1
Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.
1. Pesannya, liang tanah ini
akan mengisi jasad-jasad berani.
Dia sedang berkira-kira, bagaimana
untuk menjadi lelaki paling berani
bakal mendiami liang tanah ini.
Berikan empat bentuk puisi di atas. Dipetik daripada sajak Ini Tanah Kita daripada
Antologi Kubentang Sehelai Peta
[4 markah]
2. Hotel Wisata Indah hanya sementara baginya. Apabila dia dapat menemui destinasi, dia
akan tinggalkan Kota Sibolga, akan pergi ke mana-mana sahaja destinasi itu. Semasa
bertolak dari Medan ke Permatang Siantar, dia bertembung dengan anak-anak muda yang
memegang dan menadah bakul memohon derma di jalanan untuk membina masjid.
Dipetik daripada cerpen Profesor Sufi,karya A.Rahmad
Nyatakan dua latar tempat berserta contoh dalam petikan di atas. [4 markah]
3. ZAKI : Ya, dia perlukan banyak waktu. Kuharap dia akan tahu juga terhadap nilai kasih
sayangku, doktor.Walaupun Anna pergi, ibuku mesti melihat dunia kembali. Dan pada
engkaulah, doktor kuharap akan memberikan ibuku cahaya hidupnya kembali. Ibuku
mesti melihat. Biar dia melihat Tina, cucunya. Dan melihat aku, anaknya kembali.
Dipetik daripada drama Anna karya Kemala
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua perwatakan Zaki berserta contoh. [4 markah]
2
4. Bawa denak bersangkar rotan,
Di dalam semak sangkut di dalam,
Dahan sedepa tempat gantungan;
Nilai anak kerana ketaatan,
Nilai emak kerana asuhan,
Nilai bapa kerana tanggungan.
Dipetik daripada Pantun Enam Kerat Nilai Insan
Nyatakan dua gaya bahasa pengulangan berserta contoh. [4 markah]
5. Maka kata budak itu, “Baiklah esok hamba pergi.” Maka teman Syahbandar itu
pun kembalilah kepada Syahbandar dan segala kata budak itu semuanya dikhabarkannya.
Seketika duduk berkata-kata maka hari pun malamlah. Setelah hari siang, maka
pagi-pagi hari maka budak miskin itu pun pergilah menuju kampung Syahbandar. Setelah
ia sampai ke rumah Syahbandar itu maka Syahbandar pun keluarlah dari balai duduk
menanti budak miskin itu. Seketika ia duduk itu maka budak miskin itu pun tibalah. Maka
segeralah ditegur oleh Syahbandar. Katanya,“Marilah anakku kita pergi menghadap
baginda kerana baginda hendak melihat nagamu itu.” Maka kata budak itu, “Takut hamba
datuk hendak pergi seorang datuk, kerana tiadalah pernah hamba datuk pergi menghadap
raja-raja atau menteri.” Maka kata Syahbandar, “Janganlah anakku takutkan, aku pun
pergi juga bersama-sama dengan anakku.”
Dipetik daripada Sastera Hikayat Parang Puting
dalam Antologi Nilai Insan
Nyatakan satu pengajaran berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa tradisional
tersebut. [4 markah]
6. “Kalau begitu, bawa saya ke rumahnya dulu.”
“Boleh, tapi kamu mesti bayar lebih sebab aku mesti menunggu kamu, barangkali
lima belas minit.”
“Baik.”
“Kamu pernah tengok orang menghadapi saat mati? ”
“Belum.”
“Aku sudah dua kali. Dalam teksi ini.” Pemandu teksi itu lalu ketawa.
Dia mengerutkan dahi, memandang pemandu teksi. Bulu roma tengkuknya berdiri.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshonto, Anwar Ridwan.
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua teknik plot berserta contoh. [4 markah]
3
7.
“Hai anakku, sekali-kali tidak bonda suka engkau beristerikan Kan Tambohan itu!
Ia itu anak celaka dan anak jarahan. Mengapakah anakku mengambilnya buat isteri?”
“Hai Ken Tambohan! Jika kuturut hatiku, sekarang juga kau kujadikan abu!”
Titah Sang Nata, “Hai adinda, janganlah adinda berkata demikian! Sudahlah
dengan kuasa Dewata Mulia Raya anakanda kita berkahwin dengan Ken Tambohan
itu. Janganlah adinda terlalu murka kepada Raden Menteri itu. Nanti hiba hatinya dan lari
ia kelak.
“Adapun Ken Tambohan itu, sungguhpun orang tawanan, tetapi anak raja juga. Lagi
pula parasnya gilang-gemilang dan patut sungguh menjadi isteri anakanda Menteri.”
Dipetik daripada Sastera Panji dalam Antologi Nilai Insan
Nyatakan dua keperibadian unggul watak Sang Nata berserta contoh dalam petikan cerpen di
atas. [4 markah]
8.
Kemerdekaan yang kita genggam bukan kata hiasan
Seperti kedaulatan bukan hanya seuntai slogan
Telah berjanji kita atas nama bumi pusaka
Sepakat rela kita julang menjunjungnya
ke puncak persada.
Marilah kita tentang perobek angin musim sentosa
Hingga luluh sayapnya melayang
ke gurun-gurun yang saujana
Marilah kita lestarikan limpah rahmat
bernafaskan kasih luhur
Dengan jiwa paling bening tunduk dan syukur.
Dipetik daripada sajak Mencintai Tanah Ini
karya Lim Swee Tin
Berikan dua unsur patriotisme berserta contoh dalam petikan di atas. [4 markah]
4
9. Malam itu Sharifah tidak tidur. Dia berniat untuk sedekahkan baju-baju yang baru siap
itu kepada saudara-maranya di kampung. Dia akan hubungi Mak Lijah tukang jahit dan
Mek Nab tukang masak mereka. Dia akan berpakaian seperti Mek Nab supaya masyarakat
dapat dikaitkan dengannya. Kalau Abang Said meragam, malu berjalan dengannya selepas
ini, dia akan berserah kepada takdir. Dia tidak boleh menggembirakan semua orang. Imej
Abang Said harus dijaga agar jangan dikata orang lagi. Begitulah kasih seorang isteri.
Dipetik daripada cerpen Perspektif karya NF Abdul Manaf
Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[4 markah]
10. i) Nyatakan maksud kritikan sastera. [1 markah]
ii) Senaraikan tiga jenis kritikan sastera dalam Kesusasteraan Melayu Komunikatif.
[3 markah]
5
Bahagian B
Jawab tiga soalan sahaja
11. Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Anwar Ridhwan :
BABAK SATU
BLACKWAY : Boleh bawa saya pergi jalan-jalan?
(MAT PIAH terlopong sesaat, mendengar pertuturan Bahasa Melayu
daripada mulut BLACKWAY yang lancar).
BLACKWAY : Boleh bawa saya pergi jalan-jalan? (Ulang BLACKWAY sekali
lagi apabila MAT PIAH masih melongo. MAT PIAH semacam baru
tersedar daripada lamunan dan cepat-cepat tersengih).
MAT PIAH : Boleh, boleh. Boleh, tuan. Tuan nak pergi ke mana?
Soalan pecahan (a) dan (c) berdasarkan petikan drama di atas.
(a) Jelaskan dua teknik penulisan drama yang terdapat di dalam petikan di atas.
[4 markah]
(b) Huraikan dua latar masyarakat dalam drama [8 markah]
(c) Sambungkan skrip drama tersebut menjadi sebuah cerita yang menarik. [8 markah]
Panjangnya skrip drama hendaklah tidak kurang daripada 6 dialog.
12. Berdasarkan seloka di bawah, jawab soalan yang mengikutinya.
SELOKA TAK BERIKHTIAR SENDIRI
I
Banyak orang berangan-angan tinggi,
Ingin mencapai itu dan ini,
Tetap tak mahu bersusah diri
Untuk menyampaikan cita-cita pujaan hati
Mereka suka meminta tolong, minta diberi.
Banyak orang suka meminta bantu,
Mohon pertolongan di sana situ,
Atau berdoa sebilang waktu,
Atau menyusahi ayah dan ibu- jadi kutu,
Sebagai anak kecil masih menyusu.
6
Mengapa sentiasa mengharap ibu dan bapa?
Mengapa masih mahu menadah meminta-minta?
Manusia disuruh ‘beramal’ berusaha:
Sendirilah, selam lautan dalam!
Malulah kalau hanya tahu menyusah,
Kalau selalu meminta kepada ibu dan ayah,
Bahkan walaupun kepada Allah,
Suka menadah dan tertadah-tadah,
Suka menjadikan diri peminta sedekah,
Tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri.
II
Orang yang sukan meminta-minta, walau berjaya,
Walaupun meminta kepada Tuhan Maha Kaya,
Tetapi berusaha memakai tenaga diri,
Orang yang asyik dipeluk gelombang manja,
Yang tak tahu menelan pahit maung bekerja.
Akan matilah kemerdekaan hatinya,
Akan tipislah semangat perjuangannya,
Akan rendahlah pandangan orang kepadanya,
Akan hilanglah harga dirinya,
Akan jatuhlah darjat manusianya!
Dari situ…
Lenyaplah kelak daripadanya sifat jauhari,
Iaitu kepercayaan kepada dirinya sendiri;
Dari situ lagi, ke manakah ia akan pergi?
Ia tidak kan mencapai puncak yang tinggi,
Ia akhirnya hanya akan melepek dan rugi!
Diadun daripada “Putera Melaka”
U.Kk.27.Xii.1954
Kalung Bunga,2008
Dewan Bahasa dan Pustaka
(a) Huraikan dua gaya bahasa dalam seloka tersebut. [4 markah]
(b) Sarankan dua nilai murni yang sepatutnya diamalkan oleh masyarakat dalam
seloka tersebut. [8 markah]
(c) Huraikan dua isu masyarakat berserta contoh. [8 markah]
7
13. Berdasarkan Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah karya Fauziah Mohd. [4 markah]
[8 markah]
(a) Huraikan dua latar masyarakat.
(b) Jelaskan dua keperibadian unggul watak Averah.
Kami sama-sama memasak gulai ikan sembilang untuk abah. Mungkin tidak
sesedap masakan arwah emak tetapi aku harap abah gembira dan kempunan abah
tertanggal. Sesudah menjamah nasi pada malam itu, dan melayan kami berbual di
anjung, tempat yang selalu menjadi pilihan kami untuk berkumpul, abah meminta
diri untuk masuk tidur. Sebelum itu, banyak cerita yang abah kongsi bersama kami.
Kisah mudanya yang bergelar guru tetapi sayang tidak seorang pun anak-anaknya
berminat untuk menyambung kerjaya abah sebagi pendidik. Tetap abah tidak kesal.
Pelajaran dan ilmu agama sudah ditinggalkan untuk anak-anaknya.
(c) Berdasarkan kreativiti anda, adaptasi petikan tersebut supaya menjadi skrip drama
yang mengandungi enam dialog. [8 markah]
14. Berdasarkan Sastera Epik: Hang Tuah Di Utus ke Siam, jawab soalan-soalan berikut;
(a) Huraikan dua latar tempat berserta contoh. [4 markah]
(b) Jelaskan dua pengajaran berserta contoh. [8 markah]
(c) Huraikan dua ciri kepimpinan watak Hang Tuah berserta contoh. [8 markah]
15. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan Sasterawan Negara;
a)
Dia pulang sebagai lelaki gagah, berhadapan dengan seorang perempuan tua yang
agak berkerepot, hatta tetap dipeluk lututnya demi rasa hormat seorang anak yang
tahu asal-usulnya. Mungkin ribut taufan gila selama ini terjadi kerana, seperti dalam
dongengan lama Rai-Rapa, seorang anak sakti akan dilahirkan di dunia. Dialah anak
itu, terkandung dalam rahim alam dan ilmu Eropah, sekarang lahir dan menangis
membasahi lutut ibunya di pantai Ogonshoto.
Dipetik daripada Bab 1: Kolonial, novel Naratif
Ogonshoto karya Anwar Ridhwan
Berikan dua persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel tersebut.
[4 markah]
8
(b) Jelaskan dua kritikan terhadap masyarakat dalam bab 2 berserta contoh. [8 markah]
(c) Adaptasi petikan novel di bawah kepada dua rangkap pantun empat kerat. [8 markah]
Sebenarnya, menghampiri Ogonshoto dari arah manapun, dan bila-bila pun, pulau-
pulaunya menawarkan pemandangan menakjubkan. Suatu hari kami mendekati
Ogonshoto dari arah timur waktu pagi, ketika matahair dara menjenguk atas lereng
Banjaran Andes. Puncak gunung berapi Gora-gora berwarna keemasan, muncul megah
atas banjaran gunung dan perbukitan biru kehijauan. Begitu juga ketika matahari seperti
hendak menyelam di Polynesia pada waktu petang, seperti ketibaan sulung kami
dahulu, gunung berapi di Gora-gora itu menyilau keemasan, dan berdiri mengucapkan
selamat datang kepada pelaut dan raksasanya.
16. Berdasarkan petikan sajak di bawah, jawab soalan yang mengikutinya.
Virus dari Langit Global
Virus-virus giat mengalir
meniti pembuluh-pembuluh darah
menjengah ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonisme kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari peribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda.
Kontang sudah ladang yang subur
semaian hijau yang kita benih
(ab)erNgeyraitmakisaknaenmcupraathbaennptuerkapduabisainbderasnerta contoh. [8 markah]
(bd)ibHajuariaaikkahnladkupaekkerrittiikan pandangan terhadap sikap remaja berserta contoh. [4 markah]
diracuni semilir wabak yang mengotori
(cd)iteCriapptkaasnebaunaghinshajiatakmbesrotseimalakan kepentingan menjaga akhlak. Panjang sajak
mehrebnadkakmlaehnyaunstaurpa j1a2tihdinrigga 15 baris. [8 markah]
sekujur jiwa belia generasi
9
Virus-virus ini diutus dari langit global
percikan sampah dari jendela siaran
hibur sumbang dari pentas kayangan
libur sonsang dari halaman maya
terselaklah tabir ketulusan
dengan bakteria gejala
berleluasa menjajah dasar atma
rapuhnya pertimbangan akal anak-anak bangsa
susila dan budaya tidak lagi bernyawa
pabila virus mazmumah terpercik mendiami jiwa
menusuk luka dan kupingku dinoda
hilangnya nanti dan kupingku dinoda
menjadi puing-puing harapan ayahanda.
(Melaka – Kuala Lumpur)
Nur Suhada Sayuti
Antologi Kalam Pertama, 2012
Dewan Bahasa dan Pustaka
(a) Nyatakan empat bentuk puisi berserta contoh. [8 markah]
(b) Huraikan dua kritikan pandangan terhadap sikap remaja berserta contoh. [4 markah]
(c) Cipta sebuah sajak bertemakan kepentingan menjaga akhlak. Panjang sajak
hendaklah antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
KMK 2216/1
MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN 2
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
TINGKATAN 5 2021
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan Bahagian A.
3. Jawab mana-mana tiga soalan daripada Bahagian B.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya
buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak .
[Lihat halaman sebelah
2
Bahagian A
[40 markah]
Jawab semua soalan
1.
Risik hujan dan gersangnya dedaunan
adalah perkalihan musim
yang perlu kita lalui
segala-galanya berjalan dan terus berjalan
segala-galanya akan ada untukmu
segala-galanya akan bersatu dalam
kejernihan sukmamu.
Dipetik daripada sajak Ingatan Kepada Kawan “XXIV” karya Zaen Kasturi.
Nyatakan dua gaya bahasa pengulangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan
sajak tersebut. [ 4 markah ]
2.
Hakim tersebut menggeleng-geleng sambil tangan kirinya mengusap-
usap dagu yang licin tidak berjanggut ketika membaca laporan tersebut. Kaca mata
tebalnya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja yang bertimbun dengan fail dan
kertas.
“Heh, di bawah pokok mana peguam ini belajar undang-undang ?” jerkahnya seolah-
olah ada orang lain di dalam kamar itu yang ingin sama mendengar pandangannya.
Dipetik daripada cerpen Res Judicata
oleh Aidil Khalid
Berikan dua teknik plot berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[4 markah]
3.
Sedang Ken Tadahan meratap-ratap itu, tersedarlah Ken Tambohan
daripada pengsannya. Maka menangislah ia lagi tiada berhenti-henti. Kemudia ia
berkata, “Wahai kakang, apatah daya kita? Jikalau ada ayahanda dan bonda,
masakan begini nasib kita? Permaisuri benci kepada beta kerana beta orang tawanan
dan bangsa beta pun berlainan. Tidak setaraf dengan kakang Raden Menteri.”
Mendengar kata Ken Tambohan itu, tersangat belas rasa hati Pelebaya.
Maka ia berdatang sembah, “Wahai tuanku, segala kesalahan patik harap tuanku
ampunkan! Apatah daya patik ini? Tidaklah dapat patik langgari perintah ratu
perempuan itu, tentulah patik disumpah baginda kelak.
Dipetik daripada Sastera Panji dalam Teks Nilai Insan.
Nyatakan dua perwatakan Pelebaya berserta contoh yang terdapat dalam petikan
prosa tradisional tersebut. [4 markah]
MPP2 2216/1 [ Lihat halaman sebelah
3
4.
Mengapa sentiasa mengharap ibu bapa?
Mengapa masih mahu menadah meminta-minta?
Manusia disuruh “beramal”, berusaha:
Sendirilah, selam lautan dalam!
Sendiri rempuh belukar tebal yang kelam!
Malulah kalau hanya tahu menyusah,
Kalau selalu meminta kepada ibu dan ayah,
Bahkan, walaupun kepada Allah,
Suka menadah dan tertadah-tadah,
Suka menjadikan diri peminta sedekah,
Tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri
Dipetik daripada teks Nilai Insan.
Nyatakan empat bentuk puisi tersebut berserta contoh. [4 markah]
5.
(MAT PIAH mendekati dan menggenggam kedua-dua tangan BLACKWAY
yang sedang ketakutan).
BLACKWAY : Good God … don’t hurt me!
(MAT PIAH mencekak leher baju BLACKWAY. BLACKWAY terkial-kial cuba
melepaskan dirinya tetapi dia tidak berdaya kerana ternyata MAT PIAH lebih kuat
daripadanya).
BLACKWAY : Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada
semua orang Puloo Pinang. Memang kami penipu, penindas, penyamun.
Saya sendiri malu dengan apa-apa yang pernah kami lakukan dulu. Memang
kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semua hal yang pernah saya
lakukan dengan Light dulu, saya rasa macam mahu amuk!
Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway, karya Mahizan Husain
Berikan dua nilai berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama tersebut. [4 markah]
6. Pada suatu petang, sepanduk-sepanduk di pedalaman Tubua tiba-tiba
berhenti bergetar. Pucuk-pucuk pohonan pun tegak lurus ke langit. Asap kelabu
gunung berapi Gora-Gora berkepul menegak ke langit biru. Pada masa itulah
penduduk pedalaman Tubua terlihat seorang lelaki tua berjalan di tebing sungai
menuju ke arah mereka. Pakaiannya seperti nelayan dari Kuri. Semakin lama
semakin dekatlah lelaki tua itu. Badannya telah mulai bongkok sabut. Jambang,
misai dan janggut hampir menutup wajahnya. Dia memakai kaca mata gelap, yang
murah, yang biasanya dijual di kaki lima kedai di Tatamanu.
Dipetik daripada Novel Naratif Ogonshoto, karya Anwar Ridhwan.
Nyatakan dua latar tempat berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel tersebut.
[4 markah]
MPP2 2216/1 [ Lihat halaman sebelah
4
7.
“Doktor muda macam Averah tentu sentiasa sibuk”.
“Averah sudah memohon untuk bertugas di tempat paling hampir
dengan kampung kita supaya dekat dengan abah,” kata aku melenyapkan
kebimbangan abah.
Aku tidak pernah menyesal kerana pernah menolak tawaran belajar di
luar negara dan memilih universiti tempatan untuk menyambung cita-cita menjadi
doktor seperti Along.
Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd Ismail.
Nyatakan satu ciri keperibadian unggul watak Averah berserta contoh yang
terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [4 markah]
8.
Setelah keesokan hari maka Oya Bagelang dan Laksamana pun masuk
menghadap. Tatkala itu Phra Chau pun sedang ramai dihadap orang. Setelah Phra
Chau melihat Laksamana, maka ditegurnya oleh baginda, “Mari Laksamana duduk.”
Maka Laksamana pun menyembah lalu duduk. Maka Oya Bagelang pun
persembahkan Laksamana hendak bermohon itu. Maka titah Phra Chau, “Baiklah,
balas surat dan bingkis, Bagelang, akan Raja Melaka itu dan beri gajah sepuluh
ekor, enam ekor akan Raja Melaka, empat ekor akan Laksamana, kerana
Laksamana banyak kebaktian kepada kita.” Maka sembah Laksamana, “Daulat
tuanku, patik junjung anugerah.”
Dipetik daripada Sastera Epik dalam Teks Nilai Insan.
Phra Chau merupakan seorang pemerintah yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji.
Berikan satu sanjungan terhadap watak Phra Chau berserta contoh yang terdapat dalam
petikan prosa tradisional tersebut. [4 markah]
9. Maut telah tiba, menjemput roh orang dari Tatamanu itu, tetapi dia belum
menemui kebenaran. Ertinya, ada kebenaran yang hanya akan ditemui di dunia
yang akan datang, di hadapan Tuhan.
Tetapi, kebenaran itu akan tiba jua. Menurut pentafsiran saya, itulah yang resi
maksudkan, apabila bertahun-tahun dahulu resi berkata akan tiba. Betulkah
pentafsiran saya ini, resi?
Pentafsir itu menunggu-nunggu jawapan resi tua. Tetapi resi tua tidak berkata
apa-apa. Kemudian pentafsir terdengar resi tua menangis teresak-esak.
Dipetik daripada Novel Naratif Ogonshoto,
karya Anwar Ridhwan.
Nyatakan dua sudut pandangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel
tersebut. [4 markah]
MPP2 2216/1 [ Lihat halaman sebelah
5
10.
Degup ingin anak-anak bangsa
Masih kental mengisi mimpi
Membenteng tanah yang sesusuk ini
Dengan harga cinta tak tertawarkan
Dengan anyam kasih tak tercelakan.
Kemerdekaan yang kita genggam bukan kata hiasan
Seperti kedaulatan bukan hanya seuntai slogan
Telah berjanji kita atas nama bumi pusaka
Sepakat rela kita julang menjunjungnya
ke puncak persada.
Dipetik daripada sajak Mencintai Tanah Ini
karya Lim Swee Tin.
Nyatakan satu unsur patriotisme berserta contoh yang terdapat dalam petikan sajak
tersebut. [ 4 markah ]
MPP2 2216/1 [ Lihat halaman sebelah
6 [4 markah]
[8 markah]
Bahagian B
[60 markah]
Jawab mana-mana tiga soalan sahaja.
11. Berdasarkan drama Anna karya Kemala:
(a) Jelaskan pemikiran bagi drama tersebut.
(b) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam drama tersebut.
ZAKI : Aku memikirkan dirimu. Engkau pergi tak memberitahuku.
ANNA : Rumah tangga kita tiba pada nafasnya yang terakhir. Aku kira susah hendak
diselamatkan lagi.
ZAKI : Anna, apa yang engkau katakan ini?
ZAKI : (seperti menyesal) : Sayang, engkau sengaja mahu melupakan kemesraan kita
selama ini. Engkau lupakan saat-saat kebahagiaan kita, musim bunga
percintaan kita waktu di kampus.
Dipetik daripada drama Anna karya Kemala.
(c) Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan dialog di atas supaya menjadi skrip drama
yang mengandungi enam dialog. [8 markah]
12. Berdasarkan cerpen Air Mata Dalang, karya Rahimidin Zahari ::
(a) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. [4 markah]
(b) Jelaskan dua nilai kasih sayang yang terdapat dalam cerpen tersebut. [8 markah]
(c) Berdasarkan cerpen tersebut, hasilkan sebuah karya adaptasi dalam bentuk sajak yang
bertemakan ketabahan. Sajak tersebut hendaklah antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]
MPP2 2216/1 [ Lihat halaman sebelah
7
13. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.
Empat lima kuda di medan,
Kuda tengkot kedepan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga.
Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sikap lelaki.
Penakut sungguh rupanya ikan,
Umpan di kail lari menepi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak terbeli!
Kalau mengail ikan tenggiri,
Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!
Air hangat air bertapis,
Tuangkan saya agak secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
Kurang tenaga tidak melawan.
Pasang panjut keliling rumah,
Bunga api di tengah laman;
Bukan kedekut, bukannya lemah,
Cuma hati belum berkenan.
Dari Medan ke Sibolga,
Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.
Kalung Bunga, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan
(a) Jelaskan tema bagi pantun tersebut. [4 markah]
(b) Huraikan empat bentuk pantun di atas. [8 markah]
(c) Cipta dua rangkap pantun empat kerat bertemakan nilai kesopanan. [8 markah]
MPP2 2216/1 [ Lihat halaman sebelah
8
14. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
Sekeping Kartu Kecil
Tiba-tiba dalam tak
disangka-sangka, ini pagi
angin bertiup ke utara
dan hujan pun turun
sungguh kupercaya
engkau lupa sudah
lantaran lama sekali tak jumpa!
Tadi aku disapa sekeping kartu kecil
di sana engkau catat ringkas
*Selamat lebaran Aidilfitri dan
maaf lahir batin.”
Lalu kenangan semalam pun
hidup kembali
begitu indah begitu memukau
ada seribu burung
menyanyi-nyanyi
di ruang hati.
Pada lebaran yang bersih nanti
ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu
bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin
yang melepas rindu
(jangan risau)
tapi kedatanganku
justeru sebagai saudara seagama bersama isteri
dan tiga orang anak tercinta
kuharap semoga engkau tidak terperanjat
sambutlah sebagaimana kebiasaan
engkau menyambut tamu
kiranya hubungan
persaudaraan kita
terus kukuh
kekal berkepanjangan
sampai bila-bila.
Mohd Adid Ab Rahman
Belati Cinta Zulaikha, 2004
Dipetik daripada sajak Sekeping Kartu Kecil karya Mohd Adid Ab Rahman.
(a) Jelaskan nada yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
(b) Huraikan empat gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. [8 markah]
(c) Berdasarkan sajak tersebut, hasilkan sebuah karya adaptasi dalam bentuk cerpen.
Panjangnya cerpen hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. [8 markah]
MPP2 2216/1 [ Lihat halaman sebelah
9
15. Berdasarkan Sastera Epik : Hang Tuah Diutus Ke Siam dalam teks Nilai Insan :
(a) Jelaskan dua ciri epik yang terdapat dalam prosa tradisional tersebut. [6 markah]
(b) Huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam prosa tradisional tersebut. [6 markah]
(c) Huraikan dua ciri keperibadian unggul watak Hang Tuah yang terdapat dalam prosa
tradisional tersebut. [8 markah]
16. Berdasarkan Novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan Sasterawan Negara:
(a) Huraikan dua perwatakan Presiden. [8 markah]
Orang-orang Presiden, setelah mendapat restunya, merancang untuk
membangunkan pedalaman Tubua dari pertemuan tiga sungai di daratan Tubua
sampailah ke kaki gunung berapi Gora-Gora. Untuk membina jalan, pinggang-
pinggang bukit harus ditarah dan pokok-pokok ditumbangkan. Jalan itu kelak akan
membawa pelancong-pelancong terus ke kaki gunung berapi, tempat sebuah
kompleks hiburan dan perjudian akan didirikan. Antara alasan orang-orang
Presiden ialah pedalaman Tubua merupakan kawasan yang belum dibangunkan
di barat Gora-Gora.
Dipetik dari novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan
(b) Huraikan satu isu masyarakat yang terdapat dalam petikan novel tersebut. [4 markah]
Dia menghentikan langkah lalu bersandar pada sebatang pohon. Dia
memejamkan matanya seketika, kemudian membuka matanya perlahan-lahan,
memandang tepat ke arah cahaya berpendar-pendar itu. Beberapa detik
kemudian...
Dipetik dari novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan
(c) Berdasarkan kreativiti anda, sambung petikan tersebut menjadi sebuah cerita yang
menarik. Panjangnya cerita hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
MPP2 2216/1 [ Lihat halaman sebelah
SULIT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEBOBON
KOTA KINABALU
Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2021
TINGKATAN LIMA
KESUSASTERAAN MELAYU 2216 /1
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A.
3. Jawab tiga soalan Bahagian B
4. Jawapan hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan.
Kertas peperiksaan ini mengandungi halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
SULIT
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
SamsiKamariah Md Radyi Lily Natasha Abdullah Roslin Kasan
KP Kes. Melayu KB Bahasa Pen. Kanan Pentadbiran
SULIT
Bahagian A
[ 40 markah ]
Jawab semua soalan
1.
PUISI A PUISI B
Tersebut pula suatu perkataan. Katakanlah kau ada ...
Raja Malabari empunya kerajaan, Emas bertimbun,
Sehari-hari bersuka-sukaan, Ataupun beras berguni, berkampit, berkarung.
Rakyatnya banyak tiada terkian. Wang penuh di gedung, padat di kantung.
Dipetik daripada Antologi Nilai Insan
Nyatakan :
i. Jenis Puisi A dan Puisi B di atas. [ 2 markah ]
ii. Dua perbezaan bentuk antara Puisi dan Puisi B yang terdapat dalam petikan di atas.
[2 markah ]
2.
Ibu, pada glaukoma ke ahmar
Teruji lagi reda dan sabar
Betapa baki kesempatan ini
Biar kusisip bunga bakti
Ke seri taman budimu
Yang tak tertanam olehku.
Dipetik daripada sajak Dari Glaukoma ke Angin Ahmar
karya Nur Suhada Sayuti
Berikan satu pengajaran beserta contoh yang terdapat dalam petikan puisi di atas.
[4 markah]
SULIT
3. Melihat Raden Menteri masuk habis lari segala puteri. Tinggal Ken Tambohan
seorang diri. Raden Menteri pun menghampirinya dari belakang. Dipegangnya tangan
Ken Tambohan. Ken Tambohan menoleh. Terkejut ia melihat Raden Menteri. Ia berfikir,
“Siapakah gerangan orang muda ini? Barangkali ia inilah putera Sang Nata. Elok benar
rupanya.” Maka Ken Tambohan hendak lari. Tersenyum manis Raden Menteri melihat
kelakuan Ken Tambohan itu. Seketika kemudian ia bersabda, “Hai emasku yang seperti
bidadari! Ke manakah tuan hendak pergi? Wahai aria ningsun durja yang berseri,
janganlah tuan takut dan ngeri kepada kakang dan janganlah tuan salah penerimaan! Ada
pun kakang datang ini kerana hendak bertanya kepada tuan. Dari manakah tuan ini,
bagaimanakah tuan tiba ke mari dan apakah nama tuan ini? Apa nama kain yang tuan
tenun ini? Sangat indah kakang lihat perbuatannya.”
Dipetik daripada Sastera Panji, Nilai Insan
Nyatakan dua teknik plot beserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa di atas
[4 markah]
4.
Profesor itu mengangguk-angguk. Kali ini hatinya tidak memperkecilkan-
kecilkan anak muda itu lagi. Dia menghitung-hitung jumlah pengetahuannya yang banyak
tentang ilmu tasawufnya yang diketahuinya itu. Jelas dia hanya seorang manusia yang
bergelar ahli ilmu tasawuf. Namun, dia bukan ahli tasawuf.
“Saya tidak berilmu, sebab itu saya mahu beramal walaupun sekecil-kecilnya
amalan saya itu. Itu lebih baik daripada saya banyak berilmu tetapi tidak beramal.”
Pemuda itu sedikit kesal mengeluarkan kata-katanya yang mungkin boleh menyinggung
profesor yang mahu mengajarnya itu. Walau bagaimanapun, profesor itu lebih kesal lagi.
Dia datang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk mengkaji. Sedang anak muda yang tidak
berwibawa itu juga datang beribu-ribu kilometer jauhnya, hanya untuk beramal.
Dipetik daripada Cerpen Profesor Sufi
karya A.Rahmad
Nyatakan dua nilai beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[4 markah]
5.
ZAKI: Anna! Engkau kata penjara? Aku cuba memberi engkau kebahagiaan, kau
kata penjara? Tina telah berada di tengah-tengah kita, engkau kata penjara?
Tina adalah lambang kasih sayang kita, Anna. Jika engkau tak ingat aku, tolong
Dipetik daripada drama Anna
karya Kemala
Berikan dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas.
[4 markah ]
SULIT
6.
Disebabkan abah juga aku menolak cinta Dr. Lokeman. Bagiku, lelaki itu sangat
sofistikated, anak orang berada dan tidak pernah akan mengalah meninggalkan kota
gahnya untuk mengikut aku tinggal di kampung yang masih tertinggal jauh daripada
hidup yang moden serta lengkap dengan kemudahan.
Tidak mungkin lelaki itu akan bertukar watak hanya kerana cinta terhadap gadis
pingitan seperti aku. Aku menolak cintanya dengan seribu alasan walaupun dia tidak
henti-henti mengirimkan aku mawar merah yang harum dan cantik. Aku tidak mahu
terlanjur mencintainya walaupun ramai yang beranggapan aku menolak tuah.
“Hanya gadis yang urat nadinya terputus sahaja yang akan menolak cinta teruna
setampan Dr. Lokeman,” sindir teman-teman.
Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd. Ismail
Nyatakan sudut pandangan bagi petikan cerpen di atas berserta tiga contoh.
[4 markah]
7.
Seminggu kemudian, kumpulan pencinta alam yang berpejabat di Kuri
secara rasmi membantah projek itu. Mereka menyertakan kajian ilmiah setebal
tujuh puluh lima halaman, memberi penekanan kepada bencana besar yang akan
dihadapi oleh Futu Ata , andainya projek itu diteruskan. Bantahan tersebut telah
disampaikan kepada wakil Dewan presiden di Kuri dan pihak berkuasa di
Tatamanu.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
Nyatakan dua latar tempat serta contoh yang terdapat dalam petikan novel di atas.
[ 4 markah ]
8. Beberapa tahun kemudian namanya mulai menjadi buah bibir para pekerja
istana kerana sifat ringan tulangnya, dedikasi, disiplin serta amanah. Segala sifat
terpuji itu, di samping kedudukannya sebagai anak angkat Presiden, membuat
segala pintu di dalam istana terbuka luas dan bebas untuknya, Kecuali kamar tidur
Presiden. Akan tetapi dia tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk kelihatan
bodoh, pendiam dan tampang nelayan totok dari Banaba
Dipetik daripada drama Anna
karya Kemala
Teknik pemerian yang terdapat dalam petikan di atas, jelas menggambarkan
perwatakan dia yang layak untuk disanjungi. Berikan pandangan anda dengan contoh
yang lengkap. [ 4 markah ]
SULIT
9. Pak Yasok benar-benar terhiris akan kata-kata itu. sepanjang hidupnya sebagai
dalang wayang kulit itulah penghinaan yang paling hina yang pernah diterimanya.Tok
Siak, Pak Lebai dan imam masjid di kampungnya itu pun tak pernah menghina kerja-kerja
seni Pak Yasok sebegitu rupa. Pak Yasok ke surau dan ke masjid seperti orang lain juga.
Pak Yasub tetap berzakat dan menziarahi saudara jauh dekat yang sakit demam.
Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang
karya Rahimidin Zahari
Berdasarkan petikan di atas jelaskan dua unsur agama serta contoh. [ 4 markah ]
10.
“Alhamdulillah kalau kamu bertiga dah insaf, Aku tidak ada kuasa untuk
menjatuhkan hukuman kepada kamu bertiga. Yang penting kita mesti bekerja keras untuk
memastikan bukit. Mas kekal sebagai bukit yang menghijau dan kaya dengan pokok buah-
buahan khususnya buah durian. Kita pastikan buah durian dari Bukit Emas akan dijual di
seluruh dunia termasuk pasaran Eropah.” Sahat semakin bersemangat sambil menepuk
bahu Tahot yang mengesat air mata terharunya.
Dipetik daripada cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf
Nyatakan satu ciri kepimpinan yang ada pada watak Sahat berserta contoh yang
terdapat dalam petikan cerpen di atas. [4 markah]
SULIT
Bahagian B
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja.
11. Baca dan fahami sajak di bawah, kemudian jawab soalan yang diberi ;
INI TANAH KITA
Ini tanah kita, pesan bonda
kau akan bersemadi di bawah ini
kita perlu menjadi seorang tua
kala petang, dia berseorangan
di bawah pohon
Kemboja-menatap langit, menadah
Tangan; menzikiri nama Tuhan
Bertubi-tubi, air matanya membasahi pipi
Pesannya, liang tanah ini
Akan mengisi jasad-jasad berani
Dia sedang berkira-kira, bagaimana
Untuk menjadi lelaki paling berani
Bakal mendiami liang tanah ini.
Pesan bonda lagi
Belajar-belajarlah meniduri tanah ini
Kalau-kalau, esok engkau mati
Kau tak perlu semutar
Untuk menunjukkan alimmu di depan
Munkar
Kau tak perlu sihir
Untuk bersembunyi dari Nakir
Yang perlu kau tahu
Tanah ini asalmu
Basah tanah ini
Memang sentiasa menanti kau ke mari
Di bawah redup kemboja yang lain
Sepert ternampak lelaki tua itu
Menggali liang tanah
Untuk jasadnya sendiri
(Machang, Kelantan)
Salman Sulaiman
Di Bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu, 2005
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
SULIT
( a ) Jelaskan maksud rangkap pertama sajak di atas serta. [4 markah ]
( b ) Huraikan empat gaya bahasa serta contoh yang terdapat dalam puisi tersebut.
[6 markah ]
( c ) Cipta sebuah sajak yang bertemakan tentang semangat cintakan alam sekitar.
[ 8 markah ]
12. Baca pantun di bawah dengan terliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok. bukan membeli.
Empat lima kuda di medan,
Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga.
Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
Penakut sungguh rupanya ikan,
Umpan di kail lari menepi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak terbeli!
Kalau mengail ikan tenggiri,
Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!
SULIT
Air hangat air bertapis,
Tuangkan saya agak secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
Kurang tenaga tidak melawan?
Pasang panjut keliling rumah.
Bunga api di tengah laman;
Bukan kedekut, bukannya lemah,
Cumanya hati belum berkenan.
Dari Medan ke Sibolga,
Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.
Kalung Bunga, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka
( a ) Huraikan bentuk pantun di atas serta contoh. [6 markah ]
( b ) Jelaskan dua persoalan serta contoh yang terdapat dalam puisi tersebut. [6 markah ]
( c ) Cipta empat rangkap pantun empat kerat yang bertemakan ketaatan. [8 markah]
13. Berdasarkan Sastera Epik dalam Antologi Nilai Insan:
( a ) Huraikan tiga latar tempat berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam prosa
tersebut. [ 6 markah ]
( b ) Jelaskan dua keperibadian unggul yang ada pada watak Laksamana Hang Tuah
seperti mana yang di ceritakan dalam prosa tersebut. [ 6 markah ]
( c ) Berdasarkan keseluruhan cerita yang terdapat dalam Sastera Epik, hasilkan sebuah
karya adaptasi dalam bentuk syair.
Syair yang ditulis hendaklah empat rangkap. [8 markah]
14. Berdasarkan cerpen Profesor Sufi karya A. Rahmad:
(a) Huraikan tiga unsur Islam serta contoh yang terdapat dalam karya ini. [ 6 markah ]
(b) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut. [ 8 markah ]
(c) Cipta sebuah cerpen bertemakan ketabahan menghadapi cabaran hidup. Panjangnya
cerpen hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. [8 markah]
SULIT
15. Berdasarkan drama Anaa karya Kemala:
( a ) Bandingkan dua perwatakan Anna dengan Zaki berserta contoh seperti mana yang
telah digambarkan oleh penulis melalui drama tersebut. [ 8 markah ]
( b ) Huraikan dua teknik penulisan yang terdapat dalam petikan drama di bawah serta
contoh. [ 4 markah ]
ZAKI (memerhatikan sekeliling dan nampak ANNA): Anna! Anna!
(ANNA serba salah, bangun dan bergerak dua tiga langkah ke depan)
ZAKI: Nanti, Anna!
ANNA (Terhenti dan menoleh ke belakang): Bukankah sudah kukatakan antara
kita... .
ZAKI (memotong cepat): Anna, engkau terlalu mengikut perasaanmu. Bertenang,
Anna.
Cuba kaudengar dulu. Dengar ini, Anna... .
(c) Berdasarkan kreativiti anda, sambung skrip drama dalam petikan tersebut supaya
menjadi sebuah cerita yang menarik.
Skrip drama tersebut hendaklah tidak kurang daripada enam diolog.
[ 8 markah ]
16. Berdasarkan Novel Ogonshoto karya Anuar Ridhwan:
( a ) Nyatakan dua latar masyarakat beserta contoh yang terdapat dalam novel teserbut.
[6 markah ]
( b ) Huraikan dua ciri kepimpinan yang terdapat pada watak Presiden Ogonshoto dalam
novel tersebut. [6 markah]
“Mati kau, jeneral!” jeritnya sambil mengacukan pistol.
( c ) Berdasarkan kreativiti anda, adaptasi petikan novel di atas supaya menjadi sebuah
cerpen pendek yang lengkap.
Panjangnya cerpen adaptasi hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
[ 8 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
SULIT