Page 1 of 11 BUKU SKRAP Digital TAJUK: SIRAH perang khandaq NAMA: QISTINA BATRISYA BINTI AHMAD SAINDIN SEKOLAH: SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN KUCHING KELAS: 5 FATHONAH
Page 2 of 11 jom kita belajar SIRAH MENGENAI PERISTIWA PERANG KHANDAQ
Page 3 of 11 Kandungan: mukasurat 1. Pengenalan/Latarbelakang i)-apakah perang khandaq? 4 2. sebelum peristiwa perang khandaq berlaku i)-Menggali Parit: Strategi pertahanan Islam 5-6 3. semasa dan selepas peristiwa perang khandaq berlaku i)-Perang Tercetus: Pasukan Ahzab Kalah Taktikal 7-8 4. pengajaran dan iktibar didalam al-Quran 9-10
Page 4 of 11 1.LATARBELAKANG/PENGENALAN PERISTIWA (i).Apakah perang khandaq? KEKALAHAN umat Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3H telah menaikkan semangat kaum Musyrikin Makkah dan orang-orang Yahudi Madinah untuk menghancurkan Islam. Bagi mereka inilah peluang terbaik untuk melemahkan umat Islam melalui gabungan semua kekuatan untuk mengepung Madinah. Di sebelah kaum Musyrikin Quraisy, mereka telah membuat pakatan dengan pelbagai pihak membentuk tentera Ahzab (gabungan), kerana itu perang ini dikenali dengan nama Perang Ahzab. Pasukan Ahzab terbentuk apabila pemimpin Yahudi Bani Nadhir dari Madinah berjaya menghasut Musyrikin Quraisy untuk menghancurkan Islam. Mereka kemudiannya berjaya menarik penyertaan Badwi Najd terdiri dari Bani Ghatafan, Bani Asad, Bani Sulaim, Bani Murrah dan Bani Shujah. Bani Quraizah, iaitu Yahudi Madinah menyertai mereka kemudiannya. Bani Khuzaah dan Bani Amirenggan menyertainya kerana mempunyai perjanjian dengan Nabi S.A.W. Jumlah tentera Ahzab ini adalah 10,000 infantri, 600 tentera berkuda dan 1,500 penunggang unta. Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah.
Page 5 of 11 2. Sebelum peristiwa perang khandaq berlaku (i) Menggali Parit: Strategi pertahanan Islam Berita tentang persiapan Musyrikin Mekah ini telah sampai kepada Rasulullah S.A.W melalui seorang pemuda Bani Khuzaah. Maklumat ini telah menyebabkan persiapan menghadapi perang dibuat segera kerana pergerakan musuh dijangka tiba sekitar seminggu daripada maklumat itu diterima. Ketika ini, umat Islam sedang berpuasa Ramadan dan tidak mempunyai apa-apa persiapan menghadapi perang. Dalam Perang Badar, mereka mengambil strategi menguasai sumber air dengan mengepung perigi, sedangkan dalam Perang Uhud mereka menguasai bukit-bukit untuk pertahanan pasukan pemanah. Kali ini, umat Islam mengambil strategi bertahan dalam kota untuk menghadapi serangan musuh. Cadangan bertahan dalam kota ini adalah saranan Salman al-Farisi berdasarkan strategi perang zaman Empayar Sasan di Parsi. Mereka menggali parit sebagai kubu pertahanan untuk menghalang kemaraan musuh, dan musuh terpaksa mengepung di luar kota – satu pendekatan perang yang belum pernah dialami oleh orang Arab Quraisy sebelumnya.
Page 6 of 11 Sepakat dengan cadangan Salman al-Farisi, kerja-kerja menggali parit dilakukan oleh Rasulullah S.A.W bersama para Sahabat bermula 16 Ramadan 5H. Mereka mengambil masa 20 hari untuk menyiapkan parit ini, walaupun ada pendapat mengatakan enam hari. Parit yang digali pada bahagian Utara Madinah melibat dua parit berhadapan dengan Bukit Sala’. Keadaan muka bumi Madinah yang berbukit dan ditumbuhi ladang-ladang kurma, menyukarkan pergerakan tentera. Maka, kawasan terbuka di bahagian Utara Madinah digalikan parit, menyebabkan tentera musuh hanya boleh menyerang dari arah Utara yang berparit itu sahaja. Umat Islam membuat persiapan dengan memetik makanan lebih awal, manakala kanak-kanak dan wanita berada dalam kota.
Page 7 of 11 3. Semasa dan selepas peristiwa perang khandaq berlaku (i) Perang Tercetus: Pasukan Ahzab Kalah Taktikal Setelah parit selesai digali yang mengambil masa antara enam hingga 20 hari, pasukan Ahzab tiba Utara Madinah pada awal bulan Syawal. Mereka mengepung Madinah dengan seluruh kekuatan, tetapi kuda-kuda mereka tidak dapat memasuki Kota Madinah disebabkan oleh parit tersebut. Tentera Islam menunggu di seberang parit dengan bekalan makanan yang dituai lebih awal, sedangkan kuda, unta dan tentera Quraisy mulai kehabisan makanan. Mereka tidak mempunyai pengalaman mengepung musuh, kerana orang Arab berperang dengan cara berhadapan untuk tempoh satu atau dua hari sahaja. Kepungan mereka mengambil masa selama 27 hari, yang menyebabkan bekalan makanan terputus, kuda dan unta mati kelaparan serta memberi tekanan dan kebosanan kepada tentera Musyrikin. Selain berusaha melintasi parit tersebut, termasuk waktu malam, mereka membuat strategi menghasut Bani Quraizah supaya menyerang Madinah dari arah Selatan,sedangkan Nabi S.A.W berusaha memujuk Bani Quraizah supaya jangan mengkhianati Piagam Madinah sehingga menerima akibat seperti Bani Nadhirdan Bani Qainuqak.
Page 8 of 11 Ketika Bani Quraizah mulai berpihak kepada tentera Ahzab, pasukan Islam berjaya melaga-laga sesama pasukan Ahzab sehingga mereka bergeser sesama sendiri, termasuk perbalahan Quraisy dan Yahudi akibat peperangan pada hari Sabtu. Akhirnya berlaku perlawanan berdepan antara Ali bin Abi Talib dengan Amru bin Abu Wud sebelum pemimpin Quraisy itu dibunuh. Tentera Bani Makhzum yang cuba melintasi parit juga berjaya dibunuh. Dalam tempoh penyerangan selama 15 hari, Allah telah mengkucar-kacirkan mereka dengan pergeseran. Kemudian, mereka didatangi oleh angin kencang yang dingin, sehingga Abu Sufian mengarahkan tentera Quraisy berundur ke Makkah. Perang ini tamat pada 7 Zulqaedah 5H dengan umat Islam menguasai rampasan perang.
Page 9 of 11 4. pengajaran dan iktibar didalam al-Quran Gambaran kesedihan yang menimpa kaum Muslimin kerana terkepung di Madinah oleh kaum musyrikin. “Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.” (Surah Al-Ahzaab 33:10) Mendedahkan niat buruk dan akhlak tercela kaum munafik. “Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.” (Surah Al-Ahzaab 33:12) Mencontohi Rasulullah SAW dalam semua keadaan, pada masa susah atau senang. “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Al-Ahzaab 33:21)
Page 10 of 11 Sikap mulia kaum Muslimin ketika menghadapi musuh. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Surah Al-Ahzaab 33:23)
Page 11 of 11 Sekian,semoga bermanfaat