SLIDESMANIA.COM PENDIDIKAN DI PERANCIS BAB 14: KEMAJUAN PENDIDIKAN
SLIDESMANIA.COM SISTEM PENDIDIKAN DI PERANCIS (ABAD KE-18 HINGGA 19M) DASAR PENDIDIKAN INSTITUSI PENDIDIKAN LATIHAN PERGURUAN KURIKULUM BANTUAN KEWANGAN
SLIDESMANIA.COM ⬤ Menjelang abad ke-19, muncul sistem pendidikan yang sistematik dan teratur di Perancis. ⬤ Sistem pendidikan menjadi teratur selepas undang-undang imperial diperkenalkan oleh Napoleon. ⬤ Undang-undang ini menyebabkan semua institusi pendidikan disatukan di bawah pentadbiran Universiti Perancis. ⬤ Dasar pendidikan bercorak kebangsaan telah melahirkan sistem pendidikan yang unggul di Perancis. ⬤ Terdapat perkembangan dalam sistem pendidikan di Perancis menjelang abad ke-18 dan 19M. PENDAHULUAN:
SLIDESMANIA.COM Napoleon Bonaparte
SLIDESMANIA.COM ⬤ Antaranya ialah dasar pendidikan. ⬤ Pada akhir abad ke-19M, muncul sistem pendidikan popular di Perancis. ⬤ Napoleon memperkenalkan pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis. ⬤ Beliau menyatukan institusi pendidikan di bawah sebuah badan induk yang dikenali sebagai Universiti Perancis. ⬤ Selepas Revolusi 1830, pendidikan dibebaskan daripada cengkaman gereja dan diletakkan di bawah penguasaan kerajaan. ⬤ Menjelang tahun 1882, undang-undang yang mewajibkan pendidikan kepada semua kanak-kanak diperkenalkan. ⬤ Kerajaan Perancis juga memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di Perancis. ⬤ Perkembangan ini meletakkan asas bagi kelahiran sistem pendidikan kebangsaan yang seragam di seluruh Perancis. ⬤ Justeru, kerajaan memainkan peranan penting dalam keseragaman dasar pendidikan di Perancis. FAKTA 1: DASAR PENDIDIKAN
SLIDESMANIA.COM ⬤ Selain itu, perkembangan sistem pendidikan di Perancis dalam institusi pendidikan. ⬤ Semasa pemerintahan Napoleon, sistem pendidikan disatukan di bawah satu badan yang dikenali sebagai Universiti Perancis. ⬤ Institusi pendidikan terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah seperti Lyceum dan kolej awam, sekolah tinggi, sekolah teknik dan universiti. ⬤ Sekolah rendah di Perancis ditadbir dan diuruskan oleh komuniti masingmasing. ⬤ Dasar Pendidikan di peringkat menengah terletak di bawah bidang kuasa pengarah pendidikan. ⬤ Pentadbiran sekolah menengah akan dikendalikan oleh ketua pentadbir, penyelia dan pesuruhjaya. ⬤ Pentadbiran peringkat universiti diterajui oleh ketua pentadbir dengan bantuan majlis universiti. FAKTA 2: INSTITUSI PENDIDIKAN
SLIDESMANIA.COM ⬤ Di samping itu, latihan perguruan juga merupakan perkembangan sistem pendidikan di Perancis. ⬤ Pada tahun 1808, Napoleon menubuhkan pusat latihan guru yang dikenali sebagai ‘Superior Normal School’. ⬤ Pusat latihan ini melatih bakal guru daripada kalangan pelajar-pelajar lepasan Lyceum. ⬤ Menjelang tahun 1810, seramai 37 orang guru pelatih mendapat latihan di sekolah latihan ini. ⬤ Guru-guru pelatih akan menerima latihan perguruan di pusat latihan ini selama dua tahun. ⬤ Pada tahun ketiga, pelajar-pelajar akan mempelajari kaedah dan menjalani latihan praktikal. FAKTA 3: LATIHAN PERGURUAN
SLIDESMANIA.COM ⬤ Akhir sekali, perkembangan sistem pendidikan di Perancis dalam dilihat dalam aspek kurikulum. ⬤ Kurikulum sekolah rendah terdiri daripada membaca, menulis dan mengira. ⬤ Mata pelajaran seperti Sains, Sejarah, Geografi, Muzik, Lukisan Linear dan Matematik turut diajar. ⬤ Kurikulum sekolah menengah merangkumi mata pelajaran Bahasa-Bahasa Kuno, Retorik, Logik, Etika, Matematik, Lukisan dan Sains. ⬤ Pendidikan menengah turut menekankan pembelajaran Bahasa Latin, Bahasa Perancis, Sejarah, Geografi dan Matematik. ⬤ Kurikulum peringkat universiti terdiri daripada Pengajian Sastera, Sains, Perubatan, Undang-undang dan Teologi. FAKTA 4: KURIKULUM
SLIDESMANIA.COM ⬤ Kesimpulannya, Perancis merupakan antara negara Eropah mempelopori sistem pendidikan kebangsaan. ⬤ Perkembangan ini meletakkan asas bagi pemodenan dalam sistem pendidikan di Perancis dan Eropah. PENUTUP
SLIDESMANIA.COM INSTITUSI PENDIDIKAN DI PERANCIS (ABAD KE-18 HINGGA 19M) SEKOLAH RENDAH LYCEUM KOLEJ AWAM SEKOLAH TINGGI DAN TEKNIK UNIVERSITI
SLIDESMANIA.COM ⬤ Menjelang abad ke-19, muncul sistem pendidikan yang sistematik dan teratur di Perancis. ⬤ Sistem pendidikan menjadi teratur selepas undang-undang imperial diperkenalkan oleh Napoleon. ⬤ Undang-undang ini menyebabkan semua institusi pendidikan disatukan di bawah pentadbiran Universiti Perancis. ⬤ Pentadbiran universiti diterajui oleh seorang pengetua dan dibantu oleh Majlis Universiti. ⬤ Terdapat tiga cabang dalam Universiti Perancis iaitu pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi. PENDAHULUAN:
SLIDESMANIA.COM ⬤ Menjelang abad ke-18 hingga19M, perkembangan institusi pendidikan di Perancis dalam aspek sekolah rendah. ⬤ Undang-undang 1795 membenarkan penubuhan sekolah-sekolah rendah di Perancis. ⬤ Kemudahan bagi sekolah-sekolah rendah disediakan oleh komuniti masing-masing. ⬤ Kebanyakan sekolah-sekolah rendah dikendalikan oleh guru-guru dan pihak berkuasa gereja. ⬤ Guru-guru yang mengajar di sekolah rendah bertanggungjawab kepada pihak berkuasa tempatan ⬤ Pentadbiran sekolah-sekolah rendah berada di bawah penguasaan dan penyeliaan ketua-ketua jabatan. ⬤ Guru-guru yang mengajar di sekolah rendah menerima gaji daripada yuran yang dikutip daripada pelajar. ⬤ Guru-guru yang mengajar di sekolah rendah dikehendaki menerima latihan perguruan. FAKTA 1: SEKOLAH RENDAH
SLIDESMANIA.COM ⬤ Institusi pendidikan di Perancis seterusnya ialah lyceum. ⬤ Lyceum merupakan institusi pendidikan menengah yang didirikan oleh Majlis Perbandaran. ⬤ Majlis Perbandaran menyediakan peralatan mengajar dan perabot bagi institusi ini. ⬤ Pentadbiran Lyceum diterajui oleh seorang ketua pentadbiran dan dibantu oleh penyelia pengajian. ⬤ Terdapat lapan orang profesor yang berkhidmat di setiap Lyceum. ⬤ Pengajian di Lyceum dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian elementori, bahagian nahu dan bahagian tertinggi. ⬤ Antara subjek yang diajar adalah Bahasa Kuno, Retorik, Logik, Etika, Matematik, Lukisan dan Sains. FAKTA 2: LYCEUM
SLIDESMANIA.COM Lyceum Massena Public School, Nice, France
SLIDESMANIA.COM ⬤ Di samping itu, Kolej Awam juga merupakan institusi pendidikan di Perancis. ⬤ Kolej-kolej Awam merupakan institusi pendidikan menengah yang ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran. ⬤ Kolej Awam menekankan pembelajaran Bahasa Latin, Bahasa Perancis, sejarah, geografi dan matematik. ⬤ Pengurusan Kolej Awam dikehendaki mendapatkan lesen daripada kerajaan. ⬤ Menjelang tahun 1866, terdapat 251 buah Kolej Awam di seluruh Perancis. ⬤ Pengurusan Kolej Awam akan diselia oleh tiga orang pesuruhjaya sekolah menengah. ⬤ Pengarah Pendidikan akan menentukan dasar Kolej Awam termasuk mata pelajaran, buku-buku teks dan peraturan pentadbiran. FAKTA 3: KOLEJ AWAM
SLIDESMANIA.COM ⬤ Akhir sekali, institusi pendidikan di Perancis ialah universiti. ⬤ Undang-undang imperial yang diperkenalkan oleh Napoleon membenarkan penubuhan universiti. ⬤ Universiti yang ditubuhkan oleh Napoleon dikenali sebagai Universiti Perancis. ⬤ Semua institusi Pendidikan di Perancis terletak dibawah pengawasan Universiti Perancis. ⬤ Pentadbiran universiti diketuai oleh seorang ketua pentadbir yang dibantu oleh Majlis Universiti. ⬤ Anggota Majlis Universiti dilantik oleh oleh maharaja. ⬤ Majlis Universiti mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berhubung dengan hal-hal penting. ⬤ Majlis ini menjalankan penyeliaan dan mengawal sistem pendidikan di seluruh negara. FAKTA 4: UNIVERSITI
SLIDESMANIA.COM Universiti Perancis
SLIDESMANIA.COM ⬤ Kesimpulannya, pertumbuhan institusi-institusi pendidikan melambangkan kemajuan yang pesat dalam bidang Pendidikan. ⬤ Perkembangan ini meletakkan asas bagi pemodenan dalam sistem pendidikan di Perancis dan Eropah. PENUTUP:
SLIDESMANIA.COM THANK YOU! SIGU MONIC