The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK, AMPANG SELANGOR 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN ZULNASRI BIN WAN KAMAL KPM-Guru, 2024-06-23 11:58:42

KOLEKSI KERTAS CADANGAN (RESEARCH PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN SMK TAMAN TASIK, 2024

KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK, AMPANG SELANGOR 2024

49 5.4 Triangulasi Data i) Kaedah Triangulasi Masa Triangulasi masa melibatkan tempoh menghasilkan Projek Gajet Mekanikal Berfungsi dalam kumpulan selama enam minggu. Guru membuat pemantauan dari semasa ke semasa selama enam minggu dan membuat penilaian projek pada minggu ketujuh. ii) Kaedah Triangulasi Kaedah Saya menggunakan triangulasi kaedah semasa mengumpul maklumat kerana menggunakan kaedah yang berlainan kepada murid yang sama. Dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pasca dan juga soal selidik. 5.5 Teknik Menganalisis Data Analisis data adalah berdasarkan analisis deskriptif. Untuk ujian pra dan ujian pasca, jumlah soalan yang dijawab dengan betul ditukar ke dalam bentuk peratusan. Perbandingan peratus (%) markah ujian murid bagi ujian pra dan ujian pasca turut dilakukan. Hasil dapatan kesemua ujian ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS VERSI 18.0 dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Dalam kaedah ini, saya menganalisis markah pencapaian murid dalam bentuk peratusan bagi ujian pra dan pasca serta perbandingan min markah.


50 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan Awal Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah membuat tinjauan masalah melalui ujian topikal (ujian pra). Berdasarkan dapatan ujian pra, didapati ramai murid 2 Gemilang tidak menjawab soalan di Bahagian B dan bahagian C. Ini membuktikan bahawa murid tidak berminat dengan tajuk Reka Bentuk Mekanikal. Ia selari dengan hasil dapatan kajian Muhamad Shafiq & Noraini (2018) dan Crispina Gregory K Han et al. (2022) bahawa terdapat hubungan antara minat dan pencapaian akademik murid. Dengan kata lain, semakin tinggi minat murid terhadap sesebuah mata pelajaran maka semakin tinggi tahap pencapaian murid. Justeru, kesimpulan awal bahawa murid 2 Gemilang tidak mempunyai minat terhadap tajuk reka bentuk mekanikal dengan melihatkepada pencapaian markah ujian pra. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah Dalam ujian topikal yang telah dijalankan ke atas 16 orang murid 2 Gemilang mendapati mereka masih belum menguasai tajuk Reka Bentuk Mekanikal. Hanya 2 orang murid yang mencapai tahap memuaskan iaitu mendapat markah 50 peratus. Dapat disimpulkan bahawa murid 2 Gemilang belum dapat mencapai domain kognitif pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dalam tajuk Reka Bentuk Mekanikal. Jadual 3 di bawah menunjukkan prestasi murid dalam ujian Pra yang dijalankan.


51 Jadual 3 : Prestasi Murid dalam Ujian Pra. Murid Ujian Pra (%) Gred Tahap Pencapaian M1 46 E Mencapai tahap minimum M2 36 F Tidak mencapai tahap minimum M3 41 E Mencapai tahap minimum M4 44 E Mencapai tahap minimum M5 33 F Tidak mencapai tahap minimum M6 31 F Tidak mencapai tahap minimum M7 41 E Mencapai tahap minimum M8 50 D Memuaskan M9 31 F Tidak mencapai tahap minimum M10 46 E Mencapai tahap minimum M11 49 E Mencapai tahap minimum M12 33 F Tidak mencapai tahap minimum M13 50 D Memuaskan M14 49 E Mencapai tahap minimum M15 26 F Tidak mencapai tahap minimum M16 21 F Tidak mencapai tahap minimum


52 BIBLIOGRAFI 1. Crispina Gregory K Han, Mohammad Azri Amatan, & Lai, E. . (2022).Pelaksanaan Amali dengan Minat Terhadap Pembelajaran Sains di Sekolah Kurang Murid Daerah Kota Belud,Sabah. Malaysian Journal of Social Science dan Humanities (MJSSH),7 (8),e001668. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1668 2. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2. (2016). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. 3. Muhamad Shafiq dan Noraini. (2018). Mengenal pasti Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej UniversitiIslam Melaka (KUIM). Jurnal Sains Sosial, 7, 77-87. https://kuim.edu.my/journal /index.php/JSS/article/view/466 4. Siti Khatijah binti Musa. (2021). Hubungan antara keresahan,minat dan pencapaian pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor bagi kursus matematik asas. Sarjana Pendidikan (Matematik). Universiti Teknologi Malaysia. 5. Tohol Simamora, Edi Harapan & Nila Kesumawati. (2020). Faktor-faktor Determinan Yang Mempengaruhi Prestasi Belajar Siswa. Jurnal Manajemen, Kepemimpinan, dan Supervisi Pendidikan, 5(2), 191-205.


54 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK JALAN TASIK TAMBAHAN 2, 68000 AMPANG SELANGOR KOD SEKOLAH : BEA4601 NO. TELEFON : 03-42912049 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2024 NAMA PENYELIDIK : CIK WAN NABILAH BT WAN BAKAR EN MOHAMED ERWAN BIN MOHD TUHAIMI PN SHARIFAH NOR BAHIYYAH BT SYED ABDULLAH CIK SITI MARIAM BT MD DERUS PN NURULFATIHAH BT JUSOH TAJUK KAJIAN : MASALAH KEHADIRAN MURID YANG LEWAT KE SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 3 HINGGA TINGKATAN 5 DI SMK TAMAN TASIK, AMPANG.


55 KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1.0 Latar Belakang Kajian 1 2.0 Masalah/ Fokus Kajian 1 3.0 Rasional 1 4.0 Objektif Kajian 2 5.0 Kumpulan Sasaran 2 6.0 Dapatan/ Perbincangan 2-5 7.0 Tindakan yang Dicadangkan 5-7 8.0 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan 8 9.0 Kos Kajian 8


56 1.0 Latar Belakang Kajian Kehadiran dengan menepati masa adalah faktor penting dalam kejayaan akademik dan perkembangan peribadi seseorang murid. Namun begitu, selalunya terdapat sebilangan murid yang datang lewat ke sekolah, yang boleh mengganggu proses pembelajaran, mengurangkan waktu instruksional dan menimbulkan masalah disiplin. Kehadiran lewat juga mungkin mencerminkan masalah yang lebih mendalam, seperti kekurangan motivasi, masalah keluarga atau kesukaran pengangkutan. Bilangan murid yang hadir lewat di SMK Taman Tasik dari bulan Mac hingga awal bulan Mei 2024 mendapati semakin meningkat bagi beberapa orang murid. Seramai 76 orang murid merekodkan kehadiran lewat melebihi 3 hari secara berturut-turut mahupun tidak berturutturut. 2.0 Masalah/ Fokus Kajian Kajian mengenai kehadiran murid yang lewat ke sekolah memerlukan pendekatan yang komprehensif untuk memahami sebab dan kesannya. Oleh itu, terdapat beberapa fokus utama yang perlu dipertimbangkan dalam kajian ini iaitu punca dan faktor kehadiran lewat serta strategi bagi mengatasi masalah ini. 3.0 Rasional Melalui kajian tindakan ini, diharapkan dapat: 1. memahami faktor-faktor penyebab kehadiran lewat secara lebih mendalam. 2. membangunkan strategi yang berkesan untuk mengurangkan kadar kehadiran lewat. 3. meningkatkan kesedaran dan penyertaan semua pihak yang berkaitan (murid, guru, dan Ibu bapa/penjaga) dalam mengatasi masalah ini. 4. meningkatkan pencapaian akademik dan disiplin murid dengan mengurangkan bilangan kehadiran lewat. Dengan pendekatan kajian tindakan ini, penyelesaian yang terhasil diharap akan lebih relevan dan berkesan kerana ia melibatkan penyertaan aktif daripada semua pihak berkepentingan dan berdasarkan data dan refleksi yang mendalam.


57 4.0 Objektif Kajian 4.1 Objektif Am Tujuan kajian ini adalah untuk membendung masalah kehadiran murid yang lewat ke sekolah dalam kalangan murid SMK Taman Tasik, Ampang. 4.2 Objektif Khusus ● Mengenal pasti punca kehadiran murid datang lewat ke sekolah. ● Mengenal pasti jenis kenderaan murid yang datang lewat ke sekolah. ● Mengenal pasti jenis kediaman murid yang datang lewat ke sekolah. ● Mengatasi kadar lewat ke sekolah dalam kalangan murid-murid SMK Taman Tasik, Ampang. ● Membantu murid-murid ini melalui sesi kaunseling individu dan berkelompok serta aktiviti yang meningkatkan motivasi mereka untuk datang awal ke sekolah. ● Memastikan pengurangan kadar jumlah kehadiran lewat ke sekolah dalam kalangan murid tingkatan 3, 4 dan 5 SMK Taman Tasik. 5.0 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan murid Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 seramai 76 orang yang hadir lewat sebanyak 3 hari dan yang melebihi 3 hari. 6.0 Dapatan / Perbincangan 6.1 Tinjauan masalah Pemerhatian awal diambil melalui analisa data borang kehadiran lewat yang diambil oleh guru disiplin setiap hari bermula dari bulan Mac hingga awal bulan Mei 2024. Daripada soal selidik yang dijalankan, didapati ramai pelajar yang hadir lewat pada bulan Mac hingga awal bulan Mei 2024 mempunyai sebab-sebab tertentu hadir lewat ke sekolah. Pengkaji membuat semakan terhadap 76 orang responden yang datang lewat dengan sebab-sebab yang dinyatakan.


58 6.2 Analisis Tinjauan Masalah Data kehadiran pelajar lewat (76 orang responden) daripada tingkatan 3 hingga 5 bermula dari bulan Mac hingga awal bulan Mei 2024. Bulan Bilangan Murid Hadir Lewat Mac 35 (12%) April 242 (84%) Mei 168 (58%) Perbezaan antara jumlah pelajar datang lewat pada bulan Mac dan April adalah 207 orang bersamaan dengan 72%. Namun data ini tidak dapat dinilai dengan tepat kerana bulan Mac , sekolah bermula dari pertengahan bulan manakala pada bulan April, pengiraan selama satu bulan. Begitu juga dengan bulan April dengan Mei. Ini berlaku perbezaan agak tinggi kerana tempoh penilaian yang tidak sama. Namun begitu, pengkaji telah mengambil usaha bagi menjalankan soal selidik terhadap 76 orang responden dari tingkatan 3 hingga 5 untuk mengetahui punca sebenar pelajar datang lewat secara terperinci melibatkan murid yang empat kali lewat hadir ke sekolah. Berikut adalah jenis kenderaan ke sekolah bagi 76 orang responden yang dikaji: Jenis Kenderaan Jumlah Responden (orang) Jalan kaki 30 Basikal 3 Motosikal 12 Ibu/ ayah hantar 8 Bas/van sekolah 2 Kenderaan awam 15 Kenderaan pak cik/mak cik/ kawan 2 Lain-lain 4 Jumlah 76


59 Dapatan soal selidik mengenai persetujuan punca-punca kehadiran lewat ke sekolah (76 responden) : Bil Punca/sebab lewat Jumlah YA (/) (orang) Jumlah TIDAK (/) (orang) 1. Bekerja sambilan 8 68 2. Tidur jam 12 malam ke atas 35 41 3. Kurang bermotivasi ke sekolah 48 28 4. Hadir ke sekolah sebab terpaksa 15 61 5. Lewat sebab diri sendiri 60 16 6. Tempat tinggal jauh dari sekolah 10 67 7. Tinggal bersendirian 8 68 8. Jadual bas/van sekolah tidak menentu 2 74 9. Suka tunggu rakan 22 54 10. Tiada orang prihatin 36 40 11. Sikap sambil lewa 40 36 12. Sengaja datang lewat 12 64 13. Masalah sukar bangun awal 23 53 14. Tiada sebab hendak ke sekolah 20 56 JUMLAH PERATUS PUNCA-PUNCA KEHADIRAN MURID LEWAT KE SEKOLAH 2024 Secara keseluruhannya, didapati punca-punca bagi murid SMK Taman Tasik lewat hadir ke sekolah adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual dan graf di atas, iaitu bekerja sambilan, tidur jam 12 malam ke atas, kurang bermotivasi ke sekolah, hadir ke sekolah sebab


60 terpaksa , lewat sebab diri sendiri, tempat tinggal jauh dari sekolah, tinggal bersendirian, jadual kenderaan awam tidak menentu, suka tunggu rakan, tiada orang prihatin, sikap sambil lewat, sengaja datang lewat, masalah bangun awal dan tidak tahu sebab datang ke sekolah. Hasil daripada dapatan kajian ini, didapati bahawa punca utama pelajar lewat datang ke sekolah adalah atas sebab diri sendiri atau sikap dan perangai pelajar tersebut iaitu sebanyak 78.9 %. Punca berikutnya adalah kurang bermotivasi ke sekolah, iaitu sebanyak 63.2%. Seterusnya, Sikap sambil lewa merupakan punca ketiga tinggi iaitu sebanyak 52.6%. 7.0 Tindakan yang dicadangkan Berdasarkan kepada kajian masalah kehadiran murid yang lewat ke sekolah dalam kalangan murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 di SMK Taman Tasik, Ampang Selangor, maka pihak sekolah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pelan tindakan segera bagi memastikan murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 Sekolah Menengah Taman Tasik datang awal ke sekolah iaitu pada waktu yang ditetapkan. Oleh itu segala tindakan yang dirangka perlulah melibatkan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya individu murid itu sendiri, ibu bapa dan semua guru serta pihak-pihak lain yang bertanggungjawab. Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah lewat di kalangan murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 di SMK Taman Tasik, antaranya adalah: 7.1 Mengawasi pintu pagar Kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengawasan pintu pagar ni sejak dahulu lagi. Biasanya tugas ini dilakukan oleh pengawas sekolah bersama-sama guru yang bertugas. Murid yang lewat mula direkod selepas jam 7.30 pagi setiap hari. Nama murid lewat perlu direkodkan di dalam buku yang sesuai supaya bilangan lewat oleh murid yang sama dapat di kesan. Bagi pelajar yang kerap datang lewat boleh dikenakan hukuman yang setimpal seperti tempatkan di bilik khas selepas waktu persekolahan. Misalnya murid yang datang lewat seminit, maka mereka


61 perlu berada di dalam bilik khas selama 1 minit sebagai hukuman barulah mereka dibenarkan pulang berbanding dengan murid yang datang awal dibenarkan pulang seperti biasa. 7.2 Pertandingan kehadiran datang awal ke sekolah Pertandingan kehadiran datang awal ke sekolah telah dilaksanakan di sesetengah sekolah. Pertandingan ini dijalankan mengikut kelas dan akan melibatkan semua tingkatan. Tempoh pertandingan biasanya akan akan dijalankan mengikut minggu atau bulan. Setiap minggu guru yang bertugas akan menentukan kehadiran mengikut peratus. Kelas pula diberi hadiah sama ada setiap minggu atau dikumpulkan setiap minggu dan hadiah diberikan mengikut bulan. Penyampaian hadiah diberikan semasa perhimpunan mingguan. Dengan cara ini murid yang lewat ke sekolah dalam kalangan murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 di SMK Taman Tasik akan terasa lebih termotivasi untuk datang awal ke sekolah untuk memenangi pertandingan kehadiran ini. Guru kelas perlu memainkan peranan penting dalam menanam minat murid untuk sentiasa ingin bersaing secara sihat untuk datang awal ke sekolah. Ibu bapa juga perlu maklum berkaitan dengan pertandingan ini kerana murid adalah bermula dari rumah. 7.3 Kempen kehadiran awal Kempen ini jarang dilakukan, walaubagaimanapun ia merupoakan satu tindakan yang boleh mengurangkan risiko murid datang lewat ke sekolah. Kempen ini boleh dilakukan sekali dalam sebulan sebagai mengingatkan murid untuk sentiasa datang awal ke sekolah. Bagi menjayakan kempen ini pihak sekolah boleh menjalankan kolaborasi bersama Persatuan Ibu Bapa dan guru. 7.4 Menjadikan kehadiran pelajar tanggung jawab semua guru Peranan guru mata pelajaran waktu pertama amat penting dalam memastikan rekod kehadiran murid ke sekolah dicatat di dalam buku kawalan kelas. Murid yang lewat akan ditanda sebagai ‘L’ di ruangan kehadiran. Seterusnya murid ini akan diambil tindakan oleh guru kaunseling dan jika berlanjutan lagi akan dibawa ke bahagian disiplin untuk diambil tindakan. Dan jika masih berkelanjutan, pihak ibu bapa akan di hubungi bagi menyelesaikan masalah murid lewat ini. Di sini guru tingkatan akan bersama-sama dengan ibu bapa berbincang mengenai


62 masalah murid lewat ini. Sikap sentiasa mengambil berat semua guru terhadap murid yang sering lewat ke sekolah ini boleh memberi impak kepada murid untuk datang lebih awal ke sekolah. 7.5 Peringatan kepada ibu bapa Peraturan sekolah merupakan perkara pertama kali yang diperkenalkan kepada semua murid dan juga ibu bapa semasa mendaftarkan diri ke sekolah. Salah satu daripada peraturan tersebut adalah hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Penekanan tentang datang awal ke sekolah perlu diambil serius bagi memastikan ibu bapa lebih prihatin terhadap kehadiran awal kesekolah oleh anak-anak. Pihak sekolah boleh mengedarkan surat atau handout kepada ibu bapa bagi menegaskan betapa pentingnya murid datang awal ke sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. 7.6 Pengawasan pihak polis Penglibatan pihak polis amat diperlukan bagi memastikan murid yang mengelak daripada dikenakan tindakan oleh pihak sekolah berkeliaran di luar kawasan sekolah. Biasanya murid ini akan melencong ke tempat lain jika mendapati mereka telah lambat untuk masuk ke sekolah kerana takut di denda oleh guru disiplin. Dengan itu mereka memilih untuk berkeliaran di tempat awam seperti pasaraya, taman, tasik, pusat internet, dan sebagainya. Murid ini semestinya tidak akan pulang kerumah kerana takut dimarahi oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, pihak polis memainkan peranan sangat penting bagi mengelakkan perkara ini berlaku.


63 8.0 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan 9.0. Kos Kajian


65 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK, JALAN TASIK TAMBAHAN 2, 68000 AMPANG, SELANGOR KOD SEKOLAH : BEA 4601 NO. TELEFON : 03-42912049 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2024 NAMA PENYELIDIK : ROSALINI AIDURAI BT NAWAWI HASLIZAN BIN HASHIM GOH SOU BEE SOO GEOK LAN MAISARAH BT RAZALI NO. KAD PENGENALAN : 750828-03-5494 NO TELEFON : 019-2201994 TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN TAHAP KESEDARAN AHLI ST. JOHN AMBULANCE SMK TAMAN TASIK DALAM PENGGUNAAN TEKNIK HEIMLICH MANOEUVRE SEBAGAI SATU KAEDAH PERTOLONGAN CEMAS.


66 REFLEKSI AMALAN YANG LALU/ ISU PERMASALAHAN: Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, terdapat beberapa orang murid tidak dapat memahami topik yang telah diajar iaitu penggunaan teknik Heimlich Manoeuvre. Saya telah memberi tugasan kepada murid secara berkumpulan, membenarkan mereka berbincang bersama rakan mereka. Saya juga telah memantau mereka menjalankan aktiviti secara berkumpulan dengan mendapat bimbingan daripada saya. Bagi murid yang telah memahami topik yang diajar, mereka tidak mempunyai masalah untuk membuat tugasan tersebut. Tetapi, terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menyelesaikan tugasan yang telah diberikan kerana mereka tidak faham berkenaan topik yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, mereka tidak berani untuk mengajukan soalan kepada saya kerana mereka bersikap malu dan takut. Mereka tidak berminat untuk menyiapkan tugasan tersebut, maka mereka cuba mengganggu rakan yang lain. Murid yang berminat akan cuba menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh saya kepada mereka dan akan bertanya sekiranya ada perkara yang tidak faham. Dalam situasi tersebut, terdapat murid yang pelbagai kecerdasan, contohnya ada murid yang dapat memahami dan menyiapkan tugas dengan cepat, murid yang sederhana dan perlu bimbingan guru dan rakan. Begitu juga ada murid yang lemah, mereka memerlukan bimbingan yang lebih tetapi agar susah untuk menarik minat mereka kerana mereka tidak minat terhadap topik tersebut dan berasa bosan. Walau bagaimanapun, mereka juga cuba memberi perhatian dan belajar tentang teknik Manoeure. Sebagai kesimpulannya, murid-murid boleh menimba ilmu pengetahuan dan juga boleh mempelajari tentang cara-cara melakukan teknik Manoeure semasa mangsa mengalami keadaan tercekik. Ini dapat menyelamatkan nyawa mangsa dari semasa ke semasa. Dengan melalui pelajaran dan pembelajaran daripada saya sebagai guru penasihat, murid-murid mendapat peluang untuk memahami dengan lebih jelas dan menguasai kemahiran yang dipelajari. FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN : Daripada soal selidik yang telah dilakukan terhadap ahli St. John Ambulans, didapati ahli St. John lemah dalam pengetahuan pertolongan cemas dan tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan pertolongan cemas semasa berlaku kecemasan. Hasil daripada soal selidik terhadap ahli St. John, didapati : a) Sebilangan ahli St. John tidak tahu apa itu Heimlich Manoeuvre. b) Sebilangan ahli St. John tidak dapat mengenal pasti situasi di mana teknik Manoeuvre digunakan.


67 c) Sebilangan murid ada pengetahuan tentang teknik Manoeuvre tetapi mereka tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan terhadap mangsa sekiranya berlaku kecemasan. Maka , adalah amat penting untuk memperkenalkan teknik Heimlich Manoeuvre kepada ahli sebagai sebahagian daripada pengetahuan keselamatan asas. Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokus kepada penggunaan teknik Heimlich Manoeuvre sebagai satu kaedah pertolongan cemas untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Pengetahuan dan latihan formal mengenai teknik ini akan diperkenalkan kepada ahli St. John untuk meningkatkan keyakinan mereka semasa melakukan teknik ini dengan cara yang betul dalam situasi kecemasan. OBJEKTIF KAJIAN: Objektif Am: Objektif am untuk meningkatkan kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre di kalangan ahli St. John adalah termasuk: 1. Meningkatkan Pengetahuan: Memastikan semua ahli St. John memahami dengan baik apa itu Heimlich Manoeuvre, situasi di mana ia diperlukan, dan langkah-langkah untuk melaksanakannya dengan betul. 2. Meningkatkan Keterampilan Praktikal: Mengajarkan dan melatih ahli St. John untuk melaksanakan Heimlich Manoeuvre dengan betul dalam berbagai situasi, termasuk pada anak-anak dan orang dewasa. 3. Meningkatkan Kesediaan Bertindak: Memperkuat kemampuan ahli St. John untuk mengenali tandatanda tersedak dan bertindak secara cepat dan tepat dengan melaksanakan Heimlich Manoeuvre jika diperlukan. 4. Meningkatkan Sikap dan Keyakinan: Mewujudkan sikap yang positif terhadap pentingnya Heimlich Manoeuvre dan meningkatkan keyakinan ahli St. John dalam kemampuan mereka untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi tersedak. 5. Meningkatkan Kesedaran Komuniti: Mengedarkan informasi tentang Heimlich Manoeuvre kepada murid, guru dan kakitangan sekolah, serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya tindakan cepat dalam situasi tersedak. 6. Mencipta Budaya Selamat: Mewujudkan budaya di sekolah yang mendorong pengetahuan dan keterampilan tentang Heimlich Manoeuvre, dan memastikan bahwa teknik ini dihargai dan dipraktikkan secara konsisten oleh anggota St. John dan seluruh komuniti sekolah.


68 Objektif-objektif ini bertujuan untuk tidak hanya meningkatkan pengetahuan dan keterampilan individu dalam melaksanakan Heimlich Manoeuvre, tetapi juga untuk mengubah perilaku dan sikap secara keseluruhan dalam organisasi St. John dan komuniti yang diberikan khidmat oleh mereka. Dengan demikian, mereka dapat menjadi lebih efektif dalam bertindak ketika situasi tersedak dan menyelamatkan nyawa. Objektif Khusus: Objektif khusus kajian ini adalah untuk: Objektif khusus yang dapat digunakan untuk mencapai objektif umum dalam meningkatkan kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre di kalangan ahli St. John ialah : 1. Objektif Khusus Pengetahuan: Pada akhir bulan ini, 80% ahli St. John akan dapat menjelaskan dengan tepat apa itu Heimlich Manoeuvre dan bila masa yang perlu menggunakannya dalam situasi tersedak. 2. Objektif Khusus Keterampilan Praktikal: Pada akhir kajian ini, 70% ahli St. John akan mampu melaksanakan Heimlich Manoeuvre dengan betul dalam situasi simulasi tersedak. 3. Objektif Khusus Kesediaan Bertindak: Pada akhir setiap latihan bulanan, sekurang - kurangnya 90% ahli St. John akan menunjukkan kesediaan untuk bertindak dengan cepat dalam situasi tersedak dengan melaksanakan Heimlich Manoeuvre jika diperlukan. 4. Objektif Khusus Sikap dan Keyakinan: Pada akhir program pengajaran dan pembelajaran ini, akan berlaku peningkatan 25% dalam skor sikap dan keyakinan ahli St. John terhadap pentingnya Heimlich Manoeuvre dalam menyelamatkan nyawa. 5. Objektif Khusus Kesedaran Komuniti: Dalam dua bulan, akan ada peningkatan 40% dalam kesedaran di kalangan komuniti sekolah tentang Heimlich Manoeuvre melalui kempen informasi yang dilakukan oleh anggota St. John. 6. Objektif Khusus Budaya Keselamatan: Dalam tiga bulan, akan terjadi perubahan positif budaya sekolah di mana pengetahuan dan keterampilan tentang Heimlich Manoeuvre dihargai dan dipraktikkan secara konsisten oleh anggota St. John dan murid yang lain. Objektif khusus ini membantu merangka kajian dengan fokus yang jelas dan memastikan penyelidikan yang komprehensif dan relevan tentang penggunaan Heimlich Manoeuver dalam konteks pertolongan cemas


69 KUMPULAN SASARAN: Dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre di kalangan ahli St. John di sekolah, kumpulan sasaran yang relevan mungkin melibatkan: 1. Anggota St. John: 30 orang ahli St. John sesi pagi merupakan kumpulan sasaran utama, kerana mereka adalah individu yang akan belajar dan mengaplikasikan Heimlich Manoeuvre dalam situasi tersedak. 2. Murid sesi pagi: Murid sesi pagi juga merupakan kumpulan sasaran penting, kerana mereka merupakan penerima utama dari kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre. Mereka dapat menjadi target untuk pendidikan dan latihan tentang teknik ini, serta dapat memperluas pengetahuan mereka kepada rakan sebaya dan keluarga. 3. Kakitangan Sekolah: Termasuk guru dan kakitangan bukan guru juga merupakan kumpulan sasaran yang relevan. Mereka dapat menjadi sumber sokongan dan bantuan dalam melaksanakan programprogram kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre di sekolah. 4. Ibu Bapa Murid: Melibatkan ibu bapa murid dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre juga penting. Mereka dapat menjadi penyokong dalam mempromosikan kesedaran tentang pentingnya teknik ini di rumah dan di komuniti mereka. PROSEDUR KAJIAN : Tinjauan Awal : Untuk melakukan kajian dan tinjauan awal dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre di kalangan ahli St. John di sekolah, berikut adalah prosedur yang dapat dijalankan: Mengenal pasti keperluan dan Tujuan: Tentukan dengan jelas tujuan dan sasaran dari kajian awal ini. Apakah tujuannya untuk menilai peningkatan pengetahuan dan kessdaran tentang Heimlich Manoeuvre di kalangan anggota St. John? Pengembangan Instrumen Penilaian: Buat instrumen penilaian yang sesuai dengan tujuan kajian. Ini boleh


70 dilakukan dengan membuat soalan soal selidik untuk mengukur pengetahuan, keterampilan, sikap, atau tahap kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre. Instrumen penilaian harus dirancang dengan cermat untuk mencakupi semua aspek yang relevan. Pemilihan Sampel: Pilih sampel ahli St. John sesi pagi yang mewakili semua ahli St. John di sekolah. Ini melibatkan ahli dari berbagai kelas dan tahap pengalaman dalam organisasi. Pelaksanaan Penilaian: Lakukan penilaian dengan menggunakan instrumen yang telah dikembangkan. Ini dapat dilakukan melalui survei online, temu bual, pemerhatian secara langsung, atau kombinasi dari beberapa kaedah penilaian. Analisis Data: Analisis data yang dikumpulkan dari penilaian untuk mengidentifikasi hasil kajian utama. Identifikasi nilai-nilai di mana anggota St. John mungkin memerlukan peningkatan pengetahuan, keterampilan, atau kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre. Penyusunan Laporan: Susun laporan hasil kajian awal, termasuk analisis data, dapatan hasil utama, dan cadangan untuk langkah-langkah lebih lanjut. Laporan ini harus disusun dengan jelas dan ringkas untuk memudahkan pemahaman dan penggunaan maklumat. Pembentangan dan Perbincangan: Pembentangan hasil kajian awal kepada pihak-pihak yang terlibat, termasuk ahli St. John, staf sekolah, dan pihak terlibat. Dengan mengikuti prosedur ini, kami dapat melakukan kajian dan tinjauan awal yang efektif untuk memahami keperluan dan kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre di kalangan ahli St. John di sekolah menengah, serta merumuskan strategi untuk mengatasinya. Cadangan Tindakan Intervensi : (i) Intervensi 1 Latihan Berkala : Mengadakan latihan berkala untuk semua ahli St. John untuk memastikan mereka mahir dalam melaksanakan Heimlich Manoeuvre. Ini dapat dilakukan dalam bentuk latihan praktikal, perbincangan, atau demonstrasi. (ii) Intervensi 2 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran : Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran khusus tentang Heimlich Manoeuvre, baik secara dalam talian atau di tempat yang sesuai yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan mendalam tentang teknik ini, situasi di mana ia diperlukan, dan cara mengenal pasti tanda-tanda tersedak.


71 (iii) Intervensi 3 Membuat promosi: Mencipta dan mengedarkan bahan promosi seperti poster, pamplet, atau video pendek yang menjelaskan langkah-langkah Heimlich Manoeuvre secara jelas dan mudah difahami. Ini boleh dipaparkan di tempat-tempat strategik seperti papan kenyataan St. John, sekolah, atau komuniti setempat. Penilaian Tindakan Intervensi : Dalam konteks meningkatkan kesedaran tentang Heimlich Manoeuvre di kalangan ahli St. John, berikut adalah beberapa kriteria yang boleh digunakan untuk menilai intervensi tersebut: 1. Pengetahuan: Mengukur pengetahuan ahli St. John tentang Heimlich Manoeuvre sebelum dan sesudah intervensi. Ini dapat dilakukan melalui soalan soal selidik pengetahuan sebelum dan sesudah sesi pendidikan atau latihan. 2. Keterampilan Praktikal: Menilai keterampilan praktikal anggota St. John dalam melaksanakan Heimlich Manoeuvre melalui latihan dan ujian keterampilan. Sesi latihan yang teratur dan evaluasi keterampilan dapat membantu menentukan peningkatan dalam kemahiran mereka. 3. Sikap dan Keyakinan: Menguji sikap dan keyakinan ahli St. John terhadap penggunaan Heimlich Manoeuvre. Ini dapat dilakukan melalui soalan soal selidik sebelum dan sesudah intervensi untuk mengukur perubahan sikap dan keyakinan mereka terhadap pentingnya teknik ini. 4. Penglibatan: Menilai peningkatan penglibatan ahli St. John dalam sesi pendidikan, latihan, atau program-program kesedaran yang berkaitan dengan Heimlich Manoeuvre. Peningkatan kehadiran dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan petunjuk tentang sejauh mana intervensi tersebut diterima dan dihayati oleh anggota. 5. Kesediaan Bertindak: Mengukur kemampuan ahli St. John untuk bertindak dalam situasi tersedak setelah mengikuti intervensi. Ini dapat dicapai dengan menganalisis respons dan keberanian mereka dalam menyelamatkan individu yang mengalami tersedak dalam latihan atau situasi kecemasan yang sebenar. 6. Keselamatan dan Kepatuhan: Memeriksa sejauh mana intervensi tersebut menghasilkan praktik yang selamat dan patuh terhadap prosedur-prosedur keselamatan yang berkaitan dengan Heimlich Manoeuvre. Ini penting untuk memastikan bahawa ahli St. John menggunakan teknik ini dengan betul dan tanpa risiko tambahan. Dengan menganalisis data dari kriteria-kriteria di atas, organisasi St. John dapat menilai keberkesanan intervensi mereka dalam meningkatkan kesedaran dan keterampilan anggota mereka dalam melaksanakan Heimlich Manoeuvre. Penilaian yang teliti dapat membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dari program tersebut, serta menyediakan panduan untuk peningkatan di masa depan.


72 APENDIKS JADUAL PELAKSANAAN : BIL . TINDAKAN JUN JULAI OGOS M 2 M 3 M 4 M 1 M2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 1 Penyediaan proposal kajian tindakan 2 Melaksanakan dan menganalisis tinjauan awal 3 Melaksanakan Intervensi 1 4 Melaksanakan refleksi Intervensi 1 5 Melaksanakan Intervensi 2 6 Melaksanakan refleksi Intervensi 2 7 Melaksanakan Intervensi 3 8 Melaksanakan refleksi Intervensi 3 9 Menulis Pelaporan Kajian Tindakan 10 Penghantaran laporan Kajian Tindakan


73 KESIMPULAN Secara keseluruhan, untuk meningkatkan kesedaran ahli St. John Ambulance di sekolah menengah dalam penggunaan Teknik Heimlich Manoeuvre sebagai kaedah pertolongan cemas, langkahlangkah berikut boleh diambil: 1. Anjurkan latihan praktikal secara berkala untuk mempraktikkan teknik tersebut. 2. Adakan kursus dan bimbingan khas yang disampaikan oleh instruktur berkelayakan. 3. Tekankan keselamatan semasa melaksanakan prosedur tersebut. 4. Anjurkan ujian pengetahuan berkala. 5. Sediakan sumber-sumber pendidikan seperti poster, brosur, dan video yang menjelaskan teknik dengan jelas. 6. Adakan sesi penyedaran dan perbincangan tentang kes-kes berjaya menggunakan teknik tersebut. 7. Berikan sokongan dan pujian kepada ahli yang menunjukkan kebolehan dan komitmen. Dengan mengambil langkah-langkah ini, ahli St. John Ambulance di sekolah menengah dapat memahami, menguasai, dan mengaplikasikan Teknik Heimlich Manoeuvre dengan lebih berkesan dalam situasi kecemasan.


75 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK JALAN TASEK TAMBAHAN 2 68000 AMPANG, SELANGOR NO KOD SEKOLAH : BEA 4601 NO TELEFON : 03 42912049 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2024 NAMA PENYELIDIK : SITI HAJAR BINTI MOHAMMAD NASIR TAJUK KAJIAN : PENGAPLIKASIAN TEKNIK HIBISCUS DALAM PENULISAN ESEI PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 2 SAINS SOSIAL 3 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK, AMPANG


76 1. REFLEKSI Mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran wajib lulus di peringkat STPM. Jika sebaliknya, pelajar sukar untuk melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan. Semua pelajar diwajibkan mengambil dan lulus kertas ini. Jadi semua peringkat kemahiran esei ini perlu dikuasai oleh pelajar bagi semua kelas tanpa mengira latarbelakang aliran. Berdasarkan aktiviti Pdpc, pengalaman pengkaji sebagai guru kerapkali menghadapi masalah pelajar sering keliru untuk menganalisis kehendak soalan karangan dan mengenal pasti skop perbincangan yang perlu ditulis. Ekoran daripada itu, idea yang patut disusun dalam jawapan karangan juga menjadi tidak relevan dan menyeleweng daripada skema sebenar. Kebanyakan huraian juga diletakkan di perenggan pertama yang sepatutnya diletakkan idea-idea utama. Perkara ini menyebabkan pelajar kehilangan markah yang banyak. Hal yang demikian menyebabkan hasil penulisan kebanyakan pelajar lebih bersifat perbincangan umum dan tidak berfokus. Pengalaman dan pemerhatian pengkaji mendapati bahawa, keadaan bertambah serius apabila pelajar kurang membaca, tidak cakna dengan isu sekeliling dan mengandaikan mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu-satunya mata pelajaran yang mudah, berbanding mata pelajaran lain. Dalam masa yang sama, teknik pengajaran berpusatkan guru yang diamalkan didapati tidak dapat menimbulkan minat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Maklum balas pelajar menunjukkan mereka belajar mata pelajaran Pengajian Am kerana keperluan peperiksaan sedangkan kandungan mata pelajaran itu sendiri menyediakan ruang ilmu yang menyeluruh, bukan sahaja ilmu tentang dasar-dasar negara, malah kemahiran menganalisis, mensintesis dan interpretasi. Oleh itu, guru terpanggil untuk mengubah teknik pengajaran daripada berpusatkan guru kepada pembelajaran secara kumpulan (peer coaching) dengan penggunaan Teknik Hibiscus dalam kelas yang memberikan kebebasan kepada semua pelajar mengemukakan idea dan buah fikiran masing-masing. Hal tersebut terbukti telah dapat merangsang minda pelajar dan mereka lebih aktif ketika perbincangan kumpulan dijalankan. Masing-masing telah menyumbangkan idea dan mengambil peluang membentangkan hasil kerja kumpulan dengan penuh semangat dan yakin.


77 Pengkaji mendapati bahawa fenomena yang timbul tidak boleh dibiarkan berterusan. Guru perlu melakukan mecari alternatif yang sesuai dan membuat sesuatu bagi mengatasi kelemahan tersebut. Pelajar perlu dibimbing untuk menguasai kemahiran menulis karangan dengan teknik yang betul, tidak mengambil masa panjang untuk menyiapkan satu-satu penulisan dan yang lebih penting dapat menjawab kehendak soalan dengan tepat. Walau pun para pelajar dianggap matang tetapi mereka masih memerlukan panduan yang sistematik dan terperinci untuk membolehkan mereka menjawab soalan-soalan karangan dengan idea yang tepat dan huraian yang mantap. Lantaran itu, alat uji yang cuba diguna pakai untuk memastikan keberkesanan PdPc ialah pengaplikasian Teknik Hibiscus dengan menggunakan peta minda dalam kelas untuk menentukan kebolehcapaian objektif kajian. Pemerhatian pengkaji sebagai guru juga mendapati kebanyakan pelajar berasa kecewa apabila hasil penulisan karangan mereka tidak membolehkan mereka mendapat markah yang baik walau pun telah cuba ditulis sebaik mungkin. Kebanyakan pelajar masih mencari akan teknik menjawab esei yang sebenarnya agar markah esei mereka menjadi lebih tinggi terutamanya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM sebenar nanti. Keadaan tersebut menyebabkan sebahagian pelajar tidak yakin untuk menulis esei dan membuat latihan yang pengkaji beri sebagai latihan intensif mingguan. Lebih membimbangkan, ada antaranya mengabaikan latihan yang diberi. Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang telah pengkaji gunakan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Am ini. Antaranya, pengkaji telah melaksanakan beberapa kaedah pedagogi yang menarik seperti tayangan video, penggunaan slide Powerpoint dan perbincangan umum untuk menjawab soalan karangan sebelum ini. Hasil daripada pemerhatian didapati bahawa pelajar yang berpencapaian sederhana ini lebih suka mengikuti pelajaran dalam suasana ceria dan seronok jika guru menggunakan kaedah kumpulan. Hal ini kerana kebanyakan pelajar inginkan kumpulan mereka berjaya mengatasi markah kumpulan pelajar yang lain dalam pengumpulan skor yang tinggi dalam bilik darjah.


78 2. ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada pengaplikasian Teknik Hibiscus dalam kelas dengan penggunaan peta minda yang diharapkan dapat memotivasikan para pelajar. Daripada pemerhatian pengkaji, pelajar-pelajar sering menganggap begitu sukar untuk mereka menulis karangan yang dapat memenuhi kehendak soalan walaupun telah diusahakan semaksima mungkin. Mereka didapati menulis karangan hanya mengikut logik akal tanpa mengambil kira pernyataanpernyatan soalan yang sebenarnya membawa implikasi kepada jawapan. Hal ini kerana seandainya pelajar mengabaikan pernyataan-pernyataan yang diberikan, besar kemungkinan skop perbincangan yang ditulis tidak menepati kehendak soalan sepenuhnya. Tambahan pula jika isu yang diutarakan dalam soalan merupakan isuisu luar jangka. Oleh itu wujudnya idea untuk mengaplikasikan Teknik Hibiscus dalam pdpc. Tujuan teknik ini digunakan dalam kajian ini adalah sebagai salah satu galakan agar pelajar-pelajar berminat dan menambah keyakinan kepada mereka bahawa tidak terlalu sukar untuk mereka memenuhi kehendak soalan dan lebih yakin mengutarakan pandangan masing-masing. Dalam penulisan esei, pengkaji mengesan beberapa kekangan yang dihadapi oleh pelajar tetapi pengkaji akan memfokuskan di bahagian penguasaan format esei. Ini kerana format esei sendiri mempunyai markah spesifik yang perlu diambil berat oleh pelajar dalam pengumpulan markah yang baik. Di sini, antara kesilapan pelajar sering lakukan ialah: 2.1 Keliru akan kedudukan antara idea utama dengan huraian di setiap perenggan 2.2 Kesalahan kedudukan idea utama yang sepatutnya berada di ayat pertama di dalam setiap perenggan 2.3 Kurangnya pengetahuan am dan kurang membaca menyebabkan idea utama kurang jitu 2.4 Kelemahan huraian yang memerlukan pelajar mengulas serta memberi contoh yang bersesuaian bergantung kepada idea utama


79 3. Objektif Selepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif seperti berikut: 3.1 Objektif Umum 3.1.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis idea dan huraian esei dalam kalangan pelajar selaras dengan kehendak peperiksaan STPM khusus untuk mata pelajaran Pengajian Am. 3.2 - Objektif Khusus 3.2.1Mengenalpasti kehendak soalan, skop perbincangan dan penyusunan idea serta huraian mengikut keutamaan sesuai dengan kehendak soalan yang betul 3.2.2Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dalam pencarian material esei yang tepat 3 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 16 orang pelajar Tingkatan 6 Semester 2 Sains Sosial 3 yang terdiri daripada 11 orang pelajar Melayu, seorang pelajar Cina, 2 orang pelajar India dan 2 orang pelajar lain-lain. 4 Tindakan Yang Dicadangkan Sebelum angkah-langkah seterusnya diambil dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut : 4.2 Ujian khas dibuat sebanyak dua kali untuk perekodan markah pengukuran pencapaian pelajar bagi tujuan membandingbeza antara pra dan pasca ujian. 4.3 Latihan esei bagi mengesan kesalahan pelajar jika terdapat kesalahan ejaan, kesalahan format, dan struktur ayat yang tidak tepat


80 5 Cara Pelaksanaan Ujian 1 (pra) dilaksanakan seperti ujian biasa. Manakala langkah-langkah dibawah dilaksanakan menjelang Ujian 2 (pasca) berlangsung. 5.1 Guru memberi tajuk esei di dalam kelas 5.2 Pelajar membuat beberapa kumpulan perbincangan dengan merangka Teknik Hibiscus berpandukan tajuk esei 5.3 Pelajar dalam kumpulan melukis 5 kelopak bunga raya beserta stigma bunga raya 5.4 Pelajar melabel idea utama di dalam setiap kelopak bunga raya, manakala kata kunci tajuk berada di stigma bunga raya. 5.5 Huraian beserta contoh bagi setiap kelopak bunga dicatitkan di sebelah luar kelopak bunga raya 5.6 Pelajar mendapat informasi berpandukan rujukan daripada internet dan buku rujukan 5.7 Pelajar membentang secara berkumpulan di hadapan kelas 5.8 Pelajar membuat latihan esei secara individu berdasarkan hasil Teknik Hibiscus 5.9 Pelajar menyemaksilang jawapan esei berpandukan skema jawapan 5.10 Pelajar membuat rumusan esei dan guru membuat kesimpulan keseluruhan. Guru memberikan pelajar dengan dua ujian sebagai pengukuran tahap kefahaman mereka iaitu Ujian 1 dan Ujian 2. Ujian pra dan pasca ini dilaksanakan untuk mengenalpasti sejauhmana keberkesanan Teknik Hibiscus ini. 6 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan (Termasuk Jadual Kerja dan Kos). BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 MENGENALPASTI MASALAH DAN PENGUMPULAN DATA AWAL (UJIAN 1 ) 23 APRIL 2024 2 MENULIS KERTAS CADANGAN/ PROPOSAL 24 APRIL 2024 3 MERANCANG TINDAKAN 24 APRIL 2024 4 MENGENALPASTI MASALAH YANG TIMBUL 24 APRIL 2024 5 MELAKSANAKAN TINDAKAN 24 APRIL 2024 6 MENGENALPASTI MASALAH DAN PENGUMPULAN DATA AWAL 25 APRIL 2024 7 MENULIS PROPOSAL KAJIAN 26 APRIL 2024 8 MERANCANG TINDAKAN 26 APRIIL 2024 9 MELAKSANAKAN TINDAKAN 27 APRIL 2024 10 MENGENALPASTI MASALAH YANG TIMBUL 27 APRIL 2024 11 UJIAN UNTUK MENGESAN PENCAPAIAN PELAJAR (UJIAN 2) 7 MEI 2024 12 REFLEKSI KAJIAN 8 MEI 2024 13 MENULIS LAPORAN KAJIAN 13 MEI 2024 14 PENGHANTARAN KERTAS CADANGAN DAN KAJIAN TINDAKAN 27 MEI 2024 14 PEMBENTANGAN DAPATAN KAJIAN - BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH KOS 1 KERTAS A4 1 X RM30.00 RM 30.00 2 PRINTER CATRIDGE 1 X RM80.00 RM 80.00 3 FOTOSTAT BAHAN & LAPORAN KAJIAN 40 X RM0.10 RM 40.00


82 SMK TAMAN TASIK, JALAN TASIK TAMBAHAN 2, 68000 AMPANG, SELANGOR. KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN TAJUK: PERSEPSI GURU ARUS PERDANA TERHADAP MURID PENDIDIKAN INKLUSIF DI SMK TAMAN TASIK NAMA PENYELIDIK: NURULHUDA BINTI GHAZALI UNIT: PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


83 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN PERSEPSI GURU ARUS PERDANA TERHADAP MURID PENDIDIKAN INKLUSIF DI SMK TAMAN TASIK 1.0 TAJUK Persepsi Guru Arus Perdana Terhadap Muird Pendidikan Inklusif di SMK Taman Tasik 2.0 PENYELIDIK Nurulhuda binti Ghazali 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Pendidikan Inklusif Pendidikan Inklusif (PI) menurut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 2013) ialah suatu program pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Apabila seseorang MBPK belajar dalam bilik darjah biasa bersama rakan sebaya yang normal, pihak sekolah perlu menyediakan bantuan dan sokongan yang sewajarnya dari semua aspek pembelajaran bilik darjah. Bantuan dan pertolongan ini disediakan hasil kerjasama semua guru, pentadbir, dan rakan sebaya dalam bilik darjah, serta dengan terdapatnya komunikasi yang telus antara semua pihak. Segala persediaan dan perancangan adalah dengan mengambil kira kepentingan MBPK. Kebiasaannya, semua ahli professional yang terlibat adalah terdiri daripada guru pendidikan khas, guru biasa, ibu bapa, pentadbir sekolah, ahli terapi, dan juga semua kakitangan sokongan. 4.0 MASALAH/FOKUS KAJIAN Pendidikan Inklusif (PI) di sekolah harian biasa menempatkan satu hingga lima Murid Berkeperluan Khas (MBPK) dalam kelas arus perdana. Namun begitu, tidak ramai MBPK di Malaysia mengikuti PI. Menurut Mohd Najib (2006) masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan PI serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibu bapa untuk memilih PI untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu, kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak menggagalkan usaha untuk meningkatkan proses


84 pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun PI digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun implementasi PI masih belum lagi meluas. Murid berkeperluan khas yang diinklusifkan ke dalam kelas-kelas biasa di sekolah-sekolah biasa, telah memberikan kesan terhadap struktur sekolah, sistem penyampaian pendidikan dan masyarakat. Menurut Zalizan dan Norani (2000), menyatakan bahawa organisasi sekolah dan sistem pengurusan adalah tunjang kepada segala reformasi pendidikan. Tanpa kefahaman terhadap objektif, penubuhan dasar, dan amalan oleh setiap pengurusan sekolah, proses perubahan yang positif dan membina tidak akan berlaku. Abdul Rahim (1994) pula telah menyenaraikan beberapa prasyarat untuk menjayakan PI di Malaysia. Antara prasyarat tersebut ialah kefahaman, penerimaan dan keupayaan guruguru untuk melaksanakan PI, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap PI, kefahaman dan penerimaan ibu bapa terhadap PI, penyediaan kemudahan yang dapat memenuhi keperluan fizikal untuk menampung kehadiran MBPK, kefahaman dan komitmen pihak pentadbir dan lain-lain kakitangan sekolah untuk menerima pelaksanaan PI, kefahaman dan kerjasama dari semua golongan masyarakat setempat menerima pelaksanaan PI, penyediaan dan pengubahsuaian kemudahan fizikal, alat bantu mengajar, dan kegiatan kurikulum dan kokurikulum untuk PI, dan penyediaan tenaga pengajar bergerak, guru resos, pasukan pelbagai disiplin dan lain-lain sumber untuk menyokong pelaksanaan PI. Kamariah (1995) menyatakan punca masalah yang dihadapi bagi melaksanakan pendidikan inklusif ialah kegagalan guru menyedari dan memahami bahawa mereka bertanggungjawab kepada tugas menyediakan pendekatan yang efektif kepada semua pelajar. Kenyataan ini turut disokong oleh Umesh et. al (2006) yang menyatakan PI memerlukan komitmen daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan, institusi latihan guru, sekolah, guru-guru, dan masyarakat sekolah jika ia adalah untuk berjaya. Guru-guru perlu mempunyai sikap dan kemahiran yang sesuai untuk melaksanakan PI. Kepentingan mempunyai sikap positif terhadap PI dalam kalangan guru akan menjamin kejayaan pelajar di dalam kelas inklusif. 5.0 RASIONAL Kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi guru arus perdana terhadap murid Pendidikan inklusif di SMK Taman Tasik berdasarkan konstruk pengetahuan tentang Pendidikan inklusif,kebolehan mengajar murid inklusif dan cabaran terhadap murid Pendidikan inklusif.


85 6.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut: i. Mengetahui tahap pengetahuan guru arus perdana SMK Taman Tasik tentang pelaksanaan Pendidikan Inklusif ii. Mengetahui tahap kebolehan mengajar murid Pendidikan inklusif iii. Cabaran mengajar murid Pendidikan inklusif. 7.0 KUMPULAN SASARAN Pengkaji telah memilih 20 orang guru arus perdana SMK Taman Tasik untuk dijadikan responden. Pemilihan responden dalam kajian ini adalah berdasarkan Guru subjek mata pelajaran arus perdana yang mengajar murid inklusif. 8.0 PELAKSANAAN KAJIAN Skop kajian ini hanya terbatas dalam mengkaji dan menyelidik persepsi Guru Arus Perdana SMK Taman Tasik. Memandangkan kajian ini merupakan satu kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen kajian maka kebolehpercayaan kajian ini adalah bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran responden yang menjawab item-item soalan soal selidik tersebut. 9.0 DAPATAN/PERBINCANGAN Kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi guru arus perdana terhadap murid pendidikan inklusif di SMK Taman Tasik berdasarkan daripada emapat bahagian iaitu Bahagian A: Tahap pengetahuan guru arus perdana tentang pelaksanaan pendidikan iknlusif, Bahagian B: Tahap kebolehan mengajar murid inklusif,Bahagian C: Cabaran mengajar murid inklusif dan Bahagian D: Cadangan penambahbaikan terhadap murid pendidikan inklusif di SMK Taman Tasik. Populasi kajian terdiri daripada guru arus perdana yang mengajar murid inklusif yang menpunyai latar belakang jantina yang berbeza. Seramai 20 orang guru yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat kajian mengumpul maklumat tentang persepsi guru arus perdana terhadap murid pendidikan inklusif di SMK Taman Tasik. Soal selidik diedarkan sendiri oleh penyelidik melalui soal selidik secara hard copy kepada guru arus perdana untuk dilengkapkan.Penerangan tentang tujuan kajian telah diberikan kepada


86 responden dan penyelidik telah memberi tempoh untuk melengkapkan soal selidik tersebut.20 set soal selidik yang telah dilengkapkan akan dianalisis oleh penyelidik. Bagi memudahkan perbincangan, penyelidik telah membuat pecahan kepada beberapa pecahan bahagian soalan selidik berdasarkan objektif kajian.Perbincangan bermula dengan tahap pengetahuan guru arus perdana tentang pelaksanaan pendidikan inklusif diikuti dengan kebolehan dan cabaran mengajar murid inklusif di SMK Taman Tasik. Penyelidik juga memasukkan elemen cadangan penambahbaikan terhadap murid pendidikan inklusif di SMK Taman Tasik yang diajukan kepada responden iaitu guru arus perdana yang mengajar murid pendidikan inklusif. Soalan soal selidik penyelidik lampirkan dibahagian lampiran 1. 10. CADANGAN Justeru, dalam memastikan Program Pendidikan Inklusif dapat dilaksanakan dengan baik, semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung haruslah mempunyai pengetahuan dan m emahami akan kepentingan pendidikan inklusif terutamanya bagi guru yang terlibat dalam melaksanakan pendidikan inklusif. Hal ini haruslah diberikan perhatian yang serius supaya murid inklusif dapat menerima pendidikan yang sesuai dan relevan seperti murid tipikal agar selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.Terdapat beberapa masalah yang sering dilihat dalam melaksanakan pendidikan inklusif. Salah satunya adalah guru arus perdana kurang ilmu pengetahuan tentang murid inklusif. Salah satu kajian lepas berkaitan pendidikan inklusif ialah kajian yang telah dijalankan oleh Norliah dan Mohd Hanafi (2016). Hasil kajian mendapati, masih terdapat guru yang menggunakan teknik serta kaedah PdPc yang sama bagi semua murid semasa melaksanakan pengajaran meskipun terdapat murid inklusif di dalam kelas tersebut. Hal ini telah menyebabkan terdapat murid inklusif yang ketinggalan dalam mengikuti pengajaran guru. Malah, murid inklusif juga kerap tidak dapat menyiapkan tugasan mahupun latihan yang diberikan oleh guru.Oleh itu, Pendidikan inklusif boleh dipertingkatkan dengan cara guru-guru arus perdana perlu diberi pendedahan mengenai Pendidikan Inklusif oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Guru arus perdana juga perlu diberi pendedahan tentang cara mengajar dan mengawal murid inklusif dengan menghadiri bengkel yang telah dianjurkan bagi mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang muirid inklusif.


87 11. KESIMPULAN Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dijalankan, kesimpulan yang boleh dibuat adalah persepsi terhadap PI adalah berbeza bukan sahaja antara negara-negara tetapi perbezaan ini wujud dalam kalangan pendidik di sesebuah negara. Perbezaan persepsi ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurang latihan, kurang pengetahuan, dan kurang kesedaran terhadap muird inklusif. Dapatan kajian yang dijalankan kebanyakan guru arus perdana sukar untuk menerima pelaksanaan PI. Sikap negatif ini harus dikikis dan mereka perlu diyakinkan bahawa murid inklusif patut diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas biasa. Perubahan yang drastik perlu dibuat bagi memastikan kajayaan PI di Malaysia.


88 12. RUJUKAN Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin Ramli, Musa Ismail. 2008. Tahap Minat, Pengetahuan dan Kemahiran, Latihan Guru dan Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Abdul Rahim Hamdan & Muhammad Khairul Anuar Hussin. 2013. Persepsi Guru Aliran Perdana Terhadap Inklusif. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013) Murnie Hassan. 2013. Pelaksanaan Program Inklusif bagi Pelajar-pelajar Pendidikan Bermasalah Pembelajaran di Program Integrasi. Tesis Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Noor Aini Ahmad & Norhafizah Abu Hanifah. 2015. Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 30, 73 – 88. Norhasni Mohd Sharif. 2015. Meninjau Persepsi Guru-guru Arus Perdana Terhadap Pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


89 LAMPIRAN 1 SOAL SELIDIK PERSEPSI GURU ARUS PERDANA TERHADAP MURID PENDIDIKAN INKLUSIF DI SMK TAMAN TASIK Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru arus perdana terhadap murid Pendidikan inklusif di SMK Taman Tasik. Segala maklumat yang berikan adalah tujuan kajian sematamata dan akan dirahsiakan. Kerjasama dan peranan guru diperlukan dan berharga dalam kajian ini.Saya berharap guru dapat memberikan maklumat dengan ikhlas supaya dapatan kajian ini dapat memenuhi objektif kajian. Saya menghargai jasa guru dan ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. 1. Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( ) BAHAGIAN A: TAHAP PENGETAHUAN GURU ARUS PERDANA TENTANG PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Saya tahu maksud Pendidikan inklusif Ya ( ) Tidak ( ) 2. Pendidikan inklusif ialah murid khas yang belajar bersama-sama murid arus perdana Ya ( ) Tidak ( ) 3. Murid inklusif boleh belajar dengan baik dalam kelas arus perdana Ya ( ) Tidak ( ) BAHAGIAN B: TAHAP KEBOLEHAN MENGAJAR MURID INKLUSIF 1. Saya pernah mengajar murid inklusif? Ya ( ) Tidak ( ) 2. Saya tahu menguruskan murid inklusif di dalam kelas arus perdana Ya ( ) Tidak ( ) 3. Saya pernah menerima pendedahan tentang cara mengajar murid inklusif Ya ( ) Tidak ( ) 4. Seorang guru perlu mempunyai latihan dan kemahiran untuk mengajar murid inklusif Ya ( ) Tidak ( ) 5. Saya bersedia menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid inklusif Ya ( ) Tidak ( )


90 BAHAGIAN C: CABARAN MENGAJAR MURID INKLUSIF 1. Agak sukar mengajar murid inklusif berbanding dengan murid arus perdana Ya ( ) Tidak ( ) 2. Murid inklusif diganggu oleh rakan sekelas? . Ya ( ) Tidak ( ) 3. Murid inklusif mengganggu rakan sekelas? Ya ( ) Tidak ( ) 4. Saya kecewa mengajar murid inklusif Ya ( ) Tidak ( ) 5. Saya teruja mengajar murid inklusif Ya ( ) Tidak ( ) BAHAGIAN D: CADANGAN/PENAMBAIKAN TERHADAP MURID PENDIDIKAN INKLUSIF DI SMK TAMAN TASIK


Click to View FlipBook Version