Kelab Catur Elite 18 (KCE18)
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1)
Jalan P18A, Presint 18
62150, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-8890 5424 Fax: 03-8890 5425
___________________________________________________________________
Ruj Kami : KCE18-2021 ( 10 )
Tarikh : 1 Ogos 2021
Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Menengah Harian
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sekolah Menengah Agama
Sekolah Antarabangsa
Sekolah Rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI "1st EtO PUTRAJAYA AGE-GROUP CHESS
TOURNAMENT 2021 "
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Catur Elite 18 akan bekerjasama
dengan Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Persatuan Catur Putrajaya (PCP),
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) dan Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan WP Putrajaya dalam menganjurkan Kejohanan Catur di Putrajaya iaitu
“1st EtO Putrajaya Age-Group Chess Tournament 2021”.
3. Sehubungan dengan itu, Kelab Catur daripada sekolah tuan/puan dijemput
untuk menyertai pertandingan catur tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 14 Ogos 2021 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang
Platform : Aplikasi Lichess. Format Swiss 9 pusingan
Kategori :
Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
4. Bersama-sama ini disertakan lampiran berkaitan pertandingan tersebut untuk
makluman dan tindakan pihak tuan.
4.1 Lampiran A – Maklumat Am (Flyers)
4.2 Lampiran B – Surat Sokongan MCF
4.3 Lampiran C – Surat Sokongan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya
5. Untuk makluman, kadar yuran penyertaan bagi setiap peserta adalah
RM20/kategori. Tempat adalah terhad. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian
di pautan http://catur.my/eto2021
6. Sijil penyertaan akan diberikan pada semua peserta yang mengambil bahagian
dan sijil pencapaian disediakan bagi semua pemenang. Sijil penghargaan guru
pengiring juga disediakan untuk guru-guru penyelaras catur yang menguruskan
pasukan catur sekolah masing-masing. Logo Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Putrajaya (JPWPP), Persekutuan Catur Malaysia (MCF) dan
Persatuan Catur Putrajaya (PCP) akan digunapakai pada sijil-sijil tersebut.
8. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Mohd Nurul Izani bin Mohd Asri di
talian 011-33833894/97. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan dalam perkara
ini didahulukan dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
( MOHD NURUL IZANI BIN MOHD ASRI )
Pengerusi Kelab Catur Elite 18