The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00238105, 2023-06-17 23:40:25

BUKU PROGRAM PIBG 2023 TERBARU

BUKU PROGRAM PIBG 2023 TERBARU

TEGUH 6/18/2023 1 SLIDESMANIA.COM MESYUARAT TAHUNAN PIBG KALI KE-15 TAHUN 2023 SMK BUKIT GARAM II, KINABATANGAN Tarikh : 19 Jun 2023 Hari : Isnin Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari Tempat : Dewan Baris Manik SLIDESMANIA.COM ISI KANDUNGAN Perkara Halaman Aturcara Mesyuarat Tahunan 3 Agenda Mesyuarat 4 Kata Alu- Aluan YDP PIBG 5 - 7 Kata Alu - Aluan Pengetua 8 - 13 Latar Belakang Program 14 Matlamat dan Objektif 15 Pelaksanaan Program 16 Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan PIBG 17 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat PIBG 18 - 24


TEGUH 6/18/2023 2 SLIDESMANIA.COM ATURCARA MESYUARAT TAHUNAN MASA AKTIVITI 10.00 pagi • Ketibaan dan pendaftaran ibu bapa,AJK PIBG serta guru-guru SMK Bukit Garam II • Nyanyian Lagu Negara & Sabah Tanah Airku 10.15 pagi • Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis • Bacaan Doa Oleh Ustaz Syed Faiz Bin Syed Muhd Hady 10.30 pagi Ucapan Penasihat/Pengetua SMK Bukit Garam II, PUAN HJH KERTINA BINTI MADUN Ucapan alu-aluan oleh yang Dipertua PIBG TUAN HAJI MUNGKIM BIN RADIN 11.00 pagi MESYUARAT PIBG i. Laporan Setiausaha ii. Laporan Kewangan iii. Hal-hal lain 11.45 pagi Tayangan montaj / multimedia 1. AJK sesi 2023-2024 2. Pelajar cemerlang SPM 2022-2023 11.50 pagi Bacaan doa (penutup) oleh Ustaz Ash Syahid Bin Othman 12.00 tgh hari Majlis bersurai SLIDESMANIA.COM AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis 2. Ucapan alu-aluan Penasihat, Pn.Hjh. Kertina Binti Madun 3. Ucapan alu-aluan YDP PIBG, Tn. Hj. Mungkim Bin Radin 4. Laporan Setiausaha 5. Laporan Kewangan 6. Hal-hal lain


TEGUH 6/18/2023 3 SLIDESMANIA.COM KATA - KATA ALUAN YDP PIBG Bissmillahirrahmanirrahim Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih saudara pengacara majlis, Yang berusaha, Pengetua Cemerlang Smk Bukit Garam II, Puan Hajah Kertina binti Madun Yang Dihormati, Encik Fadzli Bin Samiun,Penolong Kanan Kurikulum, Ustaz Rosidi Bin Mohd Desa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Rosnah Binti Mani, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Aslindah Binti Ali Aspar, Penyelaras Pendidikan Khas Integrasi Barisan Ketua Bidang, Ahli-ahli Biro Jawatankuasa PIBG SMK Bukit Garam II, Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah taufik-Nya dapat kita berkumpul lagi di majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Garam II kali ke-15 tahun sesi 2023/2024 ini. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa hadir pada hari ini. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana dan semua guru yang menggembleng tenaga dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Pelibatan ibu bapa pada hari ini jelas menunjukkan kesungguhan untuk sama-sama merealisasikan misi dan visi sekolah serta sebagai tanda sokongan, galakan dan penghargaan demi kecemerlangan anak-anak dalam pelbagai bidang. Dengan rasa berbesar hati, saya mewakili semua ibu bapa ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua guru atas jerih perih dan usaha yg tak pernah lelah mngajar anak-anak SMK Bukit Garam 2 ini sehingga bejaya mencapai keputusan yang cemerlang dan peratus peningkatan yg baik. SLIDESMANIA.COM Tuan-tuan dan puan-puan, Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2022 dan di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak boleh berbincang serta memberi pendangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SMK BUKIT GARAM II. Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak memberikan pemikiran dan menyumbang tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini, agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa bagi membantu sekolah dapat menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini khususnya.


TEGUH 6/18/2023 4 SLIDESMANIA.COM Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para waris agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu bersama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. Oleh hal demikian, kerjasama dan komitmen serta rasa tanggungjawab ibubapa sendiri dalam membantu guru-guru amat diperlukan bagi merealisasikan setiap yang telah dirancang khusus untuk anak-anak kita berjaya dengan jayanya. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya di sepanjang ucapan saya ini terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan. Izinkan saya akhiri ucapan dengan serangkap pantun, Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Sekian, terima kasih. SLIDESMANIA.COM KATA - KATA ALUAN PENGETUA Yang Dihormati, Encik Fadzli Bin Samiun,Penolong Kanan Kurikulum, Ustaz Rosidi Bin Mohd Desa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Rosnah Binti Mani, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Aslindah Binti Ali Aspar, Penyelaras Pendidikan Khas Integrasi Barisan Ketua Bidang, Ahli-ahli Biro Jawatankuasa PIBG SMK Bukit Garam II, Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan Rahmat-Nya, kita semua dapat berada dalam program yang begitu penting pada hari ini iaitu Mesyuarat Tahunan PIBG SMK Bukit Garam II kali ke-15 tahun 2023. Dengan rasa berbesar hati, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mungkim Bin Haji Radin, Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Garam II, atas kesudian beliau meluangkan masa untuk mesyuarat ini. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana dan semua guru yang menggembleng tenaga dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Penglibatan ibu bapa pada hari ini jelas menunjukkan kesungguhan untuk sama-sama merealisasikan misi dan visi sekolah sebagai tanda sokongan, galakan dan penghargaan demi kecemerlangan anak-anak dalam pelbagai bidang. Diharapkan menerusi mesyuarat ini, idea - idea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu di sekolah ini.


TEGUH 6/18/2023 5 SLIDESMANIA.COM Sebagaimana kita sedia maklum persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) ialah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetus halatuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang dan ia bukanlah hanya angan-angan kosong semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai hasrat yang sama-sama kita inginkan. Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring. Oleh itu, saya menyeru supaya kita bersama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMK Bukit Garam II. Elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting yang akan membolehkan sesebuah organisasi itu memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang membanggakan. SLIDESMANIA.COM Oleh itu, Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2022 dan di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak boleh berbincang serta memberi pendangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SMK BUKIT GARAM II. Hadirin yang dihormati sekalian, Alhamdulillah, masa terus berlalu dengan sangat pantas tanpa kita sedari. Banyak kecemerlangan, kejayaan dan sumbangan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum dalam musim pandemik yang lalu. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Satu usaha yang tidak dapat kita sangkal lagi iaitu usaha dan sokongan padu ibu bapa semua yang memberi sumbangan pada kejayaan anak-anak dan sekolah. Mana tidaknya ibu bapa membelanjakan sejumlah besar wang untuk perkhidmatan jaringan Internet anak-anak untuk terlibat aktif dalam pdpr mahupun beberapa pertandingan akademik dan kokurikulum. Ibu bapa bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjayakan suatu aktiviti. Masya-Allah tiada nilai ringgit yang mampu dibalas untuk semua pengorbanan ibu bapa. Pihak sekolah sangat menyanjungi usaha ibu bapa yang susah senang bersama anak-anak walaupun kita tahu ramai yang terkesan dengan pendapatan dalam musim pandemik.


TEGUH 6/18/2023 6 SLIDESMANIA.COM Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, dengan rendah hati saya menyeru kepada semua ibu bapa untuk terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita. Ibu bapa yang dihormati sekalian, Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Seperti yang kita sedia maklum, keputusan SPM baru- baru ini, sekolah kita mendapat keputusan yang cemerlang dan memberangsangkan. Misalnya adik Mohamad Khairatul Aimin (5 Dalton) yang memperoleh 7A dan adik Ahmad Ghazali (5 Dalton) memperoleh 6A pada peperiksaan SPM yang lalu. Ini membuktikan bahawa ibu bapa juga memberikan komitmen dalam memastikan anak-anak mengikuti kelas secara maya walaupun terdapat banyak kekangan seperti masalah internet dan sebagainya. SLIDESMANIA.COM Pada hemah saya, ibu bapa merupakan contoh teladan yang terbaik untuk anak-anak. Oleh itu, didikan nilai murni perlu diajar dan disemai dalam keluarga untuk melahirkan anak-anak yang baik budi pekerti. Sebagai ibu bapa sudah pasti kita akan bangga sekiranya anak-anak kita menjadi seorang yang baik, tiada masalah disiplin dan sentiasa memperoleh kejayaan di sekolah. Oleh itu, molek sekiranya kita sebagai ibu bapa dan penjaga sentiasa berpesan yang tiada putusnya kepada anak-anak ini untuk sentiasa bersifat mulia seperti sifat orang mukmin iaitu Siddiq (benar), Amanah, Tabligh (menyampaikan) dan Fatanah (cergas dan bijak) Hadirin dan hadirat sekalian, Sempena hari yang baik ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah sekiranya timbul sebarang permasalahan atau salah faham dalam lingkungan kita. Sekiranya terdapat sebarang masalah disiplin atau tingkah laku pelajar ada baiknya untuk ibu bapa dan pihak sekolah berganding bahu untuk mencari penyelesaiannya. Sebagai contoh dalam masalah ponteng, ibu bapa mungkin akan bertanggungjawab untuk memberi makluman secara lisan atau bertulis kepada guru kelas atas alasan yang munasabah atas ketidakhadiran tersebut. Oleh itu kedua-dua pihak menerima penyelesaian masalah yang sempurna. Saya juga mengharapkan sokongan ibu bapa semua sekiranya terdapat makluman atau panggilan bersemuka dengan pihak sekolah atas apa jua masalah yang timbul. Pihak kami sangat gembira dengan kerjasama daripada semua ibu bapa atas apa saja rundingan persefahaman. Anak-anak ini tanggungjawab kita bersama. Biarlah satu hari nanti kita tenang menjawab segala pertanyaan Allah tentang amanah ini di sana tanpa sebarang halangan. InsyaAllah janji Allah itu pasti. Peritnya kita mendidik amanah ini, besar imbalannya yang tidak tergambar.


TEGUH 6/18/2023 7 SLIDESMANIA.COM Hadirin sekalian, Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin menyeru kepada semua ahli jawatankuasa PIBG sekolah kita untuk sentiasa bergerak aktif dengan perancangan yang jitu agar sentiasa memberikan sumbangan yang bermakna lagi berkesan ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Budaya ilmu dan budaya kerja yang cemerlang perlulah dipupuk dan disemai agar persatuan kita sentiasa relevan dan menjadi penyumbang kejayaan anak-anak kita. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua ajk tertinggi PIBG SMK Bukit Garam II atas kerjasama menjayakan mesyuarat tahunan ini. Terima kasih juga yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir pada pertemuan kali ini. Kehadiran anda semua menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan mutu kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. SLIDESMANIA.COM LATARBELAKANG PROGRAM Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK BUKIT GARAM II, KINABATANGAN akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-15 pada 19 Jun 2023. Mesyuarat ini diharapkan dapat memberi peluang kepada ibu bapa agar dapat terlibat ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. Ibu bapa boleh mengemukakan idea dan cadangan serta usul bagi memperbaiki tahap pembelajaran murid serta cadangan pembangunan di SMK Bukit Garam II, Kinabatangan. Semoga aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan akan memberi manfaat kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan warga ibu bapa dan warga pendidik SMK Bukit Garam II, Kinabatangan.


TEGUH 6/18/2023 8 SLIDESMANIA.COM Matlamat mesyuarat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan serta menggalakkan interaksi dua hala antara pihak sekolah dan ibu bapa/penjaga murid SMK Bukit Garam II, Kinabatangan. 3.1 Hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa menjadi lebih erat. 3.2 Perbincangan isu-isu berkaitan murid, ibubapa dan sekolah dapat dijalankan. 3.3 Memilih ahli jawatankuasa PIBG yang akan memimpin PIBG dalam melaksanakan program serta kerjasama di antara PIBG dan pihak sekolah. MATLAMAT DAN OBJEKTIF SLIDESMANIA.COM PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 19 Jun 2023 Hari : Isnin Masa : 10.00 - 12.30 tengah hari Tempat : Dewan Baris Manik KUMPULAN SASARAN q Ibu bapa dan penjaga murid SMK Bukit Garam II, Kinabatangan. q Guru dan kakitangan SMK Bukit Garam II, Kinabatangan


TEGUH 6/18/2023 9 SLIDESMANIA.COM Penasihat Puan Hajah Kertina Binti Madun Pengerusi Tuan Hj. Mungkim bin Radin Timbalan Pengerusi Tuan Jainurin Bin Jurin Setiausaha Puan Jasmiyati Binti Baharuddin Timbalan Setiausaha Puan Alvina Binti Wandak Bendahari Encik Mohd Izzuddin Bin Ahmad Ahli Jawatankuasa Noraini Hamzah Zaidah Binti Mohd Abbas Sufian Bin Jaimin Norhayati Samad Mohammad Nor Bin Najam Mohd Bahrom Bin Norbee Mutiara Binti Anwar Nur Bahizura Binti Pagukuman Jasli Alip Ruhanah Binti Sakong Aliaa Dayana Binti Mohd Jaswidi JAWATANKUASA MESYUARAT TAHUNAN PIBG KALI KE 15 SLIDESMANIA.COM AJK GURU TERLIBAT TUGAS SETIAUSAHA 1. PN. JASMIYATI BINTI BAHARUDDIN 2. PN. ALVINA BINTI WANDAK • Menyediakan minit mesyuarat, tentatif program dan Laporan aktiviti PIBG sepanjang tahun sesi 2021/2022. • Memastikan semua persiapan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dapat dilaksanakan seperti yang dirancang • Laporan Setiausaha PIBG BENDAHARI EN. MOHD IZZUDDIN BIN AHMAD Menyediakan anggaran perbelanjaan majlis dan Laporan Kewangan PIBG tahun 2021 - 2022. PENYELARAS PROGRAM PN. JASMIYATI BINTI BAHARUDDIN Menyelaras,memantau dan memastikan persiapan majlis berjalan lancar semasa hari yang ditetapkan. JEMPUTAN DAN MAKLUM BALAS IBU BAPA 1. EN. BRONNY BIN ATOI (K) 2. PN. ADRIYANI BINTI YAMIN 3. CIK NURCAHYA BINTI ABD RASHID 4. PN.NURAINA SYAZANA BINTI ARIF • Menyediakan, menerima dan menyelia surat jemputan dan borang usul ‘google form’ ibu bapa • Mengedarkan surat jemputan ‘google form’ kepada murid • Mengembalikan maklum balas kehadiran ibu bapa • menyemak, memilih dan menyenaraikan usul untuk dimasukkan ke dalam buku program • Menganalisis hasil dapatan dan usul daripada ibu bapa untuk diberikan kepada SU PIBG • menganalisis jumlah ibu bapa yang hadir • melaporkan kepada setiausaha jumlah anggaran ibu bapa murid JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT TAHUNAN PIBG


TEGUH 6/18/2023 10 SLIDESMANIA.COM TEKS UCAPAN 1. CIK HAZRINA BINTI MOHD ZUKI 2. CIK WARDAH ILYANI BINTI MOHD HALIM 3. PN. ROSALIN BINTI AJURI • menyediakan teks ucapan pengetua, YDP PIBG dan perasmi • memastikan teks ucapan diselitkan dalam buku program BACAAN DOA 1. USTAZ SYED FAIZ SYED MUHD HADY (PEMBUKAAN) 2. USTAZ MUHD ASH SHAHID BIN OTHMAN (PENUTUP) menyediakan doa dan menyampaikan doa pada majlis mesyuarat agung PIBG AJK PUBLISITI, BANNER DAN BACKDROP 1. EN. AZLY BIN MUSTAL 2. EN. MOHD DAZUKI BIN ABAS 3. PN. AZLIANA BINTI AWANG • Menyediakan pautan ‘google meet’ dan disebarkan kepada semua yang terlibat. • menyelaras dan memantau perjalanan sistem sepanjang mesyuarat • membantu unit teknikal dan montaj • Memaklumkan ke RTM Sandakan untuk publisiti TEKNIKAL 1. EN. MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN (K) 2. EN. HASLIZAN BIN ABDUL HAMID 3. EN. HUSSAINI BIN AMIR BEK 4. EN. NASRI BIN JALHARI • Menyediakan peralatan yang perlu dan sesuai untuk kegunaan majlis • Memastikan kebolehgunaan peralatan • Juruteknik bertanggungjawab sepanjang majlis berjalan. • memaparkan slaid-slaid berkaitan serta usul-usul • menyelaraskan tugas bersama-sama AJK Multimedia dan Montaj JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT TAHUNAN PIBG SLIDESMANIA.COM MULTIMEDIA & MONTAJ 1. EN. NORZAIN BIN JANSIAH 2. EN. JASLI BIN ALIP • Menyediakan dan memaparkan poster digital • menyediakan tayangan multimedia yang berkaitan • menyediakan 2 buah lagu dan audio visual yang lain. • menyelaraskan tugas bersama-sama dengan AJK Teknikal JURUFOTO DAN DOKUMENTASI 1. CIK MAGHFIRATULIANI HAZRAFILSHA BINTI HASSIM (K) 2. PN. SITTI ROHANAH BINTI ABDUL 3. PN. CHOO LIEW MUNG • Menggunakan alat rakaman yang sesuai • merakam gambar untuk dokumentasi sepanjang majlis mengikut kesesuaian • membuat laporan / dokumentasi selepas selesai mesyuarat SUMBANGAN/ TAJAAN 1. PN. SHIRMISIAH@IRMIE BINTI AHMAD SAININ (K) 2. EN. JUL BASRI BIN JUAINI (K) 3. PN. NAISAH BINTI JHONA 4. EN. FAZIR BIN JALPAH • memastikan semua surat memohon sumbangan di hantar kepada semua pengurus ladang, pemilik kedai runcit serta komuniti luar yang terlibat. • berusaha mencari sebarang tajaan daripada pihak luar JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT TAHUNAN PIBG


TEGUH 6/18/2023 11 SLIDESMANIA.COM PENYAMBUT TETAMU DAN PROTOKOL 1. YDP PIBG 2. PENTADBIR SEKOLAH 3. TN. JAINURIN BIN JURIN 4. PN. MUTIARA BINTI ANWAR • mengalu-alukan tetamu dan jemputan VIP • Menyambut tetamu VIP ke tempat yang sepatutnya • memastikan protokol majlis dilaksanakan dengan betul PENDAFTARAN 1. PN. ALIAA DAYANA BINTI MOHD JASWIDI (K) 2. CIK SITI KHAIRUNNISA BINTI ADNAN 3. EN. HASSAN BIN AMIT 4. PN. NUR BAHIZURA BINTI PAGUKUMAN (PIBG) Mendaftar kehadiran ibu bapa dan guru BUKU PROGRAM 1. CIK NURFARAH DINA BINTI KAHAR (K) 2. PN. SYAZAH IZZATI BINTI HAMSAH 3. CIK NUR ATIQAH BINTI SOOIB • memastikan buku program disediakan • menyediakan ‘QR Code’ bagi mengakses buku program • memastikan ‘soft copy’ buku program diserahkan kepada AJK yang terlibat JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT TAHUNAN PIBG SLIDESMANIA.COM PENGACARA MAJLIS 1. EN. MUHAMMAD RUZAINI BIN AWANG (K) 2. PN. HASTINAH BINTI HAMSAH • Menyediakan skrip/teks ucapan YDP dan perasmi • mengacara majlis • menerima senarai nama penerima hadiah/hamper/sijil • membuat pengumuman mengikut keperluan • mengendali aturcara majlis berdasarkan slot dalam tentatif PENCATAT MINIT PN. ALVINA BINTI WANDAK • merekodkan dan mencatatkan kesemua maklumat yang diperlukan sepanjang sesi mesyuarat berlangsung • menyediakan dan menyerahkan pelaporan minit kepada setiausaha AJK JAMUAN 1. PN. NORAINI BINTI HAMSAH (K) 2. PN. ZAIDAH BINTI MOHD ABBAS 3. CIK NORZULAIKHA BINTI SIDEK 4. PN. NUR ARIFATUL ABIDAH BINTI IDRIS 5. PN. ROSNI BINTI MOHD MAHALAN 6. PN. NORMAHWATIH BINTI DARIH • menempah makanan untuk tetamu (VIP) • memastikan susun atur meja sesuai dengan majlis • menempah makanan mengikut keperluan • mengagihkan makanan kepada guru, ibu bapa dan petugas pelajar JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT TAHUNAN PIBG


TEGUH 6/18/2023 12 SLIDESMANIA.COM AJK KEBERSIHAN 1. EN. MOHD BAHROM BIN NORBEE (K) 2. EN. ABD. KHALID BIN IMAM OTHMAN 3. KONTRAKTOR PEMBERSIHAN • memastikan kawasan dalam dan luar dewan, sebelum, semasa dan selepas majlis dalam keadaan bersih • menyediakan plastik sampah di kawasan-kawasan tertentu AJK HIASAN PENTAS DAN DEWAN 1. CIK NORFAUZIAH SURIANA BINTI JAMALUDDIN (K) 2. PN. HASNAWATI BINTI YUSSE 3. PN. KELIAH BINTI KIDIN 4. PN. SUHAILAH BINTI ISMAIL 5. PN. ASLINDAH BINTI ASPAR 6. CIK DEBBIE ANN EANTON • merekodkan dan mencatatkan kesemua maklumat yang diperlukan sepanjang sesi mesyuarat berlangsung • menyediakan dan menyerahkan pelaporan minit kepada setiausaha JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT TAHUNAN PIBG SLIDESMANIA.COM AJK PERSEDIAAN TEMPAT / PERALATAN / PERABOT 1. EN. FAIZAL BIN JUMAIN (K) 2. EN. SAIFUL ANNUAR BIN IDRIS 3. EN. NOR AZWAN BIN NOR ‘AZMI 4. EN. SYED IBRAHIM HILMI BIN SYED MOHAMMAD 5. EN. EZLEY BIN MAJUSANG @ PARDI 6. CIK LISABIT BINTI PAULUS 7. CIK SITI HAFIZAH BINTI MOHD SALLEH • menyusun atur perabot seperti yang diperlukan • membuka dewan, memastikan lampu dan kipas berfungsi • memastikan PA sistem berfungsi dengan baik • menyediakan mikrofon dan peralatan lain yang difikirkan perlu • menyusun kerusi dan meja yang mencukupi • menyediakan kerusi dan meja VIP untuk acara perasmian • menyediakan meja mesyuarat • memastikan perabot dipulangkan semula ke tempat asal setelah majlis selesai AJK LABEL MEJA DAN ‘SKIRTING’ 1. PN. SURIA BINTI BASAR (K) 2. PN. SITI AMIRAH ATIQAH LOUIS @ ABDULLAH 3. EN. MUSLI BIN ODOK 4. EN. BORHAN BIN KILLI 5. PN. SITI MARIATI BINTI ABDUL • menyedia dan melabel meja mengikut susun atur mesyuarat • menyediakan ‘skirting’ untuk meja mesyuarat JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT TAHUNAN PIBG


TEGUH 6/18/2023 13 SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih Dan setinggi - tinggi penghargaan Kepada semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 SMK BUKIT GARAM II Dan melibatkan diri dalam memberi sumbangan sama ada tenaga atau kewangan serta buah fikiran Semoga sumbangan tuan puan Mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT


Click to View FlipBook Version