The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by auraweda, 2021-12-01 04:29:24

NOTA SAINS TAHUN 6

NOTA SAINS TAHUN 6

Keywords: NOTA SAINS TAHUN 6

UNIT 3: MIKROORGANISMA

1. Hidupan Seni
- Mikroorganisma ialah benda hidup
- Mikro bermaksud sangat halus atau seni dan tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
- Organisma pula bermaksud hidupan atau benda hidup.
- Oleh sebab itu, mikroorganisma bermaksud hidupan seni yang
tidak dapat dilihat dengan mata kasar
- Kanta pembesar dan mikroskop digunakan untuk melihat
mikroorganisma
- Jenis-jenis mikroorganisma
o Fungi

o Virus

o Protozoa

o Alga

o Bakteria

2. Proses Hidup Mikroorganisma

- Mikroorganisma melakukan proses hidup seperti bernafas, bergerak
dan bertumbuh.

3. Pertumbuhan Mikrob
- Makanan dan buah-buahan rosak disebabkan oleh tindakan
mikroorganisma.
- Pertumbuhan mikroorganisma memerlukan air, udara, suhu, nutrient
dan keasidan yang sesuai.

4. Kesan buruk mikroorganisma

5. Kegunaan mikroorganisma



Unit 4: Interaksi antara Hidupan

(A) Interaksi antara Haiwan

1. Interaksi ialah perhubungan aktif yang berlaku dalam
intraspesies dan interspesies bagi memperoleh keperluan
asas.

2. Intraspesies ialah interaksi antara spesies yang sama.
3. Interspesies ialah interaksi antara spesies yang berlainan.
4. Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku dalam

bentuk kerjasamaatau persaingan.
5. Kerjasama ialah interaksi yang memberi manfaat kepada

kedua-dua pihak. Contoh kerjasama: membina sarang
(lebah, memerang), mengesan kehadiran pemangsa
(Antelop dan babun)
6. Persaingan ialah satu bentuk interaksi yang berlaku
apabila haiwan berebut sesama mereka untuk
mendapatkan sumber yang terhad. Contoh persaingan:
Mendapatkan makanan (anak-anak ayam, helang dan ular).

(B) Haiwan Hidup Berkumpulan, Kelebihan dan
Kekurangan

1. Sesetengah haiwan hidup bersama-sama dalam kalangan
spesiesnya.

2. Contoh:
1. Lebah
2. Anai-anai
3. Burung bangau
4. Ikan
5. Burung layang-layang
6. Kambing
7. Singa
8. Rusa

3. Kelebihan hidup berkumpulan:
1. Dapat bekerjasama untuk membuat sarang dan
mendapatkan makanan.
2. Memastikan keselamatan spesiesnya daripada
serangan musuh dan melindungi anak-anaknya.
3. Mengawal kawasannya daripada dicerobohi musuh.

4. Kekurangan hidup berkumpulan:
1. Mudah dijangkiti wabak penyakit.
2. Haiwan yang lemah dalam kumpulan besar akan
mengalami kesukaran melarikan diri daripada
pemangsa.
3. Perlu bersaing untuk mendapatkan makanan dan
pasangan.

(C) Haiwan Hidup Bersendirian, Kelebihan dan
Kekurangan

1. Haiwan yang hidup bersendirian ialah haiwan yang hidup
tanpa kawanan.

2. Contoh:
1. Burung belatuk
2. Tapir
3. Labah-labah
4. Harimau
5. Ular Sawa
6. Tupai
7. Helang
8. Beruang

3. Kelebihan hidup bersendirian:
1. Mengelakkan persaingan memburu makanan sesama
sendiri dan mengatasi masalah sumber makanan yang
terhad.
2. Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan
pasangan dan kawasan.

4. Kekurangan hidup bersendirian:
1. Sukar mempertahankan diri daripada musuh.
2. Mengalami masalah kesukaran mencari pasangan
ketika musim mengawan.

Faktor Persaingan Haiwan Intra dan Interspesies

1. Haiwan intraspesies bersaing untuk mendapatkan:
1. Makanan
2. Air
3. Kawasan
4. Pasangan

2. Haiwan inerspesies bersaing untuk mendapatkan:
1. Makanan
2. Air
3. Kawasan

(E) Simbiosis antara Haiwan

1. Maksud simbiosis: Hubungan antara 2 atau lebih haiwan
yang saling hidup bersama.

2. Terdapat 3 jenis
simbiosis: Mutualisme, Komensalisme dan Parasitisme.

3. Mutualisme
1. Maksud: Interaksi yang membawa faedah kepada
kedua-dua organisma.
2. Contoh: Buran laut dan umang-umang, buaya dan
burung, kerbau dan bangau.

4. Komensalisme
1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada
satu pihak sahaja tanpa menjejaskan pihak yang
satu lagi.
2. Contoh: Ikan remora dan jerung, ikan paus dan
teritip.

5. Parasitisme
1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada
satu pihak sahaja dan satu pihak lagi rugi.
2. Contoh: Cacing pita, kutu sengkenit dan kucing.

(F) Faktor Persaingan antara Tumbuhan

1. Tumbuhan akan bersaing untuk mendapatkan keperluan
asas seperti:
1. Air
2. Cahaya Matahari
3. Ruang
4. Nutrien

2. Semasa aktiviti, tujuan boleh ditulis sebagai:
Untuk menyiasat ___________ sebagai faktor yang
menyebabkan persaingan antara tumbuhan.

3. Aktiviti penyiasatan melibatkan faktor persaingan:
1. Air
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara
kuantiti air yang direnjis dan ketinggian anak
pokok.
2. Hubungan: Semakin banyak kuantiti air yang
direnjis, semakin tinggi anak pokok.
3. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk
mendapatkan air. (Atau sama seperti
hubungan).
ATAU
4. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara
jarak anak pokok dari sumber air dan ketinggian
anak pokok.
5. Hubungan: Semakin dekat anak pokok dengan
sumber air, semakin bertambah ketinggian anak
pokok.
6. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk
mendapatkan air. (Atau sama seperti
hubungan).
2. Cahaya Matahari
3. Ruang
4. Nutrien

1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara
bilangan anak pokok di dalam pasu dan
ketinggian anak pokok.

2. Hubungan: Semakin bertambah bilangan anak
pokok di dalam pasu, semakin berkurang
ketinggian anak pokok.

3. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk
mendapatkan ______________.(Atau sama
seperti hubungan).

(G) Jenis Interaksi antara Tumbuhan

1. Seperti haiwan, tumbuhan juga mempunyai 3 jenis
simbiosis,
iaitu Mutualisme, Komensalisme dan Parasitisme.

2. Contoh Mutualisme: Liken (terdiri daripada alga dan
kulat).

3. Contoh Komensalisme: Pokok paku langsuyar
menumpang pada batang pokok, orkid liar pada batang
pokok, paku tanduk rusa pada batang pokok.

4. Contoh Parasitisme: Rafflesia, kulat cendawan, pokok
dedalu.

5. Pokok dedalu juga dikenali sebagai
tumbuhan semiparasit kerana dedalu menyerap air dan
nutrien daripada batang pokok yang ditumpang dan
turut membuat makanan sendiri melalui proses
fotosintesis.



UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

(A) Kepupusan Haiwan

1. Maksud pupus: lenyapnya atau sudah tiada lagi spesies
haiwan itu di bumi ini.

2. Contoh haiwan yang sudah pupus:
1. T-Rex
2. Burung Dodo
3. Quagga
4. Mamot
5. Harimau bertaring lengkung
6. Serigala Tasmania
7. Harimau dahan Taiwan
8. Ikan lumba-lumba Sungai Cina
9. Singa laut Jepun
10. Harimau Jawa

(B) Diancam Kepupusan

1. Maksud diancam kepupusan: Bilangan spesies hidupan
tersebut semakin berkurang dari tahun ke tahun.

2. Contoh jenis tumbuhan yang diancam kepupusan:
1. Anggerik Merpati
2. Periuk Kera
3. Rafflesia
4. Orkid Selipar
5. Kacip Fatimah
6. Tongkat Ali
7. Cengal
8. Keruing
9. Meranti
10. Pokok Bakau

3. Contoh jenis haiwan yang diancam kepupusan:
1. Badak Sumbu
2. Tapir
3. Gajah
4. Harimau
5. Panda

(C) Aktiviti yang mengancam Haiwan dan
Tumbuhan

1. Terdapat 3 faktor utama uang mengancam haiwan dan
tumbuhan:

1. Aktiviti Manusia
1. Pembalakan tanpa kawalan
2. Pemburuan haram berleluasa
3. Penerokaan kawasan

2. Bencana Alam
1. Banjir
2. Gempa Bumi
3. Ribut Taufan

3. Pencemaran
1. Pencemaran Air – Tumpahan Minyak
2. Pencemaran Tanah – Pembuangan Sampah
3. Pencemaran Udara – Pembakaran terbuka

(D) Pemeliharaan dan Pemuliharaan Haiwan dan
Tumbuhan

1. Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan perlu
dilakukan bagi menyelamatkan haiwan dan tumbuhan
yang diancam kepupusan.

2. Maksud pemeliharaan: Usaha mengekalkan keadaan
asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.

3. Contoh-contoh aktiviti pemeliharaan:
1. Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan
dan tumbuhan
2. Elak membeli produk yang diperbuat daripada
spesies haiwan terancam.
3. Menganjurkan kempen menentang pembalakan
dan pemburuan haram.
4. Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai
spesies yang dilindungi.
5. Mewartakan hutan sebagai hutan simpan.
6. Menebang pokok terpilih sahaja.
7. Menguatkuasa undang-undang dan peraturan.
8. Mewartakan kawasan paya bakau sebagai tapak
Ramsar
9. Mewartakan taman laut.

4. Maksud pemuliharaan: Usaha mengembalikan haiwan
dan tumbuhan kepada keadaan asal.

5. Contoh-contoh aktiviti pemuliharaan:
1. Mendirikan pusat rehabilitasi.
2. Mendirikan pusat perlindungan dan pusat
pembiakan.
3. Menanam semula pokok.



UNIT 6: DAYA

(A) Apakah Daya?

1. Daya ialah tarikan dan tolakan yang bertindak ke atas
sesuatu objek.

2. Daya tarikan ialah daya yang menggerakkan objek
mendekati kita.
Contoh: Tarik tali, tarik upih.

3. Daya tolakan ialah daya yang menggerakkan objek
menjauhi kita.
Contoh: Tolak kereta, tutup suis, picit ubat gigi.

4. Daya tarikan dan tolakan ialah daya yang
menggerakkan objek mendekati dan menjauhi kita.
Contoh: Menggergaji, bermain violin, mengepam,
mengasah pisau, bermain yoyo.

(B) Kesan Daya

1. Daya tidak dapat diperhati, tetapi kesannya dapat
dilihat dan dirasa.

2. Terdapat 6 kesan daya:
1. Mengubah bentuk objek
2. Mengubah arah pergerakan objek
3. Menggerakkan objek yang pegun
4. Menghentikan objek yang bergerak
5. Mengubah kelajuan objek menjadi semakin cepat
6. Mengubah kelajuan objek menjadi semakin
perlahan

(C) Daya Geseran

1. Daya geseran ialah daya yang terhasil apabila dua
permukaan bersentuhanantara satu sama lain.

2. Daya geseran sentiasa menentang arah pergerakan
objek.

3. Daya geseran akan menyebabkan pergerakan sesuatu
objek menjadi perlahan dan akhirnya berhenti.

(D) Faktor yang Mempengaruhi Daya Geseran

1. Terdapat dua faktor yang akan mempengaruhi daya
geseran:
1. Jenis Permukaan
1. Semakin kasar jenis permukaan, semakin besar
daya geserannya.
2. Semakin licin jenis permukaan, semakin kecil
daya geserannya.
2. Jisim objek
1. Semakin bertambah jisim objek, semakin besar
daya geserannya.
2. Semakin berkurang jisim objek, semakin kecil
daya geserannya.

(E) Kesan Daya Geseran

1. Daya geseran memberikan kesan yang baik dan kesan
yang buruk.

2. Kebaikan daya geseran:
1. Membolehkan kita memegang objek dengan
cengkaman yang baik.
2. Membolehkan kita berjalan tanpa tergelincir.
3. Membolehkan objek kekal pegun.
4. Membolehkan kenderaan diperlahankan dan
dihentikan.

3. Keburukan daya geseran:
1. Menghasilkan bunyi yang tidak diingini.
2. Menghasilkan haba dan menyebabkan permukaan
menjadi panas.
3. Memperlahan objek yang bergerak.
4. Menyebabkan kehausan.
5. Menyebabkan objek yang berat sukar ditarik atau
ditolak.

(F) Menambahkan dan Mengurangkan Daya
Geseran

1. Dalam beberapa keadaan, daya geseran
perlu ditambahkan supaya sesuatu pekerjaan dapat
dilakukan dengan lebih cekap dan mudah.

2. Cara-cara untuk menambahkan daya geseran:
1. Menjadikan permukaan kasar, dengan membuat
alur atau corak pada permukaan.
2. Mewujudkan permukaan yang kering supaya
geseran lebih kuat.
3. Menggunakan bahan yang kasar untuk
meningkatkan geseran.

3. Contoh menambahkan daya geseran dalam
kehidupan:
1. Penggunaan pelapik anti gelincir
2. Tapak kasut yang bercorak dan kasar
3. Pelapik tetikus
4. Corak pada permukaan sarung tangan
5. Menggunakan serbuk kapur magnesium karbonat
untuk mengangkat pemberat besi.

4. Daya geseran yang terhasil kadang-kala memberikan
masalah dan perlu diatasi atau dikurangkan.

5. Cara-cara untuk mengurangkan daya geseran:
1. Menggunakan pelincir seperti minyak, gris dan
bedak talkum.
2. Menggunakan alas bebola, roda dan pengguling.
3. Menggunakan reka bentuk aerodinamik (kereta
lumba, kapal terbang) dan kusyen udara
(Hoverkraf).

6. Contoh mengurangkan daya geseran dalam
kehidupan:
1. Meletakkan minyak gris pada bahagian pembuka
tingkap yang bergeser.
2. Penggunaan penggolek dan roda
3. Penggunaan minyak pelincir dalam kenderaan
bermotor.
4. Penggunaan tepung asid borik
5. Permukaan laci disapu lilin.



Unit 7: Kelajuan

(A) Apakah kelajuan?
1. Kelajuan menunjukkan kepantasan sesuatu objek
bergerak.
2. Kelajuan ialah ukuran cepat atau lambat sesuatu objek
yang bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang
lain.
3. Kelajuan melibatkan ukuran jarak dan masa sesuatu
objek yang bergerak.

(B) Unit Kelajuan

1. Unit bagi ukuran kelajuan ialah:

sentimeter per saat (cm/s) – kura-kura, siput
meter per saat (m/s) – larian, tupai
kilometer per jam (km/j) – kereta lumba, kuda, kapal
terbang

(C) Hubungan antara Kelajuan, Jarak dan Masa
1. Objek yang bergerak laju bergerak lebih jauh dalam

masa yang ditetapkan.

2. Semakin bertambah kelajuan objek bergerak, semakin
jauh jarak yang dilalui oleh objek itu dalam masa yang
ditetapkan.

3. Objek yang bergerak laju mengambil masa yang lebih
singkat untuk sampai ke destinasinya.

4. Semakin bertambah kelajuan objek bergerak, semakin
singkat masa yang diambil untuk objek itu sampai ke
destinasi yang ditetapkan.

(D) Mengira Kelajuan
1. Kelajuan dapat dikira dengan cara membahagikan

jarak yang dilalui kepada masa yang diambil.
2. Rumus kelajuan:

Kelajuan = Jarak / Masa



Unit 8: Pengawetan Makanan

(A) Kerosakan Makanan

1. Makanan yang rosak boleh diperhatikan dengan
menggunakan deria
penglihatan, bau, rasa dan sentuhan.

2. Daging ayam: Bertukar warna menjadi kehitaman,
berbau busuk dan berlendir.

3. Ikan: Rosak, berubah tekstur dan berbau busuk.
4. Susu: Berubah tekstur, berbau busuk, berbasa masam,

berbuih dan berketul-ketul.
5. Sayuran: bertukar warna kekuningan dan layu.
6. Buah-Buahan: Berubah tekstur, berkulat dan berubah

warna.
7. Nasi: Lembik, berlendir, bertompok hitam dan berbau

masam.
8. Roti dan Kek: Berkulat dan mempunyai tompok

kehitaman.
9. Makanan dalam tin: Berbuih dan keruh, berbau busuk, tin

menjadi kemek, mengembang dan berkarat.

(B) Punca Kerosakan Makanan

1. Makanan menjadi rosak disebabkan oleh tindakan
mikroorganisma yang bertumbuh dalam makanan.

2. Mikroorganisma seperti bakteria dan fungi membiak
dengan cepat dalam keadaan yang sesuai.

3. Keadaan yang lembap dan panas membantu bakteria
dan fungi membiak dengan lebih cepat.

4. Bakteria dan kulat memerlukan yang berikut untuk
membiak: Udara, air, nutrien, suhu yang sesuai
dan keasidan yang sesuai.

(C) Pengawetan Makanan

1. Pengawetan makanan ialah kaedah pemprosesan
makanan yang boleh menghalang atau melambatkan
proses hidup mikroorganisma.

2. Tujuan pengawetan makanan: supaya lebih tahan
lama dan tidak mudah rosak.

3. Kaedah Pengawetan Makanan:
1. Pendidihan
1. Proses memanaskan makanan pada suhu
yang tinggi.
2. Suhu yang tinggi membunuh kebanyakan
mikroorganisma seperti bakteria dan fungi.
3. Makanan boleh tahan lebih lama apabila
bakteria dan fungi dibunuh.
2. Penjerukan
1. Proses merendam makanan di dalam cuka,
larutan gula dan garam.
2. Penjerukan mengurangkan kandungan air
dalam makanan, menjadikan keadaan tidak
sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh atau
membiak.
3. Contoh makanan: buah-buahan dan sayur-
sayuran.
3. Pembungkusan vakum
1. Proses mengeluarkan semua udara daripada
bekas atau pembungkus makanan.
2. Ketiadaan udara menyebabkan bakteria dan
kulat tidak boleh bertumbuh dan membiak.
3. Contoh: kacang, kerepak, buah-buahan, sosej,
cendawan.

4. Pengeringan
1. Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan
kebanyakan air daripada makanan.
2. Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya
matahari atau ketuhar.
3. Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma
akan mati atau menjadi tidak aktif.
4. Contoh: Ikan kering, asam gelugur, mihun
kering, sotong.

5. Penyejukbekuan
1. Kaedah menyimpan makanan pada suhu
takat beku (00C) dan ke bawah.
2. Contoh makanan: ikan, sotong, ayam dan
daging.

6. Pendinginan
1. Kaedah menyimpan makanan di dalam
persekitaran bersuhu kurang dari 180C.
2. Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma
kurang aktif dan lambat bertumbuh serta
membiak.
3. Contoh makanan: Sayur-sayuran, buah-
buahan, telur dan susu.

7. Pemasinan
1. Menggunakan garam bagi menyingkirkan
kelembapan pada makanan.
2. Contoh makanan: ikan, telur, sayur-sayuran,
buah-buahan dan daging.

8. Pelilinan
1. Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin
cair untuk mencegah pertumbuhan
mikroorganisma di permukaannya.
2. Dapat mengekalkan kesegaran buah.

9. Pengetinan dan pembotolan
1. Proses mendidihkan makanan untuk
membunuh mikroorganisma. Makanan
kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke
dalam bekas kedap udara.
2. Pemanasan pada suhu didih dapat
membunuh kebanyakan bakteria aktif tanpa
merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
3. Contoh makanan: ikan, daging, ayam, buah,
dan sayur-sayuran.

10. Pempasteuran
1. Proses pemanasan makanan sehingga suhu
tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti
dengan pendinginan segera.
2. Contoh makanan: susu dan jus buah-buahan.

11. Penyalaian
1. Kaedah mengeringkan makanan dengan
cara mengasapnya untuk satu tempoh yang
agak lama.
2. Boleh membantutkan pertumbuhan
mikroorganisma.
3. Contoh makanan: ikan dan daging.

(D) Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan

1. Makanan yang telah ditinkan boleh mengatasi masalah
bekalan makanan semasa kecemasan. Contohnnya,
semasa banjir melanda sesebuah kawasan.

2. Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sesebuah
negara boleh dinikmati di negara lain.

3. Teknologi pengawetan makanan memudahkan
makanan disimpan dan mudah diangkut untuk
dipasarkan ke tempat lain.

4. Buah-buahan bermusim dapat dinikmati sepanjang
tahun.

5. Makanan yang diawet dapat disimpan lebih lama dan
boleh memenuhi keperluan bekalan makanan
sepanjang tahun.



Unit 9: Bahan Buangan

(A) Kenali Bahan Buangan

1. Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan
lagi dan tidak mahu disimpan.

2. Bahan buangan berasal daripada pelbagai sumber:
Kediaman, kilang, gerai makanan, pasar, kenderaan
bermotor, dan pertanian.

3. Jenis-Jenis Bahan Buangan:

(B) Terbiodegradasikan atau Tidak?

1. Bahan buangan terbiodegradasi ialah bahan buangan
yang boleh direputkan oleh mikroorganisma.
Contoh: Bahan organik seperti sisa makanan, kertas,
bahan kumuh dan tinja.

2. Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan
buangan yang tidak boleh direputkan oleh
mikroorganisma.
Contoh: Kaca, plastik, logam, sisa toksik.

Ahad 19.9.2021

(C) Hargai Bumi Kita

1. Kita perlu menggunakan bahan buangan tidak
terbiodegradasi secara hemah kerana bahan-bahan ini
tidak mereput jika dibuang dan akan kekal di persekitaran
kita buat jangka masa yang lama.

2. Bahan buangan tidak terbiodegradasikan akan:
1. Menyumbang kepada pencemaran persekitaran
2. Menyebabkan terjadinya bencana alam
3. Memberi kesan kepada kesihatan kita

3. Kesan pembuangan bahan buangan yang tidak
terancang akan mendatangkan masalah:
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Sakit dan penyakit
4. Hujan asid
5. Banjir kilat
6. Kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan
7. Kepupusan sesetengah spesies haiwan dan
tumbuhan

(D) Amalan Pengurusan Bahan Buangan

1. Kehidupan lestari adalah amalan yang mengurangkan
impak kepada alam sekitar agar keindahan alam dapat
dinikmati oleh generasi akan datang.

2. Peranan kita dalam mengurus bahan buangan dengan
cara terancang:
1. Bahan buangan hendaklah dibungkus dan diikat
dengan kemas.
2. Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut
jenis bahan sebelum dibuang.
3. Gunakan bekas khas untuk membuang bahan
buangan kimia dan sisa minyak.
4. Bahan buangan sisa makanan yang boleh
direputkan boleh dijadikan baja kompos.
5. Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dapat
mengurangkan longgokan bahan.
1. Reduce: Kurangkan penggunaan bahan
buangan seperti beg plastik.
2. Reuse: Guna semula atau pelbagaikan
penggunaan bahan buangan.
3. Recycle: Kitar semula bahan buangan menjadi
produk yang baharu.
6. Menggunakan plastik terbiodegradasikan
7. Membawa beg sendiri semasa membeli belah
8. Menghasilkan makanan haiwan daripada bahan
buangan

(E) Pengurusan Bahan Buangan Secara Terancang

1. Bahan buangan biasanya dikendalikan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan.

2. Cara- cara bahan buangan dilupuskan:
1. Bahan buangan dikutip dan dihantar ke pusat
pengumpulan sampah.
2. Bahan buangan diasingkan mengikut jenis: Boleh
kitar semula dan tidak boleh kitar semula.
3. Bahan buangan yang boleh dikitar semula
dipadatkan dan dihantar ke kilang pemprosesan
untuk dijadikan bahan yang baharu.
4. Bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula
dibakar dalam insinerator.
5. Sisa daripada insinerator dihantar ke tapak
pelupusan sampah untuk dilupuskan.



UNIT 10: GERHANA

(A) Gerhana Bulan

1. Gerhana ialah suatu fenomena apabila Bulan
atau Matahari tidak kelihatan.

2. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di
antara Matahari dan Bulan pada satu garis
lurus.

3. Gerhana Bulan berlaku pada waktu
malam apabila Bulan berada pada fasa bulan
purnama.

4. Bumi menghalang cahaya Matahari daripada
sampai ke Bulan. Jadi Bulan ditutupi oleh
bayang-bayang Bumi.

5. Apabila Bulan memasuki kawasan bayang-
bayang Bumi yang lebih cerah
(penumbra), Gerhana Bulan separa berlaku.

6. Apabila Bulan memasuki kawasan bayang-
bayang Bumi yang lebih gelap
(umbra), Gerhana Bulan penuh berlaku.

(B) Gerhana Matahari

1. Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan
berada di antara Matahari dan Bumi pada
satu garis lurus.

2. Bulan menghalang cahaya matahari daripada
sampai ke Bumi. Jadi Bumi ditutupi oleh
bayang-bayang Bulan.

3. Gerhana Matahari berlaku pada waktu
siang apabila Bulan berada dalam fasa anak
bulan.

4. Hanya kawasan yang dilindungi bayang-
bayang gelap Bulan akan mengalami gerhana
Matahari penuh.

5. Semasa gerhana Matahari Penuh, keadaan
akan menjadi gelap seperti waktu malam.
Matahari kelihatan seperti cakera hitam yang
dikelilingi gegelang cerah yang
dipanggil korona.

6. Kawasan yang dilindungi bayang-bayang
Bulan yang lebih cerah akan
mengalami gerhana Matahari Separa

.

UNIT 11: BURUJ

(A) Apakah Buruj?

1. Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan
membentuk corak tertentu di langit pada waktu
malam.

2. Corak tersebut tidak wujud di angkasa lepas.

(B) Buruj di Langit Malam

(C) Kegunaan Buruj

1. Pelayar dan pengembara menggunakan buruj

untuk menunjukkan arah yang betul.
a. Buruj Biduk – Arah Utara
b. Buruj Belantik – arah Utara
c. Buruj Pari – Arah Selatan

2. Petani menggunakan buruj untuk menandakan
tibanya musim menanam dan menuai.

3. Penentuan musim
a. Musim bunga – Buruj Biduk
b. Musim panas – Buruj Skorpio
c. Musim luruh – Buruj Akuarius
d. Musim sejuk – Buruj Belantik

4. Ahli astronomi menggunakan buruj untuk mengkaji

dan mengenal pasti bintang-bintang di alam
semesta.



UNIT 12: MESIN

(A) Mesin Ringkas

1. Mesin ringkas ialah alat yang membolehkan
kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan
cepat.

2. Terdapat 7 jenis mesin ringkas.



(B) Mesin Kompleks

1. Mesin kompleks ialah alat atau objek yang
terdiri daripada gabungan lebih daripada satu
mesin ringkas.

2. Contoh-contoh mesin kompleks:

(C) Penciptaan Mesin yang Lestari

1. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah.
2. Mesin yang lestari bermaksud mesin yang

tahan lama, tidak mudah rosak,
menguntungkan, tidak memberi kesan buruk
kepada alam sekitar, mudah dan selamat
digunakan.
3. Kepentingan penciptaan mesin:

1. Meningkatkan produktiviti pengeluaran.
2. Membantu mempercepat dan

memudahkan kerja.
3. Dapat mengangkut barang yang berat

atau besar dalam kuantiti yang banyak.
4. Masa perjalanan dan penghantaran dari

satu tempat ke tempat yang lain menjadi
lebih singkat.
5. Komunikasi menjadi lebih mudah dan
cepat walaupun pada jarak yang jauh.


Click to View FlipBook Version