuk mengelakkan sebarang penipuan Tidak dinafikan juga,
apabila masih ada skim Ar-Rahnu yang mengandungi unsur-unsur riba dalam
transaksinya. Tetapi, skim ar-rahnu juga terdapat banyak manfaat jika dibandingkan
dengan transaksi konvensional. Oleh itu, usaha ke arah menghilangkan riba perlu
dilakukan di tahap akar umbi .Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat islam
yang layak dan mampu untuk mengubah situasi ini agar ekonomi kita dapat
berkembang ke tahap yang lebih lagi.

Akhir kata, marilah kita memanfaatkan kelebihan ar-Rahnu ini jika kesempitan wang
atau memerlukan tunai dengan kadar segera.

Rujukan

1. http://izwandyasri.blogspot.com/2014/11/1.html
2. https://www.flipsnack.com/shikinmagazine/e-majalah-ar-rahnu.html
3. https://anyflip.com/hpccz/kfjx/basic
4. https://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-

ilmiah/arrahnu_brakyat._melayu.pdf
5. https://anyflip.com/prsng/gzyo/basic


Click to View FlipBook Version