Plastic Technology Injection Moulding Process / Procedures
1. PROSIDUR MENGHIDUPKAN OPERASI MESIN (START-UP PROCEDURE)
LANGKAH KERJA
1. Hidupkan system penyejukan (Cooling Tower System)
i. Pastikan bekalan air sampai pada mesin (MTC / Feed Throat/ Heat Exchanger)
2. Hidupkan suis bekalan kuasa agihan utama (Isolator)
3. Hidupkan suis bekalan kuasa pada mesin
4. Periksa keselamatan mesin
i. Periksa Suis Sesentuh (limit switch) pintu keselamatan unit pengapitan (safety door)
ii. Periksa Suis Sesentuh (limit switch) pintu keselamatan unit pengacuanan (purge cover)
iii. Periksa Butang Henti Kecemasan (Emergency Stop Button)
iv. Periksa Penutup Barel (Barrel Cover)
v. Periksa Mechanical Safety Bar
vi. Periksa Cool Start Prevention
vii. Periksa paras minyak hidraulik
viii. Periksa kebersihan mesin
ix. Periksa Kebocoran air / minyak hidraulik
5. Tunggu pengesahan memori di c.p.u
6. Hidupkan suis penghidup motor/pump
7. Hidupkan suis pemanasan minyak (jika perlu)
8. Hidupkan suis bekalan pemanas (heater band)
i. Laraskan Suhu Barel (jika perlu – ikut suhu leburan yang disyorkan)
2. PELARASAN UNIT KAWALAN PEMANASAN
LANGKAH KERJA
1. Masukkan data suhu bahan ke bahagian pelarasan (setting). Rujuk jadual pemanasan.
2. Beza peningkatan suhu pada setiap zon pemanasan adalah antara 5 oC hingga 2o oC
3. Pelarasan pada bahagian bezantara (upper and lower limit) juga adalah perlu (disarankan antara
10 oC hingga 20 oC
4. Suhu leburan terhasil dari 2 kaedah :
i. Suhu Pemanasan Barel (Heater Band)
ii. Geseran semasa putaran skru
5. Pelarasan suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan:
i. Bahan (leburan) menjadi rosak, warna bertukar keperangan
ii. Kadar aliran meningkat
iii. Sifat mekanikal akan bertukar ( brittle – overheat)
6. Pelarasan suhu yang terlalu rendah akan menyebabkan
i. Bahan tidak lebur sepenuhnya
ii. Percampuran tidak sebati (homogen)
iii. Skru berputar dengan daya kilasan tinggi (high tork) – suhu boleh patah
iv. Memerlukan tekanan suntikan (injection pressure) yang tinggi
Plastic Technology Hakimi Adam ILP Jitra
Plastic Technology Injection Moulding Process / Procedures
3. PEMASANGAN ACUAN KE MESIN
LANGKAH KERJA
1. Sediakan alatan dan bahan
i. Acuan
ii. Paip Besi
iii. Set Allen Key
iv. Penimbang Air (Spirit lever)
v. Troli Hidraulik
vi. ‘Eye Bolt’
vii. Rantai
viii. Safety Helmet
ix. Sarung Tangan
x. ‘Mould Clamp’ dan Skru
xi. Chain Lock and Hoist
xii. Pembaris atau pita pengukur
xiii. Spanar boleh laras (adjustable spanar)
xiv. Nipples
2. Periksa jarak platen minima dan maksima pada mesin (minimum and maximum mould height)
3. Periksa spesifikasi acuan (Initial mould set-up)
4. Gantung rantai ke cangkuk ‘chain lock’ dan naikkan sehingga melepasi aras ‘tie bar’
5. Turunkan dan tempatkan ‘locating ring’ acuan ke ‘locating bush/hole’ mesin
6. Rapatkan acuan ke ‘feed platen’ dan tutup ‘movable platen’.
7. Laraskan kestabilan acuan dengan menggunakan penimbang air
8. Ikat ketat plat acuan ke platen dengan menggunakan ‘mould clamp’ atau ‘clamping dog’
9. Set ‘clamping tonnage’ dan ‘touching position’
10. Pasang saluran penyejukan (cooling channel) pada acuan.
11. Gerakkan acuan berulang kali dengan kelajuan rendah bagi memeriksa keselamatan
pergerakan acuan
12. Laraskan pergerakan acuan
13. Simpan peralatan dan kemaskan kawasan kerja.
Plastic Technology Hakimi Adam ILP Jitra
Plastic Technology Injection Moulding Process / Procedures
4. PELARASAN PARAMETER UNIT PENGAPITAN ( 7 Setting Point Plan Clamping)
LANGKAH KERJA
Setelah acuan ditempatkan ke mesin laraskan pergerakkan acuan berdasarkan ‘7 setting point plan’
iaitu:
i. Minimakan parameter acuan ( speed / pressure) , turunkan kepada nilai 10%
Bertujuan untuk mengerakkan acuan pada peringkat permulaan bagi menguji kesejajaran
ii. Gerakkan Platen Acuan
Gerakkan buka dan tutup acuan berberapa kali dengan kelajuan dan tekanan yang minima
bagi melihat keadaan ketidak sejajaran sekiranya ada, perhatikan sekiranya ada masalah
semasa pergerakan acuan dilakukan
iii. Laraskan kedudukan (jarak) – ‘Set Stroke’
Laraskan ZERO OFFSET Mould Close
a. Laraskan jarak bukaan acuan optimum
b. Laraskan jarak tutup acuan mengikut peringkat. Biasanya dilaraskan tiga (3)
peringkat/step
c. Setiap step berdasarkan garis panduan – Guide Pin vs Guide Bush, Core vs Cavity dan
jarak untuk mould safety
Kedudukan (step) buka dan tutup acuan adalah pada panduan yang sama
iv. Laras Kelajuan (Set Speed)
Daripada kelajuan yang minima, kelajuan ditingkatkan hingga keparas optimum tetapi
mengikut profil kelajuan yang ditetapkan
Profil Kelajuan Buka : Perlahan, Laju, Perlahan
Profil kelajuan Tutup : Laju , Sederhana, perlahan
Pelarasan zon keselamatan juga perlu ditentukan dengan speed dan pressure rendah yang
bersesuaian
v. Laras unit lentingan (ejector)
Laraskan ZERO OFFSET kedudukan ‘ejector’
Laraskan jarak, speed dan tekanan ke hadapan ke belakang (forward / return)
vi. Laraskan tekanan pengapitan
Terdapat dua (kaedah utama melaraskan tekanan pengapitan)iaitu:
a. Sistem pengapitan terus (direct clamp/ hydraulic clamping)
b. Sistem pengapitan Toggle
Plastic Technology Hakimi Adam ILP Jitra
Plastic Technology Injection Moulding Process / Procedures
a. Sistem pengapitan terus (direct clamp/ hydraulic clamping)
❖ Laraskan kedudukan zero off-set
❖ Masukkan nilai daya pengapitan yang bersesuaian berdasarkan hitungan
clamping tonnage (F=PA)
❖ Buka dan tutup acuan, pastikan high pressure dicapai.
❖ Uji keselamatan acuan (mould safety) menggunakan kertas. Laraskan kembali
touching point sekiranya mould safety gagal dicapai.
b. Sistem pengapitan Toggle
Plastic Technology Hakimi Adam ILP Jitra
Plastic Technology Injection Moulding Process / Procedures
7. TURUN ACUAN DARI MESIN (MOULD UNLOADING)
LANGKAH KERJA
1. Sediakan alatan dan bahan
i. Acuan
ii. Paip Besi
iii. Set Allen Key
iv. Troli Hidraulik
v. ‘Eye Bolt’
vi. Rantai ,Chain Lock and Hoist
vii. Safety Helmet ,Sarung Tangan
viii. Pembaris atau pita pengukur
ix. Spanar boleh laras (adjustable spanar)
2. Hentikan operasi mesin kawalan suhu, tutup semua saluran penyejukkan ke acuan
3. Buka saluran penyejukkan yang sedia ada. Keringkan saluran penyejukkan dengan
menggunakan ‘compress air’
4. Sembur permukaan acuan dengan semburan anti karat (anti-rust spray) bagi acuan yang
akan disimpan
5. Gerakkan platen mesin dan rapatkan plat acuan sehingga ‘high clamp’ terhasil.
6. Pasang ‘eye bolt’ dan ikatkan rantai
7. Cangkuk chain lock dan tegangkan rantai.
8. Buka ikatan ‘mould clamp’ pada kedua-dua platen
9. Laraskan tegangan rantai, jangan terlalu tegang atau terlalu kendur
10. Keluarkan acuan dari locating bush/hole
11. Angkat acuan dan keluarkan dari bahagian atas ‘tie bar’, letak atas troli.
12. Bawa acuan ke meja servis untuk tujuan rombak/rawat (jika perlu)
Plastic Technology Hakimi Adam ILP Jitra
Plastic Technology Injection Moulding Process / Procedures
8. ROMBAK / RAWAT ACUAN(MOULD ASSEMBLE / DISASSEMBLE)
LANGKAH KERJA
1. Sediakan alatan dan bahan
i. Paip Besi
ii. Set Allen Key
iii. Minyak tanah / thinner
iv. Kertas Pasir / Autosol / WD 40 / Anti-Rust Agent
v. Udara mampat
vi. Cotton Waste
vii. Copper Strip / Cooper Mallet
viii. Apron / Sarung Tangan
ix. Masking tape / Marker pen / Pisau
x. Spanar boleh laras (adjustable spanar)
2. Buat tandaan pada bahagian atas plat acuan dengan masking, marker pen dan pisau
3. Buka nipples saluran penyejukkan pada acuan
4. Pisahkan plat acuan pada bahagian ‘Parting line’ menggunakan cooper mallet / copper strip
5. Asingkan bahagian ‘core dan cavity’ acuan
6. Longgar dan keluarkan skru pengikat pada kedua-dua belah acuan dimulai dari ‘top plate’
atau ‘bottom plate’
7. Susun plat-plat acuan yang dirombak tadi mengikut turutan yang betul bagi memudahkan
pemasangan semula acuan.
8. Cuci bahagian permukaan acuan supaya bebas dari kekotoran gunakan minyak tanah,
thinner, kertas pasir dan cotton waste
9. Periksa bahagian permukaan acuan , bebas dari kerosakan
10. Bersihkan ejector pin satu per satu, griskan sebelum dipasang semula
11. Setelah pembersihan selesai, pasang semula acuan mengikut tandaan yang dibuat tadi,
elekkan kesilapan pemasangan , acuan boleh rosak atau tidak dapat berfungsi dengan betul
12. Simpan acuan ditempat yang ditentukan sekiranya tidak diperlukan untuk pemasangan
(mould loading) segera
Plastic Technology Hakimi Adam ILP Jitra
Plastic Technology Injection Moulding Process / Procedures
9. HENTI OPERASI MESIN (MACHINE SHUT-DOWN)
LANGKAH-LANGKAH KERJA
Jangan terus hentikan operasi mesin serta merta, langkah-langkah berikut perlu dituruti bagi
menjamin keselamatan dan meningkatkan jangkahayat mesin dan komponennya.
1. Tutup ‘Feed throat’ dan teruskan operasi mesin secara semi-auto atau automatic mode
sehingga last shot
2. Tukar mode operasi kepada manual mode
3. Kebelakangkan Injection Unit
4. Lakukan proses purging bagi baki material tertinggal dalam barrel (biasa 1 shot sahaja / last
shot)
5. Bersihkan leburan yang keluarkan semasa purging tadi.
6. Buka acuan dan lentingkan produk keluar
7. Bersihkan permukaan acuan
8. Tutup acuan dengan anggaran ruang antara core da cavity plate lebih kurang 5 ~ 10 mm
9. Sekiranya acuan dikeluarkan platen mesin (movable platen) hendaklah dibuka pada
kedudukan maksimumbagi mengelakkan piston hidraulik berkarat
10. Matikan suis bekalan kuasa dan system gelung pemanas pada mesin
11. Matikan bekalan kuasa pada panel kawalan dan isolator
12. Tutup semua saluran penyejukan pada mesin, seterunya hentikan operasi cooling tower
13. Bersihkan persekitaran mesin dan simpan peralatan dan bahan yang digunakan ditempat
yang ditetepkan
Plastic Technology Hakimi Adam ILP Jitra