1 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN 1.2 VISI DAN MISI 1.3 PIAGAM PELANGGAN 1.4 LOGO KUMPULAN 1.5 RINGKASAN PROJEK 1.6 CARTA ORGANISASI RANCANGAN PERNIAGAAN 2.1 ASAS PEMILIHAN 2.2 JENIS PROJEK 2.3 KOS PROJEK 2.4 MODAL AWAL PROJEK 2.5 PELAN TINDAKAN 2.6 KUMPULAN SASAR 2.7 KEPERLUAN KUMPULAN SASAR 2.8 KUASA BELI PROSES PENGELUARAN 3.1 CARTA ALIRAN PRODUK ● 3.1.1 INPUT-MODAL & TENAGA MANUSIA & MESIN 3.2 KAEDAH PEMPROSESAN 3.3 OUTPUT ● 3.3.1 KAWALAN PRODUK ● 3.3.2 KAWALAN KUALITI STRATEGI PEMASARAN 4.1 PRODUK 4.2 PEMBUNGKUSAN 4.3 LABEL & JENAMA & PAKEJ 4.4 KUMPULAN SASAR 4.5 KAEDAH PEMASARAN 4.6 TINDAKAN SUSULAN SELEPAS JUALAN 4.7 MAKLUM BALAS PELANGGAN LAPORAN KEWANGAN, PEMASARAN DAN PENJUALAN PRODUK 5.1 LAPORAN KEWANGAN PROJEK 5.2 UNTUNG DAN RUGI 5.3 PULANGAN SEBENAR PROJEK 5.4 REKOD JUALAN 5.5 NISBAH PULANGAN ATAS MODAL PENGHARGAAN 2 2 2 3 4 5 6 6 6 7 8 8 8 9 9 10-16 17 17 17 18-19 19 20 20 20 20 20 23 23 24 25 26-28 28-29 30
2 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli yang diketuai oleh Jamielah Raudhah Binti Jafrizul (Pengarah Projek), Noor Syaqirah Binti Muhammad Shaifuddin ( Pengurus Kewangan dan Stok), Adriana Hani Binti Ismail (Pengurus Latihan dan Kawalan Mutu) dan Nur Alya Syakirah Binti Abdul Samad (Pengurus Promosi dan Jualan). Dari hasil perkongsian minat yang sama dalam bidang keusahawanan, maka kumpulan ini telah ditubuhkan dengan nama “GO C-HA” pada 24 Januari 2023. 1.2 VISI DAN MISI ● Visi kami ialah melahirkan usahawan yang kreatif, inovatif, berdaya saing serta dapat mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi selepas tamat persekolahan kelak. ● Misi kami pula ialah memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan serta memberikan harga yang berpatutan kepada kualiti produk yang dikeluarkan. 1.3 PIAGAM PELANGGAN ● Mengutamakan kehendak dan keperluan pelanggan merupakan suatu aset penting bagi kami. ● Menghasilkan sesuatu produk yang bermutu dan berkualiti tinggi. ● Menerima tempahan melalui pelbagai rangkaian media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan Instagram. Penghantaran dilakukan setelah pembayaran atas talian dilakukan
3 1.4 LOGO KUMPULAN MAKSUD LOGO KUMPULAN Abjad ‘G’ menunjukkan ‘Gummy ’ iaitu gula- gula bergetah ialah gula-gula kecil, manis, berperisa buah-buahan yang diperbuat daripada gelatin. Bentuk bintang yang ada pada huruf C merupakan bentuk kepada gula-gula bergetah kami untuk menarik perhatian kanak-kanak. Seterusnya bentuk bulat merupakan ‘O’ dan mempunyai huruf ‘CHA’ adalah daripada perkataan Kombucha. Kombucha bermaksud minuman yang dihasilkan dengan menapai teh manis dengan budaya yis dan bakteria. Apabila menggabungkan perkataan kombucha dan gummy lalu hasilnya ‘GO C-HA’. Maka dengan ‘gummy’ diperbuat daripada gelatin dan ‘Kombucha’ yang mempunyai yis dan bakteria tertubuhlah ‘GO C-HA’ yang merupakan gula-gula bergetah yang mempunyai perisa kombucha dan sihat untuk badan.
4 1.5 RINGKASAN PROJEK ● Projek keusahawanan ini dijalankan dengan minat mendalam dalam bidang keusahawanan, kami telah bersetuju untuk mencipta satu produk berkualiti, menarik dan selamat digunakan serta mempunyai pasaran yang amat menggalakkan. ● Membuat suatu produk yang berkualiti adalah matlamat utama kami serta dapat menarik minat para pembeli untuk menggunakan produk kami. ● Setelah perbincangan dibuat, kami telah mengambil keputusan untuk membuat kombucha gummy yang diberi nama ‘GO C-HA’ ● Kami telah membuat bentuk bintang dan bulat untuk menarik perhatian para pembeli terutamanya untuk murid-murid menengah rendah. ● Kami juga mengutamakan kemudahan pelanggan untuk membuat pesanan secara atas talian melalui aplikasi media sosial pada masa kini. ● Kami juga meletakkan harga yang berpatutan mengikut kualiti produk kami agar mendapat sambutan daripada para pelanggan.
5 1.6 ORGANISASI KUMPULAN PENASIHAT PN NOR ROSDIANA BT AWANG GURU PEMBIMBING PN RATNA SUMINAR BT MUFLICH
6 PENGARAH PROJEK JAMIELAH RAUDHAH BT JARFRIZUL PENGURUS PROMOSI DAN JUALAN NUR ALYA SYAKIRAH BT ABDUL SAMAD PENGURUS KEWANGAN DAN STOK NOOR SYAQIRAH BT MUHAMMAD SHAIFUDDIN PENGURUS LATIHAN DAN KAWALAN MUTU ADRIANA HANI BT ISMAIL
7 2.0 RANCANGAN PERNIAGAAN 2.1 ASAS PEMILIHAN PROJEK Perkara utama yang menjadi faktor kami memilih produk “ GO C-HA” ini atau dikenali. sebagai “Kombucha gummy” adalah kerana masalah yang dihadapi oleh seseorang untuk mencerna makanan. Selain itu, rasa “GO C-HA” ini mengikut citarasa kami pada harga yang berpatutan. Kebanyakkan gummy vitamin yang terdapat di pasaran agak mahal. Terdapat juga “GO C-HA” yang mempunyai bentuk yang menarik tetapi tidak berkualiti. “ GO C-HA” yang kurang berkualiti walaupun mempunyai bentuk yang menarik membuatkan produk menjadi tidak tahan lama dan tidak memberi sebarang kesan. Jika dilihat dari segi keperluan, murid-murid sekolah sering makan dengan cepat kerana kekurangan masa. Hal ini boleh menyebabkan makanan susah untuk dicerna. Oleh itu, produk kami mendapat sambutan hangat bagi murid-murid di sekolah kami dan kawasan sekitarnya. Keistimewaan produk kami ialah pelanggan boleh rasa pelbagai perisa yang terdapat pada produk kami mengikut perasa buah-buahan yang telah dicampurkan. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh menempah bentuk yang merdeka ingini mengikut citarasa pelanggan tersendiri. Oleh itu, kami mereka cipta bentuk produk kami tersendiri mengikut citarasa pelanggan. 2.2 JENIS PROJEK Jenis projek kami adakah penghasilan daripada “GO C-HA “ tersendiri iaitu berbentuk bulat dan bintang. Pelanggan juga boleh membeli produk kami mengikut bentuk yang telah kami ciptakan dengan harga yang berpatutan. 2.3 KOS PROJEK Kos projek akan ditanggung oleh ahli kumpulan dan pihak koperasi dengan nisbah jalan yang sama.
8 2.4 MODAL AWAL PROJEK Modal awal projek (permulaan) BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT(RM) JUMLAH (RM) 1. PLASTIK PEMBUNGKUSAN 150 0.10 15.00 2. SCOBY 10 6.10 61.10 3. GULA TEBU 2 KG 7.00 14.00 4. LIPTON UNCANG TEH ⅕ PAKET 5.50 1.10 5. MADU 4 BOTOL 12.00 48.00 6. SILIKON GUMMY 15 3.96 64.30 7. GELATIN (HALAL) 11 3.90 181.80 8. GULA PERANG 1 PAKET 2.80 2.80 9. SERBUK BERI 8 PAKET 1.50 12.00 10. CITRIC ASID 5 PAKET 0.70 3.50 11. STICKER 200 0.30 60.00 JUMLAH 462.60
9 2.5 PELAN TINDAKAN 2.5.1 TAKWIM BIL TARIKH PERKARA 1 24/1/2023 Perjumpaan kali pertama dan pembentukan ahli kumpulan 2 1/2/2023 Perbincangan pemilihan projek dan teka bentuk 3 18/2/2023 Membeli peralatan dan memulakan projek 4 20/3/2023 Membuat promosi jualan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2023 5 21/3/2023 Promosi di perhimpunan pagi 6 3/4/2023 Mengedarkan kertas iklan dari kelas ke kelas 7 1/5/2023 Menambah reka bentuk tersendiri Jualan pek percubaan 8 20/5/2023 Membuat promosi melalui Instagram, Tiktok dan WhatsApp 9 30/5/2023 Hari bertemu pelanggan/ Report card 10 13/6/2023 Jualan di Koperasi Sekolah bermula 2.6 SASARAN KUMPULAN Sasaran kumpulan kami adalah murid sekolah, guru-guru, ibu bapa dan kanak-kanak.
10 2.7 KEPERLUAN SASARAN KUMPULAN Kumpulan murid memerlukan vitamin yang bukan hanya memiliki perisa yang menarik tetapi ramai di antara kita yang membeli “GO C-HA” bagi melancarkan sistem pencernaan dan meningkatkan imun badan dengan bahan yang organik. Kadang-kadang, ada dalam kalangan murid-murid terpaksa makan dengan cepat akibat kekurangan masa untuk makan. Jadi, kami di sini menyediakan alternatif menggunakan bahan yang dijamin sihat untuk pelanggan. Pelanggan kami boleh membeli “‘GO C-HA’ yang telah kami cipta dengan bentuk dan perisa yang menarik. 2.8 KUASA MEMBELI Produk ‘GO C-HA’ kami dijual dengan harga yang berpatutan. Jadi, kuasa membeli produk kami ini menjadi semakin meningkat disebabkan harga lebih murah berbanding dengan harga di pasaran. Produk ini sudah pasti akan memberi kepuasan kepada para pembelinya. Jadi, semua pengguna mampu untuk membeli produk kami.
11 3.0 PROSES PENGELUARAN 3. 1 CARTA ALIRAN PRODUK 3.1.1 INPUT-MODAL & TENAGA MANUSIA & MESIN INPUT
12 3.2 KAEDAH PEMPROSESAN
13
14
15
16
17
18
19 3.3 OUTPUT 3.3.1 KAWALAN PRODUK ● Produk kami menggunakan bekas plastik yang selamat dari sudut kesihatan. ● Bentuk produk ‘GO C-CHA’ mempunyai bentuk yang menarik yang dapat menarik minat ramai orang terutama kanak-kanak. 3.3.2 KAWALAN KUALITI ● Kami sentiasa memastikan kualiti produk ‘GO C-CHA’ adalah dari kualiti yang baik agar ia dapat dimakan dan juga dapat membantu sistem imunisasi badan . ● Kami juga memastikan acuan yang digunakan dapat menjadi bentuk yang sempurna untuk diletakkan dalam bekas. ● Penyediaan produk terus dilakukan sebaik sahaja menerima pesanan daripada pelanggan setelah pembayaran dilakukan. ● Pembelian produk dijalankan di koperasi. Untuk sebarang tempahan, borang disediakan di koperasi.
20 4.0 STRATEGI PEMASARAN Strategi pemasaran kami adalah berasaskan kepada konsep 5P iaitu Product, Place, Price, Promotion dan Personal. 4.1 PRODUK o Kami memberikan sample gummy sebagai tester kepada pelanggan sebelum membuat pembelian. o Kami memastikan bahawa gummy yang kami hasilkan sentiasa menarik minat kanak-kanak, remaja dan dewasa. o Kami menghasilkan gummy pelbagai bentuk untuk menarik perhatian para pembeli. 4.1.1 PELABELAN o Penambahbaikan telah dilakukan dengan menambah logo pada bungkusan produk sebagai imej perniagaan kami. 4.1.2 PEMBUNGKUSAN o Kami menambah baik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami dengan menyediakan pembungkusan khas berbentuk kraft plastic beg bersama logo perniagaan kami.
21 4.1.3 TEMPAT (PLACE) DAN KUMPULAN SASARAN BIL TEMPAT KUMPULAN SASARAN 1 Jualan di kedai koperasi sekolah Guru-guru dan para pelajar sekolah 2 Promosi bergerak ke kelas-kelas Para pelajar sekolah 3 Mini Karnival Keusahawanan Koperasi (Dataran puteri) Para pelajar sekolah 4 Anugerah kecemerlangan (Dewan Puteri Perdana) Guru-guru, para pelajar dan ibu bapa yang hadir 5 Jualan Hari Bertemu Pelanggan (Dewan Puteri Perdana) Guru-guru, pelajar sekolah dan ibu bapa yang hadir 4.2 KEPERLUAN KUMPULAN SASARAN BIL KUMPULAN SASARAN KEPERLUAN KUMPULAN SASARAN 1 Pelajar-pelajar sekolah Pelajar-pelajar adalah golongan yang sentiasa mengikuti perkembangan makanan dan sentiasa dan sentiasa berminat dengan trend-trend terkini. Dengan kemampuan yang terhad,mereka kurang mampu untuk membeli ‘GO C-HA’ yang berjenama, jadi kami sedia membantu mereka mendapatkan apa yang mereka ingin dengan bajet yang sederhana dan mampu dibayar. 2 Guru-guru Guru-guru yang mempunyai anak remaja,mereka turut menggemari ‘GO C-HA’ yang kami hasilkan kerana mereka melihat suatu inovasi yang dihasilkan oleh pelajar mereka. 3 Ibu bapa Ibu bapa yang datang ke sekolah akan mendapatkan dorongan dari anak mereka untuk membeli ‘GO C-HA’yang kami hasilkan kerana harga yang berpatutan dan mereka tertarik dengan hasil usaha kami. 4 Rakan-rakan luar -Tuisyen/ Jiran Rakan-rakan luar yang gemar manisan tetapi ingin menjaga kesihatan badan boleh membeli ‘GO C-HA’ kami dengan harga yang berpatutan
22 4.3 TINDAKAN SUSULAN ● Mendapat maklum balas melalui borang soal selidik serta melalui beberapa laman sosial seperti Instagram, TIktok, Facebook dan Whatsapp. ● Membuat penambahbaikan ciri-ciri produk berdasarkan maklum balas pelanggan. 4.4 MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN ● Pelanggan memberikan maklum balas terhadap produk yang dihasilkan. Kajian dibuat berdasarkan aduan pelanggan dan penambahbaikan dibuat serta merta. Hasilnya pelanggan membuat pembelian dan mencadangkan kepada kawan-kawan kerana mereka gemar cadangan atau pendapat mereka yang dipersetujui oleh kami. 4.5 TINDAKAN SUSULAN SELEPAS JUALAN
23 5.0 LAPORAN KEWANGAN, PEMASARAN DAN PENJUALAN PRODUK 5.1 LAPORAN KEWANGAN PROJEK MODAL AWAL (BELIAN BAHAN GO-CHA BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT(RM) JUMLAH (RM) 1. PLASTIK PEMBUNGKU SAN 150 0.10 15.00 2. SCOBY 10 6.10 61.10 3. GULA TEBU 2 KG 7.00 14.00 4. LIPTON UNCANG TEH ⅕PACKET 5.50 1.10 5. MADU 4 BOTOL 12.00 48.00 6. SILIKON GUMMY 15 3.96 64.30 7. GELATIN (HALAL) 11 3.90 181.80 8. GULA PERANG 1 PACKET 2.80 2.80 9. SERBUK BERI 8 PACKET 1.50 12.00 10. CITRIC ASID 5 PACKET 0.70 3.50 11.0 STICKER 200 0.30 60.00 JUMLAH 462.60
24 PERBELANJAAN -PERBELANJAAN YANG TELAH DIGUNAKAN BAGI TUJUAN UPAH,BIL ELEKTRIK DAN TELEFON KOS UPAH -BILANGAN PEKERJA X MASA X KADAR UPAH SEJAM X BILANGAN HARI MEI: RM40 JUN:RM40 JULAI:RM40 OGOS:RM40 SEPTEMBER:RM160 KOS OVERHEAD - sekali sahaja tuntut sepanjang 5 bulan pengeluaran PERKARA KOS/HARI(RM) JUMLAH BIL GAS RM33 RM33 BIL TELEFON RM10 X 2 orang X 5 bulan RM100 PETROL - RM20 BIL AIR - RM20 JUMLAH RM163
25 KOS SIRI I KOS SIRI II (Mei -Ogos) (September) Modal Awal (Kos I + II) BAHAN: RM462.60 BAHAN: RM462.60 = RM1368.20 KOS OVERHEAD:RM163 KOS OVERHEAD: - GAJI: 4 bulan x RM40 GAJI: 4 orang x RM 30 = RM160 =RM 120 PENDAPATAN (SIRI I) PENDAPATAN (SIRI II) MEI SEPTEMBER 60 PEK X RM3 = RM180 400 PEK X RM3 = RM1200 JUN JUMLAH= RM1200 80 PEK X RM3 = RM240 JULAI 100 PEK X RM 3 = RM300 OGOS 160 PEK X RM 3 = RM480 JUMLAH = RM1200 JUMLAH KOS MODAL BAGI SATU PEK GO-CHA KOS BAHAN (I & II) + KOS UPAH (I & II) + KOS OVERHEAD RM925.20 + RM280 + RM 163 = RM1368.20 KOS PENGELUARAN BAGI SATU PEK GO-CHA = RM1368.20/ 800 = RM1.71
26 REKOD JUALAN (DIAMBIL DARIPADA BUKU TUNAI) BERIKUT ADALAH REKOD JUALAN YANG DICATATKAN DARI MEI HINGGA SEPTEMBER 2023 MEI ● DIJUAL DI KOPERASI SEKOLAH DAN PESANAN DIAMBIL DARI MEDIA SOSIAL BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM) 1. GO - CHA GUMMY 60 3.00 180.00 JUMLAH 180.00 JUN ● DIJUAL DI KOPERASI SEKOLAH DAN PESANAN DIAMBIL DARI MEDIA SOSIAL BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM) 1. GO-CHAPE GUMMY 80 3.00 240.00 JUMLAH 240.00
27 JULAI ● DIJUAL DI KOPERASI SEKOLAH DAN PESANAN DIAMBIL DARI MEDIA SOSIAL BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM) 1. GO-CHA GUMMY 100 3.00 300.00 JUMLAH 300.00 OGOS ● DIJUAL DI KOPERASI SEKOLAH DAN PESANAN DIAMBIL DARI MEDIa SOSIAL ● DIJUAL PADA HARI KARNIVAL STEM DAN KEUSAHAWANAN KOPERASI BIL PERKARA KUANTITI HARGA(RM) JUMLAH (RM) 1. GO-CHA GUMMY 160 3.00 480.00 JUMLAH 480.00 SEPTEMBER ● DIJUAL DI KOPERASI SEKOLAH DAN PESANAN DIAMBIL DARI MEDIA SOSIAL ● AKTIVITI KOKURIKULUM- SARINGAN DAN SUKAN SEKOLAH ● AKTIVITI KURIKULUM - KELAS TAMBAHAN BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH 1. GO-CHA GUMMY 400 3.00 1200.00 JUMLAH 1200.00
28 KEUNTUNGAN MODAL SESI I (RM) =JUALAN- KOS BAHAN - OVERHEAD - UPAH =1200 - 462.60 - 163 - 160 = RM 414.40 KEUNTUNGAN MODAL SESI II (RM) =JUALAN - KOS BAHAN - UPAH = 1200 - 462.60 - 120 =RM 617.40 JUMLAH PULANGAN (5 BULAN ) = RM414.40 - RM617 .40 =RM1031.80 NISBAH PULANGAN ATAS MODAL BERIKUT ADALAH PENGIRAAN BAGI NISBAH ATAS PULANGAN MODAL PROJEK KAMI HASIL PULANGAN X 100% PELABURAN AWAL BERDASARKAN LAPORAN KEWANGAN, BERIKUT ADALAH UNTUNG BERSIH DAN MODAL KESELURUHAN PROJEK UNTUNG BERSIH RM 1031.80 MODAL KESELURUHAN RM 1368.20
29 MAKA,NISBAH PULANGAN ATAS MODAL BAGI PERNIAGAAN KAMI JALANKAN IALAH ROI= RM1031.80 X 100% RM1368.20 = 75.4% NISBAH PULANGAN ATAS MODAL = 75.4% URUS NIAGA INI MEMBERI KEUNTUNGAN KERANA KADAR PULANGAN YANG DITERIMA (75.4%) MELEBIHI KADAR PULANGAN YANG DIHARAPKAN IAITU 50%.
30 6.0 PENGHARGAAN Sekalung penghargaan kepada : 1. Pn Ros Abza Bt Ahmad Pengetua SMK CONVENT JALAN PEEL 2. Barisan Pentadbir SMK CONVENT JALAN PEEL 3. Guru Pembimbing SMK CONVENT JALAN PEEL 4. Barisan ahli kumpulan dan AJK Koperasi SMK CONVENT JALAN PEEL 5. Semua warga SMK CONVENT JALAN PEEL Serta pihak-pihak yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek kami ini. TERIMA KASIH