The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnazirahrosli69, 2020-10-07 10:32:24

E-MAJALAH

MPU 21032


PENGHAYATAN E-MAJALAH

ETIKA DAN


PERADABAN





TOPIK 5: PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI

MALAYSIA

E-MAJALAH

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN ,2020









PENAUNG 1: MOHAMAD ROFAHMI ZAINAL ABIDIN



PENAUNG 2: MOHD ZAINI OTHMAN




PENAUNG 3: KU HASNAH BIN HAJI KU HALIM







EDITOR

1) NUR MAISARAH BINTI MOHD RIDUAN

2) NUR FATIN HAZWANI BINTI MOHD FAUZI

3) NUR ATHIRAH NASUHA BINTI AMRAN



EDITOR LAYOUT

1. NURUL AFIQAH

NABIHAH BINTI
ROSLI









PENASIHAT

1) USTAZ PISOL BIN

NASIR

DI SEBALIK TADBIR


E-MAJALAH










NUR FATIN HAZWANI
BINTI MOHD FAUZI
(EDITOR)








NUR MAISARAH BINTI
MOHD RIDUAN
(EDITOR)















NUR ATHIRAH NASUHA BINTI
AMRAN
(EDITOR(








NURUL AFIQAH NABIHAH
BINTI ROSLI
(EDITOR LAYOUT)

PENGENALAN
















• Malaysia mempunyai pelbagai


bangsa, kaum dan etnik dari


Perlis ke Sabah. Kepelbagaian


Kaum dan Etnik ini telah



mewujudkan kepelbagaian


budaya, Bahasa, agama dan adat


resam.





Terdapat tiga kaum yang terbesar



di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina

dan India.

Latar belakang dan identiti setiap kaum adalah

berbeza. Malaysia terdiri daripada masyarakat
yang berbilang kaum dan budaya yang
tersendiri.



Masyarakat majmuk telah dibahagikan

mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik,
agama, ideologi, bahasa dan budaya.



Di dalam Kamus Dewan [2005] masyrakat
majmuk adalah sekumpulan manusia yang

hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan
atur dan cara-cara tertentu.

SEJARAH PEMBENTUKAN

MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA







MASYARAKAT MELAYU:


Masyarakat Melayu hanya tinggal di
kawasan perkampungan. Namun,
mereka juga bekerja sebagai petani,
penternak, menangkap ikan, dan
mengutip hasil hutan. Setelah
kedatangan islam di tanah melayu,
kaum melayu telah menganut agama
islam.




MASYARAKAT CINA:


Masyarakat Cina selalunya
menetap di kawasan perbandaran.
Kebanyakkan masyarakat cina
bekerja sebagai peniaga.
Sesetengah kaum Cina telah
menganut agama Kristian, namun
kebanyakkan juga kaum Cina
menganut agama Buddha.



MASYARAKAT INDIA:



Kebanyakkan kaum India di
Tanah Melayu tinggal di Kawasan
ladang atau estet. Kaum India
mula memasuki Tanah Melayu
sejak pembukaan Selat Melaka
terutama sebagai pedagang kain
dan peminjam wang. Namun,
mereka juga terbahagi kepada
beberapa suku etnik diantaranya
adalah Tamil, Telegu, Ceylon, dan
lain-lain.

KESAN PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA







Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan
telah wujud sejak zaman pemerintahan British
lagi.

Pada tahun 31 ogos 2015, anggaran penduduk
di negara ini adalah berjumlah 24,850,400 di
mana orang warganegara beranggaran
seramai 20,196,600 dan 40,53 800 orang
bukan warganegara. Daripada jumlah
wargenegara, terdapat 13.48 juta orang

merupakan kaum bumiputera Melayu, 2.93
juta orang daripada bumiputera bukan
Melayu, 6.22 juta orang daripada kaum Cina,
1.86 juta orang merupakan kaum India dan

318.9 ribu orang daripada kaum-kaum lain.

Pengenalan Konsep Negara Dan Bangsa




Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk
kepada suatu

komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh

kerajaan

manakala frasa bangsa merujuk kepada suatu komuniti yang
mempunyai identiti

budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep

negara bangsa
dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara

melalui

konsep satu bangsa, satu identiti.

Menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya
hidup bersatu

padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama,

bahasa,
budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada

perpecahan.

Ciri-ciri Negara Bangsa



❑ Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam
diri setiap rakyat negara

itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial.
Semangat kenegaraan ini

boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili
keutuhan negara seperti
bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan
sebagainya.

❑ Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan
bahawa bangsa Melayu,

Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama

iaitu warganegara Malaysia.

Konsep Negara





Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang
mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang

memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan
yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta
pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.
Manakala rakyat pula memiliki taraf kewarganegaraan
yang sah menurut undang-undang. Rakyat merupakan
elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang
mengatur urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga

yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah
negara.

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara
adalah adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan
kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem
politik yang ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta
membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh

pihak luar.

Konsep Bangsa




Konsep bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu
dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan
istilah bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah
kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai
hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi
dan sejarah. Walaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-
faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen
dalam membentuk sesebuah negara. Maka dapat dirumuskan bahawa
bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan
terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhi
ciri-ciri negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa ialah :
▪ Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu padu
tanpa berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan
kaum yang kain.
▪ Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui
simbol-simbol keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan,
Rukun Negara dan sebagainya.

▪ Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada ideologi politik.

▪ Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap
sistem pemerintahan dan undang-undang negara.

Cabaran Malaysia Menjadi Sebuah Negara Bangsa







➢Isu Bahasa




❖ Cabaran pertama=kedudukan ❖ Cabaran kedua=penggunaan bahasa Melayu
bahasa. Timbul persoalan dalam kalangan orang Melayu itu
mengenai kepentingan sendiri. Dalam era globalisasi kini, orang Melayu
bahasa Melayu di dunia moden sendiri dilihat kurang
dengan keperluan bahasa memartabatkan bahasa ibunda sendiri. Hal ini jelas
dapat dilihat melalui
Inggeris sebagai perbualan seharian yang lebih cenderung
memenuhi tuntutan menggunakan campuran bahasa
antarabangsa. Melayu dan bahasa Inggeris atau dikenali sebagai

❑ Hal ini telah menimbulkan „bahasa rojak‟.
pertikaian dan ❑ Keadaan sebaliknya berlaku apabila kaum lain
terus berusaha memartabatkan
ketidakpuasan hati banyak bahasa ibunda mereka tanpa mengambil kira cabaran
pihak yang datang. Dalam
khususnya kaum Cina. keadaan inilah, usaha membina negara bangsa
Persoalan yang dilemparkan menjadi semakin sukar.
adalah mengenai kewajaran
bahasa Inggeris diangkat
menjadi bahasa kedua negara
yang kini hampir
melampaui batas kedudukan

bahasa Kebangsaan dari segi
penggunaannya.
Kaum Cina membuat tuntutan
supaya bahasa mereka
dimartabatkan seampuh
peranan dan fungsi bahasa
Inggeris. Rasional yang
mereka perjuangkan adalah
bahasa Cina dikatakan lebih

relevan dalam konteks negara
Malaysia kerana
penduduk berbangsa Cina itu
sendiri yang merupakan
penduduk kedua paling
ramai di negara ini.

➢Isu Kebudayaan


❑ Setiap budaya yang ada hanya mewakili identiti sesuatu kaum

atau etnik yang wujud di Malaysia. Usaha untuk melambangkan kepelbagaian

budaya di bawah satu identiti seolah-olah sukar dicapai tatkala semua kaum

takut akan kehilangan identiti budaya masing-masing. Terpengaruh dengan

dasar pecah dan perintah.

❑ Cabaran kedua= sistem pendidikan yang langsung tidak mendokong usaha

mengukuhkan perpaduan melalui perkongsian budaya. Sistem pendidikan yang

berorientasikan peperiksaan telah mewujudkan kelompangan berkaitan

memartabatkan kebudayaan dalam kalangan pelajar.
❑ Cabaran ketiga=sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah yang masih


dipraktikkan sehingga ke hari ini. Meskipun telah ada pembaharuan dalam
aspek-aspek tertentu, namun, kita tidak boleh menafikan bahawa masih wujud

konsep dan kaedah perlaksanaan yang diteruskan dari zaman penjajahan lagi.

Umpamanya, sehingga hari ini masih wujud sekolah vernacular.

Negara Bangsa Malaysia Di Masa Hadapan



➢ Dapat dicapai jika isu2 ini dpt dselesaikan

✓ Isu bahasa=satu pendekatan yang wajar sudah mampu untuk menyelesaikan

masalah ini iaitu dengan memberi pendidikan awal kepada generasi muda

tentang kedudukan bahasa yang sebenar dan kepentingan meletakkan satu

bahasa melambangkan satu bangsa.

✓ Isu kebudayaan=Dasar Kebudayaan Negara yang bertindak sebagai pelindung
kepada identiti semua budaya yang ada di Malaysia, dilihat mampu untuk

menyakinkan semua masyarakat bahawa perkongsian budaya tidak

menghilangkan identiti sebenar sesuatu budaya.

✓ Isu pendidikan=penubuhan Sekolah Wawasan. Walaupun pendekatan ini tidak

mendapat sokongan secara kolektif daripada masyarakat, namun, usaha yang

diambil ini dilihat paling efektif dalam merapatkan jurang pendidikan antara kaum.

KEBUDAYAAN


MERENTAS



BANGSA DI


MALAYSIA




Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup
dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di

Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan

kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada
penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang

beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan

budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang
penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili

25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-

bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan

kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian,
berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau

Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India

pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya

beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi.
Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian

dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa

rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk
perniagaan.

Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah

Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di

rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai
Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula

seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya

Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di
Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka

merupakan pengumpul hasil hutan, hidup

berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini
sudah diserap ke dalam kehidupan moden

Malaysia. Walau bagaimanapun, mereka kekal

sebagai kumpulan etnik yang mempunyai

pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik
yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem

ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada

wang tunai, contohnya makanan dan rumah
sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa

perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan

menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan

ada di antara mereka kini menjawat jawatan
profesional seperti doktor.



KONSEP DAN

PEMBENTUKAN

NEGARA BANGSA

DALAM ACUAN

MALAYSIA










MALAYSIA, sebagai suatu entiti politik, mula wujud pada 16

September 1963, ditubuhkan dengan menyatukan Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka pada masa itu dengan Singapura,

Borneo Utara (sekarang dinamakan Sabah) dan Sarawak.

Sejarah telah mencatatkan peristiwa permuafakatan politik
dalam kalangan barisan pemimpin pelbagai kaum di ambang

kemer-dekaan bersatu dan berpadu hati dalam merencanakan

tarikh keramat 31 Ogos, 1957; di mana kedaulatan tanah air dari
belenggu penjajahan dari pihak British ke tangan kita kembali.

Sejak merdeka, usaha murni telah dilaksanakan oleh kerajaan

dalam mengekalkan keharmonian dan tolak ansur dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ia penting sebagai landasan

negara memacu perkembangan ekonomi, pemantapan

rancangan pembangunan sosiobudaya serta mewujudkan
kestabilan politik di negara ini.

Dalam hal ini, Malaysia mempunyai beberapa acuan untuk

mengurus isu perpaduan negara dan integrasi nasional. Acuan ini

telah diguna pakai untuk menyusun atur, merancang dan
melaksanakan pembangunan dan pemerintahan di Malaysia.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan

bahasa. Pengurusan perhubungan kaum yang harmoni di antara

rakyat pelbagai budaya telah menjadi perkiraan asas dalam
negara ini semenjak mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

• Acuan pertama yang terbina daripada kemahuan
bersama rakyat mahu memerdekakan negara daripada
penjajah Inggeris ialah permuafakatan politik dengan
terbinanya Parti Perikatan Umno-MCA-MIC pada 1954
dan semangat permuafakatan kaum diteruskan oleh
BN yang ditunjangi parti Umno. Setelah rusuhan kaum
dalam tahun 1969 terjadi, perpaduan negara adalah di
antara matlamat utama dalam pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru 1974-1994, Dasar Pembangunan Negara
1994-2024 dan pembentukan negara industri,
demokratik dan progresif melalui Wawasan 2020.

• Dasar-dasar pembangunan negara ini telah meletakkan
batu asas acuan Malaysia yang kedua di mana
pembangunan ekonomi negara diikat dengan falsafah
pembangunan ekonomi yang mesti diikat dengan
pengagihan di antara kaum, miskin-kaya, desa-bandar
dan wilayah. Dengan terbina ikatan di antara rakyat
pelbagai budaya ini, diharapkan kestabilan sosiopolitik
dan pembangunan ekonomi di negara ini akan terjamin
dan dapat berjalan secara berterusan.

Pembangunan negara yang sentiasa mencapai kadar
pertum-buhan ekonomi yang pesat hingga ke hari ini
semenjak tahun 1990-an, telah memodenkan negara
sehingga struktur masyarakat agraria telah mengalami
perubahan ke arah budaya hidup kelas menengah yang
mengutamakan konsumerisme dan kualiti hidup.

Perubahan sosial ini telah berjaya melentur perkiraan
kaum dan agama sebagai asas perhu-bungan sosial di
antara individu dari pelbagai kaum hingga lahir
masyarakat yang stabil, makmur dan harmoni.

Justeru, modeniti dan pembangunan di Malaysia telah berjaya menghakis
sentimen primordial yang sering dikaitkan dengan etnisiti dan agama. Kesan
modeniti dan pembangunan dalam melentur sifat divisive dan emotif pada
etnisiti dan agama ini diperkukuhkan lagi dengan acuan tadbir urus kerajaan

Malaysia yang berjaya merasional-legalkan kehendak perkauman dan agama
ini dalam bentuk pentadbiran negara hingga kepentingan yang nampak
berbeza diurus dengan baik dan dinikmati bersama oleh masyarakat
pelbagai budaya di negara ini.

Matlamat perpaduan negara yang diingini dan cabaran pem-bangunan masa
kini menghendaki institusi rukun tetangga, khususnya diperkasakan lagi bagi
memastikan institusi ini sentiasa berupaya untuk menangani masalah sosial
dan setiap perubahan dalam masyarakat ini agar dapat diurus dengan baik
dalam proses pembingkaian negara dan bangsa Malaysia.


Pemahaman dan penghayatan terhadap Prinsip Rukun Negara akan
membantu dalam merealisasikan kesinambungan dan kemakmuran proses
untuk kita bernegara. Negara kita Tanggungjawab Kita!

KEPELBAGAIAN

IDEA”BANGSA
IDAMAN”


❑ “Bangsa idaman” ialah sebuah

harapan,sebuah idamanmalah sebuah
impian dalam , mencapai perpaduan

antara kaum di Malaysia yang menjadi

satu bangsa satu negara.

❑ Idea “bangsa idaman” sehingga kini
masih menjadi impian malah yang

wujud adalah negara tetapi bangsanya

tidak terbina seperti di
Malaysia.(Shamsul Amri

Baharuddin,2011)


➢ Menurut Shamsul Amri Baharuddin(2019) hasrat mewujudkan

“bansa idaman”di Malaysia tercetus sejak sebelum merdeka lagi.
➢ Sebelum merdeka,wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap

bangsa masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan

kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing,yang
bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan

adalah sesuai dengan agenda ekonomi,politik,social dan budaya

masing-masing.
➢ Kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur

bangsa idaman:kelompok pertama ,’ Melayu Raya’,kelompok

kedua,’negara Islam’,dan kelompok ketiga,’ masyarakat majmuk

pimpinan Melayu’.

❖ Apabila Malaysia telah mencapai

kemerdekaan,keinginan kolektif
untuk mempunyai suatu’identiti

nasional sepunya’,atau sebuah

bangsa tetap diteruskan.
❖ Konsep “bangsa idaman” utama

pasca Merdeka 1957 ialah

memperkenalkan konsep
‘Malaysian Malaysia’.

❖ Selepas DEB

diperkenalkan,beberapa idea

mewujudkan “bangsa idaman”
terhasil melalui pemimpin-

pemimpin negara seperti idea

Bangsa Malaysia dan Wawasan
2020 hasil cetusan idea Tun

Mahathir Muhammad. o Kepimpinan Mahathir

❖ Dato’ Seri Najib Tun Razak mengekalkan konsep

memperkenalkan Gagasan “Malay-led plural society”.
1Malaysia sebagai “bangsa o Penekanan banyak

idaman” . diberikan kepada

❖ Di Borneo,wujud konsep seperti hubungan antara kaum
Sabah for Sabahan,dan Sarawak for atau “inter-ethnic” tetapi

Sarawakian. meminggirkan peri penting
hubungan dalam kaum.

o Kepelbagaian dan
perbezaan yang wujud

antara kaumdi negara ini

adalah sesuatu yang perlu
diraikan.


Click to View FlipBook Version