The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM0623 Safura Sufi Binti Md Sofi, 2024-03-31 23:08:28

ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DAN PENILAIAN MENGENAI PEMBENTUKAN KATA BAHARU

TUGASAN 2 BMMB 3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TUGASAN 2 (BMMB3203): ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DAN PENILAIAN MENGENAI PEMBENTUKAN KATA BAHARU


AHLI KUMPULAN NUR AZWALIZA BINTI ZAMLI SAFURA’ SUFI BINTI MD SOFI NURUL ZAHIDAH BINTI MOHD AMINUDDIN


Isi Kandungan Pembentukan kata Baharu Kesalahan Penggunaan Kata Media Cetak Media Elektronik Pengenalan: Kesalahan Kata:


Isu Kesalahan Penggunaan Kata Pengenalan Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu merupakan salah satu daripada aspek kesalahan umum bagi kebanyakan penutur. Bentuk-bentuk kesalahan seumpama ini sememangnya biasa digunakan oleh penuturpenutur bahasa Melayu tetapi salah dari segi penggunaan tatabahasa. Pembentukan Kata Baharu Mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyaraakat penggunaan bahasa


Media C E T A K


Isu Kesalahan Kata


Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah akan, antara, dalam, dari, daripada, demi, dengan, di, sampai, ke, kepada, oleh, pada, sejak, seperti. Pemilihan kata sendi nama juga sering kali menimbulkan kekeliruan. Kesalahan dalam penggunaan kata sendi nama iini dapat dikesan dalam contoh-contoh yang mrnggunakan kata sendi nama dari, daripada, di, pada, kepada dan ke. Kata sendi nama ialah kata tugas yang mendahului kata nama.


dari daripada merbahaya berbahaya Kita sering melihat dalam pelbagai media massa berkaitan dengan penggunaan kata ‘merbahaya’. Sebenarnya, tiada wujud kosa kata ‘merbahaya’ dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana imbuhan ‘mer-’ tiada dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata sendi nama ‘dari’ adalah salah kerana ‘dari’ digunakan untuk menyatakan arah, masa dan tempat manakala kata sendi nama yang betul ialah ‘daripada’ yang digunakan untuk menyatakan nama, asal-usul dan perbandingan tentang sesuatu perkara.


Kesalahan Pengimbuhan Kata Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Kesalahan ini melibatkan proses pengimbuhan, iaitu imbuhan digabungkan dengan kata dasar yang digunakan secara tidak tepat atau sesuai. Selain itu, kesalahan ini terjadi kesalahan melibatkan morfofonem, iaitu perubahan huruf pangkal apabila menerima imbuhan juga sering berlaku kesalahan.


mengbukanya membukanya Notis tersebut mempunyai kesalahan kata dari sudut morfologi dari segi pengimbuhan. Imbuhan awalan bagi perkataan mengbukanya adalah salah dan sebetulnya imbuhan awalan yang digunakan adalah mem-iaitu membukanya di larang dilarang Penggunaan ‘di larang’ adalah salah kerana perkataan ‘larang’ merupakan kata kerja dan perlu dieja secara rapat di mana ‘di’ berfungsi sebagai imbuhan awalan. Mankala ‘di’ yang dieja secara jarak merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat.


Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan. Kata majmuk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata majmuk bebas iaitu dieja secara berasingan 1 2 3 4 Kesalahan penggunaan kata majmuk ialah tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan kata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan. Contohnya seperti kereta api, alat tulis manakala kata majmuk mantap pula dieja secara serangkai contohnya warganegara, olahraga dan lainlain lagi. Encik Ahmad ialah warga negara Malaysia. Encik Ahmad ialah warganegara Malaysia.


Alatulis Alat tulis pasaraya pasar raya Dalam pembentukan kata majmuk, ejaan pasaraya sepatutnya dieja terpisah, iaitu pasar raya. Ini kerana setiap kata mempunyai makna tersendiri dan boleh berdiri sendiri. Dalam pembentukan kata majmuk, ejaan alatulis sepatutnya dieja terpisah, iaitu alat tulis. Ini kerana setiap kata mempunyai makna tersendiri dan boleh berdiri sendiri.


Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/ objek’. M pula bermaksud ‘ membuat’ atau ‘ sifat benda ’ itu. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana ‘benda mendahului sifatnya ’ Penggunaan Hukum D-M Maksud


Kesalahan Penggunaan Hukum D-M SALAH (MENGIKUT STRUKTUR BAHASA INGGERIS) BETUL (MENGIKUT STRUKTUR BAHASA MELAYU) naik Mara Ekspress naik Ekspress Mara berbincang lain hal berbincang hal lain makan di Ahmad Restoran makan di Restoran Ahmad Meletakkan ‘sifat di hadapan’ dan ‘benda’ di belakang


Seharusnya perkataan yang betul ialah benda mendahuluinya di hadapan yang merujuk kepada ‘pisang’ dan ‘keledek’ sedangkan ‘goreng’ merujuk kepada kata kerja. Kata ‘pisang’ dan ‘keledek’ merupakan unsur inti dalam frasa yang terdiri daripada kata nama manakala ‘goreng’ menjadi unsur penerang. goreng pisang pisang goreng Hukum D-M goreng keledek keledek goreng


Contoh kesalahan adalah seperti berikut: Apakah nama awak ? Siapakah nama awak ? Kata tanya apa digunakan untuk menanyakan benda dan binatang telah digunakan untuk menanyakan nama orang. Kesalahan Makna Kesalahan berlaku disebabkan tradisi merujuk kamus tidak begitu ketara dalam kalangan masyarakat kita. Penggunaan sesuatu kata itu hanya mengikut kebiasaan.


di dakwah didakwa tepung topeng Perkataan dakwah di dalam notis tersebut tidak sesuai. Ini kerana perkataan dakwah bermaksud seruan kepada jalan Allah. Oleh itu,perkataan dakwa lebih sesuai digunakan yang merujuk aduan yang dikemukakan di mahkamah. Perkataan tepung di dalam notis tersebut tidak sesuai. Ini kerana perkataan tepung merujuk bahan masakan. Oleh itu,perkataan topeng lebih sesuai digunakan yang merujuk sesuatu yang dipakai untuk menutup muka.


dipukul dipikul menampar menampal Perkataan tampar di dalam notis tersebut tidak sesuai. Ini kerana perkataan tampar bermaksud pukulan dengan menggunakan tapak tangan. Oleh itu,perkataan tampal lebih sesuai digunakan yang merujuk melekatkan sesuatu. Perkataan ‘dipukul ‘ adalah salah kerana ia akan merupakan kesalahan ejaan yang akan membawa makna yang berlainan kepada peribahasa tersebut.


Analisis Pembentukan Kata Baharu


Menurut Nik Safiah Karim, pembaruan kata merujuk kepada proses menghasilkan binaan perkataan iaitu bagaimana morfem sebagai unsur perkataan disusun dan dicantumkan untuk membentuk perkataan. Pembentukkan kata ini hadir berdasarkan istilah yang kerap digunakan oleh masyarakat, terutamanya pembentukkan kata yang hadir dari pinjaman bahasa English. Apa itu pembaharuan kata


pelancung pelancong Perkataan ‘ pelancung ’ adalah salah kerana terdapat kesalahan ejaan dan tidak membawa apaapa makna. Jadi, ejaan yang betul ialah ‘ pelancong ’.


stroberi strawberi murtabak martabak Perkataan ‘martabak’ merupakan kata serapan bahasa Arab iaitu مرتابق. Oleh itu, mengikut sistem ejaan Jawi bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah ‘martabak’ , bukannya murtabak’. Perkataan ‘stroberi’ adalah salah kerana terdapat kesalahan ejaan dan merupakan kata pinjaman bahasa inggeris. Oleh itu, ejaan yang betul ialah ‘strawberi’.


koteaw kuetiau Perkataan dalam bahasa Melayu dieja mengikut cara iaitu dibunyikan mengikut bunyi asli bahasa Melayu. mee mi pingtu pintu Perkataan ‘pingtu’ adalah salah kerana terdapat kesalahan ejaan serta tidak mempunyai apa-apa makna. Oleh itu, ejaan yang betul ialah ‘pintu’.


pump angin pam angin tolong jangan jangan Perkataan ‘pump’ adalah salah kerana dieja dalam bahasa inggeris walaupun perkataan tersebut merupakan kata pinjaman bahasa inggeris. Oleh itu, ejaan yang betul bagi perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah ‘pam’. Ayat perintah di atas salah kerana penggunaan ‘tolong jangan’ adalah lewah yang mana terdapat penggunaan kata yang bertindan antara ayat silaan dengan ayat larangan iaitu ‘tolong’ dan ‘jangan’. Jadi, penggunaan kata perintah ‘jangan’ sudah memadai untuk menyampaikan maksud ayat tersebut kepada pembaca.


El ektronik Media


Kedai Perabut Kedai Perabot Pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu bagi bunyi [a] hanyalah a-e taling, a-o dan a-e pepet sahaja. Tiada pola keselarasan vokal bgai bunyi a-u dalam bahasa Melayu. Sumber bahan: Aplikasi Waze


menyakinkan meyakinkan Perkataan ‘ menyakinkan ’ adalah salah kerana terdapat kesalahan penggunaan imbuhan awalan iaitu imbuhan ‘ meN’ pada awal kata dasar ‘ yakin ’. Jadi, penggunaan imbuhan awalan yang betul ialah imbuhan ‘ me ’ dan membentuk perkataan ‘ meyakinkan ’. Sumber bahan: Aplikasi Instagram


Ramadhan Ramadan Bunyi pinjaman [dh] daripada bahasa ArabParsi perlu ditukarkan kepada bunyi d. Hal ini kerana terbentuknya sistem ejaan Rumi baharu yang menyelaraskan sistem ejaan dalam bahasa Melayu khususnya melibatkan perkataan serapan asing. Sumber bahan: Aplikasi Tiktok


perlantikan pelantikan Perkataan ‘ perlantikan ’ adalah salah kerana terdapat kesalahan penggunaan imbuhan awalan iaitu imbuhan ‘ peR’ pada awal kata dasar ‘lantik’. Jadi, penggunaan imbuhan awalan yang betul ialah imbuhan ‘ pe ’ dan membentuk perkataan ‘ pelantikan ’. Sumber bahan: Aplikasi Facebook


alu-alukan mengalu-alukan Perkataan ‘alu-alukan’ adalah salah kerana tidak menggunakan imbuhan apitan iaitu ‘meN...kan’ yang menunjukkan maksud objek tepat sebagai alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke -tas sesuatu. Oleh itu, imbuhan apitan tersebut akan membentuk perkataan yang betul iaitu ‘mengalu=alukan’. Sumber bahan: Aplikasi Instagram


selisih faham perselisihan faham Perkataan ‘selisih faham’ adalah salah kerana tidak meenggunakan imbuhan apitan pada perkataan ‘selisih’ yang akan menjadikan maksud ayat tersebut kurang lengkap. Jadi, perkataan yang betul ialah ‘perselisihan faham’ di mana terdapat penggunaan imbuhan apitan ‘peR…an’ pada perkataan ‘perselisihan’ untuk melengkapkan ayat. Sumber bahan: Aplikasi Instagram


SEKIAN, TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version