KANDUNGAN
HALAMAN 3 HALAMAN
4-5
PENGENALAN
KEPADA PUISI PANTUN
TRADISIONAL
HALAMAN
6-7
SYAIR
HALAMAN
8-9
GURINDAM
HALAMAN
10-11
SELOKA
HALAMAN
12
KESIMPULAN
PENGENALAN
KEPADA PUISI
TRADISIONAL
1) Muncul sebelum bermulanya
kedatangan sistem tulisan
2) Puisi lama yang lahir dalam
kalangan masyarakat Melayu
sejak zaman berzaman
3) Disampaikan 5) Harun Mat Piah (1998)
secara lisan mencadangkan
4) Bentuk wadah pengelasan genre puisi
pemeliharaan adat, Melayu tradisional
pembina sahsiah diri,
dilakukan berdasarkan
pengajar agama, bentuk, isi, tema, dan
pertahanan, hiburan, dan
fungsi puisi
juga kepercayaan
6) Puisi Melayu
tradisional telah
dirumuskan kepada
dua belas
7) Pantun, syair, nazam,
gurindam, seloka, teka teki,
peribahasa berangkap,
teromba, talibun, prosa
berirama dan zikir
PANTUN
Tinggalan zaman berzaman
Pengenalan
Pantun merupakan puisi Melayu lama yang paling
popular dan hak milik asli orang Melayu. Pantun
dicipta sebagai satu bentuk pengucapan bagi
menyampaikan buah fikiran mahupun perasaan
seseorang mengenai sesuatu perkara disamping
bertujuan untuk menyindir, berjenaka, memberi
nasihat dan sebagainya.
Bentuk/ Ciri-ciri
Mempunyai pembayang serta maksud
Setiap baris mempunyai empat perkataan
dan jumlah suku kata antara 8 hingga 12
Mempunyai skima rima hujungan yang sejajar
iaitu a,a untuk pantun dua kerat, a,b,a,b untuk
pantun empat kerat dan a,b,c,a,b,c untuk
pantun enam kerat
Jenis-jenis
Pantun Nasihat
Pantun Agama
Pantun Teka-Teki
Pantun Jenaka
Pantun Munda
Pantun Sindiran
Fungsi
Menzahirkan penghargaan dan
menzahirkan ucapan terima kasih
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas dibawa belayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pantun ini menggambarkan hutang budi tidak
akan dapat dibayar sekalipun kita meninggal
dunia. Budi yang baik akan sentiasa diingati
oleh orang yang menerimanya tidak kiralah
pertolongan yang kecil mahupun besar
PANTUN
tinggalan zaman berzaman
Fungsi
Sebagai sindiran dan tempelak
Sebagai sindiran dan tempelak
Pondok robek makan api,
Anak cina main teropong,
Katak bertingkir besar hati,
Dapat dunia bawah tempurung.
Pantun di atas menggambarkan katak
sebagai sifat seseorang manusia yang tidak
mempunya pegangan atau pendirian.
Mereka tidak mahu berusaha memajukan
diri sendiri tetapi hanya menerima takdir
yang ditetapkan.
Pantun Nasihat
Di tepi kail saya menyinggah,
Menghilang penat menahan jerat,
Orang tua jangan disanggah,
Agar selamat dunia akhirat.
Pantun Agama
Boleh diperah ambil patihnya,
Dalam kancah tarulah bantal,
Boleh berserah kehendak hati-Nya,
Kepada Tuhan tempat tawakal.
SYAIR
Pengenalan
Syair merupakan sejenis puisi
berlagu. Ia berasal dari kata Arab,
syi'r uang bererti puisi. Syair
berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama
dengan kedatangan Islam.
Bentuk/Ciri-ciri
Syair terdiri daripoda empat baris
dalam satu rangkap. Bilangan
perkataan sebaris tetap iaitu 4-5
perkataan sebaris. Suku kata sebaris
antara 8-12 suku kata. Rima akhir bagi
syair ialah a,a,a,a. Syair adalah
pernyataan berlarutan bagi
mengemukakan tujuannya.
Jenis- Syair cerita
jenis Syair nasihat
Syair alam sekitar
Syair keagamaan
Syair romantis
Syair ilmu
Syair kiasan
Syair sejarah
Syair semangat
patriotik
Fungsi
Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan
kebudayaan masyarakat.
Syair dijadikan sebagai hiburan. Ia sering
dilagukan dalam majlis-majlis tertentu.
Syair juga dilagukan atau dinyanyikan
sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu
seperti dabus atau boria
Syair juga digunakan untuk
menyampaikan pengajaran melalui
cerita dan lagu tersebut
Syair Agama yang diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri bagi tujuan
menyampaikan hal-hal keagamaan. Karya beliau ialah seperti
Syair Perahu dan Syair Sidang Fakir. Syair sejarah pula yang
berunsurkan kisah-kisah sejarah seperti Syair Singapura Terbakar
dan Syair Sultan Maulana. Syair kiasan menggunakan watak
binatang bagi menyedarkan khalayak melalui sindiran taja, seperti
Syair Burung Pungguk dan Syair Ikan Terubuk.
Contoh Syair
Syair Agama
Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat
berpindah,
di sanalah iātikat diperbetuli sudah
Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.
Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan, Syair
itulah jalan membetuli insan.
Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu, Sejarah
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu
Sudahlah hasil kayu dan ayar, Laksamana dititahkan Betara,
angkatlah pula sauh dan layar, Ke negeri Patani berjalan segera,
pada beras bekal jantanlah taksir, Mendapat cogan Raja Senggora,
niscaya sempurna jalan yang Akan menerima hukum dan dera.
kabir.
Barang yang hendak dihukumkan,
Sekalian tidak boleh disalahkan,
Syair Alam Kesalahan pinta dimaafkan,
Pegawai yang dipengang itu dipohonkan.
Setelah demikian titah Betara,
Sekitar Laksamana tiada berani dura,
Kerana negeri hendak dipelihara,
Kelak menjadi huru-hara.
Bumi yang indah ciptaan tuhan,
Dipenuhi dengan pelbagai
kehidupan, Bonda Duli Mahkota Indera,
Pada Laksamana emak saudara,
Selain manusia terdapat haiwan, Sakit terlantar hampir bermara,
Di samping juga tumbuh-tumbuhan. Meninggalkan dia tiada terkira.
Alam ini kurnian ilahi, Daripada kerja terlalu berat,
Kurnia yang harus kita hargai, Ke atas negeri hendak mudarat,
Hendaklah dijaga dan disayangi, Jadilah dititahkan duli hadirat,
Kerosakan tiada bumi harmoni. Bimbang dan masyghul disuruh kerat.
Hutan diteroka sesuka hati, Tiadalah lagi terkata-kata,
Sikap manusia mementingkan diri, Sudah dengan titah Sang Nata,
Tanpa dipantau dan juga awasi, Diputuslah hati yang bercinta,
Menyebabkan alam musnahlah kepada Allah diserah semata.
nanti.
Niat Laksamana yang pegari,
Daulat baginda barang berdiri,
Flora dan fauna ciptaan tuhan, Jika selamat sentosa negeri,
Tumbuh meliar menghiasi taman,
Kalau kita mahukan keamanan, Biarlah susah di atas diri.
Haruslah dipelihara ke akhir zaman.
Berjalan ia berhati hampa,
Pencemar tasik dan juga sungai, Bonda yang sakit tiada dilupa,
Semakin berleluasa kebelakangan kerana sakit berat menimpa,
Yakin hatinya tiada berjumpa.
ini,
Jangan kita hanya memerhati,
Sekatlah segera bersungguh hati. Daripada sudah demikian peri,
Keberatan tertanggung di atas negeri,
Yang sakit itu seorang diri,
Jika bumi diinginkan sentosa, Bala yang datang meliputi negeri.
Adakan kempen membuat jasa,
Marilah kita semua bangsa,
memulihara alam setiap masa. Jadilah dititahkan Seri Betara,
tiadalah lagi terkira-kira,
Bumi kita semakin tua, Berjalanlah pergi bersegera-segera,
Mendapat cogan Raja Senggora.
Kemusnahan alam tiada nohtahnya,
Kita manusia harus bersedia,
Menjaga alam ke arah sejahtera.
GURINDAM
PENGENALAN
Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu
lama yang terdiri dari dua baris serangkap.
Gurindam dibawa oleh pengaruh sastera
Hindu. Gurindam berasal daripada bahasa
Sanskrit menerusi bahasa Tamil "yaitu
kirindam" yang bermaksud perumpamaan.
BENTUK/CIRI-CIRI
Puisi bebas dan tidak terikat
Mempunyai dua baris serangkap atau beberapa
baris serangkap. Setiap baris merupakan maksud
dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam
rangkap untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu
fikiran manakala baris kedua (jawab)
menyatakan keterangan bagi menjelaskan
apa telah dinyatakan oleh baris pertama tadi.
Setiap barus mengandungi tiga atau empat,
enam atau lebih perkataan
JENIS-JENIS
Gurindam serangkap dua baris
Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas
FGURNOGWSITH
tujuan hiburan, gambaran masyarakat
Melayu lama dan digunakan dalam
majlis-majlis formal
mengetengahkan moral-moral dan nilai
murni yang baik
GURINDAM
CONTOH GURINDAM
GURINDAM SERANGKAP
DUA BARIS
Orang yang rajin membaca buku,
Banyak ilmu ia tahu
GURINDAM SERANGKAP
EMPAT BARIS
Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.
Jangan takut dan gentar,
Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.
GURINDAM BEBAS
Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.
Apabila dengki sudah merasuki hati.
Tak akan pernah hilang hingga nanti.
Apabila kelakuan baik berbudi .
Hidup menjadi indah tak akan merugi.
Apabila hidup selalu berbuat baik.
Tanda dirinya berhati cantik
SELOKA
PENGENALAN
Dalam bahasa Melayu, seloka bermaksud
berseloroh, berjenaka atau menyindir.
Dipercayai datang melalui pengaruh
agama Hindu ke Asia Tenggara.
bentuk/ciri-ciri
Karangan berangkap yang memakai
pertentangan bunyi rima hujung yang
bebas
Rangkapnya tidak tetap
Jumlah baris yang tidak tetap
Jumlah perkataan yang tidak tetap
Ada yang berima dan ada yang tidak
JENIS-JENIS
Seloka gurau senda
Seloka nasihat
Seloka pendidikan
Seloka sindiran
Seloka mengejek
Seloka menempelak
FUNGSI
Sebagai pengajaran ataupun panduan
bagi anggota masyarakat.
Digunakan untuk menyindir, mengejek,
menempelak seseorang, melahirkan rasa
benci terhadap sesuatu kelakuan manusia,
memberi pengajaran dan panduan
kepada seseorang.
fungsi
mencerminkan rasa tidak puas hati
mereka terhadap seseorang yang
digambarkan melalui seloka, seperti
seloka Pak Kaduk, Lebai Malang.
@reallygreatsite
seloka
contoh seloka
SELOKA SINDIRAN
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
SELOKA GURAU SENDA
Jika hendak kamu melamar,
Jangan banyak tulis dihapus,
Jika siswa rajin belajar,
Sudah tentu pasti lulus.
Jika kita pegang kuas,
Melukislah pada kertas,
Jika anak bangsa cerdas,
Bangsa pun berkualitas.
Hendaklah melempar jangkar,
Kalau ada perahu singgah,
Kalau anak bangsa pintar,
Negeri ini akan bangga.
KESIMPULAN
01 Puisi Melayu
Tradisional meliputi
pantun, syair,
gurindam dan seloka
Setiap bentuk puisi 02
merupakan karangan
berangkap dan Fungsi puisi-puisi tersebut
secara umumnya selain menghibur, ia juga
mempunyai menjadi satu medium
persamaan dari segi bagi mendidik golongan
keterikatannya masyarakat dan
menyampaikan
03 pengajarannya tersendiri
Setiap puisi kaya 04
dengan nilai
pendidikan dan nilai Perbincangan mengenai
estetika yang tinggi puisi-puisi tradisional ini
dan sepatutnya diharap dapat
diterapkan dalam meningkatkan tatasusila
sistem pendidikan individu dan menjadi
negara contoh yang baik dalam
menajalani kehidupan
05