The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by golden.lucky.silver, 2022-05-30 06:04:02

3anyflip

3anyflip

Bicara Kata

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MUAR

“Umpama kejora di angkasa, cahayanya menerangi maya buat para pengembara

menjelajahi seluruh buana.” Begitulah ungkapan penghargaan buat para guru yang
menabur bakti kepada anak didiknya dalam memastikan murid menjadi insan yang
berilmu dan bermanfaat kepada kemajuan negara.

Dalam dunia pendidikan, semua bermula daripada seorang guru. Tanpa

pengorbanan guru dalam menghadapi kerenah murid, pasti tidak terlahir seorang
insan. Jasa dan pengorbanan guru wajar dihargai melalui tanda hormat dan ucapan
terima kasih kepada para guru. Bukan semestinya melalui ucapan dan pemberian
hadiah dalam bentuk material, titipan doa juga sebagai bukti kita mengingati guru
yang telah berjasa dalam kehidupan kita. Didoakan semua guru sentiasa berada
dalam rahmat Allah dan bagi guru yang lebih awal meninggalkan kita didoakan
kesejahteraan mereka di dunia fana.

Diharapkan warga pendidik terus istiqamah melaksanakan amanah yang

diberi dengan tulus ikhlas bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika
perkhidmatan awam walaupun tanggungjawab guru semakin hari semakin kompleks
dan mencabar selaras dengan perkembangan pesat teknologi masa kini.

Kalungan budi segunung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat

menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Muar Tahun 2022 ini secara
langsung atau tidak langsung. Ucapan terima kasih yang mampu dilafazkan kepada
semua pihak dan agensi yang sentiasa berkolaboratif menjayakan program yang
dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Muar.

Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA.
Sekian terima kasih.

Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu.
“MUAR EXCELS”

(RAHMAN @ ABDUL RAHMAN BIN SELAMAT)
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Muar

Atur Cara Sambutan

9:30 pagi KEHADIRAN TETAMU JEMPUTAN
: Pendaftaran & Semakan Status Risiko COVID-19 Dalam
Aplikasi MySejahtera

10:00 pagi SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH
: Ketibaan Tetamu Kehormat
: Nyanyian Lagu Bangsa Johor & Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Tayangan Video Tribute Allahyarham Encik Puniran bin
Denan & Allahyarham Tuan Haji Mohd Nor bin A. Ghani
(Mantan Pegawai Pendidikan Daerah Muar dan Mantan
Pengarah Pendidikan Negeri Johor)
: Ucapan Alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Muar
: Ucapan Perasmian
: Gimik Sambutan Hari Guru - Video PDPR
: Bacaan Ikrar Hari Guru
: Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia
: Nyanyian Lagu Sekolahku SEJAHTERA
: Penyerahan Mock Cheque Pemenang Insentif Rakan
Strategik Bank Rakyat
: Penyampaian Watikah Lantikan Focal Person PIBKS
: Penyampaian Hadiah Video Kreatif Hari Raya TS25
: Penyampaian Anugerah Guru Inovatif
: Persembahan Montaj Tokoh Kepimpinan dan Tokoh Guru
: Penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan
Daerah Muar 2022
: Penyampaian Anugerah Tokoh Guru Daerah Muar 2022
: Acara Memotong Kek Hari Guru
: Marhaban

12:00 thr SAMBUTAN HARI RAYA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR

Tokoh Guru

DAERAH MUAR 2022

CIKGU JAMILAH BINTI ABDULLAH
Cikgu Jamilah binti Abdullah lahir pada
05.08.1961 di Labis, Segamat.

SEJARAH PENDIDIKAN 1968 - 1973
SK Labis 1974 - 1976
SMK Munshi Ibrahim 1977 - 1978
SMK Datuk Bentara Dalam
1979 - 1980
SMK Dato Sri Amar DiRaja 1981 - 1984
Universiti Pertanian Malaysia

SEJARAH PERKHIDMATAN PPP BS DG6 di SMK Munshi Ibrahim, Labis
01.11.1984 - 31.12.1986
PPP BS DG5 di Sekolah Tinggi Muar
01.01.1987 - 30.10.1992 Guru Besar SK Simpang 4
01.11.1992 - 15.03.1995 Guru Besar SK Bandar Maharani
16.03.1995 - 15.11.2006 Guru Besar SK Bakri Batu 2
16.11.2006 - 05.08.2017 Guru Besar Cemerlang
Perkhidmatan akhir PPPLD DGA38

ANUGERAH
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1995, 2002, 2010, 2012, 2014
Anugerah Guru Besar Cemerlang SK,
Anugerah Kualiti Kecemerlangan Sekolah Pengurusan/Kepimpinan Guru Besar

Melebihi 90% oleh PPD Muar, JPNJ 2006, 2008

SUMBANGAN BAKTI
1. Penyelia Kawasan UPSR Daerah Muar
2. AJK Pelaksana Festival Nasyid Kebangsaan

3. Pembimbing Program Penandaarasan NPQEL IAB Ambilan 1/2016
4. Pembimbing Program Penanandaarasan NPQEL IAB Ambilan 2/16
5. Pembimbing Sandaran Program NPQEL Ambilan 2/2016
6. Pembentang Kertas Kerja Kursus Kepimpinan Guru Besar

Tokoh Guru

DAERAH MUAR 2022

SUMBANGAN BAKTI
7. AJK Karnival BM Peringkat Negeri Johor
8. Urusetia Karnival Pendidikan Islam Peringkat Negeri Johor
9. AJK Kurikulum Daerah Muar
10. Pengerusi Panitia BM Daerah
11. Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Johor
12. Anugerah Munsyi - Keputusan Terbaik GPS Sekolah - UPSR
13. Pencalonan Sekolah Kluster Kebangsaan
14. Lonjakan Saujana UPSR
15. Bilangan Calon UPSR Teramai (5A ) Daerah Muar 30 orang (25.9%)
16. Pencalonan Tawaran Baru Guru Besar

SUMBANGAN KEMASYARAKATAN SELEPAS BERSARA
1. Ahli PUSPANITA RISDA Kebangsaan
2. Pengerusi PUSPANITA RISDA Negeri Johor
3. Ahli Persatuan Persara Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan

(Cawangan Negeri Johor)
4. Ahli Pakatan Persiaran Bahagia (Kawasan Perumahan)
5. Ahli PEMADAM Daerah Muar

Tokoh Kepimpinan Pendidikan

DAERAH MUAR 2022

CIKGU RADI BIN YAHAYA
Cikgu Radi bin Yahaya lahir pada 22.09.1960.
Memulakan perkhidmatan pada 04.06.1985 dan

bersara pada 22.09.2020.

SEJARAH PENDIDIKAN 1967 - 1972
SK Temiang 1973 - 1975
SMK Tun Perak
1976 - 1979
SMK Dato’ Sri Amar Di Raja 1980 - 1985
Universiti Putra Malaysia 2005 - 2007
Universiti Teknologi Malaysia

SEJARAH PERKHIDMATAN Guru Akademik SMK Raja Muda
Ketua Bidang Sains SMK Convent
04.06.1985 - 31.12.1995 Penyelia Petang Sekolah Tinggi Muar
01.01.1996 - 15.07.1999 Penolong Kanan Sekolah Tinggi Muar
16.07.1999 - 31.12.2003
16.06.2003 - 30.11.2004 Penolong Kanan SMK Tengku Mahkota
Pengetua SMK Persisiran Perdana
01.12.2004 - 30.06.2009 Pengetua SMK Raja Muda
01.04.2009 - 31.12.2012 Pengetua SMK Dato’ Sri Amar Di Raja
01.01.2013 - 15.01.2017
16.01.2017 - 21.09.2020

ANUGERAH
Sijil Perkhidmatan Cemerlang 1995, 2006, 2007, 2014
Anugerah Tawaran Baharu kepada Pengetua (SMK Pesisiran Perdana) 2012
Anugerah Tawaran Baharu kepada Pengetua (SMK Raja Muda) 2013

SUMBANGAN & BAKTI
Yang DiPertua MPSM Cawangan Muar (2016 -2019)
Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Nurul Hidayah Parit Raja Muar (2000 hingga kini)
Pasukan Askar Wataniah (Ketua Kompeni Berpangkat Kapten) (1983 - 2002)

Anugerah Guru Inovatif

DAERAH MUAR 2022

KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
SITI ZUBAIDAH BINTI MUSA

Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani

KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
NURUL AIN BINTI AZMAN

Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah

KATEGORI BERKUMPULAN
SUHAIMIE BIN MORIDAN

FADHILAH BINTI ESA
NURAINI BINTI SALIM
Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali

Pemenang Insentif
Rakan Strategik Bank Rakyat

PENDEPOSIT TERTINGGI
SEKOLAH RENDAH

Sekolah Kebangsaan Seri Jong

PENDEPOSIT TERTINGGI
SEKOLAH MENENGAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota

PEMBIAYAAN TERTINGGI
SEKOLAH RENDAH

Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani

PEMBIAYAAN TERTINGGI
SEKOLAH MENENGAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak

Sekalung Penghargaan

#muarexcels
#sekolahberkualiti
#kemenjadianmurid
#terimkasihcikgu


Click to View FlipBook Version