UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE KULIM HI-TECH PARK, 09000 KULIM, KEDAH MPU34102 - INTEGRITI & ANTI-RASUAH 2 TUGASAN 1: KAJIAN KES RASUAH DATO HARUN IDRIS AHLI KUMPULAN ID PELAJAR MUHAMMAD IZHARRUDDIN BIN ABDULLAH 54215223009 MUHAMMAD KAMIL BIN JAAFAR 54215223024 MOHAMAD FAKRUDIN BIN ZULKIPLI 54215223105 MUHAMMAD ZARIFF AQIL BIN ZAMANI 54215223106 TARIKH: 24 JANUARI 2024 PENSYARAH: ENCIK ABD RASHID ABDUL HALIM @ JAAFAR
MAKLUMAT PELAJAR Nama: Muhammad Izharruddin Bin Abdullah No ID: 54215223009 Kursus: Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Applied Electronics Masukan: 2022/2023-2 Nama: Muhammad Kamil Bin Jaafar No ID: 54215223024 Kursus: Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Applied Electronics Masukan: 2022/2023-2 Nama: Mohamad Fakrudin Bin Zulkipli No ID: 54215223105 Kursus: Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Applied Electronics Masukan: 2022/2023-2 Nama: Muhammad Zariff Aqil Bin Zamani No ID: 54215223106 Kursus: Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Applied Electronics Masukan: 2022/2023-2
PENILAIAN TUGASAN MPU34102 SEMESTER OKTOBER 2023 Kriteria Penilaian Format Penulisan (Muka Depan, Isi Kandungan, Muka Surat, nombor muka surat, format APA dan lainlain/ Keselarasan penulisan dalam tugasan Kualiti isi kandungan Rumusan Sumber Rujukan Pemberat 1.5 4 1 1 Lemah 1 Terdapat banyak format yang tidak tepat. Maklumat sedikit dan tidak berkaitan dengan topik utama Rumusan tidak dinyatakan Sebahagian sumber rujukan tidak didokumenkan Sederhana 2 Terdapat sedikit format yang tidak tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama tetapi tidak mempunyai maklumat dan contoh Rumusan dinyatakan dengan ringkas Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan tetapi banyak tidak mengikut format sebenar Baik 3 Kebanyakan format yang digunakan tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama dan mempunyai 1-2 maklumat dan contoh Rumusan yang baik tetapi kurang menyeluruh Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan tetapi sedikit tidak mengikut format sebenar Cemerlang 4 Semua format tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama termasuk beberapa contoh yang menyokong maklumat Rumusan dinyatakan secara menyeluruh dan tepat Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan dan mengikut format sebenar JUMLAH /6 /16 /4 /4 JUMLAH BESAR /30
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT DEFINISI RASUAH 1-2 RASUAH DARI PERFEKTIF ISLAM 3-4 AGENSI RASUAH NEGARA 5-6 KAJIAN KES LATAR BELAKANG FAKTA DAN HURAIAN KES KEPUTUSAN KOMEN DAN ULASAN 7 8 8 9 KESAN RASUAH DALAM POLITIK 10 KESIMPULAN 11 BIBLIOGRAFI 12
1 DEFINISI RASUAH Rasuah boleh didefinisikan dalam pelbagai bentuk. Definisi rasuah juga berbeza antara agensi berlainan. Jadual dibawah menunjukkan beberapa agensi anti-rasuah antarabangsa dan definisi yang diberikan oleh agensi-agensi berkenaan: Agensi Antarabangsa Definisi The World Bank Penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. United Nations Development Programme Penyalahgunaan kuasa awam, jawatan atau kuasa untuk kepentingan peribadi – melalui rasuah, pemerasan, pengaruh, nepotisme, penipuan, wang laju atau penyelewengan. Transparency International Salahguna kuasa yang diamanahkan untuk kepentingan peribadi. Transparency International (UK) Menawarkan, menjanjikan, memberi, menerima atau mendapatkan kelebihan sebagai dorongan untuk tindakan yang menyalahi undang-undang, tidak beretika atau pecah amanah. Jadual 1: Definisi Rasuah Oleh Agensi Antarabangsa Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, rasuah boleh didefinisikan sebagai suatu pemberian untuk “menumbuk rusuk” dalam erti kata untuk menyogok atau menyuap sesuatu pihak dari samada bagi membenarkan sesuatu yang salah mahupun menafikan sesuatu yang benar. Perkataan “rasuah” itu sendiri adalah kata pinjaman bahasa Arab iaitu dari perkataan “risywah”. “Risy-wah” adalah perkataan dalam bahasa Arab bagi menggambarkan sesuatu yang dapat menghantarkan tujuan tersirat pemberi beserta harta sogokan kepada penerima.
2 Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula, rasuah dapat diertikan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun dan apa-apa bentuk faedah kepada pemberi dan penerima rasuah terlibat. Akhir sekali, berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), empat kesalahan yang boleh disabitkan dengan kesalahn rasuah ialah: 1. Meminta atau menerima rasuah [Seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009] 2. Menawar atau memberikan suapan [Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009] 3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009] 4. Menggunakan jawatan ataupun kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
3 RASUAH DARI PERSPEKTIF ISLAM Menurut sudut pandang Islam, para ulama’, ilmuwan dan mufti-mufti telah bersepakat secara ijmak bahawa segala perkara berkaitan rasuah dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan berdosa besar jika dilakukan. Hukum ini disandarkan kepada beberapa dalil dari Al-Quran dan hadits. 1. Dalil dari Surah al-Baqarah, Ayat 188 Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” Ayat ini dengan jelas menggariskan ancaman dosa kepada setiap mukmin khususnya dan kepada setiap manusia amnya bagi sesiapa yang terlibat mengambil hak orang lain secara salah. Hal ini termasuklah dengan memberi harta berupa sogokan kepada hakim supaya hakim dapat memenangkan pihak si pemberi rasuah dalam penghakimannya. 2. Hadits Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313) ِشي ُم ْرتَ هَِّللا َعلَى ال هرا ِشي َوالْ ْعنَةُ لَ Maksudnya: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” Ancaman laknat dari Allah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh seseorang yang beragama Islam. Hadits ini memberi gambaran bahawa Allah sangat tidak murka dan tidak suka apabila seseorang terlibat dengan rasuah samada sebagai pemberi atau penerimanya. 3. Hadits Riwayat Ahmad (6532, 6778, 6830), Abu Daud (3582) dan al-Tirmizi (1337) ِشى َن َرسُو ُل ه َِّللا لَعَ -صلى هللا عليه وسلم- ُم ْرتَ َ ال هرا ِش َى َوالْ Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
4 Hadits ini juga memberi gambaran bahawasanya Rasullullah juga tidak suka apabila umatnya terlibat dengan rasuah. Jika sudah terlibat, wajarlah si pelaku itu bukan sahaja mengembalikan harta rasuah yang diterima, tetapi wajiblah keatasnya untuk bertaubat kepada Allah dan tidak mengulangi keselahannya itu.
5 AGENSI RASUAH NEGARA Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah pasukan Polis DiRaja Malaysia manakala pendakwaan kes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967 . Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah negara diwujudkan secara undangundang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenan, sekaligus mengubah entiti BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Perubahan itu telah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan mandat untuk menyiasat kes berkaitan kepentingan negara, disamping kes rasuah. Bagaimanapun, perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta ini meletakkan semula tugas pencegahan rasuah kepada BPR yang secara rasminya juga menggantikan BSN. Perubahan ini memartabatkan peranan BPR sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah. Seterusnya pada tahun 1997, Parlimen telah meluluskan Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi memperkasakan peranan Badan Pencegah Rasuah sebagai agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah negara Pada tahun 2008, Parlimen telah bersetuju supaya satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR), selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional Transformasi BPR kepada SPRM bukan pada nama semata-mata. Perubahan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia, sekaligus menangkis persepsi negatif terhadap entiti pencegahan rasuah ini yang sebelumnya dianggap tidak bebas dan tidak telus. Justeru itu, mekanisme ‘check and balance’,diwujudkan melalui pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Jawatankuasa Aduan (JKA), Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) bersama-sama penubuhan SPRM dengan
6 fungsi untuk memantau, menasihati serta memastikan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya ini dilaksanakan dengan cekap, berkesan, bebas dan telus. Keanggotaan bagi kelima-lima entiti bebas ini dipilih dari kalangan individu berintegriti yang cemerlang dalam perkhidmatan dan profesion masing-masing.
7 KAJIAN KES RASUAH DATO HARUN IDRIS LATAR BELAKANG : Dato' Seri Haji Harun bin Haji Idris ialah Menteri Besar Selangor yang ke-8 yang merupakan ahli politik dan pejuang Melayu. Beliau dilahirkan di Petaling,Selangor pada 22 Disember 1925.Pada awal kehidupan beliau, beliau mula bekerja dengan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau belajar undang-undang di Middle Temple, London, United Kingdom. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang ke-5 pada tahun 1971. Pada tahun 1976 beliau dipecat daripada kerana memiliki beberapa pertuduhan rasuah. Dato’ Harun Idris menjadi Ketua Pemuda Umno dan juga Menteri Besar Selangor yang berkhidmat selama 12 tahun.Beliau meletak jawatan Menteri Besar pada 27 Mac 1976 dan dipecat daripada UMNO. Beliau dituduh menerima rasuah sebanyak RM 250000 dari Hong Kong dan Shanghai Banking Corporation agar bang-bank tersebut membina bangunan di Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris juga mengadakan perlawanan tinju diantara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka.Pada Ketika itu beliau yang memegang jawatan Pengerusi Bank Rakyat dan dituduh menyalahgunakan wang bank.
8 FAKTA DAN HURAIAN KES : Menteri Besar Selangor Harun Idris, dipenjara kerana perlawanan tinju Muhammad Ali di Malaysia. Rajah 1 : Dato’ Harun Idris bersama peninju Muhamamad Ali dan Joe Bugner Pada tahun 1975, Dato’ Harun Idris bertanggungjawab mengadakan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka. Tapi perlawanan itu tidak dapat sebarang keuntungan. Harun yang ketika itu adalah Pengerusi Bank Rakyat dituduh menyalahgunakan wang bank sebanyak RM8 juta untuk perlawanan. KEPUTUSAN : Dato’ Harun Idris telah dijatuhi hukuman penjara 2 tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM 250,000. Dia juga dihukum penjara 6 tahun kerana terlibat dalam skandal Bank Rakyat. Harun masuk ke Penjara Pudu pada tahun 1978 dan dibebaskan selepas mendapat pengampunan Diraja dari Yang Dipertuan Agong lepas jasa-jasanya dipertimbangkan pada 30 Ogos 1982. Yang di-Pertuan Agong Mengampunkan Dato’ Harun Idris. Bagaimanapun, selepas menjalani hukuman penjara 3 tahun, Yang di-Pertuan Agong berkenaan mengampunkan Harun pada 1981, menurut laporan itu. Kertas Pulih dibentangkan di Parlimen pada Jun 1979 mendedahkan pada Disember 1975, berlaku kerugian terkumpul sebanyak RM65 juta. Kertas Putih itu, berdasarkan kepada laporan syarikat akaun Price Waterhouse & Co memetik wujudnya penyelewengan seperti kekurangan pelan dan kajian operasi yang sempurna dan pengembangan aktiviti, kelemahan sistem dan kurang kawalan dalam aktiviti memberi pinjaman can juga ketidakjujuran.
9 KOMEN DAN ULASAN : Dalam sejarah kehakiman Malaysia, banyak juga para pemimpin dan ahi perniagaan berpengaruh yang pernah dibawa ke muka keadilan sekalipun dia masih memegang jawatan di dalam kerajaan. Kes-kesnya pelbagai termasuklah dakwaan terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah. Namun, ada beberapa kes yang menggemparkan pernah berlaku melibatkan para perimpin dan ahli perniagaan, dan mereka terlepas atas sebab-sebab tertentu. Nama Dato' Harun Idris telah pun dicemari dan dikaitkan dengan rusuhan kaum Mei 1969 yang bermula di kawasan perumahannya dan dia juga terlibat dalam dua pertuduhan berasingan menyalahgunakan dana bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin politik. Di sebalik apa yang berlaku, cucunya, Or Ashaan Azman Shah sedang berusaha untuk mencuba membuat penilaian semula terhadap reputasi Harun. Dia telah berjumpa dengan ramai tokoh yang mengenali Dato' Harun Idris semasa era MB Selangor itu yang juga seorang tokoh pemimpin sukan tanah air yang terkemuka. Walaupun keterangan mereka ini memberi gambaran lebih jelas tentang keperibadian Dato' Harun Idris yang agak kompleks itu, namun tidak ada bukti kukuh yang muncul untuk membersihkan namanya, seperti yang diharapkan olehnya Menurut Dr Ashaan Azman Shah, yang merupakan seorang doktor perubatan, arwah datuknya menyimpan satu set diari bermula tahun 1977 sehingga 1981. la merangkumi kemuncak perbicaraan rasuahnya dan tempohnya menjalani hukuman di Penjara Pudu. "Dia menulis bahawa dia barharap satu hari nanti keturunannya akan bertindak membersihkan namanya.
10 KESAN RASUAH DALAM POLITIK Kes rasuah dalam politik Malaysia telah menjadi isu yang dibangkitkan dan diperbincangkan selama bertahun-tahun. Rasuah politik merujuk kepada amalan rasuah yang berlaku dalam kalangan pemimpin politik atau individu yang terlibat dalam arena politik. Beberapa isu dani kes rasuah politik yang mencuat di Malaysia termasuk: • Skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB): Ini adalah salah satu skandal kewangan terbesar yang melibatkan dana berkaitan kerajaan Malaysia. Beberapa individu dan syarikat telah dituduh terlibat dalam penyelewengan dan rasuah berkaitan 1MDB. Skandal ini melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, dan beberapa individu lain. • Skandal FELDA: FELDA (Federal Land Development Authority) adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk pembangunan tanah bagi komuniti pertanian. Terdapat laporan dan penyiasatan mengenai penyelewengan dan rasuah berkaitan dengan projekprojek FELDA. • Isu Kewangan Politik dan Sumbangan Kempen: Terdapat kritikan mengenai cara kewangan politik di Malaysia, terutamanya berkaitan dengan sumbangan kempen. Beberapa pihak berpendapat bahawa sumbangan kempen yang besar dari pihak tertentu mungkin memberikan pengaruh yang tidak sihat ke atas proses politik. Percubaan Reformasi dan Lawatan Jawatankuasa Pilihan Antirasuah: Beberapa inisiatif telah diambil untuk memerangi rasuah dalam politik, termasuk usaha-usaha reformasi dan lawatan oleh Jawatankuasa Pilihan Antirasuah. Pertumbuhan dan perkembangan kes rasuah politik di Malaysia mungkin berubah sejak tarikh kemaskini pengetahuan saya pada Januari 2022. Oleh itu, bagi maklumat yang terkini, disarankan untuk merujuk kepada sumber-sumber berita terkini atau laporan rasmi dari agensi seperti Malaysian Anti-Corruption Commissien (MACC).
11 KESIMPULAN Akhir sekali di sini dapat dirumuskan bahawa, Kesalahan yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu, iaitu semasa menyandang jawatan beliau dari tahun 22 Disember 1925 sehingga 19 Oktober 2003, menunjukkan bahawa kuasa dan kedudukan yang ada pada beliau hendaklah di gunakan dengan sebaik mungkin,. Beliau haruslah menjalankan kerja dengan Amanah dan bertanggungjawab, Ini disebabkan jawatan yang disandang oleh beliau bukan jalan mudah untuk beliau menyalahkan gunakannya dengan melakukan penyelewengan dengan sesuka hati, penyelewengan yang tidak boleh dilakukan bukanlah dari segi kewangan Sahaja tetapi mestilah dari semua sudut, beliau mestilah bersaing secara sihat dan menggunakan hak – hak beliau secara betul, sekiranya menggunakan cara yang tidak sepatut seperti memberikan rasuah dan sebagainya, ini telah menunjukkan bahawa beliau telah menyalah gunakan kuasa yang telah diamanahkan kepada beliau, oleh itu, tidak seseorang yang menyalah gunakan kuasa ini harulah disiasat dan dikenakan tidakkan yang sewajarnya. Di samping itu juga kesalahan memberikan rasuah dalam kalangan Masyarakat kita pada masa kini dilihat semakin parah, ini kerana Tindakan memberikan wang sogokan ini di lihat semakin dipandang enteng oleh sesetengah golongan Masyarakat. Mereka tampa rasa bersalah dengan memberikan duit kopi dan rasuah secara terang – terangan, kuasa dan jawatan yang disandang oleh sesetengah pihak itu telah menyebabkan mereka menjadi kebal akan kesalahan yang dilakukan, ini disebabkan adanya golongan yang mudah terlepas dari Tindakan undang – undang, Jawatan yang disandang oleh mereka ini sepatutnya hendaklah di gunakan untuk membangunkan negara serta meningkatkan taraf hidup sesebuah negara, dengan mewujudkan pelbagai inisiatif yang berkesan untuk membangunkan negara, di samping dapat mewujudkan prasarana yang lebih baik, amalan rasuah telah menyebabkan Pembangunan negara kurang pesat di sebabkan berlakunya pelbagai ketirisan, Oleh itu amalan rasuah ini haruslah dibendung dengan sepenuh dengan memberikan jawatan kepada mereka yang berintegriti tinggi dan Amanah dalam melaksanakan tugas, sekiranya, semua pihak jujur dalam melaksanakan tugas bagi membanteras kegiatan rasuah ini. Negara Malaysia akan dapat membangun dengan lebih pesat. Akhir sekali, masyarakat hendaklah mengambil iktibar daripada kesalahan rasuah yang telah dilakukan agar Masyarakat Malaysia dapat hidup dengan aman dan damai.
12 BIBLIOGRAFI https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-KAFI #1237: RASUAH SUDAH MENJADI BUDAYA RAKYAT MALAYSIA? (muftiwp.gov.my) Modul 4 - Rasuah Berdasarkan Akta SPRM 2009 (2023), UniKL MSI Kulim, UniKL VLE.