The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1277-11-khairul, 2023-03-12 00:37:47

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 6 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Ibadah) 2. Kelas 6 Bestari 3. Tarikh/Hari 22 Syaaban 1444H/ 15 Mac 2023/ Rabu 4. Masa 10.20 – 11.20 Pagi (60 Minit) 5. Bilangan Murid 22 Orang (Perempuan) 6. Tajuk Solat Jenazah Penghormatan Terakhir 7. Pengetahuan Sedia Ada Murid-murid pernah melihat orang menunaikan solat jenazah. 8. Standard Kandungan 4.3 Merumus konsep solat jenazah dan mengamalkan serta menghayatinya secara beradab dan istiqomah. 9. Standard Pembelajaran 4.3.1 Menyatakan maksud solat jenzah dan hukum melaksanakannya. 4.3.2 Memperincikan tatacara solat jenazah. 4.3.3 Mengaplikasi solat jenazah. 4.3.4 Merumus kepentingan pelaksanaan solat jenazah dalam membentuk keperibadian. 4.3.5 Sentiasa menunaikan kefardhuan solat jenazah secara beradab dan istiqamah. 10. Objektif Pembelajaran Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Menyatakan maksud solat jenazah dan hukum melaksanakannya dengan betul setelah mendengar penerangan. 2. Memperincikan tatacara solat jenazah dengan tepat setelah mendengar penerangan. 3. Mengaplikasikan solat jenazah dengan betul setelah mendengar penerangan. 4. Merumus kepentingan pelaksanaan solat jenazah dalam bentuk keperibadian dengan betul setelah mendengar penerangan.


11. Kemahiran Berfikir Murid dapat membanding beza solat jenazah dengan solat fardu. 12. Gabung Jalin Tilawah Al-Quran : Murid membaca bacaan dalam solat jenazah mengikut hukum tajwid yang betul. Akhlak : Adab sesama makhluk ciptaan Allah. 13. Penyerapan Matematik : Bilangan Takbir 14. Penerapan Nilai Khusyuk, Tawakal, Berani, Bersungguh-sungguh, Bersyukur 15. Amalan Pedagogi Kini Pembelajaran Koperatif 16. Kemahiran Insaniah Kemahiran Amali 17. E.M.K 1. Teknologi maklumat dan komunikasi : Murid menggunakan teknologi untuk mengakses maklumat pembelajaran yang disediakan oleh guru bagi meningkatkan kefahaman terhadap kandungan mata pelajaran. 18. Penilaian PdP 1. Lisan 2. Tulis 3. Pemerhatian 19. Bahan Bantu Mengajar Video, gambar, Google Slide, Google Docs, Woedwall, Padlet, Canva, Quizizz, Google Form Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Muqaddimah (3 minit) Bacaan Doa Sebelum Belajar : 1. Murid-murid diminta oleh guru membaca bacaan doa sebelum belajar dan syahadah. 2. Murid-murid diminta mengikut bacaan doa Penerapan Nilai : 1. Khusyuk 2. Tawakal 3. Adab berdoa


Bacaan Syahadah : sebelum belajar dan syahadah melalui video yang telah disediakan oleh guru. Set Induksi (5 minit) Soalan : Gambar apakah ini? Dimanakah kamu pernah melihat gambar ini? Pernahkah kamu sampai ke tempat ini? 1. Murid meihat gambar yang ditunjukkan oleh guru. 2.Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. 3. Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pembelajaran yang akan diajar. Kaedah : Soal jawab Bahan Bantu mengajar : Gambar Penerapan Nilai : Berani Langkah 1 (15 minit) Maksud dan hukum melaksanakan solat jenazah serta dalil dan pengertiannya. Solat jenazah bermaksud solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup atas orang Islam yang telah meninggal dunia. Hukum melaksanakan solat jenazah : Fardu kifayah dituntut sebahagian masyarakat untuk mengerjakannya, jika tiada yang melaksanakannya semua anggota masyarakat akan berdosa. Tujuan solat adalah untuk menghormati dan mendoakan jenazah. 1. Sumbang saran antara guru dengan murid mengenai gambar solat jenazah. 2. Guru menerima pandangan muridmurid yang diberikan dalam google docs. 3. Guru dan murid dapat membaca E.M.K : Teknologi maklumat dan komunikasi Kaedah : Penerangan, Soal Jawab (kuiz Quizizz) Bahan Bantu Mengajar : Audio Google Slide Google Docs


Dalil dan pengertian : idea dan pendapat yang disenaraikan. 4.Murid diperdengarkan tentang maksud, hukum dan dalil solat jenazah melalui audio dan membaca slide. 5. Murid diminta menjawab soalan yang telah disediakan oleh guru. Penerapan nilai : Bersungguhsungguh Langkah 2 (20 minit) Tatacara solat Jenazah : 1. Berdiri bagi yang mampu. 2. Mengangkat takbir pertama. Berniat dalam hati. 3. Membaca Al-fatihah 4. Mengangkat takbir kedua. 5.Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. 6. Mengangkat takbir ketiga. 7. Berdoa untuk jenazah. 8. Mengangkat takbir keempat. 9. Berdoa untuk jenazah. 10. Memberi salam. 1. Murid menonton video penerangan tentang tatacara Solat jenazah daripada youtube yang disediakan. 2. Murid membaca slide (canva) yang disediakan oleh guru. 3. Murid dikehendaki menghafal 10 tatacara Solat Jenazah daripada Kaedah : Penerangan Soal Jawab (kuiz Wordwall) Bahan Bantu Mengajar : Video Youtube Slide (canva) Gabung Jalin: Al-Quran Bacaan Surah Al-


slide (canva) tersebut. 4. Murid diminta menjawab soalan yang telah disediakan oleh guru. Fatihah dan doa) Langkah 3 (15 minit) Kepentingan Solat Jenazah: Individu: 1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. 2. Melahirkan keinsafan dalam diri tentang kematian. 3. Menzahirkan sifat ihsan dalam diri. Masyarakat: 1. Mengeratkan silaturrahim antara umat Islam. 2. Melahirkan masyarakat prihatin, penyayang dan bertanggungjawab. 3. Menghormati jenazah dan mendoakan kesejahteraan keatasnya. Agama: 1. Memberikan gambaran kepada orang lain bahawa Islam agama penyayang dan umatnya berpekerti mulia. 2. Mengukuhkan ikatan persaudaraan antara umat Islam. 1. Murid membaca nota yang disediakan oleh guru. 2. Murid diminta memberi rumusan berkaitan kepentingan Solat Jenazah secara berkumpulan. (1 kumpulan 2 orang) Isi jawapan pada ruangan yang disediakan. 3. Hasil tugasan terbaik akan dipilih oleh guru. Kaedah : Perbincangan Soal Jawab (google form) Bahan Bantu Mengajar : Padlet Kemahiran Insaniah : Kerja berkumpulan


3. Orang yang meninggal dunia mendapat doa daripada orang yang masih hidup. Penutup (2 minit) Penutup Kognitif Pengertian Solat Jenazah Hukum Solat Jenazah Dalil Solat Jenazah Tatacara Solat Jenazah Kepentingan Solat Jenazah Penutup Sosial Sentiasa bersyukur dan menghargai kehidupan yang diberikan oleh Allah serta menginsafi diri supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah. 1. Murid diminta mengingat kembali isi pembelajaran. 2. Murid diingatkan supaya sentiasa bersyukur dan menghargai kehidupan yang diberikan oleh Allah serta menginsafi diri supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah. Penerapan Nilai : Bersyukur Gabung Jalin: Akhlak: Adab sesama makhluk ciptaan Allah. Refleksi Kelebihan menggunakan aplikasi interaktif ialah semua murid dapat mengakses google site yang saya hasilkan dan proses pembelajaran dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Saya berharap semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang dinyatakan pada muka depan. Semasa menghasilkan google site ini saya menghadapi sedikit masalah untuk mengupload beberapa aplikasi. Saya akan membuat penambahbaikan dengan mendalami setiap cara untuk mengupload aplikasi di google site.


Click to View FlipBook Version