The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INFO - THE KEBAYA, A HERITAGE OF THE AGES

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Atiqah Bt Zulkepli, 2023-07-26 08:22:12

INFO - THE KEBAYA, A HERITAGE OF THE AGES

INFO - THE KEBAYA, A HERITAGE OF THE AGES

Asal sutera menjadi benang Asal benang menjadi kain Yang lama mesti dikenang Jangan hilang berganti lain Benang ditenun menjadi kain Kain dipotong si anak dara Walaupun banyak pakaian lain Tak akan sama kebaya kita JABATANWARISANNEGARA MINISTRY OF TOURISM, ARTS AND CULTURE DEPARTMENT OF NATIONAL HERITAGE From silk to threads From threads to cloth The old must be cherished Not lost nor replaced Threads are woven into cloth The cloth is cut by a young lady Though there are many attires None will be like our kebaya THE KEBAYA, A HERITAGE OF THE AGES THE KEBAYA, A HERITAGE OF THE AGES KEBAYA WARISAN SEPANJANG ZAMAN KEBAYA WARISAN SEPANJANG ZAMAN


Terdapat pelbagai versi tentang asal-usul kebaya di Malaysia. Kebaya dikatakan dibawa oleh para pedagang dari Arab, Jawa dan Sulawesi. Ada juga pendapat mengatakan kebaya mula menjadi pilihan individu mulai abad ke-13 hingga abad ke-16 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Dinasti Ming di China dan pengaruh ini tersebar setelah imigrasi besar-besaran tiba di semenanjung Asia Selatan serta Tenggara. Kebaya dianggap sebagai pakaian tertua di Malaysia dan masih lagi dipakai pada hari ini namun telah berevolusi mengikut peredaran zaman. Terdapat dua jenis kebaya iaitu kebaya pendek dan kebaya labuh. Kebaya menjadi pilihan sebagai pakaian rasmi, pakaian istiadat, pakaian harian dan juga dalam seni persembahan. There are many versions about the origins of kebaya in Malaysia. Some say the kebaya was brought here by traders from Arabia, Java and Sulawesi. Others believe that the kebaya was preferred by individuals from the 13th to 16th centuries, during the reign of the Ming Dynasty in China, and this influence spread after a mass migration to the South Asian and Southeast Asian peninsulas. The kebaya is considered to be one of the oldest garments in Malaysia, and although it is still being worn today, it has evolved with time. There are two types of kebaya, i.e. short kebaya and long kebaya. The kebaya is often the garment of choice for formal wear, ceremonial wear, daily wear and also in performing arts. THE KEBAYA, A HERITAGE OF THE AGES Penurunan kemahiran dari generasi lama kepada generasi pelapis untuk memastikan kebaya terus dilestarikan The transmission of skills from the previous generation to the next, ensures that the kebaya continues to be preserved The kebaya is still popular and worn by various ethnic communities in Malaysia, including the Malay, Peranakan Chinese, Baba Nyonya, Chetti, Kristang, Peranakan Jawi and Siamese. Sales of traditional costume are still predominantly baju kebaya. The kebaya is also a syllabus in public and private higher-education institutes, such as Universiti Teknologi MARA, polytechnics, the National Youth Skills Institute (IKBN), MARA Skills Institute (IKM), Community Development Department (KEMAS) and others. Pengamal kebaya Puan Teo Swatt Neo menjahit sulam kebaya untuk cucu perempuannya Kebaya practitioner Madam Teo Swatt Neo sewing sulam (embroidery) of kebaya for her granddaughter Kebaya masih popular dan dipakai oleh masyarakat pelbagai etnik di Malaysia termasuklah Melayu, Cina Peranakan, Baba Nyonya, Chetti, Kristang, Jawi Peranakan dan Siam. Di pasaran, jualan busana tradisional masih lagi dimonopoli oleh baju kebaya. Kebaya juga merupakan silibus pembelajaran di institut pengajian tinggi awam dan swasta seperti Universiti Teknologi Mara, politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran MARA (IKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan lain-lain lagi. KEBAYA WARISAN SEPANJANG ZAMAN Evolusi kebaya dari dulu hingga kini Evolution of the kebaya from the past to present Pemakaian kebaya oleh tiga generasi The wearing of kebaya by three generations


Kebaya pendek dipakai oleh wanita Peranakan dari Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu, wanita Nyonya dan Chetti dari Melaka dan juga wanita Siam. Kebaya pendek yang dipakai oleh Peranakan Kelantan dan Terengganu adalah ringkas, manakala kebaya yang dipakai oleh peranakan Pulau Pinang, Nyonya Melaka dan Chetti mempunyai sulaman yang dikenali sebagai kebaya sulam dan kebaya biku. Bagi masyarakat pribumi Sarawak, kebaya pendek menjadi salah satu pakaian tradisi yang amat digemari hingga kini. Baju sempit yang menampakkan potongan badan dan susuk tubuh ini diperbuat daripada kain kapas atau kain lace jarang dan memakai korset sebagai anak baju. Kebaya pendek yang dipakai oleh wanita Melayu pula dikenali sebagai Baju Bandung atau Kebaya Kota Bharu. Kebaya pendek kebiasaannya dipadankan dengan kain batik sarung, kain batik lepas dan kain songket pelbagai corak serta motif. KEBAYA PENDEK (SHORT KEBAYA) KEBAYA PENDEK (SHORT KEBAYA) The kebaya pendek or short kebaya is worn by Peranakan women from Penang, Kelantan and Terengganu, Nyonya and Chetti women from Melaka and also Siamese women. The kebaya pendek worn by the Peranakan of Kelantan and Terengganu is simple, while the kebaya pendek worn by the Peranakan of Penang, as well as the Nyonya and Chetti of Melaka, has embroidery known as kebaya sulam and kebaya biku. For the indigenous people of Sarawak, the kebaya pendek has become one of the most popular traditional clothes to date. This fitting top, which accentuates the body and figure, is made of cotton or see-through lace fabric and a corset is worn as a camisole. The kebaya pendek is also worn by Malay women, and is known as the Baju Bandung or Kebaya Kota Bharu. The kebaya pendek is usually matched with batik sarongs, or loose batik and songket fabrics of various patterns and motifs. Kebaya Nyonya Kebaya pendek adalah inovasi dari kebaya belah yang dipakai sejak tahun 1800-an The kebaya pendek is an innovation from the kebaya belah (split kebaya), which has been worn since the 1800s Masyarakat Chetti Melaka memakai kebaya sulam The Melaka Chetti community are dressed in kebaya sulam Kebaya Kota Bharu Kebaya pendek setengah tiang Half column short kebaya


Kebaya labuh dipakai oleh wanita Melayu seluruh Malaysia dan juga wanita peranakan Pulau Pinang serta wanita Chetti Melaka. Kebaya labuh peranakan dikenali sebagai Baju Panjang atau baju belah labuh dan diperbuat daripada kain kasa jarang yang dipakai bersama anak baju berwarna putih. Kebaya labuh biasanya disemat dengan tiga biji kerongsang dan dipadankan dengan kain sarung yang dilipat ke hadapan dengan kepala kain di hadapan. Baju kebaya tradisi dilengkapi dengan pesak di bahagian hadapan dan kekek di bawah ketiak. Baju ini berlengan panjang dan labuhnya hingga ke bawah lutut. The kebaya labuh (long kebaya) is worn by Malay women throughout Malaysia, Peranakan women in Penang and Chetti women in Melaka. The peranakan kebaya labuh is known as Baju Panjang (Long Blouse) or baju belah labuh (long split blouse), made from see-through voile or gauze fabric, and worn with a white camisole. The kebaya labuh is usually secured with three brooches and matched with a sarong that is folded with the kepala kain (head of the cloth) positioned at the front. Traditional baju kebaya are equipped with pesak (side panels) and kekek (gussets) under the arms. This garment is long sleeved and its length falls under the knees. KEBAYA LABUH (LONG KEBAYA) KEBAYA LABUH (LONG KEBAYA) Kebaya labuh dipakai oleh Cina Peranakan The long kebaya worn by Chinese Peranakan Wanita Kristang (Melaka) memakai kebaya labuh The Kristang women (Melaka) are dressed in long kebaya Kebaya labuh dilengkapi aksesori The long kebaya is secured with accessories Kebaya labuh telah dipakai sejak tahun 1800-an The long kebaya has been worn since 1800s


Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang Melayu, Peranakan (Cina, Baba Nyonya, Chetti, Siam, Kristang) dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara di Asia Tenggara. Kebaya juga mempunyai kaitan rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis adat, perayaan dan perkahwinan. Kebaya melibatkan kepelbagaian komuniti termasuklah pembuat dan pemakai kebaya yang berkongsi serta menyampaikan ilmu dan nilai sosiobudaya kebaya dari satu generasi ke satu generasi. Terdapat banyak persatuan di Malaysia yang aktif memperjuangkan kebaya seperti Persatuan Peranakan Cina Melaka, Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Persatuan Peranakan Cina Pulau Pinang, Persatuan Seni dan Kebudayaan Malaysia, Muzium Chetti dan lain-lain. Persatuan ini mengadakan program-program persatuan berkaitan kebaya dan juga menggalakkan pemakaian kebaya semasa program dilaksanakan. Ada juga dalam kalangan ahli persatuan yang dijemput untuk berkongsi maklumat dan kepakaran mereka dalam bidang busana terutamanya kebaya. The kebaya is a garment that symbolises the cultural heritage and identity of the Malays, Peranakans (Chinese, Baba Nyonya, Chetti, Siamese, Kristang) and other communities in Malaysia and Southeast Asian countries. The kebaya is also closely related to other forms of cultural heritage, such as traditional ceremonies, festivals and weddings. The kebaya involves a diverse communities, including communities of kebaya makers and wearers who share and pass on the knowledge and socio-cultural values of the kebaya from one generation to another. There are many associations in Malaysia that actively advocate the kebaya, such as the Malacca Chinese Peranakan Association, Baba Nyonya Malaysia Peranakan Association, Penang Chinese Peranakan Association, Malaysian Art and Culture Association, Chetti Museum and others. These associations organise various programmes related to the kebaya and also encourage the wearing of the kebaya during those programmes. Renowned members of these association are often invited to share their knowledge and expertise in the field of fashion, especially the kebaya. THE KEBAYA AND THE COMMUNITY KEBAYA DAN KOMUNITI


Melaka Pahang Perak Terengganu Pemakaian kebaya mengikut negeri The kebaya worn in the different states Kebaya adalah pakaian tradisional yang dipakai semasa majlis perkahwinan Kebaya is a form of traditional attire worn at wedding THE KEBAYA AND THE COMMUNITY KEBAYA DAN KOMUNITI Kepelbagaian motif kebaya The various kebaya motifs Kebaya menjadi pilihan muda mudi The kebaya is the choice of young women


Kebaya telah mengalami inovasi untuk disesuaikan dengan era moden kini The kebaya has undergone innovations to adapt to the modern era Kebaya dipelbagaikan penggayaanya The kebaya is diversified in styling THE KEBAYA AND FASHION KEBAYA DAN FESYEN Kebaya diminati oleh semua peringkat umur dalam peragaan fesyen The kebaya is loved by all ages in fashion show Pereka fesyen mempelbagaikan potongan dan motif kebaya untuk memberi kelainan dan kepelbagaian pilihan kebaya di pasaran Fashion designers diversify the cuts and motifs of the kebaya to create a variety of kebaya options in the market


Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerajui inisiatif mengangkat ‘Kebaya: Knowledge, Skills, Traditions and Practices’ sebagai pencalonan bersama ke UNESCO di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023. Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah mengemukakan pencalonan secara bersama bagi kebaya ke UNESCO kerana ia mewakili dan meraikan kekayaan warisan sejarah, menggalakkan persefahaman silang budaya dan pemakaiannya masih aktif diamalkan oleh komuniti di rantau Asia Tenggara. Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan tidak ketara (WTK) kerana ia melibatkan kemahiran sulaman tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional ini. Kebaya memberikan kita satu peluang untuk mempromosi dan meraikan warisan kebudayaan yang ditemui di serata rantau Asia Tenggara. Keputusan bagi pencalonan ini akan dimuktamadkan dalam Sesi ke-19 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage pada tahun 2024. Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran bengkel siri pertama secara fizikal bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan pada bulan November 2022 Malaysia hosted the first physical workshop in Port Dickson, Negeri Sembilan in November 2022 THE KEBAYA TO UNESCO KEBAYA KE UNESCO Malaysia, through the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC) led the initiative to inscribe the "Kebaya’s Knowledge, Skills, Traditions and Practices" as a multi-national nomination to UNESCO under the Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity for the year 2023. Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapore and Thailand have jointly submitted the multi-national nomination for the kebaya to UNESCO as it represents and celebrates our rich shared history, promotes cross-cultural understanding, and continues to be present and actively worn by many communities across Southeast Asia. The kebaya meets the definition of an intangible cultural heritage (ICH) element, as it involves traditional craftsmanship skills such as embroidery and sewing techniques to make this traditional women’s garment. The kebaya presents us with an opportunity to promote and celebrate this shared cultural heritage found in the Southeast Asian region. The results of this nomination will be decided during the 19th Session of the Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage in 2024. Indonesia telah menjadi tuan rumah untuk mengadakan bengkel buat kali kedua bertempat di Jakarta pada bulan Februari 2023 Indonesia hosted the second workshop in Jakarta in February 2023


THE KEBAYA TO UNESCO KEBAYA KE UNESCO


THE KEBAYA, OUR PRIDE KEBAYA KEBANGGAAN KAMI


OUR KEBAYA KEBAYA KITA MALAYSIA BRUNEI DARUSSALAM INDONESIA SINGAPORE THAILAND SumberRujukan: Reference:


Click to View FlipBook Version