The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ariff Hakimi Ridzuan, 2021-09-09 06:08:50

MAJALAH IMPACT- MAC-OGOS 2021

MAJALAH IMPACT- MAC-OGOS 2021

Keywords: imsa,impact,uitm,puncak perdana,2021

IMPACT

MAC - OGOS 2021

FAKULTI PENGURUSAN
MAKLUMAT

UiTM CAWANGAN SELANGOR

KAMPUS PUNCAK PERDANA

"Arkib siaran anda di sini"

KandISuIngan

1 UCAPAN DEKAN
2 UCAPAN TIMBALAN DEKAN (HEP)
3 UCAPAN KETUA EDITOR
4 SIDANG REDAKSI IMSA IMPACT 2021

Dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izin-Nya jua,

majalah IMPACT edisi ke-12 berjaya diterbitkan. Saya percaya bahawa majalah IMPACT ini berjaya

diterbitkan adalah dengan usaha serta komitmen yang tinggi daripada seluruh ahli jawatankuasa

kerja Information Management Students Association (IMSA). Di kesempatan ini, saya dengan hati

yang terbuka mengucapkan tahniah dan syabas, kepada mereka yang terlibat dalam menghasilkan

satu penerbitan ilmiah seperti ini. Tahniah kepada editor IMPACT, saudari Fateha NurNajwa Binti

Mohd Najib dan Ahli Jawatan kuasa IMSA serta para pelajar semester akhir yang sanggup

meluangkan masa dalam menjayakan penerbitan kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih juga kepada pihak editor kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan

sepatah dua kata di ruangan ini.

Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kepentingan pengurusan maklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat.

Pengurusan maklumat kian berkembang dengan pesat pada masa ini. Pelajar perlu merancang
strategi untuk menambah pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menempuhi dan memenuhi
kehendak pasaran kerja. Alam universiti sememangnya berbeza berbanding dengan alam
pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak pengetahuan dan kemahiran baharu yang
perlu dipelajari dan diasah oleh setiap pelajar. Jelaslah bahawa pengurusan maklumat adalah
penting bagi setiap pelajar agar kualiti dan keberkesanan kerja berada di tahap yang optimum.

Pembelajaran sepanjang hayat pula adalah proses individu mencari pengetahuan atau ilmu
secara berterusan. Pengetahuan ini dapat diperolehi sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Potensi pelajar akan dapat dikembangkan sepanjang proses ini kerana pelajar akan
memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang baharu untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Dengan ini, pelajar mampu berfikir dan bertindak dengan kreatif bagi menempuhi cabaran yang
mendatang.

Oleh itu, besarlah harapan saya semoga mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengurusan Maklumat
(FPM) dapat membentuk jati diri mereka ke arah yang lebih positif, menjadi graduan yang holistik
dan seimbang agar dapat menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Di samping itu,
diharapkan pada graduan berjaya menjadi produk keluaran UiTM yang berkualiti serta berani untuk
meneroka bidang-bidang pengetahuan yang baharu. Penglibatan pelajar yang seimbang dalam
akademik dan kokurikulum adalah penting dalam usaha untuk melahirkan graduan yang cemerlang.
Mahasiswa dan mahasiswi perlu menyedari bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan yang
berpanjangan untuk menempa kejayaan dalam hidup. Saya percaya melalui penglibatan pelajar
dalam penerbitan majalah seperti ini secara tidak langsung mampu mendidik kepemimpinan,
kebertanggungjawaban, serta nilai-nilai positif untuk membentuk jati diri yang berkualiti.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada penasihat IMSA, editor, ahli jawatan kuasa dan
semua tenaga penggerak yang telah bertungkus lumus dalam penghasilan majalah IMPACT pada
edisi kali ini.
Sekian, terima kasih.

PROFESOR Ts. DR MOHAMAD NOORMAN MASREK 1
Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat,
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Perdana

Dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya maka
IMPACT bilangan ke-12 berjaya diterbitkan oleh Sidang Redaksi Penerbitan, Information
Management Students Association (IMSA).
Tahniah diucapkan kepada sidang redaksi IMPACT dan juga IMSA kerana berjaya dalam
merancang dan menjayakan penerbitan majalah seperti ini. Saya yakin bahawa penghasilan
majalah seperti memerlukan ketelitian serta kerjasama daripada setiap ahli sidang redaksi
IMPACT. Malah, tentunya akan menjadi lebih rumit kerana melibatkan semua pelajar tahun akhir
daripada empat (4) Pusat Pengajian di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat. Tahniah dan syabas
sekali lagi saya ucapkan!

Para pelajar yang saya kasihi, tahun akhir bermaksud fasa terakhir para pelajar dalam
mengharungi dan menimba ilmu di peringkat Ijazah Sarjana Muda bidang masing-masing. Selepas
ini, para pelajar akan menimba ilmu di organisasi terpilih untuk menjalani latihan praktikal yang
akan berlangsung pada bulan September 2021 dan akan tamat sekitar Februari 2022. Setelah
mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda, kini tibalah masa para
pelajar untuk menjadi seorang insan yang perlu mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga bagi
memperoleh kehidupan yang diinginkan. Ketika itu, janganlah para pelajar merungut kepenatan
dan merindui waktu belajar di FPM. Cabaran dan rintangan memang ada dan sedang menanti,
maka, bersedialah anda untuk mengharungi gelora kehidupan di luar sana. Sentiasalah bersabar
dan berdoa bagi memperolehi kemudahan dan keberkatan hidup dari-Nya.

FPM sentiasa mendoakan agar setiap pelajar kami berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Gunakan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi semasa berada di FPM. Berfikirlah dengan
sebaik mungkin ketika membuat sesuatu keputusan kerana setiap keputusan yang dibuat akan
memberikan kesan terhadap kehidupan. Manfaatkanlah masa yang ada agar mendatangkan
kebaikan dalam diri dan kehidupan. Tahun 2021, adalah permulaan kehidupan yang berbeza jika
dibandingkan dengan generasi yang bekerja pada tahun 80/90-an serta tahun millenium 2000.
Situasi kehidupan dalam era pandemik ini sangat mencabar khususnya dalam mencari peluang
pekerjaan dalam bidang yang diinginkan. Oleh itu, para pelajar hendaklah berfikiran jauh dan
terbuka bagi merebut segala peluang pekerjaan yang ada untuk memperolehi kehidupan yang
diinginkan. Terdapat media yang melaporkan bahawa pada tahun 2021, akan wujudnya profesion
yang baharu dan melenyapkan beberapa profesion yang terdahulu. Oleh itu, bersedialah para
pelajar sekalian.

Akhir kalam, dalam usaha menuju kejayaan, janganlah dilupakan kedua orang tua yang tidak
pernah gagal dalam mendoakan anak-anak mereka agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan
akhirat. Kini, tibalah masa para pelajar untuk membalas setiap keringat dan air mata kedua ibu
bapa anda. Tanpa mereka, siapalah kita.
Dan ingatlah kami (FPM) dalam hatimu.
Sekian, terima kasih.

Dr. Ezza Rafedziawati Binti Kamal Rafedzi 2
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat,
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Perdana

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Pertama-tama, saya ingin merafa’kan kesyukuran dengan berkat dan
limpah kurnia-Nya, majalah edisi elektronik IMPACT Edisi ke -12 buat sekian
kalinya berjaya diterbitkan khusus buat mahasiswa semester akhir daripada
Fakulti Pengurusan Maklumat bagi sesi Mac – Ogos 2021.

Saya selaku ketua editor ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Dekan Fakulti
Pengurusan Maklumat, Timbalan-timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Hal Ehwal Akademik dan
Penyelidikan & Jaringan, Ketua-ketua Pusat Pengajian IM244, IM245, IM246, IM247 dan IM249 yang
telah banyak membantu serta memberi kerjasama dalam menjayakan penghasilan majalah IMPACT
ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada penasihat-penasihat persatuan Information
Management Students Association (IMSA), para pensyarah, ahli-ahli persatuan Information
Management Students Association (IMSA) serta sidang redaksi majalah IMPACT yang telah
menyumbang tenaga dan idea dalam proses penerbitan majalah IMPACT edisi elektronik ini. Saya
amat menghargai segala usaha dan tenaga yang telah disumbangkan oleh semua dalam
menyempurnakan penghasilan majalah elektronik pada kali ini.

Majalah IMPACT ini merupakan salah satu medium yang digunakan untuk memaparkan maklumat,
foto kenangan dan karya kreatif mahasiswa tahun akhir Fakulti Pengurusan Maklumat. Bagi edisi
pada kali ini, ‘Arkib Post anda di sini’ berkonsepkan ‘Interface Instagram’ telah dipilih. Pemilihan
tema ini disebabkan oleh penggunaan sosial media yang sangat sinonim dengan pelajar.
Penggunaan sosial media bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat semasa, tetapi juga berfungsi
sebagai platform penyimpanan segala foto sebagai mengabadikan kenangan pelajar. Oleh itu,
‘Interface Instagram’ dipilih kerana dilihat sebagai satu sosial media yang sangat bersesuaian dan
bertepatan dengan tema kali ini.

Besarlah harapan saya agar majalah IMPACT untuk edisi kali ini dapat dimanfaatkan dengan
sebaiknya oleh pelajar mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat terutama bagi pelajar semester
akhir dengan meninggalkan memori yang bermakna sebagai kenangan dan rakaman nostalgia
terindah sepanjang tempoh pengajian di Fakulti Pengurusan Maklumat. Selain dapat dijadikan
panduan bagi meningkatkan semangat cinta akan fakulti, melalui IMPACT juga diharapkan budaya
penyayang dalam kalangan warga Fakulti Pengurusan Maklumat juga dapat diteruskan.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berusaha menjadi mahasiswa yang mampu menjulang nama
Fakulti Pengurusan Maklumat ke persada cemerlang dan menjadi graduan yang mampu berdaya
saing, mempunyai penghayatan patriotisme serta beretika yang berlandaskan kepada nilai-nilai
murni dan etika profesional bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara.

Sekian terima kasih.

Fateha NurNajwa Binti Mohd Najib
Ketua Editor Majalah IMPACT
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Perdana

3

SI D A NG R E D AK S I
20
IM P A CT IM S A 2 1

JTaewrtaitnagngki uasa

Pereka Grafik

Penyunting

4

JAWATANKUASA TERTINGGI

P U AN eMn aAsRi hLaItAI M S A P U A N KA SM aAtRIIMNSIA

#P # Pen asih

F A T E H AN Ue tRuNa A J Wi t oAr SITI l aDnZKUeBt uAaI DAH r

#K E d T imba Edito

#

NURUL A I NI HA MIZ AH A M I R AA MIR h a r i

# Set iaus aha #B enda

5

PEREKA GRAFIK

MUHAMMAD ARIFF HAKIMI
GLORIANNA

NURUL ATIKA

SHAH RUKH KHAN

6

PENYUNTING

NURFAZIELA
HAZIQ AHMAD SHAH

PG. MOHD SAAFRIZ

NUR BALQIS

7

MELISSA AUDREY

NUR HIDAYAH

NUR IZZUAIN

RABIATUL ADAWIYAH

SITI AISYAH

8

Pengurusan Perpustakaan IM244

10 IM2446A
19 IM2446ST

_IM244_

IM244 53 2020 2021
6A SIARAN
PENGIKUT MENGIKUTI
#UiTMPUNDANA
#UiTMDIHATIKU
#LOVEUiTM



IM2446A

12

IM2446A

13

IM2446A

14

IM2446A

15

IM2446A

16

KELAS MAYA
( GOOGLE MEET )

IM2446A

17

KELAS MAYA
( GOOGLE MEET )

IM2446A

18

_IM244_

IM244 25
6ST



IM2446ST

21

IM2446ST

22

IM2446ST

23

IM2446ST

24

IM2446ST

25

KELAS MAYA
( GOOGLE MEET )

IM2446ST

26

KELAS MAYA
( GOOGLE MEET )

IM2446ST

27

NUKILAN
IM244

28

Pengurusan Sistem Maklumat
IM245

30 IM245

_IM245_

IM245 53 2020 2021
SIARAN
#UiTMPUNDANA PENGIKUT MENGIKUTI
#UiTMDIHATIKU
#LOVEUiTM



IM245

32

IM245

33

IM245

34

IM245

35

IM245

36

IM245

37

IM245

38

IM245

39

NUKILAN
IM245

40

Pengurusan Rekod IM246

42 IM2466ST1
51 IM2466ST2
59 IM2466ST3
67 IM2466ST4
75 IM2466ST5





IM246ST1

44

IM246ST1

45

IM246ST1

46

IM246ST1

47

IM246ST1

48


Click to View FlipBook Version