The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-79121629, 2022-06-15 09:46:42

DRAMA MAT PIAH & BLACKWAY

EN SHAH REZZA

INDUKSI SET









DRAMA

MAT PIAH DAN MR.BLACKWAY

Karya Mahizan Husain

PEMIKIRAN:

• Tipu muslihat penjajah terhadap
pemerintah dan rakyat. Contohnya
Francis Light menggunakan tipu muslihat
untuk mendapatkan Pulau Pinang
daripada Sultan Kedah. Inggeris
membuat perjanjian dengan Sultan
Muhammad Jiwa dan berjanji akan
memberikan bantuan ketenteraan
kepada kerajaan Kedah daripada
serangan Bugis.

PERSOALAN:

Persoalan tentang kejujuran terhadap
kebenaran. Contohnya, Blackway
memberitahu Mat Piah bhw Francis Light
sebenarnya menipu Sultan Kedah utk
mendapatkan Pulau Pinang. Persoalan sikap
tidak menepati janji.

Persoalan tentang sikap gigih dan tekun.
Contohnya, Mat Piah yang berusia 40-an
meneruskan hidup selepas pulih dari sakit
mental dengan menjadi penarik beca.

Persoalan tentang pengetahuan
sejarah tanah air iaitu sejarah
penjajahan British di Pulau Pinang oleh
Francis Light. Mat Piah tahu akan
sejarah Pulau Pinang dan ditambah
dengan fakta sebenar sejarah
perampasan Pulau Pinang oleh Francis
Light dari Sultan kedah.

WATAK DAN
PERWATAKAN

WATAK BLACKWAY

Seorang yang jujur. Contohnya, Blackway jujur
bercerita bahawa pihak Inggeris menipu pembesar
Melayu untuk mendapatkan hasil. Selain itu, Seorang
yang insaf iaitu Blackway insaf kesalahan pihak
Inggeris menindas dan kejam kepada orang Melayu.
Seterusya, Seorang yang penipu. Contohnya,
Blackway terlibat dengan Francis Light menipu
pembesar Melayu dalam mendapatkan Pulau Pinang
darida Sultan Kedah dan Seorang yang penakut iaitu
Blackway ketakutan apabila mendengar mat rempit
membuat bising di jalan raya.

WATAK MAT PIAH

Seorang yang bijak. Contohnya, Mat
Piah penarik beca tetapi boleh bertutur
bahasa Inggeris. Selain itu, Seorang
yang tegas. Contohnya, Mat Piah
marah apabila mengetahui peristiwa
sebenar bahawa pihak Inggeris
menggunakan tipu helah untuk
mendapatkan Pulau Pinang daripada
Sultan Kedah. Seorang yang patriotik
iaitu Mat Piah kecewa dengan sikap
penjajah yang kejam dan menipu untuk
merampas hasil bumi tanah air. Akhir

TEKNIK PLOT

 Teknik Pemerian : Teknik penceritaan
digunakan oleh pengarang untuk menjelaskan
situasi dan cara mudah menyampaikan cerita.
Setiap babak pengarang membuat
penerangan tentang tempat dan masa babak
drama berlaku di mana.

 Imbas kembali : Contohnya Blackway
mengimbas sejarah perampasan Pulau Pinang
daripada Sultan Kedah oleh Francis Light.

Teknik dialog : Teknik dialog digunakan
untuk menjadikan drama ini nampak jelas
dan mudah menyampaikan cerita. Dialog
Mat Piah dengan Mr. Blackway berlaku
dengan aksi dan pergerakan.

Teknik monolog : Pengarang juga
menggunakan teknik monolog. Contohnya
Mat Piah bermonolog dengan diri sendiri
adakah dia gila atau Blackway yang gila.

LATAR

Latar Masa

 Tahun 1786. Contohnya, Francis Light
menandatangani perjanjian Inggeris-
Kedah pada tahun 1786.

 Waktu subuh iaitu Francis Light dan
tentera Inggeris menyerang tentera
Sultan Abdullah pada waktu subuh.

 Waktu dinihari iaitu Mat Piah
membawa Blackway dengan becanya
ke Padang Kota.

Latar Tempat

Pulau Pinang iaitu Francis Light
mendapatkan Pulau Pinang daripada
Sultan Kedah pada 1786.

Kedah. Contohnya, Sultan Muhammad
Jiwa dan Sulatan Abdullah memerintah
negeri Kedah Padang Kota Lama. Mat
Piah telah membawa Blackway ke
padang Kota Lama.

Latar Masyarakat

 Masyarakat yang tahu tentang sejarah.
Contohnya, Mat Piah dan Blackway sangat
berpengetahuan tentang sejarah Pulau
Pinang dan kedah serta penipuan Francis
Light untuk mendapatkan Pulau Pinang dari
Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah
dan menipu orang Melayu.

 Masyarakat yang bekerja sebagai penarik
beca. Contohnya Mat Piah bekerja sebagai
penarik beca dan mencari rezeki dengan
becanya di sekitar bandar Georgetown.

 Masyarakat yang berani menegakkan kebenaran.
Contohnya, Mat Piah yang berani berbahas dan marah
dengan Blackway yang menceritakan fakta sebenar
Francis Light bukan meneroka Pulau Pinang sebaliknya
merampas dari Sultan Kedah demi kepentingan
mereka tanpa pengetahuan kompeni SHTI.

 Masyarakat yang bangga dengan pencapaian
bangsa mereka dalam menjajah. Contohnya, Blackway
bangga dengan bangsanya yang dapat menjajah dan
ada tanda nama “Lebuh light” yang membuktikan
bangsa mereka pernah menguasai Pulau Pinang.

 Masyarakat yang hidup dengan hiburan dan bersosial.
Contohnya, peserta pakaian beragam dan Mat rempit
yang hidup dengan dengan sikap tidak berfikir panjang
tentang perbuatan mereka.

NILAI

 Nilai semangat patriotisme. Contohnya, Mat Piah
menyatakan “saya sekolah sampai darjah enam
sahaja, tapi boleh hafal tarikh pembukaan pulau
pinang.

 Nilai Merendah diri. Contohnya, Blackway memohon
maaf “saya minta ampun, minta maaf kepada
semua orang melayu dan orang Pulau Pinang.

 Nilai kegigihan. Contohnya, Mat Piah gigih bekerja
sebagai penarik beca demi mencari sesuap nasi.

 Nilai menghargai sejarah. Mat Piah amat
menghargai sejarah tanah airnya iaitu Pulau Pinang.

 Nilai kesabaran. Contohnya, Mat Piah sabar dengan
sikap dan perlakuan Blackway yang pelik dan kadang-
kadang membuat dia marah.

 Nilai kejujuran. Contohnya, Kejujuran dapat dilihat dari
sikap Mr. Blackway yang menceritakan fakta sebenar
tentang francis Light yang menipu daya Sultan kedah
untuk merampas Pulau Pinang.

 Nilai ketaatan dan kesetiaan. Contohnya, Nilai
ketaatan terserlah dalam diri Mr. Blackway yang
bangga dengan sejarah penjajah bangsa mereka

PENGAJARAN
Kita mestilah mempunyai
semangat patriotisme terhadap
negara atau negeri seperti MAT
PIAH yang masih menghafal
tarikh pembukaan pulau pinang

Kita haruslah bersikap rendah
diri seperti MR.BLACKWAY yang
meminta maaf kepada semua
orang melayu di pulau pinang
tentang kesalahannya

Kita hendaklah jujur dalam berkata-kata dan
bercakap. Contohnya, Mr. Blackway jujur
dengan salah dan silap mereka yang telah
berlaku kejam demi menguasai Pulau Pinang.

Kita perlulah berusaha dengan gigih.
Contohnya, Mat Piah mencari rezeki dengan
menjadi penarik beca walaupun terpaksa
kerja siang dan malam, dinihari demi
mendapatkan sesuap nasi.

Kita sewajarnya menghargai sejarah dan juga
keamanan negara yang wujud ini dengan
bersatu padu dan saling hormat menghormati
antara satu sama lain.


Click to View FlipBook Version