The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM6-0620 Siti Aishah Binti Azman, 2020-11-04 00:16:45

Kepentingan Teori Perkembangan Kanak-kanak oleh Jean Piaget kepada Guru

Perkembangan Kanak-kanak Jean Piaget

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 1)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)

DISEDIAKAN OLEH:

Nama SITI AISHAH BINTI AZMAN
ANGKA GILIRAN 2020192340195
NOMBOR KAD PENGENALAN 010328-11-0350
KUMPULAN PISMP AMBILAN JUN 2019 (F10)

KOD / NAMA KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)

NAMA PENSYARAH TUAN OMAR BIN CHEK MAN

TARIKH HANTAR 4 NOVEMBER 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana berkat limpah kurnia-Nya dapat saya
merasai nikmat tenaga serta masa untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Omar Bin
Chek Man, pensyarah bagi kursus Perkembangan Kanak-kanak (EDUP3023) kerana telah
memberi tunjuk ajar dan membimbing saya bagi menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga
saya yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya dan mereka sangat memahami
situasi saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan penghargaan ini juga
ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi semangat dan
dorongan untuk menyelesaikan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini.

ii

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan 1
2.0 Teori Perkembangan Kanak-kanak oleh Jean Piaget 1-2

3.0 Kepentingan Guru Menguasai Teori Perkembangan 3-5
Kanak-kanak mengikut Teori Jean Piaget
4.0 Kesimpulan 5
Rujukan 6

1

1.0 Pengenalan

Manusia normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi aspek
fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi
remaja, dewasa dan tua. Pertumbuhan merupakan suatu perubahan yang boleh dinilai atau
diukur satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari satu jangka masa ke satu jangka masa
yang lain (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2018). Selain itu, Menurut Zainuddin (2008)
dalam penulisan (Azizi Yahaya, 2014) perkembangan adalah berkaitan dengan perubahan
pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Perkembangan ini merupakan perubahan
yang bersifat kualitatif yang mana berlaku perubahan antara sifat yang terdahulu dengan
sifat yang terbentuk. Hal ini juga telah disokong oleh Faridah Nazir (2014) yang menyatakan
bahawa perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta ke arah lebih baik dari
segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Menurut Atan Long (1990) pula perkembangan bersifat kualiti yang mampu menjadikan
seseorang individu lebih matang. Dapat dikatakan bahawa pengetahuan tentang
pertumbuhan dan perkembangan merupakan perkara penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang perlu diambil berat oleh guru. Hal ini demikian kerana apabila guru
memahami pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, guru boleh merancang dan
menyediakan aktiviti belajar bersesuaian dengan peringkat mereka. Pelbagai teori telah
diperkenalkan oleh tokoh-tokoh bagi membantu guru menguasai peringkat perkembangan
kanak-kanak. Tokoh tersebut termasuklah Jean Piaget.

2.0 Teori Perkembangan Kanak-kanak oleh Jean Piaget

Jean William Fritz Piaget atau lebih dikenali sebagai Jean Piaget merupakan tokoh
psikologi kanak-kanak serta psikologi perkembangan dan kognitif. Jean Piaget dilahirkan
pada tahun 1989. Beliau merupakan ahli falsafah yang terkenal disebabkan oleh teori
perkembangan kognitifnya yang mengkaji tentang bagaimana kanak-kanak
mengembangkan intelektual mereka semasa menjadi kanak-kanak. Tokoh yang berasal dari
Switzerland ini telah menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Piaget berpendapat
minda boleh berkembang, berubah dan dapat menerima masalah yang berlaku apabila
berinteraksi dengan persekitaran. Dalam penulisan Azizi Yahaya (2005) menyatakan
bahawa Piaget dan ahli psikologi kognitif merupakan ahli struktur disebabkan oleh mereka
mementingkan struktur pemikiran manusia.

2

Selain itu, Jean Piaget telah memperkenalkan aspek penting bagi memahami tingkah
laku dan perkembangan kognitif yang mana beliau menekan 4 aspek penting iaitu skemata,
asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Berikut merupakan jadual yang menerangkan
aspek-aspek ini:

ASPEK PENERANGAN
Skemata Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasi maklumat baru

Asimilasi Penerimaan maklumat baru selaras dengan skemata yang sedia ada

Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru

Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam
keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman

Seterusnya, Jean Piaget telah memperkenalkan empat teori berkaitan dengan peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak. Tahap-tahap ini merangkumi pelbagai aspek
perkembangan mental termasuklah pemikiran, bahasa, moral dan ingatan. Peringkat
perkembangan kognitif yang pertama ialah peringkat sensori motor melibatkan kanak-kanak
baru lahir sehingga 2 tahun. Kanak-kanak pada peringkat ini belum mengetahui akan
kewujudan objek disekelilingnya. Kebolehan kanak-kanak pada peringkat awal ini adalah
mencari, menghisap, menggenggam dan mendengar yang melibatkan pergerakan fizikal
dan deria. Seterusnya, peringkat kedua ialah tahap praoperasi melibatkan kanak-kanak
berumur 2 tahun sehingga 7 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak menggunakan minda
sebagai medium pembentukan skema baharu serta meningkatkan kemahiran berbahasa
mereka. Peringkat ketiga pula ialah operasi konkrit. Kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun
mula menguasai konsep pemuliharaan dan berfikiran logik serta masih terikat dengan situasi
konkrit. Peringkat akhir ialah peringkat operasi formal yang melibatkan kanak-kanak
berumur selepas 12 tahun akan memiliki pemikiran yang abstrak dan sistematik. Mereka
mampu membuat hipotesis serta bersifat egosentrik iaitu susah menerima pandangan orang
lain (Fatimah Ibda, 2015).

3

3.0 Kepentingan Guru Menguasai Teori Perkembangan Kanak-kanak mengikut Teori
Jean Piaget

Guru merupakan insan berilmu yang bertanggungjawab memberi didikan kepada kanak-
kanak. Guru juga merupakan individu yang berperanan penting dalam memastikan
perkembanagn kognitif kanak-kanak bagi mencapai satu tahap yang optimum. Hal ini
disokong oleh Mook Soon Sang (2008) yang menyatakan bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak dipengaruh oleh orang yang lebih dewasa dan telah mempunyai pengalaman
serta berilmu pengetahuan. Dapat dikatakan bahawa dalam mengembangkan kognitif
kanak-kanak, guru perlu menguasai teori perkembangan kanak-kanak yang diperkenalkan
oleh Jean Piaget (1896-1980). Menurut Wong Kiet Wah et al., (2013) teori perkembangan
kognitif Jean Piaget menjadi satu keutamaan dalam pemikiran berkaitan psikologi kognitif.
Terdapat beberapa kepentingan yang diperoleh oleh guru apabila mengaplikasikan teori
perkembangan kognitif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan yang pertama ialah guru dapat memberi peluang kepada murid-murid
melakukan aktiviti yang melibatkan permainan kanak-kanak. Permainan yang dijalankan
mestilah bersesuaian dengan tahap umur mereka. Kebiasaannya kanak-kanak lebih suka
melakukan aktiviti secara konkrit kerana mereka dapat melalui proses pembelajaran
tersebut dengan lebih jelas. Guru perlu melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan
aktif kanak-kanak. Contohnya, guru bahasa Melayu boleh membawa murid-murid ke taman
untuk mereka mengenali nama bunga dan mengeja nama bunga itu pada sehelai kertas
dengan menggunakan marker. Hal ini dapat membantu kanak-kanak mengembangkan
kognitif mereka. Aktiviti yang perlu dijalankan oleh guru adalah berbentuk „hands-on‟ yang
bermaksud pembelajaran yang berlaku secara langsung dengan pengalaman murid-murid.
Mereka akan melakukan sendiri aktiviti yang dilaksanakan dan mempunyai kaitan langsung
dengan pengalaman mereka. Menurut Doran (1990) dalam penulisan Nurul Izzah (2011)
menyatakan bahawa aktiviti “hands-on” adalah melibatkan aktiviti praktik, aktiviti manipulatif
dan aktiviti berpusatkan bahan. Melalui aktiviti “hands-on” murid-murid akan memperolehi
pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah.

Selain itu, guru dapat menyediakan peluang kepada murid-murid untuk membuat
penerokaan dan penemuan konsep berkaitan dengan tajuk yang dipelajari menggunakan
daya pemikiran mereka. Guru boleh memberikan soalan-soalan yang bersesuaian dengan
tahap pencapaian murid di dalam kelas tersebut. Perkara ini dijalankan adalah bertujuan
untuk menggalakkan murid-murid berfikir secara logikal dan analitikal. Strategi yang

4

mencabar dalam proses pengajaran dapat mencetuskan proses asimilasi dan akomodasi
serta dapat memperluaskan skema kognitif sedia ada dan dapat membina skema kognitif
yang baharu (Wong Kiet Wah et al, 2013). Aktiviti pembelajaran perlu mengambil kira
pengetahuan sedia ada murid-murid bagi memudahkan mereka menjalani proses belajar.
Contohnya, apabila guru mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas, guru perlu
memastikan bahawa soalan yang diajukan itu bersesuai dengan tahap pemikiran kanak-
kanak. Jika murid tersebut merupakan pelajar yang lemah dan diberikan soalan yang
memerlukan pemikiran aras tinggi, ia akan menjadikan murid tersebut malas berfikir dan
sekaligus minat mereka untuk belajar menjadi semakin berkurang. Jadi guru perlu bijak
membuat pemilihan strategi pengajaran yang berkesan bagi memastikan murid-murid
mempunyai semangat dan sentiasa berkongsi pendapat serta pengetahuan ketika proses
perbincangan berlaku. Kebiasaannya, pada akhir sesi pengajaran berkaitan sesuatu topik,
guru akan menguji murid-murid dengan mengadakan sesi kuiz atau murid diminta untuk
membuat rumusan berkaitan topik yang dipelajari. Hal ini dapat membantu murid
meningkatkan daya pemikiran mereka serta dapat membantu guru memastikan objektif
pengajaran tercapai pada hari tersebut.

Seterusnya, dengan menguasai teori perkembangan kognitif kanak-kanak, dapat
membantu guru dalam meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yang tidak disukai pelajar
mengikut tahap umur mereka. Menurut Thomas (2002) personaliti dan tingkah laku kanak-
kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur. Hal ini dapat dilihat dalam peringkat
operasi formal yang mana remaja sering memikirkan tentang masa hadapan mereka. Pada
tahap ini remaja menginginkan yang terbaik untuk diri mereka sehingga mencetuskan
kekeliruan yang juga disebut sebagai egosentrisme dewasa. Egosentrisme dewasa
membawa maksud seseorang yang tidak dapat membezakan antara pemikiran sendiri
dengan pemikiran orang lain (Santrock, 2003). Disebabkan itu, personaliti remaja akan
mengalami perubahan seperti mereka sering mengasingkan diri mereka daripada bergaul
dengan orang lain terutamanya dari kalangan keluarga. Mereka akan melakukan perkara
yang mereka suka bersama dengan rakan-rakan. Hal ini demikian kerana, remaja
beranggapan bahawa perkara yang mereka lakukan adalah betul. Namun, jika mengikut
pandangan orang yang lebih dewasa mengatakan bahawa perkara yang mereka lakukan
adalah sia-sia. Contohnya, remaja terlibat dengan lumba haram yang mana bagi mereka
penglibatan itu hanya untuk keseronokan sahaja. Bagi mereka lumba haram tidak akan
mendatangkan musibah kepada diri mereka (Wong Kiet Wah et al., 2013). Menurut Staler
(1990) personaliti remaja turut dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pengaruh rakan
sebaya. Dalam hal ini, guru berperanan bagi memastikan pelajar mempunyai pengetahuan
yang luas dan dapat berfikir secara terbuka serta matang dalam membuat keputusan.

5

Teknik pendekatan yang berkesan seperti memberi nasihat secara personal dapat
membantu pelajar menyedari akan kesilapan yang telah mereka lakukan (Azizi Yahaya dan
Jaafar Sidek Latif, 2005).

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget
merupakan teori penting untuk dikuasai oleh guru dalam merancang dan melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid
secara efektif. Bimbingan dan sokongan perlu disertakan ketika memberi didikan kepada
kanak-kanak bagi membantu meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Teori
perkembangan tersebut perlu dijadikan panduan oleh guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu memastikan perkembangan kanak-kanak
sentiasa berada tahap yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka bagi melahirkan
generasi berguna pada masa akan datang.

6

Rujukan

Azizi Yahaya. (2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan. PTS Professional Sdn. bhd.

Azizi Yahaya. (2014). Teori-teori perkembangan. Universiti Malaysia Sabah.

Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. PTS Professional
Publishing.

Faridah Nazir. (2014). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia.

Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan kognitif: teori jean piaget. Jurnal Pendidikan, 3(1), 27-
37.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Modal pendidikan awal kanak-kanak PAKKD2013
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Penerbitan Multimedia.

Nurul Izzah. (2011). Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on Membantu
Meningkatkan Minat dan Penglibatan Murid-murid Prasekolah. Retrieved 10 31,
2020, from https://www.scribd.com/doc/70204845/Pengaplikasian-Pembelajaran-
Secara-Hands-On-Membantu-Meningkatkan-Minat-Dan-Penglibatan-Murid-murid-
Prasekolah-Hikmah-Sk-Bukit-Guntong-Dalam-Pembelaj

Santrock, J.W. (2003). Adolescence perkembangan remaja. Penerbit Erlangga.

Thomas. (2002). Organisasi kualiti mutlak. Universiti Teknologi Malaysia.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd Rashid dan
Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Oxford Fajar.


Click to View FlipBook Version