KHUTBAH GERHANA BULAN
26 MEI 2021 M - 14/15 SYAWAL 1442 H
َّ.ّنَُهَاَواأمَّلحَشِودِيمََهصَََحَُِِنّّندّل.َُّيفاَّهَُلحِولَِسم.َحن ََمَوُممَُحدَححَّنمهَُّدََيدَّّهَُحوهنََوَِدّلَحََعسِّهلتََعَِاشىحيلَِرنيُحّلَُهّآُلِفََََّكِّهََوّلَنلََََوّهُحُسمتَََصوأَِحغضحِحفحَشَبِّلُّرَََِهّهّهُلَََُدّهََُّووأنَََمَوَعَُنّحَمنّوََحُُّنذُّتَمَبِيَُمعِبًُهدحلضاََحمّلِّلِحلََعّهُِحبِبمُِفدََححنَّحهَُّّلََسَواُشََرهَُرّناحُسوِدَحِرّإِولََََُّهَُيّأّلَنحل،ُإأََِوَََسحّّننيَِسئَلِااََحلّّمَْحِلََإِتّلحََمعَهَّلأََََدّحَعإِّىَلَِمّلَِانَِّللبِِناَيِانلَََاّل
َّأَماَّبَ حعد
َّ.َّفََق حدَّفَاَزَّالح ُمت ُقحوَن،َّإِت ُقواَّاللََّأُحو ِصحي ُك حمََّواَِّي َيَّبِتَ حقَوىَّالِل،فَيَاَّ ِعبَاَدَّالل
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah
Subhanahu wa-Ta’ala dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita diberkati Allah di dunia dan akhirat.
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala,
Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah al-Isra’ ayat 12:
ﭷﭸﭹﭺﭻ
ﮄﮅﮆﮇﮈﮉ ﮊﮋﮌ ﮍ ﮎﮏ
ﮐﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗ
ﮘﮙﮚﮛﮜﮝ
Yang bermaksud: Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang
membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga
menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya
kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu
mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah)
tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah
menerangkannya satu per satu (dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
Pada malam ini, umat Islam berkumpul bagi mengagungkan kebesaran Allah
Subhanahu wa-Ta’ala yang terzahir menerusi salah satu fenomena ciptaan dan
kejadian-Nya. Sekarang, di kaki langit timur, bulan yang baru terbit, sedang berada
dalam fasa gerhana bulan penuh. Cahayanya akan beransur-ansur semakin terang
apabila bulan mula keluar daripada kawasan bayang-bayang bumi. Begitulah
hebatnya aturan Allah dengan kejituan dan kiraan yang tepat hingga menjadikan
fenomena yang amat indah ini untuk tatapan manusia. Bagi umat Islam yang
mempunyai jiwa kehambaan, saat ini mereka akan rasa kerdil, dan tunduk patuh
kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Semasa zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam telah berlaku
beberapa kali peristiwa gerhana. Antara yang masyhur dan diriwayatkan dalam
hadith, ialah gerhana matahari yang berlaku, pada hari yang sama dengan kematian
putera Baginda Ibrahim bin Muhammad. Ketika sebahagian manusia
menghubungkan gerhana itu dengan kematian Ibrahim, Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi wa Sallam menggunakan peluang itu, untuk meluruskan akidah umat Islam.
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-
Bukhari:
َّإِنَّال َوشَحلمََِّْلسََيَّاَتِواِلهحََّقفََِمإَذَرَاَّّآَيَرأَتَيحاتُُِنمَّوُِمُهَحانََّّفَآَاَّيحدعُِتَواَّاّاللِِِلَلََََّّلوَّيََصحنّلَُوكاَِّسَحَفّاَتَِنَّّيَلِحنَمَحجولََِِّيتَّأَ َحد
Yang bermaksud: Sesungguhnya, matahari dan bulan adalah merupakan
dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kedua-
duanya tidak gerhana dengan sebab kematian atau kelahiran seseorang. Apabila
engkau melihat kedua-duanya (gerhana), maka berdoalah kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala, tunaikanlah solat sunat sehingga gerhana tamat.
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala,
Ulama’ sepakat menyatakan bahawa adab dan hukum semasa gerhana bulan,
adalah sama dengan gerhana matahari. Terdapat beberapa pesanan yang Nabi
Sallallahu Alaihi wa Sallam sampaikan kepada manusia di saat berlakunya gerhana.
Antaranya ialah Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam menganjurkan solat sunat dan
khutbah gerhana. Antara kandungan khutbah gerhana Baginda ialah berpesan
kepada manusia supaya takutkan Allah. Baginda bersabda dalam Sahih Bukhari
yang bermaksud: ...Wahai umat Muhammad, Demi Allah, sekiranya kamu ketahui
apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan ketawa sedikit, dan menangis banyak.
Selain itu, antara sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam di
saat berlakunya gerhana, ialah memperbanyakkan amalan yang soleh. Dalam Sahih
Bukhari, baginda bersabda yang bermaksud: Apabila kamu melihat gerhana, maka
berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat, serta bersedekah.
Maka untuk itu, marilah kita bersama-sama menghadirkan jiwa untuk merasai
kebesaran Allah di saat berlakunya fenomena gerhana bulan penuh sekarang.
ﭷﭸﭹﭺﭻ
ﯗﯘ ﯙﯚ ﯛﯜﯝﯞﯟﯠ ﯡﯢ
ﯣ ﯤﯥﯦﯧ ﯨﯩ ﯪﯫ
Yang bermaksud: Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang,
serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah
pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang
menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.
اََََِووبّْاأحلحَلَرحُسَمكتََِكحَّؤحيّحغِمِامِنَفلاُ.لَرَُّّواََِِوتّتَََلََّّقافَّبالَولَلَََحلّسَّتَُكاالحغححملََِعفّلَُّرِِظحوِحيفمهَََُِّمّاَإّنلحَنُّقهُِحََرَّوحآّلََِّمُّهحنِنََوََُّكواّلَالححملحََعُّكغَتِحُِمظفَحيّحولِمُرَََو.وّتََلِاّهلَََُّوسرناَاِِنئحَِفحيهُِرَعَََُّّمِّ َُنهاَّلحََّّوََُمواَِّاِّلحيسلُِسكِمحِممحَْحيَّيَُِِبعََّاَّّاَلوحافِلححيَعلِِهُمَحيُّمحِمس.لََِّنََمأّااقُلحوِآَتََُّليَّّ قََِواتحلَحوُِّمَولاحَؤلِّمِذنَِهححكْذَِاريَََّّّ