MALAYSIA
Membanteras
DADAH
NAMA : MUHAMMAD HARRAZ DANIEL
TAHUN : 4C
SEKOLAH : S.K MUHIBBAHRAYA TAWAU
● ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
UNIT 1- MAKSUD/PENGENALAN DADAH
UNIT 2- TANDA-TANDA PEYALAHGUNAAN DADAH
UNIT 3- JENIS-JENIS DADAH
UNIT 4- KESAN PENGAMBILAN DADAH
UNIT 5- AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH
UNIT 6- PERANAN UNTUK MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH
(PERANAN INDIVIDU, IBU BAPA, GURU, PEMIMPIN MASYARAKAT
DAN PELAJAR.)
UNIT 1 : PENGENALAN DADAH
Dadah atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan.
Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan ‘abuse’
Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit,
mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan
tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah.
Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan
makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran,
istilah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau
boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadah boleh dikategorikan sebagai satu
daripada jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan
penagihan, dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.
Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psiko aktif, sama ada
berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu,
dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari
segi fizikal atau mental.
1
UNIT 2 : TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH
Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita
semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada
asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan.
Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan
diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan,
apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh
mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan
kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan
bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah
perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai
berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia
pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semula
jadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah
tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta mengadaptasi yang disebabkan oleh
penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang
mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah
dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam
pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnahkan sesuatu.
Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di
dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam
menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.
2
- FAKTOR BERLAKUNYA PENYALAHGUNAAN DADAH :
a. Tekanan terhadap masalah
-Peribadi
-Keluarga
-Kerja
> Apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorang itu akan mengalami
kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai
jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman
setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi.
b. Kekurangan pengetahuan tentang dadah
> Remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya
dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk
membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut.
3
c. Pengaruh rakan sebaya
> Rakan merupakan orang terdekat kepada remaja selepas keluarga. Mereka kerap
menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli keluarga. Oleh hal yang
demikian, mereka akan mengikut dan melakukan perkara yang dilakukan oleh
rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah. Terdapat juga
kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya mereka akan
disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.
d. Kurang didikan agama.
> Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah
penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana dengan adanya pegangan
agama yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan.
Faktor kurangnya didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan
pantang larang dalam kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti
menghisap dadah.
4
- TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH
> Dari Segi Fizikal :
- Berpeluh
- Meremang bulu roma
- Pening kepala
- Menggigil(tremor)
- Sentiasa mengantuk
> Dari Segi Psikologi :
- Keresahan
- Insomnia(Tidak dapat tidur)
- Kerisauan
- Gangguan emosi dan perasaan
> Dari Segi Perlakuan :
- Sentiasa ponteng kelas
- Penurunan prestasi akademik
- Digantung atau dibuang sekolah
- Mabuk semasa memandu dan melibatkan kemalangan
- Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
- Mencuri
5
UNIT 3 : JENIS-JENIS DADAH
Bil. Kelas Dadah Contoh Dadah Tujuan Pengambilan
> Candu
1. Depresan > Untuk mengurangkan
(Penenteram) > Heroin tekanan jiwa
> Morfina > Untuk mengelakkan
kesakitan menyebabkan
rasa letih, mengantuk,
pertuturan tidak jelas dan
lain-lain.
> Untuk menjadikan gerak
balas terhadap rangsangan
lambat.
> Barbiturat
2. Stimulan > Kafeina > Boleh mengaktifkan sel-
(Perangsang) > Nikotina sel otak dan menambahkan
> Marijuana kadar metabolisme badan
> Amfetamin
> Penagih akan berasa
gembira dan aktif
6
3. Opiat > Morfina > Melegakan kesakitan dan
(Pelegaan Kesakitan) kegelisahan.
> Penagih akan berasa
tenteram dan selesa
berlebihan
> Heroin
> Candu
4. Halusinogen > Menyebabkan khayal
(Pengubah perasaan hati) > Ganja (halusinasi)
> Penagih akan berasa
gembira kerana memasuki
dunia khayalan mereka
(gila)
7
UNIT 4 : KESAN-KESAN PENGAMBILAN DADAH
Penyalahgunaan dadah akan membawa banyak kesan atau akibat yang negatif ke
pada si penagih. Antaranya ialah :
( Kesan-kesan negatif yang menyebabkan kerosakan pada organ pendalaman badan)
8
Selain daripada kesan dalaman pengambilan dadah juga boleh diketahui melalui
perubahan luaran seperti ciri-ciri fizikal dan kelakuan seseorang, sebagai contoh :
1. Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang
nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
2. Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana
mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka.
3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga
mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutama di bahagian lengan (bagi
mereka yang menggunakan jarum suntikan).
5. Dari masa ke semasa menggeletar seperti kesejukan amat sangat.
6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi
khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan
mental, sehingga percakapan susah di fahami.
9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan
diri.
Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza
mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah
dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika
menggunakannya.
( Perubahan bentuk fizikal dan paras rupa akibat pengambilan dadah )
9
PERANAN UNTUK MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH
Setiap individu mempunyai peranan yang penting untuk mewujudkan generasi tanpa dadah.
Daripada paparan di media massa, jelas menunjukkan bahawa masalah penagihan dadah
terus meningkat setiap tahun. Isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat
beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah penagihan dadah.
1. Peranan Individu:
Masalah penagihan dadah juga boleh diatasi dengan tindakan individu itu sendiri. Setiap
individu hendaklah mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat menangkis apa jua anasir
negatif yang datang. Justeru, setiap orang hendaklah memikirkan masa depan mereka dan
sentiasa menjauhi sikap ingin mencuba atau merasai najis dadah. Anggapan segelintir orang
yang mengatakan bahawa dengan menagih dadah, seseorang itu dapat menghilangkan
segala masalahnya hanyalah 'khayalan' belaka kerana penggunaan dadah tanpa nasihat
doktor boleh menyebabkan kematian dan kesengsaraan.
> Tindakkan seseorang individu ialah :
- Tidak sesekali mencuba dadah
- Tidak berseronok secara berlebihan
- Mengatasi masalah bukan dengan dadah
- Bersikap rasional dan positif
- Membantu persekitaran bebas dari dadah
13
2. Peranan Ibu Bapa :
Ibu bapa boleh memainkan peranan dalam mengatasi masalah penagihan dadah. Hal ini
kerana ibu bapa boleh menasihati anak-anak mereka agar menjauhi najis dadah. Ibu bapa
juga boleh menjelaskan kepada anak-anak tentang keburukan dadah iaitu penyakit
berbahaya seperti AIDS. Selain itu, ibu bapa juga mestilah memantau pergerakan dan
pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa.
> Tindakkan sebagai ibu bapa :
- Bentuklah anak-anak dengan memberikan kasih sayang
- Sentiasa menjadi teladan yang baik
- Mengambil berat dan berikan perhatian
- Sentiasa membimbing ke arah kesejahteraan
- Tidak berprasangka buruk
- Menyelesaikan masalah yang ada
- Sentiasa berbincang dan bercakap benar
- Sentiasa bertolak ansur dan bersabar
- Jangan menghukum sebelum mendengar dan mengetahui dengan jelas
- Faham perasaan anak dengan prihatin dan kasih sayang
- Berkomunikasi dengan berkesan dan hormati pendapat anak anda
- Ketahuilah apa yang anak-anak anda lakukan, siapa rakan-rakan mereka, ke mana mereka
pergi dan apa yang mereka lakukan pada masa lapang.
14
3. Peranan Pihak Sekolah dan Guru :
Peranan pihak sekolah dan guru juga turut dapat mengatasi masalah ini yang merebak seperti
virus epidemik di kalangan murid-murid. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang
boleh mendatangkan kemaslahatan kepada murid-murid. Biar kita ambil sebagai contoh,
pihak sekolah boleh mengadakan ceramah mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan
murid-murid. Melalui cara ini, murid-murid dapat menghindarkan diri mereka daripada perkara
yang tidak berfaedah seperti mencencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri
mereka.
> Tindakkan sebagai pihak sekolah/guru :
- Membantu dalam usaha pencegahan dengan pengesanan awal penagihan di kalangan
pelajar
- Mempelbagaikan usaha program pencegahan dadah
- Memantapkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam menolak dadah
- Menyediakan program yang berkesan supaya mesej dan sasaran lebih tepat
- Mendidik dan penerangan mengenai isu dadah sentiasa dipertingkatkan selaras dengan
perkembangan isunya
- Menyebarkan maklumat tentang bahaya dadah
- Menjadi penyalur maklumat yang efektif
15
4. Peranan Pemimpin Masyarakat/Kerajaan :
Pemimpin atau pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk mengatasi masalah
penagihan Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang
bagi membendung gejala penagihan dadah. Pihak kerajaan juga mempunyai sumber
kewangan bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran tentang penyalahgunaan dadah.
Program-program kesedaran ini boleh dilaksanakan melalui media massa seperti stesen
televisyen dan radio yang dimiliki oleh pihak kerajaan.
> Tindakkan Sebagai Pemimpin Masyarakat :
- Membantu bekas penagih dadah mengintegrasikan diri dalam masyarakat
- Memberikan sokongan padu dengan mengambil bahagian dalam setiap program pemulihan
dan aktiviti pencegahan.
- Mengetatkan lagi undang-undang terhadap penggunaan dadah.
- Menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit dalam usaha membanteras dadah.
- Menyediakan alternatif untuk penagih dadah mendapatkan kepulihan
- Mengakui kebolehan bekas penagih untuk bekerja
16
5. Peranan Pelajar :
Pelajar merupakan individu yang dalam proses penimbaan ilmu pengetahuan. Oleh itu,
pelajar mestilah sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan yang di lakukan yang akan
memberi kesan pada masa depan. Setiap pelajar mestilah sentiasa berusaha dengan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran, kerana pelajaran merupakan ilmu yang penting untuk
mengetahui sesuatu perkara. Misalnya, maklumat tentang dadah yang akan di jadikan
perkara yang di ingatkan supaya tidak mencubanya.
> Tindakkan Sebagai Pelajar :
- Kenal pasti pengaruh yang kurang sihat di sekeliling anda
- Ketahuilah apa yang penting bagi diri anda
- Tingkatkan keyakinan diri pada setiap masa
- Sentiasa terapkan nilai yang baik dan mempraktikkannya
- Berkeyakinan dalam membuat keputusan bijak
- Kurangkan perasaan ingin mencuba
- Banyakkan perasaan ingin tahu
> Kesimpulan :
Beberapa cara boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah penagihan dadah. Masalah
penagihan dadah ini mesti segera diatasi kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada diri
sendiri, masyarakat dan Negara. Semua pihak mesti berganding bahu dalam menangani
masalah penagihan dadah ini. Dengan kerjasama semua pihak, sudah pasti masalah
penagihan dadah akan dapat diatasi.
17
27