The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nisyaaidasuhazul, 2022-05-25 04:39:48

PEP EFOLIO

PEP EFOLIO

DASAR DASAR KERAJAAN KEARAH
PERPADUAN NEGARA

NAMA KURSUS:PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU21032

NOMBOR PENDAFTARAN NAMA

23DIB21F2027 DANIA ALYSSA BINTI MOHD HASHIM
23DIB21F2019 NURUL NASUHA BINTI KHAIRU ANUAR
23DIB21F2019 NOR NISYA AIDA BINTI SUHAZUL

1

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

2 DASAR DASAR KERAJAAN 4

3 DASAR EKONOMI BAHARU 5

4 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 10

5 DASAR PENDIDIKAN NEGARA 13

6 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 15

7 DASAR WAWASAN NEGARA 18

8 PENUTUP 20

2

PENGENALAN

● Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar tertentu akan kelihatan pincang dan sukar bagi
pemimpinnya memajukan sesebuah negara.Pembangunan sukar dilaksanakan tanpa adanya
dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh

● Dasar amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani pelbagai
masalah yang timbul ekoran kesan peninggalan penjajah yang terdahulu

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka
lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar
telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin
dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk
menjana kemajuan.

3

DASAR DASAR KERAJAAN

4

DASAR EKONOMI BAHARU

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu
pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali
sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan
negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.Selain
itu,kerajaan juga ingin menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi fungsi ekonomi dan pembasmian
miskin tanpa mengira kaum.

KEJAYAAN DEB INI AMAT MEMBANGGAKAN KERANA MATLAMAT UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN TELAH
TERCAPAI

● kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan

pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.

● Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan

seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada
kanak-kanak serta program rumah murah

5

Strategi Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

6

PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) penyusunan semula masyarakat menjadi matlamat
penting ekoran wujud ketidakseimbangan pembahagian tempat tinggal, pekerjaan,
pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan dan
pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan pelbagai kaum.

Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam perusahaan dan
perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera
pada tahun 1990.

DEB menetapkan beberpa program di dalam beberapa sektor ekonomi seperti perdagangan,
perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, perumahan dan
pelajaran. Setiap kaum akan mendapat faedah dan pembahagian yang adil

7

STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA
MASYARAKAT

8

DASAR EKONOMI BAHARU

● DEB ini bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh tetapi mempunyai kelemahan yang tiada kesudahannya antaranya
ialah Kaum bumiputera yang bersikap terlalu bergantung kepada kerajaan

● DEB dianggap tidak adil yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan bukan bumiputera dalam sistem
kemasukan universiti, mereka menganggap bukan bumiputera ini menyempitkan pelung anak anak mereka yang layak
mendapat pendidikan universiti

KESIMPULAN

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar
kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini
memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap,
tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

9

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
negara-negara yang baru merdeka amatlah penting Kebudayaan;
untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
bersatu padu. (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti
bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang

dengan pembangunan sosioekonomi.

10

Strategi Perlaksaan

● Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan ● Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah

kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia;
Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha
● Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
sama penyelidikan, pembangunan,
● Meninggikan taraf dan mutu kesenian

pendidikan, pengembangan dan

perhubungan budaya;

● Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan

budaya melalui usaha-usaha membimbing

dan melatih peminat, mendukung dan

mengerak kebudayaan seluas-luasnya

sebagai jentera pembangunan yang

berkesan;

11

Prinsip- prinsip Asas Ke Arah Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:

1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau

- Budaya melayu merupakan cara hidup, lambing, identity dan asas ukuran keperibadian kepada hampir
200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat
rantau ini dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan Malaysia.

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima

Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mewarisi pelbagai
budaya. Kebudayaan juga diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan
penyesuaian secara berterusan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan
Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam
sebagai agama rasmi negara.

3. Islam menjadi asas pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Agama islam merupakan unsur yang penting dalam DKK kerana kedudukannya sebagai agama rasmi
negara. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.

12

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Dasar Pendidikan Negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian pendidikan melalui
sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima
pakai seluruh negara.

Strategi Pelaksanaan:
● Mewujudkan sistem peperiksaan.
● Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
● Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia.

Melihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia penggubalan dasar
pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama
ada pendidikan formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan
untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi
yang akan datang. Perubahan dasar ini tidak melangsungkan perubahan seluruh sistem
pendidikan, ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar
yang sedia wujud.

13

DASAR SOSIAL NEGARA

Satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai
kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan
harmoni. Bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan mantap dari segi sosial,ekonomi dan
teknologi.
Objektif umum Dasar Sosial Negara ialah:

● Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.
● Menjamin setiap individu dan komuniti, keluarga dan komuniti tanpa mengira etnik, agama, budaya dan

fahaman politik.
Kelebihan Dasar Sosial Negara:

● Kerajaan menambah-baik pendidikan dan perkhidmatan untuk masyarakat.
● Meningkatkan kesejahteraan hidup dan memenuhi keperluan sosial individu dan masyarakat.
Kelemahan Dasar Sosial Negara:
● Pelbagai masalah sosial dalam kalangan masyarakat seperti penyalahgunaan dadah .
● Masyarakat yang kurang berkemampuan seperti miskin akan disisihkan.

Kesimpulan:

Dasar perpaduan negara menggariskan teras perpaduan yang perlu difahami dan diamalkan. Menerusi dasar ini,

semua pihak perlu memberikan kerjasama bagi memastikan strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya

untuk mencapai matlamatnya iaitu untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan negara. 14

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

- Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panajng Pertama (RRJP1) dan dasar
ekonomi baru (DEB), dalam tempoh perklaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah
berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

- Pada tahun 17 Jun 1991, Dasar ekonomi Malaysia dilancarkan oleh Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamad,
perdana menteri Malaysia.

- Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000 telah digubal berasalkan DPN.
- Menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun 2020.

FOKUS DPN

- Membasmi golongan miskin
- Menyusun semula masyarakat
- Membantu golongan susah

15

OBJEKTIF (DPN)

● Memperkukuhkan kestabilan negara : ekonomi , sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan luar bandar
● Menjadikan negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan

pentadbiran yang adil dan kecermelangan ekonomi

PROGRAM (DPN)

● Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
● Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
● Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
● Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan
● Mewujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
● Menumpukan perhatian kepada pembangunan sumber manusia

16

KESIMPULAN

● Pembangunan bertujuan semua rakyat tanpa mengira kaum dapat

menikmati kehidupan yang sempurna.
● Matlamatnya mencapai integrasi nasional.
● Ketidakseimbangan ekonomi dan jarak sosial antara kaum telah

menimbulkan pelbagai masalah dalam usaha membentuk perpaduan.
● Oleh itu, kita sewajarnya mewujudkan perpaduan.
● Tujuannya mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah, dan

negeri agar integrasi nasional dapat dicapai.

17

DASAR WAWASAN NEGARA

● Menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas,
iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

● Objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula
masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi
strategi utama.

● DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020
yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi
negara maju sepenuhnya menjelang 2020

18

Bagi merealisasikan objektif ini, DWN

merangkumi teras kritikal seperti

berikut:

● Membina bangsa yang berdaya tahan dengan membentuk perpaduan
● Menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik,

membina masyarakat supaya lebih baik
● Bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta

meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi
● Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui

pembasmian kemiskinan
● Mengurangkan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan

etnik

19

KESIMPULAN

Dasar-dasar negara yang digubal oleh kerajaan bertujuan untuk menjadikan
sebuah negara aman dan damai serta menstabilkan sistem didalam negara.
Dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut pemimpin
yang memimpin dalam suatu tempoh masa. Namun matlamat dasar-dasar
tersebut masih sama walaupun mempunyai sedikit perubahan. Selepas
tercetusnya Tragedi 13 Mei segala dasar yang digubal khusunya pada awal tahun
1970-an adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk
mencapai perpaduan negara

20


Click to View FlipBook Version