The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOD / CODE : KAI60404
KURSUS :PENGLIBATAN KELUARGA KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANA
COURSE : THE INVOLVEMENT OF FAMILY COMMUNITY AND CULTURE IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION
PENSYARAH / LECTURER: PROF. MADYA DR. NORDIN BIN MAMAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernafarizan57, 2022-06-27 08:04:46

Modul Pembinaan Jati Diri Kanak Kanak

KOD / CODE : KAI60404
KURSUS :PENGLIBATAN KELUARGA KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANA
COURSE : THE INVOLVEMENT OF FAMILY COMMUNITY AND CULTURE IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION
PENSYARAH / LECTURER: PROF. MADYA DR. NORDIN BIN MAMAT

ERNA FARIZAN BINTI BUTAI
M20211001049

MODUL
PEMBINAAN
JATI DIRI KANAK

KANAK

Tunjang Keterampilan Diri

ISI KANDUNGAN

Kandungan Halaman

Pengenalan 3
Objektif

Konsep 4
Aktiviti Guess the Emoji

Aktiviti Pick and Act 5
Aktiviti Riang Ria di Taman Permainan

Aktiviti Bajuku Cantik, lagi Kemas 6-7
Aktiviti Story Time

Penutup 8-9


10-11


12-13


14-15


16

MODUL AKTIVITI SI CILIK

PENGENALAN

Modul merupakan satu set gerak
kerja yang sistematik bagi mencapai
objektif serta menyampaikan mesej
yang berkesan. Hal yang demikian, 3
kata kunci yang perlu diingat dalam
kita membina sabuah modul adalah
’objektif’, ’sistematik’, dan ’berkesan’.
Modul pembelajaran ini dijadikan
sebagai rujukan ataupun salah satu
bentuk sumber mengajar. Satu modul
telah dibina bagi membantu ibu
bapa dalam mendidik anak-anak
mereka dirumah. Modul yang dibina
ini telah di reka dan disusun sesuai
dengan umur dan tahap
perkembangan kanak-kanak. Modul
ini di namakan sebagai Modul
Pembinaan Jati Diri Kanak Kanak

MODUL AKTIVITI SI CILIK

OBJEKTIF

1. Mengenali dan menguruskan emosi
sendiri ketika gembira, sedih, malu,
takut dan marah.

2. Mengurus emosi dan mengawal
tingkah laku sendiri.

3. Menghormati kepelbagaian emosi
dan pandangan orang lain.

4. Membina konsep kendiri yang

positif melalui sikap-sikap positif

seperti sabar, berdikari,

berkeyakinan, tolong-menolong, belas

kasihan dan kecindan.

5. Meningkatkan semangat serta
keyakinan untuk berkomunikasi
dalam pelbagai situasi dengan orang
lain

MODUL AKTIVITI SI CILIK

KONSEP

Modul Pembinaan Jati Diri Kanak Kanak ini

dicipta khas buat ibu bapa yang berkonsepkan

Tunjang Ketrampilan Diri yang menekankan

kepada mengenali dan mengurus emosi sendiri,

serta membina kemahiran sosial.

Perkembangan ini penting kerana ia menjadi

asas kepada pembinaan konsep kendiri yang

positif dan seterusnya membolehkan murid

menangani cabaran dalam kehidupan.

Modul ini telah dibina untuk membantu ibu
bapa diluar sana untuk mengajar anak-anak
untuk mengurus emosi dengan betul. Selain itu,
Modul Pembinaan Jati Diri Kanak Kanak ini
diciptakan bagi mempelbagaikan lagi sumber
bahan bantu mengajar bagi ibu bapa untuk
anak-anak dirumah dengan lebih efektif.

Dalam Modul Pembinaan Jati Diri Kanak

Kanak ini, terdapat lima contoh aktiviti yang

boleh di lakukan oleh ibu bapa bersama

kanak-kanak. Sasaran umur kanak-kanak

dalam modul ini adalah dalam lingkungan 4

hingga 6 tahun. Modul juga bersifat fleksibel

dan boleh dilakukan pada bila-bila masa

sahaja. Bahan-bahan bagi perlaksanaan

aktiviti juga mudah disediakan. MODUL AKTIVITI SI CILIK

Aktiviti
Guess the Emoji

Objektif

1. Mengenalpasti dan Langkah
menyebut emoji mengikut Aktiviti
emosi (marah, gembira,
sedih, malu, takut).

2. Mengekspresikan setiap 1. Ibu bapa menyediakan beberapa
emosi mengikut gambar keping emoji yang berupa emosi
emoji. seperti gembira, sedih, terkejut,
malu dan marah.
3. Bercerita tentang
pengalaman mengikut 2. Ibu bapa menjelaskan terlebih
setiap emosi. dahulu setiap emoji tersebut.

3. Ibu bapa menerangkan cara
bermain 'Guess the Emoji' dengan
peraturan permainannya sekali.

4. Cara bermain adalah dengan ibu
bapa hendaklah berlakon suatu
situasi kemudiaanya kanak-kanak
akan meneka emosi tersebut
dengan mengangkat emoji tadi.

5. Ibu bapa memberikan galakan
dan pujian sekiranya anak dapat
menjawab dengan betul.

Bahan-bahan yang
digunakan untuk Aktiviti

Guess the Emoji

Emoji Stick

Aktiviti
Pick and Act

Objektif

1. Melakukan aktiviti ‘Pick Langkah
and Act dengan baik. Aktiviti

2. Mengekspresikan 1. Ibu bapa perlu menyediakan satu kotak
setiap emosi menerusi kecil bertutup yang mempunyai beberapa
lakonan. keping emosi berupa emosi.

3. Mewarna lembaran 2. Ibu bapa menjelaskan cara bermain dan
kertas mengikut emosi peraturan permainan.
mereka pada waktu itu.
3. Ibu bapa memberikan contoh cara
bermain.

4. Cara bermain adalah dengan anak perlu
menutup mata sambil mengambil 1 keping
emoji pada kota kecil tadi.

5. Kemudian, anak membuka mata lalu
melihat emoji yang didapatnya sebentar
tadi.

6. Seterusnya, anak perlu melakonkan emosi
tersebut dengan baik sebagai tanda anak
tahu tentang emosi tersebut.

7. Setelah selesai bermain, ibu/bapa
memberikan satu kertas lembaran untuk
diwarnakan oleh anak.

8. Ibu bapa memberikan galakan dan pujian
sekiranya anak dapat menjawab dengan
betul.

Bahan-bahan yang
digunakan untuk Aktiviti

Pick and Act

Kotak Kecil Kepingan Emoji

Kerras lembaran kerja

Aktiviti
Riang Ria di Taman

Permainan

Objektif

1. Bermain di taman Langkah
dengan penuh emosi. Aktiviti

2. Mengenali dan 1. Ibu bapa hendaklah membawa anak-
memahami emosi dan anak ke taman permainan yang
perasaan orang lain berdekatan.
berdasarkan tingkah laku.
2. Ibu memberikan peraturan semasa
3. Bercerita tentang bermain bagi mengelakkan kejadian
perasaan mereka semasa yang tidak di ingini.
bermain di taman
permainan.. 3. Ibu bapa membiarkan anak bermain
dengan rakan lain, sementara ibu/ bapa
memantau dari tempat kerusi yang
disediakan.

4. Selepas penat bermain, ibu/ bapa
meminta anak untuk duduk dan rehat.

5. Ibu/ bapa membawa anak bercerita
tentang perasaan mereka.

6. Ibu/ bapa juga bertanya tentang
emosi orang lain yang mereka lihat pada
orang sekliling di taman permainan
tersebut.

Bahan-bahan yang
digunakan untuk Aktiviti

Riang Ria di Taman
Permainan

Taman Permaian

Aktiviti
Bajuku Cantik,

lagi Kemas

Objektif

1. Belajar berdikari iaitu Langkah
melipat pakaian dengan Aktiviti
sendirinya.
1. Ibu bapa membawa anak ke
2. Menunjukkan sikap ruang tamu.
positif iaitu sabar dalam
melakukan apa jua 2. Ibu/bapa mengajar anak tentang
tindakan. sikap positif iaitu sabar dan
berdikari.
3. Memperkembangkan
lagi motor halus mereka 3. Ibu bapa mengajar dan
melalui aktiviti melipat membimbing anak untuk melipat
pakaian. pakaian sendiri sambil memberikan
contoh terlebih dahulu.

4. Anak melipat pakaian sendiri
dengan penuh kesabaran.

5. Ibu bapa memberikan galakan
dan pujian sekiranya anak dapat
menjawab dengan betul.

Bahan-bahan yang
digunakan untuk Aktiviti

Bajuku Cantik, lagi
Kemas

Pakaian

Melipat Pakaian

Modul Aktiviti si Cilik

Aktiviti
Story Time

Objektif

1. Membina keyakinan untuk Langkah
berkomunikasi. Aktiviti

2. Menunjukkan sikap ingin
tahu melalui soalan-soalan
yang ditanya.

3. Memperkembangkan lagi 1. Ibu bapa membawa anak ke ruang
bahasa dan komunikasi mereka tamu.
melalui penceritaan buku cerita,
komunikasi, dan soalan-soalan 2. Ibu bapa mengajar anak tentang
yang diajukan. kepentingan membaca buku.

4. Memahami sebuah cerita 3. Ibu bapa menunjukkan sebuah buku
melalui penceritaan buku cerita. cerita bergambar yang bertajuk "Arnab
dan Kura-Kura".
5. Menerapkan nilai murni hasil
daripada cerita yang 4. Ibu bapa menceritakan isi cerita buku
dibacakan. tersebut sekali dengan nilai murni yang
dapat dipelajari dari kisah tersebut.

5. Setelah selesai, ibu bapa meminta
anak untuk menceritakan semula sambil.

6. Ibu bapa bersoal jawab dengan anak
anak tentang nilai murni.

7. Ibu bapa memberikan galakan dan
pujian sekiranya anak dapat menjawab
dengan betul.

Bahan-bahan yang
digunakan untuk Aktiviti

Story Time

Buku Cerita Bergambar
Modul Aktiviti si Cilik

PENUTUP

Secara kesimpulannya, modul ini telah dibina
dan disusun dengan baik bagi memudahkan
ibu bapa mengajar anak tentang ketrampilan
diri di rumah, khususnya dalam pembentukan
emosi yang baik bagi kanak-kanak. secara
tidak langsung ikatan kasih saying ibu bapa
bersama anak-anak juga terjalin. Malahan, ibu
bapa akan merasa masa yang lebih berkualiti
jika diluangkan bersama anak-anak. Anak-
anak juga akan berasa gembira dan banyak
ilmu dapat diperoleh daripada aktiviti-aktiviti
yang menarik yang terdapat dalam modul ini.

Oleh hal yang demikian, modul seperti ini ada
baiknya jika diketengahkan dan dijadikan
sebagai bahan bercetak agar menjadi sebuah
rujukan kepada ibu bapa mahupun guru-guru.
Ibu bapa juga penting dalam mengambil
peluang dan membagi masa untuk melibatkan
diri dalam pengajaran dan pembelajaran
anak-anak kerana tidak seharusnya ibu bapa
meletakkan semua tanggungjawab pengajaran
itu kepada guru semata-mata.

MODUL AKTIVITI SI CILIK


Click to View FlipBook Version