The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ANIQ BIN MUHAMMAD ZAINI KPM-Guru, 2023-11-07 22:55:18

Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling

Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS)

Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling DEFINISI KAUNSELING Hansen, Ressberg dan Cramer (1994): ‘Counselling is a process that helps people learn about themselves their environment and ways to handle their roles and relationships’ Definisi Lembaga Kaunselor Malaysia (Akta Kaunselor 1998) Proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Kaunseling Dalam Islam – Fardzu Kifayah Sebagai IBADAH – tertaluk kepada hukum dan adab Islami. Al-Amru bi-Ma’ruf wa an Nahyu an nil Munkar – Tanggungjawab utama setiap manusia – Kaunseling berasaskan kepada tanggungjawab utama ini – untuk berbuat baik dan jauhi keburukan atau dosa.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling Dalil: Maksud Surah Al Maidah: 2 … dan hendaklah kamu tolong menolong membuat kebajikan dan bertaqwa, dan jangan tolong menolong pada melakukan dosa dan pencerobohan… FITRAH MANUSIA Manusia dilahirkan bersih, suci, mulia dan baik. Islam juga memandang manusia secara fitrahnya mempunyai potensi membaiki diri sendiri. Jadi maklumat sebagai memberi satu panduan berfaedah kepada kaunselor. “Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam rupa yang amat baik” Maksud Surah At.Tin: 95 Tolonglah saudaramu yang dizalimi atau yang menzalimi. Aku (Anas R.A.) berkata: Ya Rasulullah, aku menolong orang yang dizalimi tetapi bagaimana aku menolong orang yang zalim?


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling Rasulullah SAW menjawab: “Engkau mencegah dia dari (berbuat) kezaliman” (Maksud riwayat Imam Ahmad, Tabrani dalam Maharim al-Akhllaq dan Tarmizi) POTENSI MANUSIA 1. Manusia dilahirkan sebagai JUARA – Pra Lahir (Al Mukminun 12-14) 2. Manusia mampu untuk belajar (Al-Baqarah: 31) 3. Manusia mampu untuk berubah (As-Sams 7-10) “Dan demi jiwa dan penyempurnaannya. Maka Allah mengilhamkannya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya. Dan rugilah orang yang mengotorinya.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 4. Manusia bersedia untuk menerima agama. 5. Manusia dibekalkan dengan minda dan berani bertanggungjawab. (Sebagai hamba Allah, Khalifah dan Penyeru). Fitrah Perubahan (Deviation) Persekitaran + Adaptasi Rehabilitasi Muhasabah + Taubat + Belajar + Berubah + Tarbiyah


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling MENGAPA MANUSIA BERMASALAH? 1. Bermula dengan perselisihan Qabil dan Kabil – Bisikan syaitan. 2. Manusia diuji oleh Allah. a) MASALAH IKHTIYARIYYAH – Manusia diberikan pelbagai alternatif penyelesaian yang boleh diselesaikan berdasarkan akal, kemampuan, peluang, masa, nikmat, tenaga dan lain-lain kurniaan Allah. b) MASALAH KAUNNIYYAH – Manusia tidak dapat menentukan apa-apa lagi dalam permasalahannya, di mana segala ketentuan, keputusan telah ditetapkan oleh Allah. Manusia hanya berupaya berserah dan bertawakkal kepada Allah sahaja. (Surah An-Nisa 78) Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan mereka berkata “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata. “Ini adalah dari yang ada padamu”. Katakanlah: “Semuanya itu adalah dari sisi Allah…”


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 1. ASPEK PSIKOLOGI Setiap perkembangan manusia bermula dengan bayi hingga warga tua mempunyai keperluan dan jika tidak tercapai akan menimbulkan masalah tertentu. Setiap peringkat ada keperluan seperti: a) Keperluan Biologikal b) Keperluan Ekonomikal c) Keperluan Sosiologikal d) Keperluan Psikologikal e) Keperluan Kendiri Masalah akan timbul jika keperluan tidak dicapai atau tercapai tetapi tidak memebuhi hasrat dan hajat individu. Apatah lagi jika keperluan langsung tidak dicapai maka wujudlah masalah kepada individu atau kumpulan. 2. PENDEKATAN PSIKOANALISIS a) Pengalaman masa lampau yang menganggu atau tidak kesampaian hajatnya. b) Juga disebabkan desakan yang tidak dipenuhi c) Kekeliruan ld, Ego, dan Super-Ego d) Perkembangan Psiko-seksual yang tidak sihat e) Elakkan kesedaran minda atau menenggelamkan minda sedar dalam diri (unconscious) f) Mengamalkan helah bela diri yang keterlaluan dalam hidup.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 3. PENDEKATAN TINGKAH LAKU a) Kurang dan tiada kemahiran b) Ada ilmu tetapi tidak sesuai c) Terbelajar perkara yang salah d) Tingkahlaku yang tidak sesuai (maladaptive) e) Pelaziman yang salah f) Persekitaran yang tidak sesuai 4. PENDEKATAN PERASAAN a) Kecelaruan diri ideal dengan diri reality (ideal self and real self) b) Tak selaras perasaan dengan pemikiran c) Tak selaras apa yang dialami dengan apa yang ditanggap d) Pertentangan tanggapan dan pembelajaran e) Keperluan yang tidak dapat dipenuhi 5. PENDEKATAN PERMIKIRAN a) Pemikiran yang tidak rasional b) Cara gaya pemikiran yang melampau c) Pemikiran yang ‘contaminated’ d) Terlalu banyak andaian yang perlu dipatuhi Secara umumnya manusia lumrahnya melakukan kesalahan dan kesilapan baik dalam pemikiran, perasaan dan tindakan.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling Secara ringkasnya dapatlah dijelaskan beberapa perkara yang menjadi kezaliman seseorang melakukan kesalahan, antaranya: 1. Cepat bertindak dan lambat berfikir 2. Tidak memiliki maklumat yang relevan dan lengkap 3. Terlalu mementingkan diri dan mengetepikan hasrat orang lain 4. Menyalahkan orang lain, persekitaran atau takdir 5. Tidak mempunyai maklumat 6. Memiliki nilai dan matlamat yang rigid 7. Memiliki nilai dan matlamat yang negatif 8. Tidak tahu atau kurang berupaya membuat pilihan 9. Tidak tahu membentuk perhubungan yang memuaskan 10. Diri sendiri yang menimbulkan masalah 11. Tidak tahu menghidupkan suasana 12. Guna cara lama untuk tangani situasi baru.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling PENDEKATAN KAUNSELING MELIBATKAN ASPEK BERIKUT: CIRI-CIRI PENOLONG/ KAUNSELOR PROSES TEKNIK KAEDAH KEMAHIRAN MATLAMAT PRODUK IKHLAS AMANAH SABAR KEMAHIRAN ILMU


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling RINGKASAN CIRI-CIRI PENOLONG/KAUNSELOR SIKAP PENOLONG / PEMBIMBING / KAUNSELOR 1. KENALILAH DIRI KAMU SEBELUM MENGENALI ORANG LAIN, BAIKILAH DIRI KAMU SEBELUM MEMBAIKI ORANG LAIN. (Melalui keterbukaan dan TINGKAP JOHARI-Lihat Rajah) Kuadran 1: Saya tahu. Orang lain tahu Kuadran 2: Saya tidak tahu. Orang lain tahu Kuadran 3: Saya tahu. Orang lain tak tahu Kuadran 4: Saya tak tahu. Orang lain tak tahu


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 2. Kesedaran tentang nilai-nilai diri dan orang lain: i. Saya OK: Anda OK ii. Saya Tak OK: Anda OK iii. Saya OK: Anda Tak OK iv. Saya Tak OK: Anda Tak OK 3. Bersedia menimba pengalaman. 4. Kesedaran tentang perbezaan budaya dan nilai. Menerima secara terbuka dan lapang dada. 5. Berupaya menganalisis perasaan sendiri. 6. Keupayaan untuk menganalisis perasaan dan pemikiran serta tingkah laku orang lain. 7. Sikap rela membantu dan sukarela secara ikhlas menolong yang tinggi. 8. Bertanggungjawab serta boleh dipercayai 9. Integriti yang tinggi 10. Kepatuhan kepada etika agama (syarak) dan etika menolong yang tinggi. 11. Yakin diri dan boleh meyakinkan orang lain.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 10 Sifat Orang Mukmin 1. Akidah yang sejahtera 2. Ibadah yang sahih 3. Akhlak yang terpuji 4. Luas ilmu pengetahuan 5. Sihat tubuh badan 6. Mampu berdikari 7. Melawan nafsu 8. Hormati masa 9. Pengurusan sistematik 10. Bermanfaat kepada orang lain (Boleh menumpang)


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling Membantu klien bertanggunjawab ke atas dirinya Memperbaiki imej diri Membantu klien menesuaikan diri dengan keadaan Membantu klien mencari sumber atau alternatif penyelesaian masalah Membantu menyegerakan perubahan tingkahlaku Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan Kembali kepada FITRAH


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling PROSES KAUNSELING PROSES KAUNSELING PRA SESI 1. Menyediakan tempat yang teraputik dan kondusif 2. Perabot yang selesa 3. Suhu bilik yang nyaman 4. Bau-bauan yang selesa 5. Kawalan terhadap kebisingan 6. Terhindar daripada gangguan PRA SESI MEMBINA HUBUNGAN MENEROKA ANALISIS MASALAH MENGENAL PASTI MASALAH SEBENAR MEMBINCANG ALTERNATIF PENYELESAIAN MENYUSUN STRATEGI MENGAMBIL TINDAKAN SUSULAN/ PENILAIAN PENAMATAN


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 7. Suasana menjemput/ menyongsong klien dengan mesra MEMBINA HUBUNGAN 1. Merupakan titik bermulanya hubungan kaunselor dengan klien. 2. Klien harus merasa selesa dan selamat dalam perhubungan ini. 3. Kaunselor mengamalkan sikap empati dan menerima syarat agar klien rasa dihargai dan dihormati. 4. Wujudkan kepercayaan yang teguh agar klien yakin bahawa kaunselor benar-benar ingin membantu. 5. Pemilihan komunikasi dan intonasi suara yang teraputik. PENSTRUKTURAN 1. Menjelaskan dan memberikan maklumat akan jenis kaunseling, batasan dan matlamat sesi kaunseling 2. Membincangkan peranan/komitmen klien dan kaunselor dalam sesi kaunseling 3. Menyatakan tentang batasan etika dan masa yang akan diambil bagi sesuatu sesi dan bentuk keseluruhan proses.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 4. Bagi kaunseling berpendakatan tingkah laku, kontrak mungkin diperlukan bagi memastikan klien melakukan tugasan. PENEROKAAN 1. Merupakan peringkat penerangan klien tentang masalah yang dihadapi 2. Lazimnya klien akan bercerita dengan mudah. Akan tetapi ada masanya klien mungkin kurang memberi kerjasama terutama kepada klien yang dirujuk. 3. Kaunselor perlu membimbing klien bercerita dengan jelas tentang perkara berkaitan sahaja. 4. Adakalanya memerlukan masa yang agak lama, oleh itu kaunselor harus bersabar dan mendengar dengan teliti. Klien mungkin sama ada: 1. Tidak sedar tentang punca masalah 2. Keliru dengan situasi yang menimpanya 3. Tidak berfikir cara mengatasi masalah 4. Klien cuba mengelak daripada masalah sebenar diterokai oleh kaunselor


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling Penerokaan dilakukan daripada segala aspek antaranya berfokus kepada: 1. Diri klien 2. Masalah/isu yang dibawa yang berkaitan dengan klien 3. Pengalaman klien 4. Perasaan klien *Kaunselor perlu memahami dengan mendalam dan memeriksa butir-butir perkata/perkataan/isu yang benarbenar memberi gambaran sebenar terhadap diri klien. MENGENAL PASTI MASALAH 1. Kaunselor akan menggunakan kemahiran untuk mengenalpasti masalah sebenar klien. 2. Pada kebiasaannya masalah yang dikemukakan oleh klien pada permulaan sesi adalah bukan masalah sebenar, kerana klien cuba mereka cerita atau tidak tahu bagaimana memulakan luahan masalanya. 3. Selepas penerokaan barulah dapat dikenalpasti masalah klien. Petua mengenal pasti masalah klien yang sebenar: i. Elakkan klien bercerita berulang-ulang ii. Fokus kepada pengalaman masa ini dan sekarang (Here and now)


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling iii. Elakkan klien menceritakan nilai dan pemikiran yang melampau iv. Elakkan klien bercerita tentang orang yang ketiga v. Perhatikan dan dengar ungkapan/perkataan/katakata/nama yang selalu diulang-ulang. vi. Teruskan tanya apa yang sebenarnya makna/ matlamat ingin dikongsikan dengan tepat dengan berhemah 4. Selepas penerokaan barulah masalah sebenar akan diperoleh atau kemungkinan beberapa siri masalah telah ditemui. Oleh itu kaunselor perlu bijak memilih masalah mana yang perlu didahulukan untuk dibincangkan. MEMILIH/MEMBINCANGKAN ALTERNATIF 1. Kaunselor memulakan dengan merumus hasil dapatan sesi sebelum penemuan alternatif 2. Kaunselor mengajak klien memikirkan sendiri alternatif yang dirasakan sesuai dan relevan dengan klien. 3. Kaunselor boleh memandu dengan memberikan celik akal (insigh) yang mungkin tidak terfikir oleh klien.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 4. Bina beberapa pilihan alternatif dan bukan paksaan kepada klien untuk menuturutinya. 5. Alternatif disusun mengikut keutamaan agar mudah dibincangkan sebelum dilakukan pelaksanaannya. MENYUSUN STRATEGI 1. Setelah diperolehi alternatif yang dipilih perlu dibincangkan lang-langkah yang sesuai untuk menyelesaikannya. Perancangan haruslah teliti agar kemungkinan berjaya dan memuaskan hati klien adalah tinggi. 2. Klien diajak memikirkan risiko yang mungkin berlaku. Boleh menggunakan kaedah SWOT atau mencari positif dan negatif. 3. Kaunselor perlu mengajar tingkah laku baru kepada klien atau pemikiran baru kepada klien. 4. Klien diharap dapat membuat tindakan yang telah dirancang semasa luar sesi. MEMBUAT TINDAKAN 1. Klien akan mengusahakan sendiri perancangan yang telah dipersutujui dengan dipantau oleh kaunselor. 2. Kaunselor akan bertemu dengan klien bagi membincangkan semula alternatif atau kesan daripada tindakannya.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling Beberapa kemungkinan akan diperolehi daripada tindakan klien antaranya: 1. Klien gagal/ tidak mengambil tindakan 2. Klien mengalami kesan negatif hasil tindakan yang dipilihnya 3. Klien mengalami kesan positif hasil tindakannya. SUSULAN PENILAIAN 1. Dilaksanakan setelah beberapa kali sesi dan juga setelah dilaksanakan tindakan susulan daripada alternatif yang dipilih oleh klien 2. Kaunselor akan memeriksa dan menilai sejauhmana klien dapat menguasai situasi yang baru. 3. Jika didapati tindakan tidak bersesuaian klien akan diajak bersama untuk membina alternatif baru. 4. Jika timbul masalah baru dalam masa melaksanakan tindakan sesi akan diteruskan sehingga memperoleh alternatif yang baru dari klien.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling PENAMATAN 1. Sesi tidak boleh ditamatkan secara tergesa-gesa 2. Penamatan berlaku kerana: a) Matlamat telah dapat dicapai b) Klien tidak mahu meneruskan sesi c) Matlamat tidak dapat dicapai dan memerlukan rujukan kaunselor lain.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Merupakan kemahiran yang perlu ada dan perlu mahir oleh setiap kaunselor. PRA SESI STRUKTUR KEMAHIRAN MELAYAN KEMAHIRAN SELESAIKAN MASALAH KEMAHIRAN MERESPON KEMAHIRAN MENDENGAR KEMAHIRAN MEMBUAT TINDAKAN KEMAHIRAN MENAMATKAN SESI PENAMATAN


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 1. PRA SESI a) Memastikan jenis klien yang hadir sama ada secara sukarela ataupun secara rujukan b) Kaunselor perlu bersedia secara fizikal, emosi dan mental untuk menghadapi apa sahaja masalah yang dihadapi oleh klien c) Perlu diwujudkan suasana yang kondusif dan selamat bagi klien 2. PENSTRUKTURAN a) Kaunselor akan menerangkan faktor masa, had batasan dan peruntukan sesi sebagai maklumat asas. b) Kaunselor menerangkan peranan kaunselor iaitu mendengar, memahami, memberi bantuan dan menyusun strategi c) Kaunselor juga menerangkan peranan klien iaitu bekerjasama dengan kaunselor, bertanggungjawab dan beretika d) Kaunselor menerangkan etika kerahsiaan definisi dan batas-batas berdasarkan Etika Kaunseling 3. KEMAHIRAN MELAYAN a) Membina hubungan mesra yang beretika untuk i) Klien rasa diterima


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling ii) Klien rasa selamat iii) Klien mendapat manfaat daripada kaunseling b) Ekspresi wajah i) Mencerminkan pengaliran, perasaan, pemikiran, nilai dan sikap kaunselor yang sebenar c) Mendapatkan kontak mata dengan klien, juga senyuman dan mimic muka serta gerak tubuh badan yang sesuai d) Tidak digalakkan sentuhan pada awal sesi untuk mengelakkan prasangka negatif e) Lebih elok memanggil nama klien. Jangan panggil anda, atau panggilan yang menganggu klien. 4. KEMAHIRAN MENDENGAR a) Kaunselor perlu mempunyai kemahiran mendengar pada tahap tinggi supaya dapat mendengar tersurat dan tersirat apa yang diperkatakan oleh klien. b) Kaunselor meneliti tahap emosi, nada suara, ekspresi wajah dan tingkah laki klien. c) Mendengar melalui pencernaan: i) Isi pokok persoalan klien ii) Punca dan sebab gangguan/masalah iii) Kedudukan masalah dalam diri klien d) Mendengar perasaan klien dan dapat dibahagikan kepada i) Luahan perasaan melalui lisan


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling ii) Luahan perasaan melalui bahasa badan klien (bukan lisan) iii) Luahan perasaan pemikiran dan tindakan klien. e) Mendengar melalui kognitif/pemikiran klien i) Cara klien berfikir tentang dirinya, orang lain dan situasi ii) Cara berfikir berdasarkan nilai dan kepercayaan yang dibawa oleh diri klien melalui pengalaman dan keluarga iii) Respon klien terhadap masalah dan alternatif 5. KEMAHIRAN MEMBALAS/ MEMBERI RESPON a) Di antara kemahiran tersebut yang perlu dikuasai oleh kaunselor adalah Prafrasa, Refleksi, Menyoal, Merumus, Meminta Penjelasan, Memberi Maklumat/ Penjelasan, Konfrantasi b) Perkara pokok dalam kemahiran ini adalah memberi ruang klien untuk berkata-kata dengan dipandu oleh kaunselor. Kaunselor hanya akan memberikan dorongan minima seperti mengangguk kepala, kata peneguhan (ehn, ya, ok, teruskan…) Jika klien berupaya meluahkan masalah dengan bebas menunjukkan klien telah menerima kaunselor sebagai teman untuk diajak berkongsi masalahnya.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling i. PARAFRASA a) Menyatakan semula apa yang diucapkan oleh klien dengan tingkas, padat dan tepat. b) Garis panduan parafrasa: - Dengar dengan teliti mesej klien - Pilih ayat yang sesuai - Nyatakan semula dengan ayat yang sama atau lebih mudah difahami - Lihat reaksi klien terhadap parafrasa untuk menilai mutu dan keberkesanannya - Elakkan mengajuk atau mengulang kata-kata klien. - Tips. Boleh gunakan perkataan “Maafkan saya kalau saya salah, saya dengar…” ii. REFLEKSI a) Sama seperti parafrasa tetapi tertumpu kepada elemen perasaan klien- apa yang dirasai oleh klien b) Terdapat 3 jenis refleksi: Refleksi perasaan, refleksi pengalaman dan refleksi makna. c) Refleksi adalah pernyataan perasaan klien, refleksi pengalaman lebih kepada pengalaman klien dan refleksi makna lebih menjerumus kepada makna perkataan klien yang signifikan.


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling iii. MENYOAL a) Terdapat 2 jenis soalan: - Soalan tertutup: Untuk mendapatkan maklumat khusus dan pengesahan daripada klien. Jawapan Ya atau Tidak, betul atau salah - Soalan terbuka: Untuk menggalakkan klien bercerita dan meneroka masalah. Kaunselor memberi ruang untuk klien menjelaskan tentang apa yang ingin dikongsikan dalam sesi. Elakkan terlalu banyak menyoal terutamanya soalan tertutup ditakuti kaunselor seolah-olah ingin membongkar/mengorek rahsia. iv. MERUMUS a) Menggabungkan semua yang telah diperkatakan, dirasakan dan dilakukan oleh klien dalam sesi kaunseling. 2 Jenis rumusan: - Rumusan kecil: Di akhir beberapa pernyataan klien - Rumusan besar: Di akhir sesi b) Rumusan boleh juga digunakan untuk memulakan sesi susulan agar klien ingat akan butiran sesi sebelumnya. v. MEMINTA PENJELASAN a) Sekiranya kaunselor kurang jelas tentang cerita klien, perlulah meminta penjelasan daripada klien b) Harus berterus terang bahagian mana yang tidak atau kurang difahami untuk klien jelaskan c) Jangan bersikap serba tahu


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling d) Membantu penerokaan yang lebih spesifik/khusus – berfokus dan tidaj berbelit/berpusing-pusing vi. MEMBERI PENJELASAN/MAKLUMAT a) Kaunselor ada kalanya perlu membuat interprestasi tentang tingkah laki atau perasaan sebenar klien. b) Menjelaskan apa yang difahami oleh kaunselor tentang situasi sebenar masalah klien c) Maklumat juga perlu diberi sekiranya klien kekurangan maklumat atau tiada maklumat berkenaan sesuatu data yang salah. vii. KONFRANTASI a) Jika terdapat maklumat yang bercanggah dari segi: - Maklumat lisan dan tingkah laku - Maklumat lisan dan perasaan yang diluahkan - Cerita yang berlainan tentang satu perkara yang sama - Apabila fakta awal dan fakta akhir tidak sama/berbeza 6. MENYELESAIKAN MASALAH Proses penyelesaian berurutan seperti berikut: i Kenal pasti masalah ii Kenal pasti alternatif penyelesaian iii Menilai setiap alternatif iv Memilih alternatif yang terbaik v Merancang tindakan vi Mengambil tindakan vii Menilai hasil


Buku Panduan Proses dan Kemahiran Kaunseling 7. MENAMATKAN SESI a) Terdapat 3 jenis penamatan: - Penamatan sesi setelah masalah dapat diselesaikan - Penamatan sesi diikuti perancangan sesi susulan -Penamatan sesi diikuti dengan rujukan/dapat maklumat pakar b) Sebelum penamatan hendaklah dilakukan rumusan besar c) Seelok-eloknya disertai dengan penilaian sesi kaunseling sama ada berjaya, berkesan atau tidak.


Click to View FlipBook Version