HINDARI VAPE " Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara : Lebih Baik Cegah"
AHLI KUMPULAN Aaron Nazmir Adam Haikal Zair Muharib 2 Nilam 2 Nilam 2 Intan Sek. Men. Keb. Lembah Keramat (SMKLK)
PENGENALAN BUKU SKRAP ini dibuat bagi berkongsi beberapa maklumat mengenai VAPE. Buku ini dihasilkan secara bersama dengan 3 orang pelajar Sek. Men. Keb. Lembah Keramat (SMKLK) sebagai tanda sokongan kepada kempen DARVIH yang dijalankan oleh pihak sekolah.
APA ITU VAPE ? VAPE adalah rokok elektrik yang menggunakan wap berkuasa bateri untuk mendapatkan rasa seperti merokok dan berperisa tanpa membakar tembakau https://ms.wikipedia.org/wiki/Rokok_elektronik
JENIS-JENIS VAPE 1. DISPOSABLE - yang paling awal dikeluarkan dan kegunaan hanya sekali 2. DESKTOP - vape yang diletak di atas meja dan menyerupai rokok turki (sisha) 3. PEN - menyerupai bentuk pen dan ringan. 4. PORTABLE - Design yang lebih moden dan mudah di bawa kemana-mana. Asapnya lebih sedikit. 5. “MUSHROOM” Perisa vape khayal mengandungi cecair dadah. 1 2 3 4 https://www.merdeka.com/jateng/jenis-jenis-vape-dan-harganya-dijamin-berkualitas-kln.html
KEBURUKAN VAPE (KEHIDUPAN) 1. Murid menggunakan wang sekolah untuk tujuan yang tidak berfaedah (membazir kewangan) 2. Mencemarkan alam sekitar 3. Membuat rakan sekolah / orang di sekeliling tidak selesa 4. Murid terlibat dengan gejala sosial yang tidak baik 5. Mengganggu pembelajaran 6. Mengkhayalkan (bagi vape mushroom yang dicampur dadah) https://harakahdaily.net/index.php/2022/08/09/ke burukan-vape-terbongkar-satu-persatu/
KEBURUKAN VAPE (KESIHATAN) 1. Menurunkan sistem imunisasi badan 2. Mengakibatkan kematian 3. Membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi 4. Sesak nafas 5. Kerosakan organ dalaman 6. Gangguan pada usus dan perut 7. Boleh mengakibatkan kanser 8. Murid-murid lesu dan tidak aktif https://sihatafiat.com/keburukan-shisha/
KEBAIKAN MENINGGALKAN VAPE 1. Guru dan murid dapat menjalani rutin persekolahan dengan lebih tenang dan bahagia. 2. Kesihatan guru dan murid terjaga 3. menjadi lebih sihat dan aktif 4. Murid dapat fokus kepada pembelajaran (pdpc) dan meningkatkan tahap pencapaian akademik sekolah. 5. Tiada pembaziran wang 6. Disenangi rakan dan guru https://bontangpost.id/8-manfaat-meninggalkan-rokok-elektrik-vape/
LEBIH BAIK CEGAH Artikel dan Keratan Akhbar TIPS MENGURANGKAN KETAGIHAN VAPE 1. Terapi gantian nikotin (NRT) 2. Kenal pasti sokongan individu 3. Mengendalikan tekanan dengan aktiviti yang digemari 4. Cuba katakan TIDAK 5. Singkirkan alatan vape Sumber :https://hellodoktor.com/habit-sihat/berhentimerokok/bagaimana-untuk-berhenti-vaping/
PENUTUP Diharapkan info-info yang dikongsikan dalam buku skrap ini dapat membantu para pembaca untuk lebih cakna mengenali dan memahami bahaya vape dengan lebih jelas Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kosmo!, Berita Harian Penghargaan : Ucapan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing Cikgu Roslina yang telah memberi panduan dalam menyiapkan buku skrap digital dan kepada ahli kumpulan yang sama-sama menghasilkan buku skrap ini. Zair Muharib, Aaron Nazmir dan Adam Haikal.