The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN PENGURUSAN ASRAMA. MELIPUTI BAHAGIAN PENTADBIRAN, PERATURAN AM DAN KHUSUS, PENGURUSAN DISIPLIN DAN CARTA ALIR YANG BERKAITAN ASRAMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by parodymaniac01, 2022-08-16 06:57:40

BUKU PENGURUSAN ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

BUKU PANDUAN PENGURUSAN ASRAMA. MELIPUTI BAHAGIAN PENTADBIRAN, PERATURAN AM DAN KHUSUS, PENGURUSAN DISIPLIN DAN CARTA ALIR YANG BERKAITAN ASRAMA

Keywords: BUKU PENGURUSAN,ASRAMA,KOLEJ VOKASIONAL

Mukasurat |1

Mukasurat |2

PANDUAN PENGURUSAN ASRAMA MUKA SURAT
KANDUNGAN
BAHAGIAN I: PENGENALAN

1. Falsafah Pendidikan 3
2. Visi 3
3. Misi 3
4. Etika Pelajar 4
5. Tanggungjawab Pelajar 4

BAHAGIAN II: PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR DI ASRAMA 6
1. Tujuan 6
2. Carta Organisasi Pengurusan & Pentadbiran Asrama 7
3. Tugas Dan Peranan Ketua Warden dan Warden 8
4. Peraturan Pakaian 11
5. Peraturan Keluar Asrama 13
6. Peraturan Kelas Persediaan 14
7. Peraturan Penginapan 15
8. Peraturan Penggunaan Kemudahan 17
9. Peraturan Keselamatan 19
10. Jadual Harian / Mingguan 20
11. Aktviti kerohanian 20
12. Aktiviti Riadah

BAHAGIAN III: PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR 21
1. Kod Kesalahan Disiplin

CARTA ALIR 24

PELAN LALUAN KECEMASAN ASRAMA 31

PELAN LANTAI ASRAMA 32

Mukasurat |3

1. FALSAFAH PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988).

2. VISI KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

Kolej Vokasional Labuan unggul dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi

3. MISI KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

Komited melahirkan pelajar yang berkemahiran, kreaktif, inovatif, aktif dan taat kepada
Tuhan melalui kurikulum pendidikan vokasional

4. ETIKA PELAJAR

a. Kepercayaan Kepada Tuhan

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai
seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala
kemudahan dan nikmat yang dikurniakan.

b. Bersopan Dan Bertatasusila

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai
seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa,
menghormati ibu bapa, pensyarah-pensyarah, ketua dan rakan-rakan.

c. Kepatuhan Kepada Undang-Undang

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai
seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan & Undang-
Undang Agama, Kolej dan Negara.

d. Menghormati Masa Dan Tanggungjawab

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai
seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab.

Mukasurat |4

e. Mementingkan Kesihatan Dan Kebersihan

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai
seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa, berketerampilan,
mementingkan kebersihan dan mencintai alam sekitar.
f. Berfikiran Positif Dan Bercita-cita Tinggi

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak
mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik,
berdaya saing dan bercita-cita tinggi.

5. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

5.1 Tanggungjawab kepada diri sendiri

i. Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan
rohani.
ii. Bersopan, jujur dan amanah.
iii. Menghargai dan menepati masa.
iv. Berjimat cermat.
v. Bersifat sederhana dan tidak sombong.
vi. Sabar dan bertolak ansur.
vii. Menghormati hak asasi orang lain.
viii. Berani dan cekal hati.
ix. Bersikap dedikasi.
x. Bersikap berdikari.
xi. Bersifat rajin dan berusaha.
xii. Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

5.2 Tanggungjawab kepada keluarga

i. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa.
ii. Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga.
iii. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang

berpendidikan dan bermoral tinggi.
iv. Menjaga nama baik keluarga.
v. Menghormati sahabat/kenalan keluarga.

5.3 Tanggungjawab kepada kolej

i. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan kolej
ii. Menghormati pensyarah-pensyarah dan kakitangan.
iii. Belajar bersungguh-sungguh.
iv. Menaikkan imej kolej dalam semua bidang.
v. Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi.
vi. Bekerjasama dan bersatu padu
vii. Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh unit dan kolej.

Mukasurat |5

viii. Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan olehkolej
dengan baik.

5.4 Tanggungjawab kepada masyarakat

i. Tolong menolong dan bekerjasama.
ii. Menghormati orang-orang yang lebih tua.
iii. Suka bertolak ansur.
iv. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam kaum lain.
v. Bersifat toleran.
vi. Rasa bersefahaman dan sabar.
vii. Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat/kebajikan.
viii. Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam

sekitar.
ix. Memelihara kerukunan hidup berjiran.
x. Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada

pencemaran budaya.

5.5 Tanggungjawab kepada negara

i. Mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan

mempertahankan negara.

ii. Mematuhi undang-undang.

iii. Mengamalkan Prinsip Ruku Negara.

iv. Menjaga kemudahan-kemudahan awam.

v. Menjaga dan menaikkan imej negara.

vi. Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia.

vii. Memelihara dan mempertahan keindahan semula jadi negara.

5.6 Tanggungjawab kepada agama

i. Taat kepada perintah agama
ii. Mempertahankan kesucian agama.
iii. Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian.
iv. Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama.
v. Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan

masyarakat.

Mukasurat |6

BAHAGIAN II: PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR
1. TUJUAN
1.1 Mewujudkan suasana yang selesa, tenteram, tidak terancam dan
kasih sayang dalam kalangan pelajar yang berasal daripada pelbagai
latar belakang.
1.2 Membina dan menyuburkan keterampilan sahsiah dan kepimpinan
pelajar di asrama.
1.3 Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di asrama.
1.4 Memastikan peraturan asrama dipatuhi.
1.5 Memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

2. CARTA ORGANISASI PENGURUSAN & PENTADBIRAN ASRAMA

Pengarah

Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik

Ketua Unit Asrama

Ketua Warden Penyelia Asrama

Warden

Pelajar

Nota:
Nisbah 50 orang pelajar = 1 orang
warden termasuk Ketua warden

Mukasurat |7

3. TUGAS DAN PERANAN KETUA WARDEN DAN WARDEN

3.1 Ketua Warden

i. Mewakili Pengarah dalam hal-hal pentadbiran asrama selepas waktu
pejabat.

ii. Menyelia tugas wardenh Asrama.
iii. Menyediakan jadual tugas harian dan mingguan warden Asrama.
iv. Memeriksa laporan harian warden Asrama bertugas dan mengambil

tindakan yang sesuai.
v. Mengadakan mesyuarat tindakan warden Asrama
vi. Bertanggungjawab terhadap semua hal kebajikan pelajar di asrama.
vii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah/ Timbalan

Pengarah dari semasa ke semasa.

3.2 Warden Asrama

i. Menguruskan penempatan pelajar baru ke asrama.
ii. Memastikan jadual waktu harian pelajar dipatuhi.
iii. Bertanggungjawab terhadap semua hal makanan dari segi menu,

kebersihan, kualiti, kuantiti dan spesifikasi.
iv. Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan peraturan asrama dipatuhi

oleh pelajar.
v. Mengawasi keluar masuk pelajar pada masa cuti, hujung minggu dan

pada masa-masa tertentu.
vi. Melaksanakan kegiatan yang sesuai untuk perkembangan emosi,

rohani, jasmani dan sosial yang sihat dalam kalangan pelajar di asrama.
vii. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapat rawatan bagi pelajar

yang sakit.
viii. Membantu mengelola latihan kebakaran di asrama.
ix. Mengawas keselamatan diri dan harta benda pelajar di asrama.

x. Menyediakan laporan harian untuk tindakan Ketua Warden
xi. Mengadakan gotong-royong membersihkan asrama.

Mukasurat |8

4. PERATURAN PAKAIAN

BIL. PAKAIAN LELAKI PAKAIAN PEREMPUAN
Baju korporat , baju rasmi
Keluar bandar / balik Baju korporat asrama, baju asrama , tudung hitam
(muslim), Kasut bertutup.
1. bermalam / pulang ke rasmi asrama & seluar slack
Tiada.
asrama hitam, kasut bertutup

Sembahyang Baju Melayu lengkap, kurta,
2 Jumaat seluar panjang

3 Gereja Baju korporat asrama & seluar Baju korporat, blous
slack hitam, kasut bertutup panjang, Kasut bertutup.

4 Kelas Persediaan T- shirt dan seluar panjang Baju kurung atau
berpakaian sopan

5 Hari Cuti Kemas, bersih dan tidak Kemas, bersih dan tidak

mencolok mata. mencolok mata.

6 Majlis Keagamaan Muslim: Baju Melayu lengkap, Muslim: Pakaian yang

bersongkok serta sesuai menutup aurat dan

dengan majlis. kemas serta sesuai

dengan majlis.

Non-muslim: baju yang sesuai Non-muslim: baju yang

dengan majlis serta kemas sesuai dengan majlis

dan sopan serta kemas dan sopan

7 Surau Baju Melayu lengkap / Baju Baju Kurung / jubah dan

Melayu dengan seluar panjang memakai telekung
‘slacks’ atau kain pelekat atau sembahyang yang

jubah. Baju kemeja atau baju lengkap.

T berkolar dengan kain

pelekat / seluar panjang
‘slacks’. Bersongkok / kopiah

dan serban.

8 Dewan Makan Hari Persekolahan : Hari Persekolahan:

Pakaian adalah seperti ke Pakaian adalah seperti

kelas. ke kelas.

9 Pakaian Semasa Malam / Hujung Minggu / Cuti Malam / Hujung Minggu /
Lawatan Am: Cuti Am:
Pakaian mestilah kemas dan Pakaian mestilah kemas
bersih. dan bersih.
Baju korporat asrama Baju korporat asrama

Mukasurat |9

5. PENAMPILAN DIRI

5.1 PELAJAR LELAKI

a. RAMBUT

i. Rambut mestilah sentiasa kemas, tidak tebal dan tidak mencecah kolar
baju (pelajar DVM) dan pendek dengan ukuran 3 2 1 (pelajar SVM)

ii. Rambut mestilah bersih dan disikat.
iii. Mewarnakan rambut tidak dibenarkan.
iv. Stail rambut yang keterlaluan seperti ‘punk, trojan, skin head, bross’ dan

lain-lain tidak dibenarkan.
v. Menggunakan gel, pengeras rambut atau minyak rambut yang berbau

tengik tidak dibenarkan.

b. MISAI, JANGGUT DAN JAMBANG

i. Menyimpan misai dan janggut tidak dibenarkan.
ii. Jambang atau ekor pipit yang dibenarkan adalah 2 cm sahaja.

c. KUKU

i. Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan.
ii. Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional tidak dibenarkan.
iii. Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.

d. PEMAKAIAN AKSESORI / BARANG KEMAS

i. Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas adalah tidak
dibenarkan.

ii. Bertindik, bertatu, dan berinai tidak dibenarkan.

M u k a s u r a t | 10

5.2 PELAJAR PEREMPUAN

a. RAMBUT

i. Rambut hendaklah pendek, jika panjang mestilah diikat / didandan dengan
riben hitam / putih atau biru.

ii. Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka.
iii. Rambut yang berfesyen dan berwarna tidak dibenarkan.
iv. Rambut mesti kemas dan bersih.

b. MUKA

i. Memakai alat solek seperti gincu, celak dan lain-lain tidak dibenarkan.
ii. Mencukur bulu kening atau mencabutnya tidak dibenarkan.

c. KUKU

i. Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan.
ii. Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional tidak dibenarkan.
iii. Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.

d. PEMAKAIAN AKSESORI / BARANG KEMAS

i. Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas adalah tidak
dibenarkan.

ii. Bertindik, bertatu, dan berinai tidak dibenarkan.

M u k a s u r a t | 11

6. PERATURAN KELUAR ASRAMA

6.1 Keluar Ke Bandar

i. Pelajar dibenarkan keluar ke bandar yang berdekatan dengan kolej /
bandar pada hari yang ditentukan oleh pihak kolej.

ii. Masa keluar ke bandar hendaklah mengikut masa yang ditetapkan oleh
pihak kolej.

iii. Pelajar dikehendaki mendapatkan tandatangan kebenaran daripada
warden dilantik

iv. Pelajar hendaklah keluar secara berkumpulan sekurang-kurangnya dua
orang.

v. Pelajar digalakkan menggunakan pengangkutan awam.
vi. Tinggalkan kad ‘outing’ yang telah ditandatangani dipondok pengawal.
vii. Pelajar dikehendaki memakai pakaian ‘outing’ yang telah ditetapkan

(rujuk peraturan pakaian keluar ke bandar).
viii. Semasa keluar ke bandar pelajar tidak dibenarkan mengunjungi tempat-

tempat berikut:
 Pusat permainan hiburan seperti ‘Billiard’, ‘Pin Ball’, ‘Video Games’
dan Snuker.
 Semua kelab malam, bar, disko dan seumpamanya.
 Semua tempat pelacuran, rumah urut dan seumpamanya.
 Pusat hiburan seperti pawagam

ix. Pelajar hendaklah menjaga imej dan nama baik kolej.
x. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal dan mengambil

kembali kad ‘outing’ semasa kembali ke kolej sebelum jam 5.00 petang

6.2 Pulang Bermalam

i. Pelajar yang hendak pulang bermalam hendaklah mendapatkan
borang balik daripada penyelia asrama. Pelajar dihendaki
mendapatkan kelulusan daripada Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik

ii. Pelajar hendaklah membawa borang permohonan pulang bermalam
yang telah diluluskan kepada warden dilantik bertugas untuk
mendapatkan tandatangan kebenaran pulang pada kad ‘outing’
pelajar.

iii. Borang permohonan pulang bermalam hendaklah diserahkan kepada
penyelia asrama

iv. Pelajar hendaklah meninggalkan kad ‘outing’ di pondok pengawal
v. Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan pakaian pulang bermalam

semasa pulang dan kembali ke kolej.
vi. Pelajar hendaklah menjaga nama baik dan imej kolej ketika pulang

bermalam.
vii. Pelajar hendaklah kembali semula ke kolej sebelum jam 5.00 petang

pada tarikh yang ditetapkan.
viii. Sekiranya pelajar tidak dapat kembali ke kolej pada tarikh yang

ditetapkan, ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada
pihak kolej dengan menyatakan sebab-sebab tidak dapat kembali

M u k a s u r a t | 12

sebelum jam 10.00 keesokannya.

6.3 Pulang Kecemasan

i. Ibu bapa / penjaga hendaklah menghubungi warden dilantik untuk
mendapatkan kebenaran

ii. Pelajar perlu melengkapkan borang balik kecemasan dan
mendapatkan tandatangan warden dilantik

iii. Pelajar hanya dibenarkan untuk pulang bersama ibu bapa/ penjaga
atau ahli keluarga sahaja

6.4 Keluar Mengikuti Program (lawatan,perkhemahan, kokurikulum dan
seumpamanya)

i. Program telah diluluskan oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah
ii. Surat pengesahan kelulusan, kad ‘outing’ peserta dan senarai

peserta yang disahkan oleh pensyarah penasihat / pengiring
hendaklah dikemukakan kepada warden bertugas.
iii. Pelajar yang ditahan kad ‘outing’ atau dikenakan tahanan dalam kolej
tidak dibenarkan menyertai program.
iv. Warden hanya menandatangani kebenaran pada senarai peserta
sahaja tanpa menandatangani semua kad ‘outing’.
v. Salinan senarai nama yang disertakan bersama kad ‘outing’ peserta
hendaklah diserahkan di pondok pengawal.
vi. Peserta hendaklah mematuhi peraturan pakaian yang telah
ditetapkan berdasar program yang disertai.
vii. Peserta hendaklah sentiasa menjaga imej dan nama baik kolej
semasa mengikuti program yang disertai.
viii. Peserta hendaklah melaporkan diri di pondok pengawal dan
mengambil kembali kad ‘outing’ sebelum masuk ke asrama.

M u k a s u r a t | 13

6.5 Keluar Ke Klinik (di luar waktu pejabat)

i. Melaporkan kepada warden dilantik
ii. Mendapat rawatan di klinik / hospital dengan dihantar oleh

warden / pemandu bertugas.
iii. Melaporkan diri di pondok pengawal

6.6 Keluar Untuk Solat Jumaat / gereja

i. Pelajar hendaklah mematuhi masa pergi dan balik yang telah
ditetapkan oleh pihak kolej.

ii. Pelajar hendaklah mematuhi peraturan pakaian
iii. Pelajar tidak dibenarkan melencong ke tempat lain kecuali ke masjid

/ gereja
iv. Pelajar hendaklah menjaga tertib dan adab semasa di masjid/ gereja
v. Pelajar hendaklah pulang ke kolej setelah selesai (pelajar Kristian

hendaklah berada di asrama sebelum jam 1.00 petang)

7. PERATURAN KELAS PERSEDIAAN

a. Pelajar wajib hadir pada waktu yang ditetapkan di kelas atau di tempat yang
dibenarkan oleh pihak kolej.

b. Waktu kelas persediaan

Perkara Hari Masa
Kelas Persediaan Malam* Ahad hingga Rabu 8.00 – 10.00

malam

* Tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan kolej.

c. Pelajar yang sakit hendaklah berada di bilik rawatan dengan kebenaran warden
bertugas.

d. Pelajar hendaklah memakai pakaian kelas persediaan yang telah ditetapkan
(rujuk peraturan pakaian ke kelas persediaan)

e. Aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang jenis perjumpaan tidak
dibenarkan pada waktu kelas kecuali dengan kebenaran Ketua Warden

f. Pelajar dilarang merayau-rayau, mengganggu pelajar lain dan membuat bising
pada waktu kelas persediaan.

g. Pelajar dilarang membawa dan menggunakan majalah dan bahan bacaan bukan
akademik ke kelas persediaan.

h. Suis lampu dan kipas hendaklah dipadamkan sebelum meninggalkan kelas
persediaan.

M u k a s u r a t | 14

8. PERATURAN PENGINAPAN

8.1 Penempatan Pelajar

i. Para pelajar yang telah ditempatkan di tempat yang disediakan pada hari
pendaftaran tidak dibenarkan berpindah ke tempat lain tanpa kebenaran Ketua
Warden.

ii. Semasa penyerahan alatan kepada pelajar pada hari pendaftaran, setiap alatan
tersebut hendaklah diperiksa dan ditandakan dalam senarai Borang
Penyerahan Alatan oleh pelajar. Sebarang kerosakan pada alatan tersebut
setelah pemeriksaan semula akan dibiayai kosnya oleh pelajar.

iii. Segala kerosakan asrama dan alat kelengkapan lain yang disebabkan oleh
pelajar akan dikenakan bayaran ganti rugi. Jika tidak diketahui pelajar yang
merosakkannya, semua pelajar di dalam asrama berkenaan mesti
bertanggungjawab menggantikannya atau membayar ganti rugi.

8.2 Kebersihan Bilik

i. Bilik mestilah kemas dan sentiasa bersih.
ii. "Locker tag" mesti dilekatkan pada "loker" / pintu masuk kiub.
iii. Barang-barang seperti buku dan alatan lain hendaklah disusun dengan kemas.
iv. Sampah sarap dibuang di tempat yang disediakan.
v. Gambar dan poster yang dibenarkan oleh pihak kolej sahaja boleh ditampal di

dinding dengan menggunakan "blue tack".
vi. Cadar dan sarung bantal asrama kolej hendaklah sentiasa dipasang dengan

kemas
vii. Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil.
viii. Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan dalam almari.
ix. Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di

luar asrama.
x. Barang-barang seperti beg, kotak kasut tidak dibenarkan diletakkan di atas almari.
xi. Dilarang meletak buku, kain basahan dan baju di tingkap-tingkap asrama pada

waktu akademik.
xii. Kasut hendaklah disimpan di tempat-tempat yang disediakan.
xiii. Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering. Pakaian yang

jatuh hendaklah diambil segera. Pakaian yang terbiar atau tidak diambil akan
dibuang.
xiv. Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari sebelum kelas dimulakan.
xv. Pemeriksaan mingguan akan diadakan pada setiap pagi hari Sabtu

M u k a s u r a t | 15

8.3 Peraturan Am

i. Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berada di tempat roll-call
selewat-lewatnya jam 0620.

ii. Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada bila-bila masa pada
waktu akademik termasuk waktu rehat.

iii. Pelajar hendaklah menyusun dan mengemaskan bilik dan tempat tidur sebelum
keluar ke kawasan akademik pada setiap masa.

iv. Para pelajar hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan tempat tinggal, bilik tidur,
surau, bilik air, dan kawasan persekitaran asrama. Sampah sarap hendaklah
dibuang ke dalam bekas sampah yang disediakan.

v. Para pelajar dilarang sama sekali membawa balik ke asrama makanan
atau peralatan dapur. Hanya makanan kering sahaja dibenarkan dibawa balik ke
asrama.

vi. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki barang-barang
berbahaya seperti pisau, pemetik api, cangkul, racun, asid dan sebagainya di
asrama.

vii. Barang berharga seperti emas, permata dan seumpamanya tidak dibenarkan.
viii. Pelajar-pelajar diharamkan memiliki/ menyimpan/ mengedar rokok atau merokok.

Pelajar juga diharamkan memiliki/ menyalahgunakan dadah serta menyimpan/
minum minuman keras.
ix. Sebarang bahan lucah diharamkan dibawa ke asrama/ kolej
x. Pelajar lelaki tidak dibenarkan ke kawasan asrama perempuan atau sebaliknya.
xi. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di dalam asrama.
xii. Ketua Dorm hendaklah memastikan semua suis elektrik seperti lampu, dan kipas
dimatikan sebelum ke kelas/kelas persediaan.
xiii. Para pelajar yang sakit/demam mestilah berehat di Bilik Sakit dan tidak dibenarkan
berada di asrama sehingga dibenarkan oleh Pengarah/ Timbalan Pengarah
Akademik /Timbalan Pengarah Sokongan Akademik/ Ketua Unit Asrama/Ketua
Warden/ Warden asrama.
xiv. Semasa cuti semester/ tamat pengajian, semua almari dan bilik asrama hendaklah
dibersih dan dikosongkan.
xv. Jimatkan penggunaan air di asrama. Paip-paip air hendaklah sentiasa ditutup
selepas digunakan.
xvi. Semua pelajar mesti berada di bilik masing-masing sebelum pukul 11.00 malam
sehingga waktu subuh.
xvii.Para pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja-pekerja di asrama.
Susunan alat kelengkapan seperti katil, tilam, almari dan alatan lain tidak boleh
diubah tanpa kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah Akademik /Timbalan
Pengarah Sokongan Akademik/ Ketua Unit Asrama/Ketua Warden/ Warden asrama
di blok masing-masing.
xviii. Ibu bapa/ penjaga dibenarkan melawat anak jagaan semasa hujung minggu
dan cuti umum. Kebenaran untuk berjumpa adalah sehingga jam 5.00 petang
sahaja. Perjumpaan hendaklah dibuat di kawasan surau. Ibu bapa/ penjaga perlu
melaporkan diri di pondok sekuriti dan mendapatkan kebenaran daripada warden
untuk melawat.

9. PERATURAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN

9.1 Bilik Rawatan

i. Pelajar yang mendapat kebenaran dari pihak kolej sahaja

M u k a s u r a t | 16

dibenarkan berada di bilik sakit.
ii. Kebersihan dan kekemasan bilik sakit hendaklah sentiasa dijaga.
iii. Pelajar dikehendaki mengisi butiran diri di dalam Buku Daftar Bilik

Sakit ketika mendaftar masuk dan keluar.
9.2 Surau

i. Semua pelajar Islam wajib solat fardu di surau.
ii. Pelajar wajib menunaikan solat fardu secara berjemaah.
iii. Semua pelajar Islam diwajibkan mengikuti aktiviti keagamaan yang

diadakan di surau.
iv. Kebersihan surau adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar.
v. Surau hendaklah digunakan hanya untuk solat dan aktiviti keagamaan

sahaja.
vi. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk ke surau.
vii. Suis Sistem PA, lampu dan kipas hendaklah dimatikan selepas

selesai aktiviti surau.
viii. Pintu, tingkap dan pili air hendaklah ditutup selepas digunakan.

9.3 Penggunaan Telefon / Komputer Riba / Tablet
i. Telefon bimbit / ’mobile phone’ / ‘smart phone’, komputer riba atau
sebarang jenis gajet adalah dibenarkan untuk tujuan pembelajaran.

9.4 Dewan Makan

i. Pelajar hendaklah beratur dan dilarang memotong barisan semasa
mengambil makanan.

ii. Kebersihan Dewan Makan adalah tanggungjawab bersama.
iii. Sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
iv. Pelajar dilarang menyuruh rakan mengambil makanan bagi pihaknya.
v. Kerusi hendaklah disusun semula selepas digunakan.
vi. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga adab/tatatertib semasa makan.
vii. Pakaian semasa di Dewan Makan mestilah mengikut seperti

yangditetapkan dalam Peraturan Pakaian Dewan Makan.
viii. Pelajar dilarang membawa keluar makanan dan peralatan dari Dewan

Makan.
ix. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kaunter agihan

makanan.
x. Buku-buku dan peralatan peribadi tidak dibenarkan dibawa ke Dewan

Makan.
xi. Pelajar yang ingin meminjam/menggunakan peralatan Dewan

Makanmesti mendapat kebenaran Pengarah / Timbalan Pengarah
xii. Pelajar mesti mematuhi waktu makan seperti dalam Jadual

Harian/Mingguan Kehidupan Di Asrama.

9.5 Tandas/Bilik Mandi/Bilik Basuh

i. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas/bilik
mandi/bilik basuh.

ii. Pelajar dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk
tandas/singki.

M u k a s u r a t | 17

iii. Pakaian, tuala mandi dan barang peribadi tidak dibenarkan
ditinggalkan di dalam tandas/bilik mandi/bilik basuh.

iv. Tuala wanita/’sanitary pad’ hendaklah dibuang di tempat yang
dikhaskan.

v. Pili air dan suis lampu hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan.
vi. Pelajar tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam singki.
vii. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada

pihak asrama

10. PERATURAN KESELAMATAN

10.1 Penggunaan Elektrik

i. Lingkaran Pemanas/’Water heater’ dan cerek elektrik bukan
automatik tidak boleh digunakan.

ii. Sambungan elektrik secara haram tidak dibenarkan.
iii. Pastikan plug ditanggalkan dari soket setelah digunakan.
iv. Penggunaan peralatan elektrik semasa kilat adalah ditegah.
v. Seterika elektrik boleh digunakan di bilik yang dikhaskan sahaja.
vi. Semua peralatan elektrik yang hendak digunakan di asrama

hendaklah didaftarkan terlebih dahulu.
vii. Menggunakan peralatan elektrik yang rosak adalah ditegah.
viii. Pastikan semua suis dimatikan selepas digunakan.
ix. Sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik hendaklah dilaporkan

segera kepada pihak kolej.

10.2 Semasa Berlaku Kebakaran

i. Apabila berlaku kebakaran, loceng kecemasan hendaklah
dibunyikan.

ii. Pelajar pertama yang menyedari kebakaran hendaklah menghubungi
pihak Bomba.

iii. Pelajar mestilah meninggalkan bangunan asrama dengan serta-
merta.

iv. Semua suis lampu dan kipas mestilah dimatikan.
v. Pelajar hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan mengikut pelan

kecemasan yang ditetapkan.
vi. Di tempat perhimpunan, pelajar hendaklah berbaris mengikut bilik

masing-masing dan ketua aras/blok hendaklah menyemak dan
memastikan bilangan pelajar aras/bloknya mencukupi.
vii. Ketua aras/blok hendaklah melaporkan bilangan pelajar di
aras/bloknya kepada warden.
viii. Warden hendaklah melaporkan kejadian kebakaran kepada
Pengarah
ix. Pelajar hanya dibenarkan bersurai apabila diarahkan.

M u k a s u r a t | 18

10.3 Keselamatan Wang

a. Wang Tunai

i. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan wang tunai lebih daripada
RM100.00 (Seratus Ringgit Sahaja)

ii. Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan dalam bank atau
pada warden asrama

b. Kad ATM

i. Kad ATM mestilah disimpan di tempat yang selamat.
ii. Nombor PIN hendaklah dihafal dan dimusnahkan.
iii. Pelajar tidak dibenarkan meminta bantuan orang lain untuk

mengeluarkan wang dengan menggunakan kad ATMnya.
iv. Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad ATM dengan segera

kepada pihak berkenaan.

10.4 Keselamatan Umum

i. Penggunaan ubat nyamuk lingkar, pelita dan lilin tidak dibenarkan.
ii. Pelajar hendaklah mengetahui cara menggunakan alat pemadam api

semasa berlaku kebakaran.
iii. Jika berlaku kecemasan pelajar hendaklah menghubungi waren/

Ketua warden /Pengawal Keselamatan dengan segera.
iv. Peti pertolongan cemas boleh didapati daripada warden bertugas

M u k a s u r a t | 19

11. JADUAL HARIAN / MINGGUAN

Masa/ ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
Hari Kekemasan diri dan bilik, solat

5.00- 6.20

6.20- 6.30 Roll call pagi 7.00-8.00
6.30- 6.50 Sarapan pagi Sarapan

7.00- Sesi akademik kolej 8.00-9.00 8.00-
12.00 Makan tengah hari Pemeriksaan 9.00
12.30- Riadah/
1.30 Solat bilik kendiri

1.30- 3.30 Sesi akademik 9.00-12.30
Aktiviti kendiri

11.30- Makan tengah hari

1.30 Solat

Makan

tengahari

Solat

Jumaat1

Aktiviti kendiri

3.30- 4.30 Minum petang, persiapan kendiri dan solat
4.30- 5.30 Riadah2
5.30- 7.00
Kekemasan diri, makan malam dan solat

7.00- 8.30 Pengisian rohani, solat / fellowship

8.30- 9.00 Roll call malam

9.00- Prep malam Aktiviti kendiri/ kerohanian Prep
10.00 Minum malam malam
Kekemasan diri dan bilik
10.00-
10.30 Tidur3

10.30-
11.00

11.00

Catatan:
1. Pelajar muslim aspura berkumpul di tempat roll call jam 12.15 tengahari
2. Semua pelajar wajib mengosongkan asrama pada waktu riadah
3. Waktu tidur dilanjutkan kepada jam 12.00 a.m pada hari Jumaat dan Sabtu. Sebarang
aktiviti selepas waktu tidur perlu mendapat kebenaran secara bertulis atau lisan daripada
warden

M u k a s u r a t | 20

11.1 CUTI UMUM

Jadual harian pada cuti umum adalah tertakluk kepada pihak asrama untuk
menentukannya atau mengguna pakai jadual harian pada hujung minggu.

11.2 AKTIVITI KEROHANIAN

i. Pelajar WAJIB mengikuti segala aktiviti kerohanian yang dianjurkan oleh pihak asrama
dan kolej

ii. Pelajar muslim WAJIB menghadiri solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah pada
setiap malam

iii. Pelajar muslim WAJIB menghadirkan diri untuk bacaan Yassin pada setiap malam
Jumaat. Pelajar diminta mengosongkan asrama dan dewan makan pada jam 6.20
petang. Manakala bagi Pelajar Kristian WAJIB mengghadiri aktiviti fellowship pada
setiap malam Jumaat. Pelajar diminta mengosongkan asrama pada jam 7.30 malam

iv. Pelajar lelaki muslim WAJIB ke masjid untuk solat Jumaat.
v. Pelajar Kristian WAJIB ke gereja pada setiap hari Ahad. Perlepasan diberikan untuk ke

gereja sahaja. Sekiranya pelajar didapati ke tempat lain, pelajar akan dikenakan
tindakan tatatertib. Pelajar dikehendaki masuk semula ke asrama pada jam 1.00
petang

11.3 AKTIVITI RIADAH

i. Pelajar diwajibkan untuk mengosongkan kawasan asrama pada setiap hari Isnin-
Khamis untuk aktiviti riadah pada jam 4.30 petang

ii. Pelajar diminta Kembali ke asrama pada jam 6.00 petang (isnin- rabu) dan 5.30 petang
( khamis).

iii. Aktiviti riadah pada hari cuti dan waktu malam adalah bergantung kepada kebenaran
oleh warden bertugas. Pelajar perlu memaklumkan kepada warden sekiranya ingin
beriadah pada waktu tersebut dan dilarang untuk menjemput pelajar harian untuk turut
serta.

iv. Pelajar dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri dan memakai alat perlindungan
diri yang bersesuaian

v. Pelajar aspuri adalah dilarang keras untuk berada di kawasan ASRAMA LAMA dan
tasik semasa aktiviti riadah

vi. Pelajar dilarang untuk berdua-duaan semasa aktiviti riadah.

M u k a s u r a t | 21

BAHAGIAN III: PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

12. KOD KESALAHAN DISIPLIN

KOD JENIS KESALAHAN CATATAN TINDAKAN
KESALAHAN
Mencabul/ merogol guru atau murid lain Kes jenayah 1.Pengakuan
B01
B02 Membawa, memiliki, menyimpan, Kes jenayah bertulis. Ibu bapa

B03 mengedar atau terlibat dengan kegiatan dihubungi

B04 dadah 2.laporan kepada

B05 Berkhalwat, bercumbu-cumbuan, Kes jenayah pihak berkenaan
sekiranya perlu
B06 melakukan zina, liwat, bohsia dan 3. Buang asrama
B07 hubungan di luar tabi’i
B08
Mencuri, menceroboh atau merosakkan Kes jenayah
B09
B10 harta benda sekolah, pelajar lain, warden,
B11
B12 guru dan kakitangan sekolah

B13 Memeras ugut, mengancam, memukul, Kes jenayah

B14 bergaduh atau mencederakan pelajar lain,
B15
warden, guru-guru dan kakitangan sekolah
B16
B17 Buli, ragging, penderaan atau pemaksaan Kes jenayah
S01
terhadap pelajar lain

Menceroboh kawasan asrama puteri bagi Kes jenayah

pelajar putera dan sebaliknya

Membawa, memiliki, menyimpan, Rampas 1.Pengakuan

mengedar atau menjual rokok /rokok bertulis. Ibu bapa

elektronik, minuman keras atau sebarang dihubungi

benda yang memabukkan/khayal 2. Amaran keras

Melibatkan diri dalam perjudian/pertaruhan Rampas 3. Kaunseling

Meninggalkan atau keluar dari kawasan Laporan polis , 4. Hukuman

asrama tanpa kebenaran tindakan disiplin buang asrama

Membawa orang luar ke dalam kawasan Tindakan disiplin untuk kes yang

asrama tanpa kebenaran berulang

Menyimpan, memiliki, mengedar, Rampas

mencetak, menerbit, mempamer, menonton

bahan-bahan lucah, rakaman dan

multimedia terlarang

Memalsukan tarikh cuti sakit, tandatangan Tindakan disiplin

Pengarah, warden, guru-guru dan

kakitangan atau dokumen penting

Tidak pulang ke asrama pada waktu yang Tindakan disiplin

ditetapkan

Menipu, menunjukan sikap bongkak, Tindakan disiplin

menghina serta membantah arahan

Pengarah, warden, guru dan kakitangan.

Menunjukkan tingkah laku tidak sopan Tindakan disiplin

antara pelajar lelaki dan perempuan

Memasuki premis asrama tanpa kebenaran Tindakan disiplin

pada waktu persekolahan

Tidak solat berjemaah (maghrib dan Isyak) Tindakan disiplin 1. Teguran

bagi pelajar Islam, tidak meghadiri 2. amaran

fellowship (pelajar Kristian) 3. khidmat

M u k a s u r a t | 22

masyarakat

4. Kes berat untuk

kes yang berulang

S02 Berkeliaran luar kawasan asrama, tidak Tindakan disiplin 1. Teguran

berada di dalam dorm serta membuat bising 2. Amaran

selepas jam 11.00 malam 3. Khidmat

S03 Tidak berada di dorm atau katil masing- Tindakan disiplin masyarakat

masing ketika pemeriksaan dilakukan oleh 4. Kaunseling

warden sekiranya perlu

S04 Menyalahgunakan/ menggunakan peralatan Rampas 5. hubungi ibu

atau menyambung sumber elektrik asrama bapa untuk kes

tanpa kebenaran. berulang

S05 Bermain, membuat bising, menggangu atau Tindakan disiplin 6. Digantung

tidur ketika kelas prep asrama (kes yang

S06 Ponteng dan tidak mengikut peraturan kelas Tindakan disiplin berulang)

prep

S07 Bergurau-gurau, atau berkejaran di dalam Tindakan disiplin

dorm, koridor, bilik prep dan surau.

S08 Tidak mengikuti peraturan dewan makan Tindakan disiplin

dan tidak sopan

S09 Berbahasa kasar dan mencarut Tindakan disiplin

S10 Membawa alat elektronik, pemanas air, Rampas

cerek elektrik dan alat lain seperti mancis

dan pemetik api yang boleh menyebabkan

kebakaran.
S11 Lewat untuk turun beratur (roll-call) pada Tindakan disiplin

masa yang ditetapkan tanpa sebarang

alasan yang munasabah.

S12 Tidak menepati masa yang telah ditetapkan Tindakan disiplin

dalam peraturan asrama/sekolah

S13 Tidak mematuhi arahan daripada biro Tindakan disiplin

asrama dan ketua dorm

S14 Tidak berpakaian lengkap ke sekolah, surau Tindakan disiplin

dan solat Jumaat

S15 Tidak menghadiri perjumpaan/ aktiviti- Tindakan disiplin

aktiviti yang telah ditetapkan.

S16 Membuang sampah atau mengotorkan Tindakan disiplin

kawasan asrama dengan sengaja.

S17 Tidak menjalankan tugas-tugas (duty) yang Tindakan disiplin

telah dijadualkan

S18 Berambut panjang, menyimpan misai, Tindakan disiplin

janggut atau jambang

S19 Tidak memakai baju atau pakaian yang Tindakan disiplin

sopan ketika berada di luar dorm.

R01 Membawa dan memakai semua jenis seluar Rampas 1. Teguran

‘jeans’ 2. Amaran

R02 Merosakkan atau menghilangkan kad balik Ganti/ bayar 3. Khidmat

kampung , kad outing dan kad makan masyarakat untuk

R03 Tidak memasang cadar yang ditapkan Tindakan disiplin kes berulang

dengan bersih dan kemas serta bantal tidak 4. Hubungi ibu

M u k a s u r a t | 23

bersarung. bapa(untuk kes

R04 Tidak memadam lampu dorm pada waktu Tindakan disiplin berulang)

yang ditetapkan 5. Tindakan yang

R05 Membazir air dan elektrik asrama Tindakan disiplin wajar untuk kes

R06 Memakai alat solek atau perhiasan atau Tindakan disiplin tertentu

barang kemas kecuali jam tangan

R07 Mewarnakan rambut dan fesyen rambut Tindakan disiplin

yang keterlaluan

R08 Menyidai pakaian di katil dan di tempat- Tindakan disiplin

tempat lain selain dari penyidai yang

disediakan

R09 Tidak menyusun kasut di atas rak Tindakan disiplin

R10 Tidak meletakkan baldi pakaian kotor Tindakan disiplin

dengan kemas dan pada tempat yang tidak

sepatutnya.

M u k a s u r a t | 24

CARTA ALIR PELBAGAI
I. CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN

Diurus Menerima senarai nama / surat
penyelia kemasukan pelajar
asrama
Mengenalpasti bilik, perabot/ alatan

Lengkap?
Ya
Menentukan agihan bilik

Pelajar melapor diri (pejabat
penyelia) / taklimat

Menyemak keperluan asrama/ bayar
yuran

Pelajar dibenarkan masuk ke
asrama. Kemas katil dan barang
keperluan

M u k a s u r a t | 25

II. CARTA ALIR PENGURUSAN KESIHATAN

Nota: Laporan kesihatan dari pelajar

Urusan kesihatan pelajar adalah Pemeriksaan pelajar

atas tanggungjawab: Serius ?

i. Semasa sesi akademik Isi borang rawatan
– pensyarah bertugas
Sediakan pengangkutan ke
(guna van kolej) hospital/klinik
Rawatan hospital
ii. Luar sesi akademik -
Masuk wad?
warden Ya
iii. Sesi latihan sukan –
Makluman ibu bapa/ penjaga
pengurus pasukan

Rehat di bilik rawatan Cuti sakit/

time slip?
Tidak

Ya

Tidak

Hadir semula ke kelas

Tidak Pembedahan?
Ya

Surat kebenaran pembedahan (ibu
bapa/ penjaga yang sah)

Hantar pakaian / peralatan pelajar

Ziarah

Keluar wad

Balik ke asrama / rumah
(bergantung kepada situasi /
permintaan keluarga)

M u k a s u r a t | 26

III. CARTA ALIR PENGURUSAN GANGGUAN BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK

Aduan
Menyiasat punca kejadian

Membuat laporan kepada penyelia
asrama
Hubungi pihak berkenaan (SESB,
JBA)

Tindakan susulan segera

M u k a s u r a t | 27

IV. CARTA ALIR PENGURUSAN “OUTING” DAN BALIK BERMALAM

Permohonan pelajar
Memproses borang permohonan

Tolak Tidak Lengkap ?
permohonan
Ya
Sekuriti maklum kepada Tandatangan kad dan rekod
warden permohonan pelajar

Tindakan disiplin Pelajar keluar

Tidak pelajar masuk ke asrama

Tepati masa
Ya

Pelajar naik ke asrama

Nota:
Kebenaran

i.Outing – warden
ii. Balik wajib – warden
iii. Balik bermalam – TPSA
iv. Balik kecemasan – warden

M u k a s u r a t | 28

V. CARTA ALIR PENGURUSAN LAWATAN IBU BAPA / PENJAGA

Pelawat lapor diri di pondok sekuriti
Semakan dan rekod butiran pelawat

Tidak Tidak Lengkap ?
dibenarkan
masuk Ya
Pelawat dibenarkan masuk
Ambil tindakan (kawasan parkir surau kolej)

Hebahan

Tidak Perjumpaan tamat

Dipatuhi?
Ya

Pelawat keluar

M u k a s u r a t | 29

VI. CARTA ALIR ADUAN KEROSAKAN /KUALITI MAKANAN DEWAN MAKAN

Aduan pelajar
Siasat aduan

Tidak Sahih ?

Aduan gugur Ya
Makluman kepada penyelia asrama

Tindakan susulan (juruteknik,
Pengusaha dewan makan)

M u k a s u r a t | 30

VII. CARTA ALIR PENGENDALIAN KES DISIPLIN

Aduan

Tidak Ada asas?

Buang kes Ya
Laporan kes

Siasatan kes

Pengumpulan bukti / saksi

Ya Tidak Pembentangan laporan kes (Lembaga
Bukti baru? Tidak Disiplin Asrama)

Buang kes Perbicaraan

Bersalah ?
Ya

Sesi pembelaan diri

Cadangan hukuman (Lembaga
Disiplin Asrama)

Hantar kes ke Lembaga Disiplin
Kolej

Pembentangan Laporan Kes (Lembaga
Disiplin Kolej)

Hukuman

Rayuan (bagi hukuman buang
asrama)

PELAN LALUAN KECE
ASPURA
L2
L1
G
SURAU
PADANG
TANGGA
TANGGA

GELANGGANG
BOLA JARING

PARKIR
ASRAMA

JALAN R

M u k a s u r a t | 31

EMASAN ASRAMA TANGGA
ASPURI TANGGA
JALAN RAYA
L2 DEWAN MAKAN
L1
G

RAYA

TEMPAT BERKUMPUL
(DEPAN PEJABAT
PENTADBIRAN)

PELAN LANTAI

DORM 11 DORM 12 ASPUR

ST

DORM 10 DORM 9 DOR
DORM 5 DORM 6 BILIK G

DORM 4 DORM 3 DOR
RUMAH WARDEN TAN
BILIK ISOLASI
RUMAH WARDEN RUANG SANTAI FOYER A

M u k a s u r a t | 32

I ASRAMA

RA TANDAS ARAS DUA
BILIK RAWATAN
TOR
DORM 7
RM 8

GOSOK TANDAS ARAS SATU
RM 2 DORM 13
DORM 1

NDAS STOR ARAS BAWAH
ASPURA BILIK DOBI BILIK A.H.U

ASPU

TANDAS STOR ST
BILIK BELAJAR DORM 7
DOR
DORM 8 BILIK RA

TANDAS BILIK GOSOK DOR
BILIK REHAT DORM 3 PEJABAT

DORM 4 RUANG

STOR TANDAS
BILIK A.H.U BILIK DOBI FOYER ASPURI

M u k a s u r a t | 33

URI

TOR DORM TETAMU

RM 6 DORM 5 ARAS DUA
AWATAN SURAU ARAS SATU
ARAS BAWAH
RM 2 DORM 1
RUMAH WARDEN
T ASRAMA
G SANTAI RUMAH WARDEN


Click to View FlipBook Version