Auni Insyirah binti Azamuddin, No 56A, Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau, 33010 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Aras 5, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, 62100 Putrajaya, Melalui, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIPk, Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan 30000 Ipoh, Perak 4 Jun 2024 Tuan/Puan, PERMOHONAN: RAYUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2024/2025 Saya, AUNI INSYIRAH BINTI AZAMUDDIN (No. My Kid : 130311-08-0526) memohon agar dibenarkan untuk menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi sesi 2024/2025. 2. Untuk makluman tuan/puan, saya telah mendaftar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pada tahun lepas iaitu pada pertengahan tahun 2023. Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak layak untuk menduduki peperiksaan UPKK kerana tidak mencukupi syarat kelayakan 3 tahun yang digariskan oleh pihak JAKIM. 3. Oleh itu, saya sertakan surat rayuan ini beserta Salinan My Kid dan Surat Beranak untuk tujuan rujukan tuan/puan. 4. Saya berharap agar rayuan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, ......................................................... (AUNI INSYIRAH BINTI AZAMUDDIN) NO. MY KID: 130311-08-0526 NO. TELEFON: 011-39736712 s.k - Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Kangsar