elrahza
• 4
• 0
Buku Pengurusan STARULe Tahun 2024 Digital
Segala puji-pujian hanya selayaknya bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarganya dan para sahabat seluruhnya.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan-Nya Buku Pengurusan Sekolah (BPS) bagi tahun 2024 ini dapat dihasilkan oleh Ahli Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada seluruh warga yang turut sama membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Buku Pengurusan ini adalah satu dokumen yang sangat penting kepada sekolah sebagai rujukan untuk melaksanakan semua aktiviti yang dirancang. Dokumen ini juga menjadi landasan kepada semua program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Segala perancangan dan gerak kerja yang teliti dan teratur akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah, seterusnya akan mencapai misi dan visi sekolah.
Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah. Ianya menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang dan jelas. Semua tugasan yang terkandung dalam BPS diharap dapat berfungsi serta dijana mengikut garis panduan yang dinyatakan di dalamnya.
Harapan yang tinggi diimpikan kepada seluruh warga agar tanggungjawab yang diamanahkan ini dapat disempurnakan dengan penuh komited dan berintergiti. Semoga dengan usaha dan pengorbanan seluruh warga menjadi pendorong untuk kita sama-sama menjulang nama dan kecemerlangan SMTDR Lenggong diperingkat yang lebih tinggi serta menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. Insya-Allah.
Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan Jazakumullahu Khairan Jaza’ kepada semua Ahli Jawatankuasa BPS dan semua warga SMTDR Lenggong yang telah berusaha gigih sehingga berjaya menyempurnakan Buku Pengurusan Sekolah ini dengan jayanya. Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
View Text Version Category : 47
• Follow
• 0
• Embed
• Share
• Upload
Related publications