The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayahilhamm, 2021-12-22 21:29:00

E-FOLIO (1)

E-FOLIO (1)

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

1.PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH: HAJJAH NORHAYATI FATMI BINTI TALIB
SESI: 1 2021/2022
NAMA AHLI KUMPULAN::

TUN SYARIFAH SHAZFA ANEEQA BINTI TUN ABDULL MUTALIB (F1024)
NURUL HUSNA BINTI MARSUL (F1037)
SITI NURHIDAYAH ILHAM BINTI ABDUL HAMID (F1002)

ISI KANDUNGAN 1

PENGENALAN PEMBENTUKAN MALAYSIA. 2-3
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA. 4-5
6-7
KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI 8
MALAYSIA. 9-14
IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA. 15
RUSUHAN KAUM PADA 13 MEI 1969. 16
LATAR BELAKANG 13 MEI. 17
MAJLIS GERAKAN NEGARA.
KESIMPULAN.
RUJUKAN.

PENGENALAN.

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai jenis kaum serta identiti . Terdapat
lebih 80 kaum di seluruh Malaysia . Daripada keseluruhan bangsa tersebut , terdapat tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu , Cina dan
India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya
sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.

Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial
British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.

Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah
pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini
telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang
dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan.
Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa.

1

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT

MAJMUK DI MALAYSIA.

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza.
Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri.
Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama
dan sebagainya.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri.
Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti
ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu
tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti
pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang
kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih
90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal
Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara
hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

DARI MASYARAKAT MELAYU:

Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan. Selain itu, Kaum Melayu juga bekerja sebagai

petani, peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Pada mulanya Kaum Melayu menganut agama buddha. Namun kedatangan Islam ke tanah Melayu

menjadikan Kaum Melayu menganut agama Islam. Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam

contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi. 2

DARI MASYARAKAT CINA:

Masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka
berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina
bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit,
sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut
agama Buddha.

DARI MASYARAKAT INDIA:

Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka
terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat
mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada
kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa
suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan
Tamil.

3

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.

Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi. Pada tahun 31 Ogos 2015, dianggarkan penduduk di negara ini
berjumlah 24,850,400 di mana orang warganegara beranggaran seramai 20, 196 600 dan 40, 53 800 orang bukan warganegara. Daripada jumlah warganegara, 13.48
juta orang terdiri daripada kaum bumiputera Melayu, 2.93 juta orang daripada bumiputera bukan Melayu, 6.22 juta orang daripada kaum Cina, 1.86 juta orang
kaum India dan 318.9 ribu orang daripada kaum-kaum lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang.
Pada awal Tahun 2011, jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.

MASYARAKAT MELAYU:

Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’
bersama-sama dengan penduduk peribumi yang lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Melayu,
mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh
menjadi ‘Melayu’ asal sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam, seseorang itu dianggap
secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu hasil daripada pergaulannya dengan orang Melayu.

Tafsiran kebudayaan pula menganggap ‘Melayu’ itu sebagai merujuk secara mudahnya kepada satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti
berbudaya kan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk kepada satu rumpun bangsa
yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza daripada bangsa yang lain.

MASYARAKAT CINA:

Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi. Pulau Pinang dan Singapura telah menjadi destinasi utama mereka apabila
kedua-duanya dibuka oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Tetapi, orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam
ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya berpindah ke Singapura selepas Singapura dibuka oleh British. Pada awal abad ke-19,
saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang Cina setelah saudagar berkenaan mendapat izin untuk mengerjakan lombong daripada pemerintah
tempatan dengan tenaga buruh Cina yang tidak begitu banyak.

Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum kedua terbesar. Di Sabah, bilangan kaum Cina adalah sedikit

disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke Sabah apabila ladang tembakau dibuka. Bilangan 4

orang Cina di Sarawak agak ramai berbanding di Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Indonesia.

MASYARAKAT INDIA:
Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang
dilantik sebagai “saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi besar terhadap komposisi di
negara ini. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British membawa masuk orang India dari Bangkahulu (Bengkulen). Golongan ini merupakan orang
tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan
pemerintah, jalan raya dan jambatan.
Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh ladang tebu di Seberang Perai (Province
Wellesley). Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang.
Apabila ladang kopi dan teh dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepas campur tangan British pada 1874, British membawa
masuk satu lagi kumpulan buruh India. Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih murah dan tambahan pula,
pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruh untuk bekerja di Tanah Melayu.

5

IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA.

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan
orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan
masyarakat Malaysia yang majmuk.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan
sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut.
Implikasi terhadap kemajuan negara; Politik

Ekonomi
Sosial

POLITIK:

1927-1932
Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.

1930
Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik
ke negara asal mereka.
Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.
Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Malaysia disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga
buruh untuk perlombongan dan perladangan selain membina jalan. keretapi dan jalan raya.
Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada
tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan.

1874 6
Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas.
Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.
Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas.

EKONOMI:

Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem
komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong
kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan
prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.

SOSIAL:

Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi
bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris
menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui
tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud
sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara
asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar
pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri
sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan
kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja.

Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka
masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan
kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

7

RUSUHAN KAUM PADA 13 MEI 1969.

Rusuhan kaum adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969.
Telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda
Mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya.
Berlaku pada 13 Mei 1969.
Merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

8

LATAR BELAKANG 13 MEI.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah
menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik
terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa
Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan
perasaan perkauman dan syak wasangka. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang
ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah
mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang
dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun

Add a subheading1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti

tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Akibat dari peristiwa 16 Mei 1969 9

Kaum Cina Meraikan Kemenangan:

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cina telah menang besar di kawasan Batu, Selangor.
Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di
Selangor . Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell
dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi
kubu UMNO ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor
ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan
mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman. Ada pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai
lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi
yang amat negative - sial. Ada orang Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

10

Perarakan Kematian Cina:

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan
dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf
di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang
Melayu semasa perarakan. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.

Gambar menunjukkan 11
perarakan kaum cina Di KL

Rumah Menteri Besar Selangor:

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah
kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato'
Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah
membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk .

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap.
Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan kaum Cina dari Gerakan
dan DAP untuk menghina dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan perkauman bangsa Cina amat
ketara ketika itu.

Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak ganas. Mereka membunuh
orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi,
tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di
sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

12

Rejimen Renjer:

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih.
Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak
orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Regimen
Renjer dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru
dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan
askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor

Askar Melayu:

Akhirnya, Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus
terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu
turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang
berkata askar tersebut berpakaian preman.

Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan

ke dalam lombong bijih timah. Kononnya terdapat rakaman televisyen mengenai beberapa

pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh.

Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang

diedarkan mengenai rakaman tersebut. 13

Panggung Odeon:

Pemuda China dari kongsi gelap telah mengepung Panggung Odeon yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman.Iklan yang
menggunakan Bahasa Cina telah dikeluarkan di skrin pawagam agar pemuda China keluar namun mereka telah bertindak
dengan membakar panggung wayang tersebut setelah mereka berdedar keluar.

Ramai penonton wayang tersebut terkorban terutamanya kaum Melayu termasuklah dua askar Melayu. Namunpun begitu,
seorang anggota polis yang bernama Rahim yang juga penonton di wayang tersebut telah terselamat daripada kebakaran
tersebut.

Hal ini kerana beliau telah berpura pura mati setelah menerima tetakan di kepala walhal beliau masih hidup sehingga
sekarang.Peristiwa ini telah membuka mata orang Melayu.

Tidak hanya di Kelantan , rusuhan kaum juga terjadi di Terengganu,Pahang , Johor dan Negeri Sembilan.Peristiwa 13 Mei ini
juga berlaku di Perak,Kedah ,Pulau Pinang,dan Perlis namun tiada sebarang pergaduhan .

14

MAJLIS GERAKAN NEGARA.

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk membantu Pengarah Gerakan Negara untuk mengukuhkan
keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan
penting negara dalam usaha untuk memulihakan keharmonian negara.
MAGEAN ditubuhkan dibawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman setelah negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969
sekaligus telah membubarkan parlimen pada ketika itu.
Pada tahun 1970,kesan daripada peristiwa ini telah menyebabkan perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman setelah dipersalahkan
oleh kaum Melayu dan keseluruhan Malaysia pada ketika itu.Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir juga telah diharamkan kerana
ada yang berpendapat beliau adalah perancang kepada peristiwa 13 Mei.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa
badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.
Pilihan raya telah diadakan semula dan kemenangan telah berpihak kepada kerajaan yang sedang memerintah iaitu sebanyak
2/3.Ketika inilah Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina
dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

15

KESIMPULAN.

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan
latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah
melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai
ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur pendudukan asal Tanah melayu.

Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun
kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran
masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru,
mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada
hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah
melayu adalah melayu.

Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal
Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai
etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh
Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan
pelbagai etnik yang lain.

16

RUJUKAN.

https://ohmypengajianadui.blogspot.com/
http://ohmypengajianadui.blogspot.com/2015/09/kesan-pembentukan-
masyarakat-majmuk-di.html




17


Click to View FlipBook Version