NAMA:
NO PENDAFTARAAN:
Tengkolok
Tengkolok (Jawi: ) تڠكولوقatau tekuluk,[1] kuluk,[1] destar, [se]tanjak, bulang hulu dan
setangan kepala[2] merupakan sejenis alas kepala yang dipakai secara tradisi
dalam kalangan masyarakat Melayu; ia banyak dipakai kaum lelaki namun ada
juga kaum wanita yang memakai ia jua.[1] Ia diperbuat daripada kain songket
panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu.
Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang
penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis
istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan
Sejarah سجاره
Tengkolok dicipta seawal-awalnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum zaman itu, sudah
menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan
kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk
menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas
kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin
cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya.[4]
Terdapat catatan dalam Sejarah Melayu berkaitan persalinan ini di mana diceritakan tindakan Raja
Muhammad, anak kepada Sultan Mansur Syah yang mengakibatkan kemalangan membunuh Tun Besar,
anak kepada bendahara Tun Perak berpunca dari bola disepak oleh Tun Besar terkena destar yang
dipakai oleh Raja Muhammad sehingga jatuh ke tanah. Ini menyebabkan Raja Muhammad telah
dipindahkan dan dimahkotakan sebagai raja di Pahang.[5]
Nama نام
Mengikut Kamus Dewan, istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak"/"tanjak" adalah bersinonim;
selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala
atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita"[2], pengertian tengkolok sebagai
alas kepala wanita jarang digunakan hari ini melainkan di sesetengah tempat seperti di Jambi[1]
mahupun secara penurunan melalui bahasa serumpun lain (misalnya tikuluak dalam bahasa
Minangkabau). Kata dasar ia adalah "kuluk".
Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah
berlainan dari segi jenis kain dan/atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok
merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke
atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti
tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis.[3]
Solek سوليق
Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berlainan
mengikut taraf sosial pemakainya.[6] Nama am bagi bentuk tengkolok yang berlainan itu ialah "solek".
Setiap solek tengkolok yang berlainan ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh
Yang di-Pertuan Agong Malaysia dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan,
dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".
Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor
memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari
keputeraan baginda.
JENIS JENIS TENGKOLOK
TANJAK DENDAM TAK SUDAH TANJAK LAYANG MAS TANJAK AYAM TELENG TANJAK DENDAM TAK SUDAH
DENGAN SANGGUL KELOPAK
MAWAR
TANJAK LANG MENYONGSONG ANGIN TANJAK MAHKOTA ALAM TANJAK MERBAH BERLAGA