E-FOLIO JABATAN PERDAGANGAN KURSUS : MPU23032 PENGAJIAN ISLAM SESI 2 2022/2023 KELAS : DPM 2 JENYAH SYARIAH : AJARAN SESAT DI MALAYSIA PENSYARAH PEMBIMBING : PN.HAZWANI BINTI UBAIDILLAH NAMA NO. PENDAFTARAN NURUL BATRISYIA IRDINA BINTI KAMAL BAHARIN 01DPM22F1001 RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD ARIFFIN 01DPM22F1014 NURUL NATASHA BINTI JALANI 01DPM22F1017 NUR SHAZWINA BINTI NOOR AHMAD 01DPM22F1018 NUR HAYATI BINTI RASHID 01DPM22F1033 NUR HASYA QISTINA BINTI AHMAD AJMAIN 01DPM22F1035
ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat Perakuan Pelajar 3 Penghargaan 4 Pengenalan 5 Objektif 5 Rumusan Artikel 6 Punca-punca Berlaku Salah Faham Terhadap Islam 10 Kesan-Kesan Terhadap Isu Salah Faham 11 Langkah-langkah Mengatasi Masalah Salah faham Terhadap Islam 13 Kesimpulan 15 Rujukan 18 Lampiran 18
PERAKUAN PELAJAR “Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap satunya kami jelaskan sumbernya” 1. Tandatangan : Nama : NURUL BATRISYIA IRDINA BINTI KAMAL BAHARIN No. Pendaftaran : 01DPM22F1001 2. Tandatangan : Nama : RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD ARIFFIN No. Pendaftaran : 01DPM22F1014 3. Tandatangan : Nama : NURUL NATASHA BINTI JALANI No. Pendaftaran : 01DPM22F1017 4. Tandatangan : Nama : NUR SHAZWINA BINTI NOOR AHMAD No. Pendaftaran : 01DPM22F1018 5. Tandatangan : Nama : NUR HAYATI BINTI RASHID No. Pendaftaran : 01DPM22F1033 6. Tandatangan : Nama : NUR HASYA QISTINA BINTI AHMAD AJMAIN No. Pendaftaran : 01DPM22F1035
PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, segala puji-pujian hanyalah bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan limpah kurnia Allah SWT akhirnya projek ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Semoga segala usaha yang dijalankan diberkati dan dirahmati-Nya. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah kursus MPU 23032 Pengajian Islam iaitu Ustazah Hazwani bt Ubaidillah@Hamdan di atas kesudian memberi pandangan, bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan juga memberi bahan rujukan bagi menyiapkan kajian yang dijalankan. Penghargaan dan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan galakan untuk menyiapkan projek ini. Ternyata sokongan daripada mereka membuatkan kami lebih bersemangat untuk menyiapkan projek ini walaupun pada mulanya agak susah bagi kami. Seterusnya, penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan yang lain kerana telah banyak membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Penukaran maklumat dan perbincangan sama ada secara formal ataupun tidak formal juga ternyata memberi kemudahan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
1.0 PENGENALAN Ajaran sesat ialah ajaran yang bersimpang dari al-Quran dan hadis serta wujud perubahan dalam kefahaman dan syariat Islam. Mereka yang mengamalkan ajaran sesat ini juga lazimnya cenderung mengagung-agungkan pemimpin dan guru mereka melebihi kedudukan nabi serta bersifat fanatik. Kumpulan ajaran sesat ini biasanya didalangi oleh sesetengah individu atau puak tertentu telah berjaya bertapak dan mendapat sambutan daripada sesetengah golongan yang jahil setelah melakukan dakyah secara rahsia. Pelbagai bentuk ajaran sesat telah menyerang negara ini sama ada yang berasal daripada dalam negeri atau dari luar negara. Kebanyakan kumpulan ajaran sesat ini, mengheret pengikut-pengikutnya menyimpang daripada ajaran agama Islam tanpa mereka sedari. Memandangkan kumpulan ajaran sesat menjadi ancaman terhadap ajaran agama Islam yang sebenar dan suci ini, maka pihak berkuasa agama negara dan negeri telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah yang besar ini. 2.0 OBJEKTIF Objektif utama dalam menyiapkan tugasan e-folio ini adalah untuk: 2.1 Mengenal pasti konsep ajaran sesat 2.2 Mengkaji tentang punca berlakunya ajaran sesat di Malaysia 2.3 Mengkaji tentang kesan mengikuti ajaran sesat 2.4 Mengkaji langkah-langkah menangani ajaran sesat dari berleluasa
3.0 RUMUSAN ARTIKEL BERKAITAN AJARAN SESAT 3.1 Sumber artikel : https://www.hmetro.com.my/addin/2021/09/750664/mengenalajaran-sesat Nabi Muhammad S.A.W menyeru umat manusia supaya beriman kepada Allah supaya Allah dapat menyelamatkan kita(manusia) daripada kesesatan dan penyelewengan. Dengan mengamalkan sifat pertengahan iaitu tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu longgar dalam kehidupan beragama,dengan cara itu umat Islam akan selamat daripada kesesatan. Surah Al-Isra ayat-41 menjelaskan bahawa memahami dan mematuhi kebenaran terhadap agama Islam dapat menjadi perisai daripada keliaran dan kesesatan dalam beragama. Maqasid syariah menggalakkan umat Islam memelihara agama ketika berlakunya aliran fahaman yang menyeleweng. Berpegang teguhlah kepada al-quran dan ahli sunnah wal-jamaah yang benar.
3.2 Sumber artikel : https://www.mais.gov.my/mengenali-ajaran-sesat/ Imam Syafie mengatakan bahawa umat manusia ini mudah terpengaruh dengan keajaiban serta perkara kecil yang mampu dilakukan oleh sesetengah orang lain yang dimana mereka tidak mampu melakukannya. Tanpa penyelidikan yang mendalam,seseorang itu dengan mudahnya mengangkatnya menjadi seorang guru. Orang yang waras pasti akan menafikan dan menolak dakwaan sekiranya ada orang yang mengaku diri mereka sebagai tuhan dan utusan. Ini kerana mereka tahu nabiyullah itu Nabi Muhammad,merupakan nabi yang terakhir dan tiada nabi selepasnya. Sudah terang lagi bersuluh dinyatakan di dalam surah al-Ahzab ayat 40. Kumpulan yang konon mengaku bahawa menerima wahyu daripada Allah itu jelas tidak betul serta terpesong dari landasan yang sebenar. Ada juga yang mengaku diri mereka sebagai Imam Mahdi, sedangkan sudah jelas bahawa Imam Mahdi berketurunan Arab Quraisy. Umat Islam perlu memantapkan akidah masing-masing dengan melakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Mantapkan iman dan akidah dengan menghadiri kelas dan ceramah agama yang bertauliah yang mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri.
3.3 Sumber artikel : https://abuanasmadani.com/kenali-jauhi-ajaran-sesat-dimalaysia/ Ajaran sesat ini bergerak secara berkumpulan dan diketuai oleh mursyid yang kononnya mempunyai martabat yang tinggi berbanding yang lain. Mereka ini menggunakan ilmu batiniah dengan menunjukkan kekebalan dan mampu merawat penyakit. Mereka biasanya membuat pembelajaran di rumah atau di surau kepunyaan mereka. Mereka akan memastikan bahawa tiada orang luar menceroboh masuk serta tahu akan ajaran sesat ini bergiat aktif. Jika mereka mendapati ada pengikut yang tidak dikenali,mereka akan membubarkan majlis itu begitu sahaja supaya tidak disyaki. Semakin banyak pengorbanan pengikut kepada mursyidnya semakin tinggi darjatnya disisi mursyidnya (tuhan mereka). Perancangan rapi telah dibuat oleh musuh-musuh Islam untuk menyelewengkan umat Islam dengan cara munculkan ajaran sesat. Musuh Islam bersedia untuk merosakkan akidah dan matlamat umat Islam dengan membuat onar,perpecahan dan percanggahan fahaman dalam beragama. Mantapkanlah akidah supaya tidak terpesong dari ajaran yang sebenar. Pengetahuan tentang ajaran agama amatlah penting supaya tidak mudah terjebak dalam golonng ajaran sesat.
3.4 Sumber artikel : https://www.hmetro.com.my/addin/2021/09/750258/waspadaajaran-menyeleweng Isu ajaran sesat bukanlah satu perkara yang asing dalam kamus kehidupan umat Islam. Ini kerana ia datang seiring dengan kehidupan manusia. Terkini muncul ajaran yang dikenali Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT). Berpunca daripada kejahilan inilah menyebabkan berlakunya kekosongan jiwa dalam diri seseorang manusia. Nilai keagamaan dan kerohanian telah kosong dan tidak diiisi dengan makanan yang sepatutnya seperti selawat,zikir, dan mengaji Al-Quran.Mereka lebih meyakini bahawa Sains boleh mencapai apa yang diinginkan. Untuk memenuhi kekosongnan jiwa,mereka mencari melalui dua cara iaitu ekstrem terhadap keagamaan atau ekstrem mencari keseronokan. Kerana kejahilan inilah mereka terkeliru antara yang benar dan yang salah dalam membuat pilihan. Setiap ajaran sesat mempunyai daya tarikan mereka sendiri contohnya ciri-ciri kesenangan dalam beribadah. Mereka tidak perlu menunaikan tanggungjawab solat,puasa,zakat dan haji. Cukup dengan mengangkat sumpah tidak memberitahu orang lain akan ajaran ini. Setiap umat Islam wajib kembali kepada ajaran Al-Quran dan sunnah nabi Muhammad SAW yang merupakan khazanah yang amat bernilai dan dapat menyelamatkan mereka daripada kesesatan. Sesunnguhnya Rasulullah meninggalkan dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh kepadanya nescaya kamu tidak akan tersesat buat selamanya iaitu Al-Qursn dan Sunnah.
4.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA AJARAN SESAT Berdasarkan isu-isu yang dibincangkan diatas terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya ajaran sesat iaitu:- 4.1 KECETEKAN ILMU Umat islam zaman sekarang ingin mempertahankan diri dengan ilmu-ilmu batin yang bertentangan dengan Islam seperti ilmu kebal dan sebagainya. Hal ini yang menjadikan umat islam tersesat kerana ilmu kebal atau sihir bukan dari ajaran Islam yang sebenarnya. Untuk mengelirukan umat islam, bacaan di dalam upacara ilmu batin dan sihir akan menggunakan potongan ayat al Quran dan dipakaikan jubah islam supaya ia kelihatan tidak bertentangan dengan ajaran islam. Disebabkan itu, tanpa disedari umat islam telah berlaku syirik kepada Allah kerana wujudnya pemujaan dan permintaan pertolongan terhadap sesuatu kuasa selain dari kuasa Allah S.W.T. Seterusnya, ilmu batin yang bertentangan dengan islam yang disebarkan oleh orang yang berpengaruh dan berpangkat yang mempengaruhi orang ramai yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat kesesatan ilmu yang diajarkan dimana ilmu batin yang bertentangan dengan Islam tidak termasuk dalam ilmu fardhu ain atau kifayah, tetapi masuk ke dalam ilmu syaitan. Ilmu kebatinan memang ada di dalam islam tetapi ilmu itu hanya dalam bentuk ilmu tasawuf yang berdasarkan Al- Quran dan hadis untuk umat islam mempelajarinya bukannya ilmu kebatinan yang lain. 4.2 PERCAYA KEPADA PERKARA GHAIB Perkara ghaib sememangnya diasaskan oleh Al-Quran dan Al-hadith. Bab akidah, syarak dan akhlak Islam itu sendiri adalah perkara ghaib yang hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-hadith. Oleh itu, penganut-penganut ajaran sesat akan percaya kepada sesuatu perkara ghaib yang diberikan oleh guru-guru ajaran sesat apabila perkara-perkara ghaib itu berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadith yang telah diputar belitkan sehingga pengikut ajaran sesat itu tidak lagi dapat melihat kesesatan yang disampaikan. 4.3 DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN KUMPULAN Pemikiran liberisme dan pluralisme agama adalah salah satu ciri yang sering dijumpai apabila kumpulan ajaran sesat dibongkarkan di negara ini. Hal ini kerana, pengamal ajaran sesat juga mempercayai dan sering mengamalkan perkara khurafat dan tahyul, menjadikan ilham, mimpi atau kashaf sebagai sumber pegangan dankepercayaan mereka. Selain itu, pengamal ajaran sesat juga terlampau taksub dengan mereka atau ketua ajaran, menyeleweng tafsiran Al-Quran dan hadis untuk kepentingan peribadi dan kumpulan serta menolak disiplin ilmu dan autoriti pihak berkuasa agama
4.4 FAKTOR SOSIAL Ini biasanya terjadi apabila ada konflik dan persaingan antara guru ajaran sesat dalam mencari anak murid bagi meluaskan pengaruh ajaran mereka . jadi mereka mulalah mencipta ajaran yang menarik dan lain daripada yang lain supaya ramai yang terpengaruh dengan ajaran mereka. Guru-guru ajaran ini juga mewujudkan perayaan peristiwa tertentu bagi menggantikan maulud nabi, israk mikraj. Ini dapat memperkuatkan ajaran mereka supaya dapat ditunjukkan kepada orang yang tidak menjadi ahli ajaran sesat itu. 5.0 KESAN-KESAN AJARAN SESAT 5.1 ROSAK AKIDAH Akidah seseorang akan rosak dan terpesong apabila mengamalkan ajaran sesat dalam hidup. Orang Muslim yang mempercayai dan beramal dengan sesat adalah berdosa besar.Mereka wajib bertaubat dengan secepat yang mungkin dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.Pengamal ajaran sesat akan banyak membuang masa dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat.Perkara ini amat dibenci oleh Allah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah segala amal usahanya (yang baik) didunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka dan kekal didalamnya (selama-lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217) 5.2 KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN Keruntuhan institusi kekeluargaan dan kerentakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan cara beribadah.Hal ini jelaslah bahawa ajaran sesat boleh merenggangkan silaturahim antara ahli keluarga dan menimbulkan sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap dan pemimpin mereka yang dapat menyebabkan mereka lebih mengikuti arahan daripada pemimpin dari ajaran sesat berbanding ahli keluarga sendiri. Allah menyatakan, َض هل ِا هَّللِ فَقَدْ َو َم ْن يُ ْشِر ْك ب َض ََلاًل بَ ِعيداا “… dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (an-Nisa: 116)
5.3 MEWUJUDKAN KEGANASAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT Perkara ini dapat menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat.Justeru,ajaran sesat boleh mewujudkan keganasan di mana pematuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, memusnah tempat ibadah agama lain dan mengakui mereka adalah tentera Allah.Selain itu, mereka juga menyesatkan banyak masyarakat yang beragama serta menghalalkan darah sesama Islam untuk dibunuh. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 15: "Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang benar (pengakuan imannya). 5.4 MINDA TERKONGKONG. Minda seseorang menjadi terkongkong disebabkan oleh ketaksuban terhadap sesuatu. Mereka ini terlalu fokus akan perkara yang mereka inginkan dan menyebabkan minda mereka terkongkong.Mereka tidak mengambil tahu perkara lain dan mengambil enteng akan pengaruh ajar sesat ini. Disebabkan ketaksuban inilah minda mereka akan menjadi tidak rasional dan mula membuat perkara yang tidak masuk di akal. Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya)." (HR Tirmizi). 5.5 MENJEJASKAN PRESTASI EKONOMI NEGARA Para pelabur dan para pedagang akan memandang negara dengan pandangan serong.Mereka akan mempersoalkan bagaimana sesebuah negara Islam itu boleh memiliki kepercayaan yang jelas terpesong dari ajaran yang sebenar. Ini kerana Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam ,namun disebabkan penyebaran ajaran sesat ini, para pelabur dan pedagang terutamanya yang beragama Islam tidak berminat untuk melabur dan berdagang di Malaysia. Oleh sebab itu,ekonomi negara terjejas.
6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH AJARAN SESAT 6.1 MELENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU Melalui ilmu kita dapat membezakan antara perkara baik dan buruk dan juga membezakan perbuatan yang betul dan perbuatan yang salah. Selain dapat mengenalpasti kebenaran, seseorang itu hendaklah juga mengetahui ciri-ciri kesesatan supaya tidak tergelincir ke dalamnya. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar. Ramai orang terpengaruh dengan ajaran sesat kerana termakan hujah-hujah daripada orang yang berpelajaran tinggi dan penghafaz kitab dan hadis, namun hakikatnya mereka telah tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Allah S.W.T berfirman, َر َجا ت َ دَ م ْ ِعل ْ وتُوا ال ُ ِذي َن أ ه َوال ْم َمنُوا ِمنكُ ِذي َن آ ه ـهُ ال ه الل ِ يَ ْرفَع Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11] Oleh sebab itu, kita haruslah menuntut ilmu agar dapat melindungi iman kita daripada goyah. 6.2 MENYEBARKAN AJARAN ISLAM Kerajaan atau pihak berwajib hendaklah sentiasa mendedahkan kepada masyarakat tentang ajaran agama Islam menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan symposium. Hal ini supaya masyarakat akan terus mendapat informasi agama yang betul dan sahih kerana dikeluarkan oleh orang yang berkelulusan. Kesannya masyarakat takkan tertipu dengan helah penganut ajaran sesat dalam cubaan untuk menyelewengkan akidah mereka. Terdapat dalil yang menyatakan, َو َما ا ۗ ْسََلُم هن ال ِد ي َن ِعْندَ هَّللاِ اْْلِ ِ إ آيَا ِت ِ ْر ب ْكفُ َو َم ْن يَ ۗ ُهْم ْغياا بَ ْينَ ُم بَ ْ ِعل ْ ُم ال َءهُ هًل ِم ْن بَ ْعِد َما َجا ِ ِكتَا َب إ ْ وتُوا ال ُ ِذي َن أ ه َف ال ْختَلَ هن هَّللاَ ِ هَّللاِ فَإ ِح َسا ِب ْ َسِري ُع ال “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orangorang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena
kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.” 6.3 MELAKUKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Dilakukan secara bersepadu oleh semua pihak berkuasa yang terlibat, supaya dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus berleluasa dalam masyarakat. Para penganut ajaran sesat akan ditangkap, dibicarakan dan ditetapkan hukuman. Hal ini supaya dapat dijadikan tauladan oleh masyarakat agar sentiasa berhati-hati dalam mempelajari ajaran agama islam yang jelas tersimpang dari al-quran dan hadis. 6.4 PROGRAM PEMULIHAN AKIDAH Orang-orang yang terlibat dengan ajaran sesat diharuskan untuk mengikuti program pemulihan akidah supaya dapat membetulkan akidah mereka yang sudah terpesong. Mereka akan diajarkan dengan ajaran agama Islam yang betul berlandaskan al-quran dan hadis. Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah contohnya di Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor. Kesannya, mereka dapat bertaubat kepada Allah S.W.T dan kembali kepada agamaNya yang indah.
7.0 KESIMPULAN/ PENUTUP Ajaran sesat merupakan perbuatan yang terkutuk dan dimurkai oleh Allah. Oleh itu, setiap individu muslim mestilah mengkaji terlebih dahulu tentang ajaran sesat ini supaya ia memberi satu inisiatif untuk persediaan umat Islam dalam menghadapi penyebaran dan cabaran ajaran ini yang semakin berleluasa. Ajaran sesat ini juga dapat mencemarkan imej Islam yang sebenar seperti pepatah Melayu, "kerana nila setitik,rosak susu sebelanga", dimana golongan yang membawa ajaran sesat ini mengakui bahawa Islam sebagai agama mereka tetapi mereka melakukan perkara-perkara yang berpaling tadah daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini dapat memberikan impak negatif terhadap imej Islam kerana agama-agama lain mungkin akan memandang serong dengan agama Islam itu sendiri. Intihannya, amatlah penting untuk setiap umat islam membekalkan diri dengan ilmu-ilmu agama Islam terutamanya ilmu tauhid supaya dapat menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-An'am, ayat 153 : ْو َن ْم تَتهقُ هكُ ِ ه لَعَل ْم ب َو ّٰصىكُ ْم ِلكُ ِيِْل هۗۗذٰ ْم َع ْن َسب ِكُ هر َق ب ِعُوا السُّبُ َل فَتَفَ َۗوًَل تَتهب ِعُ ْوهُ اما فَاتهب َواَ هن ٰهذَا ِص َرا ِط ْي ُم ْستَِقيْ Maksudnya: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama islam) yang betul lurus. Maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) akan mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa."
CARTA GANTT BI L PROSES/MINGGU MINGG U 1-4 MINGG U 5-7 MINGG U 8-11 MINGG U 12-14 1. Perancangan tajuk dan perbincangan dengan pensyarah kursus. 2. Pengumpulan data dan maklumat. 3. Proses analisa integrasi dan proses edit. 4. Serahan kepada pensyarah dan pembentangan.
JADUAL PENGURUSAN KUMPULAN BI L PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN PENSYARAH T.TANGAN & TARIKH 1. Rabu, 10.5.23 - Menerima tugasan daripada ustazah 2. Isnin, 15.5.23 - Membahagi tugasan - Membincangkan : 1. Pengenalan kajian 3. Rabu, 14.5.23 - Membincangkan : 1. Objektif kajian 2. Kesan-kesan 3. Kesimpulan 4. Ahad, 21.5.23 - Membincangkan : 1. Rumusan artikel 2. Punca-punca 3. Langkah-langkah 5. Isnin, 22.5.23 - Membuat pemeriksaan akhir terhadap e-folio yang diperiksa oleh Ustazah Hazwani
RUJUKAN SUMBER INTERNET : https://www.scribd.com/doc/310264397/Kesan-Dan-Akibat-Ajaran-Sesat http://asst5.blogspot.com/p/kesan-buruk-mengamalkan-ajaran-sesat.html?m=1 LAMPIRAN