The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuria zuzu, 2021-10-17 00:55:20

KELEBIHAN MADU SIDR

KELEBIHAN MADU SIDR

KELEBIHAN
MADU SIDR

Madu Sidr Rayhanah:

 Madu Royal Sidr dari Rayhanah merupakan madu
premium berkualiti terbaik dari Yaman. Ia dihasilkan
dari lebah yang mengumpul nektar dari bunga
pepohon sidr yang terdapat di sekitar lembah
Hadhramawt, Yaman.

 Madu berwarna keemasan dengan rasa dan
tekstur yang lembut dan enak ini adalah lebih
berkhasiat dan tinggi nutrisi. Nilainya yang lebih
tinggi adalah disebabkan sumbernya yang lebih
terhad, selain nilai perubatannya yang setanding
madu-madu berkualiti terbaik dunia.

Perbandingan Madu Sumur dan
Madu Sidr:

MADU SUMUR MADU SIDR

o Madu monoflora o Madu monoflora

o Dikumpul oleh lebah khusus yang hanya o Dihasilkan dari lebah yang mengumpul nektar

makan atau mengumpul nektar dari dari bunga pepohon sidr/bidara yang terdapat

bunga sumur/sumrah di lembah ini

o Berwarna gelap keperangan, mungkin o Berwarna keemasan, juga mungkin berubah

sedikit berubah mengikut musim mengikut musim

o Dituai dua ke tiga kali setahun semasa o Sumbernya lebih terhad kerana hanya dituai

musim bunga sumrah mekar setahun sekali

o Madu Yaman berkualiti kedua terbaik o Lebih berkhasiat dan tinggi nutrisi

selepas madu Sidr o Kualiti serta manfaatnya setanding madu

berkualiti terbaik dunia seperti madu Manuka

Kelebihan Madu Sidr:

 Madu Sidr merupakan madu monofloral dan
antara sejenis madu terbaik di dunia disebabkan
kualitinya yang unik dan nilai perubatannya
yang luar biasa. Kualiti dan nilai perubatan madu
Sidr sering dibandingkan dengan madu-madu
premium dunia seperti madu Manuka dari New
Zealand.

 Walaupun rekod-rekod kajian perubatan dari
madu Sidr masih kurang berbanding madu
Manuka, namun, kedua-dua Madu Manuka dan
Sidr diakui mempunyai sifat perubatan yang
tidak dimiliki madu bunga liar lain.

Kelebihan Madu Sidr:

 Kandungan madu bergantung pada jenis
nektar, cuaca persekitaran dan musim, serta
cara pemprosesan madu. Kandungan sesuatu
madu akan menentukan kualiti dan gred madu
tersebut.

 Bagi madu Sidr, nektar yang dikumpul dari
pokok Sidr itu sendiri memberi kelebihan pada
madu tersebut berbanding madu-madu lain
seperti madu Sumur. Nilai perubatan yang tinggi
pada madu Sidr ini bermaksud pelbagai kajian
saintifik telah dibuktikan dengan penggunaan
madu ini.

Antara kajian-kajian saintifik yang telah
dilaporkan berkaitan madu Sidr adalah:

Kesan Anti-kuman:

 Satu kajian pada 2017, diketuai Prof. Dr. Ahmed M. Al-
Haddad dari Kolej Perubatan dan Sains Kesihatan,
Universiti Hadhramawt,Yaman; telah membuktikan
bahawa madu-madu Yaman dari lembah Hadhramawt
seperti Sidr, Somur, dan Meria berpotensi untuk digunakan
sebagai agen teraputik terhadap jangkitan bakteria
berbahaya.

 Kajian turut menunjukkan madu Sidr mempunyai kadar
aktiviti anti-bakteria tertinggi berbanding madu Sumur dan
Meria.

Rujukan:

Wedad M. Al-Haik, Ahmed M. Al-Haddad, Ali Gamal Al-kaf, Wadhah Hassan Edrees. Antimicrobial activities for
hadhrami honey on growth of some pathogenic bacteria. Universal Journal of Pharmaceutical Research. 2017,
2(6), 7-12.

Merawat Jangkitan Kulit dan
Luka:

 Kajian dari Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi pada
2015 oleh Dr. Saad B. Almasaudi telah membuktikan
keberkesanan madu Sidr dalam memberikan kesan
anti-kuman terhadap bakteria berbahaya, S. aureus
yang mampu menyebabkan pelbagai masalah
jangkitan kulit dan luka.

 Kesannya juga adalah hampir setanding madu
Manuka yang menunjukkan kesan terbaik.

Rujukan:

Almasaudi, Saad B., et al. "Antimicrobial effect of different types of honey on Staphylococcus
aureus." Saudi journal of biological sciences 24.6 (2016): 1255-1261.

Kesan Anti-Kanser:

 Kajian diketuai Dr. Essam H. Ibrahim dari Universiti
King Khalid, Saudi Arabia pada tahun 2019 juga
telah membuktikan keberkesanan madu Sidr
dalam memberikan kesan anti-kuman disamping
turut menunjukkan potensi anti-kanser terhadap
beberapa sel kanser seperti kanser hati.

Rujukan:

Ghramh, H. A., Ibrahim, E. H., & Kilany, M. (2020). Study of anticancer, antimicrobial,
immunomodulatory, and silver nanoparticles production by Sidr honey from three
different sources. Food science & nutrition, 8(1), 445-455.

Merawat Ulser Usus:

 Satu kajian dari Universiti Jazan, Arab Saudi, oleh Dr.
Manal Taha, pada 2015 telah melaporkan
keberkesanan madu Sidr dalam merawat ulser usus.

 Sifat antioxidant dan anti-radang pada madu Sidr
didapati telah memberi kesan perlindungan pada
usus dengan menghalang kemusnahan oxidatif
pada usus akibat ulser gastrik.

Rujukan:
Taha, Manal Mohamed Elhassan, et al. "Effectiveness of Sidr Honey on the prevention of
ethanol-induced gatroulcerogenesis: role of antioxidant and antiapoptotic mechanism."
Pharmacognosy Journal 7.3 (2015).

Tinggi Antioksidan:

 Kajian dari Universiti Sana’a oleh Dr Salwa dan Dr
Maher pada 2014 telah mengkaji aktiviti anti-bakteria
dan kandungan nutrisi 3 jenis madu Yaman iaitu Sidr,
Marai, dan Sumur. Kajian mendapati ketiga-tiga
madu menunjukkan kesan anti-kuman terhadap
bakteria-bakteria yang menyebabkan jangkitan luka.

 Kajian juga menunjukkkan kadar kandungan fenolik
iaitu sumber antioksidan dalam madu Sidr juga
adalah lebih tinggi dari madu Marai dan Sumur.

Rujukan:
Alkhyat, Salwa H., and Maher Ali Al Maqtari. "Antibacterial Potential and
Physicochemical Properties of Selected Yemeni Honeys Against Clinical Wounds Bacteria
and Comparative with Standard Bacteria Isolates." (2014).

SEKIAN, TERIMA KASIH…

Cetuskan Rasa Cinta Bersama Rayhanah


Click to View FlipBook Version