Topik 7
PENYENGGARAAN MESIN PENGACUAN SUNTIKAN
Penyenggaraan 2
Penjagaan Mesin ....................................................................................................... 3
Penyenggaraan Umum ........................................................................................... 13
Penyenggaraan Pencegahan .................................................................................. 19
Unit Suntikan ........................................................................................................... 22
Sistem hidraulik ....................................................................................................... 27
Sistem Penyejukan .................................................................................................. 30
Sistem Pneumatik ................................................................................................... 31
1
PENYENGGARAAN MESIN PENGACUAN SUNTIKAN
Terminal Objektif:
Mengadakan penyenggaraan asas pada mesin.
Penyenggaraan
Objektif yang Dicapai
Pengetahuan:
1. Mesin memerlukan penyenggaraan.
2. Bahagian yang berlainan memerlukan aktiviti penyenggaraan yang berbeza.
Kemahiran:
1. Melaksanakan penyenggaraan asas terhadap bahagian mesin yang berbeza
(terhad kepada pembersihan, pemeriksaan dan penggantian).
2
1. Penjagaan Mesin
a. Membersihkan Tempat Kerja / Kawasan Kerja
Penjagaan tempat kerja merupakan komponen penting bagi mewujudkan
keadaan bekerja yang baik. Ia amat menyumbang dalam mencegah
kecederaan dan penyakit.
Penjagaan merupakan tugas penyenggaraan yang penting dan ia patut
menjadi tugas setiap orang. Penjagaan ini tidak boleh dicapai tanpa
perasaan muhibah dan penyertaan setiap orang di tempat kerja. Ia penting
bagi memastikan amalan keselamatan yang baik.
Penjagaan juga termasuk kebersihan harian berkeadaan baik di semua
kawasan kerja. Penjagaan harian akan mengurangkan jumlah kerja
penyenggaraan yang diperlukan.
Kaedah peraturan dan kebersihan
Penjagaan tidak boleh dilaksanakan secara spontan dan tidak dirancang. Ia
memerlukan perancangan. Kebersihan harian tidak boleh ditumpukan hanya
dalam tempoh yang singkat. Jadi perancangan adalah penting.
MEMBERSIHKAN TEMPAT KERJA / KAWASAN KERJA
3
Langkah yang berikut adalah penting dalam penjagaan kawasan operasi:
1. Merancang reka letak tempat kerja dan kawasan kerja.
Langkah-langkah:
a. Menandakan kawasan tempat kerja/kawasan kerja.
b. Melaksanakan diagnosis tempat kerja/kawasan kerja.
c. Melaksanakan pemeriksaan fizikal terhadap semua item yang dapat dilihat
di tempat kerja/ kawasan kerja.
d. Mengesahkan item pemeriksaan fizikal dan tujuan dan kegunaannya yang
diramalkan agar ia boleh dialihkan atau dilupuskan.
Perhatian:
Dalam membuat keputusan tentang menempatkan sesuatu item di tempat kerja,
aspek-aspek tertentu mestilah dipertimbangkan:
e. Ciri dan sifat proses.
f. Keluasan ruang.
g. Kebersihan.
4
MERANCANG REKA LETAK TEMPAT KERJA DAN KAWASAN KERJA
5
2. Kerapian
Ia bermaksud keadaan reka letak tempat kerja yang dapat mewujudkan prestasi
optimum dari segi kecekapan dan keberkesanan.
Langkah-langkah:
a. Rancang reka letak optimum bagi kawasan kerja yang mengandungi semua
item yang disahkan.
b. Rancang reka letak agar menjadi realiti.
c. Sediakan panduan visual seperti reka letak alat, lukisan dll.
Perhatian
Semua item tempat kerja mesti dilabel dengan betul dan tepat.
SUSUNAN PERALATAN YANG TERATUR
6
SUSUNAN PERALATAN YANG TERATUR
7
3. Kebersihan
Ia berkait dengan menjadikan dan mengekalkan tempat agar berkeadaan sempurna
dan baik.
Langkah-langkah:
a. Membentuk jadual tetap bagi aktiviti pembersihan.
b. Memeriksa sama ada susunan reka letak item betul.
c. Mengikut prosedur yang ada dengan cara yang sistematik bagi
membersihkan semua item.
d. Mengemaskan tempat kerja.
e. Melaporkan apa-apa percanggahan dengan segera.
f. Menggunakan dan mengembalikan mana-mana item di tempat yang
sewajarnya.
Setiap pekerja patut bertanggungjawab bagi membersihkan tempat kerjanya.
Pengawas bertanggungjawab untuk mengatur aspek penjagaan. Peralatan yang
sesuai bagi pembersihan harian seperti berus, penyapu, pencuci hampagas, dan lain-
lain hendaklah disediakan.
KEBERSIHAN
8
KEBERSIHAN
KEBERSIHAN
9
b. Membersihkan Mesin
Penjagaan kawasan termasuk menjaga mesin dan peralatan dengan teratur dan
baik. Penjagaan yang baik juga termasuk menjaga kebersihan, kerapian dan
keadaan mesin dan semua bahagiannya setiap hari.
Kaedah Melaksanakan Kebersihan Mesin
Kebersihan
Ini adalah usaha menjaga keadaan mesin agar baik dan tersusun.
Langkah-langkah:
a. Mengenal pasti kawasan mesin khas untuk dibersihkan.
b. Menentukan jadual bagi aktiviti pembersihan.
c. Memeriksa alat digunakan.
d. Mengikut prosedur yang ada secara sistematik bagi membersih semua item.
e. Melaporkan apa-apa percanggahan dengan segera.
Orang yang terlibat dalam mengekalkan kebersihan mesin mestilah dilindungi
daripada bahaya. Aktiviti pembersihan janganlah dilaksanakan apabila terdapat risiko
bahaya dalam mesin. Pakaian perlindungan atau baju luar dan perlindungan tangan
dan kaki adalah perlu bagi mencegah kecederaan dan penyakit seperti luka daripada
logam buangan atau dermatitis daripada bahan cuci.
Penjagaan kawasan kerja memerlukan perancangan yang baik. Pengalaman
merancang dan melaksanakan penjagaan kawasan adalah berguna bagi menjalankan
aktiviti keselamatan yang lain. Laksanakan amalan menjaga kawasan kerja anda!
10
MEMBERSIHKAN MESIN
MEMBERSIHKAN MESIN
11
MEMBERSIHKAN MESIN
12
2. Penyenggaraan Umum
a. Pembersihan dan Pemeriksaan Kawasan Luar Mesin
Bersihkan kawasan luar pengacuan mesin (permukaan penutup, permukaan
rangka, paip, hos, platen dan lain-lain) dan acuan dengan senapang angin
termampat dan kain buruk. Periksa cat yang tertanggal, karat dan calar-
calar.
PEMBERSIHAN DAN PEMERIKSAAN KAWASAN LUAR MESIN
13
b. Memeriksa Tangki Hidraulik agar Aras Minyak Sesuai
- Semasa mesin berhenti beroperasi, periksa agar paras minyak
tangki hidraulik menunjukkan aras yang lebih tinggi daripada titik
tengahyang berjulat antara garisan merah atas dan bawah. Jika
tolok aras minyak menandakan aras minyak berada di bawah
garisan merah bawah, periksa sambungan silinder dan paip bagi
menentukan jika terdapat kebocoran minyak. Jangan isi tangki
melebihi garisan merah atas. Jika ini berlaku, minyak hidraulik
mungkin melimpah melalui penyedut udara semasa mesin baru
operasi.
- Jika acuan dibuka sepenuhnya periksa aras minyak dalam tangki
rezab agar ia berada 20 mm di bawah garisan merah atas pada
tolok aras minyak.
MEMERIKSA TANGKI HIDRAULIK AGAR ARAS MINYAK SESUAI
14
MEMERIKSA TANGKI HIDRAULIK AGAR ARAS MINYAK SESUAI
15
c. Memeriksa Edaran Air ke Jaket Air
- Periksa jaket air untuk menentukan suhu yang diingini dengan termometer.
(Perhatian: Pastikan tiada bukti air bocor di bahagian sisi).
MEMERIKSA EDARAN AIR KE JAKET AIR
16
d. Memeriksa Edaran Air ke Penyejuk Minyak
- (Bagi mesin yang mempunyai injap henti dan julat air penyejuk). Biarkan
injap terbuka sepenuhnya.
- (Jika didapati suhu meningkat secara melampau). Bersihkan laluan air di
penyejuk minyak dan sistem paip bagi memastikan aliran air yang
sempurna.
(Perhatian: Pastikan tiada bukti air bocor di bahagian sisi).
MEMERIKSA EDARAN AIR KE PENYEJUK MINYAK
17
e. Memeriksa Pintu Keselamatan dan Penutup Keselamatan
- Periksa pintu keselamatan dan penutup keselamatan agar proses
pembukaan dan penutupnya berjalan dengan licin.
- Periksa bolt pintu keselamatan dan penutup keselamatan sekiranya longgar.
Ketatkan jika didapati ianya longgar.
- Pastikan terdapat prosedur normal bagi operasi. Jika pintu keselamatan (di
bahagian operasi berjalan) terbuka, pastikan penutupan acuan (atau
pembukaan acuan) tidak dibuat apabila butang (CLAMP CLOSE) atau
(CLAMP OPEN) ditekan.
Juga tutup pintu keselamatan dan pastikan tindakan menutup acuan (atau
membuka acuan) berhenti dengan serta-merta apabila pintu keselamatan terbuka
semasa penutupan atau pembukaan acuan.
MEMERIKSA PINTU KESELAMATAN DAN PENUTUP KESELAMATAN
18
3. Penyenggaraan Pencegahan
Minyak Pelincir bagi Mesin Pengacuan Suntikan
Minyak pelincir bagi mesin pengacuan suntikan boleh diklasifikasikan secara kasar
ke dalam dua kategori:
1. Bagi bearing.
2. Bagi jalan gelangsar.
Apabila memilih minyak bagi bearing dan minyak bagi jalan gelangsar, perlulah
dipertimbangkan jenis seksyen bearing, kelajuan, beban, suhu persekitaran dan
faktor-faktor lain.
Di samping itu, apabila memilih minyak pelincir, maka dicadangkan agar pilihan itu
dibuat daripada kalangan produk syarikat minyak yang sama yang membekalkan
minyak.
JADUAL PELINCIR BIASA UNTUK MESIN MENYUNTIK ACUAN
19
Penyenggaraan dan Kawalan
Minyak pelincir dibeli dalam jumlah yang tertentu dalam satu-satu masa, dan disimpan
dalam stor. Atas alasan ini tindakan yang berhati-hati mesti dilakukan berkait dengan
penyimpanan dan pengawalan minyak pelincir. Selain itu, sebagaimana yang terdapat
dalam seksyen “ontena Penyimpanan Pelincir” kekalkan suhu ruang penyimpanan di
bawah 40ºC.
PENYENGGARAAN DAN KAWALAN
20
Penyenggaraan Pelinciran
Gris dalam bearing dan pada jalan gelangsar akan turun mutunya dengan cepat akibat
lembapan dan debu di atmosfera, dan gris ini tidak akan dapat menjalankan fungsi
pelincir selepas satu tempoh masa. Pastikan untuk menggris setiap “empat
gris”secara tetap, menurut jadual waktu yang ditetapkan.
Apabila gris pada sesuatu tempat bertukar hitam dan keras, ia hendaklah dibuang
dengan berhati-hati dan gris baru hendaklah dibubuh. Apabila keadaan gris lama
amat kotor, ia mungkin perlu dibuang.
Beri perhatian terhadap perubahan berkala seksyen bearing tujahan bagi mesin
pengacuan suntikan. Oleh sebab bearing tujahan itu beroperasi di bawah bebanan
tinggi, ia mesti sentiasa dibekalkan dengan minyak pelincir yang mencukupi.
Tidak ada kekotoran dibenarkan terbentuk pada minyak pelincir bagi bearing tujahan.
Jadi minyak itu mesti ditukar secara berkala, dan aras minyak juga mesti selalu
diperiksa. Pada mulanya, tukar minyak 300 jam selepas bermulanya operasi mesin
pengacuan suntikan.
Selain itu, pastikan minyak telah dibuang betul-betul sebelum mengisi kotak gear dan
bearing dengan minyak baru. Setakat menambah minyak semata-mata tidaklah
mencukupi.
PENYENGGARAAN PELINCIRAN
21
4. Unit Suntikan
Buka suis kuasa elektrik mesin.
a. Menetapkan Suhu Laras - Pemeriksaan bagi memastikan Lingkaran
Pemanas dan Termoganding berfungsi dgn baik
i. Suhu pengacuan hendaklah ditentukan menurut bahan pengacuan.
ii. Suhu setiap ZON MUNCUNG, ZON DEPAN, ZON TENGAH dan ZON
BELAKANG ditetapkan.
iii. Buka blok air sejuk dan biarkan air sejuk mengalir.
iv. Buka suis kuasa pada kedudukan ON. Buka suis kuasa pemanas suhu laras
pada kedudukan ON.
v. Sahkan ZON MUNCUNG dan ZON DEPAN, ZON TENGAH dan ZON
BELAKANG untuk laras. Termogandingan berkeadaan normal jika suhu
yang dipaparkan secara automatik meningkat sebagaimana yang
ditunjukkan. Jika termogandingan gagal, suhu mungkin meningkat atau
menurun.
vi. Masukkan termogandingan ke dalam lubang laras agar hujung
termogandingan itu melekat pada bahagian bawah lubang laras.
ZON PEMANAS UNTUK SUHU LARAS
22
SIMBOL PEMANAS
23
b. Pemeriksaan Termogandingan
Periksa sama ada hujung termogandingan menyentuh bahagian bawah
lubang laras.
Jika keadaan tidak normal betulkan kedudukan penutup agar hujung
termogandingan bawah lubang laras.
vii. Periksa lingkaran pemanas sebagaimana yang ditunjukkan. Periksa
dan ketatkan skru. Buang mana-mana bahan yang melekat pada
pemanas atau wayar.
KAEDAH BAGI MEMERIKSA TERMOGANDINGAN
24
LINGKARAN PEMANAS
25
c. Penyenggaraan dan Pemeriksaan Pemanas
Ikut prosedur di bawah bagi penyenggaraan dan pemeriksaan pemanas.
i. Kegagalan lingkaranpemanas adalah terutamanya disebabkan oleh
pengetatan yang tidak betul. Kawasan yang kurang terkena dengan laras
akan menghasilkan pemanasan sendiri dan menyebabkan berlakunya
pemberhentian pemanasan. Jadi ketatkan pemanas ketika ia panas
sekurang-kurangnya sekali sebulan.
ii. Semasa pengetatan itu, juga periksa skru pendawaian pemanas
(termasuk skru bagi kotak terminal, penyambungan, dan lain-lain) bagi
menentukan sama ada ia longgar.
iii. Pastikan penyisipan dibuat dengan betul.
BOLT PENGAPIT UNTUK LINGKARAN PEMANAS
26
5. Sistem hidraulik
Memeriksa Tangki Hidraulik bagi Menentukan aras Minyak yang Betul
- Semasa mesin berhenti beroperasi, periksa agar aras minyak tangki
hidraulik menunjukkan aras yang lebih tinggi daripada titik tengah yang
berjulat antara garisan merah bawah. Periksa setiap sambungan silinder
dan paip bagi menentukan jika terdapat kebocoran minyak. Tentukan anda
tidak mengisi tangki melebihi garisan merah atas. Jika ini berlaku, minyak
hidraulik mungkin melimpah melalui penyedut udara semasa mesin
beroperasi.
- Jika acuan dibuka sepenuhnya, periksa aras minyak dalam tangki rezab
agar ia berada 20 mm di bawah garisan merah atas pada tolok aras
minyak.
MEMERIKSA TANGKI HIDRAULIK AGAR ARAS MINYAK SESUAI
27
MEMERIKSA TANGKI HIDRAULIK AGAR ARAS MINYAK SESUAI
28
- Jika aras minyak berada di bawah takat bawah, anda perlu mengisi minyak ke
dalam tangki mesin sebagaimana ditunjukkan.
a. Tanggalkan penutup tangki minyak dan isi minyak. Penutup tangki minyak
terpasang pada saluran masuk tangki minyak.
b. Isi tangki dengan minyak hidraulik bersih sehingga aras berada antara garisan
tengah pada tolok aras minyak.
c. Bersihkan minyak di sekeliling penutup tangki minyak.
KAEDAH PENGISIAN
29
6.Sistem Penyejukan
Memeriksa Air Penyejukan
a. Air Penyejukan di bawah corong tuang.
- Periksa agar air penyejukan mengalir menggunakan pemeriksa aliran yang
terletak di sisi mesin yang tidak beroperasi.
b. Bubuh air penyejukan terawat secukupnya pada penyejuk air, corong tuang, unit
suntikan dan acuan
c. Hos air masuk dan hos air keluar hendaklah disambung.
d. Air penyejukan bagi penukar haba.
- Periksa untuk menentukan air penyejukan mengalir melalui penukar haba
dengan memerhati liang saliran air.
PENYAMBUNGAN PENYEJUK AIR
30
7. Sistem Pneumatik
Pastikan suis litar udara tekanan tinggi berkeadaan “ON”
a. Jika mesin menggunakan udara tekanan tinggi bagi menggerakkan get
keselamatan –pemampat udara diperlukan bagi operasi mesin.
b. Sambungkan paip udara kepada tempat penandaan pada mesin.
c. Setkan tekanan udara yang terdapat pada tolok tekanan udara pada kira-
kira 5 kgf/cm² sebagaimana ditunjukkan.
SISTEM PNEUMATIK
31
SISTEM PNEUMATIK
32