M a j l i s S u ka n S e k o l a h J o h o r K EJ O HAN AN S O F BO L MS S J O H O R 2023 PERATURAN PERTANDINGAN 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Sofbol Antarabangsa WBSC- Fast Pitch 2022 - 2025 untuk kategori 18 tahun dan ke bawah. 1.2 Tertakluk kepada Peraturan Am MSSJ terkini. 1.3 Peraturan untuk kategori umur 12 dan 18 tahun dan ke bawah tertakluk kepada pindaan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal MSS Johor. 2. JENIS PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah 12 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan perempuan. 2.2 Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah 18 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan perempuan. 3. KELAYAKAN PEMAIN 3.1 Semua pemain mestilah mematuhi Peraturan Am (4) & (6) MSSJ 3.2 Kategori 12 tahun dan ke bawah 3.2.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah berumur 12 tahun dan ke bawah dan kiraan umur adalah pada 1 Januari 2023 atau dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2011. 3.2.2 Semua peserta peringkat umur 12 tahun & ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan. 3.2.3 Semua pemain WAJIB menyerahkan SURAT KEBENARAN IBUBAPA dan DEKLARASI KESIHATAN PEMAIN kepada urusetia sebelum dibenarkan bermain. 3.3 Kategori 18 tahun dan ke bawah 3.3.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah berumur 18 tahun dan ke bawah dan kiraan umur adalah pada 1 Januari 2023 atau dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2005. 3.3.2 Semua pemain diwajibkan membawa kad pengenalan asal. 3.3.3 Semua pemain WAJIB menyerahkan SURAT KEBENARAN IBUBAPA dan DEKLARASI KESIHATAN PEMAIN kepada urusetia sebelum dibenarkan bermain. 4. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN 4.1 Komposisi pasukan adalah seperti berikut: 4.1.1 Kategori 12 Tahun dan ke bawah - Setiap pasukan mesti mempunyai tidak lebih dari 15 pemain berdaftar dan tidak melebihi 2 jurulatih dan seorang pengurus pasukan. 4.1.2 Kategori 18 Tahun dan ke bawah - Setiap pasukan mesti mempunyai tidak lebih dari 15 pemain dan tidak melebihi 2 jurulatih dan seorang pengurus pasukan. 4.2 Setiap pasukan mesti disertai oleh PENGURUS PASUKAN pada masa perlawanan dijalankan. 4.3 Setiap daerah mesti mencalonkan empat pengadil untuk bertugas semasa kejohanan.
M a j l i s S u ka n S e k o l a h J o h o r K EJ O HAN AN S O F BO L MS S J O H O R 2023 4.4 Pendaftaran: Sebarang perubahan atau pindaan pada borang pendaftaran dibenarkan pada Mesyuarat/Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, jika pengurus berkenaan membawa Surat Pengesahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Daerah/PPD daerah masing-masing dengan cop rasmi. 4.5 Semua proses pendaftaran pemain mesti mematuhi Peraturan Am (4) MSSM. 5. SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSJ. 5.2 Tempoh perlawanan: 5.2.1 Kategori 12 tahun dan ke bawah 5.2.1.1 Semua perlawanan peringkat kumpulan 5.2.1.1.1 Adalah selama 1 jam atau 7 inning. 5.2.1.1.2 Tiada inning baru akan dibuka selepas 50 minit perlawanan dijalankan. 5.2.1.2 Perlawanan Pusingan XY, Akhir dan Tempat 3&4 5.2.1.2.1 Adalah selama 1 jam atau 7 inning. 5.2.1.2.2 Johan X akan bertemu Naib Johan Y pada separuh akhir begitu juga, Johan Y akan bertemu Naib Johan X. 5.2.1.2.3 Pemenang perlawan separuh akhir akan bertemu di Final dan yang tewas pada separuh akhir, akan bermain menentukan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4. 5.2.1.3 Perlawanan akhir adalah selama 1 jam 10 minit atau 7 inning. 5.2.1.4 Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam inning ketiga,10 larian dalam inning keempat atau 7 larian dalam inning kelima selepas tamat giliran memukul, perlawanan itu hendaklah ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang. 5.2.2 Kategori 18 tahun dan ke bawah 5.2.2.1 Semua perlawanan peringkat kumpulan 5.2.2.1.1 Adalah selama 1 jam 10 minit atau 7 inning. 5.2.2.1.2 Tiada inning baru akan dibuka selepas 60 minit perlawanan dijalankan. 5.2.2.2 Perlawanan Pusingan XY, Akhir dan Tempat 3&4 5.2.2.2.1 Adalah selama 1 jam 10 minit atau 7 inning. 5.2.2.2.2 Johan X akan bertemu Naib Johan Y pada separuh akhir begitu juga, Johan Y akan bertemu Naib Johan X. 5.2.2.2.3 Pemenang perlawan separuh akhir akan bertemu di Final dan yang tewas pada separuh akhir, akan bermain menentukan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4. 5.2.2.3 Perlawanan akhir adalah selama 2 jam atau 7 inning. 5.2.3 Setelah tamat tempoh masa perlawanan, permainan mestilah ditamatkan jika pasukan memukul kedua (second-at-bat) mendahului lawan. 5.2.4 Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam inning ketiga,10 larian dalam inning keempat atau 7 larian dalam inning kelima selepas tamat giliran memukul, perlawanan itu hendaklah ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang.
M a j l i s S u ka n S e k o l a h J o h o r K EJ O HAN AN S O F BO L MS S J O H O R 2023 6. KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN 6.1 Pemberian mata dalam pusingan awal adalah seperti berikut: Menang - 2 mata Kalah - 1 mata Kalah tanpa bertanding - 0 mata 6.2 Jika dua atau lebih mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan pasukan akan ditentukan mengikut prosedur berikut: 6.2.1 Keputusan perlawanan-perlawanan pasukan-pasukan terbabit diambil kira. Pasukan yang mempunyai bilangan kalah yang paling rendah akan diletakkan dikedudukan yang lebih tinggi. Jika seri, 6.2.2 Keputusan perlawanan antara pasukan terbabit diambilkira. 6.2.2.1 Jika dua pasukan terbabit, pasukan yang menang akan diletakkan pada kedudukan yang lebih tinggi. atau, 6.2.2.2 Jika 3 atau lebih pasukan terbabit, larian kena dalam perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan-pasukan terbabit akan diambil kira. Pasukan yang mempunyai larian kena yang paling rendah akan diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi. Jika seri, 6.2.3 Larian kena pada semua perlawanan semasa pusingan tersebut akan diambil kira. Pasukan yang mempunyai larian kena yang paling rendah akan diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi. Jika seri, 6.2.4 Melalui cabutan undi. pasukan pertama yang dipilih akan diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi. Definisi ‘larian kena’ – Jumlah larian yang diperolehi oleh pihak lawan. 6.3 Jika sesuatu perlawanan itu tidak dapat diteruskan atas sebab keadaan gelap, hujan, kebakaran, huru-hara atau lain-lain sebab yang boleh merbahayakan penonton atau pemain, pengadil berkuasa menangguhkan perlawanan tersebut dan menyambung semula perlawanan tersebut dengan baki masa yang ada. 6.3.1 Penangguhan permainan akibat masalah cuaca hujan dan kilat 6.3.1.1 Dalam tempoh perlawanan 1jam atau pusingan awal 6.3.1.1.1 Sekiranya setelah tamat 2 inning lengkap dan ada pemenangnya maka ia akan dijadikan sebagai keputusan rasmi kejohanan 6.3.1.1.2 Jika penangguhan sebelum tamat 2 inning lengkap tetapi telah lengkap 1 inning dan ada pemenangnya dan selepas menunggu selama 10 minit maka keputusan perlawanan tersebut diambil kira. 6.3.1.1.3 Tetapi jika telah berjalan 2 inning lengkap atau lebih dan tiada pemenangnya maka pemenang akan ditentukan melalui kaedah lambungan duit syilling. 6.3.1.2 Dalam tempoh perlawanan 1 jam 20 minit atau perlawanan akhir
M a j l i s S u ka n S e k o l a h J o h o r K EJ O HAN AN S O F BO L MS S J O H O R 2023 6.3.1.2.1 Sekiranya setelah tamat 3 inning lengkap dan ada pemenangnya maka ia akan dijadikan sebagai keputusan rasmi kejohanan 6.3.1.2.2 Jika penangguhan sebelum tamat 3 inning lengkap dan ada pemenangnya dan selepas menunggu selama 10 minit dan perlawanan tidak dapat disambung semula maka keputusan perlawanan tersebut diambil kira. 6.3.1.2.3 Tetapi jika telah berjalan 2 inning lengkap atau lebih dan tiada pemenangnya maka pemenang akan ditentukan melalui kaedah lambungan duit syilling. 7. PAKAIAN / PERALATAN 7.1 Sila rujuk Undang-undang Antarabangsa Permainan Sofbol-WBSC. 7.2 Pemain mesti memakai pakaian seragam. Nombor pemain mestilah disematkan di hadapan dan belakang pakaian seragam itu. 7.3 Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan yang diundi memukul terlebih dahulu (TOP) hendaklah menukar warna bajunya. Dua pasukan yang bertanding tidak boleh memakai pakaian seragam yang sama warna KECUALI pada pendapat Pengadil Plet kedua-dua pasukan dapat dibezakan semasa pertandingan. 7.4 Face Mask, Catcher Helmet, Throat Protector, Chest Protector dan Legguard adalah wajib untuk kecer semasa pertandingan. 7.5 Batter’s Helmet adalah wajib dipakai oleh pemukul menunggu, pemukul, pelari bes dan pemain yang menjadi jurulatih di petak jurulatih. 7.6 Pasukan lelaki WAJIB untuk memakai topi yang seragam semasa memadang. 7.7 Pemakaian face protector untuk infielder sangatlah digalakkan. 8. KELEWATAN 8.1 Hanya 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawan akan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan larian 7-0 untuk perlawanan tersebut sahaja. 8.2 Waktu 10 minit akan dikira bermula daripada “Play Ball” oleh pengadil plet. 8.3 Pengecualian kepada perkara 8.1 boleh diberikan oleh Jawatankuasa Penganjur jika pada pendapatnya kelewatan adalah diatas sebab-sebab yang munasabah dan tidak dapat dielakkan. 9. BANTAHAN 9.1 Bantahan ke atas perkara-perkara teknikal hendaklah diselesaikan di atas padang dan keputusan Ketua Pengadil adalah muktamad. 9.2 Perkara-perkara berkenaan hal kelayakkan pemain akan diselesaikan oleh Lembaga Rayuan. 9.3 Bantahan atas perkara 9.2 hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 tidak lewat dari 1 jam selepas tamat perlawanan. Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dibuat ditolak. 10. LEMBAGA RAYUAN 10.1 Sila rujuk Peraturan Am (17) MSSJ 10.2 Terdiri daripada:
M a j l i s S u ka n S e k o l a h J o h o r K EJ O HAN AN S O F BO L MS S J O H O R 2023 10.2.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya 10.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola 10.2.3 Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan (Sofbol) MSS Johor 10.2.4 Ketua Pengadil Kejohanan (UIC) 10.2.5 3 PTPS Sofbol Daerah yang tidak terlibat 11. BOLA PERTANDINGAN Bola Rasmi Kejohanan adalah VPS FP1500 atau yang setara dengannya bergantung kepada bekalan. 12. SPESIFIKASI PADANG 12.1 Jarak antara bes dan jarak picing bagi kategori 18 Tahun dan ke Bawah adalah seperti berikut: Kategori Jarak Antara Bes Jarak Picing Lelaki 18 Tahun & ke bawah 60 kaki 46 kaki Perempuan 18 Tahun & ke bawah 60 kaki 43 kaki 12.2 Jarak antara bes dan jarak picing bagi kategori 12 Tahun dan ke Bawah adalah seperti berikut: Kategori Jarak Antara Bes Jarak Picing Lelaki 12 Tahun & ke bawah 55 kaki 40 kaki Perempuan 12 Tahun & ke bawah 55 kaki 37 kaki 12.3 Bes berganda akan digunakan dalam semua perlawanan. 13. PERALATAN PERMAINAN 13.1 BET 13.1.1 Semua pasukan menggunakan Bat Fastpitch. 13.2 BOLA 13.2.1 Saiz bola kulit VPS FP1500 berukuran 12” 13.3 GLOVE 13.3.1 Semua pemain diwajibkan memakai glove 13.4 KASUT 13.4.1 Semua pemain harus berkasut. 13.4.2 Kasut dengan spike/cleat logam tidak dibenarkan. 13.5 PENGADANG MUKA DAN KERONGKONG 13.5.1 Semua kecer WAJIB memakai pengadang muka, pelindung dada, kaki, lutut dan kerongkong termasuk helmet semasa perlawanan. 13.5.2 Pemadang dalam digalakkan memakai pengadang muka. 13.6 HELMET
M a j l i s S u ka n S e k o l a h J o h o r K EJ O HAN AN S O F BO L MS S J O H O R 2023 13.6.1 Helmet diwajibkan dipakai setiap masa oleh pemukul, pemukul menunggu dan pemukul pelari. 13.6.2 Mana-mana helmet yang telah rosak, pecah, kemek atau dipinda tidak dibenarkan penggunaannya. 14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 14.1 Sila rujuk PERATURAN AM MSSJ (25) 14.2 Perkara yang tidak dinyatakan dalam PERATURAN AM MSSJ dan PERATURAN PERTANDINGAN ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah muktamad.