The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU 1.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mickland02, 2021-12-08 03:34:54

E-PORTFOLIO BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU 1.0

1

• TELEFON: 087-331444/331444 • FAKS: 087-331817

• Laman Web: ipgkk.moe.edu.my • E-Mel: [email protected]

e -Portfolio

Nama penuh : MICKLAND BIN PETROL
No. Matrik : P21014651

PPISMP BAHASA MELAYU
AMBILAN JUN 2021
SEMESTER I

BMMB 1074
SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

SEMESTER SEPT 2021 – JAN 2021

2

1.0 BIODATA PELAJAR

NO. Perkara Perincian
1 NAMA MICKLAND BIN PETROL
2 KAUM MURUT
3 JANTINA LELAKI
4 AGAMA KRISTIAN
5 ALAMAT EMEL [email protected]
6 TARIKH LAHIR 20 SEPTEMBER 2003
7 NO TELEFON 0143563396

3

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 SEJARAH 3-10
PERKEMBANGAN SISTEM
12- 26
TULISAN DALAM 28-33
BAHASA MELAYU 34-35
36-37
1.1 SISTEM TULISAN
PALLAVA

1.2 SISTEM TULISAN
KAWI

1.3 SISTEM TULISAN
JAWI

1.4 SISTEM EJAAN
JAWI ZA’BA

1.5 SISTEM EJAAN
RUMI KONGRES

1.6 PEDOMAN EJAAN
RUMI KONGRES

2.0 SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA

MELAYU
PRAMERDEKA DAN

PASCAMERDEKA

2.1 BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA

2.2 BAHASA MELAYU
PASCAMERDEKA

3.0 CABARAN DAN MASA
DEPAN BAHASA

MELAYU

3.1 CABARAN
BAHASA MELAYU

3.2 MASA DEPAN
BAHASA MELAYU

4.0 RUMUSAN
5.0 SUMBER RUJUKAN



3

4

1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU
1.1 SISTEM TULISAN PALLAWA

Menurut Wikipedia (2021), tulisan Pallawa merupakan sistem tulisan abjad suku kata atau
abugida yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan Lembah Indus-Kush. Tulisan
Pallawa ini juga dikenali sebagai “ tulisan bulat”.

Tulisan ini banyak digunakan di Asia Selatan khusunya dalam penulisan Bahasa Dravidia
di India Selatan dan Sri Lanka. Tulisan ini juga merupakan satu tulisan kuno yang digunakan
untuk menulis Bahasa Tamil selepas menggantikan tulisan Tamil-Brahmi berdasarkan sistem
tulisan brahmi.

Tulisan Pallawa juga merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di Kawasan
Kepulauan Melayu. Tulisan ini telah digunakan untuk menulis Bahasa Sanskrit dan telah mula
bertapak di Pulau Jawa. Sewaktu Bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu
pengetahuan, penyebaran tulisan ini dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan
golongan istana dan bangsawan sahaja kerana kurangnya kemudahan asas dalam mengajar
orang ramai membaca dan menulis. Tulisan ini terdiri daripada 46 abjad. Tulisan Pallawa
juga merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan dalam menulis dalam Bahasa
Melayu Kuno, yang mana telah menerima pengaruh daripada Sanskrit. Hal ini dapat
dibuktikan melalui penggunaan Tulisan Pallawa pada tiang batu persembahan (yupa) atau
prasasti di daerah Muara Kaman,Indonesia. Penulisan Keempat buah batu bersurat pada
abad ketujuh yang menggunakan Tulisan Pallawa ini juga dapat dijadikan bukti bahawa
adanya penggunaan tulisan ini dalam Bahasa Melayu Kuno. Batu Bersurat Kedukan Bukit
(Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). Batu Bersurat
Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu
Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692
M.

Rajah menunjukkan Tulisan Pallawa
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Huruf_Pal

lawa.JPG

5

1.2 SISTEM TULISAN KAWI
Tulisan Kawi ini telah mula digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8. Orang-orang
Melayu Kuno menulis di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan
batu-batu (batu bersurat). Menurut Wikipedia (2021) tulisan Kawi ( Aksara Kawi ) berasal dari
Jawa. Tulisan ini pertama kali digunakan di Kerajaan Singhasari di Jawa Timur pada abad ke-
8 Masihi. Penggunaan sistem tulisan ini terus merebak ke seluruh wilayah Asia Tenggara
sehingga abad ke-16 Masihi khususnya di Kawasan Borneo, Jawa, Bali dan Sumatera.

Tulisan Kawi dikembangkan dari satu tulisan iaitu tulisan Pallava ( Pallawa ) yang mana
tulisan ini telah dibawa ke wilayah tersebut oleh pedagang dari Dinasti Pallava di selatan India.
Hal ini demikian kerana, penggunaan tulisan ini terutamanya dalam menulis bahasa Sanskrit
dan Jawa Kuno.

Dalam tulisan Kawi, ‘huruf’ yang ada cuma a, ka, me, ti, sa dan lain-lain yang mana huruf-
huruf ini lebih kurang sama tetapi cara penyebutannya yang agak berbeza. Keseluruhan huruf
ialah sekitar 46 Tiap hurufnya merepresentasikan sebuah suku kata dengan vocal yang dapat
diubah dengan penggunaan tanda baca. Aksara ditulis tanpa ada ruang kosong. Aksara Kawi
memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan untuk menulis tumpukan konsonan, sama
dengan pasangan dalam aksara Bali.

Rajah menunjukkan Tulisan Kawi
https://1.bp.blogspot.com/-

ZtyBljIuTvU/XNzTWpTzAvI/AAAAA
AAAV28

6

1.3 TULISAN JAWI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud huruf tambahan yang
digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab
yang mana ada tambahan beberapa huruf yang digunakan untuk menulis dalam Bahasa
Melayu. Tulisan Jawi merupakan satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga
dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Tulisan Melayu huruf Arab atau lebih dikenali
sebagai Tulisan Jawi telah lama wujud sejak abad ke-14 Masihi atau sebelumnya. Tulisan
Jawi adalah satu warisan daripada ‘Dunia Melayu’ yang bersejarah kerana kehadiran tulisan
ini menjadi titik tolak pemisahan dari zaman gelap jahiliah yang menyelubungi bangsa Melayu
ke zaman terang-benderang, sama ada dari aspek agama mahupun kebudayaan. Oleh hal
yang demikian, dapat dikatakan Sejarah Melayu bermula dengan tulisan Jawi, yang mana
berlaku serentak dengan kelahiran kerajaan-kerajaan Islam yang lampau. Hal ini dapat
dibuktikan Makam-makam Diraja Melayu yang diperbuat daripada batu pualam yang
mempunyai tulisan huruf-huruf Arab. Pada waktu itu, tulisan Jawi digunakan untuk menulis
kitab-kitab agama, karya-karya sastera, buku-buku, risalah dan juga prasasti serta surat-surat
perjanjian dengan negara-negara luar.

Batu bersurat yang terdapat di Kuala Berang, Terengganu telah memperlihatkan kepada
kita satu perubahan radikal terhadap Bahasa Melayu. Tulisan yang terdapat pada batu
bersurat itu memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan jawi. Tulisan Jawi
tersebut memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa Melayu denga agak
lengkap. Contohnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat
tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain. Didapati juga
bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf
‘q,v,x, dan z’ sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa
huruf ‘q’ dan ‘z’ tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud
dalam huruf Arab, iaitu ‘Qaf’ dan ‘Zai’

7

Rajah menunjukkan Tulisan Jawi pada batu
bersurat yang terletak di Kuala Berang

https://theswingingsixties.info/batu-bersurat-
terengganu-26/

1.4 SISTEM EJAAN ZA’ BA

Za’ ba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahum 1933 dan tersiar
dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Perubahan yang dilakukan oleh Za’ ba
disebabkan beliau mendapati wujudnya kelemahan pada sistem ejaan sebelum ini iaitu
Sistem Ejaan Wilkinson. Oleh hal yang demikian, Za’ba telah memperkenalkan sistem Ejaan
Rumi dalam bahasa Melayu ( Jawi-Rumi) .

Antara pembaharuan yang telah dilakukan adalah pembahagian huruf-huruf bahasa Melayu
kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi ini merupakan vokal yang terdiri daripada
enam abjad, iaitu a, e, i, o dan u. Huruf konsonan yang terdiri daripada 21 huruf. Dalam sistem
yang dikemukan oleh Za’ ba ini, terdapat 40 peraturan yang mana peraturan 1 hingga 5
menyentuh keserasian vokal dalam suku kata tertutup. peraturan yang dimaksudkan tersebut
adalah huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka vokal e yang
dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh, sireh, batek, kecuali jika terdapat
deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan.
Tahap perkembangan ejaan Jawi terbahagi kepada empat tahap yang mana pada tahap
pertama membincangkan ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan syaddah.
Pada tahap kedua pula, ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi
menanggalkan penggunaan tanda. Pada tahap ketiga pula, Ejaan Jawi cara Melayu yang
menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan tahap keempat pula ialah pengenalan

8

huruf saksi pada suku kata kedua pula bila terdapat ejaan yang hanya menggunakan huruf
saksi pada suku kata pertama itu mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua
perkataan..

1.5 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Ejaan Rumi Kongres merupakan ejaan selepas Ejaan Rumi Za’ba. Sistem ejaan rumi Kogress
ini merupakan hasil dalam salah satu siding di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa
Melayu pada 16-21 september. Tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi Bahasa Melayu.
telah dihalusi melalui sidang tersebut. Sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan
berkenaan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu
ketetapan tulisan jawi.

Antara prinsip ejaan yang ditetapkan ialah dengan menggunakan sistem fonologi bukan
fonetik yang mana melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf saja.
Seterusnya, perbezaan telah ditetapkan semula dari aspek segi keserasian vokal dalam suku
kata awal dan suku akhir penutup. Selain itu, prinsip yang ketiga menyatakan tanda sempang
dihapus penggunaannya berbeza dengan sistem Za’ba yang banyak sekali menggunakan
tanda sempang. Penggunaan tanda sempang dikecualikan pada kes-kes tertentu sahaja.
Prinsip keempat, adanya pembaharuan dari aspek perbezaan mengeja beberapa perkataan
tertentu disebabkan ejaan Kongres telah menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan
sebutan yang asal. Prinsip kelima pula berlakunya perubahan dalam penggunaan kata-kata
partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan di, ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan
ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang.

1.6 PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Sistem ejaan rumi yang ada sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu yang
telah dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan cetusan idea
daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang
dasarnya dipersetujui pada tahun 1967. Badan yang telah ditugaskan Menyusun pedoman
ejaan Rumi di Malaysia ialah jawatankuasa yang diletakkan di bawah pengurusan Dewan
Bahasa dan Pustaka. Pedoman ejaan Rumi Bahasa Melayu dapt dilihat daripada penggunaan

9

abjad yang terdiri daripada 26 huruf (a, b, c, d,…x, y, z).Dalam sistem ejaan Rumi, terdapat
lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal
baku, Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o dan u. Terdapat tiga pasang diftong dalam sistem
ejaan rumi (ai, au, dan oi) yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran.Diftong dilambangkan
sebagai gabungan dua huruf vokal. Huruf konsonan dala sistem ejaan Rumi terdapat 21
abjad. Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh satu vokal. Vokal itu dapat didahului
atau diapit oleh konsonan. Dari segi ejaan, dalam bahasa Melayu sekarang terdapat sebelas
pola suku kata. Sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu itu terdiri daripada empat pola
suku kata terbuka dan tujuh pola suku kata tertutup. Suku kata terbuka ialah suku kata yang
diakhiri oleh huruf vokal, dan suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf
konsonan. Satu huruf vokal dapat berdiri sebagai satu suku kata terbuka. Terdapat juga
pemisahan suku kata pada kata dasar. Pemisahan suku kata ejaan pada kata terbitan
dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan, termasuk awalan yang mengalami perubahan
bentuk, serta partikel dan kata ganti singkat, daripada kata dasarnya terlebih dahulu sebelum
memisahkan suku kata pada kata dasarnya. Pedoman dalam sistem tulisan Rumi ini juga
mengambil aspek sistem keselarasan huruf vokal. Keselarasan huruf vokal bererti
keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata
dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku
kata akhir tertutup.

Aspek seterusnya dalam pedoman sistem ejaan Rumi dalam Bahasa Melayu ialah ejaan
kata serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah. Penyesuaian ejaan bagi
kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis
dengan huruf Roman dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf. Dalam penyesuaian ejaan
daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain yang ditulis dengan huruf Roman,
yang dipentingkan ialah bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Oleh itu, perubahan fonem asing
ke dalam bahasa Melayu telah dilakukan apabila diperlukan sahaja. Terdapat juga ejaan kata
serapan daripada bahasa arab. Hal ini demikian kerana adanya penggunaan perkataan
umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja
kata-kata jati dalam bahasa Melayu.

Pedoman ejaan Rumi bahasa Melayu juga merangkumi penulisan kata terbitan. Kata
terbitan (atau kata turunan) ialah kata dasar yang berimbuhan (mempunyai awalan, sisipan,
akhiran atau apitan), atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain.
Semua imbuhan (awalan, sisipan, akhiran dan apitan) dan semua bentuk terikat lain yang
tidak dapat berdiri sendiri ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasar atau bentuk
dasarnya atau bentuk akarnya. Penulisan kata sendi juga merupakan aspek dalam pedoman
ejaan Rumi bahasa Melayu ini. Kata sendi nama (kata depan) di dan ke, sama dengan kata

10

sendi nama yang lain, ditulis terpisah daripada semua jenis kata yang ada selepasnya. Ada
empat jenis kata yang lazim terdapat selepas kata sendi nama di dan ke. Penggunaan kata
sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama yang menunjukkan arah atau mengenai
arah atau menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya.

Kemudian, isi yang terkandung dalam pedoman ejaan Rumi bahasa Melayu ialah penulisan
kata ganti singkat. Terdapat empat jenis kata ganti singkat yang terdapat dalam Bahasa
Melayu iaitu kau, ku, mu dan nya. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda
pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang ada di belakangnya manakala Kata ganti
singkat ku, mu dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk
dasar yang ada di depannya. Penulisan partikel juga termaktub dalam pedoman ejaan Rumi
bahasa Melayu ini. Terdapat 4 jenis yang terdapat dalam bahasa Melayu kini iaitu -lah, -kah,
-tah dan pun. Partikel -lah, -kah dan -tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan
Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya,
tanpa sempang, dalam ejaan rumi sekarang.

Pedoman ejaan Rumi bahasa Melayu juga merangkumi penulisan kata ulang. Kata ulang
(atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang ditulis sepenuhnya
dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka
dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam
ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang
termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan kata ulang
berimbuhan.

Beralih kepada pedoman ejaan Rumi seterusnya iaitu penulisan gabungan kata. Terdapat
tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis terpisah. Jenis yang pertama merupakan
kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai kata istilah khusus
dan kata majmuk, ditulis terpisah antara satu sama lain. Seterusnya jenis yang kedua iaitu
gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis, atau yang disebut rangkai kata
setara, ditulis secara terpisah dan yang ketiga ialah gabungan kata yang merupakan simpulan
bahasa. Akhir sekali, pedoman ejaan Rumi dalam bahasa Melayu mengambil kira aspek
penggunaan tanda sempang. Penggunaan tanda sempang ini merujuk kepada penulisan
semua jenis kata ulang. Tanda sempang juga berfungsi sebagai pemisah kepasa suku kata
yang tercerai oleh penggantian baris , memperjelaskan ungkapan, merangkaikan huruf kecil
dan huruf besar pada kata yang sama dan merangkaikan ke dengan angka terutamanya
dalam penulisan nombor ordinal. Penggunaan tanda sengkang ini juga merujuk kepada
rangkaian angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran-an dan menyatakan hubungan di
antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah.

11

12

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

2.1 PENGENALAN
Berdasakarkan pelbagai bukti, Bahasa Melayu dikatakan telah wujud berabad-abad lamanya.
Bermula dengan Bahasa Melayu purba hinggalah berlaku banyak perubahan membentuk
Bahasa Melayu yang lebih moden. Hal ini dapat dilihat daripada penggunaan Bahasa Melayu
dalam masyarakat yang semakin berkembang mengikut peredaran zaman dan salah satu
zaman tersebut ialah pada zaman pramerdeka yang mana pada zaman inilah pengukuhan
Bahasa Melayu semakin rancak dikukuhkan kedudukannya dalam Alam Melayu. Zaman
pramerdeka merupakan zaman sebelum merdeka yang boleh dibahagikan kepada dua tahap
iaitu zaman sebelum kolonialisme (1400-1786) dan zaman kolonialisme yang mana zaman ini
terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman sebelum perang dunia ke-2 ( 1786-1941) dan
zaman selepas perang dunia ke-2 (1951-1956).
Secara khususnya, zaman pramerdeka berlaku pada sekitar tahun 1950-1957 iaitu zaman
yang mana tertubuhnya ASAS 50. ASAS 50 ( ANGKATAN SASTERA 50) yang ditubuhkan
pada 06 Ogos 1950 merupakan pertubuhan pertama yang giat dalam mempertingkatkan dan
memajukan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Lembaga Bahasa Melayu yang giat
menghidupkan Bahasa Melayu telah wujud setelah penubuhan ASAS 50 ini.

13

2.2 PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG
Pejabat karang mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang kini dikenali
sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) sangat memainkan peranan penting dalam
perkembanagna kesusasteraan Melayu khususnya semasa sebelum merdeka. Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) belum lagi bergerak aktif lagi dalam bidang kesusasteraan
sewaktu itu. Orang yang bertanggungjawab menyuburkan bidang bahasa dan sastera melalui
Pejabat Karang Mengarang MPSI ialah Pendeta Za’ba. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1924
dan dikenali sebagai Penerbit Universiti dan dikenali sebagai Penerbit Universiti pada 01
November 2001. Tujuan penubuhannya ini ialah untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam
bahasa Melayu dan Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua golongan
masyarakat. Misalnya, menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku,
jurnal dan sebagainya. Selain itu, penubuhan ini juga bertujuan bagi menganjurkan bengkel-
bengkel penulisan serta kursus penterjemahan. Hal ini telah membuka peluang kepada warga
akademik menyebar luaskan kk.epakaran mereka dalam bidang yang diceburi dan ia dapat
mengimarahkan budaya penulisan dalam kalangan warga universiti.

14

2.3 PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA

Peranan Pakatan belajar-mengajar pengetahuan bahasa merupakan salah sebuah badan
pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebelum merdeka. Pakatan ini telah
ditubuhkan di Johor Bahru pada 1888. Penubuhan ini bertujuan untuk memajukan Bahasa
Melayu secara berkumpulan. Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman dan Dato’ Muhammad
Ibrahim.

Peranan Pakatan Belajar- Untuk mengendalikan
Mengajar pengetahuan perbincangan tentang Bahasa

bahasa Melayu

Mewujudkan perpustakaan

15

2.4 PERANAN ASAS 50

Gambar menunjukkan logo Asas 50

Secara umumnya ASAS 50 sangat bergiat di Singapura. Mereka berkarya untuk dipaparkan
khususnya kepada masyarakat untuk dipaparkan kepada masyarakat dan bertujuan
memajukan masyarakat. Hal ini dikeranakan masyarkat pada waktu itu sangat dahagakan
kemerdekaan. Mereka masih dibelenggu penjajah. Implikasinya mereka dibelenggu
kemiskinan dan juga ditindas oleh penjajah. Melalui peranan ini, pelbagai karya-kaya telah
dilahirkan misalnya slogan “ Seni untuk Masyarakat” dan lahirnya penyajak-penyajak seperti

16

Masuri S.N dan Usman Awang. Sajak-sajak mereka banyak menggambarkan mengenai
kemiskinan hidup dalam kaum nelayan, petani dan kaum buruh. Perkara-perkara ini juga
dapat dilihat dalam cerpen-cerpen karya Keris Mas, Usman Awang, Abdul Samad Ismail dan
Jimy Asmara. Kesemua ahli-ahli asas 50 telah bersepakat untuk memperjuangkan khususnya
bagi memperluaskan dan meninggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu,
menyatakan sebarang usaha yang berkaitan dengan bahasa dan sastera serta dapat
mengubah dan mencipta perkara-perkara yang mengandungi ilmu dan fikiran yang baharu
untuk disebarkan.

Selain itu, antara peranan utama Asas 50 dapat difokuskan untuk menyedarkan rakyat yang
leka dan lena dalam kawalan penjajah supaya dapat membangkitkan semangat kesedaran
kemerdekaan terutamanya dalam bidang sastera. Bidang penulisan sajak, sastera, kritikan
sastera dan cerpen.

Akhir sekali, peranan utama Asas 50 sebenarnya ialah memainkan peranan utama
khususnya dalam mengembangkan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek. Antara aspek
yang dititik beratkan ialah aspek peristilahan dan juga aspek ejaan. Hal ini bertujuan untuk
mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat penting iaitu sebagai bahasa
kebangsaan.

Gambar menunjukkan ahli-ahli Asas 50
ketika waktu itu

17

2.5 BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

- Laporan Barnes (1951)

Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 1950 dan dipengerusikan pleh L.J. Barnes, Pengarah
Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Oleh itu, Ordinan Pelajar 1952 dikuatkuaskan selepas
kajian terhadap Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.

Oleh hal yang demikian, melalui Laporan Barnes ini, penggunaan Bahasa Inggeris Dan
Bahasa Melayu dicadangkan sebagai Bahasa perantaraan di sekolah rendah bagi memupuk
semangat perpaduan dan integrasi antara etnik.

Mencadangkan satu corak
Pendidikan dirangka bagi
Memenuhi bentuk masyarakat

DI Tanah Melayu

Matlamat Laporan Barnes

Menyemak dan memperbaiki
bentuk Pendidikan Melayu

-Laporan Fenn-Wu (1951)

Disebabkan Laporan Barnes telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat
Cina dan India. Jawatankuas Fenn-Wu ditubuhkan pada tahun 1951 bagi mengkaji
kedudukan sekolah Cina. Dr. W.P Fenn dan Dr. Wu The-Yao. Secara umumnya, tugas utama
jawatankuasa Fenn-Wu adalah mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah.

18

Cadangan yang terkandung Matlamat Pendidikan beridentiti kebangsaan
dalam laporan Fenn-Wu
Matlamat Laporan Barnes

Mencadangkan agar satu corak Pendidikan dirangka bagi
memenuhi bentuk masyarakat di Tanah Melayu

Mempertahankan kewujudan sekolah Cina

Mempelajari tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Bahasa ibunda mereka

Membina maktab perguruan cina
Menambah bantuan kewangan

Isi kandungan yang terdapat dalam Laporan Fenn-Wu ini telah menentang sebarang
penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah, yang akan mengakibatkan
penghapusan bahasa dan budaya Cina khususnya di Malaysia. Dalam laporan Fenn-Wu ini
juga, ada menyatakan bahawa mereka menyokong supaya sistem persekolahan majmuk
dikekalkan dan Inggeris. Sekolah-sekolah vokasional perlu terus dikembangkan untuk
menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.
Dalam laporan ini juga, ada menyatakan bahawa perlu adanya kajian dan penyedian buku-
buku teks yang ditulis dalam bahasa Cina.

-Ordinan Pelajaran (1952)

Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh
keraajaan British di Tanah Melayu atau pada waktu itu dikenali sebagai Malaya bagi mengkaji
Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu.

Ordinan Pelajaran 1952 19

Penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu satu
sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
pengantar dan satu lagi sekolah yang menggunakan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa dengan
jumlah murid seramai 15 orang pelajar, kemudahan
pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan disediakan

Bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi
sekolah Melayu sementara Bahasa Melayu akan
menjadi pelajaran wajib untuk sekolah Inggeris

Pada dasarnya, Ordinan Pelajaran 1952 ini dibentuk adalah bertujuan untuk mengurangkan
jurang perbezaan yang terdapat dalam sistem persekolah di Persekutuan Tanah Melayu iaitu
menjadikan Bahasa Melayu iaitu menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Walaupun ordinan tersebut dikatakan sebagai salah satu bentuk dalam
mengukuhkan dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum
namun dalam realitinya, murid-murid telah diasingkan dalam sekolah vernakular masing-
masing dan tidak berpeluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Jelaslah bahawa pihak
British tidak begitu mengambil serius untuk melaksankan sistem persekolahan di Persekutuan
Tanah Melayu pada waktu itu. Hal ini demikian kerana berlaku ketidak seragaman dan
percanggahan dalam sistem persekolahan seperti yang dicadangkan dalam laporan-laporan
tersebut.

Hal ini bertambah menjadi semakin bertambah buruk, apabila penubuhan jawatankuasa
bagi mengkaji dan mencadangkan pelbagai bentuk dan cara sistem pendidikan tersebut yang
dikatakan menyeragamkan dasar pendidikan di Tanah Melayu tetapi hanya menambahkan
lagi kecelaruan khususnya dalam pembentukkan satu dasar pendidikan yang dapat diterima
oleh semua rakyat di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu. Masalah kewangan yang
dihadapi oleh pihak British pada waktu itu menyebabkan sebahagian besar ordinan tidak
dapat dijalankan yang mana seterusnya pihak British merangka semula inisiatif lain agar dapat
dilaksanakan juga ordinan ini namun ia juga gagal berikutan masalah kewangan yang
dihadapi oleh pihak British. Sudah terang lagi bersuluh, pihak British tidak bersungguh-
sungguh dalam melaksankan dasar pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu
yang mana dapat menjadi tunjang kepada pembentukkan sesebuah persekolahan yang

20

sistematik. Namun, realitinya, ia hanya sebahagian daripada propaganda dan amalan dasar
pecah dan perintah oleh pihak British yang menjadi landasan kepada mereka untuk menjajah
dan demi menjaga kepentingannya di Tanah Melayu.

-Laporan Razak
Setelah 3 tahun penguasaan Ordinan Pelajaran, iaitu pada tahun1955, Kerajaan British telah
menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawatankuasa yang dikenal pasti
Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran. Menteri Pelajaran Persekutuan pada waktu
itu, Tun Haji Abdul Razak b. Hussein merupakan individu yang mengetuai jawatankuasa ini.
Jawatankuasa ini iaitu Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956.

Tugas Jawatankuasa

Memeriksa dasar Menjaga Mengesyorkan Menjadikan
pelajaran sedia perkembangan perubahan dan bahasa Melayu
ada termasuk sebagai bahasa
perkara yang bahasa dan penyesuaian
terkandung dalam kebudayaan terhadap kebangsaan
Pelajaran 1952 pendidikan
kaum lain

Secara umumnya, matlamat Razak adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di
Malaya. Laporan ini telah digabungkan ke dalam seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957
untuk membekalkan asas kepada rangka atau kemerdekaan Malaya yang kini dikenali
sebagai Malaysia.

Laporan Razak ini merupaka tolak ansur di antara Laporan Barnes yang mana laporang ini
digemari oleh orang Melayu dan Laporan Fenn-Wu yang mana perkara ini digemari oleh orang
Cina dan India. Pelbagai cadangan telah diutarakan dalam laporan ini khususnya
mewujudkan dua jenis sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang mana penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantara di SRK. Sebelum ini, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang
sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu

21

sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, ia juga membenarkan pengekalan
dalam menggunakan medium bahasa yang lain di Sekolah.

22

2.6 PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN

- Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tanggal 22 Jun 1956
khususnya dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal yang dijadikan bahasa
kebangsaan pada waktu itu. Dewan Bahasa dan Pusta (DBP) telah dinaikkan taraf sebagai
sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959.

Peranan- peranan DBP;

1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi. Hal ini dikeranakan penggunaan bahasa Inggeris terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi sudah tidak diragukan lagi. Kita juga dapat melihat
penggunaan Bahasa Inggeris untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan
atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang. Oleh hal yang demikian, pihak
Dewan Bahasa dan Pustak telah berusaha khususnya dalam memainkan peranan
untuk memperkaya Bahasa Melayu agar lebih banyak perkataan dan istilah daripada
Bahasa Melayu di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang seperti bidang sains
dan teknologi.

2. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka seterusnya ialah memajukan bakat
kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan. Pihak DBP mengiatakan diri dari
semasa ke semasa misalnya dengan penganjuran Minggu Penulis Remaja dengan
motif dan matlamat melahirkan serta memupuk minat pada generasi baru. Selain itu,
usaha DBP ini dapat dilihat daripada penganugerahan bagi mengalakkan sasterawan-
sasterawan untuk menceburi bidang ini. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah
begitu penting sehingga ia telah diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan
Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalam usaha memantapkan lagi
pengembangan sastera.

3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-
buku, risalah-risalah dan lain-lain terutamanya dalam bentuk persuratan dalam bahasa
kebangsaan. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam
industri percetakkan dan penerbitan buku, risalah, kamus dan pelbagai bentuk bahan
ilmiah disebabkan ia merupakan sebuah organisasi terbesar di Malaysia. Buku-buku
teks sekolah rendah dan juga buku-buku ilmiah yang sangat penting sama ada bagi
sekolah rendah atau menengah merupakan cetakkan daripada pihak DBP ini. Menurut
Mantan Menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Malaysia, Datuk View Vui
Keong(2018) bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 20 tahun lalu berjaya

23

menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Hal
ini dapat membuktikan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka ini juga bertindak sebagai
medium penterjemahan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan
dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya.
4. Peranan DBP juga ialah dalam membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk
istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Hal ini dapat dilihat daripada
pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah, menengah dan hinggalah ke peringkat pengajian tinggi . Banyak
Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan Kerjasama institusi
pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah
bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Melalui perubahan ini
banyak perkara telah disaksikan perancangan korpus bahasa Melayu berkembang
dengan cepat sekali.
5. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan yang betul. Sebagaimana yang kita ketahui, tidak ramai daripada rakyat
Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu dengan tepat dan betul. Misalnya, rakyat
Malaysia menggunakan bahsa pasar sebagai bahasa pergaulam mereka dalam
seharian. Hal ini bertambah lebih buruk, apabila notis-notis ataupun risalah awam
yang diedarkan kebanyakkannya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul .
Walaupun DBP mengalakkan penggunaan bahasa penggunaan bahasa kebangsaan
namun setelah masa beredar melangkui peredaran zaman kini semakin banyak
percampuran bahasa seperti bahasa rojak yang kini sedang menular dalam
masyarakat masa kini. Jika dipandang daripada sudut lain, keaslian bahasa
kebangsaan ini tidak dicemar yang mana dapat dilihat daripada penggunaan singkatan
yang mana penggunaaannya dapat memudahkan penulis surat bagi alamat dan
Kawasan.
6. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan supaya ia dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut
undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Dalam usaha memperkembangkan
bahasa Melayu, DBP telah melaksankan pelbagai proga, melalui fungsi pengukuhan
dasar bahasa kebangsaan, pemantauan, pemupukan, penataran, perkhidmatan, dan
penyebaran. Pelbagai kegiatan telah dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi
memastikan kedudukan Bahasa Melayu terus menjadi bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, kita dapat
memastikan bahawa peranan DBP sangat penting dalam menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang terutama
dalam bidang pentadbiran negara, dalam bidang pengajian tinggi dan dalam kegiatan-

24

kegiatan yang maju dan kompleks terutamanya dalam kegiatan intelektual, kebudaya,
ekonomi dan perdagangan.

25

-Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan
Suatu masa dahulu bahasa Melayu merupakan bahasa yang hebat dan terkenal. Hal ini dapat
dibuktikan apabila bahasa Melayu dikenali sebagai Lingua Franca pada zaman
kegemilangannya. Sememangnya peranan bahasa Melayu pada waktu itu sangatlah penting
yang mana perkara ini ada tercatat dalam sejarah iaitu semenjak abad ke-7 Masihi iaitu
semenjak zaman Srivijaya pada abad ke-7 dan telah memuncak pada zaman Kesultanan
Melayu untuk suatu tempoh yang agak panjang. Sewaktu itu, bahasa Melayu sangat
berkembang dengan pesat dan pantas sehingga hampir ke seluruh pelosok dunia dan hal ini
juga dikaitkan dengan bidang bahasa dan strategi pengajaran bahasa kepada penutur asing.

Jika dikaji dan diselidiki, pada peringkat serantau dan antarabangsa, kerjasama juga
berlaku khususnya dalam memartabatkan bahasa Melayu di beberapa benua negara iaitu
antara negara Malaysia dan negara-negara jiran seperti Brunei dan Indonesia. Hal ini
dilakukan bagi berkongsi wawasan pelaksanaan. Hasil gabungan Dewan Bahasa dan
Pustaka Brunei, Pusat Bahasa Indonesia dan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan-
badan daripada setiap negara yang mengambil bahagian dalam memartabatkan bahasa
Melayu.

Selain itu, kerjasama serantau dan pengantarabangsaan juga dapat dilihat apabila bahasa
Melayu digunakan di beberapa benua bagi mengantarabangsakan bahasa ini. Hal ini dapat
dibuktikan melalui penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Benua Eropah. Pelaksanaan ini
berlaku adalah bagi menempatkan seseorang yang bertaraf profesor di institut tertentu. Hal
ini secara tidak langsung telah mengembangkan bahasa dan budaya Melayu, menjalin
persefahaman budaya antara Dunia Melayu dengan Eropah dan merangsang minat para
pengkaji. Universiti Victoria, New Zealand, Uniersiti Pengajian Asing di Beijing (BSFU) dan
Universiti Leiden yang terletak di Belanda.

26
Gambar rajah di atas merupakan lambang Dewan Bahsa dan Pustaka

Gambar rajah di atas merupakan pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka

27

28

3.0 CABARAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
Sememangnya kita yakin dan percaya pelbagai cabaran pasti dihadapi dalam mengekalkan
bahasa Melayu ini supaya tidak hilang ditelan zaman. Pelbagai cabaran dapat dilihat sehingga
wujudnya perkara 152 Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa bahasa Melayu
menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam
urusan rasmi dalam semua bidang. Menurut Prof. Dato Awang Sarian Had Salleh, dalam
Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia merupakan bahasa ibunda
keturunan Melayu. Kenyataan ini sememangnya memberi pengetahuan kepada kita sebagai
pengguna bahasa Melayu ini untuk mengekalkan bahasa Melayu ini. Penggunaan Bahasa
Kebangsaan tetap berjalan dengan lancar walau terdapat pelbagai halangan pada mulanya.
Namun, timbulnya cabaran sebagai suatu unsur atau faktor yang mencabar, menguji,
kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi ( Kamus Dewan Edisi ke-4,
2005). Oleh itu cabaran masa depan bermaksud kemampuan bahasa Melayu di masa akan
datang terutamanya dalam meniti arus globalisasi ini. Cabaran yang dihadapi ini merangkumi
beberapa bidang iaitu :

3.1 PENDIDIKAN

Sememangnya kerisauan mengenai bahasa Melayu ini dapat dikesan dalam bidang
pendidikan. Tidak dinafikan lagi bahawa kebanyakan mata pelajaran kini menggunakan
sebagai Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Jika diselidiki dalam perkembangan
penggunaan Bahasa Melayu ini, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pendidikan menghadapi cabaran setelah 32 tahun pelaksanaan dan setelah 54 tahun
Malaysia Merdeka iaitu apabila Akta pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan yang
mana semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sememangnya perkara yang sama juga dibimbangkan apabila kerajaan di masa akan datang
merubah corak pola pendidikan yang mana menyarankan penggunaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Penggunaan Bahasa Inggeris memang tidak diragukan kerana
penggunaannya sudah di tahap globalisasi. Penggunaannya ini bertujuan apabila terdapat
beberapa subjek khususnya yang diajar di peringkat IPT terpaksa diajar menggunakan
Bahasa Inggeris disebabkan kurangnya istilah yang sesuai untuk digunakan dalam Bahasa
Melayu. Jika difikirkan semula, sememangnya ini memberi kesan positif kepada para pelajar

29

apabila mereka mampu menguasai lebih daripada dua bahasa, namun ini juga memberi impak
kepada bahasa Melayu apabila sistem pengajaran akan berubah sepenuhnya yang mana
sistem pengajaran di Sekolah akan diajar menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya yang
mengakibatkan kurangnya penguasaan Bahasa Melayu ini pada generasi akan datang.
Secara tidak langsung, penggunaan Bahasa Melayu ini akan berada yang di tahap yang
kurang memuaskan dan tidak konsisten. Perkara ini juga dapat dilihat apabila kerajaan telah
memperkenalkan dasar dwi bahasa iaitu kebebasan kepada pihak sekolah sama ada ingin
memilih bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa utama Sains dan Matematik.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu boleh memainkan peranannya
dalam penyampaian maklumat berkaitan sains dan teknologi sekiranya kita memiliki ilmu dan
teknologi sendiri tanpa bergantung kepada ciptaan teknologi negara lain. Gagasan Agenda
Ilmu yang telah dikemukakan oleh Shahir Mohd. Zain (1995) amat bertepatan dengan
kehendak Malaysia khususnya untuk menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi. Pertambahan sekolah vernakular juga dapat membimbangkan
pemerkasaan bahasa Melayu ini yang mana menyebabkan bahasa Melayu sekaligus menjadi
semakin jauh khususnya dalam mencapai sebuah negara bangsa. Jumlah sekolah vernakular
seharusnya berkurangan apabila kita dalam usaha untuk menerajui dan membentuk negara
bangsa tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Hal ini bertambah semakin buruk apabila usaha
kerajaan menjadikan sekolah sebagai lokasi penyatuan kaum sedikit terjejas apabila
kebanyakan masyarakat Malaysia lebih memilih sekolah vernakular sebagai tempat
pembelajaran anak mereka. Malah, pertambahan ini juga dapat dilihat apabila sekolah-
sekolah kebangsaan kian bertambah dari hari ke hari yang juga pasti akan memberi impak
negatif khususnya dalam pemerkasaaan bahasa Melayu. Tidak cukup dengan itu, cabaran
Bahasa Melayu ini juga dapat dilihat apabila di peringkat lebih tinggi, kebanyakan universiti
memperkenalkan pengajaran kursus dalam bentuk bahasa Inggeris. Mereka memberi
pendapat bahawa kebanyakan ilmu dan rujukan maklumat utama merupakan sumber
daripada bahan yang berbahasa Inggeris.

3.2 EKONOMI

Dalam bidang ekonomi pula, dapat dilihat penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris
khususnya dalam menjalankan aktiviti perdagangan ini. Hal ini demikian kerana, kebanyakan
barangan yang diimport daripada luar menyebabkan masyarakat terpaksa menggunakan
bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti import dan eksport ini. Sekiranya penggunaan
bahasa Inggeris tidak dilakukan sudah pasti hal ini akan menyukarkan aktiviti jual beli dan
juga pengekalan hubungan diplomatik dengan negara jiran. Namun perkara ini juga akan

30

memberi impak yang negatif kepada pemerkasaan dalam bahasa Melayu. Selain itu, ada
sesetengah kedai yang terdapat di pasar raya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi dalam menjalankan aktiviti jual beli ini belum lagi ditambah dengan produk iklan
yang menggunakan bahasa Inggeris yang mana lebih mengecewakan apabila produk buatan
anak Malaysia menggunakan bahasa pengiklanan bahasa asing seolah-olah bahasa
kebangsaan kita dipandang rendah.

3.3 PENTADBIRAN KERAJAAN

Sememangnya tidak dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang
digunakan untuk mentadbir negara semasa kita masih berada di bawah naungan British.
Namun setelah negara kita mengalami kemerdekaan, bahasa Inggeris telah ditukarkan
kepada bahasa Melayu sebagai bahasa Pentadbiran negara. Semasa berlakunya penukaran
ini, pelbagai persepsi masyarakat yang secara tidak langsung menjadi penghalang dan
cabaran kepada penggunaan bahasa Melayu ini sebagai bahasa pentadbiran kerajaan.
Mereka beranggapan bahawa istilah bahasa Melayu masih kurang dalam aspek perkataan
dan istilah khususnya melambangkan berbagai-bagai perkara, benda dan kejadian yang
terdapat dalam kebudayaan moden seperti dalam bidang ilmu pengetahuan yang dapat
diperkatakan dalam Bahasa Inggeris ( Syed Hussein Alatas, 1991).

Perkara ini juga telah menimbulkan perasaan kurang yakin oleh masyarakat dengan
kemampuan bahasa Melayu itu sendiri. Tambahan lagi, dalam persidangan rasmi yang
dihadiri pemimpin negara lain, walaupun persidangan ini diadakan di negara sendiri, namun
bahasa Inggeris juga yang digunakan oleh pemimpin Malaysia dalam ucapan atau
persidangan. Hal ini juga telah mencabar kedudukan dan merendahkan martabat bahasa
Melayu.

31

3.4 CABARAN DALAM ASPEK LAIN

Selain daripada cabaran dalam bidang-bidang di atas, terdapat juga cabaran dalam aspek-
aspek lain misalnya:

- Keracuan Bahasa Di Media Sosial

Dalam melewati arus perkembangan dunia ini, media sosial bukanlah asing bagi setiap
individu di setiap lapisan masyarakat. Aplikasi media sosial seperti Youtube, Facebook,
Instagram dan kini yang terbaru seperti Tik Tok merupakan aplikasi yang banyak memberikan
impak positif terutamanya dalam mempamerkan bakat, sebagai platform mempromosikan
barangan dan sebagai hiburan. Melalui aplikasi ini, banyak individu dapat berjaya sama ada
dalam perniagaan ataupun hiburan. Namun di sebalik impak positif dalam mewujudkan
individu yang positif, terdapat juga impak negatif yang dapat dikesan antaranya keracunan
bahasa di media sosial. Sememangnya, perkara ini perlu dititikberatkan disebabkan perkara
ini juga merupakan cabaran yang nampaknya boleh mendatangkan kegoyahan terhadap
bahasa kebangsaan kita ini. Penggunaan perkataan yang tidak jelas maksudnya kini semakin
popular di media sosial sahaja kini menjadi ikutan mulut para generasi baharu ini. Menurut
Tan Sri Lee Lam Thye ( 2014), penggunaan bahasa rojak telah membuktikan cerminan sikap
dan ketidakyakinan rakyat Malaysia terhadap penggunaan bahasa Melayu di media sosial.
Sememangnya perkara ini menjadi cabaran terutamanya dalam mengekalkan keaslian
bahasa Melayu itu. Penggunaan bahasa rojak yang sudah tidak dapat dinafikan lagi di media
sosial kini semakin berada di tahap yang membimbangkan. Campuran bahasa asing daripada
negara luar sama ada dari negara jiran ataupun Eropah menjadi ikutan golongan muda di
negara kita. Akibat daripada penggunaan bahasa rojak di media sosial ini juga, penguasaan
bahasa dan komunikasi telah semakin berkurang dalam diri individu masyarakat. Perkara ini
juga merupakan perkara yang akan menjejaskan mutu dan kemurnian bahasa Melayu dalam
kalangan masyarakat. Sekiranya kerancuan ini tidak ditepis dengan kadar segera semestinya
kemurnian bahasa Melayu juga akan terjejas.

- PERCAMPURAN KOD

Percampuran kod (code mixing) merupakan fenomena biasa dalam kalangan mereka yang
boleh berbahasa lebih daripada satu. Sememangnya percampuran kod pada hari ini perlu
dirisaukan apabila seseorang itu mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa
atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Fenomena ini memang
sangat berleluasa di Malaysia disebabkan terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti

32

bahasa Melayu, Cina, Tamil dan suku kaum serta dialek tempatannya. Tanpa kita sedar pada
hari ini percampuran kod ini berlaku sahaja pada sehari-hari dalam kehidupan seharian. Lebih
parah lagi, percampuran kod kini sudah menular di dalam media-media seperti akhbar,
majalah, televisyen dan radio. Sekiranya dikaji punca percampuran kod ini sebenarnya terjadi
di media ini sebenarnya daripada sikap majikan dan pemilik produk yang mahu menikmati
keuntungan sehingga mereka mampu mengabaikan kepentingan bahasa Melayu. Tujuan
utama percampuran kod ini sebenarnya digunakan di dalam media-media sebenarnya adalah
untuk menarik perhatian para pembaca untuk membaca isi dan tema yang ingin disampaikan
oleh para penulis dan penerbit. Jika difikirkan semula, teknik dan niat sememang betul namun
di sisi penggunaan bahasa perkara ini merupakan satu kesalahan. Hal ini demikian kerana,
percampuran kod di dalam dialog tersebut telah mencemari dan merendah-rendahkan
martabat bahasa Melayu khususnya sebagai bahasa kebangsaan. Kesan lain juga dapat
dikesan apabila artikel atau media-media ini dibaca oleh kaum-kaum lain yang menjadi
penutur minoriti bahasa Melayu. Sudah pasti mereka akan mempertikaikan status bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini. Mereka pasti akan terikut-ikut berkenaan ayat
digunakan di dalam media-media tersebut. Kesannya, bahasa Melayu menjadi bahan ejekan
daripada kaum-kaum lain dan yang juga akan menjatuhkan maruah bahasa Melayu itu sendiri.

- Slanga

Sememangnya tanpa kita sedar bahawa pencampuran kod kini juga sudah berada di tahap
yang membimbangkan. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (n.d.), bermaksud kata-
kata iaitu bahasa baku yang biasanya tidak akan digunakan dalam percakapan yang rasmi.
Oleh hal yang demikian, bahasa slanga boleh dimaksudkan sebagai bahasa yang tidak rasmi
dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai bahasa standard atau dialek dalam
bahasa.

Jika diselidiki terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa slanga
ini pada hari ini antaranya ialah daripada penggunaan media sosial ini. Tidak dapat dinafikan
bahawa penggunaan media sosial ini merupakan punca bahasa slanga ini kini sudah tersebar
luas penggunaannya. Lihat sahaja penggunaan perkataan-perkataan yang diringkaskan
dalam aplikasi media sosial ini. Misalnya perkataan otai (ketua) dan x (tidak). Penggunaan
bahasa slanga ini sememangnya dapat menunjukkan hubungan mesra dalam hubungan
seseorang individu itu dengan individu masyarakat namun kesannya penggunaan bahasa
slanga ini dapat mengakis keaslian bahasa Melayu itu.

33
Terdapat pelbagai cara dapat setiap individu itu tersebut dapat membendung
penggunaan bahasa slanga ini antaranya setiap individu di setiap lapisan masyarakat perlulah
memainkan masing-masing dengan membiasakan penggunaan perkataan dan bahasa yang
betul semasa menggunakan media sosial. Hal ini secara tidak langsung dapat membendung
permasalahan penggunaan bahasa slanga agar tidak menjadi kebiasaan setiap individu di
negara kita.

Gambar rajah di atas menunjukkan penggunaan bahasa
slanga

34

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, sememangnya perkembangan yang berlaku dalam tulisan Bahasa Melayu
melalui banyak fasa sehingga ke hari ini. Sistem tulisan yang pertama yang telah dijumpai di
Alam Melayu iaitu tulisan Pallawa seterusnya bergerak kepada tulisan Kawi yang juga
dipengaruhi oleh tulisan Kawi. Perpindahan tulisan daripada tulisan Kawi kepada tulisan Jawi
juga turut berlaku setelah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Penubuhan sistem ejaan Za’ba
telah ditubuhkan oleh Zainal Abidin bin Ahmad yang telah merancakkan lagi perkembangan
bahasa Melayu. Dalam sistem ejaan Za’ba mempunyai dua jenis sistem ejaan iaitu sistem
ejaan jawi Za’ba dan sistem ejaan rumi Za’ ba. Sistem ejaan rumi Kongres seterusnya muncul
selepas sistem ejaan rumi Za’ba bagi mempertingkatkan ejaan bahasa Melayu pada waktu
itu. Akhir sekali, berkenaan mengenai pedoman ejaan rumi Bahasa Melayu yang mempunyai
lima bahagian. Lima bahagian itu merangkumi penggunaan abjad untuk yang pertama,
penulisan huruf bagi bahagian kedua, bahagian ketiga berkenaan penulisan kata , bahagian
keempat berkenaan dengan tanda baca dan penulisan unsur serapan pada bahagian kelima.

Seterusnya, perkembangan bahasa Melayu dapat dilihat berkembangan sejak
daripada pramerdeka sehingga ke hari ini iaitu zaman pascamerdeka. Penubuhan-penubuhan
pelbagai badan-badan kerajaan dapat diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan
bagi memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu. Badan-badan yang
memartabatkan bahasa Melayu yang dimaksudkan ini seperti Pejabat Karang Mengarang,
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa, dan Asas 50. Di samping itu juga, dalam
memartabatkan bahasa Melayu ini, terdapat beberapa laporan berkaitan penggunaan Bahasa
Melayu khususnya dalam sistem pendidikan. Laporan yang dimaksudkan ialah Laporan
Barnes (1951), laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952) dan laporan Razak (1956).
Laporan yang dinyatakan ini mempunyai peranan masing-masing dalam mempertahankan
hak-hak seperti perkauman. Pada abad ke-19, bahasa Melayu terus berkembang pesat
khusunya apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Penubuhan
Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan langkah awal kerajaan khususnya dalam
menguruskan segala perkara berkaitan bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) ini pada 1956 dan terletak di Johor dan pada waktu itu penubuhan DBP untuk
mengembangkan dan memperkayakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan juga berlaku pada waktu itu khususnya dalam
memartabatkan bahasa Melayu dengan Majlis bahasa Indonesia dan Malaysia. Kerjasama ini
memfokuskan kepada pemantauan dan perancangan perkembangan bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia di rantau ini.

35

Akhir Sekali, sememangnya dalam era yang sudah moden ini, pelbagai cabaran telah
dihadapi oleh bahasa Melayu. Jika sekilas dipandang, pasti sudah tidak diragukan lagi tahap
kebimbangan bahasa Melayu yang sudah mencapai tahap kebimbangan. Oleh hal yang
demikian, peranan setiap individu di setiap lapisan masyarakat sangatlah penting kerana
masa depan bahasa Melayu kini sudah bergantung kepada setiap rakyat di Malaysia.
Sekiranya kita gagal dalam memartabatkan bahasa Melayu, sudah pasti keaslian dan
keunikan bahasa Melayu miliki tidak akan kekal. Cabaran-cabaran yang kini dialami bahasa
Melayu seperti dalam bidang pendidikan, ekonomi, pentadbir kerajaan, kerancuan bahasa di
media sosial, percampuran kod dan slanga. Oleh hal yang demikian, kita sebagai rakyat
Malaysia haruslah bersama-sama dalam mempertahankan bahasa Melayu agar bahasa
Melayu tetap menjadi bahasa kebanggaan kepada kita semua. Keaslian bahasa Melayu
haruslah sentiasa diawasi agar tidak mencemarkan bahasa Melayu.

36

5.0 SUMBER RUJUKAN
Nas Hafizah Nasrullah. (2016, April 18). Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa

(p bm pb) [slaid PowerPoint]. SlideShare.
https://www.slideshare.net/ns2409/pakatan-belajar-mengajar-pengetahuan-bahasa-
p-bm-pb
Nurlidyawati Jasmin. (2017, April 30). Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
[slaidPowerPoint]. SlideShare.
https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-
dan-jawi
Nurul Fadila Lacatta, Nurul Nadhirah Abdullah, & Terinsip, E. (2018, Oktober 20). Bahasa
Melayu pramerdeka [slaid powerPoint]. SlideShare.
https://www.slideshare.net/EddyTerinisip1/bahasa-melayu-pramerdeka
Muhammad Ariff Ahmad. (1992). Bicara Bahasa dan Sastera 3: Pertumbuhan dan
perkembangan bahasa Melayu.

https://www.languagecouncils.sg/mbms/en/-
/media/mlc/documents/penerbitan_pertumbuhan-dan-perkembangan-bahasa-
melayu_haji-muhammad-ariff-ahmad.pdf

Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia:

Dasar, cabaran dan pelaksanaan kearah perpaduan nasional. SOSIOHUMANIKA,
Vol 4, No 1 (2011).

https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/436

Nazreen Munir. (2014). Wacana akademik bahasa Melayu: Pengantarabangsaan bahasa
Melayu.

https://www.academia.edu/9579200/Pengantarabangsaan_Bahasa_Melayu

Nor Shela Saleh., Norizan Rameli., Muhaymin Hakim Abdullah & Riki Rahman. (2019).
Integrasi etnik dalam ideology pendidikan. JOURNAL OF TECHNO
SOCIALVOL.11NO.2(2019)47-54

https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/4370/3337
Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan. (2018). Sumbangan lepasan Sultan Idris training college

(SITC) dalam membangkitkan semangat nasionalisme 1922-1957. Tesis, 129-133.
https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/4494_4494.pdf

37

Sabariah Sulaiman, Nur Hidayah Rashidi, & Teo, K. S. (2015). Pengaruh Islam, Arab dan
Parsi dalam Inovasi Sistem Tulisan Jawi. PENDETA, Jurnal Bahasa Dan Sastera Melayu,
1, 216-217. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1165/834

Sharifah Darmia Sharif Adam. (2014). Cabaran dan reaksi pelaksanaan bahasa kebangsaan
dalam bidang pentadbiran dan Pendidikan di Malaysia, 1957-1996. Procedia - Social and
Behavioural Sciences, 134, 306-308.
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814031632

Syamil. (2021, 7 Oktober). Set nota BMMB1074 BM2 [Flipbook]. Anyflip.
https://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic

Ho, K. C. (2015). Peranan Dong Jiao Zong dan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam

pengendalian dan perkembangan pendidikan bahasa ibunda. Journal of Chinese
Literature and Culture, 102-103.
https://www.academia.edu/31455842/Peranan_Dong_Jiao_Zong_dan_Dewan_Baha
sa_dan_Pustaka_dalam_Pengendalian_dan_Perkembangan_Pendidikan_Bahasa_I
bunda

Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran pemerkasaan bahasa

Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. Asian People Journal,
3(2), 185-189. https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152/150


Click to View FlipBook Version