PERANAKAN Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia No. Pendaftaran: 822/86 (Melaka) Mesyuarat Agung Tahunan ke-38 2024 Tempat: Auditorium Ong Siang Muzium Wangkang 195, Jalan Bandar Hilir 75000 Melaka Tarikh: 28 April 2024 (Ahad) Masa: 11.30 pagi
Kandungan i. Notis Panggilan Mesyuarat Agong Ke-38 1 - 2 ii. Minit Mesyuarat Agong Tahunan ke-37 3 - 9 iii. Laporan Persatuan Tahun 2023 10 - 14 iv. Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2023 15 – 18 v. Aturcara Majlis Perasmian 19
1 P E R A N A K A N PERSATUAN PERANAKAN BABA NYONYA MALAYSIA Nombor Pendaftaran/ Registration Number: 822/86 (Melaka) (PERSATUAN PERANAKAN CINA MALAYSIA) 243, Jalan Tengkera, 75200 Melaka 2 APRIL 2024 Baba/ Nyonya, NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Ke-38 (2024) Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke-38 akan diadakan seperti berikut: 1. Tarikh : 28 April 2024 (Ahad) 2. Masa: 11:30 am (Makan tengahari disediakan) 3. Tempat: Auditorium Ong Siang, Muzium Wangkang 195, Jalan Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia Mohon ahli-ahli kita dapat datang beramay-ramay untuk mesyuarat taon ini. Agenda Mesyuarat: i. Ucapan Aluan YBhg. Dato’ Baba Presiden PERANAKAN ii. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung tahun lepas. iii. Perkara Berbangkit iv. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Persatuan berakhir 31 Disember 2023 tahun lepas v. Membentang dan menerima penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2023. vi. Perbahasan Usul vii. Ucapan Penangguhan Kalu siapa-siapa nang ada apa-apa usul yang moh cadang, boleh kirim kepada Setiausaha Agung sebelum 17 April 2024 ke alamat seperti berikut: • Email: [email protected] atau • Surat: Wisma PERANAKAN, 243, Jalan Tengkera, 75200 Melaka. Peringatan 1. Ahli-ahli kena pastikan suma butir dalam rekod PERANAKAN betul (seperti yang tercatat dalam Kad Pengenalan) dan kasi tau secara bertulis kepada Setiausaha Agung kalu ada sebarang pembetulan atau pertukaran alamat termasuk poskod. 2. Ahli yang ada hutang yuran dengan sendirinya hilang hak-hak sebagai ahli PERANAKAN. Mohon ahli-ahli yang berhutang untuk menjelaskan hutang yurannya.
2 3. Mohon ahli-ahli berikan nombor telefon bimbit untuk dimasuk dan dikemaskinikan dalam kumpulan Whatsapp Bulletin PERANAKAN. Maklumat Penting 1. Minit mesyuarat, Laporan Aktiviti PERANAKAN dan Penyata Kira-Kira 2023 akan dimuatnaikkan ke dalam Group Whatsapp Bulletin PERANAKAN. 2. Sesiapa yang perlukan “hardcopy” Minit Mesyuarat, Laporan Aktiviti PERANAKAN dan Penyata Kira-Kira 2023 boleh datang sendiri ambil di Wisma PERANAKAN berjumpa dengan Baba Cikgu Teo Kim Bee mulai 22 April 2024 dari jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang. Kehadiran Baba-Baba dan Nyonya-Nyonya dalam mesyuarat ini amat dialu-alukan. Sekian, Kamsiah. Yang menjalankan tugas, (Baba Richard Teo Soon Tin) Setiausaha Agung - 0146679887
3 P E R A N A K A N PERSATUAN PERANAKAN BABA NYONYA MALAYSIA Nombor Pendaftaran/ Registration Number: 822/86 (Melaka) (PERSATUAN PERANAKAN CINA MALAYSIA) 243, Jalan Tengkera, 75200 Melaka MINIT MESYUARAT AGUNG 2023 TAHUN ke-37 Tarikh: 30 April 2023 Masa: 12 tengahari Tempat: Muzium Wangkang, 195, Jln Parameswara, 75000 Melaka, Malaysia. Kehadiran Ahli: Seramei 86 orang ahli telah hadir secara bersemuka. (Lampiran A) 1. Ucapan Aluan Presiden Y.Bhg. Dato’ Baba Presiden mengucapkan kamsiah dan selamat datang kepada semua ahli yang hadir secara bersemuka pada mesyuarat kali ini. Y.Bhg. Dato’ Baba Presiden memulakan ucapan beliau dengan mengimbau kembali mantan-mantan Presiden persatuan sejak penubuhannya pada 1986. Beliau berbangga dengan kejayaan setiap mantan Presiden yang mempunyai visi dan misi masing-masing. Setiap seorang daripada mereka mempunyai aspirasi yang berlainan demi untuk memajukan kaum etnik Baba Nyonya. Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 2013 hingga sekarang selama 4 (empat) terma. Misi beliau sebagai Presiden adalah menyediakan sebuah rumah Peranakan dan beliau telah berjaya mendapat sebuah Wisma yang telah dihadiahkan oleh kerajaan Negeri Melaka. Usaha gigih dan sokongan padu Ahli Jawatankuasa Peranakan beliau telah berjaya membaiki wisma yang usang menjadi sebuah rumah yang cantik dan lengkap dengan infrastrukturnya. Seterusnya beliau telah berjaya menubuhkan sebuah koperasi untuk membaiki ekonomi dan kebajikan etnik kaum Baba Nyonya. Koperasi kini telah mempunyai aset tersendiri setelah membeli sebidang tanah kelapa sawit sebesar 4 ekar. Hasil koperasi telah diagihkan kepada semua ahli koperasi dengan saksama. Bagi memperkenal dan mengembangkan sayap persatuan Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden telah menjalin hubungan dengan beberapa agensi kerajaan dan pertubuhanpertubuhan Peranakan di dalam dan di luar negara. Beliau telah bergabung dengan beberapa agensi kerajaan serta persatuan Peranakan dan melantik mereka sebagai rakan strategik bagi menjayakan beberapa aktiviti persatuan kita. Pihak Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia telah membuat lawatan dan kunjung hormat ke beberapa persatuan Peranakan di dalam dan di luar negara.
4 Aspirasi Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden adalah menubuhkan cawangan di sekurang-kurangnya 7 (tujuh) buah negeri di dalam negara. Beliau memohon kerjasama semua ahli untuk memikirkan perkara ini secara mendalam. Tujuan persatuan hendak menubuh cawangan adalah untuk menaikkan taraf persatuan sebagai sebuah pertubuhan kebangsaan. Beliau amat bangga sebab sejak kebelakangan ini telah ramai Baba-Baba Nyonya-Nyonya mendaftar sebagai ahli persatuan. Beliau menyeru kepada semua ahli yang hadir untuk mendaftar anak-anak dan saudara mara mereka sebagai ahli persatuan. 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2022 Setiausaha Kehormat telah membentang minit Mesyuarat Agung 2022 dan cadangan menyokong minit telah dilakukan oleh Nyonya Tan Kim Lian manakala yang menyokong adalah Nyonya Peggy Loo. 3. Mengesahkan Laporan Penyata Kira-Kira Tahun 2022. Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden telah membentangkan Laporan Penyata Kira-Kira tahun 2022 atas sebab Bendahari Kehormat tidak dapat membaca print yang halus. Penyata kira-kira dicadang terima oleh Nyonya Teoh Swee Ngan, Charlotte dan disokong oleh Baba Wong Koon Sang, Jimmy. 4. Usul - usul 4.1 – 3 (tiga) usul telah dibahaskan iaitu berkaitan perpindahan perlembagaan berkaitan Fasal 9.6; penuhuhan cawangan di negeri-negeri dan memasukkan klausa berkaitan pemilikan tanah kerajaan oleh pihak persatuan. 4.2 – Y.Bhg. Dato’ Baba Presiden telah memberikan penerangan secara menyeluruh berkaitan perkara ini dan semua ahli majlis mesyuarat termasuk AJK memberi sokongan padu menyokong usul ini tanpa sebarang bantahan. Beliau juga memaklumkan seandainya masih ada ahli yang meminta minit mesyuarat dan penyata kira-kira secara hardcopy pihak persatuan akan melayani permintaan ahli-ahli tersebut. 4.3 – Usul penambahan penyataan dalam perlembagaan untuk penubuhan cawangan disekurang-kurangnya 7 (tujuh) buah negeri telah dibahaskan dengan panjang lebar. Setelah mendengar hujah-hujah daripada ahli mesyuarat dan pihak AJK majlis dengan sebulat suara menyokong menerima usul ini tanpa bantahan. 4.4 – Usul penambahan klausa dalam perlembagaan bagi membolehkan persatuan memohon tanah kerajaan dibentang dan dibahaskan oleh ahli mesyuarat. Kesemua ahli mesyuarat menyokong penuh penambahan klausa tanpa bantahan.
5 5. Lain-lain Hal 5.1 - Nyonya Doris Tan Chin Neo telah menanyakan beberapa soalan iaitu berkaitan Gan Eng Seng Scholarship, Koperasi Baba Nyonya Melaka dan fungsinya. Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden telah memberi penjelasan yang tuntas berkaitan perkara tersebut. 5.2 – Nyonya Doris Tan bangkitkan soal bagaimana persatuan menentukan seseorang itu benar-benar Baba atau Nyonya sebelum kita boleh diberikan status bumiputra. Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden telah memberikan penerangan yang panjang lebar berkaitan isu ini dan strategi yang akan diambil oleh pihak persatuan kita. 5.3 – Nyonya Peggy Loo bertanya sama ada seorang ahli persatuan boleh juga menjadi ahli cawangan. Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden telah memberi penjelasan berkaitan kedudukan seseorang ahli persatuan dan ahli cawangan dengan jelas berkaitan perkara ini. 5.4 – Baba Tan Koy Yoon, Vincent telah bertanya tentang peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu koperasi. Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden telah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa pihak koperasi kita telah diberi geran sebanyak RM50,000.00 pada tahun ini dan RM23,000.00 pada tahun 2019. 5.5 - Baba Tan Koy Yoon, Vincent telah memohon melafazkan 3 (tiga) rangkap pantun khas untuk para hadirin mesyuarat pada hari itu. 5.6 - Baba Penasihat persatuan, Baba GT Lye telah membeli pantun Baba Vincent dan beliau memuji cara mesyuarat peranakan yang dilaksanakan pada hari ini. 6. Ucapan Penangguhan Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden 6.1 - Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden mengucapkan kamsiah kepada semua yang sudi hadir. Harapan beliau sebagai Baba Nyonya kita perlu bersatu hati dan memberikan peluang dan sokongan kepada peneraju yang sedia ada demi untuk kebaikan dan kebangkitan kaum Baba Nyonya kita. 6.2 – Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden juga telah mengumumkan berita baik berkaitan main wayang bagi Festival Peranakan Malaysia 2023. Harga tiket main wayang bagi semua ahli Peranakan telah ditetapkan pada harga RM50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia) sahaja. Beliau juga memohon dan merayu kepada semua ahli untuk hadir pada sesi perasmian kerana perasmi kita adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara. Untuk menunjukan identiti dan solidariti kaum kita, beliau juga meminta semua yang hadir untuk memakai baju batik atau baju Cina oleh kaum Baba dan Nyonya berbaju kebaya serta berkasut manik. 6.3 – Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden juga menyentuh soal Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya ke 34 dimana setakat hari ini hanya 16 peserta telah mendaftar diri. Beliau memaklumkan hanya 100 peserta dari Melaka yang akan diberi peluang menyertai konvensyen ini dan beliau berharap ahli-ahli Peranakan akan rebut
6 peluang untuk mendaftar diri dengan secepat mungkin. Beliau juga telah memaklumkan tentang pertandingan golf yang bakal diadakan bagi merebut Piala Presiden Peranakan Malaysia yang julung-julung kali akan di adakan semasa konvensyen kelak. Y. Bhg. Dato’ Baba Presiden mengharapkan sokongan padu daripada setiap ahli persatuan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. 7. Penutupan Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 3.30 petang. ........................................................... ................................................ (Dato’ Baba Ronald Gan Yong Hoe) (Baba Teo Soon Tin, Richard) Presiden PPBNM Setiausaha Agung PPBNM ............................................................. ................................................... (Baba Raymond Mah) (Fong Lian) Penolong Setiausaha Kehormat Setiusaha Eksekutif 30 April 2023
7 Lampiran A NO MEMBERSHIP NO NAME 1 1744 AISYAH LOW ABDULLAH 2 1851 AUDREY ANG LIM MOI 3 1371 BENARD ANG 4 1736 BONG BON KONG 5 2047 CALVIN TEO KWANG CHIEN 6 2225 CATHERINE CHEAH MING MING 7 0825 CHOO YEOH JEE ALLEN 8 2022 CHOY YIN LING 9 1143 CHRISTINA TAN MEI LING 10 2023 CHUA AH SENG 11 1220 CHUA MAY LIN 12 1853 CHUA NYONYA @ CHUA AH LIN 13 1137 CHUA SENG CHUAN 14 2049 CLARENCE TEO KWANG YEOW 15 2112 CYNTHIA ONG SIEW LUAN 16 1852 DAISY LEE @ LEE KUAT ENG 17 2205 DORIS TAN CHIN NEO 18 1410 E GEK KUAN 19 0505 GAN BOON LENG 20 1261 GAN HIONG HUAT 21 1937 GAN KIM SEET, ROLAND 22 2169 GILBERT LEE @ LEE HOOD JIN 23 0221 GOH HOCK SIANG 24 0977 GOH SWEE LAI 25 1561 HAN GIOK CHIN 26 1978 JIMMY KHOO BAN GUAN 27 1938 JULIE CHEONG SIEW YONG 28 1493 KOH PUAY GEOK AMY 29 1731 KOH SWEE ENG PAULINE 30 2121 KWEK POH CHOO 31 2096 LAU CHEK NEW 32 1624 LEE HEE NEO, LORRAINE 33 1834 LEE KIM BOON (BENNY) 34 1622 LEE KIM LENG, LILIAN 35 1625 LEE KIM MIN, MAUREEN 36 1585 LEE YUEN THIEN 37 1263 LEOW POH NEO
8 38 2057 LILIAN YEO CHYE CHOO 39 2201 LIM POH CHOO 40 0711 LIM SWEE LENG 41 2010 LINA LOO SWEE CHOO 42 0779 LOO LIAN NEO PEGGY 43 1329 LOW ENG LIAN 44 1158 LOW KIAN HONG 45 2024 LYNLEY GOH CHOON YIN 46 1802 MAUREEN CHAN CHOO NEO 47 1621 NANCY POH LEE YOOK 48 2161 ONG KIM LIAN 49 1954 QUAH SENG KIM, GEORGE 50 2199 RALPH GAN JIA KANG 51 2083 RAYMOND ANG KOK KENG 52 1560 RAYMOND MAH GUAN LOCK 53 1595 RONALD GAN YONG HOE 54 1260 ROY TEO 55 2048 RUSSELL TEO KWANG MING 56 1942 STEFANIE LEE TSUI LING 57 2120 STEVEN TEO 58 1627 TAN CHAI ENG, THOMAS 59 1774 TAN CHWEE BENG (HAROLD) 60 1389 TAN GIEK LIN 61 1372 TAN KEK LAN HELEN 62 2159 TAN KENG NEO 63 1843 TAN KIM HUAT 64 1950 TAN KIM LIAN 65 1623 TAN KONG MING, ROBERT 66 0827 TAN KOY YOON 67 2084 TAN MEI LEE JENNY 68 2123 TAN PENG ANN 69 0007 TAN SIM SON 70 1112 TAN WEE HOCK 71 1751 TAY KIM SWI 72 0032 TAY SECK HIN 73 1223 TAY SIM YONG 74 1181 TEO GEAK CHAN 75 1557 TEO GIM MUI, EMILY 76 0391 TEO KIM BEE 77 0051 TEO SOON TIN, RICHARD 78 0668 TEOH LUAN NEO
9 79 0874 TEOH SOON CHIN 80 0701 TEOH SWEE NGAN, CHARLOTTE 81 2110 TEOH SZHING LING 82 1870 VINCENT LOW SWEE CHAY 83 1986 WEE TECK SEARN 84 2150 WONG KOON SANG, JIMMY 85 2208 YEO HAN WEN 86 1172 YEO KIM LIN
10 P E R A N A K A N PERSATUAN PERANAKAN BABA NYONYA MALAYSIA Nombor Pendaftaran/ Registration Number: 822/86 (Melaka) (PERSATUAN PERANAKAN CINA MALAYSIA) 243, Jalan Tengkera, 75200 Melaka LAPORAN PERSATUAN TAHUN 2023 1. MESYUARAT JAWATANKUASA: Ahli Jawatankuasa telah mengadakan 10 mesyuarat sepanjang tahun 2023 di Wisma PERANAKAN dan berikut adalah tarikhnya: Nama/Tarikh 22/2 22/3 19/4 21/6 19/7 16/8 20/9 25/10 8/11 6/12 JUMLAH YBhg. Dato’ Baba Ronald Gan Yong Hoe ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 9/10 Baba Goh Hock Siang, Johnny ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 8/10 Baba Lee Yuen Thien ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 8/10 Baba Benard Ang ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 10/10 Baba Tan Sim Son ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 9/10 Baba Teo Soon Tin, Richard ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 8/10 Baba Raymond Mah Guan Lock ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 10/10 Nyonya Maureen Chan Choo Neo ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 10/10 Baba Roy Teo ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 9/10 Baba Teo Kim Bee ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 10/10 Baba Chan Chin Ho, Steven ✓ ✓ ✓ ✓ 4/10 Nyonya Tan Kek Lan, Helen ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 10/10 Nyonya Teo Gim Mui, Emily ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 9/10 Nyonya Koh Puah Geok, Amy ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 10/10 Nyonya Teoh Luan Neo ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 8/10 Baba Tan Kong Meng, Robert ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 9/10 Nyonya Tan Lai Neo ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 8/10 Nyonya Lee Kim Leng, Lilian ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 10/10 Baba Tan Chai Eng, Thomas ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 8/10 Nyonya Lau Chek New ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 10/10 Nyonya Lilian Yeo Chye Choo ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 10/10 Baba Bonny Wee Chin Beng @ Mohammad Faisal Wee ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 5/10 Nyonya Catherine Cheah Ming Ming ✓ ✓ 2/10 Hadir Tidak hadir dengan sebab. √
11 2. AKTIVITI TAHUN 2023 2.0 Aktiviti-aktiviti Tahun 2023 1 Sepanjang Tahun Y. Bhg Dato’ Presiden telah ditemuramah oleh pelajar-pelajar daripada UiTM kampus Segamat, kampus Melaka, UiTM Shah Alam, UTAR, IACT College, Institut Perguruan Durian Daun, MMU, UTHM dan IPGKPT dalam topik-topik berkenaan Kebudayaan Baba Nyonya, termasuklah seni kulinari, seni bina, seni Bahasa, adat dan budaya. Semua pelajar ini menghubungi Setiausaha Agung Persatuan menerusi semakan e-Ros mahupun FB Peranakan dan kemudiannya mereka dihantar kepada Presiden untuk membantu memahamkan pelajar-pelajar ini terhadap warisan dan budaya baba Nyonya. 2 25 Feb 2023 Sempena 'Minggu Perpaduan Agama Sedunia', Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah mengadakan 'Program Harmoni' di Rumah Seri Kenangan Cheng. Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia sebagai Friends of Unity turut serta dengan menghantar satu delegasi yang diketuai oleh Naib Presiden kami, Baba Johnny Goh Hock Siang. Taklimat diberi oleh pegawai rumah tersebut untuk memahami aktiviti mereka dengan lebih baik. 3. 19 April 2023 Rombongan Y.Bhg. Dato’ Presiden telah membuat kunjung hormat ke pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Indera Noridah bt Abdul Rahim berkaitan peranan Baba Nyonya dalam konteks perpaduan. Dato’ Indera begitu tertarik dengan budaya kita, terutamanya bahasa kita. 4. 30 April 2023 Mesyuarat Agung Tahunan Peranakan Malaysia ke-37 bertempat di Auditorium Ong Siang, Muzium Wangkang Melaka. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Puan Intan Suhana binti Yusuff, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Melaka. 5. 13 Mei 2023 Majlis Perasmian Festival Peranakan Malaysia 2023 & Dialog Peranakan: “Ikan Di Laut, Asam di Darat” yang dianjurkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Perasmian telah dilakukan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Shamsul dan dihadiri juga Ketua Pengarah DBP, Timbalan KSU Kementerian Perpaduan Negara dan Penaung kita, Datin Paduka Tan Siok Choo. Pada hari yang sama, Festival menampakkan program Rencah Rasa Peranakan dan Main Wayang Peranakan bertajuk “Tak Sangka-sangka Cempedak jadi Nangka”. Sebayak 2 bas yang mengangkut ahli-ahli Peranakan dari Melaka telah berkunjung sama di Kuala Lumpur pada hari tersebut. 6. 27 Mei 2023 Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 telah diadakan di Dataran Orang Kampung Merlimau, Melaka dan persatuan kita telah terlibat dengan memperagakan busana Baba Nyonya, dengan bantuan rakan kerjasama kita, Nyonya Queen.
12 9. 19 Jun 2023 Y.Bhg. Dato’ Presiden telah di temuramah oleh Encik Zainal Ariffin, pengacara terkenal Program Jejak Rasul untuk satu program baru beliau berkaitan Baba Nyonya. 10. 24 & 25 Jun 2023 Pengumpulan data berkenaan Leksikal Bahasa Baba Nyonya oleh DBP bersama-sama ahli Persatuan di Muzium Wangkang, Melaka 11. 28 – 30 Jul 2023 Persatuan terlibat dalam menganjurkan Festival Merakyatkan Seni & Budaya di Jonker Walk Melaka bersama-sama JKKN Negeri Melaka. 12. 16 Ogos 2023 Persatuan menghantar perutusan tahniah kepada Datuk Dr Murphy Chan, Lee Swee Lin dan Lee Swee May yang telah dicalonkan untuk anugerah “The Star Golden Hearts Award” dalam laman FB Persatuan. 13. 19 & 20 Ogos 2023 Sesi kedua pengumpulan data perkataan Baba Nyonya untuk mengujudkan glossari Peranakan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka dengan kerjasama Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia di Muzium Wangkang. 14. 29 Ogos 2023 Y.Bhg. Dato’ Presiden bersama-sama Setiausaha Agung telah menghadiri sesi majlis penganugerahan Penggiat Pelancongan MBMB sempena Majlis Apresiasi MBMB 2023 di Hotel Holiday Inn dan Persatuan telah menerima hadiah RM1000 bersama-sama plak dan sijil. 15. 6 Sep 2023 Kunjung hormat Peranakan Malaysia terhadap TYT Tun di Seri Melaka telah diketuai oleh Y. Bhg Dato’ Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Setiausaha Agung. 16. 11-13 Sep 2023 Y.Bhg. Dato’ Presiden telah diundang membentang kertas kerja dalam Persidangan Kebangsaan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara 2023 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia berkenaan Wangkang. 17. 26 Sep 2023 Y.Bhg Dato’ Presiden telah dianugerahkan Penerima Anugerah Citra Bahasa DBP 2023. 18. 5 Okt 2023 Y.Bhg. Dato’ Presiden telah menerima surat lantikan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Pakar Warisan Adat di Bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) (berkuatkuasa 1.10.2023 – 1.10.2025). 19. 7 Okt 2023 PERANAKAN Soft Book Launch di Wangkang Museum. "The Baba & Nyonya Renaissance: Identity Maintenance & Shifts" pengarangnya adalah Baba Lee Yuen Thien dan "The Peranakans of Malacca: The Straits Chinese - Baba & Nyonya" ditulis oleh Baba Bonny Wee. Upacara pelancaran dirasmikan oleh Dr. Tan Awang Besar, Setiausaha Bahagian Dasar MOTAC. 20. 12 Okt 2023 Y.Bhg Dato’ Presiden telah dipilih sebagai panel dalam Program Dialog Membangun Masyarakat Madani di Kalangan Komuniti Kebudayaan Dalam Konteks Perpaduan Peringkat Negeri Melaka
13 Tahun 2023 yang telah dimoderatorkan oleh Pengarah JKKN Negeri Melaka. 21. 13 Okt 2023 Y.Bhg. Dato’ Presiden dilantik sebagai panel dalam Forum “Makanan Tradisi Peranakan” Dalam Program Festival Peranakan Cina Kelantan yang telah dimoderatorkan oleh Pengarah Warisan Dunia, JWN. 22. 17 Okt 2023 Persatuan telah menganjurkan Festival Megah Bahasa di Dewan Besar SJKC Pay Fong 1, Melaka untuk semua sekolah SJK(C) dan SJK(T) di Daerah Melaka Tengah. Festival ini memerlukan anakanak murid mendendangkan dondang sayang, koir dan bercerita. Program ini disokong kuat oleh DBP, JPNIN, JKKN dan PPDMT. SJK(T) Kubu telah menjulang Piala Presiden Peranakan dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Melaka. 23. 23 Okt 2023 Atas rekomendasi Persatuan, Datuk Andre Goh telah menerima Anugerah Jasa Seni (Irama Malaysia) sempena Anugerah Seni dan Budaya Negeri Melaka 2023. Dalam majlis yang sama, Baba Steven Chan juga telah menerima Anugerah Khas Penggiat Seni Pelbagai Kaum. 24. 28 Okt 2023 Wayang Peranakan “Tak Sangka-sangka Cempedak Jadi Nangka” dimainkan sekali lagi di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka (Kampus Alor Gajah) kerana menerima Geran Sokongan Sektor Kebudayaan MOTAC. 25. 14 – 18 Nov 2023 Y.Bhg. Dato’ Presiden telah dijemput menghadiri forum UNESCO “2023 Sub-regional Meeting: Shared Intangible Cultural Heritage and its experiences in Southeast Asia” di Danang, Vietnam sebagai wakil Malaysia. 27. 24 - 26 November 2023 "The 34th Baba Nyonya International Convention" telah berlangsung pada 24 – 26 November 2023 bertempat di The Swiss Garden Hotel. Seramai ±500 peserta dari 5 negara telah hadir. Persatuan mendapat pujian daripada semua peserta yang menghadiri. TYT Melaka dan Ketua Mentari Melaka turut serta dalam perasmian program dan Majlis Makan Malam Gala. Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya ke-34 yang bertemakan "Antara Lautan dengan Manusia" ini mengetengahkan pelbagai program keilmuan dan kebudayaan, iaitu pembentangan kertas kerja, Symposium Peranakan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kebaya Nyonya Cilik, Bazaar Peranakan, Lawatan Muzium Wangkang dan Majlis Makan Malam Gala dan Welcoming Dinner. Majlis Perasmian Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34 disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Hadir sama, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Zaidi Attan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Lim Ban Hong; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Sa'ari Basiron; Penaung Persatuan
14 Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Datin Paduka Tan Siok Choo; Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan, Dr Tan Awang Besar; Setiausaha Bahagian, Kemeterian Pelancongan, Seni Dan Budaya, Dr Christina Yeo, Pengarah JKKN, Ezlina Binti Alias; Pengarah Jabatan Warisan Negara, Zon Selatan, Suhaimi Basiron; Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara, Dr Eyo Leng Yan. TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang diPertua Negeri Melaka telah menghadiri Majlis Makan Malam Gala pada 26 November 2023. Ketibaan TYT Tun Seri Setia diiringi YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya mewakili Ketua Menteri Melaka dan YBhg. Dato' Ronald Gan Yong Hoe, Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia. TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan Pelancaran Buku "The Baba & Nyonya Renaissance: Identity Maintenance & Shifts " karya Baba Lee Yuen Thien. Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan sketsa "Seri Panggung Bibik Entertainment" dan persembahan Fesyen Kebaya Nyonya Merentas Sempadan. 28. 29 Nov 2023 Y.Bhg. Dato’ Presiden dan rombongan telah menghadiri jemputan ke 103rd Anniversary Celebration of the State Chinese (Penang) Association (SCPA) di Pulau Pinang. 29. 6 Dis 2023 Y.Bhg. Dato’ Presiden dan Naib Presiden Baba Lee Yuen Thien telah dilantik sebagai Pakar Rujuk dan Ahli Jawatankuasa Projek Glosari Bahasa Peranakan Baba dan Nyonya oleh DBP. 30. 17 Dis 2023 Persatuan terlibat dalam Festival Antarabangsa Masyarakat Peranakan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMTGT). Persatuan telah membuat demo masakan dan pihak Koperasi membuka booth jualan. 31. 22 Dis 2023 Persatuan telah mengadakan jamuan Thanksgiving Dinner di Restoran LTP bagi mengenang jasabaik dan pengorbanan ahli yang telah membantu menjayakan Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya ke34 tempoh hari. (Baba Richard Teo) Setiausaha Agung
15
16
17
18
19 ATURCARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PERANAKAN BABA NYONYA MALAYSIA KALI KE 38 (28 April 2024) 11:30 pagi - Ketibaan ahli dan Pendaftaran 12:00 tengahari - Makan tengahari 12:30 tengahari - Ketibaan Penaung 1:00 petang - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis 1:05 petang - Ucapan Y.Bhg. Dato’ Baba Presiden PERANAKAN 1:35 petang - Penyampaian cenderahati kepada Baba Steven Chan kerana menerima anugerah pingat kebesaran negeri Melaka pada 2023 1:40 petang - Mesyuarat Agung dimulakan 1.Pengesahan Minit Mesyuarat Agung tahun lepas 2023. 2.Perkara Berbangkit 3.Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Persatuan berakhir 31 Disember 2023 tahun lepas 4.Membentang dan menerima penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2023. 5.Perbahasan Usul 6.Ucapan Penangguhan 4:00 petang - Majlis bersurai