The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norehan3799, 2024-02-09 09:46:05

Slide Inovasi SuPer OK edit

Slide Inovasi SuPer OK edit

NOREHAN BINTI YUSOF PENOLONG KANAN HEM SK KAMPUNG BOYAN TAIPING, PERAK KERTAS KERJA INOVASI BAHASA MELAYU TAJUK: SuPER OK (TEKNIK MENULIS AYAT BERPANDUKAN GAMBAR ) Disediakan Oleh :


ABSTRAK INOVASI • ‘SuPer OK’ merupakan satu teknik yang dicipta bagi memudahkan murid-murid untuk menulis ayat berpandukan gambar atau bahan ransangan. • Teknik ini membantu murid untuk menulis ayat berpandukan gambar atau bahan ransangan dengan lebih mudah dan bersistematik. • ‘SuPer OK’ adalah satu singkatan kepada beberapa perkataan iaitu ‘Su’ untuk Subjek, ‘Per’ untuk Perbuatan, ‘O’ untuk Objek dan ‘K’ merujuk kepada perkataan Kenapa, Ke mana dan ketika.


ABSTRAK INOVASI • Teknik ini dibina bagi memudahkan murid membina dan menyusun ayat dengan lebih sistematik dan gramatis. • Dengan adanya teknik ini mampu membantu murid terutamanya murid lemah bagi memastikan mereka dapat membina ayat dengan betul dan jelas. • Susnan ayat murid juga akan lebih teratur apabila murid memahami susunan stuktur ayat dalam teknik yang diperkenalkan ini.


ISI KANDUNGAN • 1.PENDAHULUAN • 2.METODOLOGI PROSES KAJIAN • 3.MANUAL OPERASI • 4.HASIL KAJIAN • 5.PENUTUP


1.0 PENDAHULUAN • Kemahiran menulis dan membina ayat berpandukan gambar atau bahan ransangan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid sebelum murid mampu untuk membina karangan lengkap. • Penguasaan teknik membina ayat yang lemah akan menyebabkan murid sukar untuk menulis ayat yang lengkap dan teratur. Hal ini akan menyebabkan murid hilang minat dan merasa amat sukar untuk menulis karangan. • Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membina dan menulis ayat murid. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jelai.


1.0 PENDAHULUAN • Kajian ini adalah berbentuk deskriptif di mana data dikumpul melalui tinjauan pemerhatian, temubual bersama murid dan analisis dokumen iaitu latihan-latihan yang diberikan guru di dalam kelas. • Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa orang murid yang masih lemah dalam penguasaan teknik asas membina ayat terutama dari segi susunan struktur ayat. • Teknik ‘SuPer OK’ diperkenalkan agar dapat membantu murid membina ayat dengan lengkap dengan betul.


2.0 METODOLOGI PROSES KAJIAN Kumpulan Sasaran • Murid Tahun 6 SK Kampung Boyan • 30 orang Sebelum Kajian Tindakan • Murid membina ayat tunggal sahaja • Melakukan kesalahan struktur ayat • Tidak menggunakan kata hubung dnegan betul.


2.0 METODOLOGI PROSES KAJIAN Objektif Kajian • Murid dapat membina ayat majmuk dengan betul dan lengkap. • Murid dapat menggunakan teknik ‘SuPer OK’ bagi memudahkan murid menulis ayat lengkap secara sistematik. • Memupuk minat murid untuk membina ayat sekaligus dapat menulis karangan dengan baik.


2.0 METODOLOGI PROSES KAJIAN Tempoh Pelaksanaan • Bermula dari bulan Mac hingga bulan Ogos. • Program ini dijalankan sepanjang tahun bagi murid yang lemah untuk membantu murid membina ayat dengan lengkap dan betul.


2.0 METODOLOGI PROSES KAJIAN Bentuk Bahan • Contoh Lembaran kerja


Buku Skrap ‘SuPer OK’


Lembaran kerja latihan membina ayat Teknik SuPer ok.


Lembaran Kerja Teknik SuPer OK • Contoh: Su(Subjek/Siapa) Per(Perbuatan) O(Objek) K(Kenapa/Ke mana / Ketika) Ayat Lengkap


3.0 MANUAL OPERASI • Kajian ini dijalankan sebaik sahaja bermula sesi persekolahan bagi tahun 2023. Guru memberi latihan membina ayat dan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi murid. • Murid membina ayat berdasarkan gambar dan bahan ransangan yang diberikan. Guru mengenalpasti tahap murid sama ada murid lemah, sederhana atau tinggi. Latihan yang diberikan adalah latihan berbentuk gambar tunggal.


• Contoh Hasil Kerja Murid - Tidak Menggunakan Tekik SuPer OK


• Melalui latihan yang telah diberikan, guru dapat mengenalpasti bahawa murid masih menulis ayat tunggal yang muda. • Terdapat juga murid yang telah menggunakan kata majmuk namun stuktur ayat masih kurang kemas dan tersusun. • Guru cuba menggunakan Teknik ‘SuPer OK’ bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini membantu murid untuk menulis ayat dengan lengkap dan betul.


• Guru menerangkan cara penggunaan teknik ini dengan menerangkan maksud ‘SuPer OK’ dan murid menulis perkataan bagi setiap kotak yang disediakan. • Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkala dan berperingkat. Murid membuat latihan secara berkumpulan pada peringkat pertama dan seterusnya membuat latihan secara individu setelah murid semakin mahir. • Sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan Buku Skrap ‘SuPer OK’ bagi memudahkan murid untuk merujuk maklumat.


• Setelah murid diperkenalkan dengan Teknik ‘SuPer OK’, guru memberi latihan lembaran kerja bagi mengukuhkan lagi kemahiran membina ayat murid-murid. • Murid membuat latihan menggunakan template Teknik ‘SuPer OK’ yang disediakan guru. Latihan ini diberi secara berperingkat dari gambar tunggal sehingga gambar yang menunjukkan beberapa subjek dan aktiviti dalam satu gambar. • Latihan akan diberikan dari soalan aras rendah kepada aras tinggi.


• Contoh Latihan Menggunakan Teknik SuPer OK.


4.0 HASIL KAJIAN • Teknik ‘SuPer OK’ ini dapat menarik minat murid untuk mencuba membina ayat dengan lebih mudah dan tersusun. Murid akan lebih cepat belajar apabila Teknik ‘SuPer OK’ diperkenalkan. • Teknik ‘SupER OK’ dapat menarik minat murid untuk membuat latihan membina ayat kerana teknik ini mudah difahami oleh murid. Murid dapat membina ayat dengan lengkap, jelas dan betul melalui penggunaan teknik ini. Proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih teratur dan sistematik.


4.0 HASIL KAJIAN • Murid dapat membina ayat dengan struktur ayat yang betul. Teknik ini juga dapat dikembangkan lagi bagi menulis karangan lengkap setelah murid mahir menggunakan teknik ini bagi membina ayat. • Teknik ‘SuPer OK’ akan dapat diperluaskan lagi dengan menggunakan teknik ini bagi menulis karangan bergambar atau karangan berpandukan bahan ransangan.


Keberkesanan • Melalui Teknik SuPer OK ini dapat memudahkan murid menulis ayat dengan lengkap. • Murid dapat menulis ayat dengan struktur ayat yang betul. • Teknik SuPer OK dapat dikembangkan lagi penggunaanya bagi digunakan untuk menulis pelbagai jenis karangan berpandukan gambar atau bahan ransangan.


5.0 PENUTUP • Kesimpulannya, inovasi yang dijalankan ini dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran membina ayat murid-murid. • Teknik SuPer OK ini juga boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran murid menulis karangan. • Murid lebih berminat untuk menulis ayat/membina karangan dengan menggunakan teknik ini kerana lebih mudah.


Click to View FlipBook Version