The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leivinaagnanasegaran, 2022-12-25 00:40:23

Geografi Kerja Kursus Tingkatan 2

Geografi Kerja Kursus Tingkatan 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

TAMAN TAMPOI INDAH

DISEDIAKAN OLEH:

LEIVINAA

TINGKATAN:

2 PEARL

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

25/12/2022

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka surat
1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan 3
3. Jadual kerja 4
4. Objektif kajian 5
6
5. Kaedah kajian
6. Hasil kajian: 7-16

i)Menjelaskan konsep dan 16
definisi teknologi hijau. 16-17
ii)Mengenal pasti 3 jenis 17-22
dan contoh teknologi hijau
yang terdapat di Taman
Tampoi Indah.
iii)Menyenaraikan 4
kepentingan teknologi
hijau.
iv)Menghuraikan 4 punca
amalan teknolgi hijau
tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
v)Mencadangkan 4
langkah atau strategi yang
boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan
teknolgi hijau yang sesuai.

7. Rumusan
8. Rujukan
9. Lampiran

Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin menucapkan terima kasih kepada Tuan
Razali bin Tamadi selaku guru besar SMK Sultan Ismail. Saya juga
ingin berterima kasih kepada guru mata pelajaran geografi saya, Puan
Hanifah binti Jamaluddin yang membimbing saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
ibu bapa saya kerana telah menyokong dan memberi semangat kepada
saya. Tidak lupa juga penduduk kawasan setempat saya yang telah
terlibat dalam proses penghasilan dan penyiapan kerja kursus ini.

Pendahuluan

Saya telah menjalankan kerja lapangan Geografi tentang amalan
teknologi hijau di kawasan perumahan saya, Taman Tampoi Indah.
Saya membuat kajian tentang konep dan definisi amalan teknologi
hijau, mengenal pasti tiga contoh teknologi hijau yang terdapat di
taman saya, 4 kepentingan teknologi hijau, 4 punca amalan teknologi
hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian dan akhirnya,
mencadangkan 4 langkah atau strategi yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan penggunaan teknologi hijau di sekitar Taman Tampoi
Indah, Johor Bahru. Saya memilih Taman Tampoi Indah sebagai
kawasan kajian saya kerana merupakan kawasan perumahan saya.

JADUAL KERJA

Bil Tarikh Aktiviti Catatan

1. 4/12/2022 Menghadiri taklimat yang

dijalankan oleh guru

matapelajaran Geografi.

2. 5/12/2022 Membuat persediaan awal dan

merancang jadual kerja.

3. 7/12/2022 Mengenal pasti objektif kajian

dan menentukan kaedah kajian

yang sesuai.

4. 9/12/2022 Menyediakan borang soal selidik.

5. 10/12/2022 Mula mengumpulkan maklumat

daripada pelbagai sumber seperti

Internet, buku teks, buku

rujukan, majalah dan akhbar.

6. 12/12/2022 Mendapatkan responden di

kawasan kajian berkaitan dengan

Amalan Teknologi Hijau yang

boleh dilakukan.

7. 13/12/2022 Menganalisis maklumat yang

telah diperolehi dan tafsiran

dengan bimbingan dan tunjuk

ajar guru.

8. 15/12/2022 Mengenal pasti takrif dan konsep

Teknologi Hijau yang dilakukan

di kawasan kajian.

9. 16/12/2022 Mengenal pasti 3 jenis dan

contoh Teknologi Hijau yang

terdapat di kawasan kajian.

10. 18/2/2022 Mengenal pasti 4 kepentingan

dan 4 punca amalan teknologi

Hijau.

11. 20/12/2022 Mencadangakan 4 langkah-

langkah atau strategi .

Objektif kajian

Antara objektif kajian adalah:

Menjelaskan konsep dan definisi teknolgi hijau.

Mengenal pasti 3 jenis dan contoh teknologi hijau
yang terdapat di Taman Tampoi Indah.

Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau.

Menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian.

Mencadangkan 4 langkah atau strategi yang boleh
dilakukan untuk meningkatkan penggunaan teknologi
hijau.

Kaedah Kajian
Pemerhatian

Sebelum permulaan kerja kursus ini, saya telah memerhatikan
kawasan kajian saya dengan bantuan pengangkutan kereta, saya telah
pergi ke kawasan perumahan yang berbeza untuk memerhatikan
pengamalan amalan teknologi hijau.

Kaedah Soal Selidik

Saya telah menyediakan 10 borang soal selidik secara dalam talian.
Aplikasi yang saya guna adalah Google Forms. Borang tersebut telah
diberi kepada 10 orang responden. Dengan itu, saya dapat mengetahui
pengimplimentasi teknologi hijau dan pandangan penduduk di
Tampoi dengan lebih lanjut.

Temu Bual

Saya telah memilih seorang daripada 10 orang responden dan
menemu bual beliau. Dengan temu bual yang dilakukan, saya dapat
memahami pandangan responden dengan lebih dalam.

Rujukan Internet dan Buku-buku Rujukan Geografi

Saya telah merujuk pelbagai laman web sesawang berkaitan dengan
jenis, cadangan dan manfaat penggunaan teknologi hijau. Buku
rujukan dan buku teks juga digunakan untuk membantu dalam kajian
saya.

Hasil Kajian

Konsep dan Definisi Teknologi Hijau

Teknologi hijau adalah salah satu sistem atau teknologi yang menjana
tenaga dan menghasilkan produk yang tidak mencemari lingkungan
hidup kita. Teknologi ini juga sering dikenali dengan istilah teknologi
ramah lingkungan. Menurut Buku Pendalaman Materi Ilmu
Pengetahuan Alam yang ditulis oleh Pn. Dewi Nur Halimah,
teknologi hijau bertujuan untuk menghasilkan pelbagai produk
dengan matlamat memanfaatkan sumber yang boleh diperbahurui dan
tidak memberi kesan sampingan yang berbahaya. Selain itu, teknologi
hijau haruslah diterapkan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang
perindustrian dan pengangkutan untuk melestarikan alam sekitar.
Oleh sebab itu, semua pihak haruslah bertanggungjawab dan sedar
atas impak mereka atas alam sekitar. Prinsip -prinsip pelestarian alam
juga perlu dipraktikkan.

Ada 6 prinsip yang diterapkan dalam konsep teknologi hijau, iaitu:

1. Refine: menggunakan sumber yang dihasilkan atau dibuat
melalui proses yang menerapkan teknologi hijau.

2. Reduce: mengurangkan penggunaan bahan yang diperbuat
daripada bahan mentah untuk mengoptimalkan penggunaan
bahan.

3. Reuse: menggunakan semula bahan-bahan yang sudah terpakai
untuk mengurangkan bahan buangan.

4. Recycle: menggunakan semula bahan yang telah dikitar semula
untuk mengurangkan pembuatan bahan baharu daripada sumber
mentah.

5. Recovery: memanfaatkan bahan yang tertentu untuk diproses
bagi keperluan lain.

6. Retrieve energy: menggunakan tenaga dengan berhemah untuk
mengurangkan jumlah tenaga yang tidak boleh diperbaharui
semasa pembuatan bahan.

3 Contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman
Tampoi Indah

Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat pelbagai jenis teknologi
hijau yang terdapat di Taman Tampoi Indah. Sebelum melihat contoh
teknologi hijau, mari kita melihat peratus responden yang
mengamalkan amalan teknologi hijau.

Apabila kita melihat graf pai ini, kita dapat melihat bahawa 45.5%
responden sahaja yang mengamalkan amalan teknologi hijau dan baki
54.5% tidak. Majoriti responden tidak mengamalkan atau
menggunakan teknologi hijau. Dengan graf yang disertakan, kita
sudah pasti dapat meramal hasil kajian kita.

Dalam kawasan perumahan Tampoi, antara 3 contoh amalan
teknologi hijau yang sering dilihat oleh responden. Oleh sebab itu,
mari kita melihat kadar penggunaan 3 contoh teknologi hijau itu dari
paling banyak ke sedikit.

Grafik ini menunjukkan 3 contoh amalan teknolgi hijau yang dilihat
dan diamalkan oleh responden. Antaranya adalah penanaman pokok,
penggunaan panel solar, penggunaan sistem tuai air dan penggunaan
pengangkutan hibrid. Dalam kajian yang dilakukan, kita dapat
mengetahui bahawa 5 daripada 11 orang responden mengamalkan
amalan teknologi hijau. Peratus responden yang menanam pokok dan
menggunakan panel solar adalah 100% di mana kesemua 5 responden
telah mengamalkan amalan ini. Selain itu, 40% peratus responden
telah menggunakan pengangkutan hibrid dan 60% peratus responden
telah menggunakan sistem tuai air dalam kehidupan seharian mereka.
Sekarang, mari kita melihat dan mengkaji 3 contoh teknologi hijau
yang telah dipilih oleh majoriti responden.

1. Penanaman Pokok
Kawasan Tampoi adalah salah satu kawasan yang mempunyai
banyak pokok. Pokok sering ditanam untuk memastikan
landskap yang hijau dan nyaman. Antara kepentingan menanam
pokok adalah kerana ia merupakan sumber oksigen kepada
benda hidup. Selain itu, pokok juga dapat mengekalkan suhu
bumi yang stabil yang mengatasi kesan pemanasan global.

2. Penggunaan Panel Solar
Panel solar digunakan untuk menukar tenaga cahaya daripada
matahari yang terdiri daripada zarah tenaga yang dikenali
sebagai ‘foton’. Foton ini akan digunakan untuk menjana
elektrik yang boleh digunakan untuk menggerakkan beban
elektrik. Dengan menggunakkan panel solar, kita dapat
mengurangkan pelepasan karbon berbanding penggunaan tenaga
yang tidak boleh diperbaharui.

3. Sistem Tuai Air
Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah sistem pengumpulan
dan penggunaan semula air hujan yang dikumpul daripada
bumbung bangunan yang kemudian disalurkan ke tangka
penyimpanan air hujan sebelum digunakan oleh penduduk
kawasan. Sistem in dapat mengurangkan pergantungan kepada
air terawatt yang dihasilkan di loji rawatan air. Dengan
pelaksanaan SPAH, ribuan empangan kecil dalam bentuk tangka
air hujan akan terbina di bengunan dan akan menyumbang kea
rah penjimatan air terawat, pengurangan risiko banjir kilat serta
keperluan untuk membina lebih banyak empangan.

4 Kepentingan Teknologi Hijau

Selepas melihat contoh teknologi hijau yang terdapat di kawasan
Tampoi, mari kita melihat 4 kepentingan teknologi hijau.
Kepentingan teknologi hijau terbahagi kepada 4 iaitu sosial,
ekonomi, penjaanaan tenaga, pemeliharaan dan pemuliharan
alam sekitar.

1. Sosial

• Meningkatkan kualiti hidup
• Meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan
• Meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat
• Meningkatkan kualiti udara
• Mengurangkan peningkatan suhu
• Mengurangkan pencemaran bunyi

2. Ekonomi
• Mengurangkan kos operasi
• Meningkatkan nilai asset dan keuntungan
• Meningkatkan produktivitidan kepuasan pekerja
• Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah

kita hasilkan

• Industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

3. Menjana Tenaga
• Merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar dan

ombak yang bersumberkan alam semula jadi.

• Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak

boleh diperbaharui.

• Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara, selamat

dan mesra pengguna.

• Contoh: Tenaga angin boleh dijadikan alternatif bagi

mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

4. Memelihara dan memulihara alam sekitar
• Melindungi sumber semula jadi
• Meningkatkan kualiti udara dan air
• Mengurangkan pembuangan bahan yang dikitar semula
• Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan

kepelbagaian hidup

• Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara

4 Punca Amalan dalam Teknologi Hijau Tidak
Diterapkan Dalam Kehidupan Seharian.

Amalan teknologi hijau merupakan salah satu teknologi yang perlu
diterapkan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana kita
dapat memajukan ekonomi dan sosial kita. Dengan itu, mari kita
melihat punca -punca teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian.

Dari 5 orang responden yang mengamalkan amalan teknologi hijau,
100% responden telah menjawab antara punca teknologi hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian adalah kerana ia mahal untuk
dibeli, masyarakat tidak diberi pendedahan yang cukup dan komuniti
tidak sedar akan kepentingan teknologi hijau. Selain itu, 80%
responden menjwab bahawa masyarakat tidak dapat mengetahui
prestatsi teknologi hijau kerana kebanyakannya masih dalam fasa
penyelidikan dan pembangunan. Akhir sekali, 20% responden telah
menjawab bahawa terdapat masalah teknikal semasa pemasangan dan
pengendalian teknologi hijau. Dengan statistik ini, kita dapat memberi
cadangan yang praktikal dan efektif untuk menerapkan teknologi
hijau dalam kehidupan seharian.

4 Langkah Atau Strategi Yang Boleh Dilakukan Untuk
Meningkatkan Penggunaan Teknologi Hijau.

a) Mengukuhkan Kerangka Institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan teknologi hijau,
penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk
mempromosikan aplikasi teknologi hijau melalui:
- Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh
Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara
Kementerian, agensi, sector swasta dan pihak utama untuk
melaksanakan teknologi hijau yang efektif.
- Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan
untuk mempercepat pembangunan teknologi hijau, selaras
dengan objektif dan matlamatnya.
- Penyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi
mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.

b) Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam Teknologi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan cekap dan produktif
sangat penting untuk pembangunan teknologi hijau. Ini boleh
dicapai melalui:
- Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan
pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang
berkaitan dengan teknologi hijau.
- Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang
mengikuti jurusan teknologi hijau di peringkat Ijazah Sarjana
Muda dan pasca ijazah.
- Program melatih semula dan skim pelapis untuk
meningkatkan kemahiran sumber manusia untuk memenuhi
keperluan industri teknologi hijau

c) Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersialan
(RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik
dan implikasi yang dapat mengurangkan kos teknologi hijau dan

mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, pembangunan
dan inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:
- Dana kewangan atau bantuan untuk sector awam dan swasta

dalam RDIC.
- Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan

pusat kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru
untuk perkembangan teknologi hijau.
- Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi
penyelidikan tempatan dan serantau serta pusat
kecemerlangan antarabangsa dalam RDI teknologi hijau.

d) Promosi dan Kesedaran Awam
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua
faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan
teknologi hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut
memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai
pendekatan termasuklah:
- Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran
maklumat melalui program yang komprehensif untuk
meningkatkan kesedaran awam dalam teknologi hijau.
- Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak
penting yang efektif untuk mempromosikan teknologi hijau.
- Memupuk budaya menghayati teknologi hijau dalam
kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan
sistem sukatan pelajaran yang efektif.
- Program demonstratsi secara efektif dalam aplikasi teknologi
hijau.

Temu Bual

Selepas soal selidikan habis dilakukan, saya menemu bual En. Anba
selaku pengurus Apt Sri Akasia untuk menambah pengetahuan
tentang amalan teknologi hijau secara lebih lanjut.

Leivinaa: Selamat sejahtera, Encik Anba.

En. Anba: Selamat sejahtera. Bagaimana boleh saya tolong kamu?

Leivinaa: Saya ingin bertanya tentang amalan teknologi hijau di
kawasan Taman Tampoi Indah. Pertama sekali, saya ingin
mengetahui usaha pengurusan Apt Sri Akasia untuk mempromosikan
amalan teknologi hijau?

En. Anba: Usaha yang dilakukan oleh badan pengurusan Apt Sri
Akasia adalah menganjurkan sebuah kempen teknologi hijau. Melalui
kempen ini, kami telah membawa orang dari luar untuk memberi
demonstrasi pemasangan teknologi hijau yang boleh digunakan di
kawasan perumahan seperti panel solar dan lain-lain. Hal ini demikian
supaya kita dapat menunjukkan cara pemasangan teknologi hijau
yang efektif. Dengan ini, kita dapat memupuk dan menerapkan
amalan teknologi dalam setiap penduduk kawasan perumahan. Selain
itu, kempen ‘JOM MENANAM POKOK’ juga telah dianjurkan
sekitar bulan Januari 2022 untuk memupuk sikap menanam pokok
supaya suhu sekitar kawasan perumahan sentiasa stabil dan sejuk.
Dengan ini, kita juga dapat memastikan landskap kawasan perumahan
yang cantik dan mempunyai unsur alam semula jadi.

Leivinaa: Oh, begitu! Dengan kempen-kempen ini, apakah
perasaan anda apabila melihat penduduk kawasan perumahan
mengamalkan amalan teknolgi hijau?

En. Anba: Apabila saya melihat mereka, saya berasa gembira dan
puas hati kerana penduduk mengambil berat atas kawasan perumahan
mereka dengan mengamalkan amalan teknologi hijau. Dengan
sokongan mereka, kami yakin akan menganjurkan lebih banyak
kempen untuk mengaplikasikan teknologi hijau secara maksimum.

Leivinaa: Itu sahaja, Encik Anba. Terima kasih kerana sudi ditemu
bual oleh saya dan terima kasih atas informasi yang diberi. Saya amat
menghargai kerjasama anda.

Rumusan

Selepas kerja lapangan ini selesai dijalankan, saya telah menemui
beberapa dapatan yang berkaitan dengan amalan teknologi hijau di
kawasan Tampoi. Dengan dapatan ini, saya dapat memahami contoh-
contoh teknologi hijau, kepentingan teknologi hijau, punca- punca
teknologi hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian dan
akhirnya, cadangan untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau
dalam kehidupan seharian. Saya berasa sungguh bangga dan gembira
kerana dapat menyiapkan kajian saya. Saya juga berharao lebih
banyak penduduk Tampoi dapat mengamalkan amalan teknologi hijau
supaya dapat merealisasikan sebuah kawasan perumahan yang
futuristik dan mesra alam.

Rujukan

1. Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Penulis: Kang Chai Yeong, Zulkipli bin Ismail dan
Rajendran Subramaniam
Tahun terbit: 2017
Penerbit: IMS BOOKS TRADING SDN. BHD.

2. Buku Pedalaman Materi (BUPERI) Ilmu Pengetahuan
Alam
Penulis: Dewi Nur Halimah

https://prezi.com/p/a_rxlhxyxy7i/kepentingan-teknologi-
hijau/?frame=46aa507d3f039b8278e4309020e8978fd40bfd54

https://mahligaiidaman.com/sistem-penuian-air-hujan-spah/
https://app.pandai.org/note/read/gf-08-05-02/kssm-f2-gf-05-
02/teknologi-hijau
http://online.anyflip.com/vthh/jyrs/mobile/
https://anyflip.com/ybgsy/aopk/basic

Lampiran Gambar







Lampiran Borang Soal Selidik

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdiIyxd1BmTICrRVuU
NmM5tEvzCBHuYpCSKqyBv762M7fAAKA/viewform

Link boring soal selidik


Click to View FlipBook Version