E-MODUL KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH NUR FATHIHAH NAJWA BINTI MUHAMAD PT1S2-13
Penghargaan Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya mengikut kehendak soalan yang diberikan. Oleh itu, saya Nur Fathihah Najwa Binti Muhamad dari kelas PT1S2-13 ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus kurikulum dan pentaksiran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (PSVK 3303) Puan Azizah Binti Atan dan pensyarah Dr. Chin Mei Keong untuk kursus Psikologi Pembelajaran (EDUP 3113) kerana telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini mengikut kriteria yang ditetapkan. Tidak lupa juga ribuaan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana banyak memberikan sokongan dan dorongan dalam melaksana kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan-rakan saya terutamanya, rakan sekelas kerana banyak memberi cadangan dan tunjuk ajar agar kerja kursus ini dapat dihantar pada masa yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.
Isi Kandungan 1.Pengenalan kurikulum dan pentaksiran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (5) 2.Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum Pendidikan Seni Visual (6) 3.Matlamat & Objektif KSSR Pendidikan Seni Visual (7-9) 4.Perancangan aktiviti di dalam bilik darjah ( 11- 20) 5.Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) (21-24) 6.Penyediaan sumber / alat dan bahan (25-28) 7.Pelan susun atur bilik darjah (35-43) 8.Rujukan (45)
Kurikulum - Kurikulum didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah. Pentaksiran - Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentanf produk sesuatu proses pendidikan. Pendidikan Seni Visual -Seni Visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Pengenalan Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
DSKP KSSR Pendidikan Seni Visual ialah dokumen yang memuatkan kandungan kurikulum mata pelajaran ini sebagai rujukan kepada guru untuk mengajar. Matlamat dan objektif mata pelajaran PSV dinyatakan dengan jelas sebagai garis panduan tentang perkara yang perlu dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). PdP mata pelajaran Pendidikan Seni Visual menggalakkan murid untuk berfikir, berimaginasi dan membuat interpretasi. Kaedah pengajaran mata pelajaran ini haruslah dipelbagaikan untuk membantu murid memahami dan menguasai sesuatu konsep dan kemahiran. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidan kesenian. Matlamat Mengamalkan nilai murni, menghargai estetik seni dari pelbagai budaya, dan mensyukuri keindahan alam ciptaan Tuhan. Membentuk insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif.
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi aktiviti seni visual. Objektif Mengapresiasi nilai estetik dari pelbagai karya seni visual. Menghasilkan karya seni visual secara kreatif dan inovasi dengan menggunakan pelbagai sumber dan teknologi. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran kesenian dalam menjayakan pameran seni visual. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti seni visual.
KSSR Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada pembinaan insan berliterasi seni menerusi aktiviti pengkaryaan, pengurusan dan pembudayaan seni. Bagi mencapai hasrat ini, KSSR Pendidikan Seni Visual digubal dengan berasaskan empat modul kurikulum.
Modul Bahasa Seni Visual Murid didedahkan dengan pengetahuan dan kefahaman asas seni visual sebagai panduan kepada mereka untuk berkarya. Bahasa seni visual merupakan asas kepada pengetahuan seni visual bagi membolehkan murid mengaplikasikannya apabila menjalankan aktiviti amali dan penghayatan seni. Modul Kemahiran Seni Visual Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual dalam aktiviti amali seperti menggambar, mencorak, membuat binaan dan menghasilkan kraf. Melalui modul ini, murid didedahkan kepada pelbagai media, teknik, proses dan sumber menerusi penerokaan serta pengalaman dalam pelbagai aktiviti untuk membina kemahiran seni visual. Modul Kreativiti dan Inovasi Seni Visual Murid mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk menjana serta menzahirkan idea kreatif dalam menghasilkan karya seni visual yang inovatif. Melalui modul ini, murid dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dari pembelajaran bahasa seni visual dan kemahiran seni visual untuk berkarya. Modul Apresiasi Seni Visual Murid menghayati dan menghargai nilai estetik karya sendiri, rakan, tempatan dan luar negara. Aktiviti apresiasi boleh dijalankan secara lisan dan penulisan. Melalui modul ini, murid memberi fokus kepada aktiviti pemerhatian secara aktif seterusnya memberi respon terhadap karya tersebut secara kritis. Murid dapat membuat perkaitan antara seni yang dipelajari dengan disiplin ilmu yang lain. Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghargai dan mensyukuri keindahan alam ciptaan Tuhan.
Perancangan Dalam Bilik Darjah Menggambar Membuat Corak dan Rekaan Mengenal Kraf Tradisional Membentuk dan Membuat Binaan Melalui 4 bidang:
Bidang Menggambar Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbsgai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan
Bidang Menggambar Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek
Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Bidang kegiatan ini memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bentuk 3 Dimensi dan ruang Arca Timbul Arca Mobail Arca stabail Arca Asemblaj
Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Model Diorama Boneka Origami Topeng
Bidang Mengenal Kraf Tradisional Kraf tradisional adalah perusahaan ( kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Wau Batik Tekat Tenunan Ukiran kayu
Bidang Mengenal Kraf Tradisional Anyaman Tembikar
Bidang yang dipilih Bidang Membuat Corak dan Rekaan ini membolehkan guru menguasai dan memahami pelbagai kaedah untuk menghasilkan corak dan menerapkannya menjadi rekaan yang lain. Bidang ini membolehkan kita mengenali dan mengkaji banyak corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bidang kegiatan ini memberi tumpuan kepada tindakan mengesan motif dan memprosesnya untuk membuat reka bentuk corak tertentu.
Bidang Membuat Corak dan Rekaan Kaligrafi Ikat dan Celup Tiupan Pualam
Konsep Corak Corak Corak adalah susunan motif yang tersusun, terancang, atau bebas. Corak terdiri kepada 2 bahagian: Corak terancang dan corak tidak terancang. Corak Terancang Menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Contoh, Resis, Catan, Kolaj, Kaligrafi dan lain-lain. Corak Tidak Terancang Dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Contoh, Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan & Celupan, Renjisan dan Percikan.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi 1.Murid perlu memberikan tumpuan untuk mendengar penjelasan guru. Guru perlu menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan teknik pualaman untuk murid-murid mendapatkan idea. 2.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Pengajaran 1.Murid perlu berada dalam keadaan yang bersedia. Murid dikehendaki memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses PdP. 2. Murid perlu melibatkan secara aktif dalam sesi soal jawab di dalam kelas. 3. 4.Guru perlu mewujudkan interaksi dua hala serta banyak hala. 5.Murid perlu mengikuti arahan guru.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Pengajaran (secara berkumpulan) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan mencabut kertas di dalam kotak misteri yang disediakan oleh guru. 1. Setiap kumpulan mempunyai 4 ahli kumpulan dan mereka perlu melantik satu ketua kumpulan sebagai wakil. 2. Setiap kumpulan diberikan tema berbeza bagi menghasilkan teknik pualaman . 3. 4.Murid diberikan 45 minit untuk menghasilkan karya.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Aktivit Pembentangan Setiap kumpulan perlu bergilir-gilir mempersembahkan karya mereka dan menjelaskan teknik yang digunakan bagi proses penghasilan karya tersebut. 1. Murid-murid perlu memberikan perhatian dan pandangan mengenai karya yang dihasilkan oleh setiap kumpulan. 2. Rumusan 1.Murid hendak memberi kesimpulan tentang topik yang dipelajari.
Teknik Pualaman Pualaman ialah proses membuat corak menggunakan cat minyak pelbagai warna diapungkan di permukaan air dan menekapkan kertas ke atasnya sehingga mewujudkan corakcorak di atas kertas tersebut. Corak yang dihasilkan dengan menggunakan teknik ini boleh digunakan untuk membuat kraf tangan, penanda buku, bingkai foto, kulit buku dan sebagainya.
Penyediaan Bahan Pualaman Warna Poster dan sabun Pengilat kuku dan air
Penyediaan Bahan Pualaman Krim Pencukur dan Pewarna Makanan Warna Tempera dan minyak masak
Penyediaan Bahan Pualaman Cat Minyak dan air
Proses Penghasilan Aktiviti Sediakan alat dan bahan untuk membuat pualaman iaitu bekas, sabum pencuci, air, pewarna makanan/ warna poster , kertas lukisan.
Proses Penghasilan Aktiviti Isikan air ke dalam bekas. Kemudian masukkan sabun pencuci.
Proses Penghasilan Aktiviti Kacau sabun menggunakan sudu sehingga buih terhasil .
Proses Penghasilan Aktiviti Titiskan pewarna makanan di atas buih tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Proses Penghasilan Aktiviti Tekapkan kertas lukisan di atas buih yang telah dititiskan warna. Jangan biarkan terlalu lama untuk elak kertas daripada koyak.
Proses Penghasilan Aktiviti Angkat kertas perlahan-lahan dan lihat hasil pualaman. Keringkan.
Konsep Bilik Darjah Bilik darjah adalah tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat terpenting yang perlu ada di sekolah. Bilik darjah juga merupakan bilik-bilik dimana sekumpulan murid mengikuti proses PdP. Konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi merangkumi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.
Elemen-elemen Bilik Darjah Kondusif Susunan fizikal yang sesuai Pencahayaan yang baik Aliran udara yang baik Penggunaan peralatan teknologi Hiasan bilik yang menarik Persekitaran yang menyokong pembelajaran kolaboratif
Pelan Ruang Pelan Ruang bilik darjah Pendidikan Seni Visual yang telah dihasilkan melalui aplikasi canva Bilik Seni ini telah lengkap pelbagai jenis peralatan bagi memudahkan proses PdP berjalan dengan lancar agar mencapai objektif pembelajaran.
Pelan Ruang Pelan Ruang bilik darjah Pendidikan Seni Visual yang telah dihasilkan melalui aplikasi Room Planner 2 Dimensi 3 Dimensi
Pelan Ruang Susunan meja dan kerusi yang berkelompok atau berkumpulan membolehkan murid berbincang, bertukar idea serta menggalakkan aktiviti kerja berkumpulan. Bilangan kerusi dan meja yang mencukupi serta berada dalam keadaan yang bai dan selamat untuk digunakan. Kaedah susunan ini dapat memudahkan sesi pengajaran berpusatkan murid. Mereka akan mudah untuk berinteraksi dan guru akan mudah memberikan tugasan selaras dengan pencapaian murid.
Pelan Ruang Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi amat penting bagi memberikan keselesaan kepada murid dan guru semasa proses PdP. Kuantiti tingkap dan lampu yang mencukupi dapat memberikan pencahayaan yang baik. Susunan perabot seperti rak perlu disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap serta mengelakkan berlaku halangan kepada pencahayaan dan pengudaraan.
Pelan Ruang Rak bagi pameran karya 2 Dimensi dan 3 Dimensi diletakkan dibahagian kiri dan kanan bilik seni. Pameran ini bertujuan bagi memberikan penghargaan dan idea untuk murid-murid menghasilkan karya yang lebih kreatif. Kedudukan rak ini juga tidak menghalang pergerakan murid dan aliran perudaraan serta pencahayaan di bilik seni. Saiz yang besar serta terbuka dapat memudahkan murid-murid melihat pameran karya tersebut.
Pelan Ruang Di dalam bilik seni juga telah menyediakan kemudahan teknologi seperti LCD Projector bagi meningkatkan semangat pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi juga secara tidak langsung membantu guru-guru dalam melakukan aktiviti yang menarik serta mudah mendapatkan maklumat.
Pelan Ruang Penyediaan singki dan rak penyimpanan barang dibahagian belakang bilik seni merupakan kedudukan yang strategik. Hal ini kerana, murid dapat menyimpan peralatan yang telah diguna serta dicuci dengan mudah dan menjimatkan pergerakan mereka. Kedudukan bersebelahan singki dapat membantu murid menyimpan semula peralatan yang digunakan selepas dibersihkan.
Penutup Sebagai kesimpulannya, pengurusan sebuah bilik darjah kondusif merupakan salah satu faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar di sekolah akan menikmati dan menggunakan kemudahan yang amat lengkap serta dapat melahirkan murid yang cemerlang.
Rujukan Sufea khas.(Okt 31, 2012). 4 Bidang dalam PSV.Slide share https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/4-bidang-dalam-psv Yasmine Natasha.(2020). Membuat corak dan rekaan :Pualaman. Anyflip https://anyflip.com/fvyvw/zjdm/basic Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kurikulum. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kurikulum Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Pentaksiran https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pentaksiran
Sekian, Terima Kasih