The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN MARA NEGERI SEMBILAN 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azmi Mohamed, 2024-03-13 01:13:14

BUKU PERATURAN SUKMANS'24

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN MARA NEGERI SEMBILAN 2024

Keywords: SUKMANS'24,SUKAN MARA NEGERI SEMBILAN,SUKMANS

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN MARA NEGERI SEMBILAN 2024 KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU 25-28 APRIL 2024 DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA SUKAN KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 1 JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA KEJOHANAN SUKAN MARA NEGERI SEMBILAN 2024 PENGERUSI EN. AHMAD IZLAN BIN IDRIS Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau TIMBALAN PENGERUSI 1 EN. MOHD ASRI BIN A.RAHMAN Timbalan Pengarah KPHP Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau TIMBALAN PENGERUSI 2 PN. AZNIRA BINTI ABDULLAH Timbalan Pengarah HEA Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau PENYELARAS KEJOHANAN EN. AZMI BIN MOHAMED (019 637 4707) SETIAUSAHA PN. ROSFAIZAH BINTI MD. TAWIL (019 667 2982) PN. AINUR MUSFIRAH BINTI SHUIB (019 681 2200) BENDAHARI PN. SITI MAHANUM BINTI HARUN (012 287 3825) PENGERUSI TEKNIKAL & KEPENGADILAN EN. SAHMIAZAM BIN SALIKAN (011 3300 8273) EN. HUZAINI BIN SAARI (012 669 8477)


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 2 PENGURUS-PENGURUS SUKAN VIRTUAL RUN PN. AINUR MUSFIRAH BINTI SHUIB (019 681 2200) BADMINTON EN. HAMIZAN BIN ZAINUL (019 307 4314) BOLA JARING PN. SHAJARATULDURA BINTI OTHMAN (019 777 5869) BOLA SEPAK (9 SEBELAH) EN. MUHD AZIZI BIN AHMAD (013 373 8669) BOLA TAMPAR EN. SYAM HUZAIRIE BIN MD YUSOH (012 696 9840) BOWLING EN. MOHD HAIRIE BIN MOHD NASHOHA (013 928 3525) PETANQUE PN. SAFIZA BINTI SHARIFF (013 265 5192) DART EN. SAHMIAZAM BIN SALIKAN (011 3300 8273) KAROM EN. FAHMI FAIRUZ BIN ADNAN (019 929 7214) SEPAK TAKRAW EN. RAZMAN BIN ISHAK (019 777 8769) TENIS EN. EZWAN EKMAL BIN KHALID (012 754 2334)


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 3 CATUR EN. NORAZMIR BIN JAAFAR (011 1300 9166) PING PONG EN. RASHID BIN BUANG (019 463 3580) CONGKAK PN. MARLIA BINTI MOHAMAD SEBARI (019 724 9005) BATU SEREMBAN PN. MUNIRA BINTI MUSTAPHA (012 673 6401) RUJUKAN BERKAITAN SUKMANS’24 https://sites.google.com/view/sukmans24


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 4 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN SUKAN MARA NEGERI SEMBILAN 2024 1.0 UMUM 1.1 Kejohanan ini dinamakan SUKAN MARA NEGERI SEMBILAN 2024 dan dikenali sebagai SUKMANS’24. 1.2 Kejohanan di akan berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau sebagai tuan rumah. 1.3 Acara sukan akan berlangsung dari 25 hingga 28 April 2024 iaitu selama 4 hari. 2.0 ACARA SUKAN DIPERTANDINGKAN 2.1 Sebanyak 15 jenis sukan dengan 34 kategori dipertandingkan seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah. Bil Sukan Kategori 1 Virtual Run Terbuka 2 Badminton Perseorangan Lelaki Perseorangan Wanita Beregu Lelaki Beregu Wanita Beregu Campuran 3 Bola Jaring Berpasukan Wanita 4 Bola Sepak (9 Sebelah) Berpasukan Lelaki 5 Bola Tampar Berpasukan Lelaki Berpasukan Wanita 6 Tenpin Boling VIP (Terbuka) Trio Lelaki Trio Wanita 7 Petanque Trio Lelaki Trio Wanita Beregu Lelaki (Veteran) Beregu Wanita (Veteran) 8 Dart Perseorangan Lelaki Perseorangan Wanita Beregu Lelaki Beregu Wanita


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 5 9 Karom Beregu Lelaki Beregu Lelaki (Veteran) Beregu Wanita 10 Sepak Takraw Beregu Lelaki 11 Tenis Beregu Lelaki Beregu Wanita 12 Catur Terbuka 13 Ping Pong Perseorangan Lelaki Beregu Lelaki Beregu Lelaki (Veteran) Beregu Wanita 14 Congkak Berpasukan Wanita 15 Batu Seremban Berpasukan Wanita 3.0 PESERTA 3.1 Penyertaan SUKMANS’24 terbuka kepada semua staf yang berkhidmat dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Syarikat Subsidiari MARA di Negeri Sembilan. 3.2 Status staf yang layak mewakili pusat berkenaan haruslah mematuhi salah satu syarat berikut : i. Staf Tetap ii. Staf Kontrak iii. Staff Sambilan (tarikh lantikan tidak lewat daripada 01 April 2024) 3.3 Tiada had umur untuk penyertaan semua acara KECUALI bagi acara yang mempunyai kategori veteran dan kategori yang memerlukan penyertaan pemain Veteran. 3.4 Pemain Veteran mestilah berumur melebihi 40 tahun pada tahun 2024. 3.5 Tiada bayaran makan minum di kenakan bagi setiap peserta. 3.6 Makan dan minum peserta semasa kejohanan adalah di atas tanggungan peserta/kontinjen. Namun pihak penganjur akan memastikan kafeteria dan tempat jualan makanan mencukupi untuk semua kontinjen


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 6 4.0 PENDAFTARAN & YURAN PENYERTAAN 4.1 Pendaftaran kontinjen adalah melalui Borang Pendaftaran Peserta Kontinjen dan hendaklah di hantar ke urusetia SUKMANS’24. 4.2 Setiap pengurus pasukan bertanggungjawab menyerahkan Borang Daftar Pemain bagi setiap acara kepada URUSETIA SUKMANS’24 sebelum perlawanan bermula. 4.3 Yuran penyertaan bagi setiap pusat adalah sebanyak RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) 4.4 Bayaran haruslah dibuat kepada: Nama Penerima : BADAN KEBAJIKAN STAF KKTM REMBAU No. Akaun : 8004363508 (CIMB BANK) 4.5 Tarikh akhir bayaran ialah: 26 Mac 2024 5.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 5.1 Semua jenis sukan yang dipertandingan adalah berdasarkan kepada undangundang antarabangsa, kebangsaan dan SUKMANS’24. 5.2 Semua pemain dibenarkan untuk bermain lebih daripada satu acara sukan tetapi bagi sukan yang mempertandingkan lebih daripada satu kategori, seorang pemain hanya boleh bermain untuk satu (1) kategori sahaja. 5.3 Bagi pemain yang bermain lebih daripada satu acara sukan, sekiranya berlaku pertindihan jadual perlawanan, ianya adalah atas tanggungjawab kontinjen masing-masing. Pihak urusetia SUKMANS’24 tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan yang berlaku. 5.4 Sekiranya terdapat sebarang perselisihan tafsiran atau keputusan undangundang, maka segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal & Kepengadilan SUKMANS’24 adalah muktamad. 5.5 Urusetia Pertandingan berhak untuk menentukan tarikh, masa, dan gelanggang atau padang yang akan digunakan termasuk peralatan serta bahan untuk temasya. 5.6 Penetapan perkara 5.5 di atas tidak boleh dipinda kecuali dengan kebenaran Urusetia Pertandingan.


6.0 SISTEM PERTANDINGAN 6.1 15 jenis sukan dengan 33 pingat kategori akan dipertandin


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 7 ngkan


* Jumlah min


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 8 nima untuk pemain veteran.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 9 6.2 Bagi Format Pertandingan Liga + Kalah Mati, liga dua kumpulan akan dibentuk dengan 4 dan 3 pasukan/pemain sekumpulan (sekiranya penyertaan 7 pasukan/pemain) atau 3 pasukan/pemain setiap kumpulan (jika penyertaan 6 pasukan/pemain) 6.3 Sekiranya penyertaan sesuatu acara sukan itu hanya 4 atau 5 pasukan/pemain sahaja, sistem Liga + Kalah Mati akan diubah kepada format pertandingan ‘Round Robin’ dimana kesemua pasukan/pemain akan berlawan setiap pasukan/pemain dan skor akhir dikira dengan ranking. 6.4 Pemberian mata adalah seperti berikut i. Penyertaan : 2 mata ii. Johan (pingat Emas) : 10 mata iii. Naib Johan (pingat Perak) : 7 mata iv. Ketiga (pingat Gangsa) : 5 mata v. Tarik diri : Ditolak 3 mata 6.5 Keterangan lanjut adalah seperti jadual di bawah


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 10 6.6 Penentuan Juara Keseluruhan SUKMANS’24 adalah berdasarkan format kutipan pingat emas kategori terbanyak, diikuti pingat perak kategori dan pingat gangsa kategori. 6.7 Sekiranya berlaku persamaan jumlah pingat (perkara 6.6), kaedah pengiraan mata keseluruhan akan digunakan. 7.0 DISIPLIN DAN KESELAMATAN 7.1 Disiplin semua peserta adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai MARA (Kelakuan & Tatatertib) 1994. 7.2 Semua peserta dikehendaki membawa bersama Kad Pengenalan dan Kad Staf dan wajib di serahkan kepada Urusetia Sukan sekiranya diminta sepanjang SUKMANS’24. 7.3 Kawalan disiplin dan tatatertib semua peserta serta penyokong pasukan adalah menjadi tanggungjawab Ketua Kontinjen sepanjang temasya ini berlangsung. 7.4 Pasukan atau orang perseorangan yang didapati berkelakuan dalam keadaan yang tidak sopan atau mengganggu pasukan dan peserta lain serta boleh mewujudkan suasana yang tidak baik, pengelola berhak memberi teguran dan


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 11 nasihat. Sekiranya berulang, peserta atau pasukan yang terbabit boleh DIBATALKAN penyertaan. 7.5 Semua peserta SUKMANS’24 hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik. 7.6 Segala usaha akan diambil oleh Jawatankuasa Penganjur dalam menentukan aspek-aspek keselamatan peserta dan harta benda sepanjang SUKMANS’24. 8.0 MENARIK DIRI, HADIR LEWAT DAN PENANGGUHAN 8.1 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri, kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan. 8.2 Pasukan yang gagal menghadirkan diri di padang / gelanggang / dewan / tempat pertandingan melebihi 15 minit tanpa alasan yang boleh diterima oleh pihak pengelola akan dianggap kalah tanpa bertanding dan pasukan lawan akan dianggap menang tanpa bertanding. 8.3 Jika kedua-dua pasukan yang dijadualkan bertanding gagal menghadirkan diri padang / gelanggang / dewan / tempat pertandingan dalam masa yang ditetapkan, maka kedua-dua pasukan terlibat tidak dibenarkan meneruskan pertandingan. 8.4 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menunda, menangguh atau mengubah masa dan tempat pertandingan atas sebab-sebab yang munasabah dengan memberitahu kedua-dua pasukan yang akan bertanding lebih awal sebelum pertandingan dimulakan. 8.5 Mana-mana kontinjen atau pasukan tidak dibenarkan untuk menunda, menangguh atau mengubah masa dan tempat pertandingan kecuali dengan mendapat persetujuan terlebih dahulu dari Jawatankuasa Penganjur. 9.0 BANTAHAN DAN RAYUAN 9.1 Segala bantahan yang berbangkit dengan permainan atau pertandingan boleh dibuat oleh Ketua Kontinjen dan menyerahkannya secara bertulis kepada pihak URUSETIA SUKMANS’24 tidak lewat dari 30 minit selepas tamat permainan perlawanan tersebut.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 12 9.2 Setiap bantahan rasmi hendaklah disertakan dengan bayaran tunai sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja) dan wang tersebut akan luput jika bantahan yang dikemukakan didapati tidak berjaya. 9.3 Wang akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dikemukan berjaya. 9.4 Juri Rayuan terdiri daripada: i. Pengerusi SUKMANS ii. Timbalan Pengerusi SUKMANS iii. Dua (2) orang Pegawai Mengawal Pusat (pasukan berkecuali) iv. Dua (2) orang AJK Teknikal Pertandingan (Penyelaras Pertandingan dan Pengadil) 10.0 AM 10.1 Jika sekiranya terdapat undang-undang dan peraturan atau perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam Syarat-syarat dan Peraturan Am ini, Jawatankuasa Penganjur melalui URUSETIA SUKMANS’24 berhak dan berkuasa penuh untuk menentukannya.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 13 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: VIRTUAL RUN PERATURAN AM a) Pertandingan ini tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). b) Pertandingan ini dinamakan ‘Virtual Raya Run 2024’ atau VRR24 PENDAFTARAN PEMAIN a) Penyertaan adalah terbuka dimana setiap kontinjen boleh mendaftar seramai peserta yang mungkin (tiada had). b) Penyertaan minima bagi setiap pusat adalah 10 penyertaan. c) Semua peserta dikenakan bayaran Yuran Penyertaan sebanyak RM55.00 (early bird) atau RM60.00 dan setiap peserta akan mendapat t-shirt, medal, e-bib dan e-sijil. d) Peserta perlu mengisi borang pendaftaran VRR24 pada pautan yang diberi oleh penganjur. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan VRR24 dilakukan secara virtual (maya) dimana setiap peserta akan melakukan larian secara sendiri dan merekodkan jumlah jarak larian menggunakan aplikasi larian. b) Lokasi larian adalah bebas dan jumlah jarak yang diperlukan adalah 15km. c) Jenis cabaran adalah secara berlari atau berjalan dan boleh dilakukan secara berperingkat sehingga jumlah jarak terkumpul adalah 15km. d) Tempoh larian adalah pada 10 April 2024 hingga 9 Mei 2024 (sepanjang bulan Syawal) e) Setiap peserta yang berjaya menamatkan dan menghantar rekod larian kepada pihak penganjur akan menyumbang 2 mata kepada kontinjen SUKMANS’24. f) Syarat-syarat atau peraturan lain boleh dirujuk pada pautan VRR’24 di https://ezy.la/vrr24


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 14 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: BADMINTON PERATURAN AM a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). c) Bulu tangkis yang digunakan ialah jenama Sea Lion Gold / Ling Mei Golden / Ling Mei Dimgray. Setiap pusat perlu membawa 2 tabung bulu tangkis tersebut (mana-mana daripada jenama yang dinyatakan) PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar seramai 8 orang pemain sahaja iaitu: i. 1 orang pemain perseorangan lelaki ii. 1 orang pemain perseorangan wanita iii. 2 orang pemain beregu lelaki iv. 2 orang pemain beregu wanita v. 2 orang pemain beregu campuran b) Seorang pemain hanya boleh bermain satu (1) kategori sahaja. c) Nama pemain yang telah didaftar tidak boleh ditukar. d) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dipertandingkan dalam lima (5) kategori seperti berikut: i. Perseorangan Lelaki ii. Perseorangan Wanita iii. Beregu Lelaki iv. Beregu Wanita v. Beregu Campuran b) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan kalah mati.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 15 c) Bagi peringkat liga kumpulan, kiraan mata penamat adalah 30 mata (1 set) dan tiada mata tambahan. d) Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi. Jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan dengan cara berikut: i. Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. ii. Jika seri, pasukan yang mempunyai jumlah kutipan mata tertinggi seluruh perlawanan dikira menang. iii. Jika masih lagi seri, undian akan dijalankan dengan lambungan duit syiling. atau balingan dadu. e) Bagi peringkat separuh akhir dan ke atas, kiraan mata penamat adalah mengikut peraturan standard 21 mata secara “Best of Three”. f) Pemain yang tidak dapat meneruskan permainan sehingga tamat pada satu-satu perlawanan akan dianggap telah memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawan. PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk pertandingan. b) 2 tabung bulu tangkis jenama Sea Lion Gold / Ling Mei Golden / Ling Mei Dimgray yang dibawa perlu diserahkan kepada Urusetia Pertandingan sebelum perlawanan pertama bermula.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 16 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: BOLA JARING PERATURAN AM a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) - pindaan Julai 1997 dan Peraturan Persatuan Bola Jaring Malaysia. b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pemain seramai 12 orang sahaja termasuk minimum 2 orang pemain veteran. b) Pemain Veteran mestilah berumur melebihi 40 tahun pada tahun 2024. c) Dua orang pemain veteran perlu berada di gelanggang sepanjang perlawanan. d) Borang pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. e) Sekiranya bilangan pemain pasukan yang bertanding tidak mencukupi, pasukan tersebut akan dibenarkan untuk membuat pendaftaran dan meneruskan perlawanan jika mempunyai 5 orang pemain (termasuk minimum 1 orang pemain veteran). SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan. b) Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan kalah mati. Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi tetapi jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan dengan cara berikut: i. Secara purata gol, iaitu membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. ii. Jika masih seri, perbezaan gol diambil kira iaitu jumlah jaringan gol ditolak dengan jumlah gol yang kena. iii. Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak dikira sebagai pemenang. iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira sebagai pemenang.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 17 c) Untuk pusingan separuh akhir dan ke atas: jika setelah tamat masa pertandingan kedua-dua pasukan yang bertanding mendapat keputusan seri, pertandingan akan disambung dengan lima (5) hantaran tengah dibuat secara bergilir – gilir setelah rehat lima (5) minit dengan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah atau gol. Keputusan muktamad ditentukan selepas hantaran tengah ke lima (5) diakhiri dengan gol. MASA PERMAINAN a) Bagi liga kumpulan: 7 minit bagi setiap separuh masa dan rehat 1 minit (7:1:7) b) Bagi peringkat separuh akhir dan ke atas: 10 minit bagi setiap separuh masa dan rehat 2 minit (10:2:10) PEMAIN PASUKAN DAN PERTUKARAN PEMAIN a) Semasa perlawanan sedang berlangsung, setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 4 orang pemain dan 1 orang pemain veteran. Jika kurang, pasukan tersebut dikira kalah. b) Pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa sahaja (rolling subtitution). Pemain yang telah diganti (keluar perlawanan) dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama. c) Pemain veteran hanya boleh digantikan dengan pemain veteran sahaja. TINDAKAN DISIPLIN a) Pemain yang dikenakan tindakan disiplin oleh Pengadil yang diarah keluar gelanggang tidak dibenarkan bermain dalam satu perlawanan berikutnya. PAKAIAN / ALATAN a) Setiap pasukan yang bertanding dikehendaki membawa dua set “Bibs” yang berlainan warna. b) Jika kedua-dua pasukan memakai “Bibs” yang sama warna, pasukan yang namanya tercatat dahulu dikehendaki menukar warna “Bibs”. c) Pemain veteran perlu memakai arm-band.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 18 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: BOLA SEPAK (9 SEBELAH) PERATURAN AM a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM). b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pemain seramai 14 orang sahaja termasuk minimum 4 orang pemain veteran. b) Pemain Veteran mestilah berumur melebihi 40 tahun pada tahun 2024. c) 4 orang pemain veteran perlu berada di padang sepanjang perlawanan. d) Borang pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. UNDANG-UNDANG / PERATURAN a) Tiada undang-undang offside. b) 9 orang pemain daripada setiap pasukan akan bermain pada satu-satu masa termasuk seorang penjaga gol. c) Sekurang kurangnya 4 orang pemain veteran untuk setiap pasukan wajib berada di dalam padang pada setiap perlawanan. d) Hanya 5 pertukaran pemain sahaja dibenarkan untuk setiap pasukan dan pertukaran hendaklah dimaklumkan kepada pengadil perlawanan. e) Pemain veteran hanya boleh digantikan dengan pemain veteran. f) Pemain yang telah diganti tidak dibenarkan bermain semula dalam satu-satu perlawanan. g) Pemain veteran perlu menggunakan lilitan tangan sebagai tanda.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 19 SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan ini akan dijalankan menggunakan dua sistem. Sistem liga dan sistem kalah mati. b) Semua pasukan akan diundi untuk menentukan kumpulan masing-masing. Perlawanan peringkat Kumpulan akan menggunakan sistem liga. c) Pasukan yang menjadi Johan dan Naik Johan Kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. Perlawan separuh akhir dan akhir akan menggunakan system kalah mati. Dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir akan berlawan untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4 dan dua pasukan yang menang pada peringkat separuh akhir akan berlawan untuk menentukan juara dan naik juara. d) Setiap pasukan yang menang akan mendapat 3-mata, pasukan yang seri akan mendapat 1-mata dan pasukan yang kalah akan mendapat 0-mata. e) Kedudukan pasukan akan ditentukan melalui jumlah mata yang paling banyak. Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang memperolehi mata yang sama, kedudukan pasukan akan ditentukan dengan: i. Perbezaan jaringan dan bolos, lagi tinggi nilai perbezaan lagi baik kedudukan pasukan. Jika masih lagi seri: ii. Jumlah jaringan. Lagi banyak jumlah jaringan, lagi baik kedudukan pasukan. Jika masih lagi seri: iii. Pasukan yang pernah menewaskan lawannya sebelum ni akan berada pada kedudukan yang lebih baik. Jika masih lagi seri: iv. Lambungan syiling akan dijalankan sebanyak 3 kali. Jika masih lagi seri: v. Cabutan undian akan dijalankan. MASA PERMAINAN a) Masa permainan adalah, 7 minit separuh masa pertama, 1 minit rehat, 7 minit separuh masa kedua (7-1-7). b) Peringkat liga, pasukan yang terikat dengan jumlah jaringan yang sama dalam tempoh permainan dianggap seri. c) Peringkat separuh akhir, jika keputusan seri dalam tempoh perlawanan yang ditetapkan, tambahan masa 3 minit untuk setiap separuh masa akan diberikan. Jika masih lagi seri, tendangan penalti akan dijalankan. d) Peringkat separuh akhir, jika keputusan seri dalam tempoh perlawanan yang ditetapkan, tambahan masa 5 minit untuk setiap separuh masa akan diberikan. Jika masih lagi seri, tendangan penalti akan dijalankan.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 20 PERALATAN a) Setiap pasukan dikehendaki menyediakan 2 set jersi bernombor yang berlawanan warna. b) Setiap pemain wajib berkasut dan memakai shinpad sepanjang perlawanan. KELEWATAN / KEKURANGAN PEMAIN a) Setiap pasukan perlu berada di padang 5 minit sebelum sepak mula. b) Pasukan yang lewat lebih dari 5 minit akan dikira kalah. Pihak lawan akan mendapat kemenangan 3-0. c) Sekurang-kurangnya 7 orang pemain (termasuk minimum 2 orang pemain veteran) perlu berada didalam padang semasa Semak mula. Sekiranya kurang, pasukan tersebut akan dikira kalah dan piihak lawan akan mendapat kemenangan 3-0. TINDAKAN TATATERTIB a) Pemain yang mendapat kad merah dalam satu perlawanan akan segera meninggalkan padang dan digantung satu perlawanan berikutnya. b) Pemain yang mengumpul 2 kad kuning dalam dalam perlawan yang berasingan akan digantung satu perlawanan berikutnya.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 21 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: BOLA TAMPAR PERATURAN AM a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan yang dilaksanakan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA). b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 9 orang pemain sahaja termasuk minimum 2 orang pemain veteran. b) Pemain Veteran mestilah berumur melebihi 40 tahun pada tahun 2024. c) 2 orang pemain veteran perlu berada di gelanggang sepanjang perlawanan. d) Borang pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan. b) Bagi peringkat liga kumpulan dan separuh akhir, kiraan mata adalah mengikut format “VOLLEYTHON” satu set dengan mata penamat 31. Di dalam kes mata (30-30), permainan diteruskan sehingga lebihan dua (2) mata dicapai sebagai contoh (32-30). c) Maksimum mata sehingga tiga puluh lima (35) sahaja. Pasukan yang memperolehi mata ke tiga puluh lima (35) terdahulu dikira pemenang pada set tersebut. d) Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan seterusnya. Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi tetapi jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang mendapat jumlah set menang terbanyak dikira menang. ii. Jika seri, pasukan yang mempunyai perbezaan mata tertinggi, iaitu jumlah mata dapat ditolak jumlah mata kena, dikira menang. iii. Jika seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. iv. Jika masih lagi seri, undian akan dijalankan dengan lambungan duit syiling atau dadu.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 22 e) Bagi peringkat akhir, kiraan mata penamat ialah 21:21:15 mata secara “Best of Three” dan tiada mata tambahan. PEMAIN PASUKAN DAN PERTUKARAN PEMAIN a) Pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa sahaja (rolling subtitution). Pemain yang telah diganti (keluar perlawanan) dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama. b) Pemain veteran hanya boleh digantikan dengan pemain veteran sahaja. c) Pemain veteran perlu memakai arm-band. PAKAIAN / ALATAN a) Setiap pemain wajib memakai jersi bernombor di hadapan dan/atau di belakang. b) Bola yang digunakan ialah jenama Mikasa V300W.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 23 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: TENPIN BOLING PERATURAN AM a) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar seramai 8 orang pemain sahaja iaitu: i. 2 orang VIP ii. 3 orang lelaki iii. 3 orang wanita b) Pemain VIP adalah Ahli Pegurusan yang terdiri daripada Pengarah/Pengetua, Timbalan Pengarah/Timbalan Pengetua atau PPTK sahaja. c) Seorang pemain hanya boleh bermain satu (1) kategori sahaja. d) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 2 hari sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dipertandingkan dalam tiga (3) kategori seperti berikut: i. VIP ii. Trio Lelaki iii. Trio Wanita b) Pertandingan adalah berdasarkan kiraan mata pungutan tertinggi hasil daripada 3 pusingan x 10 balingan untuk menentukan pemenang. PAKAIAN / ALATAN a) Pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk pertandingan. b) Penggunaan bola khas persendirian, sekiranya ada adalah dibenarkan dan hendaklah dibawa sendiri oleh pemain.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 24 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: PETANQUE PERATURAN AM a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang yang dikeluarkan oleh Persatuan Petanque Malaysia (PPM) dan International Federation et Petanque Jue Provencal (FIPJP). b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar seramai 10 orang pemain sahaja iaitu: i. 2 orang pemain beregu lelaki Veteran ii. 2 orang pemain beregu wanita Veteran iii. 3 orang pemain berpasukan lelaki iv. 3 orang pemain berpasukan Wanita b) Pemain Veteran mestilah berumur melebihi 40 tahun pada tahun 2024. c) Seorang pemain hanya boleh bermain satu (1) kategori sahaja. d) Nama pemain yang telah didaftarkan tidak boleh ditukarkan. e) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dipertandingkan dalam empat (4) kategori seperti berikut: i. Beregu lelaki Veteran ii. Beregu Wanita Veteran iii. Trio Lelaki iv. Trio Wanita b) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan seterusnya. c) Bagi peringkat liga kumpulan dan separuh akhir, kiraan mata penamat adalah 9 mata (1 set).


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 25 d) Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi tetapi jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang mendapat jumlah set menang terbanyak dikira menang. ii. Jika seri, pasukan yang mempunyai perbezaan mata tertinggi, iaitu jumlah mata dapat ditolak jumlah mata kena, dikira menang. iii. Jika seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. iv. Jika masih lagi seri, undian akan dijalankan dengan lambungan duit syiling atau dadu. e) Bagi peringkat akhir, kiraan mata penamat adalah 13 mata (1 set). PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk pertandingan. b) Bola petanque hendaklah dibawa sendiri oleh pemain. c) Bola training tidak dibenarkan.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 26 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: DART PERATURAN AM a) Undang-undang dan peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah mengikut Peraturan dan Undang-undang Persekutuan Dart Antarabangsa (WDF). b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar seramai 10 orang pemain sahaja iaitu: i. 1 orang pemain perseorangan lelaki ii. 1 orang pemain perseorangan wanita iii. 2 orang pemain beregu lelaki iv. 2 orang pemain beregu wanita b) Seorang pemain hanya boleh bermain satu (1) kategori sahaja. c) Nama pemain yang telah didaftarkan tidak boleh ditukarkan. d) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dipertandingkan dalam lima (5) kategori seperti berikut: i. Perseorangan Lelaki - 501 (best of 3 legs) ii. Perseorangan Wanita - 301 (best of 3 legs) iii. Beregu Lelaki - 501 (best of 3 legs) iv. Beregu Wanita - 501 (best of 3 legs) b) Undian akan dilakukan untuk menentukan Kumpulan peserta untuk setiap kategori. c) Undian akan dilakukan bagi menentukan pemain mana yang akan memulakan pertandingan (First Player to Throw). d) Setiap pemain hendaklah mengakhiri balingan melalui ‘Double Score’. Pemain yang telah layak untuk check diberi peluang 15 balingan untuk menamatkan perlawanan.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 27 Sekiranya masih gagal 3 balingan diberikan dan pemenang dibuat berdasarkan kiraan mata tertinggi. e) Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi. Jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan dengan kaedah berikut: i. Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. ii. Jika seri, pemenang akan ditentukan melalui cabaran yang akan ditentukan oleh pihak urusetia pertandingan iaitu 3 balingan diberikan dan pemenang dibuat berdasarkan kiraan mata tertinggi. f) Ukuran jarak papan dart adalah seperti berikut: i. Jarak garisan balingan ke papan dart: 2.44 m ii. Ketinggian papan target dari lantai: 1.72 m g) Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang pertandingan sepuluh (10) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk pertandingan. h) Jika satu-satu pasukan datang lewat lima belas (15) minit selepas masa yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah, maka pasukan tersebut dikira memberi kemenangan kepada pihak lawan. i) Menarik diri daripada pertandingan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku pasukan tersebut dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan diambil kira j) Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada gelanggang pertandingan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan biadap, maka pemain tersebut digantung satu perlawanan berikutnya k) Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian untuk permainan menurut cara yang difikirkan sesuai. l) Jawatankuasa Penganjur berhak menolak mana-mana pasukan atau peserta yang tidak mematuhi peraturan dan syarat kejohanan. PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk pertandingan. Dilarang memakai pakaian seperti seluar pendek, selipar dan sandal. b) Kelengkapan dart hendaklah dibawa sendiri oleh pemain.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 28 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: KAROM PERATURAN AM a) Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan yang berkuatkuasa iaitu Sistem Antarabangsa International Carrom Federation dan Persekutuan Karom Malaysia. b) Selain dari peraturan umum di atas, penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan. c) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar seramai 6 orang pemain sahaja iaitu: i. 2 orang pemain beregu lelaki ii. 2 orang pemain beregu lelaki Veteran iii. 2 orang pemain beregu wanita b) Pemain Veteran mestilah berumur melebihi 40 tahun pada tahun 2024. c) Seorang pemain hanya boleh bermain satu (1) kategori sahaja. d) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dipertandingkan dalam tiga (3) kategori seperti berikut: i. Beregu Lelaki ii. Beregu Lelaki Veteran iii. Beregu Wanita b) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan kalah mati. c) Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi. Jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan dengan kaedah berikut: i. Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 29 ii. Jika seri, pasukan yang mempunyai jumlah baki buah paling sedikit dikira sebagai pemenang. iii. Jika masih lagi seri, pemenang akan ditentukan melalui cabaran yang akan ditentukan oleh pihak urusetia pertandingan. CARA PERMAINAN a) Penentuan mula: - Untuk menentukan siapa yg membuat pemecahan buah terlebih dahulu, duit syiling akan dilambungkan atau cara lain yg difikirkan sesuai. Proses yg sama akan dilakukan jika perlawanan penentuan berlaku. - Penyusunan biji karom bagi setiap set sebelum pemecahan dibuat akan dilakukan oleh pemain yang bermula dahulu. b) Permainan Biji Karom Hitam/ Putih/ Merah: - Pemain yg dibenarkan membuat pemecahan pertama akan menggunakan biji karom berwarna putih, manakala lawannya menggunakan biji karom berwarna hitam. - Pada mana-mana set 1, 2 atau 3 , biji karom merah tidak akan digunakan dan akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas pemecahan pertama dilakukan. - Pada pusingan kedua, pihak lawan akan membuat pemecahan seterusnya menggunakan biji karom berwarna putih. Jika permainan berterusan kepada rubber set, undian semula akan dibuat untuk menentukan pemain yang akan memulakan pemecahan menggunakan biji karom putih. c) Kedudukan pemain: - Dalam acara beregu, pemain dari pasukan yang sama hendaklah duduk bertentangan. - Kerusi yang telah dilaraskan sebelum pertandingan tidak boleh diubah sehingga habis permainan pusingan tersebut. - Sekiranya ada pemain melakukan kesalahan dengan mengubah kedudukan, pihak lawan boleh membuat aduan kepada urusetia pertandingan dan teguran pertama dibuat. Jika berlaku kali kedua bagi pasukan yang sama dan aduan diterima oleh pemain, maka giliran pemain itu akan dilangkau. d) Selepas break dilakukan, buah karom merah akan dikeluarkan dan permainan sudah dianggap confirm. e) Permainan diteruskan sehingga tamat.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 30 f) Setiap kali permainan (set) tamat, pemain perlu mengangkat tangan dan melaporkan kepada urusetia pertandingan untuk dicatatkan bilangan buah yang tertinggal pasukan yang kalah. g) Semua pemain hendaklah menyediakan strikernya sendiri dan tidak dibenarkan menggunakan lebih dari satu striker dalam satu-satu set perlawanan. Penganjur tidak menyediakan striker. h) Pemain tidak dibenarkan menguji striker semasa permainan sedang dijalankan. i) Striker hendaklah diletakkan di atas kedua-dua garisan semasa jentikan hendak dibuat. Begitu juga semasa membuat jentikan fullmoon, striker hendaklah menutupi keseluruhan bulatan tanpa kena garisan arrows. j) Semasa jentikan dibuat striker mesti berada di kedua-dua garisan hitam dan siku atau mana-mana anggota tubuh badan tidak melebihi garisan pemisah/ bingkai papan karom. k) Jika striker pemain itu terlepas atau tercuit sama ada sengaja atau tidak sengaja semasa membuat jentikan dan melepasi kedua garisan ia dianggap sudah melakukan dan tidak boleh menjentik lagi. l) Jika semasa permainan buah karom terkeluar dari board ia hendaklah diletakkan dibulatan tengah kecil (merah) oleh pengadil. m) Jika kedua-duanya terkeluar sekali (iaitu buah karom putih dan hitam) buah karom pemain yang mengeluarkan hendaklah diletakkan diatas sekali dalam susunan bertingkat dibulatan tengah kecil (merah). n) Jika buah karom sendiri dan buah karom pihak lawan termasuk “serentak“ (follow) jentikan boleh diteruskan. o) Jika buah karom berdiri atau bertindih dengan striker maka dikira rasmi p) Permainan ditamatkan dengan kesemua buah karomnya dipoketkan ke dalam lubang mendahului pihak lawan. q) Pemain perlu menunggu striker berhenti sendiri sepenuhnya sebelum menyentuh / mengambil striker tersebut r) Jika pemain menyentuh/ mengambil striker sebelum ia berhenti sepenuhnya maka; - Kali pertama : akan diberikan amaran - Kali kedua : denda sebiji buah LARANGAN, KESALAHAN DAN DENDA a) Pemain tersentuh buah karom semasa perlawanan (buah sendiri atau pihak lawan), akan dikenakan denda tambahan sebiji buah.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 31 b) Hanya pemain yang akan menjentik striker dibenarkan menyentuh board. c) Semasa pukulan dibuat, hanya sebelah tangan sahaja di atas bingkai papan karom. Tangan sebelah lagi tidak dibenarkan menyentuh papan karom atau meja untuk membantu semasa membuat jentikan. Sekiranya kesalahan ini dilakukan, pemain akan dikenakan denda sebiji buah. d) Sekiranya striker pemain termasuk ke dalam lubang, denda sebiji buah karom. e) Jika pemain memasukkan buah karom sendiri dan strikernya sekali serentak dalam satu pukulan dan tidak kira yang mana masuk dahulu, ia juga didenda satu biji buah karom. f) Jika pemain memasukkan buah karom lawan dan kemudian diikuti striker dalam satu pukulan, akan dikenakan denda tambahan sebiji buah. g) Pemain memukul buah karom secara terus semasa buah karom tersebut berada di garisan larangan (seed mati) pemain itu sendiri didenda satu biji buah karom. h) Tangan/ jari pemain terkena buah karom atau striker yang sedang bergerak dengan sengaja atau tidak sengaja didenda satu biji buah karom . i) Semasa meletak striker untuk jentikan, pemain telah terkena/ terubah kedudukan buah karom di atas papan, pemain didenda sebiji buah karom. Buah karom yang telah terubah itu harus diletakkan semula di tempat asalnya atau paling hampir oleh pengadil. PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk permainan. b) Striker hendaklah dibawa sendiri oleh pemain.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 32 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: SEPAK TAKRAW PERATURAN AM a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM). b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 4 orang pemain sahaja termasuk minimum 1 orang pemain veteran. b) Pemain Veteran mestilah berumur melebihi 40 tahun pada tahun 2024. c) Seorang pemain veteran perlu berada di gelanggang sepanjang perlawanan. d) Borang pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan. b) Pertandingan akan menggunakan sistem “Best of Three” dengan kiraan 15 mata dan sekiranya pasukan terikat 14-14, regu pertama yang meraih mata ke-17 akan muncul pemenang. c) Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan seterusnya. d) Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi. Jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang mendapat jumlah set menang terbanyak dikira menang. ii. Jika seri, pasukan yang mempunyai perbezaan mata tertinggi, iaitu jumlah mata dapat ditolak jumlah mata kena, dikira menang. iii. Jika seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. iv. Jika masih lagi seri, undian akan dijalankan dengan lambungan duit syiling atau dadu.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 33 PERTUKARAN PEMAIN a) Pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa sahaja (rolling subtitution). Pemain yang telah diganti (keluar perlawanan) dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama. b) Pemain veteran hanya boleh digantikan dengan pemain veteran sahaja. PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain wajib memakai jersi yang bernombor di belakang dan/atau di hadapan. b) Pemakaian “Guard Captain” adalah wajib. c) Pemain veteran perlu memakai arm-band. d) Bola yang digunakan ialah jenama Gajah Emas 511.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 34 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: TENIS PERATURAN AM a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Peraturan Gabungan Persatuan Tenis Antarabangsa dan Persatuan Tenis Malaysia. b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). c) Bola tenis yang digunakan ialah jenama Dunlop ATP Tour / Championship. d) Setiap pusat perlu membawa 2 tabung (6 biji) bola tenis. PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 4 orang pemain sahaja iaitu: i. 2 orang pemain beregu lelaki. ii. 2 orang pemain beregu wanita. b) Seorang pemain hanya boleh bermain satu (1) kategori sahaja. c) Nama pemain yang telah didaftarkan tidak boleh ditukarkan. d) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan adalah secara individu. b) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan. c) Perlawanan adalah secara “Best of Five”. Beregu yang mendapat dulu jumlah 3 set menang dikira memenangi perlawanan. d) Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan seterusnya. e) Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi. Jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang mendapat jumlah set menang terbanyak dikira menang. ii. Jika seri, pasukan yang mempunyai perbezaan mata tertinggi, iaitu jumlah mata dapat ditolak jumlah mata kena, dikira menang. iii. Jika seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 35 iv. Jika masih lagi seri, undian akan dijalankan dengan lambungan duit syiling atau dadu. PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk pertandingan. b) 2 tabung (6 biji) bola tenis berjenama Dunlop ATP Tour / Championship yang dibawa perlu diserahkan kepada Urusetia Pertandingan sebelum perlawanan pertama bermula.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 36 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: CATUR PERATURAN AM a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang catur Antarabangsa (FIDE). b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 2 orang pemain sahaja (terbuka lelaki atau Wanita) b) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Sistem Swiss pemasangan terus. b) Selepas tamat permainan, pemain perlu mendapatkan pengesahan Arbiter dan tandatangan dalam ruang score sheet yang disediakan. c) Pemain yang menang dalam pusingan tersebut perlu menghantar score sheet ke meja Quarter Master. d) Pemain yang kalah perlu menyusun buah catur kembali ke kedudukan asal. e) Kutipan mata adalah seperti berikut: - Menang : 1 mata - Seri : ½ mata - Kalah : 0 mata f) Jika terdapat jumlah mata yang sama, sistem pemecahan seri (tie-break) berikut akan digunakan: - Solkoff - Sonnerborn Berger - Progesif - Median Solkoff - Number of Wins - Personal Accounter


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 37 PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk permainan. b) Pemain dikehendaki membawa sendiri set catur dan jam semasa kejohanan (jika tidak mencukupi). PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DICATATKAN a) Pihak penganjur akan membuat keputusan sekiranya terdapat peraturan yang tidak dicatatkan. b) Pihak penganjur berhak untuk mengubah format pertandingan mengikut kesesuaian jumlah penyertaan dengan diberitahu atau diputuskan serta-merta. c) Pihak penganjur juga berhak menetapkan semula masa pertandingan yang ditangguhkan. d) Mana-mana peruntukan yang berada di luar bidang kuasa pihak penganjur akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola. e) Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan kepada peraturan-peraturan pertandingan ini bila- bila masa diperlukan dan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. f) Segala keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 38 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: PING PONG PERATURAN AM a) Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Gabungan Persatuan Ping Pong Antarabangsa dan Persatuan Ping Pong Malaysia. b) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). c) Bola ping pong yang digunakan ialah jenama Butterfly Three Star R40+ (warna putih). Setiap pusat perlu membawa 2 kotak (6 biji) bola tersebut. PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 7 orang pemain sahaja iaitu: i. 1 orang pemain perseorangan lelaki ii. 2 orang pemain beregu lelaki iii. 2 orang pemain beregu lelaki veteran iv. 2 orang pemain beregu wanita b) Nama pemain yang telah didaftarkan tidak boleh ditukarkan. c) Pemain veteran adalah berumur 40 tahun dan ke atas pada tahun 2024. d) Seorang pemain hanya boleh bermain satu (1) kategori sahaja. e) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dipertandingkan dalam empat (4) kategori seperti berikut: i. Perseorangan Lelaki ii. Beregu Lelaki iii. Beregu Lelaki Veteran iv. Beregu Wanita b) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan seterusnya. c) Kiraan mata penamat adalah 11 mata yang dijalankan secara “Best of Five” dan tiada mata tambahan.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 39 d) Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi tetapi jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang mendapat jumlah set menang terbanyak dikira menang. ii. Jika seri, pasukan yang mempunyai perbezaan mata tertinggi, iaitu jumlah mata dapat ditolak jumlah mata kena, dikira menang. iii. Jika seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. iv. Jika masih lagi seri, undian akan dijalankan dengan lambungan duit syiling atau dadu. PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk pertandingan. b) 2 Butterfly Three Star R40+ (warna putih) yang dibawa perlu diserahkan kepada Urusetia Pertandingan sebelum perlawanan pertama bermula.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 40 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: CONGKAK PERATURAN AM a) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 3 orang pemain wanita sahaja (sepasukan). b) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan adalah secara berpasukan. b) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan dan seterusnya peringkat kalah mati. c) Pemenang pasukan adalah pasukan yang mengalahkan dua pemain pasukan lawan. d) Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi tetapi jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang mendapat jumlah set menang terbanyak dikira menang. ii. Jika seri, pasukan yang mempunyai perbezaan mata tertinggi, iaitu jumlah mata dapat ditolak jumlah mata kena, dikira menang. iii. Jika seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. iv. Jika masih lagi seri, undian akan dijalankan dengan lambungan duit syiling atau dadu. CARA PERMAINAN a) Pertandingan akan dijalankan serentak setelah undian dibuat. b) Papan congkak mengandungi sekampung 7 rumah anak serta 1 rumah ibu. c) 2 orang pemain akan berkedudukan secara mengadap.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 41 d) Kedua-dua pemain akan memulakan permainan dengan jalan/ menapak secara serentak untuk pusingan pertama. e) Pemenang pusingan pertama akan jalan/ menapak dahulu untuk permainan pusingan kedua. f) Pusingan ketiga akan dimainkan, jika seri kedua-dua pemain akan mula jalan/ menapak secara serentak. g) Permainan dimulakan dengan mengambil semua buah/ guli dari rumah anak di kampung sendiri, kemudian jalan/menapak dari kanan ke kiri lalu masukkan buah/ guli satu demi satu ke dalam rumah dengan mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam keadaan tangan genggam terngadah. Ikut giliran menapak/ jalan. h) Pemain tidak dibenarkan untuk melangkau/ memintas. Setiap kali tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga satu biji guli/ buah tetapi tidak untuk rumah lawan. Buah/ guli yang telah dimasukkan ke rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan pihak lawan. Buah/ guli terakhir yang masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman dulu sebelum mengambil buah/ guli yang ada di rumah tersebut dan kembali menapak/ jalan. i) Pemain dikira mati giliran menapak/ jalan ialah jika buah/ guli akhir masuk ke manamana rumah kosong. Pemain lawan akan mendapat giliran menapak/ jalan kecuali jika naik rumah maka pemain hidup boleh meneruskan jalan/ menapak semula. j) Pemain hanya boleh menikam setelah melalui kampung lawan sahaja. Tikam layar adalah ditegah. Setiap buah/ guli yang telah disentuh hendaklah diambil untuk menapak/ jalan. Pemain-pemain hanya dibenarkan untuk berfikir selama lima 5 saat sahaja. k) Mana-mana rumah terbakar tidak boleh ditanda. Baki disimpan di rumah ibu sendiri. Buah/ guli yang masuk ke rumah terbakar hendaklah dibawa menapak/ jalan semula. Sebagai gantinya, sejumlah buah/ guli yang masuk ke rumah terbakar diambil ganti dari rumah ibu sendiri ke pihak lawan. KESALAHAN a) Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak memasukkan buah/ guli ke rumah ibu atau rumah anak. b) Sentuhan buah/ guli yang tidak berjalan/ menapak. c) Berfikir melebihi lima 5 saat.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 42 d) Buah/ guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa buah/ guli yang baru atau memasukkan buah/ guli di mana-mana rumah anak dan ibu lebih dari satu 1 butir. PENENTUAN KEMENANGAN a) Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan buah/ guli di rumah anak) tiap papan. b) Pemenang ialah pemain yang memenangi dua 2 papan/ pusingan, atau pihak lawan membuat tiga 3 kali kesalahan yang sama atau dibuang gelanggang. PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk permainan. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DICATATKAN a) Pihak penganjur akan membuat keputusan sekiranya terdapat peraturan yang tidak dicatatkan. b) Pihak penganjur berhak untuk menanguhkan atau mengubah sesuatu pertandingan dengan diberitahu atau diputuskan serta-merta. c) Pihak penganjur juga berhak menetapkan semula masa pertandingan yang ditangguhkan. d) Mana-mana peruntukan yang berada di luar bidang kuasa pihak penganjur akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola. e) Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan kepada peraturan-peraturan pertandingan ini bila- bila masa diperlukan dan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. f) Segala keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 43 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA: BATU SEREMBAN PERATURAN AM a) Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Kejohanan Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 (SUKMANS’24). PENDAFTARAN PEMAIN a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 5 orang pemain wanita sahaja (sepasukan). b) Borang pendaftaran peserta hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN a) Pertandingan adalah secara berpasukan. b) Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan dan seterusnya peringkat kalah mati. c) Penentuan Johan dan Naib Johan kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata tertinggi tetapi jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang mendapat jumlah set menang terbanyak dikira menang. ii. Jika seri, pasukan yang mempunyai jumlah bilangan timbangan tertinggi dikira menang. iii. Jika seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. iv. Jika masih lagi seri, undian akan dijalankan dengan lambungan duit syiling atau dadu. CARA PERMAINAN a) Buah Satu: Serakkan buah di lantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan buah yang terkumpul di tangan kiri ke tangan kanan.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 44 b) Buah Dua: Sama seperti buah satu, cuma pungut dua buah setiap kali dilambung. c) Buah Tiga: Sama juga seperi buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga. d) Buah Empat: Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung. e) Buah Lima: Serakkan biasa, ambil 3 buah di tangan kanan dan 2 buah di tangan kiri, lambung satu buah yang di tangan kanan sambil meletakkan ke lantai buah-buah yang ada dikedua-dua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan (dua buah di tangan kiri dan 2 di tangan kanan). Sambut buah yang dilambung. Dan sekali lambung kumpulkan buah ke tangan kanan. (Sekiranya kidal adalah sebaliknya). f) Buah Sentuh: Seperti buah satu, cuma sentuh sahaja setiap buah di lantai dengan sekali lambung pungut kesemua buah. g) Buah Pungut: Sama, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ke tangan kanan semula. h) Buah Tukar: Serakkan buah, ambil satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah di tangan dengan satu buah di lantai. Ulang hingga kesemua buah-buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah di tangan ke lantai dan sekali lambung pungut kesemua buah. i) Buah Lambung: Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut satu buah di lantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ke tangan kanan. j) Buah Timbang: Untuk menentukan mata (point), timbang buah ke belakang tapak tangan. Sekiranya dapat lima, disambut semula ke tapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima. SISTEM PERTANDINGAN a) Satu permainan tiga pusingan sahaja. b) Setiap satu permainan, seorang pengadil sahaja diperlukan duduk di tengah-tengah. c) Semasa bermain, pemain tidak dibenarkan bercakap atau bertanya kepada pemain lain atau pengadil untuk mengetahui pemain telah mati di buah mana. Pemain perlu mengingati di mana pemain telah mati. d) Semasa bermain, pemain boleh mengangkat punggung tetapi tidak boleh beralih dari posisi asal jika buah yang dilambung agak jauh untuk disambut. e) Buah timang anak tidak dikira mati selagi buah lambung tidak jatuh. f) Buah lambung tidak boleh terkena pada badan. Jika terkena pada badan, dikira mati.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 45 g) Semasa bermain, tidak boleh tongkat tangan. Tangan hendaklah dilepaskan ke depan. h) Semasa bermain buah tidak boleh terkena lengan baju. i) Pemain boleh menukar posisi duduk tetapi hendaklah memastikan belum sampai kepada giliran bermain. j) Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana buah yang berhampiran. k) Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang jatuh ke lantai. l) Pada setiap peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk peringkat yang lain. m) Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan/ kesalahan yang telah dilakukan. n) Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya di peringkat ia telah melakukan kesalahan. o) Mana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang. HUKUMAN DAN LARANGAN (MATI) a) Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung. b) Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain. c) Pada tingkah timbang, ketika menyambut semula ke tapak tangan, jumlah tidak sama. d) Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula. PAKAIAN / ALATAN a) Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk permainan. b) Batu Seremban hendaklah dibawa sendiri oleh pemain. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DICATATKAN a) Pihak penganjur akan membuat keputusan sekiranya terdapat peraturan yang tidak dicatatkan. b) Pihak penganjur berhak untuk menanguhkan atau mengubah sesuatu pertandingan dengan diberitahu atau diputuskan serta-merta.


Sukan MARA Negeri Sembilan 2024 KKTM Rembau 46 c) Pihak penganjur juga berhak menetapkan semula masa pertandingan yang ditangguhkan. d) Mana-mana peruntukan yang berada di luar bidang kuasa pihak penganjur akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola. e) Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan kepada peraturan-peraturan pertandingan ini bila- bila masa diperlukan dan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. f) Segala keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD.


Click to View FlipBook Version