The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tiwit, 2023-08-13 10:13:15

HIKMAH BERPUASA

HIKMAH BERPUASA

SK JERAM BATU 20(BBA3007) e-DAIE CILIK LELAKI ANGKA GILIRAN : 29 1


SK JERAM BATU 20(BBA3007) e-DAIE CILIK LELAKI ANGKA GILIRAN : 29 2 TEKS DAIE CILIK 2022 BIDANG : IBADAH FOKUS : KETAATAN TEMA : RUKUN ISLAM ( BERPUASA PADA BULAN RAMADAN ) TAJUK : HIKMAH BERPUASA “Nasi Lemak Lobster RM20. Sedapnya….” “Ehh… Roti John Cheese Leleh RM10. Bestnya…..” “Subhanallah… Air Kathira Viral RM5. Murahnya…..” “Mana satu nak beli ni. Sana sedap. Sini pun sedap kat bazar Ramadan ni. Kalau tak beli nanti teringat-ingat pulak. Ghisau.. Ghisau…… ” Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. ُ صََلة ال َّ َ و * ين الَمِ َ ب الْع ِّ َ ر ِ لله ُ د ْ م َ الْح ين. ِ ْالَم وِل ا ُ س َ ر َ لى َ ع ُ َّسَلَم ال َ و ين. ِ ع َ م ْ َج ا ِ ه ِ ب ْ َح َص و ِ ه ِ ل َ ا َ لى َ ع َ و Apa khabar kawan-kawan semua? Sihat? Alhamdulillah. Mekar indah bunga di desa, ( Pantun ) Tajuk tazkirah, HIKMAH BERPUASA.


SK JERAM BATU 20(BBA3007) e-DAIE CILIK LELAKI ANGKA GILIRAN : 29 3 Berpuasa pada bulan Ramadan merupakan Rukun Islam yang ketiga. Banyak hikmah yang akan diperolehi bagi orang yang menunaikan ibadah puasa. Kawan-kawan tahu tak hikmah berpuasa? Siapa yang tahu, cuba angkat tangan. Ya… Antaranya : 1. Melatih diri bersifat sabar, ikhlas dan amanah 2. Menghindarkan penyakit yang berpunca dari perut 3. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT Firman Ar Rahman… Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman.. Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah difardhukan kepada umat sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” Surah al-Baqarah, ayat 183 yang menjelaskan kepada kita akan kewajipan dan hikmah berpuasa iaitu untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Namun.. cuba kita renungkan. Mengapa kita hari ini semakin jauh daripada hikmah berpuasa yang sebenar berbanding dengan Rasulullah SAW dan para sahabat. Mengikut sirah yang mulia, Rasulullah SAW dan para sahabat menghadapi Perang Badar pada bulan Ramadan. Tetapi kita….?


SK JERAM BATU 20(BBA3007) e-DAIE CILIK LELAKI ANGKA GILIRAN : 29 4 Sepatutnya pada bulan puasa, kita menahan lapar dan dahaga. Merasai bagaimana susahnya orang miskin yang tidak mempunyai makanan untuk dimakan. Tetapi sebaliknya kita seolah-olah berpesta makanan. Di sana rancak.. Di sini rancak.. Di mana-mana rancak.. Berdosa. Sehinggakan menurut statistik, rakyat Malaysia membuang sebanyak 7 986.47 tan sampah sehari dan 40% daripadanya adalah sisa makanan. Sedangkan Islam melarang umatnya membazir. Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.” Surah al-Isra’, ayat 27 yang menjelaskan kepada kita bahawa umat Islam adalah dilarang melakukan pembaziran sehingga diumapamakan seperti saudara syaitan. Oleh itu kawan-kawan, marilah kembali kepada hikmah berpuasa pada bulan Ramadan yang sebenar iaitu untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Wahai kawan-kawan ( Nasyid ) Janganlah lupa puasa banyak mengajar kita Ia melatih kita berakhlak mulia Agar menjadi orang bertaqwa Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version